lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Islam Iktiraf Seni, Asal Tidak Leka - Presiden PAS
Oleh: Aziz HambaliKUALA TERENGGANU, 26 Januari – Agama Islam mengiktiraf kesenian daripada semua kaum, dengan syarat ianya tidak melekakan dan mampu memberi manfaat kepada manusia.Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pada asasnya perkataan seni mempunyai makna yang sangat luas dengan syarat ia digunakan untuk kemuliaan agama Islam itu sendiri. Seni kelakar juga diberi pengiktirafan dalam islam iaitu kelakar yang tidak berbohong, tetapi mendidik jiwa.Jelasnya, PAS sebagai gerakan Islam yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk memurnikan kefahaman rakyat mengenai seni dan hiburan.“Di Terengganu sendiri, ada gaya keseniannya yang tersendiri seperti rodat yang merupakan syair selawat. Penyanyinya adalah lelaki tetapi apabila datangnya penjajah, mereka ubah gaya kesenian itu bercampur lelaki dan perempuan. Jadi lalai dan leka."Seni dan budaya tidak salah, yang salahnya ialah apabila ada yang berhibur tetapi bercampur antara lelaki dan perempuan,”katanya.Beliau berkata demikian dalam ucaptama dan perasmian Simposium Seni Peringkat Negeri Terengganu, di Dewan Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, di sini, pagi tadi.Program Simposium Seni & Hiburan Menurut Islam yang dianjurkan oleh Pasca PRU 14, Jawatankuasa Lujnah Seni Dan Budaya PAS Pusat (LESTARI) diadakan bagi merungkai pelbagai soalan berkaitan dengan seni dan hiburan menurut perspektif Islam.Sementara itu, Pengerusi LESTARI, Ustaz Dr. Riduan Mohd Nor, berkata simposium ini berjaya dilaksanakan dengan penglibatan beberapa pemikir yang membentangkan kertas kerja berkaitan seni dan budaya menurut perspektif Islam.“Ucaptama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga sangat berkesan dengan memberi gambaran bahawa gerakan Islam atau harakatul ummah ini juga berperanan memposisikan Islam ini sebagai agama yang lengkap termasuk fitrah manusia, manusia berkehendak kepada hiburan.“Dalam sirah Nabi SAW, ada penghibur Islam iaitu Hassan Tsabit dan Abdullah Abi Rawahah. Mereka ini menggunakan seni sebagai medium mempertahankan agama ALLAH Taala,”ujarnya.
27 Jan 19
35
Empty Image
Ijtima’ Siber Himpun Pengamal Media Baru
KUALA TERENGGANU, 27 Januari- Kerajaan negeri menerusi Portfolio Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri bakal menganjurkan Program Ijtima’ Siber 2019 bagi mengumpulkan pengamal media baru seluruh Malaysia untuk mendedahkan kepentingan dalam melaporkan berita yang benar berlandaskan fakta dan sumber sahih.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, dua ahli panel akan dijemput menyampaikan kertas kerja pada ijtima’ tersebut yang akan diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman pada 16 Februari ini.“Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Supyan Hussin akan membentangkan tajuk ‘Fungsi Media Baru Melestari Kesedaran dan Kebangkitan Rakyat Malaysia’ manakala Pendakwah dan Motivator yang juga Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Darul Ulum, Negeri Sembilan, Ustazah Asma’ Harun pula akan menyampaikan tajuk ‘Tanggungjawab Menangani Kekeliruan Maklumat dan Menangkis Fitnah di Media Baru,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Program Ijtima’ Siber 2019 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Turut hadir, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said.Menurut Mohd Nor, program yang akan dikelolakan oleh UPDI dengan kerjasama Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu itu menyasarkan seramai 3,000 peserta dengan membuka penyertaan untuk pengamal media baru seluruh negara.Katanya, antara tujuan penganjuran program tersebut adalah untuk memberikan kesedaran asas kepada seluruh pengamal media baru supaya mereka menggunakan saluran media baru berasaskan agama Allah SWT dan tidak melanggar syariatNya.“Kita juga mengharapkan dengan ijtima’ sebegini, pengamal media akan menggunakan media baru mereka sebagai platform ke arah menyampaikan agama dan kebenaran berita yang tepat kepada seluruh rakyat termasuk netizen dan peminat-peminat media baru,” ujarnya.Katanya, beliau turut mengharapkan kerajaan negeri akan menjadi pencetus dan penggerak utama bagi menyatukan pengamal media ke arah kesatuan Islam serta  kemurnian syariat Allah SWT dalam menyampaikan dakwah Islamiah kepada seluruh ummah.
