Artikel "Semasa" Terkini
Tangani Kekeliruan Maklumat Dan Fitnah Di Media Baharu
Asma' HarunKEMAMAN, 16 Februari-Media baharu kini dianggap sebagai kuasa besar kerana kekuatannya dalam menyampaikan mesej merentasi sempadan masa dan tempat dengan kapasiti yang besar dan pantas.Penceramah Bebas dan Motivator, Asma’ Harun berkata, melalui media baharu, pelbagai transaksi, perkembangan ekonomi, politik, pendidikan, keagamaan dan sosial boleh dilakukan selama 24 jam tanpa batas.Katanya, telah menjadi realiti, kebanjiran maklumat merentasi pelbagai aspek akan menimbulkan rasa tidak senang serta sukar memilih maklumat yang tepat."Ada beberapa asas mengenai kredibiliti maklumat atas talian, antaranya ialah penulisan itu mesti berasaskan kejujuran, kandungannya tidak berat sebelah, mementingkan aspek akhlak (moral), ada unsur keaslian bagi penulisan Islam, kandungannya bermaklumat dan maklumat yang ada boleh disahkan."Disamping itu juga, pentingnya pemantauan berterusan oleh para ilmuan dan pihak berwajib terhadap kesahihan maklumat yang disalurkan kepada masyarakat melalui media baru,"ujarnya.Beliau berkata ketika membentangkan kertas kerja yang bertajuk Tanggungjawab Menangani Kekeliruan Maklumatdan Menangkis Fitnah di Media Baru di Program Ijtimak Siber Malaysia di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, di sini hari ini.Asma' yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Akademi Darul Ulum, Negeri Sembilan berkata masyarakat juga perlulah diberi pendedahan bagaimana untuk membezakan maklumat yang betul atau salah dan sekiranya tiada jawapan, maka pendekatan diam itu adalah lebih baik dan terhindar dari dosa.Justeru itu katanya, sudah tiba masanya kerajaan memandang serius hal ini. Undang-undang yang sedia ada perlu diperkasakan atau dipinda kerana penggunaan alam siber media baru ini semakin meluas dan tidak terkawal."Selain usaha mendidik masyarakat, penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan pastinya akan dapat memastikan rakyat terhindar dari penyakit ini dan keharmonian serta keamanan negara dapat dijaga, kata Asma'.Tambahnya, sebagai umat Islam, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membasmi segala bentuk perpecahan yang boleh membawa kepada kemunduruan umat Islam."Oleh itu, setiap individu bergelar muslim perlulah mempunyai kesedaran untuk mendidik masyarakat dari budaya fitnah memfitnah ini,"ujarnya.
15 Feb 19
112
Kekurangan Bukan Penghalang Hadir Ijtimak Siber
Thoyibuddin Marjuni, 31 Hadir berkerusi roda.KEMAMAN, 16 Februari- Walaupun berkerusi roda, ia tidak menghalang Thoyibuddin Marjuni, 31, untuk hadir ke Ijtimak Siber yang berlangsung di Dewan Berlian, Kemaman.Beliau tidak menjadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk hadir menimba dan meneroka ilmu baru di Ijtimak Siber.Jelasnya, walaupun datang dari jauh beliau tetap bersemangat untuk berkumpul bersama rakan-rakan pengamal media yang lain."Saya datang dari Hulu Langat, Selangor bersama kawan saya untuk berkumpul dengan rakan-rakan media yang lain."Mendengar info dan berbincang maklumat serta idea yang baru bersama pengamal media yang lain dari seluruh Malaysia," katanya.Beliau hadir ke Ijtimak Siber bersama rakannya, Azhar Shahril Azhar, 24 sejak semalam.Beliau juga berkata, kehadirannya ke Ijtimak Siber juga adalah untuk meningkatkan lagi semangatnya untuk terus bekerja di media sosial."Di Ijtimak siber saya juga boleh mendengar ucapan dan taujihat daripada pimpinan untuk terus semangat bekerja," tambahnya.Program Ijtimak Siber yang julung-julung kalinya diadakan itu bakal menampilkan panel-panel yang hebat seperti Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Supyan Hussin.Program yang akan berlangsung selama satu hari itu turut menampilkan Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang yang akan berucap pada perasmian penutup petang ini.Ijtimak Siber mengumpulkan semua pengiat-pengiat media sosial daripada seluruh Malaysia.
