lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Pengunjung Puji HEBAT Menarik, Patuh Syariah
Qusyairizul SyahmiKUALA TERENGGANU, 24 Februari - Himpunan Belia dan Beliawanis Terengganu (HEBAT) Stadium Negeri, di sini, sepanjang dua hari yang berakhir malam tadi, dilihat antara program yang menarik, memberi pengalaman baharu kepada pengunjung serta pengisian aktivitinya menepati syariat Islam.Seorang pengunjung, Muhamad Qusyairizul Syahmi dari Besut berkata, program itu amat bermakna dan bermanfaat kepada anak-anak muda seperti mereka pada masa kini."Ini yang paling kita suka kerana sebelum ini ada juga hiburan tapi  tidak berapa kena (sesuai) tapi kerajaan baru ini kita nampak buat hiburan kena dengan syariat Islam," katanya ketika ditemui di  Stadium Negeri, di sini, semalam.Justeru itu, beliau berharap agar kerajaan baharu perlu memperbanyakkan lagi program berfokuskan kepada belia supaya golongan itu boleh mengisi masa dengan perkara yang berfaedah dan mencari pengalaman berguna untuk memanfaatkannya dalam kehidupan masing-masing.Wan Nur Sakinah Din (paling kiri)Seorang lagi pengunjung, Wan Nur Sakinah Din berkata, itu adalah satu pendekatan baru kerajaan  negeri kepada belia dan beliawanis dengan memperkenalkan program yang mendekatkan kerajaan dengan rakyat tanpa mengira latar belakang terutama golongan muda."Ini adalah langkah permulaanyang baik dan insyaAllah akan datang kerajaan perlu mempelbagai program dan aktivti anak muda dan menarik minat mereka melakukan perkara yang bermanfaat," ujarnya.Seorang beliawanis dari Ajil, Hulu Terengganu, Siti Hajar Safie, 26 pula menyatakan keterujaannya dapat menyertai program yang mampu mengeratkan ukhwah antara belia dan beliawanis dengan agensi kerajaan itu."Saya berharap supaya program ini dapat  diteruskan lagi untuk masa akan datang dan tambahkan lagi aktiviti (yang) menarik untuk anak muda," tambahnya.
23 Feb 19
159
Empty Image
Bina Jati Diri Pelajar Berasas Syariat - YB Hishamuddin
Oleh: Mohd Zukifli MatKUALA NERUS , 21 Februari- Kerajaan negeri terus komited dalam mendidik dan membina jati diri pelajar agar menjadi aset yang penting kepada negeri serta  negara berasaskan acuan syariat Islam seperti yang diajar oleh Baginda Nabi SAW. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pendidikan berteraskan ajaran Islam adalah agenda utama kerajaan negeri bagi melahirkan pelajar yang merupakan aset penting pada masa depan.    "Tiga elemen penting yang patut kita terapkan ke dalam diri iaitu ilmu, iman dan juga amal. Dalam banyak perkara, tiga perkara ini menjadi teras kepada kepimpinan Kalau kita ingin menjadi pemimpin, pemimpin tersebut hendaklah memiliki ilmu."Kalau kita ingin menjadi pemimpin, biarlah kita menjadi pemimpin yang memiliki iman, pemimpin yang beramal dan juga pemimpin yang bekerja, barulah lengkap pakej kepimpinan,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam majlis perasmian ‘Kem Kepimpinan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Gong Badak di Dewan Utama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Gong Badak, di sini, baru-baru ini.Hishamuddin berkata, pelajar bukan sekadar menjadi pembimbing persatuan dan kelab semata-mata, tetapi mestilah mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap setiap kemudahan yang disediakan ini seumpama ianya kepunyaan kita.Katanya, kemudahan Kompleks Sukan Gong Badak dan sekolah yang menjadi tanggungjawab bersama perlulah dijaga termasuk dalam aspek kebersihan dan disiplin waktu."Masuk sahaja dalam sekolah, satu perkara yang penting adalah tidak akan ada sampah kerana nilai kepimpinan yang sangat tinggi akan membimbing rakan kita yang lain untuk turut sama memberikan penekanan terhadap kebersihan. "Kalau kita ada jiwa kepimpinan dengan ilmu, iman dan amal tentu sekali kita akan