lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Abdul Bari Terima Anugerah Wira Darul Iman 22 Februari ini - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri ketika di sidang media di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu hari ini.KUALA TERENGGANU, 13 Februari - Kerajaan Terengganu akan menganugerahkan gelaran Wira Darul Iman kepada almarhum Abdul Bari Asyraf dan empat penyelamat yang lain bagi mengenang jasa menyelamatkan mangsa pacuan empat roda yang terjunam ke dalam sungai baru-baru ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sijil anugerah dan insentif kewangan kepada mereka yang terbabit akan disampaikan dalam satu majlis khusus di Stadium Negeri pada 22 Februari ini."Majlis mesyuarat kerajaan negeri sudah berbincang tadi (hari ini) untuk memberi anugerah Wira Darul Iman kepada lima orang wira penyelamat mangsa kejadian pacuan empat roda yang terjunam ke sungai itu."Anugerah itu bukan sahaja kepada Abdul Bari Asyraf tetapi kepada empat orang lain lagi yang turut sama membantu turun ke dalam air untuk menyelamatkan mangsa."Semuanya akan digelar sebagai Wira Darul Iman, cuma untuk arwah itu (Abdul Bari Asyraf) akan diberi insentif kewangan lebih dari yang lain," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kit Pengurusan Jenazah kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Terengganu di Tingkat U2, Wisma Darul Iman di sini hari ini.Turut hadir di sidang media itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya dan Pegawai Kewangan Negeri, Haji Mohd Zahari Md Azahar.Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, apa yang kerajaan negeri laksanakan itu akan menjadi satu contoh dorongan untuk orang ramai, membantu masyarakat yang memerlukan ketika kecemasan dan sebagainya.Katanya, majlis mesyuarat kerajaan negeri juga hari ini membincangkan mengenai cara untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan di kawasan berkenaan.Menurut beliau, antara isu yang timbul adalah ketiadaan tandas awam di kawasan berkenaan menyebabkan berlaku insiden yang tidak diingini itu."Kita juga telah bersetuju dan telah mengarahkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bahagian infrastruktur, Dr Alias Razak untuk mengambil beberapa langkah antaranya untuk menyediakan tandas awam."Kita mendengar keluhan daripada pengunjung bahawa kawasan berkenaan tidak ada tandas awam dan orang ramai terpaksa menumpang kedai-kedai berhampiran yang dikatakan ianya tidak selesa digunakan," jelasnya.Beliau berkata, kerajaan akan menyediakan tandas tersebut selain daripada memasang papan tanda amaran dilarang mandi manda di samping memasang penghadang di kawasan terbabit supaya tidak ada kenderaan yang boleh terlajak sehingga masuk sungai.Terdahulu dari itu empat sekeluarga terselamat dari lemas berhampiran Pulau Warisan di muara sungai Terengganu di sini apabila lima orang pemancing terjun menyelamat mereka dari tenggelam dalam air sungai bersama pacuan empat roda yang dinaiki mereka di kawasan pulau berkenaan baru-baru ini.
13 Feb 19
355
Empty Image
Kerajaan Negeri Tidak Pinggir Mana-Mana Kaum
KUALA TERENGGANU, 13 Februari - Kerajaan Terengganu menjadikan Islam sebagai dasar pentadbirannya tanpa meminggirkan mana-mana kaum yang berada di negeri tersebut.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali berkata, semua rakyat di negeri Terengganu mestilah dilayan secara adil dan saksama.“Program kita pada hari ini merupakan satu mesej jelas, yang kita ingin tunjukkan kepada masyarakat di seluruh negara, bahawa Islam sangat menitikberatkan soal keharmonian dan kesejahteraan masyarakat majmuk.“Negeri dan negara yang kita sayangi ini dibangunkan atas asas keharmonian masyarakat majmuk. Kontrak sosial yang diwarisi oleh nenek moyang kita telah membawa negeri dan negara ini merdeka dan membangun dengan pesatnya,” jelasnya.Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri Terengganu di Kampung Cina semalam.Menurutnya, impian untuk melihat Terengganu menjadi negeri yang maju dan diuruskan dengan penuh keberkatan serta rakyatnya memperoleh kesejahteraan akan menjadi realiti sekiranya semua pihak bersatu hati dan boleh duduk berbincang bersama.“Saya berharap sama-sama kita berganding bahu bagi menjayakan dasar Terengganu Maju Berkat Sejahtera. Perkara yang besar ini sudah pasti memerlukan kerjasama daripada semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa.“Islam telah menganjurkan untuk umat manusia saling kenal mengenal antara kaum dan suku yang ada di atas muka bumi ini dan akan mewujudkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.“Dan dari perkenalan juga membolehkan kita mengetahui perkara-perkara sensitif dalam setiap kaum dan bangsa,” ujarnya.Justeru beliau berharap agar rakyat negeri Terengganu memasang  tekad yang baharu untuk kehidupan yang lebih baik pada tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang.