15 Feb 19
44
Ribuan Peserta Ijtimak Siber Mula Membanjiri Dewan Berlian
Sesi pendaftaran penuh sesak.KEMAMAN, 16 Februari - Ribuan peserta Ijtimak Siber 2019 mula membanjiri Dewan Berlian di Majlis Perbandaran Kemaman.Perserta-peserta kelihatan mula memenuhi segenap ruang di Dewan Berlian untuk sesi pendaftaran yang bermula sekitar jam 8.30 pagi tadi.Program Ijtimak Siber yang julung-julung kalinya diadakan itu bakal menampilkan panel-panel yang hebat seperti Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Supyan Hussin.Program yang akan berlangsung selama satu hari itu turut menampilkan Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang yang akan berucap pada perasmian penutup petang ini.Ijtimak Siber mengumpulkan semua pengiat-pengiat media sosial daripada seluruh Malaysia.Program itu dianjurkan oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dengan kerjasama Kumpulan Aktivis Media Indipenden (K.A.M.I).
15 Feb 19
51
SATU Sedia Dua Ribu Kit Pengurusan Jenazah Seluruh Terengganu
Haji Atemin Sulong berucap di Wisma Darul Iman semalam.KUALA TERENGGANU, 15 Februari - Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) telah mengedarkan Kit Pengurusan Jenazah berjumlah 2,000 unit mulai kelmarin dengan kos hampir RM600,000.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SATU, Haji Atemin Sulong berkata, kit berkenaan bernilai RM300 setiap satu merupakan usaha SATU memanfaatkan dana tanggungjawab korporat sosialnya(Corporate Social Responsibility-CSR) berjumlah RM13.5 juta tahun lalu.Katanya, kit tersebut yang diedarkan mulai semalam dan hari ini ke 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kawasan parlimen merupakan sebahagian daripada dana CSR tersebut serta 10 peratus daripada hasil kutipan tahun lalu.Menurut beliau, setiap kawasan DUN dan Parlimen menerima 50 kit tersebut bagi kemudahan orang ramai untuk pengurusan jenazah.Haji Atemin menunjukkan kit pengurusan jenazah yang diedarkan SATU ke seluruh negeri Terengganu mulai semalam."Saya berharap dengan limpah kurnia Ilahi pada tahun ini, kita (SATU) akan tambah lagi sumbangan berbentuk CSR ini bagi membantu kerajaan negeri dalam membantu rakyat (yang memerlukan bantuan)," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Kit Pengurusan Jenazah kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Tingkat U2 Wisma Darul Iman di sini semalam.Turut hadir, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, semua Ahli Parlimen dan ADUN Terengganu, pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri dan ketua-ketua penyelaras DUN.Dr Ahmad Samsuri merasmikan majlis penyerahan tersebut dengan mengadakan gimik pelancaran dan menyerahkan kit berkenaan kepada Ahli Parlimen, ADUN dan Ketua Penyelaras DUN. Haji Atemin seterusnya berkata, SATU adalah syarikat pengurusan air negeri untuk rakyat seluruh negeri Terengganu. Sumbangan CSR dikembang kepada seluruh rakyat melalui tanggungjawab korporat sosial dan subsidi air termasuk untuk kegunaan bayi yang baru lahir sehingga ke pengurusan jenazah.Wakil rakyat yang hadir di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu semalam."Bantuan yang diberikan SATU, begitu menyeluruh termasuk bayi baru lahir, majlis berkhatan, dan perkahwinan menggunakan air bersubsidi daripada SATU," ujarnya.Menurut beliau, SATU turut memberi sumbangan sebanyak RM5 juta kepada Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) bagi urusan pelbagai pembiayaan untuk ibu tunggal."Ibu tunggal pun SATU bagi sumbangan hampir RM5 juta pada 2018. Dan sekarang ini untuk warga Terengganu yang sihat tubuh badan yang gemar menjalankan aktiviti sukan berkuda, main bola pun SATU bagi bantuan (melalui saluran-saluran tertentu)."Manakala yang sakit SATU bagi bantuan dalam bentuk perubatan dan hari ini (semalam) SATU bagi kit untuk pengurusan jenazah," ujarnya lagi.Sementara itu katanya, pada 2019, SATU akan memperbesarkan lagi bantuan CSR dengan izin Tuhan dan rezeki yang diperolehi.