menjadi pelajar yang sangat berdisiplin, hadir ke sekolah awal kemudian kita tekun dan fokus ketika berada dalam kelas. Manakala ketika menghadapi peperiksaan kita adalah di kalangan yang sangat tekun menghadapi peperiksaan, maka jiwa kepimpinan ini akan menyerlah dalam diri kita dan melahirkan kualiti yang sangat baik. Dan itulah impian semua guru-guru,"katanya.Menurut beliau lagi, biarpun bergelar wakil rakyat, beliau juga boleh diibaratkan sebagai guru kerana sifatnya adalah untuk membimbing seluruh masyarakat.Selain itu, katanya, jika berbicara mengenai sukan, beliau yang turut terlibat menguruskan sukan dan pembangunan atlet negeri mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak gopoh sebaik sahaja mengambil alih kerajaan.Tambahnya, dengan menerapkan ilmu, iman dan amal kerajaan negeri sama sekali tidak akan mundur dalam semua aspek termasuk dalam bidang sukan apabila membawa pakej pematuhan syariah sepertimana diajarkan oleh Nabi SAW."Ini lah yang saya ingin kongsikan kepada adik-adik sekalian. Kita bukan berbicara soal menang kalah semata-mata, dalam sukan satu contoh. Kalah menang itu perkara biasa. Saya tidak meletakkan KPI (petunjuk prestasi utama) yang tinggi kita mesti menang, tetapi saya membentuk pasukan supaya memiliki jiwa untuk menang. Saya membentuk kepada seluruh penonton ada jiwa untuk menang."Alhamdulillah bukan saja pasukan kita terapkan untuk menang tetapi juga kepada penonton dan  penyokong juga perlu mempunyai jiwa untuk menang. Di stadium kita bimbing masuk tanpa sampah keluar tanpa sampah. Tempoh hari sehingga jam 12 malam (selepas perlawanan) penyokong-penyokong bola sepak Terengganu tidak keluar dari stadium sehingga stadium bersih dari sampah. Ini jiwa yang menang walaupun malam tersebut Terengganu sekadar seri tetapi penyokong memiliki jiwa menang (kutip sampah) dan tidak izinkan sampah ada di dalam stadium tersebut. Saya ingin generasi kita akan datang kekal memiliki jiwa menang seperti ini,"ujar beliau.
23 Feb 19
61
Empty Image
Peranan Wanita Wajar Diiktiraf
KUALA NERUS, 24 Februari- Peranan dan sumbangan wanita wajar diiktiraf kerana golongan ini bukan sahaja menjadi tulang belakang kepada kejayaan sesebuah keluarga malah turut menyumbang kepada pembangunan negara.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Negeri Terengganu, Zuraida Md Noor membuktikan kerajaan negeri  mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh kaum wanita di negeri ini.“Sebab itu kita lantik ADUN Wanita bagi mewakili suara wanita Terengganu.“Bukan bermakna wakil-wakil rakyat, Ahli Parlimen dan lain-lain yang ada sekarang ini tidak mengangkat suara wanita ataupun tidak membela dan prihatin terhadap mereka, semuanya masih cakna terhadap golongan ini.“Tetapi yang lebih penting, pelantikan ADUN Wanita ini telah mengangkat betapa seriusnya hasrat kerajaan negeri yang memerintah hari ini untuk menjadikan suara wanita lebih besar dan lebih kuat kerana wanita lebih memahami sesama mereka tentang keperluan, kebajikan dan perkara-perkara yang diperjuangkan oleh kaum hebat ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Hari Sayyidatina Aishah Sempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu,semalam.Mengulas mengenai program yang diadakan, Dr. Ahmad Samsuri berkata, tokoh yang hebat ini (Sayyidatina Aishah) mesti dijadikan inspirasi oleh wanita Terengganu untuk berjaya, terutamanya dalam bidang  keilmuan sehingga Terengganu mampu melahirkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang.“Dengan berlangsungnya program sebegini dan pelantikan ADUN Wanita, diharapkan wanita Terengganu terus dapat diperkukuhkan dan diperkasakan peranan mereka bukan sekadar sesama masyarakat di negeri ini, bahkan berjaya untuk membawa suara wanita supaya lebih unggul di peringkat tertinggi,” ujarnya.
