lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Isteri MB Gemar Bertanam Sayur
Tuan Faizah sedang memetik sawi.KUALA TERENGGANU, 11 Februari - Aktiviti isteri Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah Tuan Abd Rahman tidak terhenti sekadar menjadi pengiring suami ke majlis keraian dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat tetapi di masa lapang beliau turut berbudi kepada tanah.Ketika ada masa terluang beliau kelihatan melaksanakan hobinya menanam sayur sawi untuk digunakan sebagai bahan masakan kegemaran keluarga ketua kerajaan negeri itu.Bercucuk tanam dengan menanam sayur-sayuran di tanah lapang di halaman rumah adalah satu aktiviti bermanfaat yang mendatangkan hasil dan sekurang-kurangnya untuk mengurangkan perbelanjaan bahan dapur keluarga.Tuan Faizah kelihatan gembira dengan hasil usahanya berbudi kepada tanah.Hobi bercucuk tanam itu boleh menjadi aktiviti yang baik bukan sahaja untuk bahan masakan tetapi juga untuk merehatkan minda dan menggerakkan urat saraf sekali gus merupakan amalan kesihatan yang tidak lekang dek zaman.Difahamkan, kurangnya aktiviti pergerakan badan, menimbulkan banyak masalah kepada kesihatan tubuh badan manusia.Kebiasaannya Tuan Faizah bersama suami sering kelihatan 'bergateh' (mengayuh basikal) beberapa kilometer dari rumah beliau di waktu ada kelapangan khususnya di waktu pagi.Ini menggambarkan kepimpinan negeri Terengganu amat menggalakkan orang ramai menyertai sebarang aktiviti sihat untuk kebaikan dan kesihatan mereka.Ustaz Wan Sukairi (dua dari kanan) bermesra dengan orang ramai ketika menemui mereka di Bukit Besar Kuala Terengganu hari ini.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah turut melaksanakan aktiviti 'jogging' di Bukit Besar di sini hari ini.Di samping itu, beliau sempat berbual mesra dengan orang ramai yang turut serta melaksanakan aktiviti sihat itu.Ustaz Wan Sukairi berkesempatan beriadah selama setengah jam mulai pukul 7.30 pagi tadi.
11 Feb 19
46
Empty Image
KT Walk Ikon Bandaraya Kuala Terengganu
Makanan menarik yang ada di KT Walk.KUALA TERENGGANU, 11 Februari - KT Walk yang menjadi pusat kepada pengunjung untuk menikmati pelbagai produk tradisi dan makanan Terengganu kini menjadi tumpuan utama bandaraya Kuala Terengganu menjelang hari minggu.Berkonsepkan ‘uptown’, KT Walk yang dikelola oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) itu menjadi persinggahan segenap lapisan masyarakat dari dalam dan luar negeri.Rata-rata pengunjung yang ditemui menyatakan rasa teruja dan gembira apabila mengunjungi KT Walk.Quratul Ain (tengah) yang berasal dari Johor tertarik dengan suasana dan makanan yang ada di sini.Pengunjung kali pertama, Nur Quratul Ain Mohd Faizal, 16, berkata, KT Walk yang menyajikan pelbagai makanan tradisional menarik dan berkualiti ternyata memberinya kegembiraan setelah penat belajar di sekolah.“Di sini macam-macam makanan menarik ada, makanan Terengganu seperti keropok lekor, nasi dagang.“Saya baru pertama kali datang sini, seronok la, sini ada pakaian (identiti) Terengganu, ada persembahan kebudayaan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual wartawan di pasar malam KT Walk.Sementara itu, Azizah Aziz, 63, seorang peniaga berkata, suasana santai serta tenang yang ada di KT Walk ternyata mengujakan semua orang untuk berkunjung ke sini.“Menariknya saya sendiri pun yang dah lama berniaga di sini sangat berpuas hati.“Mak cik yang mula berniaga di sini pada pukul 5 petang biasanya akan tutup gerai pukul 9, pukul 9 makanan (nasi dagang) dah habis terjual,” ujarnya yang bertutur dalam loghat Terengganu.Pasar malam KT Walk telah dibuka sejak 24 April 2015 di mana gerai jualan adalah sepanjang 500 meter bermula di bangunan Menara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) hingga bangunan Tabung Haji membabitkan hampir 100 peniaga.Pakaian beridentitikan Terengganu menjadi buruan pengunjung.Ia terbahagi kepada tiga segmen iaitu jualan makanan tradisi Terengganu, produk asas tani seperti buah-buahan serta sayuran dan gerai pelbagai yang menjual cenderahati, kraftangan serta pakaian.Aktiviti menarik yang dikawal selia oleh MBKT juga menarik perhatian pelancong dari luar negara untuk mengunjungi KT Walk, antaranya persembahan kebudayaan seperti lagu tradisional Terengganu.Malam kesenian Islam, demontrasi silap mata, ayam serama, canting batik dan sukan mini marathon dan 'street soccer' turut diadakan di pentas utama.Apa yang menarik, 'uptown' yang bermula pada 5 petang dan berakhir pada 12 malam setiap hari Jumaat itu hanya dikenakan sewa tapak sebanyak RM 40 sebulan.