27 Jan 19
42
Empty Image
Rakyat Suarakan Kebangkitan Di PRK Cameron Highland
Dr. Samsuri bersama Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim (kiri) ketika ditemui pemberita dalam Majlis Memperkenalkan Jersi dan Pemain TFC 2019. KUALA NERUS, 27 Januari - Kemenangan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highland menunjukkan kebangkitan suara rakyat dalam menolak kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang menerajui pemerintahan negara kini.Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat merangkap Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, secara umumnya kemenangan itu memberi tanda amaran kepada PH tentang pemerintahan mereka selama lapan bulan menjadi Kerajaan Persekutuan.“Itu yang kita nampak dalam PRK kali ini. Ini juga adalah masa PH untuk membuat penilaian kembali di pihak mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Memperkenalkan Jersi dan Pemain Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, semalam.Beliau turut berpendapat, kemenangan itu juga merupakan isyarat positif penerimaan rakyat kepada pembangkang.“Ketika turun berkempen di sana baru-baru ini saya dapat merasai penerimaan positif masyarakat Cameron Highland kepada kerjasama Barisan Nasional (BN) dan PAS yang sama-sama berkempen kali ini,” katanya. PRK Cameron Highland semalam menyaksikan calon BN, Ramli Mohd Noor mengekalkan kerusi Parlimen kawasan tersebut apabila meraih 12,038 undi menewaskan caloh PH, M Manogaran (8,800 undi) serta dua calon bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi).PRK itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada November mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivaraajh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu terbatal kerana didapati berlaku amalan rasuah dan mempengaruhi pengundi kawasan itu.  
26 Jan 19
46
Empty Image
MB Isytihar Jersi No.12 Khas Buat Penyokong Terengganu FC
Para pemain TFC mempamerkan jersi Home dan Away kepada penyokong yang hadir.KUALA NERUS, 27 Januari - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) merangkap Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan jersi nombor 12 akan dikhaskan buat para penyokong Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC).Ini sebagai menghargai sokongan berterusan peminat bola sepak negeri itu kepada pasukan.Keputusan tersebut diumumkan beliau ketika berucap dalam Majlis Memperkenalkan Jersi dan Pemain TFC 2019 di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak semalam.Jersi baharu pasukan TFC dihasilkan secara eksklusif oleh kedai sukan terbesar di negara ini iaitu Al-Ikhsan Sdn. Bhd.Rekaan tersebut menampilkan dua warna iaitu putih bagi jersi utama dan hitam sebagai jersi kedua.Kelainan turut dipamerkan jenama itu melalui getah jalur emas dan hitam di bahagian lengan serta kolar eksklusif bagi jersi utama.Jersi tersebut dijual bermula malam tadi pada harga RM99.90.Dr. Samsuri harap pengurusan PBSNT berjaya realisasi kejayaan bagi musim 2019.Dr. Samsuri dalam ucapannya menyifatkan tahun 2018 merupakan kebangkitan bagi bola sepak negeri Terengganu apabila kesemua pasukan negeri cemerlang dalam kejohanan yang disertai."Semua penyokong dan rakyat negeri Terengganu cukup berbangga dengan pencapaian pasukan sepanjang 2018 lalu walaupun tidak semua kejayaan berjaya dicapai."Apa yang penting adalah kesungguhan, usaha dan kerja keras yang telah ditunjukkan oleh semua pihak."Inilah yang sebenarnya memberi erti kepada pencapaian kita, kemenangan bagi diri kita untuk melakukan yang terbaik tahun ini," katanya.Beliau turut menyatakan, musim ini sangat mencabar dan berharap pengurusan TFC akan mencuba yang terbaik untuk merealisasikan kemenangan."Apabila kita bermula di atas berdasarkan pencapaian musim lalu, maka tentulah kita berdepan tugas sukar mempertahankan kedudukan," katanya sekali gus meletakkan sasaran TFC untuk berada di kelompok tiga terbaik dalam saingan Liga Super.Beliau turut mensasarkan pasukan untuk ke perlawanan akhir bagi saingan Piala FA dan Piala Malaysia.Dalam majlis tersebut, para pemain TFC 1 sehingga TFC 4 diperkenalkan selain penyampaian salam penghargaan kepada bekas-bekas pemain Terengganu yang hadir.Turut hadir, Timbalannya, Hishamuddin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah serta ahli-ahli majlis dan pegawai kanan negeri.Peminat mula mendapatkan jersi pasukan sejurus tamat majlis pelancaran.