23 Feb 19
63
Empty Image
Syafiq Farhain Dendang 'Demi Setia' Pertama Kali Di Pentas HEBAT
Syafiq Farhain (kiri) berceloteh dengan Pejo KAMI (dua dari kanan) di Stadium Negeri semalam.KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Himpunan Belia dan Beliawanis Terengganu (HEBAT)  diserikan apabila penyanyi tanah air kelahiran Terengganu, Syafiq Farhain buat pertama kalinya mempersembahkan lagu baharunya, 'Demi Setia' di khalayak ramai di pentas itu, di Stadium Negeri, di sini malam semalam.Syafiq atau nama sebenarnya, Nursyafiq Farhain A M Salim merupakan anak arwah penyanyi popular, Saleem dari Kumpulan Iklim, buat pertama kalinya mendendangkan lagu itu di pentas HEBAT bagi meraikan peminatnya di majlis tersebut.Lagu ciptaan Isman Hijjaz itu menjadi semakin popular di media sosial dan bakal menjadi siulan anak muda tidak lama lagi.Ustaz Ahmad Muzani (tengah) mendendangkan beberapa buah lagu diiringi Sahabat Akustika di Stadium Negeri semalam.Di majlis itu, Syafiq Farhain turut mempersembahkan empat buah lagu lain termasuk Nur Kasih, Sayang Maafkan Aku dan dua lagu arwah ayahnya iaitu Suci Dalam Debu dan Blues Terengganu Kita.Beliau turut meminta orang ramai menghadiahkan al-Fatihah kepada roh arwah ayahnya yang meninggal dunia pada 14 Oktober lalu.Sementara itu, beberapa artis turut membuat persembahan di pentas itu termasuk Kumpulan Inteam dan Ustaz Ahmad Muzani yang diiringi Kumpulan Buskers Terengganu, Sahabat Akustika.Inteam menyajikan lima buah lagu termasuk Dia Muhammad SAW, Nur Kasih, Surat Cinta, Dia dan Ya Rabbi Ya.Manakala Ustaz Ahmad Muzani mendendangkan beberapa lagu iaitu Seri Kandi Cinta Ku, Rahmat Mu Ya Rahman, Janji Tuhan Pasti Berlaku (lagu Soutul Amal).Sahabat Akustika pula mempersembahkan tiga buah lagu termasuk lagu Kuala Terengganu dan dua buah lagu M Nasir iaitu Kepada Mu Kekasih dan Tanya Sama Itu Hud Hud.Kumpulan Inteam mempersembahkan lima buah lagu nasyid di Stadium Negeri semalam.Dalam pada itu, hadiah utama cabutan bertuah majlis itu yang berupa sebuah motosikal jenis SYM E-Bonus 110, dimenangi oleh Ahmad Faizol Mohd Yusop, dikenali sebagai Pejo KAMI.Hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Ustaz Hilmi Harun sebagai penutup majlis himpunan belia negeri itu.Turut hadir memeriahkan majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said.Majlis itu adalah anjuran i-MiTS bermula kelmarin yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. 
