Artikel "Semasa" Terkini
Terengganu Wujudkan Skim Bantuan Modal Tani Tanpa Faedah RM5 Juta
KUALA TERENGGANU, 24 Januari - Terengganu memperuntukkan sejumlah RM5 juta sebagai kemudahan pinjaman Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) tanpa faedah kepada mereka yang menceburi sektor pertanian, penternakan dan perikanan di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, skim bantuan dalam bentuk barangan, perkakas, enjin, anak benih, peralatan dan bantuan kewangan itu akan diuruskan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Terengganu.“Setiap individu layak membuat pemohonan SBMT tidak melebihi RM50,000 atau nilaian kelulusannya bergantung kepada jenis sektor yang diceburi. Tempoh bayaran pinjaman bergantung kepada jenis perusahaan.“Mereka yang mahu membuat pinjaman perlu berumur 18 tahun hingga 65 tahun, menyediakan lokasi sebagai bukti benar-benar mahu menceburi bidang yang mahu diusahakan,” katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di pejabat beliau, di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.Beliau berkata, buat permulaan, kerajaan negeri bersetuju meluluskan SBMT berjumlah RM5 juta dengan kadar pinjaman tidak melebihi RM50,000 bagi setiap pemohon dan akan menambah peruntukan jika terdapat banyak permintaan.“Mereka yang berminat untuk berbuat demikian boleh menghubungi LPP berdekatan mulai 29 Januari ini untuk urusan pengambilan borang, khidmat nasihat dan tunjuk ajar.“Bagi tujuan itu, kerajaan bersetuju melancarkan SBMT pada tarikh sama iaitu 29 Januari yang akan dirasmikan saya sendiri di Dewan Sivik Jabi,” katanya.
23 Jan 19
243
Kerajaan Negeri Sedia Bantu TCFC
KUALA TERENGGANU, 23 Januari- Kemelut bayaran gaji bekas pemain dan jurulatih Terengganu City FC (TCFC) yang didakwa tertunggak bernilai hampir RM1 juta mendapat respon positif kerajaan negeri.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajan negeri bersedia memberi sokongan untuk mendapatkan penajaan, termasuk memberikan surat sokongan bagi membantu pasukan bola sepak luar daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) itu supaya terus mewarnai kancah bola sepak tempatan. Bagaimanapun, menurut beliau kerajaan negeri mengakui berdepan kekangan kewangan untuk membantu TCFC berikutan turut menjaga pasukan lain di bawah PBSNT.“Kerajaan negeri menghargai usaha mereka (TCFC) untuk terbabit dalam dunia bola sepak sehingga muncul juara Piala FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) musim lalu.“Tetapi kerajaan negeri mengalami kesukaran untuk membantu berkaitan sumber kewangan, kerana kita juga ada ‘anak’ yang perlu dijaga bawah PBSNT.“Semua ini memerlukan implikasi kewangan yang agak besar berbanding sukan lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sidang media sejurus menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa Kelab Media Wartawan Terengganu (Kawat) kepada Menteri Besar, di Pejabat Menteri Besar, di Wisma Darul Iman, semalam.Justeru, beliau meminta pemain, jurulatih dan pengurusan kelab TCFC itu duduk berbincang sekali lagi bagi mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah itu.