26 Jan 19
805
Empty Image
Solat Hajat Buka Tirai Pelancaran Jersi Terengganu FC 2019
Oleh: Dzakaria Mohd SallehKUALA NERUS, 27 Januari - Pasukan Terengganu FC (TFC) memulakan Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain TFC 2019 dengan solat hajat secara berjemaah di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, malam tadi.Program solat hajat itu dihadiri para pemain dan pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan para penyokong tegar Skuad Penyu itu.Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim yang mengimamkan solat hajat tersebut sempat menasihati para pemain supaya dapat menjadi ejen dan model dakwah di dalam padang."Bagi tahun 2019, kita sarankan para pemain menutup aurat. Kita tidak memaksa, tetapi ia boleh menjadi medan dakwah kita kepada masyarakat."Para pemain merupakan idola bagi anak-anak muda Terengganu. "Apabila pemain menutup aurat dan berjaya mencipta kejayaan dalam liga atau piala, anak-anak Terengganu akan mencontohi cara dan gaya kita," katanya sejurus sebelum melaksanakan solat hajat.Majlis itu turut dimeriahkan dengan pameran gerai serta pertandingan e-sukan, futsal dan berbasikal yang diadakan di sekitar stadium seawal jam lapan pagi lagi.
26 Jan 19
117
Empty Image
Proses Mendidik Bukan Semudah Touch 'N Go
Oleh: Siti AinumBESUT, 27 Januari - Tugas menyampaikan ilmu bukan semudah Touch 'n Go (bayaran tol sesuatu lebuhraya), bahkan ia perlu melalui proses tertentu.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, seorang guru perlu melaksanakan tugasnya dengan penuh tanggungjawab iaitu mengajar anak didik dengan ikhlas."Dalam proses pendidikan, kita sebagai guru mestilah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang bersesuaian," katanya ketika merasmikan Kem Tahsin As-Solah anjuran i-MiTS Kota Putera di Institut Latihan Islam Pantai Timur (ILTIM), di sini baru-baru ini.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata, untuk menjadi pendidik yang berjaya seorang guru perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa.Sebagai contoh, kata beliau, guru juga perlu mendalami ilmu dalam soal mengerjakan solat kerana ia tidak menjadi mantap selagi ilmu berkaitan tidak didalami."Dalam bab solat, kita tak boleh kata kita 'champion' walaupun kita sudah solat sejak kecil lagi. Kita mungkin hanya tahu tentang solat secara sepintas lalu sahaja, secara mendalam kita tidak tahu dan perlu belajar untuk mengetahuinya," ujarnya.Mohd Nurkhuzaini juga berkata, menuntut ilmu juga berlaku dalam proses memberi ilmu kepada orang lain."Dalam proses kita memberi ilmu, memang akan ada prosesnya tersendiri bukan macam Touch 'n Go. Semua perkara ada proses yang perlu kita lalui."Dan dalam proses itulah kadang-kadang ada yang sesuai dan tidak sesuai dengan naluri kita. Dari situlah kita belajar," jelasnya.