23 Feb 19
333
Empty Image
Hindari Denggi Dengan Gotong Royong
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 24 Februari - Konsep gotong royong membersih kawasan kampung perlu diteruskan supaya penduduk terhindar dari pelbagai penyakit berbahaya termasuk demam denggi.Kampung yang tidak terurus dengan banyaknya tempat pembiakan nyamuk, longkang tersumbat dan banyak tempat tangkungan air tidak dikawal, menyebabkan berleluasanya wabak denggi pembawaan nyamuk Aedes.Serentak itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh menasihatkan orang ramai agar menjadikan gotong-royong sebagai aktiviti penting bagi tujuan tersebut."Saya berharap anggota masyarakat memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan kawasan kampung bagi mengelakkan tersebarnya wabak penyakit seperti denggi", ujar beliau. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Program Gotong Royong Perdana anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Alor Teratai, di kampung berkenaan di sini kelmarin.Katanya, aktiviti gotong-royong perlu dijadikan sebagai aktivi utama di setiap kampung di dalam DUN Kuala Besut."Hal ini kerana gotong-royong bukan sahaja dapat membersihkan kawasan kampung kita, tetapi kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita," jelasnya.Turut serta dalam aktiviti itu, Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Pejabat Daerah Besut dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
23 Feb 19
263
Empty Image
Internet, Jangan Sampai Tidak Bertegur Sapa
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 21 Februari - Pengguna internet digesa agar menggunakan medium itu untuk memperolehi pelbagai manafaat, namun jangan sampai leka dan merenggangkan silaturrahim sehingga tidak bertegur sapa.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri, Ghazali Sulaiman berkata, dunia sekarang menyaksikan masyarakat telah hidup di alam maya, sehinggakan ada yang tidak mempedulikan masyarakat."Boleh dilihat, pada hari ini masyarakat seolah-olah tiada lagi di alam nyata, leka dengan penggunaan internet sama ada menggunakan media sosial atau mencari pelbagai maklumat."Tiada dapat dinafikan kebaikan itu ada, namun dari sudut negatifnya perhubungan keluarga, masyarakat, jiran tetangga menjadi renggang akibat leka dengan media sosial. Sehinggakan bertandang ke rumah jiran, kadang-kadang jiran terasa hati kerana kita tidak fokus pada percakapannya," ujarnya.Beliau berkata demikian, semasa hadir pada program Hari Terbuka Pusat Internet Dan Pusat Komuniti Desa, Pasir Raja, di sini, baru-baru ini.Ghazali berkata, tidak salah menggunakan internet, bagaimanapun jangan sampai meretakkan perhubungan kekeluargaan mahupun masyarakat."Jadilah seorang pengguna internet dan media dengan bijak serta menguruskan dengan baik."Ianya terletak di tangan kita, yang menentukan internet itu baik atau tidak baik ianya bergantung kepada sikap kita," katanya.Di samping itu, Ghazali juga meminta pengguna internet pada alaf ini, agar berhati-hati dengan jenayah siber.Menurutnya, penggunaan internet walaupun mendatangkan kebaikan perlu digunakan secara berwaspada berikutan pada masa kini segala bentuk ancaman boleh datang melalui pelbagai caradan elakkan menjadi mangsa kecanggihan teknologi.
23 Feb 19
119
Empty Image
Hari Sayyidatina Aisyah, Platform Perkasakan Wanita Terengganu
Oleh :Nooreni Abu BakarKUALA NERUS, 24 Februari - Hari Sayyidatina Aisyah menjadi platform bagi wanita Terengganu untuk membincangkan isu-isu pembangunan  dan hal ehwal wanita serta kepentingan ummah yang diadakan sempena Hari Wanita peringkat negeri, semalam.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Wanita negeri, Zuraida Md Noor berkata penganjurannya sebagai  menghargai usaha yang dimainkan oleh wanita dengan menjadikan mereka lebih bergerak laju dan bersikap cakna pembangunan wanita di negeri ini."Umum menyedari wanita  adalah nukleus di dalam sesebuah negara, keluarga, masyarakat dan bila baik wanita maka baiklah institusi keluarga itu. "Apabila institusi keluarga  itu berkembang positif dan harmoni,  InsyaAllah saya yakin dan percaya akan dapat melahirkan masyarakat yang sejahtera," ujarnya di majlis Pelancaran Hari Sayyidatina Aisyah, Wanita Inspirasi yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak. Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu merupakan anjuran  Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri itu, akan diadakan secara tetap dan berkala pada setiap tahun.Menurut Zuraida lagi, bagi mengambil inspirasi ketokohan Sayyidatina Aisyah, Ummul Mukminin seorang yang faqeh di dalam pelbagai bidang ilmu, kunci utama untuk seseorang wanita maju adalah melalui  ilmu pengetahuan yang benar dan diperakui. "Sayyidatina Aisyah lebih dahulu mempraktikkan suara-suara wanita, jauh lebih dahulu daripada kumpulan feminis yang lantang mendesak kesamaan gender akhir-akhir ini. " Sesungguhnya beliau telah meletakkan satu asas kepada kesedaran dan pendedahan kepada kemampuan wanita sebagai pemimpin politik dan kenegaraan,”ujar Zuraida.
