lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Khairuddin Dekati Penduduk Secara Santai Di Warung
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 10 Februari - Ahli Parlimen Kuala  Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razalimengambil pendekatan santai bertemu penduduk di warung-warung bagi mendekati rakyat dan golongan sasaran untuk mengetahui dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.Ketua Seketariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus, Abdul Hadi Harun berkata, pendekatan sebegitu lebih baik kerana dapat mengesan permasalahan ataupun isu yang dihadapi mereka.“Sebagai contoh, kunjungan Dr Khairuddin ke Kampung Bukit Petiti dan Kampung Kesom Che Nordin pada sebelah pagi walaupun perlu menghadiri beberapa mesyuarat di Kuala Terengganu pada hari yang sama ternyata mengembirakan penduduk.“Tujuan beliau adalah untuk meninjau dan menziarahi penduduk di kawasan berkenaan selain mendengar permasalahan yang dialami oleh mereka,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di sebuah warung di Kampung Kesom Che Nordin ketika kunjungan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu ke kampung berkenaan, baru-baru ini.Katanya, Dr Khairuddin menggunakan kesempatan itu sepenuhnya untuk mendengar permasalahan yang dialami penduduk di samping beramah mesra dengan mereka. “Banyak keluhan dan rungutan berkenaan kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat pada hari ini diluahkan oleh penduduk kampung kepada beliau,” ujarnya.
09 Feb 19
317
Empty Image
Mayat Abdul Bari Telah Dijumpai
Mayat Abdul Bari Asyraf telah ditemui di muara Sungai Terengganu.-Gambar lhsan BombaKUALA TERENGGANU,  10 Februari - Mayat Abdul Bari Asyraf,  31, ditemui tersangkut di Jeti EPIC  di Muara Sungai Terengganu kira-kira 7.12 pagi tadi menurut sumber yang boleh dipercayai. Mayat beliau kini berada di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu. Jenazahnya dimandi serta dikafankan di jabatan berkenaan dan akan disolatkan di Masjid Merbau Patah di sini selepas solat Zohor, kemudian akan dikebumikan di kawasan perkuburan berhampiran.  Mangsa, Abdul Bari dari Kampung Panji, di sini, ialah antara beberapa individu nekad terjun ke sungai itu bagi menyelamatkan lima sekeluarga selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki mereka terjunam berhampiran Pulau Warisan baru-baru ini. Pelbagai agensi terdiri daripada 24 anggota pelbagai jabatan dan agensi termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Terengganu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu terlibat dalam operasi pencarian.
09 Feb 19
66
Empty Image
Pusat Khidmat DUN Telemong Santuni Orang Asli
Mohd Safari menyerahkan bantuan keperluan kepada orang asli.Oleh: Shahril AswadHULU TERENGGANU, 9 Februari - Seramai 30 petugas Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong melalui pengalaman berbeza apabila dapat menyantuni masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut.Program Tautan Kasih bersama masyarakat Orang Asli di Perkampungan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu semalam, bertujuan menyantuni masyarakat Orang Asli di samping membina persaudaraan antara badan kerajaan itu dengan masyarakat tersebut.Menurut Pegawai Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu, program tanggungjawab sosial itu bertujuan mendekati masyarakat berkenaan dengan pelbagai aktiviti dijalankan."Program kali pertama yang dianjurkan ini mensasarkan seramai kira-kira 140 ketua isi rumah dan lebih kurang 600 orang penduduk di kampung berkenaan."Selain beramah mesra, kita juga ingin membantu meningkatkan kesedaran Orang Asli terhadap aspek pendidikan, kesihatan, kebersihan dan kerohanian," katanya kepada pemberita di sini, baru-baru ini.Tambah Mohd Safari lagi, selain dengan komuniti Orang Asli, program itu juga dapat membina hubungan lebih kukuh antara Pusat Khidmat dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) setempat.Program berkenaan berjalan lancar dan mendapat kerjasama kukuh daripada badan aktivis kemanusiaan Iman Care, Team 4x4 PAHAT dan Pemuda DUN Telemong.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Telemong, Ustaz Yusuf Abdullah, Penghulu Mukim Jenagor, Effy Hamsha, Pengerusi IMAN Care, Ustaz Nasrun Abdullah, Pengerusi PAHAT 4x4, Mohd Shariff Jusoh dan Pegawai JAKOA Sungai Berua, Ghazali Ngah.