26 Jan 19
43
Empty Image
Wanita Mangsa Utama 'Keldai Akaun'
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 25 Januari -  Wanita dipercayai mudah menjadi mangsa utama keldai akaun akibat terpedaya dengan kata-kata manis  'mat negro' atau 'orang putih'.Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis (IPD) Dungun, Inspektor Nurul Amynah Ismail berkata, golongan wanita terutama ibu muda, balu dan isteri yang mungkin kesepian menjadi sasaran jenayah melalui media sosial itu."Sekarang makcik-makcik sudah 'advance', pandai main 'facebook' , 'WeChat' dan 'WhatsApp' , jadi dekat dalam facebook tu dia terima 'friend'." Tapi itu sebenarnya adalah cara-cara macam mana untuk perangkap kita, dia tahu kita banyak duit, jadi daripada situ chatting-chatting," ulas beliau.Amynah berkata demikian swbagai ahli panel pertama di dalam bual bicara Majlis Cakna Wanita 1.0 di Dewan Sivik, Batu 48, di sini, kelmarin.Katanya, pemangsa lazimnya akan meminta  mangsa untuk poskan kad atm beserta nombor pin."Janji-janji untuk berkahwin, kononnya untuk pergi ke Malaysia untuk berkahwin, tapi sebenarnya makcik-makcik ini telan menjadi keldai akaun tanpa disedari."Di mana akaun-akaun itu digunakan untuk menipu orang lain pula, mangsa seterusnya akan memasukkan wang ke dalam  nombor akaun yang diberikan." Jadi sekarang ini makcik itu didenda sebagai keldai akaun kerana polis akan mencari siapa keldai akaun ini baru dia cari siapa mangsa jenayah, " katanyaTurut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun yang merasmikan program itu.Program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Rantau Abang dihadiri hampir 100 peserta wanita.Sementara itu Alias yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri menyeru masyarakat sentiasa bekerjasama dengan polis untuk membanteras jenayah tanpa mengira sama ada lelaki ataupun wanita."Kerjasama bukan sahaja melaporkan jenayah yang dilakukan tetapi juga sentiasa mengingatkan sesama masyarakat."Tujuan program ini sebenarnya adalah untuk mendedahkan kepada wanita supaya mengambil cakna yang lebih kepada masyarakat lebih-lebih lagi kepada isi rumah kita sendiri," ujarnya.Menurut beliau,  kerajaan negeri kini giat memerangi kegiatan pengedaran pil kuda, bagaimanapun tanpa kerjasama daripada masyarakat menyalurkan maklumat pastinya jenayah itu tidak mampu dikekang dengan jayanya."Kalau tiada kerjasama ini  sampai bila kita tidak dapat kesan siapa pengedar... anak-anak lagi telah didedahkan dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan remaja-remaja zaman kini," katanya lagi.
26 Jan 19
383
Empty Image
Berita Gembira Untuk Generasi Felda Terengganu
Oleh: Rohayati RipinKEMAMAN, 26 Januari - Seramai 105 orang generasi baru Felda Neram 1, bakal menerima rumah masing-masing apabila proses akhir penyerahan dilakukan oleh Felda Properties kepada kerajaan negeri.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Cikgu Razak Ibrahim berkata, rumah yang telah lama disiapkan akan diserahkan dalam tempoh yang terdekat setelah menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengannya.“Isu rumah generasi kedua (yang sudah) lama siap,  sekarang ini dalam proses sebanyak 105 unit  dan di peringkat DUN kita dah selesai nama-nama dan kita beri kepada Felda Properties melalui Exco Perumahan. “Cuma tunggu sahaja proses Felda sebab di bawah GSA (Akta Penempatan Berkelompok), ianya dalam proses menyerah balik kepada kerajaan dan bila selesai nanti, insya-Allah dalam masa  tak berapa lama lagi akan diberi kepada rakyat,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkata demikian kepada pemberita di sidang media ketika diminta mengulas berkenaan perkembangan tujuh bulan pemerintahan PAS Terengganu selepas Majlis Makan Malam Media Parlimen kemaman di Resindence Inn, Cherating, di sini baru-baru ini.Sebahagian media yang hadir pada Majlis Makan Malam Media Parlimen Kemaman di Resindence Inn, Cherating.Sementara itu, ADUN Kemasik, IR Saiful Azmi Suhaili berkata, seramai 44 orang peserta Felda Kerteh 5 juga akan menerima hak milik tanah masing-masing.“Untuk Felda Kerteh 5 kita kenal pasti ada beberapa orang lagi, lebih kurang 44 peserta  yang masih  belum dapat geran dan ada yang berapa puluh tahun duduk di situ. “Alhamdulillah, kita dah lulus dalam mesyuarat tanah yang terbaru untuk 44 orang peserta itu. Dalam masa terdekat setelah  selesai semua urusan berkenaan kita akan  buat penyerahan,” ujarnya.Sementara itu, ADUN Chukai, Hanafiah Mat turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kerana berusaha membantu sembilan orang peserta di Felcra Seri Bandi mendapatkan kembali tanah masing-masing.
