Artikel "Semasa" Terkini
Kongsi Keberkatan Demi 'Sesuap Kasih'
KUALA TERENGGANU, 20 Februari - Kerajaan negeri menghargai usaha Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu yang menganjurkan 'Program Sesuap Kasih' sebagai platform membantu golongan asnaf fakir dan miskin.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia adalah satu inisiatif yang sangat murni bagi mendekati golongan yang kurang berkemampuan. Malah ia sangat dianjurkan dalam Islam.Beliau berkata, ia bersesuaian dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu semua pihak mengambil tanggungjawab dan peluang untuk membuat kebajikan bagi membantu rakyat. “Kami nak bawa satu konsep dalam sebuah masyarakat yang berkat iaitu tanggungjawab untuk membantu golongan yang lemah dan miskin bukan sahaja tanggungjawab kepada kerajaan. “Tapi ia juga menjadi tanggungjawab sosial kepada orang yang senang dan berpendapatan tinggi serta kaya (yang) sepatutnya mereka juga ambil saham untuk menunaikan tanggungjawab sosial bagi memberi dan membantu golongan yang susah,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Program Sesuap Kasih di parkir orang awam, di hadapan Kompleks Seri Iman Jalan Sultan Muhamad, di sini, hari ini.Mohd Nor berkata, program tersebut akan menanam perasaan rasa sayang kepada golongan yang kurang berkemampuan dengan mengambil cakna kebajikan mereka.“Kita nak tanam dalam jiwa masyarakat kita (agar) ada rasa sayang kepada golongan miskin supaya jangan berfikir ini (ia) tanggungjawab kerajaan (sahaja)..Jabatan Kebajikan Masyarakat... ini tanggungjawab Tabung Darul Iman (tetapi ia juga adalah) tanggungjawab masyarakat khususnya mereka (orang berkemampuan). “Dan hari ini kita berikan satu 'platform' untuk memudahkan mereka salurkan makanan dan bantuan serta duit ke Pejabat Agama atau mana-mana institusi yang nak membuat program seumpama ini. Kita galakkan dan memudahkan (lagi) kerja mereka,” ujarnya.Justeru itu, beliau menegaskan, ia merupakan satu konsep yang penuh keberkatan, dilaksanakan dalam sebuah masyarakat dengan memberi sumbangan kepada golongan yang lemah.
20 Feb 19
32
'Sesuap Kasih' Beri Makan Untuk Asnaf, Fakir Miskin
KUALA TERENGGANU, 20 Februari - Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu menyeru kepada semua pihak termasuk mereka yang berkemampuan dan golongan korporat untuk menyumbang menerusi program 'Sesuap Kasih' bagi menyediakan keperluan makanan kepada asnaf, fakir dan miskin.Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu Ustaz Haji Azmi Tengah berkata, program tersebut memudahkan orang ramai untuk menyumbang kepada golongan sasar terbabit.“Program Sesuap Kasih yang kita anjur pada hari ini sebagai satu cara bagi memberi makan kepada orang susah dan golongan asnaf.“Lebih-lebih lagi kalau peruntukan itu kita guna daripada peruntukan fidyah yang mana asal kepada fidyah itu adalah beri makan kepada orang miskin,” jelasnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran program Sesuap Kasih di parkir awam, hadapan Kompleks Seri Iman Jalan Sultan Muhamad di sini, hari ini.Oleh itu menurutnya, program itu dijangka akan diadakan secara mingguan pada setiap Rabu bermula jam 12 tengahari.“Jadi konsepnya adalah ‘first come, first serve’ (siapa cepat dia dapat) yang datang awal dengan sekadar 100 bungkus makanan. Kita kira ini 'one-off'.