14 Feb 19
1342
49 Penduduk Terima Geran Tanah Felcra
Dr Mamad menyampaikan geran hak milik tanah kepada pemohon.Oleh: Shahril AswadHULU TERENGGANU, 13 Februari - Hajat memiliki tanah sendiri selepas sekian lama memohon akhirnya menjadi kenyataan apabila seramai 49 pemohon berjaya mendapat geran hak milik tanah di Tanah Rancangan Felcra Banggol Gajah Mati Fasa 2,3,4 dan Felcra Kampung Tapah, Mukim Jenagor, di sini, semalam.Semua pemohon berkenaan menerima geran hak milik tanah yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam,Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh, di Dewan Sivik Kampung Kuala Pueh, di sini, semalam.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd Safari Abu berkata, kegembiraan dan kelegaan jelas terpancar pada wajah penerima geran tersebut dan berharap mereka mampu menguruskan tanah itu dengan baik demi generasi akan datang.Katanya, penyerahan geran hak milik tanah berkenaan membuktikan kerajaan negeri berjaya menyelesaikan satu lagi masalah rakyat."Ia adalah hadiah kepada penerima setelah hampir 20 tahun menunggu saat ini. Mereka berhak memohon dan baru sekarang ia dapat direalisasikan dengan penyerahan rasmi geran hak milik ini."Kerajaan negeri terus komited penyelesaikan isu tanah rakyat seperti yang dijanjikan dalam Manifesto PAS," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah Felcra Banggol Gajah Mati fasa 2,3,4 dan Felcra Kampung Tapah, di sini, semalam.Turut hadir, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Ustaz Kamaruzaman Abdullah, Pengurus Besar Wilayah Timur Felcra Berhad, Haji Zulkifli Sidek dan Ketua Penolong Pegawai Tadbir Tanah Hulu Terengganu, Mohd Rasydan Muda.Sementara itu, seorang penerima, Rafiah Musa 65, dari Kampung Tanjung Baru berkata, dia sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memudahkan urusan pembahagian tanah ini."Syukur Alhamdulillah. Setelah sekian lama makcik memohon geran hak milik tanah akhirnya jadi kenyataan. Mungkin sudah rezeki kami, akhirnya hasrat itu tercapai tahun ini dan ia saat yang amat menggembirakan."Terima kasih kepada kerajaan negeri yang baru kerana memudahkan urusan pembahagian tanah ini," ujarnya
14 Feb 19
406
Penantian 40 Tahun Berakhir
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika merasmikan jalan Kampung Jebak Puyuh.SETIU, 14 Februari - Penantian selama 40 tahun penduduk Kampung Jebak Puyuh untuk mendapat jalan raya yang baik berakhir apabila infrastruktur baharu bernilai RM435,000 siap digunakan pertengahan bulan lalu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keperluan asas yang penting dan menjadi nadi penghubung rakyat sekitar yang dibina sepanjang 1.5 kilometer itu memberi kelegaan dan keselesaan kepada penduduk selepas sekian lama menanti.Katanya, kerajaan negeri akan berusaha sebaik mungkin untuk menunaikan tanggungjawab memastikan setiap rakyat mendapat kemudahan yang sepatutnya.“Menjadi satu tugas besar dan penting bagi kepimpinan kerajaan untuk melaksanakan amanah.“Supaya rakyat yang ada di bawah negeri Terengganu ini berada dalam keadaan baik dan sempurna, dapat menikmati kemudahan dengan baik,” jelasnya.Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (tengah) menyerahkan jadual 5A kepada peserta RTB sambil diperhatikan oleh Dr Azman (kanan).Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jalan Kampung Jebak Puyuh dan Penyerahan Jadual 5A kepada peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kawasan Petai Patah mukim Kerandang, di Jebak Puyuh, Jabi, di sini, hari ini.Hadir sama dalam majlis ini ialah Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Khuzaini Ab. Rahman, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.Beliau turut berkata, kerajaan negeri akan terus memantau keperluan asas yang menjadi keperluan dan menimbulkan masalah kepada rakyat di setiap tempat seluruh Terengganu.Dalam masa yang sama menteri besar juga berharap agar rakyat turut membantu pihak kerajaan untuk melaporkan sebarang kekurangan kepada kemudahan yang ada untuk diambil tindakan segera oleh kerajaan."Ini adalah usaha kecil, permulaan setakat ini dan yang mampu, selebihnya kami akan kenal pasti (kekurangan) di tempat lain."Saya juga menyeru kepada rakyat Terengganu yang berada dalam situasi yang sama, sekiranya ada keperluan (yang kurang) agar melaporkan kepada pihak terbabit untuk tindakan lanjut ," tambah beliau.Gimik perasmian dengan melepaskan 4 ekor burung puyuh menandakan penantian 40 tahun berakhir.