11 Feb 19
586
Empty Image
Rumah Pusaka Hangus Terbakar
Oleh: Norekwan MamatBESUT, 11 Februari - Sebuah rumah pusaka musnah dalam kebakaran di Kampung Alor Belanga, Hulu Besut, pagi ini.Dalam kejadian awal pagi itu, pemiliknya, Normila Abd Razak, 46, tiada di rumah kerana keluar menghantar anaknya ke sekolah.Normila berkata, sebaik pulang daripada menghantar anak ke sekolah, dia melihat kepulan asap keluar dari stor berhampiran dapur rumah yang didiaminya selama 20 tahun itu.Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat PBK 11, Mohd Syaiful Fitri berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.41 pagi dan terus memulakan operasi sesampainya di tempat kejadian pada jam 7.53 pagi dan operasi tamat pada jam 8.47 pagi.Katanya, seramai 15 anggota bomba turut terlibat dalam operasi tersebut di mana punca kebakaran masih dalam siasatan.Dalam perkembangan sama, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad terus bergegas ke lokasi kejadian selepas mengetahui berita tersebut.“Insya-Allah kita akan menghulurkan bantuan berbentuk kewangan atau apa saja  bantuan serta  akan berusaha sekadar yang mampu untuk menyelesaikan masalah mangsa,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
11 Feb 19
68
Empty Image
Organisasi Diseru Main Peranan Majukan Sukan
Oleh: Sulaiman RusliDUNGUN, 9 Febuari - Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli menyeru setiap organisasi di daerah itu supaya memainkan peranan dalam pelbagai aspek bertujuan membina masyarakat hidup secara sihat.Katanya, perkara itu termasuk memajukan sukan petanque yang kurang dikenali di kalangan masyarakat.“Terima kasih kepada atlet-atlet pentanque yang memberi sokongan, selain mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan. Langkah itu nyata menarik minat masyarakat yang rata-rata mahu mengenali sukan ini secara dekat.“Saya berharap semangat kesukanan yang tinggi daripada semua atlet yang terlibat dan menyokong penuh usaha pihak pengurusan Persatuan Petanque Terengganu (PETER) dan Persatuan Petanque Dungun (PADU) supaya sukan itu lebih maju dalam negara ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Kebangsaan Petanque Terbuka Terengganu 2019 di Arena Petanque Dungun (PADU) baru-baru ini.Beliau berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih Dungun sebagai tuan rumah.“Mudah-mudahan dapat mempromosikan daerah Dungun ini sekali gus dapat membangun dengan sebaiknya," ujarnya lagi.
