Artikel "Semasa" Terkini
Suasana Harmoni Antara Kaum Hiasi Sambutan Tahun Baharu Cina Di Terengganu
Hanafiah Mat (empat dari kiri) bersama-sama penganjur selepas merasmikan majlis penutup pesta karnival.KUALA TERENGGANU, 5 Februari - Kerajaan Negeri Terengganu akan memastikan suasana aman dan harmoni yang dinikmati di negeri itu akan terus dipertahankan meskipun berbeza agama, kaum dan fahaman politik.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri bersyukur dengan nikmat keharmonian antara kaum yang dikurniakan di Terengganu.Ujarnya, kerajaan berjanji untuk memberikan kerjasama yang penuh kepada seluruh masyarakat sama ada Melayu, Cina ataupun India untuk terus mempertahankan keharmonian yang ada.Hanafiah Mat berkata kerajaan akan terus berkhidmat pada rakyat tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan politik."Kami akan memberi kerjasama kepada seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa, agama apatah lagi fahaman politik."Kami akan jadikan seluruh rakyat Terengganu sama ada Melayu, Cina mahupun India adalah rakyat negeri Terengganu bersama (tanpa ada dikriminasi kaum), ini falsafah perjuangan kami," katanya sambil disambut sorakan dan tepukan gemuruh oleh hadirin. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Perayaan Pesta Karnival sempena sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Cina, Kuala Terengganu semalam.Antara pengunjung yang hadir memeriahkan majlis.Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam Menteri Besar Terengganu, Dr Balachandran G Krishnan, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Cina, Jefri Chua serta Pengerusi Dewan Perhimpunan Tiong Hua Terengganu, Tan Beng San.Terdahulu, Hanafiah Mat yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai dipersembahkan dengan persembahan seruling dan mercun oleh komuniti Cina di kampung itu.Pesta karnival yang berlangsung selama empat hari tersebut bertujuan untuk menghangatkan dan memeriahkan lagi suasana sambutan Tahun Baharu Cina di sini.Pesta karnival yang dianjurkan oleh Dewan Perhimpunan Tiong Hua Terengganu turut dihiasi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan tarian singa serta nyanyian dan tarian kebudayaan oleh warga emas dan kanak-kanak.Suasana harmoni antara masyarakat berbeza kaum di Terengganu ini boleh dilihat dengan kehadiran masyarakat Melayu dan India semasa pesta karnival ini berlangsung.
05 Feb 19
408
Ops Angpau Kekang Jenayah Syariah
Foto - Wan Luqman HakimOleh: Afif FideeKUALA TERENGGANU, 5 Februari - Operasi Angpau (Ops Angpau) dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan, Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus bertujuan memantau jenayah syariah sempena cuti Tahun Baru Cina, awal pagi tadi.Operasi melibatkan kekuatan 30 anggota penguat kuasa tetap dan sukarela itu mensasarkan beberapa kawasan baharu di kedua-dua daerah yang dikenal pasti sepanjang operasi rondaan.Dalam operasi berkenaan, sepasang kekasih turut ditahan kerana disyaki berkhalwat.Pasangan tersebut yang merupakan penuntut sebuah universiti di sini ditahan ketika didapati berdua-duaan dalam sebuah bilik di sebuah hotel bajet di bandar Kuala Terengganu.Pegawai Jabatan Agama Daerah Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus, Azmi Tengah memaklumkan, kedua-dua penuntut terbabit dikenakan caj di bawah Seksyen 31 di dalam Enakmen yang sama.“Mereka akan dikenakan denda tidak melebihi RM 3,000 sebagaimana yang diperuntukkan atau dua tahun penjara jika gagal menyelesaikan denda tersebut,” katanya.Menurut Azmi, Ops Angpau yang dijalankan tidak melibatkan pelanggaran kepada mana-mana seksyen-seksyen di dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah,Takzir Terengganu.Operasi tersebut berakhir sekitar 4.30 pagi tadi setelah berlangsung selama empat jam.