“Itu konsep awal yang saya terfikir (untuk) laksanakan di Negeri Terengganu dan saya tengok pun belum ada lagi yang buat konsep begini,” ujarnya.Oleh itu, beliau juga berharap agar pihak pentadbiran negeri memberi sokongan kepada Pejabat Agama untuk menghebahkan lagi program tersebut kepada orang ramai.Beliau menyarankan program murni itu diperluaskan ke pusat pengajian tinggi bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan.“Kalau boleh dikembangkan lagi program ini ke universiti, UNisZA, UMT, UiTM (dan ini) bermakna kita boleh peruntukan contohnya 500 bungkus nasi untuk makan setiap hari kepada pelajar “(Para) pelajar itu akan dipilih oleh pusat Islam yang ada di universiti masing-masing. Itu konsep tabaruk dan kita rasa pahalanya lebih banyak (daripada) kita ratib di surau di masjid lagi,” tambahnya.Sehubungan dengan itu, Ketua Pejabat Bank Negara Malaysia cawangan Kuala Terengganu, Adlis Khairil Sazli Mohd Zaini mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur.Pihaknya yang turut menaja sumbangan pada hari ini berkata, mereka berharap program tersebut akan diteruskan dari semasa ke semasa. “Saya mengucapkan terima kasih kepada penganjur yang menganjurkan satu program yang unik untuk fakir miskin dan ia juga satu program yang elok serta memberi manfaat secara langsung kepada fakir miskin dan para asnaf,” katanya.Sementara itu, Sumai Hotel Apartment Kuala Terengganu yang turut menaja makanan tengahari bersyukur kerana program itu membantu pihaknya dalam mengerjakan kebajikan.Pengarah Eksekutifnya, Wan NurDiyana Wan Mahyuddin berkata, program yang diadakan itu memudahkan kerja pihaknya untuk memberi sumbangan. “Terima kasih kerana menjemput kami sebab pada asalnya kita nak cari rumah ke rumah fakir miskin tapi Alhamdulillah hari ini senangkan kerja dan kita harap (selepas ini) buat lagi,” tambahnya.
20 Feb 19
740
Penjawat Awam Perlu ‘Work Smart’, Tingkatkan Kualiti Kerja
Dato’ A. Rahman YahyaKUALA TERENGGANU, 20 Februari - Kakitangan awam diingatkan supaya ‘work smart’ untuk meningkatkan kecekapan pencapaian bagi memastikan perkhidmatan awam terus relevan dan unggul. Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, berkata sebagai kakitangan awam, setiap orang perlu ada perubahan supaya penguasaan kerja lebih cekap dan mencapai sasaran sebenar.“Jaga amanah, jaga intergriti dan ikut undang-undang yang ada serta kaji balik prosedur operasi standard (SOP) untuk dinilai semula supaya apa yang kita buat bersesuaian dengannya. Jangan sesekali bersikap ‘Yes mem’ kerana sikap berkenaan menyebabkan penjawat awam tidak ada pembaharuan dalam memberi khidmat kepada rakyat.“Bersama-sama kita tingkatkannya sebagai penjawat awam dan bekerja secara ‘work smart’ supaya hasilnya memberangsangkan,” katanya ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, di sini, hari ini.Katanya lagi, setiap kakitangan perlu berfikir ke hadapan (think beyond) dan melakukan kerja dengan penuh intergriti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Sementara itu, A. Rahman juga berkata, penjawat awam perlu bekerja dengan bersungguh-sungguh di samping mengambil berat mengenai kesihatan supaya ianya seimbang.“Penjawat awam juga perlu tahu untuk mencari masa bagi melepaskan stress. Bekerja sunggguh-sungguh, beriadah bersungguh-sungguh tetapi jangan pula lakukannya di waktu kerja,"katanya.
