Artikel "Semasa" Terkini
Kerajaan Negeri Selesaikan RTB Golongan Terkilan 1999-2004
Dr.Ahmad Samsuri bersama sebahagian penerima geran hakmilik hari iniKEMAMAN, 17 Februari - Kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) melaksanakan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Golongan Terkilan bagi menyelesaikan semua lot RTB sepanjang 1999-2004 `yang dinafikan hak' bagi memastikan kebajikan rakyat terbela.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri akan bertanggungjawab dan menyelesaikan isu sejak 14 tahun lalu itu dengan kerjasama dari PTG dan juga Pejabat Tanah Daerah secara berperingkat di seluruh Terengganu."Saya difahamkan terdapat lebih 60 ribu penerima RTB ini yang tersenarai nama, ada yang sudah sampai ke peringkat pemilikan geran dan ada yang dalam proses."Apa yang malang, pada tahun 2004 berlaku perubahan pentadbiran yang menyebabkan mereka ini dinafikan hak dan mereka inilah golongan yang terkilan yang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk selesaikan masalah ini,"katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Penyerahan Geran Hakmilik Tanah Projek Felcra Kawasan Bukit Keladi(PLBP) Sungai Pergam, Mukim Hulu Jabur, Projek Felda Seberang Tayor Peringkat 3 Mukim Tebak Dan Felcra Seri Bandi Peringkat 3 & 4 Mukim Hulu Chukai, Daerah Kemaman, di Dewan Seri Amar, di sini, hari ini.Seramai 80 peserta menerima geran hak milik masing-masing.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Negeri (DUN), Yahaya Ali; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat dan Pegawai Daerah Kemaman, Osman Bakar.Dr Samsuri berkata, selepas 14 tahun berlalu, kawasan (RTB) berkenaan juga mungkin sudah mengalami perubahan dalam pelbagai aspek dan memerlukan penelitian semula dan memerlukan masa bagi menyelesaikan kes itu satu per satu."Ini menyukarkan kerajaan untuk menyelesaikannya dan tidak mudah untuk melaksanakan dalam masa yang singkat."Apa yang kita buat, cari kawasan lain dan InsyaAllah satu masa kawasan ini akan menjadi penempatan baharu dan berkembang,"ujarnya.
16 Feb 19
100
YB Khuz Hadir Sesi Dialog KUB Terengganu
Haji Nurkhuzaini (dua dari kiri) cuba memahat kayu dalam satu demonstrasi kesenian ukiran kayu di TTC. KUALA TERENGGANU, 17 Februari - Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman menghadiri sesi dialog Terengganu di Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera (KUB) di Dewan Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Padang Hiliran, di sini, semalam.Menurut Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, KUB Negeri Terengganu merupakan siri ke-11, sebagai inisiatif dan komitmen MED untuk mendapat pandangan, idea serta maklumat pelbagai isu dan cadangan penambahbaikan bagi memperkasakan pembangunan usahawan tempatan.Program yang dirasmikan oleh beliau itu dihadiri 500 orang usahawan daripada pelbagai sektor termasuk dari Terengganu dan Kelantan.Haji Nurkhuzaini (dua dari kiri) diberi taklimat mengenai perusahaan cenderahati dari kayu di TTC.Beliau turut melancarkan Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Zon Timur, merupakan penganjuran pameran yang menghimpunkan produk atau perkhidmatan SDSI yang berkualiti dari seluruh negeri di Pantai Timur terutama Terengganu."Ini merupakan kali kedua MED telah menganjurkan program SDSI selepas Lumut, Perak pada bulan Januari lalu," jelasnya.Dalam satu kenyataan media, beliau berkata, terdapat pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk 96 pameran jualan yang melibatkan usahawan dari Terengganu, Pahang dan Kelantan.Selain itu, turut diadakan slot perkongsian ilmu seperti pocket talks, success story dan slot Selebriti Usahawan bersama Faizal Tahir dan Heliza Helmi.Katanya, aktiviti 'business matching' sepanjang SDSI kali ini melibatkan padanan perniagaan di antara para usahawan dengan syarikat hypermarket berskala tinggi.Haji Nurkhuzaini (tengah) diperjelaskan tentang perusahaan pakaian batik di TTC. "Program kali ini turut dimuatkan dengan aktiviti demonsterasi kesenian termasuk ukiran kayu, tenunan songket dan mencanting batik."Sementara segmen Malaysian Kitchen pula mempromosikan juadah makanan tempatan dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan," ujarnya.Menurut beliau lagi, siri jelajah KUB akan diteruskan di Seremban, Negeri Sembilan pada 23 Februari ini manakala SDSI seterusnya akan berlangsung di negeri Sabah pada bulan Ogos ini.
