Artikel "Semasa" Terkini
MB Lancar Kempen Terengganu Bebas Asap Rokok
KUALA TERENGGANU, 21 Januari - Kerajaan negeri mengajak seluruh rakyat Terengganu bersama menyertai Kempen 'Terengganu Bebas Asap Rokok' (TBAR) agar menjadikan negeri itu bebas dari asap rokok ke arah masyarakat bertamadun tanpa bahan terlarang itu.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kempen TBAR bertujuan meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup rakyat Terengganu dengan melindungi masyarakat daripada kesan perokok pasif."Ayuh sokong Kempen Terengganu Bebas Asap Rokok. Bersama kita berusaha menuju masyarakat bertamadun tanpa rokok. Katakan tidak pada rokok!" tulis Dr Ahmad Samsuri di status facebook beliau semalam.Beliau turut memuat naik poster kempen berkenaan termasuk mengandungi maklumat, 7,000 bahan kimia merosakkan kesihatan dalam asap rokok.Dalam poster tersebut turut menjelaskan larangan merokok dan hukuman berat kepada kesalahan merokok di tempat awam termasuk orang ramai tidak dibenarkan menghisap rokok atau menghisap vape di kawasan larangan.Jika gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan pesalah dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.Kenyataan Dr Ahmad Samsuri dan paparan poster itu boleh dilihat secara dalam talian melalui link https://www.facebook.com/DrAhmadSamsuri/photos/a.230530197504569/377527696138151/?type=3&theater
20 Jan 19
1146
MB Puji Exco Kawal Lalu Lintas
KUALA TERENGGANU, 21 Januari - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memuji tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpadusn Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat kerana tindakannya mengawal lalulintas ketika kebakaran sebuah kereta di Bukit Kuang Kemaman semalam."Terbaik Exco Kerajaan Negeri, YB Haji Hanafiah Mat yang membantu mengawal lalulintas apabila terdapat kenderaan terbakar di Bukit Kuang hari ini. Kemah boh!," tulis Dr Ahmad Samsuri di status facebooknya 13 jam lalu.Haji Hanafiah berbuat demikian untuk mempastikan agar laluan jalan raya di situ tidak terhalang akibat insiden berkenaan.Rata-rata netizen memuji sikap yang ditunjukkan oleh Haji Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai itu.Bagaimanapun tiada maklumat diterima mengenai siapa pemilik dan apa jenis kereta yang terbakar itu serta waktu kejadian.Untuk melihat video Haji Hanafiah menjadi pengawal trafik secara spontan boleh dilihat di link https://www.facebook.com/DrAhmadSamsuri/videos/532534267233292/
20 Jan 19
389
TLHT Tewaskan LISHC 4-2
Foto ihsan - KOSMO OnlineKUALA TERENGGANU, 20 Januari - Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) melepasi ujian getir untuk merakam keempat berturut-turut selepas menewaskan Lioning Infinite Space HC (LISHC) 4-2 pada aksi keempat Liga Hoki Wanita Malaysia (MWHL) di Stadium Hoki Batu Burok di sini semalam.LISHC yang juga pasukan jemputan dari China bermula garang apabila mendahului seawal minit kelima menerusi gol padang Liu Xinyu.Tersentak ketinggalan, TLHT menggandakan serangan sebelum pemain import dari India, Jaswinder Singh meledak hatrik pada minit ke-15, 26 dan 41.Dua gol awal dihasilkan Jaswinder menerusi gol padang manakala satu lagi pula dengan pukulan sudut penalti.Pasukan pelawat hampir kembali mendahului pada minit ke-19 namun pukulan sudut penalti diambil Li Feng berjaya ditampan keluar penjaga gol TLHT, Bakhavaddin Glizal.Feng menebus kesilapan dengan menjaringkan gol penyamaan menerusi pukulan sudut penalti menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-33.Bekas tonggak kebangsaan, Siti Rahmah Othman melengkapkan kemenangan TLHT dengan gol keempat menerusi gol padang pada minit ke-46.SUMBER: K! ONLINE
20 Jan 19
23
MB Lancar Infografik Bajet Terengganu 2019