04 Feb 19
44
Sasar 100 Sekolah Pondok Berdaftar
KUALA TERENGGANU, 4 Februari- Kerajaan negeri menyasarkan kira-kira 100 sekolah pondok milik persendirian dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Terengganu berdaftar menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sepanjang tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, *Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, berdasarkan rekod, sebanyak 60 sekolah pondok membabitkan hampir 10,000 pelajar dan 900 tenaga pengajar beroperasi secara sah.“Selebihnya iaitu hampir 40 sekolah itu akan membuat pendaftaran sebaik memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan JHEAT.“Oleh itu, dia menyokong penuh penubuhan Persatuan Kebajikan Rabitah Institusi Pendidikan Islam Terengganu (Rabitah) pada Disember tahun lalu yang bertujuan memudahkan urusan sama,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Himpunan Sekolah-Sekolah Pondok Negeri Terengganu, di Dewan Terbuka JHEAT, di sini, hari ini.Mohd Nor turut memberitahu, wujudnya Rabitah mampu menaikkan martabat, imej, menguatkan kepercayaan masyarakat dan mendorong lebih banyak NGO membuka sekolah seumpama itu pada masa akan datang.Katanya, fungsi Rabitah cukup penting bukan saja sebagai suara kepada kerajaan negeri dan pusat untuk pelbagai kemudahan, malah dapat membela kebajikan pelajar, tenaga pengajar dan ahli.“Pada masa sama dapat menyatukan institusi pengajian islam dalam pelbagai aliran sama ada agama dan integrasi, selain mengadakan pelbagai program keagamaan.“Sebagai contoh, kejayaan terbesar persatuan itu mampu mengadakan kerjasama menganjurkan Program Ijtimak Pondok Dan Pusat Pengajian Islam Terengganu yang menghimpunkan seluruh pondok dan sekolah agama rakyat di negeri ini,” katanya.
04 Feb 19
297
DUN Terengganu Bakal Guna Sistem Digital
Peningkatan infrastruktur mampu tingkat kualiti perkhidmatan.KUALA TERENGGANU, 4 Februari - Kerajaan Terengganu akan menaik taraf sistem pengurusan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung pada 1 hingga 4 April ini menggunakan sistem digital.Yang Dipertua DUN, Haji Yahaya Ali berkata, penambahbaikan menggunakan teknologi baharu bagi tujuan meningkatkan kecekapan sepanjang persidangan itu akan melibatkan soalan dewan yang dihantar melalui portal khas, seterusnya kepada pengurusan soalan serta jawapan persidangan.“Setiap Ahli Dewan juga akan dibekalkan dengan komputer sepanjang persidangan supaya mereka lebih mahir dari segi pengurusan dewan,” katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan kerja ke Pejabat Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (BPTM) Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.Yahaya AliBeliau menegaskan pemerkasaan sistem penyiaran sidang DUN itu bertujuan memastikan pengurusan dewan tersusun dan lebih terkehadapan.“Lawatan ini adalah proses melengkapkan pakej persiapan persidangan yang akan berlangsung nanti. “Lawatan ini juga akan dilakukan ke jabatan-jabatan yang berkait dengan Dewan Negeri di mana kita mengharapkan wujudnya satu kerjasama supaya kita boleh bergerak ke arah tuju yang sama,” katanya.Dalam lawatan tersebut, Yahaya juga sempat meninjau infrastruktur teknologi maklumat dan menyifatkan bahagian tersebut memiliki kemudahan asas yang baik. “Cuma, sistem yang menjadi pakej ini mesti melalui percubaan dan terbukti berfungsi dengan baik untuk digunakan. Kita juga merancang menaik taraf beberapa infrastruktur untuk meingkatkan perkhidmatan,” katanya.
