lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
HEBAT Sasar Kumpul 10,000 Anak Muda
KUALA TERENGGANU, 18 Februari- Kerajaan negeri melalui Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) menyasarkan untuk menghimpunkan seramai 10,000 golongan muda pada Himpunan Belia & Beliawanis Terengganu (HEBAT) yang akan berlangsung selama dua hari di Stadium Negeri bermula 22 Februari ini.Pengarah i-MiTS, Kamaruzaman Abdullah berkata, program julung kali dianjurkan itu turut mendapat kerjasama Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Kelab Motosikal Alternative Riding Club (ARC), Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pas dan Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera Terengganu (Hanees).Katanya, selain sebagai tanda penghargaan terhadap golongan belia, HEBAT diadakan untuk membentuk kepimpinan dalam diri anak muda supaya lebih aktif dan inovatif menerusi pelbagai program disediakan.“Elemen yang paling penting dalam sebuah komuniti atau masyarakat adalah tenaga anak muda yang disebut sebagai belia dan beliawanis.“Objektif HEBAT adalah untuk menghimpunkan seramai mungkin belia dimana kita sasarkan untuk mengumpulkan antara 7,000 hingga 10,000 orang sepanjang program berlangsung.“Malah HEBAT juga membuka ruang kepada anak muda untuk berinteraksi secara langsung bersama Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi slot bual bicara santai bersama menteri besar yang merupakan antara pengisian utama pada himpunan tersebut,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung dalam program Bicara Khas bersama TV Darul Iman di Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini.Menurut Kamaruzaman, pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan sempena HEBAT termasuk pelancaran Terengganu Volunteer (T-Volt), sumbangan kepada penerima Anugerah Wira Darul Iman serta pelancaran HEBAT oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.“Selain pelbagai pertandingan yang dekat dengan hati anak muda seperti acara sukan, kesihatan, cabutan bertuah dan lain-lain lagi,” ujarnya.
18 Feb 19
174
Empty Image
Sama-Sama Meriahkan Program Saidatina Aisyah 2019 Sabtu Ini
KUALA TERENGGANU, 18 Februari - Orang ramai khususnya wanita dijemput hadir beramai-ramai ke Program Hari Saidatina Aisyah 2019 yang bertemakan `Wanita Inspirasi' sempena sambutan Hari Wanita di Peringkat Negeri Terengganu, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, Sabtu ini ( 23 Februari). Pengarah programnya, Hajah Zuraida Md Noor berkata, ia adalah satu inisiatif kerajaan negeri sebagai mengiktiraf dan menghargai peranan serta sumbangan wanita khususnya di Terengganu dalam bidang pendidikan, kesejahteraan keluarga, pembangunan sosioekonomi, masyarakat dan negeri.“Hari Saidatina Aisyah ini dianjurkan untuk memberi nilai tambah dan menyuburkan elemen penting seiring dengan penerapan keilmuan, kepimpinan dan kemahiran yang harus dikuasai oleh seorang wanita.“Objektif program ialah untuk menjadi platform tetap dan berkala bagi  membincangkan isu-isu pembangunan wanita dan  hal ehwal permasalahan serta kepentingan ummah.“Menjadi forum bagi membincangkan usaha-usaha penting dalam pembangunan wanita dalam pendidikan, keluarga, masyarakat seterusnya membentuk masyarakat yang cintakan ilmu dan merapatkan hubungan silaturahim antara kaum wanita di Negeri Terengganu,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu berkata demikian ketika bersiaran langsung bersama Manisfm, di sini, hari ini.Zuraida berkata, antara tentatif dan pengisian menarik sepanjang program yang akan dirasmikan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar adalah anugerah khas kepada wanita Terengganu seperti  Anugerah Wanita Inspirasi, Anugerah Utama ialah Anugerah Saidatina Aisyah, Anugerah Ilmuan, Anugerah Bakti, Anugerah Ikon Remaja dan Anugerah OKU Cemerlang.“Forum Saidatina Aisyah akan diadakan pada sebelah petang yang mana tersiri daripada ahli panel yang terkenal antaranya, Pendakwah terkenal, Ustaz Dasuki Ahmad Rani yang akan mengupas isu keagamaan, kerohanian dan isu wanita.“Tokoh politik YB Siti Zailah Mohd Yusof yang merupakan Ahli Parlimen Rantau panjang  membincangkan isu semasa perkembangan politik tanah air dan tentang kerjaya wanita dalam pelbagai aspek dan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Prof Dato' Dr Nor Aieni Haji Mokhtar yang merupakan tokoh ilmuwan wanita yang pertama Naib Canselor di Terengganu yang akan mengupas isu pendidikan,” ujarnya.Tambah beliau, sepanjang program akan diadakan pameran daripada jabatan kerajaan antaranya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Yayasan Pembangunan Keluarga, Yayasan Usahawan, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Tabung Darul Iman serta pemeriksaan kesihatan percuma.Penganjur program Saidatina Aisyah 2019 adalah  Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Perpaduan Nasional negeri yang dipengerusikan oleh Haji Hanafiah Mat.Selain itu, agensi terlibat antaranya Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Yayasan Pembangunan Keluarga (YPKT), Syarikat Air Terengganu (SATU), Jabatan Kerjaraya (JKR), Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), Jabatan Pertahanan AwaM (JPAM).“Lain-lain, i-MiTS, Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Tabung Darul Iman (TDI), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Lembaga Tabung Haji (TH), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Mawaddah, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Tenaga Nasional Berhad,” tambahnya.