10 Feb 19
265
Empty Image
Suasana Hiba Iringi Pengkebumian Perwira Darul Iman
Adik Allahyarham, Siti Nor Kamilah, 24.KUALA TERENGGANU, 10 Februari - Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Merbau Patah semasa pengkebumian jenazah Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, di Merbau Patah, Kuala Terengganu, Terengganu.Jenazah perwira Darul Iman itu selamat dikebumikan pada jam 2.00 petang tadi di sini.Terdahulu jenazah Abdul Bari itu tiba di Kampung Merbau Patah sekitar 12.30 tengahari dan kemudian disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.Solat jenazah diimamkan oleh  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah .Lebih 400 sanak-saudara termasuk penduduk kampung hadir ke solat jenazah dan pengkebumian tersebut sebagai tanda penghormatan terakhir.Orang ramai solat jenazah buat Allahyarham Abdul Bari.Turut hadir ketika solat jenazah dan pengkebumian itu ialah ADUN Bandar, Ahmad Shah Mohamed, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS), Kamaruzzaman Abdullah, Ketua Polis Terengganu, Aidi Ismail dan Penguasa Bomba Kanan 1 Terengganu, Wan Azmi Ahmad.Abdul Bari dipercayai lemas selepas berusaha untuk menyelamatkan lima sekeluarga kelmarin.Dalam kejadian itu, Abdul Bari Asyraf yang ketika itu sedang memancing, terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima mangsa yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang meluncur sebelum terjunam ke sungai.Ayah Allahyarham di pusara anakanda tercinta.Allahyarham sempat membantu menyelamatkan mangsa daripada lemas sebelum dia hilang di permukaan sungai.Mangsa di dalam kenderaan itu, Suryati Rusly, 37, Nordiana Alwani Jaafar, 33, Asmaa Rusly, 23, Syafawani Jaafar, 11 dan Iman Nur Hana Luthfia Mohd Amiruddin berusia tiga tahun berjaya diselamatkan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
10 Feb 19
105
Empty Image
Tasik Kenyir Tempat Percutian Idaman
Keindahan semulajadi Tasik Kenyir pukau pengunjung.Oleh: Adli MohamadHULU TERENGGANU, 10 Februari - Tasik Kenyir merupakan satu lokasi yang menyajikan keindahan semula jadi yang akan meninggalkan kesan abadi kepada pelancong dan pengunjung apabila bertandang.Pengunjung kali pertama, Mohd Rizal Azizi, 34, berkata, Tasik Kenyir memberikan satu kepuasan bagi dirinya apabila berkesempatan untuk datang ke Tasik Kenyir."Kenangan menaiki bot merentasi Tasik Kenyir untuk ke lokasi air terjun Sungai Saok, amat mengujakan dan akan menjadi satu kenangan indah buat saya."Saya ini anak Terengganu, namun tidak pernah berkesempatan datang ke sini, mempunyai ruang dan peluang pada kali ini saya tidak teragak-agak untuk datang ke sini."Merentasi tasik yang luas menjadikan saya lupa pada segala kesibukan yang ada di ibu kota Kuala Lumpur, tempat saya bekerja, tambah mengujakan apabila sampai di lokasi yang dituju, Air Terjun Sungai Saok yang indah," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, semasa bercuti bersama isteri dan anaknya di Tasik Kenyir, Kuala Berang, baru-baru ini.Menurut Rizal, lokasi untuk mandi di Air Terjun Sungai Saok itu sungguh selamat dan mendamaikan fikiran."Saya dan isteri, tidak merasa bimbang dengan anak saya yang berumur tiga tahun untuk turut merasai keseronokan menikmati air yang begitu jernih dan cetek. "Tidak mustahil untuk saya datang semula di masa akan datang," ujarnya.Sementara itu, pemandu bot pelancong, Arman Salleh berkata, adalah menjadi satu kewajaran untuk orang Terengganu tahu dan kenal, serta menikmati sendiri keindahan Tasik Kenyir yang popular di Terengganu ini untuk diceritakan kepada orang luar, supaya dapat menarik lebih ramai pengunjung."Apabila ramai pelancong yang datang, sudah tentu ianya akan lebih membangunkan sektor pelancongan negeri Terengganu."Dan perancangan yang terbaru, yang saya tahu kerajaan negeri akan menambahkan lagi taman negeri yang baru, pastinya ianya akan lebih menarik," jelasnya.Pemandu bot pelancong, Arman Salleh.Menurutnya lagi, bagi meneroka keluasan Tasik Kenyir yang mempunyai keluasan dua kali ganda berbanding Singapura itu, ada beberapa pakej yang tersedia."Di antaranya ialah pengunjung atau pelancong boleh menaiki bot untuk pusing pulau."Ataupun boleh memilih untuk pergi ke beberapa destinasi yang menarik seperti Air Terjun Sungai Saok, Taman Rama-rama dan Taman Herba. Mereka juga boleh ke Air Terjun Lansir yang memakan masa hampir satu jam untuk menaiki bot."Namun jika merancang percutian bersama keluarga dan ada anak-anak kecil, mandi di Sungai Saok dah memadai," jelasnya.Tempat menarik di Tasik Kenyir sememangnya menjadi tarikan kepada pengunjung.Tambahnya lagi, pada bulan Mac nanti, akan dibuka Santuari Kelah yang akan memberikan lebih keseronokan serta kepuasan."Amat-amat digalakkan kepada pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman bersama ikan-ikan kelah yang begitu banyak dan seolah-olah jinak mengerumuni kedatangan pelancong."Insya-Allah, tidak akan rugi, malah akan menjadi satu percutian yang berbaloi dan menjanjikan keseronokan yang tersendiri," ujarnya.
