lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Terengganu Akan Tambah Taman Negeri
Dr Ahmad Samsuri (kanan) ditemu bual wartawan selepas merasmikan Karnival Sambutan Tahun Baru Cina 2019 di Kampung Cina kelmarin.KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Kerajaan negeri akan mengenal pasti kawasan hutan yang sesuai untuk diisytiharkan sebagai Taman Negeri dengan objektif mempertahankan Terengganu sebagai penyumbang keperluan oksigen penting di Malaysia.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Taman Negeri Kenyir antara yang menepati objektif berkenaan dan kerajaan akan memperluaskan keperluan itu ke daerah lain termasuk Setiu dan sebagainya."Kita (kerajaan) bergerak selari dengan kempen di peringkat antarabangsa. Kita tidak mahu terkebelakang dalam soal ini," jelas beliau ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Sambutan Tahun Baru Cina 2019 di Pentas Sementara Kampung Cina, di sini, kelmarin.Dr Samsuri berkata, aset yang ada di Terengganu termasuk hutan, sungai dan sebagainya adalah anugerah tuhan dimanfaatkan untuk semua orang."Sebab itu kalau warga media rakyat negeri Terengganu dan Malaysia pergi ke sungai-sungai di Negeri Terengganu dan cuba bandingkan dengan negeri-negeri lain, saya rasa suasana lebih baik keadaan alam sekitar itu berbanding negeri-negeri berkenaan."(Kebaikan) ini yang akan kita pertahankan sekali gus kita akan menambah kawasan berkenaan untuk menyumbang lebih lagi (untuk negeri dan negara)," ujarnya.Di samping itu, katanya kerajaan negeri akan mengawal pembangunan di sekitar kawasan berkenaan agar tidak menjejaskan taman negeri tersebut.Sebelum itu, kerajaan negeri telah memperluaskan Taman Negeri Kenyir sehingga 30,000 hektar sekali gus Terengganu menjadi negeri pertama di Malaysia yang mewartakan Rangkaian Utama 7 sebagai kawasan perlindungan.Menteri Besar berkata, penambahan kawasan hutan kepada Taman Negeri Kenyir ini meliputi sebahagian kawasan Hutan Simpan Tembat di mana terletaknya Rangkaian Utama 7 (Primary Linkage 7 – PL7) daripada Central Forest Spine (CFS)."Rangkaian Utama 7 (PL7) ialah nama rasmi bagi Koridor Hidupan Liar Kenyir (Kenyir Wildlife Corridor). Terdapat sebanyak 17 Rangkaian Utama sepanjang CFS di Semenanjung Malaysia. PL7 menjadi sambungan untuk landskap hutan bersebelahan Taman Negara," jelasnya.
02 Feb 19
131
Empty Image
Kerajaan Terengganu Bayar Kos Ujian Lesen Motosikal
Wan Sukairi Wan Abdullah.KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Kerajaan negeri membayar semua kos membuat Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) 2019 termasuk perlindungan Insurans Takaful. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia,  Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, bagaimanapun semua kos itu tidak termasuk makan minum, pengangkutan pergi dan balik dari rumah peserta ke Institut Memandu (IM) serta kos ujian ulangan jika peserta gagal dalam satu-satu ujian.  Serentak itu, beliau menafikan dakwaan kononnya kerajaan negeri hanya membayar harga lesen motosikal sahaja sebanyak RM20 sebagaimana tular di media sosial baru-baru ini. Justeru beliau menasihatkan supaya orang ramai tidak percaya kepada tuduhan tersebut kerana ia sama sekali tidak benar.  "Janganlah percaya kepada fitnah  orang yang sentiasa cemburu kepada kesungguhan Kerajaan Terengganu untuk memenuhi janji manifesto kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam status facebook beliau hari ini.  Menurut Wan Sukairi, peruntukan yang diumumkan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk program LMTS 2019 berjumlah RM7,000,000. "Jika RM20 sahaja setiap orang maka kerajaan boleh memperuntukkan kepada 350,000 orang, tetapi program LMTS 2019 ini memperuntukkan untuk 25,000 orang.  "Harga siling Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada IM untuk lesen motosikal B2 ini ialah RM350, tetapi Alhamdulillah kerajaan berjaya mendapatkan harga yang lebih rendah dengan persetujuan semua IM tanpa mengurangkan apa apa perkara pun dalam proses mendapatkan lesen tersebut," jelasnya.