23 Jan 19
33
Soalan Media Adil, `Tidak Brutal' - MB
KUALA TERENGGANU, 23 Januari - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memuji liputan yang adil dan tepat dibuat oleh pengamal media arus perdana di negeri ini sepanjang pentadbiran kerajaan negeri yang baharu sejak lapan bulan lalu."Secara umumnya secara peribadi, saya berpuas hati dengan laporan yang dibuat oleh rakan media arus perdana di Terengganu, hari ini. Saya rasa adil dengan gambaran yang diberi dalam tulisan dan liputan sesuai dengan tugas dan peranan masing-masing."Soalan yang ditanya sepanjang pentadbiran kerajaan baharu ini pada saya sangat fair dan `tidak brutal' berbanding sesetengah media di Kuala Lumpur dan media antarabangsa (ketika berkhidmat di Kuala Lumpur). Pada saya mereka (media antarabangsa) mempunyai agenda berbeza,"katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media sejurus menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa Kelab Media Wartawan Terengganu (Kawat) kepada Menteri Besar, di Pejabat Menteri Besar, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Turut hadir,Setiausaha Politik Menteri Besar, Haji Muhyiddin Abdul Rashid dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Adram Musa.Dr. Samsuri berkata, hubungan dan kerjasama baik antara pihak kerajaan dengan media dalam menyampaikan perkara benar dan tepat itu diharap akan berterusan sampai bila-bila bagi mencapai hasrat untuk memastikan` Terengganu, Maju, Berkat dan Sejahtera' direalisasikan. "Pada saya rakan media di Terengganu adil dan sangat objektif. Kita tidak harap supaya dipuji, bagaimanapun ia berdasarkan tafsiran masing-masing tetapi kita menyambut baik dengan liputan yang terbuka, bebas dan tepat,"katanya.Dalam masa yang sama, beliau juga memahami asam garam dunia media sosial apabila ada kenyataan di media sosial (pembangkang) yang bertindak mengeluarkan berita tidak tepat dan tidak berasas mengenai kepimpinan negeri kerana mereka sudah ditugaskan sedemikian.
23 Jan 19
43
Hutang Wajib Bayar, Janji Juga Wajib Ditunaikan
SETIU,23 Januari- Kerajaan diminta agar tidak hanya mengeluarkan kenyataan supaya rakyat menyelesaikan hutang malah mencari jalan bagi menunaikan manifesto yang dijanjikan bagi meringankan beban rakyat.Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, sebelum ini, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menabur janji akan menghapuskan hutang peneroka dalam tempoh 100 hari pemerintahan namun begitu, ianya tidak dilaksanakan disebabkan oleh alasan kedudukan kewangan.“Rakyat telah jemu mendengar permasalahan berkaitan dengan hutang sebaliknya rakyat meminta kerajaan menunaikan janji.“Kerajaan PH telah mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan menghapuskan semua hutang peneroka felda, malah mereka yang berhutang wajib membayar hutang,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Menurut beliau, kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkenaan hutang wajib dibayar seolah-olah mencerminkan kerajaan tidak sedar bahawa janji juga patut ditunaikan.“Nasib peneroka felda tidak hanya dibebani dengan hutang penanaman semula sawit, mereka juga dibebani dengan harga komoditi sawit yang semakin menjunam. “Sehingga hari ini, harga komoditi sawit jatuh daripada kira-kira RM 2,400 setan kepada RM 2,057 setan disebabkan oleh penurunan permintaan getah Malaysia,” ujarnya.
23 Jan 19
137
Dua Kumpulan Veteran Tentera Kunjungi MB