18 Feb 19
925
Empty Image
Ar-Syarwan Mahu Pergi Jauh Dalam Dunia Nasyid
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 18 Februari- Kumpulan Nasyid Ar-Syarwan mahu melangkah lebih jauh dalam industri hiburan nasyid dengan cara dan gaya mereka yang tersendiri.Ketua Kumpulannya, Mohamad Anas Ghazali, 20, berkata penubuhan kumpulan yang bermula dari minat yang sama menggunakan nama Ar-syarwan menggabungkan nama ahlinya iaitu Mohamad Anas Ghazali, Wan Muhd Ikhwan Wan Azam dan Mohd Syahid Al-Qardhawi Mohd Zulkifli. Ketiga-tiga mereka merupakan anak muda berasal dari Al-Muktafi Billal Shah (AMBS)."Tahun 2017 menjadi titik permulaan kepada kami bertiga yang disatukan menerusi lagu Kumpulan Raihan iaitu lagu 'Sesungguhnya' yang kami nyanyikan ketika mula-mula dibentuk."Kami tampil dengan imej kasual dan bertopi, tidak mengenakan kopiah dan jubah, kerana mahu menarik perhatian anak muda kepada kumpulan nasyid bahawa tidak semestinya berjubah dan berkopiah sahaja yang boleh meminati nasyid," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, selepas persembahan mereka, di Program Hi-Tea bersama Adun Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor dan Pelancaran NGO PERHATIN, di Mayang Sari Resort, di sini, semalam.Menurut Anas, mereka mula mendapat perhatian dari masyarakat setempat apabila memenangi tempat ketiga Pertandingan Nasyid Peringkat Wilayah KETENGAH."Selepas itu kami sering dihubungi untuk dijemput  melakukan persembahan di majlis-majlis formal dan majlis perkahwinan sekitar Negeri Terengganu."Kami berazam untuk terus mendidik jiwa masyarakat dengan mengingati Allah melalui lagu-lagu nasyid, " ujarnya.Menurutnya, mereka buat masa ini telah menyiapkan dua lagu sendiri dan berazam untuk menyiapkan beberapa buah lagu lagi dan mengimpikan untuk menghasilkan album sendiri."Dua buah lagu yang kami cipta sendiri itu berjudul ' Al-Qaswa' yang membawa maksud unta dan 'Ujian Insan' yang sangat memberi makna dan kesan yang mendalam kepada kumpulan kami."Kerana lagu ini diciptakan khas bagi mengabdikan ingatan kami kepada insan yang telah meninggalkan kumpulan nasyid ini kerana telah dijemput Ilahi," katanya.Ar-Syarwan boleh dihubungi untuk melakukan persembahan seluruh Terengganu, dengan menghubungi ketua kumpulannya, Anas Ghazali. (Nombor telefon : 011-51907868)
18 Feb 19
47
Empty Image
PERHATIN Perlu Prihatin Kebajikan Wanita
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 18 Februari - Persatuan  Hawa Prihatin (PERHATIN) diharapkan sentiasa peka dengan keadaan yang berlaku di Dungun khususnya isu yang melibatkan golongan hawa yang memerlukan pembelaan pihak berwajib.Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita, Pejabat Menteri Besar, Khairiah Mokti berkata, ahli PERHATIN yang terdiri dari golongan wanita diminta supaya berlumba-lumba melakukan kebaikan dan kebajikan terutamanya kepada mereka yang memerlukan bantuan."Kita perlu berganding-bahu sama-sama menguatkan wanita yang mungkin memerlukan bantuan daripada kita."Saya mengharapkan supaya persatuan ini dapat melaksanakan atau membantu kerajaan membuat program-program atau menjalankan program-program yang mungkin (jabatan) kerajaan terlepas pandang," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada 150 wanita yang hadir pada Program Hi-Tea dan Pelancaran NGO PERHATIN, di Mayang Resort, di sini, semalam.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor.Khairiah berharap agar peserta program berkenaan yang turur menampilkan itu untuk bersama-sama  memberi sumbang saran kepada kejituan dan kekuatan kepada persatuan."Saya juga mengharapkan semua ahli memberi komitmen yang baik terhadap persatuan. Kerana persatuan akan bergantung kepada ahlinya untuk menjalankan agenda-agenda untuk menjalankan apa-apa program yang akan dilaksanakan, " katanya
18 Feb 19
214
Empty Image
Perantau Jadi Duta Pelancongan Terengganu
Ariffin Deraman isytihar perantau Terengganu sebagai duta pelancongan.IPOH, 18 Februari - Anak Terengganu yang menetap di luar Terengganu akan dijadikan sebagai duta kecil pelancongan Negeri Terengganu sebagai usaha untuk mempromosikan Terengganu ke seluruh negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, perantau akan diiktiraf sebagai duta pelancongan di setiap negeri yang mereka diami bertindak sebagai ejen untuk memperkenalkan produk serta lokasi menarik di Terengganu .“Kita akan lantik duta pelancongan, hari ni nak isytihar (akan) saudara-saudari sebagai duta pelancongan.“Yang akan mempromosi dan meningkatkan industri pelancongan Negeri Terengganu. Kita akan adakan pertemuan dan taklimat macam mana nak promosikan Terengganu,” katanya. Jamuan tradisi Terengganu.Beliau berkata demikian dalam Majlis Ramah Mesra Perantau Terengganu Di Perak, di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini, semalam.Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Khuzaini Ab Rahman, Ketua Jabatan Pengurusan Korporat Terengganu Strategic Integrity Institute (TSIS), Wan Faizul Wan Abas, Timbalan Presiden Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU), Dr Zakri Othman serta Presiden PERANTAU Perak, Nuri Al-Amin.Beliau turut berkata, majlis mengumumkan perantau Terengganu menjadi duta pelancongan di setiap negeri akan diadakan semasa sambutan Aidilfitri bersama perantau pada Jun nanti.Ujarnya, mereka akan mewakili kerajaan negeri di setiap negeri yang mereka duduki.“KIta akan adakan satu majlis rasmi untuk mengisytiharkan mereka sebagai duta.“Majlis itu akan kita adakan bersama dengan majlis sambutan Aidilfitri bersama perantau,” tambahnya. Antara anak Terengganu di Perak yang hadir.Majlis Ramah Mesra Perantau Terengganu Di Perak yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU) Perak itu dihadiri kira-kira 100 orang.