19 Feb 19
89
Wanita Terengganu Jadikan Saidatina Aisyah Ikon Ilmuan
KUALA TERENGGANU, 19 Februari - Saidatina Aisyah yang dikenali sebagai tokoh wanita Islam mempunyai keilmuan yang tinggi dan harus menjadi ikon kepada kaum wanita di Terengganu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, ketokohan isteri nabi itu akan diabadikan sempena sambutan Hari Wanita melalui Program Hari Saidatina Aisyah.“Saidatina Aisyah merupakan salah seorang Ummu Mukminin iaitu isteri Rasulullah SAW yang sangat berjasa kepada umat Islam. Jadi ia adalah antara (sebab) kenapa kita memilih ikon ini (Aisyah).“Kita tahu beliau dikenali alim tentang halal dan haram termasuk ilmu perubatan,” jelasnya.Beliau yang juga Pengarah Program Hari Saidatina Aisyah berkata demikian ketika bersiaran langsung bersama Manisfm pada semalam, 18 Februari.Menurut Zuraida, golongan wanitaadalah penting pada masa kini yang menyumbang kepada kemajuan kepada negeri dan negara.Oleh itu kata beliau, pemilihan Aisyah sebagai ikon program tersebut diharapkan dapat menjadi ikutan kepada wanita di negeri ini khususnya.Katanya, Terengganu berbeza dengan Kelantan yang memilih Siti Khadijah sebagai ikon memandangkan ramai wanita negeri itu terlibat dalam perniagaan."Sebab kita tahu waqi' (suasana) ataupun keadaan di Kelantan wanita suka berniaga, usahawan , jadi Saidatina Khadijah terkenal dengan usahawannya sendiri bagaimana ia berniaga di pasar dan wanita melopori perniagaan di sana."Jadi sesuailah Saidatina Khadijah diangkat sebagai ikon di Kelantan," ujarnya.
19 Feb 19
434
Rumah Terbakar, ADUN Ikhtiar Bantuan Segera
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 19 Februari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun menyampaikan sumbangan segera kepada keluarga Roslina Suhaimi, 37, pemilik kediaman yang musnah dalam kebakaran, 17 Februari lalu. Sumbangan tersebut disampaikan pada hari kejadian untuk meringankan beban mangsa sekeluarga berikutan kehilangan rumah yang telah didiami selama hampir 20 tahun. Beliau yang juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN berkenaan telah menghubungi agensi-agensi terbabit untuk memaklumkan kejadian yang berlaku.“Pada hari kejadian, wakil Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) turut hadir membuat tinjauan untuk menilai bentuk bantuan yang diperlukan.“Pihak pusat khidmat DUN dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) pula akan memantau keadaan mereka dari masa ke masa,” katanya ketika ditemui Urusetia penerangan Darul Iman (UPDI) di lokasi kejadian, baru-baru ini.Mengimbas kembali kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.20 pagi itu, Roslina yang baru kembali dari membeli keperluan dapur di kedai berhampiran berkata, dia bergegas masuk ke dalam rumah apabila mendapati api marak dari arah meter elektrik rumahnya.“Ketika itu api mula menyambar, tetapi syukur saya berjaya menyelamatkan anak-anak saya,”katanya sambil menyatakan seekor kucing peliharaanya yang diletakkan dalam sangkar gagal diselamatkan.Maklumat Roslina sedang diambil oleh pegawai DUN.Menurut Roslina, kedua-dua anaknya yang berusia 10 dan 12 tahun itu sedang tidur berikutan kurang sihat dan tidak bersekolah pada hari tersebut manakala suaminya, Ramli Malik pula keluar bekerja sebagai tukang rumah. Dalam kejadian tersebut, Roslina memaklumkan mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang kerana gagal menyelamatkan sebarang dokumen penting dan barangan lain.“Motosikal yang diletakkan di garaj juga hangus terbakar,” kata ibu kepada empat orang anak itu. Musibah tersebut menyebabkan Roslina sekeluarga kini menumpang sementara di rumah keluarga mentuanya di Kampung Padang Pulut.Bagi masyarakat yang ingin membantu meringankan bebanan keluarga mangsa, bolehlah menyampaikan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1100741000082174 atas nama Ramli Malik.
19 Feb 19
293
Masyarakat Bukan Islam Tidak Dipinggirkan - Ariffin Deraman
Oleh: Ahmad FadhilahKUALA TERENGGANU, 19 Februari - Kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan masyarakat bukan Islam dan ianya terbukti apabila Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina diadakan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN). Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, ia merupakan satu petunjuk kepada rakyat bahawa kerajaan yang ada sekarang bersifat sederhana dan sangat mementingkan keharmonian kaum. "Kita (kerajaan negeri) tidak akan sesekali meminggirkan hak orang bukan Islam malah kita sedia membantu mereka seperti mana masyarakat Islam dapat. "Buktinya, kita telah memberi peruntukan atau sumbangan kewangan kepada mereka yang miskin atau kurang berkemampuan sebelum ini untuk menyambut Tahun Baru Cina. "Contohnya, lebih 100 orang warga Cina dapat menikmati sumbangan ini sekitar DUN Alur Limbat," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat DUN Alur Limbat yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali di Dewan Taman Padang Midin, baru- baru ini. Lebih 200 orang kaum Cina hadir bagi meraikan sambutan perayaan tersebut serta masyarakat melayu Islam setempat dimana sambutannya begitu meriah dengan adanya tarian naga dan jamuan makanan.