16 Feb 19
462
TSG Shimano Yellowride 2019 Bakal Jadi Acara Tahunan Terengganu
Penyertaan dari seluruh negara meriahkan Yellowride 2019.KUALA TERENGGANU, 17 Februari - Acara berbasikal TSG Shimano Yellowride 2019 bakal dijadikan acara tahunan bagi negeri Terengganu dalam usaha membudayakan cara hidup sihat dalam masyarakat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penganjuran aktiviti santai berbasikal (fun ride) secara besar-besaran anjuran Terengganu Cycling Team (TSG) dan Shimano Singapore Pt. Limited itu turut bertujuan memperkenalkan TSG kepada masyarakat luar."Acara ini dianjurkan sempena kejayaan bersejarah TSG memenangi jersi kuning (juara keseluruhan) dalam Le Tour de Langkawi 2018 lalu."Selain itu, aktiviti ini juga dapat mencungkil bakat-bakat baharu dengan penyertaan remaja dan belia dalam penganjuran kali ini," katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Flag Off acara tersebut di Pantai Batu Burok semalam.Para peserta berkayuh merentasi empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Hulu Terengganu dengan laluan sepanjang 100 km.Seramai 2019 peserta menyertai penganjuran kali ini terdiri daripada penunggang basikal seluruh negara.Paling menarik, acara tersebut diserikan dengan kehadiran ikon komuniti berbasikal negara iaitu Dato' Bakar Nordin, Sulaiman Abd Lah atau lebih dikenali 'Man Gerek' dan Sofian Mohd.Wan Sukairi juga memaklumkan, acara itu mempromosikan sukan berbasikal sebagai produk pelancongan negeri itu kepada masyarakat luar."Kita memperoleh penajaan lebih RM200,000 dalam pelbagai bentuk daripada banyak pihak dan tidak mustahil ia mampu diadakan secara tahunan serta mampu menarik ramai peserta dan pengunjung."Bahkan, penganjuran kali ini juga telah disertai beberapa penunggang basikal daripada negara Singapura, Thailand dan Indonesia," katanya.Acara tersebut turut dihadiri Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato' Tengku Farouk Hussain Tengku Abdul Jalil, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Farhan Abdul Wahab, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Mohd Shamsol Bahrin Mohd Kamil serta wakil Shimano Singapore Pt.Limited.Hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah kereta Perodua Axia tajaan EPIC.
16 Feb 19
162
Jalan Raya Kampung Tembila Terengganu Akan Dibaik Pulih
Menteri besar Terengganu.BESUT, 17 Februari - Kerajaan Terengganu memperuntukkan bajet sebanyak RM200,000 untuk projek membaik pulih jalan raya di Kampung Tembila.Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri sudah meluluskan permohonan daripada pejabat daerah untuk proses pembaikan jalan tersebut.Jelasnya, kerajaan negeri telah meneliti permohonan itu dan telah meluluskannya untuk kemudahan penduduk di kawasan terbabit.“Saya ada terima permohonan daripada pejabat daerah.“Permohonan untuk membaik pulih jalan di kampung Tembila, kita luluskan dengan kos sebanyak RM 200,000,” jelasnya.Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bertanya soalan.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program 'MB Mari Kampung Kite' dalam siri jelajah penerangan Bajet 2019, di dewan Kota Putera Square, Besut.Turut hadir dalam majlis ini ialah Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Khuzaini Ab. Rahman serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.Program yang julung-julung kali diadakan itu memilih Besut sebagai lokasi pertama sebagai permulaan kepada siri jelajah penerangan bajet 2019.Program dihadiri sekitar 600 orang itu dianjurkan oleh Terengganu Strategic Integrity Institute (TSIS) Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dan .Orang ramai tekun mendengar penjelasan menteri besar.Siri jelajah penerangan Bajet 2019 akan diadakan di setiap daerah seluruh Terengganu dengan Marang akan menjadi lokasi seterusnya.