10 Feb 19
1234
Empty Image
Abdul Bari Bakal Terima Anugerah
Ustaz Wan Sukairi ketika ditemui pemberita di perkarangan  Jabatan Perubatan Forensik HSNZ Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 10 Februari - Kerajaan Negeri Terengganu dijangka akan memberi anugerah tertentu kepada keluarga almarhum Abdul Bari Asyraf Mohd Mustafa, 31, kerana jasanya menyelamatkan empat mangsa dalam kejadian kereta terjunam ke sungai dekat Pulau Warisan di sini kelmarin.Serentak itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, beliau sendiri akan mengusulkan anugerah tersebut dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Rabu ini."Saya sendiri akan mengusulkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari Rabu ini untuk memberikan anugerah yang tertentu atas kejayaan dan juga di atas sifat terpuji yang telah pun dilakukan oleh beliau yang sepatutnya dicontohi oleh semua khususnya belia dan juga rakyat negeri Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.Ayah mangsa, Mohd Mustafa (tengah) ditemubual pemberita di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik HSNZ Kuala Terengganu.Turut hadir menziarahi mayat mangsa di jabatan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud  Said, Ketua Jabatan Pengurusan Korporat Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Wan Mohd Faizul Wan Abas, ahli keluarga mangsa dan sahabat handainya.Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, tiga rakan penyelamat lain akan turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan sama ada penghargaan diberikan untuk mereka atau sebaliknya.Azlimin (tengah) membuat kenyataan kepada pemberita mengenai kejadian lemas berhampiran Pulau Warisan."Berkenaan dengan tiga orang penyelamat lain (dalam insiden tersebut) akan turut dibincangkan dalam mesyuarat majlis itu pada Rabu ini."Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada tiga orang lagi yang berusaha untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terlibat," ujarnya.Katanya, bagi pihak kerajaan negeri, beliau mengucapkan takziah kepada ayah mangsa, Haji Mohd Mustafa (Pak Awang) dan seluruh keluarga beliau di atas kehilangan anaknya yang dipercayai lemas selepas menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.Keranda jenazah Abdul Bari Asyraf dibawa keluar dari bilik mayat Jabatan Perubatan Forensik HSNZ Kuala Terengganu pagi tadi.Abdul Bari Asyraf Mohd yang lemas ketika membantu menyelamatkan empat sekeluarga dalam insiden pacuan empat roda terjunam ke muara Sungai Terengganu itu kelmarin, ditemui pagi ini.Mayat ditemui di muka kuala Kampung Tanjung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan orang awam jam 7.12 pagi ini,  tidak jauh dari lokasi mangsa dipercayai lemas.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, mayat mangsa ditemui terapung dan dinaikkan sebelum dibuat pengecaman oleh ahli keluarga.“Mayat diserahkan kepada polis pada 7.50 pagi untuk tindakan lanjut,” katanya.Mayat Abdul Bari Asyraf dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik sejurus kemudian untuk dimandi dan dikafankan.Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Abdul Bari Asyraf yang ketika itu sedang memancing bersama rakannya, terjun ke dalam muara sungai selepas melihat kereta pacuan empat roda itu terjunam.Selain beliau, dua lagi orang awam turut melakukan perbuatan sama bagi menyelamatkan empat beranak di dalam kereta terbabit. Empat beranak itu bagaimanapun selamat dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan.Operasi SAR juga membabitkan orang awam malah ia menarik perhatian pemimpin kerajaan negeri hingga menganjurkan solat hajat malam tadi sebagai usaha pencarian Abdul Bari Asyraf.