19 Feb 19
192
LMS Untuk Aktiviti Pertanian, Penternakan
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 18 Februari- Orang ramai khususnya rakyat Negeri Terengganu boleh memohon tanah kerajaan yang terbiar menerusi Lesen Menduduki Sementara (LMS) untuk diusahakan pelbagai aktiviti pertanian dan penternakan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, LMS boleh dimohon untuk tujuan tanaman kontan, penternakan lembu, kambing, memelihara ayam, kolam ikan dan beberapa lagi aktiviti pertanian yang bersifat jangka pendek.Katanya, tempoh masa LMS bergantung kepada keputusan oleh pihak berkuasa negeri yang membenarkan penggunakaan tanah kerajaan dengan kadar bayaran sewa yang tertentu.“Bukan bermakna bila kita dapat dapat LMS, suatu masa nanti kita mesti akan dapat geran kekal. Walau kita tak nafikan, penerima LMS layak untuk memohon geran kekal,” jelasnya.Beliau berkata demikian menerusi laman Facebooknya, hari ini.Dr Azman berkata, penggunaan tanah mestilah bertepatan dengan tujuan yang dimohon kepada LMS.“Kalau kita mohon LMS untuk ternak kambing, maka tidak boleh tanam sawit. Sawit ialah tanaman kekal yang tidak diberi LMS.“ Bila kerajaan nak guna semula tanah yang telah diberi LMS untuk apa-apa tujuan sekalipun seperti nak buat pembangunan, adalah menjadi hak kerajaan untuk tidak sambung semula LMS tersebut,” jelasnya lagi.Menurut Ahli Dewan Undangan Negara Jabi itu juga, pihaknya banyak berdepan dengan kes penerima LMS yang menganggap itu adalah tanah mereka yang boleh diwariskan kepada anak-anak.“Itu silap pemahaman. Tamat tempoh LMS maka tamatlah ia. Orang bagi pinjam guna untuk sementara saja,” kata beliau lagi.
19 Feb 19
249
'Siapa Lagi Nellang', - MB Terengganu
Aksi Dr Ahmad Samsuri (kiri) dan Syed Saddiq ketika membuat tendangan penalti di padang sintetik Mak Cili kelmarin.KEMAMAN,19 Februari - "Siapa lagi `Nellang'," kata Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika memaparkan gambar aksi tendangan penalti beliau bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Padang Sintetik Stadium Mini Mak Cili, Chukai dalam status Facebooknya, semalam. Kedua-duanya menjaringkan gol seolah-olah seri satu sama apabila berjaya mengelirukan penjaga gol pinjaman, satu aksi sepakan penalti yang menggembirakan semua.Aksi tendangan penalti sebagai gimik perasmian itu disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukari Wan Abdullah, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, kakitangan kerajaan dan orang ramai yang hadir di padang tersebut.Kedua-dua kepimpinan kerajaan negeri dan Pusat itu menghadiri Majlis Penyerahan Padang Sintetik tersebut oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia kepada Majlis Perbandaran Kemaman, di sini, kelmarin.Ketika ditanya pemberita, Syed Saddiq melalui kementeriannya berjanji akan berusaha mengadakan lampu limpah di stadium berkenaan agar belia dan masyarakat sekitar dapat menggunakan padang berkenaan di waktu malam bagi mengelak mereka melibatkan diri dengan kegiatan tidak bermoral.Katanya, waktu malam lebih relevan digunakan untuk aktiviti sukan bagi mereka yang bekerja di siang hari.