16 Feb 19
261
Gara-Gara Pinjaman Tanpa Faedah, YPU Terengganu Jadi 'Kawasan Panas'
Dana TUGAS bakal membantu usahawan lebih berdaya saing.KUALA LUMPUR, 17 Februari - Pengumuman Kerajaan Terengganu yang menawarkan pinjaman tanpa faedah baru-baru ini membuatkan ramai usahawan negeri itu 'menyerbu' pejabat Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di seluruh daerah.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pinjaman melalui Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) dengan dana berjumlah RM15 juta itu kini menjadi bualan masyarakat dan sering diutarakan rakyat dalam pertemuan pemimpin negeri bersama mereka."Setakat ini, lebih 500 permohonan telah kita terima dan pejabat YPU masih menjadi tumpuan masyarakat yang datang mendapatkan penjelasan dan mengisi borang permohonan."Usahawan kita memang perlukan bantuan, tetapi mereka tidak tahu ke mana hendak pergi."Jadi, apabila kita mula memperkenalkan apa itu YPU, dan apa yang ada pada YPU, ramai usahawan mula datang untuk mendapatkan perkhidmatan," katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini.Pelbagai produk Terengganu mempunyai potensi pasaran di luar negeri.Beliau berkata demikian ketika hadir dalam program Walkabout Showcase Teganu Kite di Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang anjuran YPU.Program tersebut bertujuan memperkenalkan produk-produk terpilih Terengganu untuk membina jaringan pemasaran lebih luas di seluruh negara.Sekitar 20 usahawan dalam bidang kraf, batik dan makanan berkumpul selama empat hari untuk memasarkan produk mereka.Showcase yang diadakan buat kali ketiga itu merupakan usaha berterusan YPU untuk mengangkat produk negeri ke pasaran lebih luas di dalam dan luar negara.YPU cemerlang dalam mengangkat usahawan ke peringkat lebih tinggi.
16 Feb 19
464
Produk Terengganu Selangkah Ke Arah Persijilan Halal
Nurkhuzaini melihat produk T-Mart sambil diperhatikan Anuar.KUALA LUMPUR, 17 Februari - Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) merancang untuk memperluaskan pemasaran produk usahawan-usahawan negeri itu dengan memenuhi piawaian sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, YPU bakal menggalakkan para usahawan di Terengganu untuk mendapatkan sijil halal sebagai salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk menyertai 'showcase' anjuran yayasan berkenaan di seluruh negara pada masa akan datang."Sebenarnya, Terengganu agak ketinggalan dalam aspek penjenamaan sijil halal kerana kita berada dalam zon selesa dikelilingi majoriti usahawan Muslim."Berbeza dengan situasi di kawasan Pantai Barat, sesuatu produk perlu mendapatkan logo halal untuk diterima dalam masyarakat.Produk makanan Terengganu dijangka mempunyai potensi pasaran yang luas dengan penarafan sijil halal."Pelaksanaan untuk mendapatkan persijilan halal ini bakal bermula dan pihak YPU akan menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta menyelaras permohonan bagi usahawan di bawahnya," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini.Beliau berkata demikian ketika menghadiri program 'Walkabout' Showcase Teganu Kite 2019 di Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang.Program tersebut merupakan penganjuran kali ketiga YPU setelah diadakan di Putrajaya dan Johor sebelum ini.Showcase itu menjadi medan sekitar 20 usahawan terpilih terdiri daripada perusahaan kraf, batik dan makanan untuk memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat di luar negeri di samping membina jaringan pemasaran.Pengunjung dari Korea Selatan turut terpikat dengan batik Terengganu yang dipamerkan.Dalam kunjungan berkenaan, Nurkhuzaini turut memaklumkan, penarafan sijil halal kepada produk mampu membawa produk Terengganu ke luar negara."Ini untuk masa depan mereka supaya dapat pergi lebih jauh lagi."Eksport juga, salah satu syaratnya ialah sijil halal. Pada masa itu, tidak adalah usahawan kita terkial-kial mendapatkan sijil halal sekiranya produk merek terpilih untuk dieksport," katanya.Kunjungan tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Anuar Awang, wakil pengurusan Sungei Wang Plaza serta kakitangan YPU.Showcase tersebut berlangsung selama empat hari dan berakhir Khamis lalu.Showcase Teganu Kite antara usaha YPU membawa produk Terengganu ke peringkat lebih tinggi.
