Artikel "Semasa" Terkini
MPKK Jentera Utama Sebar Keindahan Islam
MPKK merupakan penghubung dan penyampai matlamat kerajaan negeri.Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 26 Januari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) merupakan jentera utama kerajaan negeri dalam menyalurkan khidmat dan matlamat Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera kepada rakyat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, selaras dengan kehendak kerajaan melaksanakan pemerintahan berlandaskan syariah, MPKK menjadi model untuk mempraktikkan kecantikan Islam dalam masyarakat."Jimat jangan sampai kedekut, berbelanja jangan sampai membazir dalam menguruskan masyarakat."Falsafah daripada ilmuan islam tanah air, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini perlu dihayati dan digunakan untuk mengurus sesuatu kawasan agar Islam dapat disebarkan secara berhikmah," katanya ketika berucap merasmikan Kursus Pengurusan Mesyuarat MPKK Dun Jerteh, baru-baru ini.Wan Azhar seru MPKK contohi kepimpinan Saidina Umar al-Khattab.Beliau juga menasihatkan para pentadbir dalam masyarakat supaya mencontohi kepimpinan Saidina Umar al-Khattab dalam menyelami dan menyelesaikan masalah rakyat.Kursus yang diadakan di Kem Damai Beach Resort itu melibatkan 136 peserta terdiri daripada pengerusi, timbalan, setiausaha dan bendahari daripada 34 MPKK di DUN tersebut.Kursus pengurusan berkenaan dianjurkan Pejabat Daerah Besut untuk memberi penerangan tentang kepentingan pengurusan sesebuah kampung dan aplikasi serta tadbir urus masyarakat.
26 Jan 19
33
Singkap Sisi Patuh Syariah Hotel Paya Bunga Terengganu
KUALA TERENGGANU, 26 Januari - Paya Bunga (PB) Hotel Terengganu menjadi bualan umum semenjak dibuka bulan lalu berikutan label ‘patuh syariah’ yang diperkenalkan hotel tersebut.Ketua Eksekutif Syariah PB Hotel, Mohd Zamani Ismail berkata, ramai yang menyambut baik usaha kerajaan negeri dalam memperkenalkan konsep patuh syariah namun ada juga yang bertanya, bagaimana pematuhan syariah itu dilaksanakan.“Konsep patuh syariah atau mesra Muslim adalah jenama baharu yang cuba diperkenalkan. Namun, sebenarnya ia telah dimulakan dalam bidang perhotelan sejak beberapa tahun dahulu.“Apa pun nama yang diperkenalkan, matlamat dan tujuannya adalah sama iaitu ke arah melahirkan produk muamalat Muslim iaitu hotel yang menampilkan konsep berlandaskan hukum syarak.“Kita rakyat Terengganu patut rasa bangga wujudnya hotel-hotel yang ditetapkan sebagai hotel patuh syariah sebagai misi dan matlamat untuk memberikan yang terbaik kepada masyarakat,” katanya ketika berucap dalam Bicara Khas bersama TV Darul Iman di Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini.Program bicara selama sejam itu menjelaskan konsep pematuhan syariah yang disalah erti oleh sebahagian masyarakat. Mohd Zamani berkata, tanggapan itu perlu diperbetulkan.“Ada yang berpendapat, patuh syariah bermaksud penerapan fizikal seperti mempamerkan ayat-ayat suci di dinding, pemakaian jubah dan sebagainya. Perkara tersebut adalah ciri pelengkap kepada pematuhan syariah yang dijalankan.“Sebaliknya, apa yang ingin ditonjolkan adalah model sistem berlandaskan syariah yang memperlihatkan Islam sebagai cara hidup melalui pengurusan hotel daripada peringkat tertinggi sehingga ke bawah. “Bukan hanya pada makanan semata-mata, tetapi pada pengurusan kewangan dan sebagainya selain, meletakkan prinsip Islam sebagai dasar pelaksanaan operasi,” katanya.Katanya, PB Hotel berusaha memberikan layanan dengan nilai-nilai Islam. Buat peringkat awal, pengurusan meletakkan panduan supaya semua kakitangan melaksanakan solat secara berjemaah dibantu imam yang dilantik.Pengisian agama secara berkala turut diadakan bagi membentuk ketinggian akhlak kakitangan yang boleh disertai oleh pengunjung.Mohd Zamani turut menegaskan, label patuh syariah tidak perlu dijadikan halangan buat pengunjung bukan Muslim.“Hentikan persepsi ini dan fahami bahawa Islam adalah cara hidup yang ditetapkan Allah SWT menganjurkan hamba-Nya melakukan yang terbaik dalam setiap tugasan.“Bahkan, kami lebih banyak melaksanakan pematuhan syariah melalui pendidikan dan bukan secara paksaan.“Bagi pengunjung bukan Muslim, mereka tidak perlu menutup aurat tetapi digalakkan berpakaian menepati adab ketimuran."Kita juga menyediakan kelengkapan yang mematuhi syariah untuk dipakai di kolam renang,” katanya sambil menyeru pengunjung dalam dan luar negara hadir dan merasai sendiri keunikan PB Hotel.