08 Feb 19
394
Empty Image
Orang Awam Hilang Ketika Selamatkan Penumpang Pikap Terjunam Ke Sungai
Pasukan penyelamat giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa. Foto - Solahuddin Al-IdrusOleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 9 Feruari - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan lima penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu pada 9.30 malam tadi.Mangsa, Abdul Bari Asyraf, 31, dari Kampung Panji, Kuala Terengganu sedang memancing bersama seorang rakannya sebelum Mitsubishi Storm diparkir di kawasan berhampiran tiba-tiba menggelungsur dan terjunam ke dalam sungai.Selain Bari, dua lagi lelaki turut terbabit menyelamatkan penumpang kenderaan itu, bagaimanapun hanya kedua-dua lelaki itu selamat naik ke darat.Kesemua lima mangsa terbabit dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu telah mengesahkan kejadian yang berlaku.Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai JBPM Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada 9.45 malam tadi."Kita telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 9.45 malam di mana dilaporkan ada sebuah pacuan empat roda terjunam ke dalam sungai."Kita gerakkan dua balai iaitu Balai Kuala Terengganu dan Jalan Kota dan dalam masa lima minit kita sampai di lokasi."Sewaktu sampai, lima orang mangsa telah berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di sekitar sungai tersebut."Namun, didapati seorang mangsa yang cuba menyelamatkan penumpang dikhuatiri lemas," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian awal pagi tadi.Pelbagai agensi terdiri daripada 24 anggota pelbagai jabatan dan agensi termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Terengganu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu terlibat dalam pencarian.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan termasuk melalui kaedah 'water surface' dan 'diving'.Katanya, setakat ini, kesukaran operasi mencari mangsa dan pacuan empat roda tersebut adalah pada arus muara tersebut.Difahamkan, sebelum kejadian isteri pemilik pikap itu yang berusia 50-an mahu mengalihkan kenderaan itu tanpa menyedari ia berada dalam posisi gear mengundur sebelum menghidupkan enjin.Foto - Abas DanyDalam tumpuan sama, mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed yang turun meninjau di lokasi kejadian berkata, setakat jam 12.30 pagi tadi, operasi SAR masih berjalan."Bagi pihak kerajaan negeri, kita mengharapkan mangsa dapat segera ditemui insya-Allah dan kita akan mengambil cakna kebajikan mangsa yang terlibat," ujarnya.
08 Feb 19
32
Empty Image
Peniaga, Persatuan Perlu Sepakat Perkasa Pasar Gong Pauh
Peniaga manfaatkan majlis dialog untuk menyuarakan pendapat.KUALA TERENGGANU, 7 Februari - Peniaga-peniaga Pasar Borong Gong Pauh dan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu (PPPKMT) perlu mencapai kesepakatan bersama jika ingin merealisasikan perubahan kepada Pasar Borong Gong Pauh.Ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kedua pihak perlu duduk semeja untuk memutuskan yang terbaik bagi pusat perniagaan berkenaan.“Kita berkumpul dengan satu hasrat untuk memperkasa Pasar Gong Pauh dengan mendengar pandangan para peniaga.“Kita juga mendengar beberapa cadangan daripada wakil persatuan dan menyambut baik hasrat mereka untuk meningkatkan pengeluaran dan memberi kemudahan kepada mereka untuk menikmati fasiliti lebih baik di pasar berusia belasan tahun ini,” katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas mempengerusikan Majlis Dialog Memperkasa Pasar Borong Gong Pauh di lokasi tersebut, hari ini.Majlis berkenaan dianjurkan Pusat Khidmat DUN sebagai medium peniaga menyuarakan luahan dan pandangan mereka tentang hasrat PPPKMT untuk mengambil alih pengurusan pasar daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).Wan Sukairi turut berharap kedua-dua pihak dapat memutuskan kata sepakat dalam menjagakan hasrat berkenaan sambil menyatakan wakil rakyat atau kepimpinan negeri hanyalah orang tengah dalam urusan tersebut.“Saya bertindak sebagai pemudah cara antara peniaga, pihak persatuan dan juga  MBKT yang menguruskan pasar ini memandangkan ia terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.“Bagaimanapun, harapan kami supaya isu-isu tertunggak seperti yuran sewa, peniaga ‘haram’ yang memenuhi kawasan hadapan dan isu-isu berkaitan kenderaan keluar masuk, kebersihan dan infrastruktur dapat diselesaikan dengan kesepakatan ini,” katanya.Majlis tersebut mendapat sambutan baik dengan kehadiran majoriti peniaga dan pihak-pihak berkaitan selain kehadiran Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Mohamed@Hashim.