10 Feb 19
659
Empty Image
Terengganu FC Terus Bergelut Raih Kemenangan Sulung
Jentera serangan gagal tembusi kubu tuan rumah. Foto - Media TFCKUALA TERENGGANU, 10 Februari - Terengganu Football Club (TFC) terus bergelut untuk mencari kemenangan sulung apabila tewas 0-3 kepada seteru pantai timur, Pahang FA di Stadium Darul Makmur semalam.Ketua Jurulatih TFC, Irfan Bakti Abu Salim terpaksa menerima kenyataan pasukannya terus gagal membawa pulang tiga mata dalam perlawanan kedua Liga Super musim ini setelah seri menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) FC minggu lalu. Bercakap kepada media selepas perlawanan itu, Irfan menerima secara terbuka kekalahan tersebut kepada skuad Tok Gajah yang kembali mendapatkan khidmat ‘orang besi’ iaitu Dickson Nwakaeme dalam saingan liga kali ini.Bagaimanapun, beliau memuji kebangkitan semula anak buahnya pada aksi babak kedua perlawanan walaupun tidak berjaya menjaringkan sebarang gol.Perlawanan yang dihadiri sekitar 28,000 penyokong itu bermula agresif apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan seawal pemainan.Tok Gajah nyata lebih mendominasi separuh masa pertama apabila sering melancarkan serangan berbahaya bertali arus ke kubu lawan dan berjaya mendahului pada minit ke-13 hasil jaringan Nwakaeme yang menerima hantaran lintang Mohamadou Sumareh. Sebaliknya, TFC yang kembali dibarisi pemain tengah, Lee Andrew Tuck pula tampak mencari-cari rentak perlawanan tanpa serangan tepat ke arah penjaga gawang tuan rumah, Mohd Remezey Che Ros.Bersambung babak kedua, skuad Penyu menunjukkan kebangkitan semula dengan gerakan-gerakan menarik daripada Sanjar Shaakhmedov dan Lee Tuck untuk mengancam kubu lawan namun tidak mampu menembusi keampuhan benteng Tok Gajah sepanjang perlawanan.Pahang berjaya mengukuhkan kedudukan apabila memperoleh gol melalui Herold Goulon (51’) dan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha (91’) sekali gus kembali ke persada liga.Selepas dua perlawanan, TFC kini berada di kedudukan ke-10 liga dengan satu mata di hadapan PKNP FC dan Kuala Lumpur.TFC akan berdepan juara bertahan, Johor Darul Takzim (JDT) pada aksi ketiga Liga Super 2019 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Jumaat ini.     