02 Feb 19
60
Empty Image
Diskusi Fatwa Didik Masyarakat Tentang Hukuman Sebat Menurut Islam
Dato' Dr Zulkifly Muda (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali (kanan). Foto - Aziz HambaliMARANG, 3 Februari - Bagi mendidik dan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai pelaksanaan hukuman sebat menurut Islam, satu diskusi fatwa mengenainya telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Terengganu di Dewan Syarahan, Masjid Sultanah Nur Zahirah hari ini.Program Diskusi Fatwa Pelaksanaan Hukum Sebat Menurut Islam yang terbuka kepada umum itu menampilkan Mufti Negeri Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda membentangkan kertas kerja berkaitan ‘Pelaksanaan Hukuman Sebat Berdasarkan Versi Fiqh Islam’.Perasmian program tersebut yang turut mendapat kerjasama Pejabat Agama Daerah Marang dan Pejabat Daerah Marang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali.Program yang diisi dengan sesi penjelasan dan dialog itu turut membincangkan tajuk mengenai ‘Hukum Sebat Pro Dan Kontra Pada Pandangan Islam dan Sivil’ yang dikendali Timbalan Mufti Negeri Terengganu, Ahadi Othman selaku moderator dan ahli panel terdiri daripada Pensyarah Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Mohd Badrol Awang dan Pengarah Penjara Negeri Terengganu, Ahmad Saidi Hamzah.Sementara itu, Yahaya berkata, program yang diadakan lebih kepada memberi kefahaman kepada masyarakat termasuk perbincangan secara lebih mendalam mengenai cara sebatan menurut Islam.“Diskusi sebegini sangat penting, kerana kita mahu apabila dibuat sesuatu keputusan berkait dengan fatwa ianya adalah hasil daripada satu perbincangan yang mantap dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak.“Selari dengan hasrat kerajaan sendiri supaya sesuatu pelaksanaan bermula daripada keputusan termasuk hal sebatan ini hendaklah dilakukan secara tertib.“Kita tidak mahu apa yang kita lakukan dalam sesuatu perkara dilihat secara tergopoh-gapah dan tidak difahami secara baik oleh masyarakat yang boleh mengundang spekulasi dan persepsi negatif,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan program tersebut.Program diskusi yang diadakan itu adalah rentetan daripada peristiwa dua orang wanita berumur 32 dan 22 tahun dijatuhi hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu selepas didapati bersalah melakukan hubungan sejenis di tempat letak kereta Arena Merdeka, Dungun, Terengganu.Kedua-dua mereka didakwa menurut Seksyen 30 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu kesalahan musahaqah atau persetubuhan di antara perempuan dengan perempuan.
02 Feb 19
219
Empty Image
Akta 576 Penting Kepada Persatuan Dan Penggiat Sukan
KUALA TERENGGANU, 1 Februari - Maklumat berkait pindaan Akta 576 yang terkandung dalam Akta Pembangunan Sukan 2018 di mana menekankan berkenaan perlesenan penganjuran sukan adalah sangat penting kepada para pegawai dan penggiat sukan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ianya adalah untuk mengelakkan berlakunya sesuatu perkara yang bercanggah dengan akta tersebut.“Pindaan  Akta 576 ataupun akta berkaitan dengan pembangunan  sukan ini adalah sangat penting  dan perlu diketahui oleh semua yang terlibat dalam penganjuran sukan di semua peringkat.“Jadi akta ini perlu diketahui  kerana  kita bimbang  dengan menyalahi ataupun mengingkarinya, akan menyebabkan hukuman kepada individu atau kumpulan,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sesi ‘Engagement’ Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) peringkat negeri Terengganu di Dewan Teater, Wisma Darul Iman kelmarin.Menurutnya, taklimat itu bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan pembangunan serta pentadbiran sukan di negara ini.“Ianya mempunyai 43 seksyen yang terbahagi kepada tujuh bahagian dan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 1998 di Semenjung Malaysia dan 1 Oktober  di Sabah dan Sarawak.“Konsep pelaksanaan  sesi ‘engagement’ secara taklimat  langsung pada agensi-agensi kerajaan  dan persatuan di  peringkat negeri yang terlibat adalah bagi menerangkan dengan lebih lanjut tentang pindaan Akta  576  yang telah pun diluluskan dan penambahbaikan yang sedang  dijalankan,” tambah beliau.Oleh itu, beliau berharap, ianya akan memberi peluang dan ruang kepada agensi dan NGO sukan untuk memberi input yang lebih tepat bagi kemudahan sukan di negeri Terengganu pada masa akan datang.Turut hadir, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Ibrahim Mohd Yusof dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Dato’ Zaiton Othman.