04 Feb 19
147
14,000 Pohon Lesen Motosikal Percuma Dalam Masa Tiga Hari
Sharifah Mariani Mohd KhalidOleh:NajibMARANG, 4 Februari - Permohonan Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) yang mula dibuka melalui atas talian dan secara manual bermula 1 Februari lalu mendapat sambutan yang menggalakkan apabila merekodkan 14,000 jumlah permohonan dalam tempoh tiga hari.Statistik berkenaan diperolehi menerusi laman Facebook rasmi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah yang dimuatnaik, semalam.Sementara itu, tinjauan Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI), sejak awal pagi mendapati Pusat Khidmat Masyarakat mula dikunjungi oleh orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut serta mendapatkan borang secara manual.Seorang penduduk setempat, Sharifah Mariani Mohd Khalid, 26, berkata dia sudah lama menunggu saat dan peluang keemasan untuk mendapatkan lesen secara percuma berikutan kekangan kewangan yang dihadapi sebelum ini.“Sebelum ini, saya ada rancang untuk membuat lesen motosikal dengan adik tetapi kekurangan duit terpaksa saya batalkan hasrat.“Lebih 10 tahun saya bawa motosikal tanpa lesen dan saya hanya boleh bawa terhad di kawasan kampung sahaja,” katanya ketika ditemui di Pejabat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Pengkalan Berangan, di sini, semalam.Dia turut meluahkan rasa terharunya kerana berpeluang untuk memohon lesen motosikal secara percuma yang digerakkan oleh kerajaan negeri bagi meringankan bebanan keluarga malah berharap lebih banyak program yang memberi keutamaan kepada rakyat diadakan dari semasa ke semasa.“Pada awal ura-ura program ini hendak dilaksanakan, saya rasa gembira tapi pada masa yang sama bimbang hanya sekadar khabar angin tetapi betul-betul buat bukan sekadar janji kosong…saya memang teruja, Terima kasih menteri besar dan kerajaan negeri," katanya lagi.Untuk rekod, seramai 25,000 golongan muda di negeri ini disasarkan menikmati manfaat mendapatkan lesen motosikal yang terkandung dalam Manifesto PAS Negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.Pemberian lesen motosikal secara percuma kepada warga Terengganu jelas antara usaha untuk membantu kehidupan rakyat. Ini kerana motosikal menjadi antara pengangkutan utama di Terengganu terutamanya untuk penduduk di kawasan luar bandar.Mereka yang berusia 16 hingga 40 tahun serta layak boleh membuat permohonan secara atas talian dengan serahan borang di mana-mana pejabat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN), i-MiTS atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan masing-masing
04 Feb 19
78
Permata Wajar Bantu Promosi Keindahan Terengganu
Ghazali menyampaikan pembahagian keluarga angkat buat mahasiswa PERMATA.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 3 Februari - Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) diseru membantu mempromosikan keindahan Terengganu, khususnya Bukit Besi sebagai bandar perlombongan yang bersejarah dan menarik.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, penglibatan Permata mengangkat nama negeri dalam pelbagai aspek amat dialu-alukan kerajaan negeri."Ramai masih tidak mengetahui bahawa Bukit Besi pernah mengecap zaman gemilang sebagai bandar 'elit' semasa petumbuhan pesat aktiviti perlombongan.“Banyak kesan sejarah tersebut dapat dilihat melalui bangunan-bangunan yang ada hari ini,” katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Program Tautan Rahmat 2.0 yang dianjurkan oleh Permata Universiti Sains Malaysia (USM) di Bukit Besi, di sini, baru-baru ini.Turut hadir, dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Ahmad Bakhir Chik yang membantu menguruskan keperluan program tersebut.Dalam program berkenaan, seramai 42 mahasiswa terdiri anak jati Terengganu diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing yang dipilih daripada penduduk tempatan bagi mengikuti program selama tiga hari itu.Kerajaan negeri harap mahasiswa dapat bersama-sama menyebarkan keindahan dan keunikan negeri Terengganu.Ghazali berharap mahasiswa berkenaan dapat menyaksikan sendiri keindahan dan keunikan Bukit Besi dan meuar-uarkannya kepada masyarakat di luar. “Pelbagai perkara boleh diterokai antaranya perkampungan lama yang menarik iaitu Kampung Besul, Tasik Puteri dan juga air terjun yang begitu menarik.“Gunakan pengalaman baharu yang diperolehi sepanjang berada disini untuk diceritakan kepada orang luar supaya Bukit Besi akan lebih dikenali," katanya.Dalam pada itu, Yang Dipertua Permata USM, Amirul Syahidi Majid berkata, Tautan Rahmat 2.0 merupakan kesinambungan dari program yang terdahulu.“Adalah diharapkan peluang berada di sini selama tiga hari akan diguna sebaik mungkin untuk mahasiswa menerokai segala tempat yang menarik terdapat di sini selain dapat menyantuni penduduk tempatan dengan pelbagai program yang telah diatur,” katanya.