09 Feb 19
98
Empty Image
TDM Berhad Tubuh EXCO, Amir Mohd Hafiz Dilantik OIC
Amir Mohd Hafiz , OIC TDM.KUALA TERENGGANU, 10 Februari - TDM Berhad (TDM) secara rasminya telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) dan melantik Pegawai Bertanggungjawab (OIC) TDM Berhad berkuatkuasa pada Februari.EXCO ditubuhkan oleh Lembaga Pengarah TDM (Lembaga) yang bertindak sebagai medium antara Lembaga, Jawatankuasa Lembaga dan Pengurusan.EXCO akan berperanan mengawasi dan memastikan semua keputusan Lembaga dan arahan kepada pengurusan dilaksanakan dengan lancar dan cekap.Manakala, pelantikan OIC adalah untuk mengisi kekosongan dalam kepimpinan pengurusan utama dan untuk mengambil alih dan melaksanakan tugas, peranan dan tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) dalam Had Pihak Berkuasa Delegasi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).Pengerusi TDM, Dato' Haji Raja Idris Raja Kamarudin berkata, dalam masa yang sama pengurusan tertinggi juga sedang meneliti dan mengenal pasti calon yang sesuai untuk diketengahkan pada posisi GCEO bagi memantapkan pentadbiran TDM.“Lembaga Pengarah kini sedang menjalankan proses mengenal pasti dan memilih Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan selepas itu akan membuat pengumuman yang sewajarnya,” ujarnya.Ianya berikutan kontrak pekerjaan GCEO, Mohamat Muda yang tamat pada 31 Januari 2019 yang lalu.Amir Mohd Hafiz Amir Khalid, 39, yang dilantik sebagai OIC TDM Berhad merupakan ahli Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) yang memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Perakaunan dan Kewangan dari Universiti Liverpool John Moores, United Kingdom.Selain itu, beliau juga berkelulusan Diploma Intensif dalam Pengurusan Kelapa Sawit dan Teknologi dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Beliau juga mengikuti kursus Advanced Management Programme dari National University of Singapore (NUS) dan juga kursus Advance International Corporate Finance dari INSEAD, Paris.Untuk rekod, TDM merupakan anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama di Terengganu dan antara perintis pertama di Malaysia yang menghasilkan biogas melalui sisa kelapa sawit untuk menjana tenaga elektrik.TDM telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia dengan perniagaan teras dalam perladangan kelapa sawit dan penjagaan kesihatan.Bahagian perladangan, TDM menguruskan 16 ladang kelapa sawit dan tiga buah kilang di Terengganu dan Indonesia.
09 Feb 19
1205
Empty Image
Peluang Kursus Servis Kenderaan Untuk Anak Asnaf Terengganu
KUALA TERENGGANU, 10 Februari - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menawarkan Kursus Servis Pembaikan Kenderaan Ringan Tahap 2 dan 3 selama dua tahun beserta asrama sepenuh masa kepada anak-anak asnaf fakir miskin sahaja yang lahir dan menetap di Terengganu.Program ini dikendalikan oleh Naza Academy di Gurun, Kedah yang menawarkan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) berimpak tinggi khas kepada belia asnaf di Terengganu di mana sijil  kursus ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.Semua perbelanjaan kursus ditanggung oleh MAIDAM termasuk pembayaran elaun RM200 setiap bulan sepanjang berkursus dan jaminan pekerjaan selepas tamat kursus.Syarat Kemasukan :✅ Rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu✅ Anak asnaf fakir miskin sahaja✅ Beragama Islam, baligh & berakal✅ Terbuka kepada lelaki & perempuan✅ Berumur 18 hingga 25 tahun✅ Berstatus bujang✅ Memiliki sijil SPM & lulus Bahasa Melayu✅ Mempunyai minat dalam bidang Automotif✅ Tidak mempunyai rekod jenayah atau pengambilan dadah secara haram✅ Sihat tubuh badan & tidak buta warna✅ Tidak menghidap sawan atau penyakit kronikKelebihan & Manfaat :➡ Tiada yuran pendaftaran➡ Yuran pengajian (percuma)➡ Asrama disediakan (percuma)➡ Makan & minum disediakan (percuma)➡ Pakaian & kasut bengkel disediakan (percuma)➡ Perlindungan takaful (percuma)➡ Elaun sara diri sebanyak RM200 sebulan➡ Jaminan peluang pekerjaan setelah tamat pengajianTempat adalah TERHAD‼Tarikh tutup permohonan adalah : 13 FEBRUARI 2019Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/pusat-maklumat/boranghttp://www.maidam.gov.my/index.php/ms/pusat-maklumat/boranghttp://www.maidam.gov.my/index.php/ms/pusat-maklumat/borangSemua permohonan hendaklah dihantar ke Kaunter Ibu Pejabat MAIDAM Kuala Terengganu (Unit Agihan Zakat : 09-6303030) sebelum atau pada 13 FEBRUARI 2019 waktu pejabat
09 Feb 19
508