02 Feb 19
73
Empty Image
Ibu Tunggal Mualaf Bersyukur Masyarakat Prihatin
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN- Seorang ibu tunggal mualaf, Madinah Dabe Martin, 35, yang mempunyai dua anak istimewa berterima kasih dengan keprihatinan masyarakat setempat kerana sentiasa membantu meringankan bebannya.Wanita berasal dari Sabah tinggal di Taman Rakyat Jaya, bersama empat anak termasuk dua daripadanya orang kelainan upaya (OKU) 'hyper active'."Saya berpindah ke sini dari Sabah bulan enam tahun lepas," katanya ketika ditemui  di rumahnya sempena kunjungan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung berkenaan, hari ini.Dia yang memeluk Islam sejak 13 tahun lalu mengikut bekas suaminya yang berasal dari Dungun menetap di situ sebelum bercerai pada Oktober lalu.Madinah tidak mempunyai pendapatan kerana menjaga dua orang anak kurang upaya yang berusia enam dan tujuh tahun."Untuk kegunaan (belanja) hari-hari, Alhamdulillah ada orang-orang bagi, tetapi sewa bulanan rumah, tak taulah macam mana."Saya mau tinggal tetap di sini, orang - orang sini baik-baik," katanya yang menganut Kristian sebelum memeluk Islam.Di dalam kunjungan tersebut, MPKK juga membantu beliau mengisi borang e-kasih memandangkan ibu muda tersebut tidak dapat keluar rumah menjaga anak yang 'hyper active' selain sedikit sumbangan untuk meringankan beban.
02 Feb 19
308
Empty Image
Kerajaan Negeri Peruntuk RM200 Ribu Kepada Masyarakat Cina Terengganu
KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM200,000 termasuk untuk sambutan Tahun Baru Cina dan pelbagai bantuan lain kepada masyarakat Cina di seluruh negeri Terengganu pada tahun ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sumbangan untuk sambutan Tahun Baru Cina disediakan kerajaan setelah diluluskan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.  Katanya, peruntukan itu berdasarkan kepada keperluan mereka kerana bilangan masyarakat Cina di negeri Terengganu tidak seramai di tempat lain.  Bagaimanapun beliau berkata,  kerajaan negeri tidak meminggirkan kaum Tionghua kerana mereka adalah rakyat negeri Terengganu yang turut membayar cukai.  Katanya, kaum itu bukan sekadar membayar cukai di peringkat persekutuan tetapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi Terengganu termasuk membayar cukai perniagaan.  "Premis-premis mereka pula berada di negeri Terengganu dan mereka memang menyumbang kepada ekonomi negeri. "Justeru mengapa tidak (kerajaan membantu mereka). Oleh kerana mereka menyumbang kepada pembangunan ekonomi,  kedudukan mereka juga sebagai rakyat negeri Terengganu yang wajar dibela, " jelas beliau.  Dr Ahmad Samsuri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Sambutan Tahun Baru 2019 di Pentas Sementara Kampung Cina di sini kelmarin.  Dr Ahmad Samsuri berharap kaum Tionghua yang berada di seluruh negeri Terengganu bergembira bersempena sambutan Tahun Baru Cina 2019. "Kita (kerajaan) mengharapkan tahun ini memberi kesejahteraan lebih baik berbanding tahun yang lalu.  "Banyak prasarana sudah ada, cuma kita perlu duduk dan berbincang dengan komuniti serta badan bukan kerajaan (NGO) daripada masyarakat Kampung Cina tentang apa lagi yang boleh dibuat dan dipertimbangkan kerajaan negeri untuk menaik taraf tempat ini (Kampung Cina) supaya menjadi tarikan pelancong," ujarnya lagi.Sementara itu katanya, pengagihan peruntukan tersebut dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berkaitan.Hanafiah memberitahu, peruntukan tersebut akan dibahagikan mengikut daerah berdasarkan komposisi masyarakat Cina di kawasan setempat.Sebelum itu, Dr Ahmad Samsuri melancarkan sambutan karnival itu dengan memukul gong sebanyak tiga kali.Turut hadir, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu,  Ahmad Amzad Hashim dan ADUN Bandar, Ahmad Shah Mohamed.