26 Jan 19
477
Projek ECRL Perlu Diteruskan - Haji Amzad
Haji Ahmad Amzad Hashim.KUALA TERENGGANU, 26 Januari - Kerajaan Persekutuan perlu meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana ia disifatkan sebagai pemacu pembangunan Wilayah Timur. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, pembatalan kontrak ECRL dengan China Communication Construction Group Ltd (CCCC) tidak patut dimansuhkan begitu sahaja kerana ia adalah pemangkin pembangunan Wilayah Timur. "Saya harap pembatalan kontrak ECRL dengan CCCC bukanlah bererti projek yang telah dirancang berkenaan dimansuhkan begitu sahaja. "Sebelum Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) lagi PAS berpandangan projek ECRL ini bagus untuk menjadi pemangkin pembangunan Wilayah Timur semenanjung tetapi PAS tidak dapat menerima kos projek yang terlalu tinggi jika dibanding kos projek yang serupa dilaksanakan di negara lain pada kos yang jauh lebih murah," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam satu status yang dimuat naik di laman Facebooknya, mengulas tentang kenyataan pembatalan projek berkenaan yang dibuat oleh Menteri Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali yang disiarkan oleh media di Kuala Lumpur hari ini. Menurut laporan itu, pembatalan projek ECRL yang diterajui CCCC diputuskan secara muktamad dalam mesyuarat Kabinet, Khamis lalu. Katanya, kerajaan memutuskan sedemikian kerana tidak mampu menanggung kadar faedah tahunan daripada projek berkenaan yang menjangkau hampir RM500 juta. Katanya, tanggungan faedah pada skala itu didapati tidak selari dengan kedudukan kewangan negara pada ketika ini. Justeru kerajaan terpaksa membatalkan kontrak CCCC walaupun perlu membayar pampasan.Mohamed Azmin memaklumkan, keputusan penamatan dibuat setelah CCCC tidak dapat menurunkan kos daripada RM81 bilion kepada RM40 bilion seperti diminta kerajaan manakala Kerajaan Pusat pula perlu menanggung kos faedah setengah bilion ringgit setiap tahun yang sangat besar kesannya kepada ekonomi negara. Haji Ahmad Amzad seterusnya berkata, atas kedua-dua alasan ini beliau mengira kerajaan telah mempamerkan usaha untuk mengekalkan perbincangan dengan CCCC sehingga tiada lagi titik persetujuan dicapai. "Saya berharap kenyataan Azmin dalam erti kata lain mengalu-ngalukan pelabur lain dalam melaksanakannya sekali gus membuka jalan kepada alternatif lain dalam menjayakan projek berimpak tinggi ini yang sangat penting untuk seluruh Wilayah Timur. "Kerajaan perlu 'transparent' mendedahkan berapa jumlah kos yang telah dibelanjakan setakat ini ke atas projek ECRL dan berapa jumlah pampasan yang perlu dibayar atas pembatalan kontrak dengan CCCC ini dan siapa penerima-penerima pampasan ini dan berapa jumlahnya setiap satu," tegasnya.