26 Jan 19
150
Empty Image
Bawa Isu Jalur lebar Dan Peluang Pekerjaan Ke Parlimen
Shaharizukirnain Abd Kadir.Oleh: Dzakaria Mohd SallehSETIU, 26 Januari - Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir akan membangkitkan isu peluang pekerjaan dan perkhidmatan jalur lebar untuk rakyat Terengganu khususnya di Setiu di sidang Parlimen yang akan bermula pada 11 Mac nanti.Beliau berkata, jalur lebar bagi daerah Setiu perlu diwujudkan selaras dengan perkembangan teknologi sekarang.Tambahnya, ini termasuklah peluang pekerjaan untuk membangunkan kawasan luar bandar seperti di Setiu bagi menjamin ekonomi dan kebajikan penduduk."Insya-Allah, ada perkara yang saya akan bawa ke Parlimen khususnya yang berkait dengan internet khasnya di Setiu kepada kementerian berkaitan."Dan kita memang berusaha untuk wujudkan peluang pekerjaan dan ianya antara perkara dalam perancangan kita," ujarnya pada penggulungan sesi dialog di Dewan Orang Ramai Gong Terap, Langkap, baru-baru ini.Terdahulu, Shaharizukirnain dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap,  Azmi Maarof telah mengadakan Pejabat Bergerak bagi DUN berkenaan selepas solat Jumaat.Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk ziarah kebajikan, ziarah santai, santai warung kopi dan kaunter aduan rakyat turut dibuka dengan dibantu oleh petugas Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS)."Untuk program ziarah, kita telah ambil maklumat, catatan untuk diserah kepada agensi seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Tabung Darul Iman (TDI) dan agensi lain yang berkaitan."Kita buka bantuan isi borang secara manual dan atas talian agar dapat beri manfaat dan kemudahan pada semua untuk menyalurkan apa jua masalah," ujarnya lagi.Menurutnya, usaha  Pejabat Bergerak yang dilakukan adalah bagi memudahkan mereka yang uzur dan seumpamanya yang menghadapi kesukaran untuk berurusan di pejabat sedia ada di samping dapat mengeratkan hubungan secara terus kepada rakyat.
26 Jan 19
62
Empty Image
Masalah Tempat Solat Di Stesen Bas Kuala Besut Terengganu Selesai
Kerjasama pihak berkuasa tempatan dan pemimpin masyarakat bantu selesai masalah rakyat.Oleh: Saifullah JusohBESUT, 26 Januari - Masalah tempat solat bagi pengguna Stesen Kuala Besut yang menjadi rungutan selama ini selesai apabila Majlis Daerah Besut membina ruang solat bagi kegunaan orang ramai di stesen itu.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh melahirkan rasa gembira dengan kerjasama antara Majlis Daerah dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pekan Baru yang dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.“Sebelum ini, Pusat Khidmat DUN telah menerima banyak aduan daripada orang ramai terutamanya pengguna Stesen Bas Kuala Besut yang tidak mempunyai tempat solat khusus dan selesa,” katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan ruang solat tersebut di Stesen Bas Kuala Besut baru-baru ini.Dua ruang solat yang dibina bagi mengasingkan di antara lelaki dan perempuan itu cukup selesa bagi kegunaan orang ramai dan mampu memuatkan kira-kira lapan orang dalam satu-satu masa.Azbi menampal tanda ruang solat simbolik perasmian.Struktur dari papan yang menelan kos RM15,000 itu turut menarik perhatian orang ramai di stesen tersebut.Azbi memaklumkan, kemudahan yang disediakan merupakan respon kerajaan terhadap keperluan rakyat."Saya berharap ruang solat yang dibina ini digunakan dan dijaga dengan sebaik mungkin agar keselesaan dan kemudahan ini dapat dirasai oleh orang ramai,” katanya. Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Zulkifli Kadir dan Pengerusi MPKK Kampung Pekan Baru, Azman Hussin.Ruang solat yang agagak kecil tetapi memberi keselesaan kepada pengguna stesen bas.
26 Jan 19
990