13 Feb 19
39
Empty Image
Pusat Pemulihan Dadah Holistik Dibina Tahun Hadapan
Mohd Nor Hamzah berkata pusat berkenaan akan dibina tahun hadapan.KUALA TERENGGANU, 12 Februari - Kerajaan Terengganu akan membina pusat pemulihan dadah berkonsepkan perkampungan bermula tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, pusat yang akan dibina sedang dalam kajian pihak kerajaan bersama-sama dengan beberapa institusi seperti Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).Jelasnya lagi, kerajaan negeri telah memperuntukkan bajet sebanyak RM 200 ribu kepada pihak berkenaan untuk melakukan kajian terperinci serta mencari tempat yang sesuai untuk membina perkampungan tersebut."Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM 200 ribu, atas asas untuk membuat kajian terlebih dahulu."Kita telah mendapat kerjasama daripada UNISZA (pensyarah), pejabat hal ehwal agama, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan juga Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (AADK) sendiri untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah itu," katanya.Mohd Nor Hamzah ketika bersiaran di Studio TV Darul Iman.Beliau berkata demikian ketika hadir sebagai panel dalam wawancara khas segmen 'Kabbo Royak' siri keenam di Studio TV Darul Iman hari ini.Menurut beliau, pusat pemulihan dadah yang mengguna pakai konsep perkampungan itu akan menggabungkan beberapa elemen seperti rohani dan fizikal yang diyakini mampu memulihkan penagih.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung menambah, pusat pemulihan itu juga akan bertindak membina kehidupan yang baharu buat penagih selepas mereka berjaya dipulihkan daripada najis dadah.“Tempat pemulihan dadah ni dalam bentuk perkampungan, maksudnya kita akan gabungkan semua elemen, bukan sahaja ‘spiritual’ dan rawatan biasa.“Dalam kerjaya mereka kita nak sediakan, kemungkinan bagi yang minat membaiki (mekanik), ada latihan vokasional, seeloknya mereka membina kehidupan mereka di situ” katanya.Pusat pemulihan dadah secara holistik merupakan salah satu manifesto yang ditawarkan PAS Terengganu kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
12 Feb 19
82
Empty Image
Kerajaan Negeri Angkat Pendidikan Elemen Penting
Satiful menandatangani plak simbolik merasmikan Bangunan Koperasi Idun Quranic Centre (KIQC).DUNGUN, 12 Februari - Kerajaan Negeri Terengganu meletakkan pendidikan sebagai satu elemen penting dengan memperuntukkan sejumlah besar dana negeri untuk meningkatkan ilmu di kalangan masyarakat .Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, peruntukan perbelanjaan yang dibentangkan dalam Bajet 2019 lalu memperlihatkan bidang pendidikan mendapat dana tertinggi antara bidang-bidang yang lain."Berbekalkan peruntukan ini, kita akan terus alirkan dana kepada rakyat negeri Terengganu melalui pelbagai program dan aktiviti kelimuan yang dirancang.“Bagaimanapun, ia akan mengambil masa untuk kita lihat hasilnya," katanya di Dewan Ulul Albab Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu (Atas) Dungun, baru-baru ini. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali keenam sempena Anugerah Kecemerlangan Akademik 2018 & Majlis Perasmian Koperasi SM Imtiaz Dungun Berhad.Dalam majlis berkenaan, beliau turut menandatangani plak simbolik merasmikan Bangunan Koperasi Idun Quranic Centre (KIQC) yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik selaku Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan.Satiful memaklumkan, keutamaan yang diberikan kerajaan negeri itu bertujuan melahirkan insan- insan yang bakal menjadi pelapis kepimpinan kerajaan dalam usaha mencapai gagasan.“Ibu bapa perlu sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka sejak dari awal lagi. Ibu bapa hari ini kebanyakannya berpelajaran tinggi, jadi mereka mahukan anaknya lebih baik daripada mereka. "Sedangkan konsep pendidikan dalam Islam, kita perlu mendidik 'minal mahdi ilal lahdi' yakni daripada buaian sampai ke liang lahad," katanya.Beliau turut mengulas tanggapan buruk sebahagian masyarakat tentang ibu bapa yang menghantar anaknya ke pusat hafazan al-Quran dikatakan tidak mempunyai masa depan yang cerah. "Apabila kita menghantar anak ke pusat hafaz al-Quran, bukan bermakna kita menutup masa depan mereka. Sebaliknya, kita menambah kefahaman dan ilmu keduniaan mereka dengan ilmu akhirat," katanya.