16 Feb 19
179
Tangkis Fitnah, Tanggungjawab Pejuang Siber
Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.KEMAMAN, 16 Februari - Pejuang Siber yang berkebolehan dan mahir dalam lapangan itu seharusnya menjadi benteng untuk menangkis sebarang fitnah terhadap islam.Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang berkata mereka yang berada dalam saf perjuangan islam mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan ajaran islam dengan sebaiknya.Jelasnya, dunia teknologi maklumat tanpa sempadan yang sangat berpengaruh pada zaman ini dimanipulasi oleh musuh islam dengan menjadikannya sebagai alat untuk mencalarkan imej islam dan penganutnya."Mereka yang berilmu dalam lapangan ini, yang ada kebolehan, mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan islam, mempertahankan islam dan menyerang musuh-musuh islam."Pertembungan di alam siber melalui teknologi maklumat, serangan ke atas islam, pemimpin dan pendokongnya dengan berbagai-bagai hujah dan fitnah untuk memberi gambaran negatif pada islam," katanya.Abdul Hadi Awang diiringi pegawainya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Penutup Ijtimak Siber di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, Kemaman.Turut hadir dalam program itu ialah Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said, Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah serta Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Supyan Hussin.Beliau yang juga Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) turut memberi peringatan kepada semua pengamal dan penggiat media baharu agar tidak menyebarkan fitnah.Ujarnya, setiap penyebar fitnah akan menerima balasan yang buruk serta dosa yang berterusan walaupun sudah meninggal dunia."Ayat Quran janjikan pahala kepada orang yang sebarkan kebaikan, walaupun dia telah meninggal dunia."Begitu juga mereka yang berkongsi berita jahat, menulis fitnah dan lain-lain, ia berterusan walaupun sudah meninggal dunia," tambah beliau.Melangkah ke dewan perasmian penutup.Program yang diadakan selama satu hari itu berjaya menarik kehadiran sekitar 2500 peserta dari seluruh pelusuk negara.Ijtimak Siber mengumpulkan semua penggiat dan pengamal media baharu daripada seluruh Malaysia.
16 Feb 19
59
Mujahid Siber Harus Bersedia Di Jaringan Siber- Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan membentangkan kertas kerja sebentar tadi.KEMAMAN, 16 Februari - Setiap pengguna media baharu yang memahami etika dalam mengendalikan lapangan itu mesti bersedia untuk berjuang.Pengerusi Jabatan Kajian Politik Nasional dan Antarabangsa Terengganu Strategic Integerity Institute (TSIS), Nasrudin Hassan berkata media sosial yang ada mesti dikuasai oleh orang yang memahami batas-batas dalam mengendali laman sosial.Jelasnya, sekiranya media tersebut dikuasai oleh musuh-musuh atau orang yang tiada etika, sesuatu maklumat akan mudah dimanipulasi oleh mereka."Kita mestilah pejuang yang sentiasa bersedia untuk duduk di mana saja posisi, kita mestilah mengambil posisi di dalam jaringan siber."Jangan sekadar kita berjuang dalam lapangan yang 'real', dengan meninggalkan ruang-ruang kosong di jaringan siber sehingga ianya dikuasai oleh musuh-musuh islam sehingga mereka menguasai keadaan, maklumat dan masyarakat, " katanya.Antara peserta yang hadir.Beliau berkata demikian pada program Ijtimak Siber ketika membentangkan kertas kerja Peranan Kita Menguasai Media Baharu di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, di sini hari ini.Turut hadir program itu ialah Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said, Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah serta Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Supyan Hussin.Beliau turut menambah, pengamal media sosial juga perlu memahami setiap isu yang perlu dijawab atau berbahas di ruangan sosial.Ini kerana, membahas atau mengadakan perbincangan sesuatu isu yang gagal difahmai dengan jelas boleh mengalihkan fokus utama yang patut dibahaskan.Pandangan atas sekitar ijtimak siber."Apabila timbul sesuatu isu kita tidak boleh begitu cepat dan pantas bertindak tanpa terlebih dahulu mengkaji apakah kepentingan isu tersebut."Isu tertentu sengaja dicipta untuk larikan isu (fokus) kita, supaya kita bincang isu dia(lain)," tambahnya.Ijtimak Siber mengumpulkan semua pengiat-pengiat media sosial daripada seluruh Malaysia.