23 Feb 19
81
Empty Image
HEBAT Hidang Kemeriahan Aktiviti Untuk Beliawanis
KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang Himpunan Belia dan Beliawanis Terengganu (HEBAT) yang diadakan selama dua hari bermula Jumaat lalu.Antara permainan untuk beliawanis ialah ‘Running Supergirl’, melempar Dart, Ceper (tudung botol) dan pertandingan mewarna dalam kategori lima hingga enam tahun untuk kategori satu manakala kategori dua, tujuh hingga sembilan tahun tidak ketinggalan diadakan untuk anak-anak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Tadika.Salah satu permainan yang menarik adalah ceper, permainan berdasarkan penggunaan lima buah tutup botol yang popular sekitar 1970 hingga 1980.Menurut Pengurus Pertandingan Ceper, Nur Atiqah Najihah Cairul Anwar, ia bertepatan dengan objektif untuk mengembalikan nostalgia sukan rakyat pada zaman dahulu.“Ia adalah salah satu permainan tradisional yang sering dimainkan oleh kanak-kanak. “Permainan ini biasanya melibatkan dua pemain dan banyak lagi. Cara untuk bermain permainan ditentukan dengan menghitung bilangan pemain yang berjaya,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Stadium Negeri Jalan Sultan Mahmud semalam.Selain itu, kata beliau, ia sangat berjaya dan dapat mengeratkan ukhuwah di antara 39 orang peserta dari seluruh negeri Terengganu dan 12 orang petugas yang memantau serta mencatat mata setiap individu dalam kelompok.“Permainan itu berjaya sehinggakan ada yang tidak puas bermain namun masa mencemburui,” jelasnya.Pemenang yang mendapat tempat ketiga ialah Siti Nuraini Mohd Nazir, tempat kedua Lailatul Nadia Bidi, dan pemenang pertama Nor Azlina Ghazali.Sementara itu, Pengurus Pertandingan Dart, Wan Nur Fadilah Wan Ismail berkata, melempar Dart turut mendapat sambutan.Kata beliau, sukan  melempar Dart menuju sasaran bulat yang ditetapkan ke dinding dapat mencungkil kemahiran dan fokus peserta.“Seramai 57 peserta dibahagikan kepada 19 kumpulan yang melibatkan tiga orang peserta.“Setiap peserta memberikan tumpuan melemparkan anak panah Dart pada titik sasaran,” jelasnya.Dalam perkembangan sama, pertandingan mewarna telah mendapat penyertaan paling ramai, dengan seramai 280 orang kanak-kanak mengambil bahagian.Tengku Adlina Tengku Muda yang mengendalikan pertandingan mewarna berkata, objektif  pertandingan tersebut adalah untuk memberi peluang kepada para peserta menonjolkan bakat asas melukis.“Pertandingan mewarna itu meningkatkan daya kreativiti para peserta yang mengambil bahagian.“Alhamdulillah ia berjaya dan para peserta terkawal sepanjang pertandingan berlangsung cuma bilangan yang terlibat tidak mencapai sasaran penganjur seramai 400 orang,” katanya.Bagi pertandingan mewarna, pemenang ketiga kategori lima hingga enam tahun ialah Nur Auni Amani Mohd Rosaufi, pemenang kedua Noor Dian Fathiah Mohd Fadhil dan johan ialah Haziq Rayqal.Manakala kategori tujuh hingga sembilan tahun pula bagi tempat ketiga ialah Shazia Ariasa Yusmaini, tempat kedua Nur Aina Husna Mohd Rossaufi dan johan Dayana Safrina Afandi.