12 Feb 19
189
Empty Image
Perlu Kerjasama Erat Atasi Gejala Sosial
Foto - Hidayah AzlinOleh: Dzakaria Mohd SallehSETIU, 12 Februari - Masalah jenayah dan keruntuhan moral di kawasan kampung memerlukan kerjasama semua pihak terutama daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, hubungan erat yang dijalin akan menjadikan semua pihak peka tentang maklumat terkini bagi menghadapi situasi yang berlaku di dalam komuniti masing-masing."Masalah ini perlu kita tangani dengan adanya kerjasama bersama pihak polis.“Pihak polis sendiri sukar menyelesaikan masaalah ini melainkan dengan adanya bantuan daripada MPKK yang menyalurkan maklumat," ujarnya ketika berucap di Majlis Perjumpaan Polis Bersama Masyarakat di Dewan Sivik Jabi semalam.Turut hadir, Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Mohd Zamri Mohd Rowi.Dalam pada itu, Shaharizukirnain mengingatkan MPKK agar mengambil tanggungjawab menangani masalah kerosakan akhlak di kalangan masyarakat khususnya orang muda."Kita mahu MPKK bukan sekadar bermesyuarat, berbincang bagaimana untuk mempertingkatkan infrastruktur, kebajikan untuk masyarakat sahaja tetapi turut menitikberatkan perkara ini.“Insya-Allah jenayah akan dapat dikurangkan walaupun susah kita hendak sifarkan semuanya untuk menjadikan negeri ini Maju, Berkat dan Sejahtera,” ujarnya.
12 Feb 19
36
Empty Image
Penjawat Awam Diminta Ikuti Kursus Adab Layan Pelanggan
KUALA TERENGGANU, 12 Februari - Penjawat awam, terutama yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan di jabatan kerajaan  dan anak syarikat kerajaan negeri di Terengganu diminta mengikuti kursus adab dan tatasusila layanan pelanggan.Langkah itu susulan daripada aduan tidak puas hati seorang pelanggan yang  berurusan dengan kakitangan di bahagian kaunter  khidmat pelanggan Yayasan Terengganu (YT), semalam  dengan menganggapnya sebagai tidak beradab.Perkara itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi dan komen negatif daripada pengikut laman sosial Facebook.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dia ada menerima maklumat mengenai perkara itu dan sudah meminta pegawai dan kakitangan YT termasuk individu  berkaitan memberi penjelasan.Katanya, kerajaan negeri mewakili YT memohon kemaafan di atas kejadian yang berlaku dan akan berusaha menyelesaikannya sebaik mungkin supaya perkara sama tidak berulang.“Perkara ini sudah dipanjangkan kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai tindakan untuk melatih, memberi kursus khas kepada mana-mana kakitangan yang bertugas di kaunter perkhidmatan.“Pendekatan itu tidak terhad kepada kakitangan YT sahaja malah turut melihatkan jabatan dan agensi bukan kerajaan seperti Syarikat Air Terengganu atau dengan kata lain mana-mana agensi yang saling berhubung dan berdepan dengan masyarakat luar,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Sarjana Terengganu 2018 di Duyong Marina, Kuala Terengganu hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abd Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat.Seramai 183 penerima Anugerah Sarjana Terengganu  di mana 33 daripadanya pelajar ikhtisas, masing-masing  menerima RM4,000 manakala selebihnya 150 pelajar bukan ikhtisas (RM2,000) hadir menerima sumbangan.Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri membelanjakan RM432,000 untuk diagihkan kepada 183 penerima anugerah itu.“Program ini diadakan bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda yang mendapat kepujian kelas pertama dan setara,” katanya.  