25 Jan 19
121
Kempen Cegah Jenayah Syariah Didik Rakyat Terengganu
KUALA TERENGGANU, 26 Januari - Kerajaan Negeri Terengganu komited untuk memastikan rakyat di negeri itu tidak meminggirkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Kempen Pencegahan Jenayah Syariah adalah antara strategi yang diguna pakai untuk mencapai hasrat tersebut.Jelasnya lagi, kerajaan juga akan menjadikan didikan (kempen) tentang kesalahan jenayah syariah sebagai tumpuan utama berbanding aspek hukuman yang dianggap sebagai fasa terakhir."Kesedaran yang paling penting ialah mereka mesti hidup dengan agama walau di mana mereka berada."Kita tidak menjadikan hukuman satu penumpuan utama, tidak, penumpuan yang utama adalah didikan, didik untuk memberi kesedaran," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Kempen Pencegahan Kesalahan Jenayah Syariah di Payang Walk, Pesisir Payang semalam.Turut bersama dalam kempen itu, pegawai-pegawai penguatkuasa daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).Katanya, selepas ini kempen itu akan dilebarkan ke setiap daerah dalam negeri Terengganu dengan kerjasama daripada setiap pejabat agama daerah."Insya-Allah kita akan bincang dengan pegawai agama daerah masing-masing, untuk melihat kawasan mana yang menjadi tumpuan masyarakat, dan insya-Allah kita akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat," ujarnya.Kempen yang bermula jam 11.00 malam itu mendapat sambutan baik daripada pengunjung Payang Walk yang rata-ratanya terdiri daripada anak muda.Edaran risalah serta soal jawab bersama pengunjung merupakan aktiviti yang dijalankan dalam kempen tersebut.
25 Jan 19
196
25,000 Rakyat Terengganu Bakal Nikmati Lesen Motosikal Percuma
Untuk HEBAHAN kepada rakyat Terengganu.Program Lesen Motor Terengganu Sejahtera PERCUMA Rakyat Terengganu.1. Program Lesen Motosikal B2.2. Dibuka untuk 25,000 orang yang layak.3. Permohonan mesti diisi melalui atas talian atau 'online' atau menggunakan borang secara manual.4. Berumur dari 16 hingga 40 tahun.5. Bujang atau sudah berkahwin.6. Anak jati Terengganu atau bermastautin lebih 10 tahun. Pengesahan Penghulu atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diperlukan.7. Permohonan pertama kali pertama sahaja.8. Pendapatan tidak lebih daripada RM2,000 sebulan.9. Pelajar sekolah, Institut Pengajian Tinggi (IPT), pusat kemahiran layak dan perlu disahkan masih belajar oleh pusat pengajian atau Penghulu Mukim atau MPKK.10. Latihan atau kursus dalam negeri Terengganu sahaja.11. Borang permohonan melalui i-Dana hendaklah dicetak dan disahkan oleh MPKK bersama dokumen diperlukan;* Kad Pengenalan* Slip gaji atau pengesahan tempat pengajian* Pemohon tanpa slip gaji, kemukakan Surat Pengakuan Pendapatan disahkan Penghulu atau MPKK* Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) bagi LESEN B2 ini perlu bersama salinan Kad OKU12. Bebas daripada saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jika ada, pemohon perlu lebih dahulu menjelaskan saman JPJ atau PDRM.13. Pendaftaran dibuka bermula 1 Februari hingga 1 Mac 2019.14. Pelaksanaan program bermula 15 April 2019.15. Kos ditanggung oleh kerajaan negeri adalah kos buat LESEN sahaja tidak termasuk kos lain-lain yang dikenakan oleh institut memandu.16. Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urusetia & semakan boleh dilayari di laman sesawang http://idana.terengganu.gov.my selepas 1 April 2019.
25 Jan 19
518
Jersi Terengganu FC Dilancarkan Esok
KUALA TERENGGANU, 25 Januari - Pelancaran dan jualan jersi Terengganu FC (TFC) akan berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak sempena Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain TFC malam esok.Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, pasukan TFC mendapat suntikan baharu menjelang aksi Liga Malaysia (Liga-M) musim ini apabila mendapat tajaan daripada Football Republic milik penuh Al-Ikhsan Sports sehingga 2020."Al-Ikhsan Sports merupakan penaja pakaian buat TFC (TFC I-IV). Jersi TFC 2019 menggunakan jenama Al-Ikhsan."Kejayaan bisnes Al-Ikhsan diharap menjadi dorongan anak muda Terengganu untuk mencontohi kesungguhan pemiliknya."Diharap model ini akan diambil secara positif dalam cabaran berbisnes di zaman penuh cabaran ini," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Pembukaan Football Republic Cawangan Kuala Terengganu di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu hari ini.Kedai konsep premium bola sepak pertama di Malaysia itu akan terus melebarkan pasaran mereka di seluruh negeri di Malaysia selepas membuka cawangan kelimanya di Kuala Terengganu.Dalam tumpuan sama, katanya, saingan liga 2019 amat mencabar. Pasukan lain tidak kurang hebatnya."Insya-Allah TFC diharap menjadi pasukan pencabar yang mantap," ujarnya.Hadir sama dalam majlis itu, pemain-pemain TFC, Kipre Tchetche, Igor Zonjic dan Lee Tuck serta penjaga gol Muhamad Ilham Amirullah Razali serta Ahmad Shamim Yahya.