07 Feb 19
132
Empty Image
Perantau Rakan Strategik Majukan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 7 Februari - Kombinasi idea dan usaha rakyat Terengganu yang tinggal di dalam mahupun luar negeri untuk memajukan negeri itu akan dapat merealisasikan gagasan Maju, Berkat dan Sejahtera.Pendakwah selebriti, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang berkata, kemajuan yang berbentuk material dan seiring dengan 'ubudiyah' (kehambaan) kepada Allah SWT akan membina sebuah tamadun.“Jadi asas manusia dahulu (maju), manusia  membina ketamadunan lalu dengan binaan bangunan dan infrastruktur, dimajukan ekonomi namun berjalan seiring dengan pembinaan modal insan di atas sifat ubudiyah.“Maknanya bila kita hamba kita akan terikat dengan peraturan Allah dalam membina kemajuan. Maju tapi kita tak nak terlibat dengan riba. “Nak maju kita nak tarik pelancong mari (datang ke Terengganu), dalam masa yang sama imej dan identiti kita sendiri akan  menarik pelancong,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam program Guane Gamok Perantau Selebriti di Tv Darul Iman hari ini.Oleh itu, beliau menyeru anak-anak Terengganu di perantauan agar berpakat menyumbangkan tenaga dan buah fikiran kepada kerajaan negeri.“Orang Terengganu yang duduk luar mungkin ada sedikit pengalaman pakat bantu rakyat yang tinggal di dalam negeri dan yang duduk di Terengganu lebih faham keadaan dan masalah dalam negeri.“Jadi bila ada kombinasi kedua-dua ini, ia sangat baik dengan syarat kita buka minda kita untuk terima idea serta ruang pembaharuan supaya dimanfaatkan untuk Islam,” jelas beliau.Dalam pada itu, selaku anak Terengganu yang sudah 15 tahun tinggal di Lembah Klang beliau berpesan agar para perantau tidak pulang dengan sia-sia.“Kita ada idea nak persembahkan kepada pelaksana di Terengganu, mungkin  tidak semua idea kita sesuai dan boleh diguna pakai.“Jangan ada perantau yang balik untuk tunjuk hero, kita seimbangkan, gabung jalinkan dan harmonikan supaya memberi manfaat dan membawa kesejahteraan,” tambahnya.
07 Feb 19
51
Empty Image
OKU Teruja Mohon LMTS
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 7 Februari - Syed Ezhan Syed Hussin, 24 yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana lemah dalam pembelajaran teruja untuk mendapatkan Lesen Memandu Terengganu Sejahtera (LMTS).Tuan Liana Syed Husin, 39, berkata, LMTS sangat membantu golongan seperti adiknya untuk menikmati dan merasai manfaat dari kerajaan negeri."Kerana adik saya ini (Syed Izhan) mana mampu untuk biayai yuran lesen memandu kerana tiada pendapatan. Dia (Syed Izhan) tiada pekerjaan."Namun sering menggunakan motor, untuk ke mana-mana. Kerana itu saya merasakan sangat bertanggungjawab untuk memastikan adik bongsu saya ini mendapat lesen percuma,” katanya.Tuan Liana berkata demikian kepada pemberita pada Program Kaunter Bergerak Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi hari ini.Menurutnya, program seumpama ini harus diteruskan dan akan dirasai oleh semua golongan serta tiada yang akan dipinggirkan.Sehubungan itu, Pembantu IT i-MiTS, Hanif Safwan Mansor berkata, OKU seperti Syed Ezhan itu menepati syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu."Kerana sebagaimana yang ditaklimatkan, kecacatan dan kurang upaya ini ada dalam pelbagai keadaan. Jika cacat dari segi fizikal memang tertolak, dalam keadaan adik Ezhan ini, dia mengalami OKU dari sudut kelemahan pembelajaran, fizikalnya sama seperti orang biasa jadi layak untuk menikmati LMTS," ujarnya.Dalam pada itu, Che Wan Mohd Fikri Che Wan Abdul Mubin berkata, bagi memastikan seluruh penduduk tidak tercicir dari merasai manifesto kerajaan negeri itu, satu kaunter bergerak telah turun ke lapangan dan akan masuk ke seluruh kampung di DUN Bukit Besi."Hari ini merupakan hari pertama di mana Kuala Jengai telah digabungkan dengan penduduk Rantau Panjang, bertempat di Dewan Sivik Kuala Jengai," ujarnya.