14 Feb 19
150
Aplikasi e-Suka Tingkat Kualiti Perkhidmatan Awam
KUALA TERENGGANU, 13 Februari – Kerajaan negeri dengan kerjasama Top IT (Industries Sdn Bhd) membangunkan aplikasi e-Suka adalah untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan dalam sektor perkhidmatan awam negeri.Pengerusi Lembaga Pengarah Top IT Industries Sdn Bhd, Ustaz Zakaria Dagang berkata, aplikasi itu antara yang dibangunkan syarikat berkenaan, sebagai organisasi yang mantap, penggerak teknologi maklumat dan komunikasi terkini serta berkepakaran dan berpengalaman dalam mengurus projek pembangunan perisian, pemasangan dan komponen komputer.“Terdapat tujuh projek yang dijalankan oleh Top IT antaranya penyediaan dan penyelesaian sistem iaitu i-Kelas (budaya persekolahan berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berfikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini), Aplikasi e-Jadual (memudahkan setiap Exco berkongsi maklumat aktiviti masing-masing) dan membangunkan laman web berdasarkan sistem dan juga multimedia.“Keduanya ialah Digital Media dan kandungan iaitu pembangunan aplikasi berasaskan teknologi ‘Augmented Reality / Virtual Reality’, Pembangunan aplikasi ‘Augmented Reality’ untuk buku teks dan peta negeri, Pembangunan Aplikasi Hologram dan menyediakan perkhidmatan video korporat dan kandungan iklan,” katanya.Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus berkata demikian ketika dihubungi semalam.Zakaria memberitahu, projek lain termasuklah teknologi baharu iaitu menyediakan perkhidmatan reka bentuk dan sistem pengurusan kandungan kiosk, memasarkan produk inovasi baharu menggunakan produk e-Tahfiz berasaskan gelombang alfa dan theta bagi meningkatkan mutu hafazan, Penjana HHO atau electrolyser (bahan bakar air) yang merupakan satu alternatif penjimatan bahan bakar (BBM) dan menyediakan perkhidmatan Teknologi Hijau yang berkualiti tinggi, bersepadu, kos efektif, menjimatkan serta mesra alam.Manakala, keempat ialah penyediaan latihan iaitu Latihan ICT melalui Pusat Bestari.Com di seluruh Terengganu. Manakala perkhidmatan dan penyelenggaraan pula menyediakan perkhidmatan pembaikian peralatan ICT (motherboard komputer riba / netbook / ultrabook, printer, handphone, tablet, desktop PC dan komputer riba).“Selain itu juga, Top IT turut membangunan kemudahan dan perkhidmatan iaitu pengurusan dan penyelenggaraan menara telekomunikasi,” ujarnya.Sementara itu, e-Dagang ialah Payang.my adalah merupakan satu program berbentuk keusahawanan yang dibangun secara atas talian untuk membantu usahawan Bumiputera amnya di Terengganu bagi mempromosi dan menjual produk mereka.Untuk rekod, Top IT Industries Sdn Bhd telah diperbadankan di Malaysia pada 29 Julai 1993 menerusi nama Solsis-YPK (Terengganu) Sdn Bhd sebelum ditukar kepada Top IT Industries Sdn Bhd pada Mei 1998.