02 Feb 19
134
Empty Image
Program Bedah Buku Bersiri Meriahkan Besut Terengganu
Dr Riduan (tengah) ketika membedah buku peperangan Rasulullah.Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 2 Februari - Program Bedah Buku bersiri yang diadakan di Besut dan mensasarkan masyarakat akan dilaksanakan sebulan sekali.Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor berkata, program bedah buku yang akan dilaksanakan itu akan menjadi program utama di Perpustakaan Awam Besut.Jelasnya lagi, program yang akan dijalankan itu bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya sentiasa membiasakan diri dengan amalan membaca dan secara tidak langsung juga akan memeriahkan lagi suasana perpustakaan tersebut."Insya-Allah,kita akan buat program seperti ini sebulan sekali di Perpustakaan Awam Besut ini."Ianya bagi menggalakkan pengunjung-pengunjung membiasakan diri (dengan buku) dan sekali gus dapat menghidupkan suasana perpustakaan ini dengan baik," ujarnya.Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perpustakaan (ALP) Awam Negeri Terengganu berkata demikian selepas menjayakan Program Bedah Buku Peperangan Rasulullah di Perpustakaan Awam Besut, Besut semalam.Turut hadir, Exco Muslim Care, Nazmi Karim serta pegawainya, Taufik Aliph Mohd Nor.Antara peserta yang menyertai program bedah buku.Peserta program itu dianggarkan mencecah 300 orang yang melibatkan peserta daripada beberapa buah sekolah dan orang awam di kawasan sekitarnya.Program yang julung-julung kalinya diadakan selepas bertukar kerajaan itu memperlihatkan kesungguhan tampuk pimpinan Kerajaan Negeri Terenganu untuk menjadikan rakyatnya suka membaca.Kerajaan negeri sememangnya komited untuk menggalakkan budaya membaca dan cintakan ilmu dalam kalangan rakyatnya melalui program-program yang telah dan sedang dilaksanakan seperti Kuliah Dhuha.
01 Feb 19
50
Empty Image
MPKK Bukit Tok Beng Laksana Amanah
KUALA NERUS, 2 Februari - Amanah yang diberikan  oleh kerajaan negeri sebagai organisasi yang bertanggungjawab kepada masyarakat kampung perlu dilaksanakan dengan baik oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).Pengerusi MPKK Bukit Tok Beng, Md Azhar Mohd Tahir berkata, beberapa projek penting untuk kesejahteraan rakyat setempat telah dapat dilaksanakan."Antaranya gotong-royong menebang pokok yang merbahaya di tepi jalan dan projek longkang di Alur Kuda."Di samping itu membaik pulih rumah yang rosak dan membina jalan berhampiran kubur," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita kelmarin.Oleh itu katanya, beberapa kemajuan yang telah dilaksanakan dan sesetengah projek yang lain dalam proses pembikinan."Selain itu, kami juga mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir melibatkan 10 buah rumah di Kampung Pinang," tambahnya.Menurutnya, ianya adalah hasil tiga gabungan portfolio MPKK Bukit Tok Beng yang menjadi tenaga penggerak.Antaranya portfolio penerangan dakwah dan tarbiyah, ekonomi dan kebajikan serta belia dan sukan.