Intro Infografik Bajet Terengganu 2019 yang dilancarkan Dr Ahmad Samsuri di blog beliau hari ini..KUALA TERENGGANU, 20 Januari - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini melancarkan Slide Infografik Bajet Kerajaan Negeri Terengganu 2019 berjumlah RM2.015 Bilion, di blog beliau di link https://drsamsuri.com/infografik-bajet-2019/Slide infografik itu antara lain mengandungi fakta ringkas mengenai empat teras Bajet tersebut yang bertemakan 'Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera'.Teras itu ialah Keberkatan, Kemajuan, Kebajikan dan Kecekapan. Sementara Strategi Bajet itu pula terdiri dari lapan asas utama termasuk mengukuhkan perinsip Islam, mewujudkan polisi patuh syariah, membangunkan kualiti modal insan dan merancang pertumbuhan ekonomi.Infografik teras Bajet Terengganu 2019 di blog MB yang baru dimuat naik.Ia termasuk juga mengukuhkan institusi keluarga dan masyarakat, merealisasikan Terengganu sebagai negeri berkebajikan, meningkatkan kecekapan sistem pencapaian dan menerapkan nilai integriti dan ketelusan.Slide infografik itu boleh dimuat turun melalui link https://drsamsuri.com/wp-content/uploads/2019/01/InfoBajet-Negeri-Terengganu-2019.pdf
20 Jan 19
925
Sultan Mizan Berangkat Solat Jumaat Di Masjid Tebakang
Sultan Mizan (dua dari kanan) mencemar duli bersalaman dengan Dr Ahmad Samsuri setelah berangkat tiba untuk mendirikan solat Jumaat di Masjid Kampung Tebakang kelmarin.MARANG, 20 Januari - Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berangkat mencemar duli mengerjakan solat Jumaat di Masjid Kampung Tebakang di sini kelmarin diiringi anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengiringi baginda untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan bersama beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Sultan Mizan (dua dari kanan) dan anakanda baginda Tengku Muhammad Ismail (kanan) mencemar duli bersalaman dengan kepimpinan negeri Terengganu di Masjid Tebakang kelmarin.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato' Haji Osman Muda.Sultan Mizan (tiga dari kanan) mencemar duli bersalaman dengan jemaah Masjid Tebakang kelmarin.Penduduk kampung berkenaan menyambut mesra ketibaan Sultan Mizan serta anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail dan sangat teruja dengan kesudian baginda mencemar duli ke kampung berkenaan.Sultan Mizan turut mencemar duli bersalaman dengan Menteri Besar dan kepimpinan negeri yang lain serta penduduk kampung berkenaan sebelum dan selepas mendirikan solat Jumaat.Dr Ahmad Samsuri (tengah) turut bermesra dengan jemaah Masjid Tebakang kelmarin.Lebih daripada 500 penduduk kampung mengerjakan solat Jumaat bersama dengan Sultan Mizan dan anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail.
20 Jan 19
621
Awas 'Penternak' Nyamuk!
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 20 Januari - Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus memberi amaran kepada mana-mana penduduk yang membiarkan pembiakan nyamuk aedes di kediaman mereka bakal dikenakan kompaun sehingga RM500 jika didapati bersalah.Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Nerus, Dr. Rohayaty Muda berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan mengurangkan kadar kompaun yang dikenakan.“Kita telah membuka tirai 2019 dengan sembilan kes (denggi) di daerah Kuala Nerus. Selepas ini, mana-mana kawasan yang kita masuk dan didapati pembiakan aedes berlaku, tiada maaf bagimu. “Masyarakat perlu faham, kita bukan mahu jaga seorang, tapi mahu jaga ramai orang daripada virus denggi ini,” tegasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Program Gotong-Royong Cegah Denggi di Taman Permint Perdana semalam.Program itu dihadiri hampir 300 orang terdiri daripada penduduk di kawasan berkenaan dan kawasan Seberang Takir. Program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus dan Pejabat Daerah Kuala Nerus itu turut mendapat kerjasama pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Permint Perdana dan jabatan-jabatan kerajaan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Dalam pada itu, pihak Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali telah mengeluarkan beberapa kain rentang di kawasan berkenaan sebelum ini bagi menasihati penduduk supaya bersama-sama mencegah wabak denggi ini.MPKK Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir turut dilihat mengambil langkah proaktif bagi menangani masalah penyebaran wabak denggi dengan pelbagai program dan perancangan melibatkan masyarakat diadakan.Majlis tersebut dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Ahmad Fazil Wahab. Hadir sama, wakil Ahli Parlimen Kuala Nerus serta pegawai-pegawai daripada Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Seberang Takir.