17 Feb 19
42
Empty Image
Jauhi Dadah Dan Lumba Haram
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 18 Februari - Golongan belia disaran menjauhi dadah dan lumba haram kerana kedua-duanya mengancam nyawa dan kesejahteraan hidup mereka.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, kedua-dua aktiviti haram itu sepatutnya ditinggalkan belia dan sesiapa sahaja kerana sudah  banyak kerosakan berlaku akibat penglibatan mereka dalam aktiviti tidak sihat itu.Katanya, banyak aktiviti lain yang sepatutnya golongan belia Terengganu berkecimpung di dalamnya termasuk aktiviti berbasikal, senaman,  jogging, bersilat, mendaki gunung dan sebagainya."Semua kegiatan itu cukup berfaedah untuk kesihatan minda dan tubuh badan bagi melahirkan masyarakat sihat tubuh badan dan sejahtera akal fikiran," katanya ketika ditemui pemberita di Kejohanan Sepak Takraw anjuran Belia Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baharu di sini baru-baru ini.Beliau turut menegur kegemaran golongan belia menggunakan gajet terutama telefon bimbit secara berleluasa sehingga mengabaikan aktiviti bersukan dan sihat yang lain supaya  tubuh badan mereka sihat dan kuat.. "Saya sangat gembira melihat penglibatan anak muda dalam acara sukan kerana anak muda sekarang tidak ramai yang menyertai aktiviti bersukan. Mereka lebih suka bermain dengan gajet berbanding mengeluarkan peluh."Islam mengatakan bahawa lelaki yang sihat tubuh badan, lebih baik dari lelaki yang lemah dan tidak sihat, menunjukkan Islam mengutama kesihatan dalam semua aspek,"jelasnya.Dalam Bajet 2019 yang dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, pada bulan September tahun lalu, Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri bersetuju menganjurkan program khas yang dinamakan Fityah Terengganu (FATEH) melibatkan 8,000 pelajar Tingkatan 3 seluruh negeri Terengganu dalam usaha kerajaan negeri melahirkan generasi muda harapan dan pewaris kepimpinan, sebagai seorang Muslim yang bebas daripada gejala sosial.Katanya, usaha ini diperkasakan lagi dengan peruntukan sebanyak RM1.36 juta melalui program Generasi Islah Falah Terengganu (GIFT) dan Program Transisi Personaliti Remaja (PTPR).Semua program tersebut ada dalam perancangan kerajaan negeri.
17 Feb 19
129
Empty Image
Perantau Terengganu Layak Terima Manfaat TUGAS
Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman.IPOH, 18 Februari - Anak Terengganu yang menetap ataupun bekerja di luar negeri layak untuk memohon pinjaman Tabung Usahawan Sejahtera Terengganu (TUGAS).Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, usahawan ataupun mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan yang berada di luar Terengganu layak untuk memohon pinjaman ini.Jelasnya, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) pada kali ini telah menyediakan pinjaman perniagaan tanpa faedah buat semua perantau yang layak."Alhamdulillah dalam Bajet 2019, kerajaan baharu telah memperuntukkan RM 15 juta."Sebelum ini usahawan (anak) Terengganu yang berada di perantauan tiada peruntukan, tiada bajet dari kerajaan negeri sebelum ini," ujarnya.Keropok lekor dan nasi dagang antara hidangan istimewa.Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Perantau Terengganu Di Perak, di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini semalam.Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, Ketua Jabatan Pengurusan Korporat Terengganu Strategic Integrity Institute (TSIS), Wan Faizul Wan Abas, Timbalan Presiden Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU), Dr Zakri Othman serta presiden PERANTAU Perak, Nuri Al-Amin.Tambah beliau, sesiapa sahaja perantau yang lahir di Terengganu layak memohon, tetapi dengan syarat alamat tempat mengundi di Terengganu."Tetapi dengan syarat mesti daftar (alamat) mengundi di Terengganu."Siapa yang mengundi di Terengganu maknanya dia layak untuk memohon pinjaman ini," tambah beliau.Antara yang hadir dari jauh.Untuk rekod, Kerajaan Terengganu telah melancarkan TUGAS pada 29 Januari yang lalu di Dewan Konvensyen YPU Kuala Terengganu.TUGAS merupakan inisiatif yang dikelola oleh YPU untuk memberi pinjaman tanpa faedah kepada para usahawan anak Terengganu.