25 Jan 19
1019
Sultan Mizan Berangkat Solat Jumaat Di Masjid Padang Nenas
KUALA NERUS, 25 Januari - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mencemar duli mengerjakan solat Jumaat di Masjid Padang Nenas, Kuala Terengganu, di sini hari ini.Turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji A Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.
25 Jan 19
671
MB Terengganu Sempurnakan Pelepasan RTES Endurance Ride January
SETIU, 25 Januari - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyempurnakan Majlis Pelepasan (Flag Off) Championship Endurance National (CEN) 40 Kilometer (KM) sempena Kejohanan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) Endurance Ride January 2019 di Lembah Bidong, hari ini.Kejohanan yang berlangsung di Terengganu International Endurance Park (TIEP) itu menampilkan dua kategori perlumbaan iaitu CEN 40KM dan CEN 80KM.Seramai 40 peserta bersaing dalam kedua-dua kategori terdiri daripada penunggang Malaysia dan Korea.TIEP buka tirai kejohanan bagi tahun 2019. Perlumbaan itu berlangsung selama dua hari dan menjadi pembuka tirai perlumbaan di TIEP bagi kalendar acara tahun 2019.Turut hadir dalam majlis tersebut, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah, Exco-exco Kerajaan Negeri serta pegawai kanan negeri.Perlumbaan itu akan berakhir awal pagi esok.Kejohanan turut menarik penyertaan beberapa peserta luar negara.
25 Jan 19
161
MB Terengganu Rafak Sembah Tahniah Al-Sultan Abdullah Dilantik Agong
PERUTUSAN SEMBAH TAKZIM PEMASYHURAN KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG KE-16Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pemilihan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke- 16 mulai tarikh 31 Januari 2019. Patik mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Negeri Terengganu mendoakan KDYMM Tuanku agar sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah hendaknya serta terus teguh memayungi negara ini dengan panduan Islam. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTARMenteri Besar Terengganu Darul Iman25 Januari 2019
24 Jan 19
799
Perlu Pelan Tindakan Segera Tangani Kejatuhan Harga Minyak Sawit
Ahli parlimen Kemaman, Che Alias Hamid-Foto ihsan Buletinonline.netKEMAMAN, 23 Januari - Ekoran kejatuhan harga minyak sawit menerusi data yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Kerajaan Pusat disaran supaya menyediakan pelan tindakan segera bagi membantu memulihkan pendapatan pekebun kecil.Ahli Parlimen Kemaman, Tuan Che Alias Hamid berkata, pelan tindakan segera yang holistik dan konsisten itu sangat perlu berikutan kesan kejatuhan harga minyak sawit menyebabkan pendapatan pekebun kecil terjejas. Mengulas lanjut perkara itu, beliau berkata produk minyak sawit seharusnya diperluaskan bukan hanya tertumpu kepada kegunaan pengeluaran seperti minyak masak semata-mata yang tidak memberi kesan yang banyak kepada pekebun kecil . “Pendapatan lebih kurang 650 ribu pekebun kecil terjejas dan sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai sumber pendapatan lain untuk menyara keluarga."Saya menyarankan supaya Kerajaan menyediakan pelan tindakan segera bagi membantu pendapatan pekebun kecil akibat kejatuhan harga minyak sawit. Walaupun Kerajaan hari ini melakukan pelbagai insiatif dan usaha untuk memulihkan harga pasaran komoditi minyak sawit, namun apa pun usaha dilakukan memerlukan kajian secara holistik dan konsisten", katanya dalam satu kenyataan media, semalam.Merujuk kepada data daripada MPOB harga minyak sawit berlaku penurunan iaitu pada paras RM 2,057.50 berbanding RM 2,232 untuk satu tan pada tahun lepas. Ini disebabkan daripada stok minyak negara yang melebihi paras 2 juta tan dan ketidakstabilan pasaran global sejak tahun lalu.Pada 17 Januari lalu, Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Industri Utama, Teresa Kok memaklumkan kerajaan komited untuk melaksanakan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MPSO) bermula 1 Januari 2020 bagi mengatasi masalah ini.
23 Jan 19
69