MB (tengah) bersama AJK PVATM di pejabat beliau semalam.KUALA TERENGGANU, 23 Januari - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Ahmad menerima beberapa kunjungan hormat termasuk dari Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Terengganu dan Kelab Bekas Komando Terengganu (EDCDOT) di pejabatnya di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.Kepimpinan EDCDOT mengunjungi pejabat menteri besar pada sebelah pagi sebelum disusuli PVATM beberapa jam kemudian.Serentak itu, Dr Samsuri mengucapkan terima kasih untuk jasa dan sumbangan mereka dalam mempertahankan tanah air dari anasir yang tidak diingini.MB (kiri) mendengar pendapat dan luahan rasa seorang veteran tentera dari PVATM di pejabatnya semalam."Selepas menerima beberapa kunjungan hormat pada sebelah pagi tadi, petang ini saya menerima kunjungan hormat daripada Pegawai dan ahli jawatankuasa PVATM Negeri Terengganu pula."Terima kasih untuk jasa dan sumbangan mereka yang tidak dapat dinafikan lagi dalam menjaga dan mempertahankan tanah air," jelas Dr Ahmad Samsuri di status facebook beliau semalam.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang turut berterima kasih kepada EDCDOT atas kunjungan itu sambil berkata jasa dan pengorbanan para pahlawan negara dalam mempertahankan ibu pertiwi tidak terbalas dengan nilai harta benda."Terima kasih kepada Ahli Jawatankusa EDCDOT yang berkunjung ke pejabat saya tengah hari tadi. Jasa dan pengorbanan para pahlawan negara dalam mempertahankan ibu pertiwi ini tidak terbalas dengan nilaian harta.MB (kanan) menerima kunjungan dari anggota EDCDOT di pejabatnya semalam."Renungi sejarah dan hargailah nikmat keamanan yang dikecapi. Jadilah pewaris yang mengekalkan keharmonian kerana ia adalah tanggungjawab kita bersama. Sayangi negara kita!" tulis Dr Ahmad Samsuri.dalam kunjungan itu, seramai 20 orang ahli jawatankuasa kedua-dua kumpulan veteran tentera berkenaan beramah mesra dengan pemimpin utama negeri selepas lapan bulan Kerajaan Terengganu bertukar tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional (BN) kepada PAS.Kerajaan Terengganu di bawah Dr. Samsuri sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan dan nasihat serta bersedia menerima sebarang kunjungan daripada mana-mana pihak untuk kepentingan rakyat serta negeri tersebut.
22 Jan 19
83
MB Bermotosikal Temui Rakyat
Dr Ahmad Samsuri menunggang motosikal untuk menemui rakyat di DUN Rhu Rendang kelmarin.MARANG, 23 Januari- Kesederhanaan sebagai pemimpin negeri terserlah apabila Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sanggup bermotosikal untuk menemui rakyat bawahan termasuk pemimpin peringkat akar umbi di kawasannya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, kelmarin.Program turun padang menemui kepimpinan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN antara tugas yang tidak boleh diabaikan oleh ADUN seperti beliau.Ia bertujuan untuk mengenal pasti perjalanan dan permasalah pengurusan di peringkat bawah sekal igus menanganinya dengan baik.Beliau turut mengadakan sesi dialog dengan kepimpinan DUN Rhu Rendang untuk mendapatkan tindak balas bagi melaksanakan sistem penyampaian yang berkesan kepada pihak terbabit.Reaksi MB (tiga dari kanan) ketika selesai menunggang motosikal menemui rakyat di DUN Rhu Rendang kelmarin.Dengan itu, Dr Samsuri berupaya menyelami sendiri bagaimana perjalanan pentadbiran akar umbi itu dilaksanakan mengikut dasar dan polisi negeri yang ditetapkan dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030).Dengan bermotosikal, beliau kelihatan seperti seorang pemimpin rakyat yang turut merasai susah senang mereka dan diterapkan inspirasi ini dalam pentadbirannya."Petang semalam (kelmarin), bermotosikal ke Rhu Rendang untuk berjumpa kakitangan i-MiTS dan MPKK DUN Rhu Rendang."Sekali-sekala naik motor, seronok juga. Menikmati udara segar sambil melihat keadaan sekeliling," jelas beliau dalam status facebooknya, semalam.Dr Ahmad Samsuri (tiga dari kanan) menemui kepimpinan perinngkat akar umbi di DUN Rhu Rendang kelmarin.Walaupun tidak boleh dibandingkan dengan sifat kerakyatan yang ada pada Khalifah Saidina Umar Ibnul Khattab, namun kesederhanaan yang diserapkan pemimpin negeri dalam apa jua keadaan menunjukkan bahawa kerajaan baru di bawah Dr Samsuri sentiasa bersama merasai denyut nadi rakyat Terengganu.