03 Feb 19
278
Pusat Sukan Dan Rekreasi Baharu Di Tok Jiring
Oleh : Mohd Zukifli MatKUALA NERUS, 4 Februari- Penduduk Dewan Undangan Negeri(DUN) Tepoh khususnya di kawasan Tok Jiring akan terus menikmati pembangunan dalam kawasan itu apabila sebuah pusat sukan baharu akan dibina dalam masa terdekat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, berkata cadangan tersebut akan dibawa kepada pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu secepat mungkin supaya ia benar-benar direalisasikan."InsyaAllah, pada tahun 2019 kita akan cuba menghidupkan kawasan padang Tok Jiring ini sebagai pusat aktiviti yang lebih meriah untuk kemudahan semua lapisan masyarakat.“Lokasi yang terbiar ini kita akan hidupkan dengan pemusatan aktiviti kesukanan dan rekreasi penduduk kerana sebelum ini, hanya padang sintetik dan gelanggang takraw sahaja yang berfungsi,”ujar beliau sejurus selepas lawatan bersama UPEN, Pejabat Daerah & Tanah Kuala Nerus dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), semalam.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, agenda pembangunan ini akan dimulakan secara berfasa bermula tahun ini, manakala projek berskala besar akan dibentangkan kembali oleh pihak MBKT untuk dipertimbangkan oleh pihak UPEN.“Antara cadangan yang akan diperkenalkan adalah gelanggang takraw dan bola tampar berbumbung, lapang sasar memanah, taman permainan kanak-kanak, lampu limpah, padang bola sintetik, tandas, surau terbuka dan beberapa komponen yang lain sebagai pelengkap,”ujarnya lagi.Menurut Hishamuddin, aktiviti terdekat yang bakal dilancarkan adalah Akademi Bola Sepak untuk kanak-kanak yang bakal dikendalikan oleh bekas pemain bola sepak negeri yang juga merupakan anak jati Tok Jiring, Rosdi Talib.
03 Feb 19
629
Selamat Tahun Baru Cina : Bersama Membina Terengganu Maju Berkat Sejahtera
Perutusan Menteri Besar Terengganu Darul ImanPerayaan Tahun Baharu Cina merupakan satu perayaan penting bagi masyarakat Tionghua. Ia menandakan permulaan tahun baharu bagi kalendar masyarakat Cina dan tahun ini merupakan tahun khinzir. Masyarakat Tionghua percaya tahun ini bakal membawa banyak keuntungan dan kekayaan kepada mereka.Di Terengganu, masyarakat Tionghua memberi sumbangan besar khususnya terhadap aktiviti pelancongan dan ekonomi. Mereka juga hidup aman dan harmoni dikelilingi oleh orang Melayu dan bangsa lain. Perbezaan agama, bangsa dan fahaman politik tidak menghalang mereka menjalankan aktiviti harian. Malahan, mereka saling bekerjasama apabila diperlukan.Diharapkan keharmonian yang dirasai ini terus dinikmati oleh generasi akan datang. Semoga masyarakat Tionghua di Terengganu sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program pembangunan kepada seluruh rakyat Terengganu. Bersama kita membangunkan dan membina Negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Akhir kata, mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua di Malaysia khususnya Negeri Terengganu. Gong Xi Fa Chai! Xin Nian Kuai Le!"Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera""Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera"Dr Ahmad Samsuri bin MokhtarMenteri Besar Terengganu4 Februari 2019登嘉楼州务大臣新年献词华人农历新年是华人社会的重要传统节日。华人农历新年也是农历一年来的始端,一个美好的开始。今年是生肖猪的一年。华人社会相信今年将会为他们带来许多好运和财富。在登嘉楼州,华裔社会为当地的旅游业和经济活动做了相当大的貢献。这里的华人也能够与当地的马来人以及其它族群和睦相处地生活。虽然有宗教,种族和政治理念的差异,但并不妨碍他们的日常活动。相反的,他们还会在需要时一起合作完成事项。但愿各族和睦共处的风气能够一直延续到下一代。同时希望登嘉楼的华人社会能够经常与州政府合作,为所有登嘉楼人民实施发展计划。让我们一起发展和建设一个进步的,幸福和繁荣的登嘉楼州。最后,我谨代表登嘉楼州政府,祝贺马来西亚和登嘉楼州的华裔同胞: 恭喜发财!新年快乐!"进步的,幸福的和繁荣的登嘉楼州''州繁荣,人民幸福"阿末三苏里博士登嘉楼州务大臣2019年2月4日