19 Jan 19
72
MB Terengganu Cakna Dan Mesra Rakyat
MESRA DAN SENYUM SOKMO... Satu reaksi spontan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kiri) memegang bahu seorang rakyat negeri Terengganu yang kelihatan lebih berusia dari beliau, memperlihatkan kemesraan antara Menteri Besar dengan rakyatnya.Gambar yang dimuat naik 18 Januari lalu di status Facebooknya, menyatakan caption "Kalau Datuk Seri Najib Razak ada #maluapabossku, kita ada #senyumsokmo. Aci dok?," satu persoalan bahawa Dr Ahmad Samsuri berhasrat menjadikan Kerajaan Terengganu mesra rakyat, satu agenda penting untuk mendekati dan menawan hati mereka.Dengan kemesraan dan kecaknaan kerajaan kepada rakyat, menjadikan mereka terpikat dengan cara pembawaan kerajaan menangani masalah rakyat.Ini sesuai dengan Kerajaan Terengganu sebagai kerajaan rakyat dalam erti mengutamakan penyelesaian masalah rakyat dalam agenda pentadbirannya termasuk Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030).Kerajaan Terengganu sentiasa mendengar keluhan dan meminta mereka memberi cadangan membina untuk meneruskan agenda rakyat dalam pentadbiran negeri tersebut.
19 Jan 19
32
Pelabur Dari Negara China Kunjungi Terengganu
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 20 Januari - Pelabur antarabangsa, China Southern Association For International Friendly Contact mengadakan kunjungan ke Terengganu bagi mendapatkan gambaran tentang peluang dan potensi industri pertanian di negeri tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan pelabur luar untuk mengisi kelompongan yang ada dalam sektor pengeluaran makanan."Saya mengambil kesempatan untuk membentangkan situasi semasa sektor pertanian, penternakan dan akuakultur yang sebenarnya masih terlalu banyak lompang dan peluang," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kunjungan tersebut di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Jabi, di sini baru-baru ini.Katanya, kebanyakan syarikat dari China yang bertandang ke Terengganu adalah syarikat bertaraf gergasi, kebiasaannya tidak mempunyai masalah modal dan pasaran. "Soal modal dan pasaran bukan suatu masalah bagi mereka. Dan saya difahamkan di negara China ada lebih 1.3 bilion mulut (rakyat) yang perlu disuap makanan," ujarnya.Menurut beliau, pertemuan tersebut dikira mencapai matlamat awal jika delegasi mendapat suatu gambaran umum bagaimana kehadiran mereka dialu-alukan."Dan semua info ini dijadikan asas untuk mereka balik berbincang dengan lebih lanjut lagi. Seterusnya kita akan susuli dengan beberapa lagi siri perbincangan teknikal," jelasnya.Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi juga berkata, pelaksanaan sesuatu projek yang mampu memberikan impak besar kepada ekonomi rakyat dan negeri merupakan matlamat asas untuk diusahakan."Cita-cita yang saya nampak jalannya makin terbuka. Doakan yang terbaik untuk rakyat dan negeri kita," ujarnya lagi.