22 Jan 19
47
MAWADDAH Memacu Potensi Wanita Di Terengganu
Alias bergambar bersama peserta-peserta retreat MAWADDAH di Hotel Primula, baru-baru iniOleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN, 23 Januari – Penubuhan Majlis Permuafakatan Wanita Terengganu (MAWADDAH) sebagai badan penasihat di bawah kerajaan negeri diwujudkan bagi menggilap potensi wanita dalam memberi sumbangan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negeri.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun, berkata kesungguhan kerajaan negeri untuk memajukan wanita di Terengganu terserlah dengan penubuhan badan penasihat ini.“MAWADDAH merupakan badan penasihat untuk portfolio saya, khusus menjadi pemacu wanita di negeri ini ke arah pembangunan insan yang holistik."Badan ini akan merancang hala tuju wanita negeri Terengganu dan ia dianggotai ahli akademik, ahli profesional, usahawan dan wanita-wanita di dalam pelbagai bidang, " ujarnya ketika dihubungi oleh Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) bagi mengulas penubuhannya.Alias HarunMenurut Alias, selain membantu wanita melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi yang utama, MAWADDAH juga memberi panduan serta arah haluan dalam segala usaha pembangunan supaya kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai dan diintegrasikan sumbangan mereka dalam proses pembangunan negeri." Jadi dia orang merangka program-program supaya tidak lari daripada kehendak kerajaan negeri."Dengan meletakkan sasaran kerajaan supaya rakyat Maju, Berkat dan Sejahtera dan juga meletakkan penyelesaiannya dengan cara Islam,"kata beliau.
22 Jan 19
502
Task Force Selesaikan Ancaman Ulat Bungkus - Dr Azman
Dr Azman melakukan gimik perasmian bulan penanaman tumbuhan berfaedah.KEMAMAN, 22 Januari - Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa komited untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi yang terlibat dalam komuniti sawit bagi membantu menyelesaikan masalah peladang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, satu mesyuarat penyelarasan yang diadakan baru-baru ini telah bersetuju untuk menubuhkan pasukan petugas khas (task force) untuk menyelesaikan ancaman Ulat Bungkus.Jelasnya lagi, pasukan itu akan memberi tumpuan kepada kawalan secara ‘chemical’ dan biologi bagi menyelesaikan masalah Ulat Bungkus yang juga dikenali sebagai Ulat Pemakan Daun (UPD)."Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan dan keputusannya kita menubuhkan satu 'task force' untuk mengambil satu langkah dan tindakan berkesan dalam rangka kita untuk menghadapi ancaman Ulat Bungkus."Kawalan kita ini tertumpu kepada kawalan secara ‘chemical’ dan juga kawalan secara biologi, kawalan chemical melalui suntikan batang dan semburan daun, dan kawalan secara biologi dengan tanaman bermanfaat", katanya.Dr Azman ketika menyampaikan taklimat ancaman ulat pemakan daun kepada 100 peladang.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Bulan Penanaman Tumbuhan Berfaedah untuk mengawal serangan UPD di Felda Kerteh 5 bersama komuniti Felda hari ini.Turut hadir pada majlis itu adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Hilmi Harun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi serta Pegawai Penyelidik (Tanah Persekutuan) Pejabat Menteri Besar Terengganu, Naraza Muda.Pasukan petugas khas itu dianggotai oleh FELDA, FELCRA, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Ladang Rakyat, TDM Berhad (TDM) serta peneroka dan pekebun kecil.Pasukan tersebut akan turun ke setiap kawasan bagi memberikan taklimat dan kempen berkenaan ancaman dan cara menghadapi UPD.Demontrasi oleh Dr Azman tentang kawalan secara 'Chemical' iaitu suntikan batang.Untuk rekod, UPD mula menyerang tanaman peladang dan pekebun kecil pada 2017 hingga menyebabkan kerugian yang besar dialami oleh peladang-peladang yang bergantung hidup pada industri sawit .Serangan UPD ini menyebabkan kerugian hasil dialami oleh peladang-peladang di antara 33 hingga 47 peratus sebulan.