06 Feb 19
78
Empty Image
YPU Terengganu Bantu Pengusaha Denim RDH Kembangkan Bisnes
Mohd Nurkhuzaini mendengar penerangan dan taklimat yang disampaikan oleh Safuan mengenai RDH.BESUT, 7 Februari - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) bersedia membantu pemilik Raw Denim House (RDH) untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih komersial dalam masa terdekat.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman berkata, pihaknya akan membantu RDH kerana pemiliknya, Ahmad Safuan Nizam Kamaruddin, 30, merupakan ikon usahawan muda yang mempunyai hala tuju dari segi perniagaannya di masa depan.Katanya, pihak YPU melihat RDH sebagai produk yang boleh dikomersialkan lagi dan menjadi salah satu hasrat pihaknya untuk membantu melonjakkan usahawan denim tempatan ke peringkat yang lebih tinggi."Hari ini kita datang sendiri ke RDH di Besut yang menjadi viral atas kejayaannya menembusi pasaran antarabangsa dan cuba mendapatkan maklumat daripada pemiliknya tentang keperluan-keperluan yang diperlukan."Apa yang YPU ada, mungkin kita boleh sediakan tempat yang lebih luas atau buat cawangan untuk pemiliknya, Safuan merealisasikan hasrat dan cita-citanya untuk besarkan RDH," katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) selepas melawat RDH di Jertih, semalam.Beliau yang juga Pengerusi YPU berkata, Safuan merupakan kebanggaan anak muda Besut yang berpegang teguh kepada prinsip berniaga tanpa melibatkan sumber kewangan berasaskan riba."Safuan ini mempunyai 'wow factor' kerana mempunyai prinsip yang jelas yang tidak pernah digadaikan walaupun sudah lapan tahun berada dalam bidang perniagaan dan ianya selari dengan prinsip kerajaan negeri yang mahukan usahawan yang berprinsip begitu dalam perniagaan."Dan kerajaan negeri sendiri telah mengeluarkan pinjaman tanpa riba atau faedah bagi mengelakkan usahawan terjebak dalam kancah pinjaman yang mengenakan faedah dan boleh menjejaskan mereka," ujarnya lagi.Ahmad Safuan Nizam Kamaruddin.Sementara itu, bagi Safuan, kedatangan Mohd Nurkhuzaini memberi cahaya dan ruang kepadanya untuk terus melangkah mencapai cita-citanya mengembangkan RDH sebagai satu empayar denim tempatan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa."Walaupun RDH sudah mencapai satu tahap dalam perniagaan namun tetap hadapi kekangan untuk kembangkan bisnes  seperti faktor kekangan masa, wang, tempat, bakat dan sebagainya."Rasa bersyukur bila pihak kerajaan negeri bersama YPU turun ke tempat saya dan membuat perbincangan yang menghasilkan beberapa alternatif  dan jalan penyelesaian untuk memberi premis RDH bantuan yang sepatutnya,"ujarnya lagi.Safuan bersama orang-orang  yang menjadikan tulang belakang RDH sehingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa.Safuan juga berkata, dengan bantuan dan jalan penyelesaian yang diberi, RDH akan ditambah baik termasuk menyediakan stok-stok denim untuk jualan terus berbanding sebelum ini melalui tempahan.Menurut anak muda cekal ini, beliau ingin menjadikan RDH sebagai label dan jenama kepada Terengganu khususnya di Besut dan melahirkan lebih ramai bakat anak muda dalam bidang ini yang mampu berkolaborasi dalam perniagaan ini.