01 Feb 19
363
Empty Image
Pusat Al-Quran Braille Terengganu Akan Dibangunkan
KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Pusat Al-Quran Braille di setiap daerah, mengikut zon akan mula dibangunkan dalam tempoh beberapa bulan lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihaknya sedang mengenal pasti tapak yang sesuai dan organisasi yang akan melaksanakannya.“Pusat pembelajaran (al-Quran) braille di setiap daerah telah pun dibentangkan bajetnya dan akan dibangunkan di dua daerah.“Yang pertama di Besut dan kedua di Dungun. Di Besut adalah untuk penduduk Besut dan Setiu dan di Dungun adalah untuk penduduk Kemaman dan Dungun,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sesi ‘Engagement’ Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) peringkat negeri Terengganu di Dewan Teater, Wisma Darul Iman kelmarin.Oleh itu menurut Wan Sukairi, kedua-dua pusat tersebut adalah tambahan premis seumpamanya yang telah beroperasi di Seberang Takir.“Jadi kita akan  tambah  lagi dua dan pelaksanaan program ini, sekarang (dengan) bantuan  daripada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),” ujarnya.“Insya-Allah kita jangkakan dalam masa  beberapa bulan lagi mudah-mudahan kita dapat  menyelesaikan apa-apa perkara  berkait pembinaan dua pusat al-Quran braille,” ujarnya. Ketika melawat Pusat Al-Quran Braille di Seberang Takir pada 29 Mei tahun lalu, beliau berkata, pihak kerajaan akan mengambil cakna apa yang disuarakan oleh golongan istimewa yang cacat penglihatan.Katanya, kerajaan juga akan mencari ikhtiar untuk membantu golongan terbabit mencari sumber pendapatan sendiri.“Mereka akan dibantu mencari sumber pendapatan tanpa perlu bergantung sumbangan daripada pihak kerajaan ataupun Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM),” ujarnya.
01 Feb 19
236
Empty Image
Liga Super 2019 : Irfan Waspada Ancaman Pahang
Irfan harap aksi lebih baik bertemu Pahang.KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Pengendali Terengganu Football Club (TFC), Irfan Bakti Abu Salim mengakui bakal berdepan tugas sukar menjinakkan Pahang FA pada 9 Februari ini.Pada perlawanan pembukaan Unifi Liga Super 2019, TFC hanya mengutip satu mata apabila sekadar seri 1-1 menentang pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), semalam.Irfan ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berkata, aksi pertama Pahang yang menewaskan Kuala Lumpur semalam merupakan amaran kepada pasukannya."Pahang beraksi cemerlang hari ini. Mereka boleh dikatakan seakan memiliki tujuh pemain import jika turut dibarisi dua pemain naturalisasi iaitu Matthew Davies dan Mohamadou Sumareh."Dickson Nwakaeme walaupun tidak selaju dahulu tetapi masih berbahaya."Jadi tugas para pemain adalah jangan memberi ruang kepada pemain Pahang terutama Azam Azih untuk melakukan gerakan," katanya.Antara aksi ketika menentang PKNS semalam.Dalam perlawanan tersebut, TFC yang turun tanpa tonggak import, Lee Andrew Tuck jelas tumpul di hadapan pintu gol walaupun mempamerkan persembahan yang baik."Saya mengharapkan aksi lebih baik daripada Tchetche Kipre untuk perlawanan akan datang."Hari ini, ketiadaan Lee Tuck tidak terlalu menjejaskan bahagian tengah, cuma kita kurang laju dalam memberikan tekanan kepada pihak lawan ketika kehilangan bola," katanya sambil menjelaskan pemain tengah itu akan kembali beraksi menentang Pahang.Irfan bagaimanapun memuji aksi pertama penyerang dari Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov yang agak cemerlang."Saya juga memberi pujian atas sikap tidak menyerah kalah para pemain walaupun ketinggalan gol," tambahnya.Beliau yakin pasukannya akan beraksi lebih baik dalam perlawanan akan datang yang bakal berlangsung di Stadium Darul Makmur.
01 Feb 19
121