03 Feb 19
1456
Peserta Bakti Siswa 3.0 Sahut Kempen Terengganu Bersih
Oleh: Aslam WiraMARANG, 3 Februari - Seramai 60 orang peserta Bakti Siswa 3.0 daripada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Perak menyahut Kempen Terengganu Bersih di Pantai Pulau Kekabu, di sini.Peserta yang terdiri daripada Kelab Tabung Haji (TAHA) tersebut berkampung di Rhu Rendang selama empat hari bermula 1 Februari lalu dan telah bersama-sama turun ke kawasan pantai untuk membersihkan sampah sarap.Aktiviti kemasyarakatan tersebut disambut baik apabila orang awam turut memberikan kerjasama dengan membantu mengutip dan meletakkan sampah ke dalam plastik yang dibawa oleh peserta.Program anjuran bersama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu juga memberikan manfaat kepada kawasan rekreasi tersebut yang mula terkenal dan menjadi tumpuan orang ramai terutama pada musim cuti sekolah.Pegawai Khas ADUN, Wahad Osman ketika menyambut peserta program tersebut berkata, beliau mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mengucapkan terima kasih kepada pelajar dan pihak universiti kerana memilih Rhu Rendang sebagai lokasi program itu.Turut serta dalam program membersihkan kawasan pantai adalah Kakitangan Pejabat DUN Rhu Rendang, Ameerah, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Pemuda PAS Dun Rhu Rendang.Di samping itu, para pelajar dibawa melawat ke kilang memproses keropok dan Kilang Membuat Dodol sebagai mempromosikan makanan tradisional yang terdapat di DUN Rhu Rendang.Peserta bakti siswa itu juga turut menyertai program Terengganu Hijab Day yang diadakan di Batu Buruk bersama Yang Berhormat ADUN Wanita, Zuraida Md Noor.
03 Feb 19
60
6,000 Saman Dikeluarkan Sepanjang Ops Selamat
Yahaya (kanan) memakaikan topi keledar kepada seorang pengguna jalan raya.KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Sebanyak 6,000 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam Ops Selamat yang dilancarkan sejak 29 Januari lalu sehingga malam tadi.Ketua Polis Negeri, Datuk Aidi Ismail berkata, daripada jumlah itu, 2,437 melibatkan enam kesalahan utama iaitu pandu laju, melanggar lampu isyarat, menggunakan lorong kecemasan, potong Q, garisan berkembar dan penggunaan telefon bimbit.“Pelaksanaan operasi itu memberi tumpuan kepada konsep ronda dan statik di kawasan yang kerap berlaku kemalangan,” katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Terengganu 2019 berdekatan Bazar Padang Negara di Jalan Sultan Mahmud, di sini petang ini.Program itu disempurnakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali.Sebanyak 1,500 'goodies', termasuk 150 topi keledar diedarkan kepada pengguna jalan raya.Datuk Aidi turut memberitahu, pihaknya menjangkakan berlakunya peningkatan tiga kali ganda sehingga mencecah 150,000 buah kenderaan menggunakan laluan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.“Pertambahan di laluan itu akan menyebabkan berlaku kesesakan. Oleh itu pihak kami mengingatkan pengguna agar lebih berhati-hati dengan mematuhi peraturan bagi mengelak jumlah kemalangan daripada turut mencanak,” katanya.Katanya, keadaan sama dijangka turut berlaku di jalan-jalan lain, oleh itu pihaknya menempatkan 200 anggota serta 38 pegawai polis di lokasi- lokasi yang telah dikenal pasti akan berdepan dengan masalah kelancaran aliran trafik."Kita menjangkakan dalam beberapa hari menjelang dan ketika perayaan tidak lama lagi, jumlah kenderaan akan meningkat kepada 40,000 buah setiap hari," katanya.
03 Feb 19
45