17 Feb 19
118
Empty Image
Zulfikri Bergantung Hidup Dengan Alat Bantuan Pernafasan
Zulfikri Zulkifli, 24.Oleh : Adli Mohamad DUNGUN, 17 Februari - Hidup Zulfikri Zulkifli, 24,  sekarang tidak seceria dahulu apabila terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan untuk meneruskan hidup.Ibu kepada Zulfikri, Siti Zaleha berkata, dia amat berharap untuk melihat anaknya kembali gembira dan tidak terus murung setelah menderita penyakit sesak nafas sejak sebulan yang lalu."Walaupun sukar, saya reda menerima hakikat berkenaan. Bagi saya keadaannya tidak menyusahkan saya, sebaliknya dialah inspirasi dan juga kekuatan kepada saya menghadapi cabaran didalam kehidupan."Apa yang mengharukan saya, dia nak sangat solat dengan sempurna seperti orang lain, pada kebiasaanya dia tidak mampu (bertahan) untuk bersolat lama," ujar Siti Zaleha yang juga merupakan seorang ibu tunggal.Beliau berkata demikian kepada pemberita, ketika Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman hadir menziarahi anaknya, di rumahnya di Kampung Bukit Besi, Khamis lalu.Menurutnya, walaupun reda dengan keadaan demikian, terdapat kesulitan yang dihadapi olehnya apabila alat bantuan pernafasan perlu disewa dengan kadar bayaran melebihi RM300 sebulan."Walau bagaimanapun keadaannya, adalah menjadi tanggungjawab kepada saya untuk memberikan kehidupan yang sempurna kepadanya."Zulfikri selain mengalami masalah berkaitan kesihatan. Dia juga dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana lembam didalam pelajaran," ujarnya.Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi akan mengusahakan bantuan untuk Zulfikri.Sehubungan dengan itu, Ghazali berkata, beliau akan cuba menghubungi pihak berkenaan bagi mendapatkan bantuan untuk mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh Zulfikri."Saya akan laporkan perkara ini dengan seberapa segera kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Daerah Dungun bagi membantu beliau terus mendapatkan alat bantuan pernafasan."Dengan mendapat alat yang lebih baik kerana oksigen yang diterima sekarang tidak mencukupi."Dan selain itu perlunya ada alat untuk memeriksa dan mengukur dari semasa kandungan oksigen yang diterima adalah mencukupi," ujar Ghazali.Tambahnya lagi, Zulfikri perlu dibantu, dijaga dan diberi perhatian yang sewajarnya."Apa yang diharapkan adalah mengembalikan senyuman agar dapat memberi sinar harapan kepadanya untuk meneruskan kehidupan."Dalam menelusuri hari-hari seterusnya dengan penuh keceriaan," ujarnya.
17 Feb 19
523
Empty Image
MB Terengganu Cadang Lantik Pengerusi Bersama MTNg
.Dr Ahmad Samsuri menyerahkan geran hakmilik kepada salah seorang peserta  hari iniKEMAMAN,  17 Februari - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mencadangkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya melantik pengerusi bersama dalam Majlis Tindakan Negeri (MTNg) bagi negeri-negeri yang tidak berada di bawah Pakatan Harapan (PH).Menurutnya, cadangan itu bagi memudahkan penyelarasan antara Kerajaan Pusat daengan kerajaan negeri terutama dalam pengurusan projek yang berada di bawah pentadbiran Pusat termasuk Wang Tunai Petroleum (WTP)."Dalam pertemuan baru-baru ini, saya telah mengusulkan kepada PM supaya menerima cadangan untuk melantik Menteri Besar dan seorang menteri di peringkat Pusat bagi negeri yang tidak berada di bawah PH sebagai pengerusi bersama dalam MTNg."Tidak ada masalah peribadi tetapi ini untuk memudahkan penyelarasan antara negeri dan Pusat dan PM akan bawa cadangan ini ke mesyuarat kabinet untuk buat pertimbangan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran Hakmilik Tanah Projek Felcra Kawasan Bukit Keladi(PLBP) Sungai Pergam, Mukim Hulu Jabur, Projek Felda Seberang Tayor Peringkat 3 Mukim Tebak Dan Felcra Seri Bandi Peringkat 3 & 4 Mukim Hulu Chukai, Daerah Kemaman, di Dewan Seri Amar, di sini, hari ini.Menurut Ahmad Samsuri, pembentukan MTNg itu adalah melalui arahan PM yang menyebut bahawa mana-mana negeri yang tidak berada di bawah pentadbiran PH akan dipengerusikan oleh seorang menteri kabinet manakala negeri-negeri yang berada di bawah PH akan dipengerusikan oleh MB masing-masing.Beliau mengulas mengenai perjumpaan bersama Tun Mahathir di pejabatnya di Yayasan al-Bukhari, Kuala Lumpur yang turut dihadiri, Presiden PAS, Dato' Seri Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.Menurutnya, kunjungan itu bagi berbincang mengenai pengurusan dan pentadbiran serta hubungan antara Pusat dan negeri, termasuk kaedah penyelesaian pembayaran WTP pada 2019.Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata  pihak kerajaan negeri telah menerima pembayaran sepenuhnya WTP sebanyak RM193 juta baru-baru daripada Kerajaan Pusat."Hasil pembayaran itu, Terengganu menerima RM643 juta untuk royalti bagi 2018 dan saya ucapkan terima kasih kepada PM kerana mendengar rayuan kami,"katanya.