18 Feb 19
172
Pemohon LMTS Digesa Lengkapkan Dokumen
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 18 Februari - Pemohon Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera(LMTS) diingatkan supaya melengkapkan permohonan mereka dengan menyediakan dokumen yang diperlukan sebagaimana arahan yang tertera dalam laman sesawang idana.terengganu.gov.my.Sehingga hari ini, hanya 30 peratus pemohon LMTS yang telah melengkapkan permohonan mereka. Manakala, selebihnya gagal berbuat demikian.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(I-MITS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, Muhammad Fahmi Kamaruddin memaklumkan, sejumlah pemohon yang gagal melengkapkan permohonan didapati hanya mengisi borang dalam talian tanpa mengikut arahan seterusnya."Sepatutnya, selepas mengisi permohonan secara 'online', pemohon perlu menyediakan salinan 'print out' dan dihantar kepada ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bersama dokumen yang diperlukan iaitu salinan kad pengenalan dan slip gaji jika ada."Bagi pemohon yang berstatus pelajar, surat bukti dari pusat pengajian perlu disertakan dan bagi Golongan Kurang Upaya(OKU), pastikan salinan kad OKU dikemukakan," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) di pejabatnya, baru-baru ini.Menurut Fahmi, pihak MPKK akan menguruskan permohonan yang diterima selepas segala dokumen yang diperlukan lengkap dihantar."Jika pemohon tidak menghantar dokumen yang diperlukan ke MPKK, sistem tidak boleh dikemas kini dan terbatal apabila luput tarikhnya. Ini amat merugikan pemohon sendiri," jelasnya.Beliau mengingatkan permohonan tersebut akan tamat pada 1 Mac 2019 dan menambah bahawa kuota permohonan untuk Dungun berjumlah 3,800 tempat dan bagi DUN Rantau Abang, disediakan kekosongan untuk sekitar 800 sehingga ke 1,000 orang.
18 Feb 19
69
Tunggu Perasmian Pasar Malam Baru Binjai Rendah 23 Februari Ini
Oleh: Khairan Mat JusohMARANG, 18 Februari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong akan merasmikan pasar malam mesra waktu solat di perkarangan Pasar Binjai Rendah di sini 23 Februari ini.Pasar berkenaan istimewa kerana ia disertai oleh peniaga-peniaga food truck, satu kaedah terkini perniagaan di negeri Terengganu.Pasar tersebut akan beroperasi setiap sabtu bermula selepas asar kemudian dihentikan perniagaan dalam tempoh 10 hingga 15 minit untuk memudahkan peniaga dan pengunjung mengerjakan solat maghrib. Pasar malam berkenaan akan dibuka setelah mendapat persetujuan dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat dan para peniaga.Ustaz Sulaiman berkata, melalui cara tersebut, kerajaan negeri berhasrat mendidik rakyat supaya menjaga kesejahteraan hubungan mereka dengan Allah di samping mencari keuntungan kebendaan melalui perniagaan.Katanya, rakyat sejahtera apabila sejahtera hubungan mereka dengan Allah sekaligus kejayaan sesuatu perniagaan bergantung sejauh mana kuatnya hubungan peniaga dengan Allah termasuk menjaga solat.Beliau berkata demikian dalam satu perjumpaan di sini semalam.Seterusnya beliau berharap dengan adanya pasar berkenaan peniaga dan penduduk di sekitar kawasan itu berusaha merancakkan pertumbuhan ekonomi untuk menjadikan Terengganu sebuah negeri maju, berkat dan sejahtera. "Ini termasuk dalam soal menjaga kebersihan tapak pasar. Saya berharap semua pihak terlibat prihatin dalam masalah ini dengan cara tidak membuang sampah merata-rata."Perkara yang ditekankan juga ialah pengurusan tapak pasar malam, di mana pihak terbabit mestilah mengikut piawaian dan kehendak yang ditetapkan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini dan menyusahkan peniaga serta pengunjung pasar berkenaan," jelas beliau.Sebanyak 94 tapak perniagaan di situ yang berukuran 10x10 kaki persegi telah ditawarkan kepada orang ramai dan semuanya habis ditempah dalam masa dua jam selepas diumumkan baru-baru ini.
18 Feb 19
440