06 Feb 19
73
Empty Image
Kejohanan Bola Sepak Serlah Kemampuan Anak Muda Mengurus
Alias Harun (dua dari kanan) bergambar dengan pasukan bertanding.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 7 Februari - Kejohanan bola sepak telah membuktikan bahawa orang muda berkemampuan mengurus satu kejohanan sukan yang besar dan berkonsepkan patuh syariah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun memuji sikap saling bekerjasama mereka sehingga berjaya mengendalikan kejohanan yang disertai oleh 34 pasukan dari seluruh Terengganu. Ujarnya, beliau juga berpuas hati dengan semua pemain dan juga penganjur yang menyahut seruan Kerajaan Terengganu untuk membudayakan amalan menutup aurat ketika bersukan."Alhamdulillah semua pemain berpakaian menutup aurat dalam pertandingan ini, pemain-pemain menjadikan Islam sebagai panduan. "Mereka juga menyahut seruan kerajaan Terengganu dan melaksanakan patuh syariah dalam bersukan," ujarnya.Alias Harun merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah.Beliau yang juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Burung Baru di sini semalam. Menurut Pengerusi MPKK Burung Baru, Mat Zaik Mahmood, kejohanan tersebut disertai dan dikendalikan sepenuhnya oleh anak muda termasuk urusan promosi. Beliau turut berharap agar penganjur menjadikan kejohanan itu sebagai acara tahunan bagi MPKK Burung Baru."Kita yang berumur ini hanya memantau dan memberi pandangan jika diperlukan.“Semoga acara yang dianjurkan ini berterusan, menjadi acara tahunan buat kita di sini,” ujarnya.Pasukan D'Spex merangkul gelaran juara.Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu bermula pada 5 Februari dan berakhir pada 6 Februari menyaksikan pasukan D'Spex bergelar juara, manakala Restu Bonda yang mewakili Kampung Burung Baru di tempat kedua dan Seri Bangun di tempat ketiga.
06 Feb 19
84
Empty Image
Masalah Saliran Alor Damat Akan Selesai
Shaharizukirnain Abd Kadir (dua dari kiri) menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan.Oleh: Dzakaria Mohd SallehSETIU, 7 Februari - Masalah saliran yang berlaku di Kampung Alor Damat berdekatan Batu Rakit akan diselesaikan secepat mungkin.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, beliau akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang menghantui dan membimbangkan penduduk kawasan itu.Ujarnya, beliau akan menyelesaikan masalah ini bersama-sama Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta satu lawatan rasmi akan diadakan dalam masa  terdekat bagi mencari punca dan jalan penyelesaian.Shaharizukirnain Abd Kadir ketika menjawab soalan yang dibangkitkan masyarakat di sini."Insya-Allah saya akan buat satu lawatan ke kawasan berkenaan dalam masa terdekat."Saya akan hadir bersama-sama dengan pihak terlibat, pegawai penyelaras DUN dan MPKK minggu hadapan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh orang ramai pada segmen 'Aduan Rakyat' selepas merasmikan Majlis Pelancaran Badan Khairat Kematian Masjid Al-Ukhuwwah, Mengabang Telong pada petang kelmarin.Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail, AJK MPKK Pengkalan Maras, Mengabang Telong, Alor Damat dan Taman Perumahan Wakaf Tengah.Masalah saliran yang berlaku itu sangat menjejaskan penduduk kampung itu untuk melakukan aktiviti harian dengan lancar.Masyarakat sekitar tidak melepaskan peluang untuk bersoal jawab.Masalah itu bertambah teruk apabila tiba musim hujan terutama di penghujung tahun.Kos yang sangat besar untuk membaiki saliran itu menjadi punca masalah itu berlarutan dari tahun ke tahun.Terdahulu, dalam ucapan perasmian program itu, beliau memuji langkah yang diambil oleh pihak masjid dan empat MPKK yang terbabit dalam usaha menubuhkan badan khairat kematian bagi membantu pengurusan jenazah penduduk kampung dan musibah yang berlaku.
06 Feb 19
204