16 Feb 19
191
Jangan Sebarkan Fitnah - Dr Supyan
Dr Supyan menyampaikan syarahan di Ijtimak Siber.KEMAMAN, 16 Februari - Berita atau laporan daripada mana-mana portal hendaklah diteliti terlebih dahulu sebelum disebarkan.Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Supyan Hussin berkata bahan-bahan yang diperolehi daripada sumber yang diragui dibimbangi mempunyai unsur-unsur fitnah.Jelasnya, olahan berita yang berunsur fitnah diolah dengan saluran dan kaedah yang salah tidak akan memberi sebarang manfaat pada Islam."Jangan memanjangkan bahan-bahan daripada portal yang berunsur fitnah, tiada manfaat untuk islam."Ia bukan beerti kita berhenti menyampaikan kebenaran, tapi olahlah dengan saluran dan kaedah yang betul," katanya.Beliau berkata demikian pada program Ijtimak ketika membentangkan kertas kerja Fungsi Media Baru Melestari Kesedaran dan Kebangkitan Rakyat Malaysia di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, KemamanPeserta-peserta ijtimak siber tekun mendengar syarahan.Hadir sama dalam program itu ialah Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab. Razak Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim serta Pendakwah dan Motivator terkenal, Asma' Harun.Terdahulu program itu dimulakan dengan ucaptama daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Terengganu membahaskan tajuk Jaringan Siber Membina Kehebatan Ummah.Program yang julung-julung kalinya diadakan itu turut menampilkan Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang yang akan berucap pada kemuncak program petang ini.Ijtimak Siber mengumpulkan semua pengiat-pengiat media sosial daripada seluruh Malaysia.
15 Feb 19
114
Terengganu FC Seri 2-2 Dengan JDT
Satu rembatan dibuat oleh pemain TFCI di kotak penalti gawang JDT semalam. TFCI seri 2-2 dengan JDT.KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Terengganu Football Club I (TFCI) bangkit seri 2-2 dengan Johor Darul Takzim (JDT) setelah seri dan kecundang dalam dua perlawanan sebelum ini dalam aksi Liga Super Malaysia (LS3) ketiga. Bermain di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah di sini semalam, TFCI menjaring gol pertama ke gawang JDT melalui tendangan Khairul Azuan di minit ke 7 separuh masa pertama. Jaringan gol pendahulu itu kekal sehingga separuh masa pertama tamat. JDT mula menyekat di separuh masa kedua apabila penyerang kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid menundukkan penjaga gol TFCI, Suffian Rahman melalui sepakan penalti di minit 63.Penyerang baharu JDT, Diogo Luis Santo pula meledak gol kedua JDT menerusi tandukan yang menerjah pintu gawang skuad Penyu pada minit ke-69. Begitu pun, pemain pertahanan TFCI, Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri menyelamatkan maruah tuan rumah apabila menolak masuk gol penyamaan pada minit ke-90. Skuad Penyu hampir mencatat kemenangan namun jaringan pemain pertahanan, Nasrullah Haniff Johan pada masa kecederaan dibatalkan pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin kerana didapati offside. Irfan Bakti Abu SalimKetika ditemui pemberita selepas perlawanan tamat, Ketua Jurulatih TFCI, Irfan Bakti Abu Salim berpuas hati dengan permainan anak buahnya dan menyifatkan mereka bangkit semula setelah seri dan kalah dalam dua perlawanan sebelum ini. “Fantastic Display daripada pemain-pemain saya pada malam ini (malam semalam)” ringkas jawapannya.Irfan berpuas hati dengan kesungguhan semua pemainnya untuk bangkit dalam perlawanan ini dimana disiplin yang ditampilkan oleh setiap pemain TFCI malam semalam adalah sangat baik.
15 Feb 19
30