12 Feb 19
672
Empty Image
ADUN Wanita Ziarah Mangsa Kejadian Pikap Terjunam Ke Sungai Di Pulau Warisan
Zuraida (dua dari kanan) menemui Nurdiana Alwani (dua dari kiri) di rumahnya KUALA TERENGGANU, 12 Februari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor semalam tidak melepaskan peluang menemui seorang mangsa kejadian sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam di muara Sungai Terengganu berhampiran Pulau Warisan di sini pada malam 8 Februari lalu.Zuraida  menziarahi mangsa, Nurdiana Alwani Jaafar, 33, di rumahnya di Kampung Lorong Surau Baru di sini bersama Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) DUN Ladang, Mohamad Ubaidah Tengah dan beberapa orang petugas Pusat Khidmat DUN tersebut yang lain. Mangsa yang bekerja sebagai 'cleaner' di sebuah bank di sini merasa bersyukur kerana berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang sedang memancing di kawasan berhampiran. Beliau juga turut berdukacita dengan pemergian wira yang menyelamatkan mereka sekeluarga iaitu Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, yang disifatkannya sebagai seorang yang berhati mulia dan mereka sekeluarga terhutang budi sehingga ke akhir hayat. ADUN wanita itu mendoakan agar mangsa dan tiga ahli keluarga lain yang terlibat, tabah menghadapi ujian dan takdir Tuhan itu. "Semoga Allah SWT memberikan ketabahan kepada Puan Nurdiana sekeluarga menghadapi ujian ini," kata Zuraida. Terdahulu dari itu, jenazah Abdul Bari Asyraf telah ditemui tersangkut di Jeti milik EPIC di muara Sungai Terengganu jam 7.12 pagi kelmarin dan kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk dimandi dan dikafankan. Selepas itu, jenazah beliau dibawa ke Masjid Merbau Patah di sini untuk disembahyangkan dan disemadikan di kawasan perkuburan berhampiran selepas solat Zohor pada hari yang sama. Dalam kejadian, Abdul Bari Asyraf dipercayai lemas ketika cuba menyelamatkan empat sekeluarga di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam di muara Sungai Terengganu di Pulau Warisan di sini pada 8 Februari lalu. 
11 Feb 19
64
Empty Image
MPKK Bukit Besi Tunai Keperluan Belia
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 11 Februari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sentiasa berusaha memenuhi keperluan belia walaupun dengan peruntukan kewangan yang terhad.Ini kerana Kerajaan Terengganu memberi perhatian serius terhadap golongan belia termasuk dalam pendidikan,  sukan dan keusahawanan termasuk di peringkat kampung. Tidak ketinggalan juga belia dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi yang bergerak seiring dengan dasar kerajaan negeri dalam semua aspek.Pengerusi MPKK Bukit Besi, Ahmad Bakhir Chik berkata,  adalah menjadi kelaziman anak muda DUN tersebut sentiasa bekerjasama dengan MPKK termasuk menyertai penganjuran aktiviti sukan."Walupun peruntukan terhad untuk pengurusan MPKK namun kita tak nak hampakan anak muda yang mahu menganjurkan sebarang kejohanan sukan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Dialog Bersama Anak Muda Bukit Besi di Dataran Balairaya Bukit Besi, di sini baru-baru ini.Tambahnya lagi, apa yang tidak mampu ditanggung di peringkat MPKK untuk penganjuran lebih besar, ia akan dibawa ke peringkat Penyelaras DUN berkenaan."Usaha ini adalah bagi memastikan pembangunan anak muda tidak dipinggirkan, dan sentiasa mendapat kecaknaan dari pihak MPKK," jelas beliau.