22 Jan 19
220
500 Orang Sepetang Kunjungi Syukor Kampung Boy
Syukor menerima tajaan gunting rambut percuma selama setahun.KUALA TERENGGANU, 22 Januari - Nama Syukor Khamis, anak kelahiran Terengganu terus meniti di bibir masyarakat.Kisahnya bermula dengan sekeping gambar yang bukan sahaja mendapat pengiktirafan di peringkat negara bahkan juga di peringkat antarabangsa.Bapa Syukor, Khamis Jusoh berkata, kehidupan mereka sekeluarga berubah mendadak selepas gambar ‘Kampung Boy’ Terengganu menjadi tular, hampir setiap petang mereka dikunjungi oleh masyarakat dan dikatakan boleh mencecah 500 pengunjung pada satu-satu masa."Orang yang datang ni, datang tengok sekejap kemudian balik, anggaran dalam 500 hingga 600 orang juga sepetang."Kalau hari Jumaat pagi ramai sikitlah (dan hujung minggu), kalau waktu TV3 buat penggambaran tu memang ramai la, jalan pun sesak," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Syukor Khamis kelmarin.Turut diraikan dalam majlis ini ialah anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA).Majlis tersebut dianjurkan bersama oleh MSR Event Management, Duta Ayam, Kambing Guongzhou (KBGZ), TY Hotel, CONTIXPERT, CUCKOO, RIZQ ARGO FARM, FAFA Sweet House dan The Groomerz Barbershop.Syukor dan keluarganya mula menjadi tumpuan orang ramai selepas tular kemenangan jurugambar, Nazri Sulaiman.Salah satu daripada gambar tersebut, yang ditangkap oleh Nazri Sulaiman telah dinobatkan antara pemenang bagi Anugerah Istimewa dari Siena International Photo Awards bagi kategori Wajah dan Karektor Menarik. Foto Nazri Sulaiman yang dinobatkan antara pemenang.Bahkan gambar itu juga dinobatkan antara pemenang bagi Asian Geographic: Imej Asia 2018 bagi kategori manusia atau jalanan (street/people).
22 Jan 19
112
YDP Dan DO Marang Terima Kunjungan Hormat ADUN
Oleh: Aslam WiraMARANG, 22 Januari - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua wakil ADUN dalam Parlimen Marang mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Marang dan Pegawai Daerah/ Pentadbir Tanah Marang yang baharu dilantik.Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim sebelum ini memegang jawatan Pengurus Kanan (Korporat) Unit Transformasi Ekonomi Terenggani dan Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak (sebelum ini Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu) menggalas jawatan baharu berkuatkuasa pada 16 Januari lalu.ADUN yang hadir dalam kunjungan kira-kira sejam itu, ADUN Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri dan ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.Manakala wakil ADUN Rhu Rendang, Pegawai Khas kepada Menteri Besar, Sabri Zakaria serta wakil ADUN Alur Limbat, Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Wan Ahmad Zuki Wan Ismail Mohd Nor berkata, kunjungan itu sebagai tanda mengalu-alukan pelantikan dan khidmat dua pegawai penting dalam Parlimen Marang.“Untuk pertamanya kami yakin dengan lantikan ini, kesepakatan dan kerjasama akan terbina dalam usaha untuk sama-sama membangunkan Daerah Marang,” katanya selepas pertemuan itu.Sementara itu, Mohd Huzairil berkata, beliau terharu kerana dapat berjumpa dengan pemimpin masyarakat dan mengucapkan terima kasih atas kunjungan yang penuh bermakna itu.“Berdasarkan penelitian dengan lantikan ini, amanah yang diberikan akan digalas seperti yang dipertanggungjawabkan kerajaan hari ini.“Kita tidak mahu dilabel menyebelahi mana-mana parti, sebaiknya kita abaikan cakap-cakap orang dan persepsi yang tidak elok,” tegasnya.Dalam tumpuan sama, Tun Ahmad Faisal berkata, dia akan meletakkan satu 'standard' untuk bekerja sepertimana tanggungjawab yang diberi oleh kerajaan negeri.“Kita juga perlu tukar 'mindset' untuk pembangunan rakyat Daerah Marang mengikut suasana yang tidak melibatkan simbolik sesuatu parti di mana kita juga sekarang berada di dalam era budaya politik matang.“Ini juga akan memudahkan gerak kerja kita apabila tiada konflik yang berlaku,” jelasnya.
22 Jan 19
461