23 Feb 19
534
Empty Image
Belia Beliawanis Terengganu Perlu Sumbang Idea Bangun Negeri - MB
Bual bicara kupas isu dan peluang belia Terengganu.KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Belia dan beliawanis Terengganu diseru melibatkan diri dalam pembangunan negeri kerana mereka adalah pemimpin masa depan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berharap, belia negeri itu bangkit memainkan peranan dalam memilih pemimpin yang mampu memandu mereka ke arah lebih baik.“Sebelum ini, ada pihak selalu membangkitkan bahawa belia bermasalah. Tetapi, itu cerita negatif, jadi biarkan mereka.“Hakikatnya, belia merangkumi 45.8 peratus daripada rakyat Malaysia dan memainkan peranan menentukan kepimpinan masa depan,” katanya dalam Bual Bicara sempena Himpunan Belia & Beliawanis Negeri Terengganu (HEBAT 2019) di Stadium Negeri kelmarin.Beliau yang menjadi ahli panel bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah turut memuji para belia yang memiliki idealisma berbeza daripada generasi sebelumnya.Antara persembahan yang menghiasi HEBAT.“Belia banyak maklumat dan mereka mampu mengubah dunia.“Usia belia adalah waktu ideal untuk menyumbang sesuatu kepada negeri dan negara melalui penglibatan mereka,” katanya.Dalam pada itu, Wan Sukairi turut mengingatkan para belia supaya mengubah sikap dan cara berfikir.“Belia Terengganu harus berusaha untuk mencipta sejarah kehidupan mereka sebagaimana Wira Darul Iman yang hadir hari ini,” katanya.Dalam program tersebut, enam pemuda yang membantu menyelamatkan sebuah keluarga daripada lemas di Pulau Warisan baru-baru ini telah dianugerahkan sebagai Wira Darul Iman.Mereka masing-masing menerima sumbangan bernilai RM3,000. Manakala, keluarga almarhum Abdul Bari Mohd yang terkorban dalam kejadian itu menerima sumbangan wang tunai bernilai RM10,000 sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri.Turut hadir dalam program tersebut ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).
23 Feb 19
345
Empty Image
10,000 Judul Tunggu Peminat Buku Di PPAT - MB Terengganu
Dr. Samsuri membelek naskhah al-Quran terjemahan yang turut dijual. KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Sebanyak 10,000 judul buku daripada 74 penerbit seluruh negara disajikan kepada penggemar buku sepanjang Pesta Buku@PPAT 2019.Pesta buku berkenaan dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) sebagai salah satu usaha penting institusi tersebut untuk memupuk budaya membaca dan melahirkan modal insan berkualiti di kalangan rakyat negeri itu.Menteri Besar,  Dr. Ahmad  Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri sedia menyambut baik mana-mana kempen yang dapat melahirkan modal insan oleh mana-mana pihak.“Pesta Buku yang diadakan bermula hari ini merupakan wadah pertemuan peminat buku yang dinanti-nantikan saban tahun.“Kita ingin menghidupkan budaya membaca yang semakin terhakis tetapi ia perlu dipertahankan supaya kekal relevan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pesta Buku@PPAT 2019 di institusi berkenaan, hari ini.Dr. Samsuri melakukan gimik pelancaran sambil diperhatikan SUK Negeri, Dato' A. Rahman, Pengerusi PPAT, Ridzuan Hashim (tengah) dan Pengarah PPAT, Marzialina Mohamed.Beliau yang hadir bersama isteri, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri turut berkongsi pengalamannya berdamping dengan buku selain senarai buku-buku yang sedang dibacanya.“Sejak kecil lagi saya memiliki ‘passion’ terhadap buku. Tetapi, waktu itu variasi bacaan saya pelbagai dan tidak tetap kepada satu jenis seperti The Hardy Boys, siri Enid Blyton dan sebagainya.“Syabas saya ucapkan kepada PPAT atas kejayaan menganjurkan pesta buku tahun ini. Semoga usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” katanya.Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang peminjam terbanyak tahun 2018 iaitu Fatihah Aqilah Fathi Aziz (680 buah buku) bagi kategori kanak-kanak dan Sharifah Izzati Syed Abdullah (138 buah buku) bagi kategori dewasa.Mereka berdua masing-masing menerima hadiah wang tunai bernilai RM500.Terdahulu, Dr. Samsuri sempat meluangkan masa melawat gerai-gerai jualan buku selain ruang aktiviti dan bacaan di PPAT.Pesta Buku@PPAT 2019 berlangsung selama seminggu bermula hari ini dibuka seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 malam.Sehingga jam 12.00 tengahari ini, lebih 4,000 ulat buku telah berkunjung ke PPAT untuk menikmati bahan bacaan terbaik.Selain bahan bacaan, program berkenaan turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung yang hadir.Adik Fatihah pinjam 680 buah buku, raih hadiah peminjam terbanyak 2018. 
23 Feb 19
173