13 Feb 19
82
Halal Haram Dalam Pengamalan Siber
Oleh : Aziz HambaliMARANG, 13 Februari - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan pengamal siber supaya mempunyai batas sempadan untuk menyebarkan sesuatu yang benar dan tidak menyebarkan perkara yang tidak benar."Sebar fitnah, orang tak mati kata mati. Macam-macam berlaku, pembohongan itu. Merosakkan masyarakat. Jadi kita mahu beritahu batas-batas sempadan. Dalam Islam ada halal haramnya" katanya selepas sidang media di Majlis Ramah Mesra bersama Komuniti Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR), Sungai Kerak, di sini, semalam.Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden PAS menyeru kepada semua pengamal media untuk sama-sama hadir ke Ijtimak Siber Malaysia 2019 yang bakal berlangsung pada 16 Februari ini bertempat di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, dekat sini.Beliau menyeru kepada pengamal media mengambil kesempatan itu supaya semua peserta memperolehi ilmu dan juga petunjuk serta keberkatan daripada Allah SWT dalam semua kerja yang dilaksanakan."Bersempena dengan himpunan yang dianjurkan ini, adalah baik bagi pengamal media untuk mengilmukan diri mereka, mengetahui batas sempadan bagi orang Islam dalam kehidupan di dunia ini kerana setiap gerak geri kita dalam dunia ini sama ada amalan, perkataan, tulisan dihisab oleh Allah swt pada hari kiamat. "Jangan kita lalai dan leka. Jadikan teknologi maklumat sebagai alat untuk mengerjakan kebajikan, bukan alat untuk menambah dosa dan maksiat," tambahnya lagi.Nota : Kepada mereka yang ingin menyertai Ijtima Siber ini, dijemput mendaftar secara 'online' di https://ijtimaksiber.com/
13 Feb 19
56
Tangan Ajaib Warga Emas Terengganu
KUALA TERENGANU, 14 Februari - Daripada sekadar suka-suka mewarna batik untuk mengisi masa lapang, seorang warga emas jatuh cinta terhadap pekerjaan tersebut.Walaupun Hitam Taib, 74, mula belajar mewarna batik ketika usianya sudah lanjut, namun bakat dan kemampuannya ‘bermain’ berus bagi menghidupkan corak batik yang siap dicanting sangat mengagumkan.Semuanya bermula kira-kira 20 tahun lalu apabila dia menyatakan minat untuk mendalami ilmu mewarna kepada anaknya, Noor Hayati Said, 46, yang mengusahakan pembuatan batik di kediamannya yang terletak di Kampung Kubang Machang, Kepong.Ibarat memiliki tangan ajaib, sentuhan tangan warga emas itu setanding mereka yang pakar dan mampu mewarna batik pada kualiti yang bermutu tinggi.Noor Hayati berkata, dia tidak pernah memaksa ibunya dan semuanya atas kerelaan warga emas yang suka mencuba itu.“Mak selalu lihat saya mewarna batik di bengkel dan dia pun berminat untuk lakukan perkara yang sama dan saya tidak pernah menghalangnya.“Dia terus mencuba sehingga mampu mewarna dengan baik dan lebih menakjubkan mata mak masih cerah macam orang muda,” ujarnya ketika ditemui di bengkel tersebut, baru-baru ini.Menurut Noor Hayati, seni mewarna batik sememangnya telah sebati dengan diri ibunya dan tidak hairanlah walaupun menghidapi kencing manis dan kadang-kala diserang asma, ibunya itu tetap akan turun ke bengkel selagi kesihatannya mengizinkan.
13 Feb 19
844
Terengganu Lulus Satu Ekar Tanah Kepada Masyarakat Cina Kemaman
KUALA TERENGGANU, 13 Februari - Kerajaan negeri mahu melaksanakan pemerintahan yang baik, tulus dan budiman dan telah meluluskan sebidang tanah seluas satu ekar kepada masyarakat Cina Tionghua di Kemaman.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, tanah tersebut telah diberikan kepada Dewan Perhimpunan Cina untuk pengurusan sebuah rumah mayat.“Ia telah dipohon semenjak lama dahulu. Tetapi tidak pernah diluluskan (oleh kerajaan sebelum ini). Ini menandakan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini ialah kerajaan yang sangat baik, tulus dan budiman.“Kerajaan pada hari ini kerajaan daripada rakyat dan kepada rakyat. Sebab itu kami akan jaga rakyat terutama kepada pembayar cukai dan kita akan jaga sebaik mungkin,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata demikian dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri Terengganu di Kampung Cina semalam.Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa wakil rakyat dari DUN Air Putih telah naik ke Pejabat Tanah Daerah untuk memohon tanah lot perumahan yang tidak diluluskan.Katanya, setiap tanah lot tersebut akan dibuat 'layout' untuk diberikan geran kepada setiap orang dan dalam masa yang terdekat mereka akan mendapat geran daripada kerajaan negeri.“Kawasan perumahan (rakyat) yang minta tanah lot pun tidak diluluskan maka wakil rakyat dari DUN Air Putih memohon Pejabat Tanah Daerah buat ‘layout’ untuk diberikan geran kepada setiap orang.“Saya yakin dalam masa terdekat ini mereka akan dapat geran daripada kerajaan negeri,” ujarnya.Justeru itu, beliau berkata, ia menandakan Kerajaan Terengganu menjaga kebajikan kaum Tionghua. “Kita mahu berlaku adil kepada semua, pastikan negeri aman, orang Cina dapat berniaga dengan baik dan ekonomi bertambah baik serta hidup aman dan damai,” tambahnya.
13 Feb 19
413