11 Feb 19
54
Empty Image
Kerajaan Persekutuan Perlu Serius Bantu Guru
SETIU, 11 Februari - Sebanyak 4,525 permohonan pertukaran guru diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi 2019 daripada keseluruhan 25,332 permohonan yang diterima membuktikan Kerajaan Persekutuan tidak mengambil serius isu duka lara guru.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, kerajaan perlu lebih serius membantu para guru yang berdepan kesukaran untuk bertukar.Beliau dalam kenyataan medianya baru-baru ini menyifatkan langkah kerajaan yang masih menunggu keputusan bilangan guru duka lara Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sebagai tidak prihatin terhadap isu tersebut."Kerajaan digesa agar menangani isu duka lara guru ini dengan serius."Sebelum ini, sebahagian guru berhadapan situasi berjauhan dengan keluarga malah sesetengah isu membawa kepada penceraian suami isteri."Ini merupakan antara faktor utama kepada kemurungan guru."Malah, keputusan bagi menambah bilangan kaunselor juga bukan satu keputusan bijak," tegasnya dalam kenyataan tersebut.Shaharizukirnain turut mengingatkan, kenyataan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik sebelum ini bahawa guru sepatutnya berkorban bagi mengelak masalah kekurangan guru yang membawa kepada duka lara murid dan ibu bapa mendatangkan reaksi kurang senang daripada kebanyakan guru. "Kerajaan seharusnya dapat menanganinya secara holistik demi kebajikan guru-guru sejajar dengan usaha kerajaan memartabat profesion perguruan," katanya.
11 Feb 19
30
Empty Image
Keluarga Tuan Guru Ayah Chik Harmoni, Manis - MB Terengganu
Abdul Hadi (enam dari kanan) bersama keluarga meraikan Tahun Baru Cina di Rusila Marang baru-baru ini.MARANG, 11 Februari - Menjadi kelaziman bagi Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga beberapa tahun kebelakangan ini di Rusila di sini kerana mempunyai menantu perempuan berbangsa Cina, Aisyah Lim Abdullah."Saya bersama ahli keluarga menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di rumah anakanda Yusuf bagi meraikan menantu saya, Aisyah Lim yang berbangsa Cina. Gong Xi Fa Chai," katanya dalam status yang dimuat naik di Facebooknya semalam.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan majlis keraian keluarga besar Presiden PAS itu sebagai satu kehidupan harmoni dan memang manis sebagai keluarga Islam dan seorang tokoh kepimpinan ummah."Harmoni, Tuan Guru Ayah Chik (panggilan mesra Ahli Parlimen Marang itu) menyambut Tahun Baru Cina meraikan menantu beliau, Aisyah Lim yang berbangsa Cina. Memang 'sweet' (manis)," ulas Dr Ahmad Samsuri dalam status Facebook beliau yang dimuat naik semalam.Ini menunjukkan bahawa tidak ada apa-apa masalah untuk orang Islam turut sama menyertai sambutan Tahun Baru Cina bagi menyatakan Islam tidak melarang penganutnya turut serta meraikan budaya sambutan perayaan berbilang kaum di negara ini selagi tidak bercanggah dengan akidah Islam.Terdahulu, Dr Ahmad Samsuri turut meraikan kaum Tionghua dengan merasmikan Festival Sambutan Tahun Baru Cina di Kuala Terengganu baru-baru ini.Bahkan kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM200,000 termasuk untuk sambutan Tahun Baru Cina dan pelbagai bantuan lain kepada masyarakat Cina di seluruh negeri Terengganu pada tahun ini.
11 Feb 19
1135