16 Feb 19
97
Empty Image
Golden Pharos Terengganu Kaji Pertingkat Hasil Karas
Dato' Tengku Hassan (dua dari kanan) menandatangani MoU dengan seorang pelabur di Wisma Darul Iman baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 18 Februari - Golden Pharos Berhad (GPB) sedang mengkaji untuk menggunakan kaedah teknologi baharu bagi memastikan industri gaharu menuai hasil lebih cepat berbanding sebelum ini.GPB sebuah anak syarikat kerajaan negeri menanam kira-kira 1,000 pokok gaharu (karas) beberapa tahun lalu sebagai percubaan untuk melihat potensi industri gaharu (bahan untuk membuat minyak wangi) yang mampu menghasilkan pendapatan lumayan kepada kerajaan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, kaedah teknologi sebelum ini (secara konvensional) dengan menyuntik batang pokok gaharu supaya sakit tetapi dengan teknologi baharu walaupun ditebang, pokok berkenaan dapat mengeluarkan tunas baru seperti pokok pisang."Sekarang ini ada teknologi baharu, selepas dipotong dia akan tumbuh seperti pokok pisang, pokok itu tidak mati (hidup) berterusan. Itu satu perkara baharu kita dengar."Mengikut teknologi lama selepas dua tahun pokok berkenaan baru boleh ditebang namun teknologi baharu dikatakan hanya lapan bulan sahaja gaharu boleh dihasilkan dan dituai," jelasnya.Antara pelabur antarabangsa dan tempatan yang hadir mengadakan MoU dengan kerajaan negeri baru-baru ini. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) antara beberapa pelabur antarabangsa dengan kerajaan negeri di Wisma Darul Iman, di sini, baru-baru ini.Beliau yang juga Pengerusi GPB berkata, kerajaan negeri melalui GPB akan mengambil tindakan lanjut berhubung teknologi berkenaan untuk kemungkinan manfaat teknologi tersebut di masa akan datang.GPB katanya, sudah melakukan percubaan menanam gaharu di ladang hutan dengan menebang pokok hutan dan menanam pokok gaharu.Untuk rekod, pokok karas adalah sejenis pokok dari spesies Aquilaria yang banyak terdapat dalam Hutan Hujan Tropika di Asia Tenggara.Pokok karas mendapat perhatian kerana penghasilan resin daripada kayu gaharu yang mempunyai nilai yang sangat tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa.Resin yang terdapat pada kayu gaharu digunakan dalam industri wangi-wangian (haruman dan setanggi) kerana berbau harum, campuran ubat dan kosmetik serta bagi tujuan keagamaan dan kebudayaan.Secara umumnya, pokok karas yang sihat tidak menghasilkan gaharu, hanya yang berpenyakit yang dijangkiti kulat atau bermasalah akan menghasilkan resin yang amat bernilai itu. Resin itu sebenarnya terhasil apabila pokok tersebut melawan penyakit.Di Malaysia, selain pokok karas liar yang tumbuh di hutan, kayu gaharu juga dihasilkan dari ladang pekebun serta syarikat persendirian secara kecil-kecilan.Biasanya pokok karas dari tanaman ladang akan disuntik atau istilah yang digunakan ialah inokulasi iaitu memasukkan sejenis cecair yang mengandungi kulat atau fungus ke dalam pokok secara suntikan apabila umur pokok mencapai antara tiga hingga lima tahun. Pokok karas liar menghasilkan resin secara semula jadi yang mengambil masa bertahun-tahun dan biasanya pokok karas ini akan ditakik, ditebuk atau ditebang sewenang-wenangnya untuk mendapatkan kayu gaharu.
16 Feb 19
52