19 Jan 19
47
Bukit Harimau Menangis Terengganu Tarikan Baharu Sukan Hiking
Oleh: Khalid AbdullahKEMAMAN, 20 Januari - Bukit Harimau Menangis berpotensi besar sebagai lokasi baharu aktiviti pendakian atau 'hiking' yang mampu menggamit kehadiran khalayak dalam masa terdekat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, lokasinya yang terletak berdekatan laluan utama, jalan raya dari Kemasik ke Pekan Air Jernih memudahkan peminat aktiviti rekreasi untuk datang berkunjung."Tidak jauh dari Mesra Mall (pusat membeli-belah tersohor di sini), kira-kira 10 kilometer sahaja serta sangat mudah untuk diakses," jelas beliau.Sebelum itu, Ir Saiful Azmi Suhaili bersama kira-kira 400 orang penggemar sukan mendaki serta orang ramai memulakan pendakian sekitar pukul 8 pagi dalam Program Jom Hiking Bersama YB di Bukit Harimau Menangis, di sini, kelmarin."Penyertaan sangat memberangsangkan, jangkaan awal hanya 100 orang sahaja yang akan mengambil bahagian, ada yang datang dari jauh termasuk dari Kuala Terengganu, Dungun dan Cukai, Kemaman."Kita percaya dengan sambutan sebegini, ianya suatu petanda yang baik untuk lokasi ini yang bakal menggamit kehadiran ramai peminat sukan lasak dan juga orang ramai datang beriadah bersama keluarga di sini," ujarnya.Menurutnya, ketika berada di puncak bukit itu, dengan ketinggian 660 kaki dari aras laut, orang ramai dapat melihat keseluruhan Pekan Kemasik, Pantai Kuala Kemasik, Kampung Semayor, Kampung Cabang dan 'boiler-boiler' (dandang) kawasan perindustrian minyak di Kertih.Ir Saiful Azmi juga mengharapkan pengunjung ke Bukit Harimau Menangis dapat mengutamakan aspek kebersihan alam sekitar bila berpeluang ke situ."Banyak sampah sarap ditinggalkan di puncak bukit serta sepanjang denai laluan, perkara ini tidak sepatutnya berlaku."Kita perlu memupuk budaya ringan tulang di kalangan pendaki dengan tidak membuat sampah, malah mula bergerak untuk mengutip sampah," ujar beliau penuh harapan.
19 Jan 19
1023
Paya Bunga Hotel Terengganu Model Patuh Syariah
KUALA TERENGGANU, 20 Januari - Kerajaan Negeri Terengganu meletakkan hasrat untuk menjadikan Paya Bunga (PB) Hotel sebagai model kepada semua hotel di Malaysia.Ketua Eksekutif Syariah PB Hotel, Mohd Zamani Ismail berkata, konsep hotel patuh syariah yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri akan menjadi contoh kepada hotel yang lain.Jelasnya lagi, orang ramai tidak perlu merasa takut dengan konsep patuh syariah yang diperkenalkan, kerana hotel ini melaksanakan patuh syariah secara menyeluruh yang akan menjamin keselamatan pengunjung sesuai dengan konsep Islam rahmat untuk semua."Hotel ini meletakkan satu konsep ciri pelaksanaan patuh syariah secara menyeluruh, terdiri daripada staf-staf yang diminta untuk menutup aurat, perempuan bertudung, yang lelaki kita galakkan menyertai program-program keagamaan yang dianjurkan seperti kuliah Zohor dan ceramah perdana."Apa yang lagi penting, hasrat daripada YAB (Yang Amat Berhormat) Menteri Besar ke arah melahirkan negeri Maju, Berkat dan Sejahtera di mana kita mahu meletakkan hotel ini sebagai model atau contoh kepada hotel-hotel di Terengganu dan Malaysia," katanya.Paya Bunga Hotel Terengganu mempunyai 208 bilik, kolam renang, gimnasium dan berada di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu yang amat sesuai dijadikan pilihan utama kepada para pelancong dari dalam dan luar negeri.Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung dalam rancangan ‘Assalamualaikum’ di Tv Al-Hijrah hari ini.Turut serta dalam rancangan yang bersiaran jam 9.35 pagi tadi ialah Pengurus Operasi PB Hotel, Abdul Hadi Alias.Hotel setinggi 12 tingkat yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 31 Disember lalu turut menyajikan pelbagai makanan tradisi Terengganu seperti nasi dagang dan keropok lekor.Berkonsepkan moden kontemporari, hotel itu menawarkan kemudahan eksklusif kepada tetamu dari segenap lapisan masyarakat untuk bersantai sambil menikmati pemandangan indah Bandaraya Warisan Persisir Air.Dengan adanya dua jambatan yang menghubungkan antara hotel dan kompleks-kompleks tersebut, tetamu dapat menikmati kemudahan seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC), Panggung Wayang LFS dan Pusat Bowling Coral Crown Bowl.Tetamu juga boleh menikmati pemandangan ‘rooftop’ yang indah sekitar bandar raya ini dari perkarangan kolam renang Paya Bunga Hotel Terengganu.Kolam renang yang berada di tingkat 11 merupakan kolam renang aras tinggi pertama di Kuala Terengganu dan menawarkan pemandangan 360 darjah bandar Kuala Terengganu kepada tetamu.
19 Jan 19
610