Artikel "Semasa" Terkini
Jadikan Al-Quran Sebagai Teman
Oleh: Afiq M. ZaidBESUT, 27 Februari- Al-Quran merupakan panduan hidup bagi setiap individu muslim agar sentiasa berada di atas landasanNya.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, al-Quran perlu dijadikan sebagai teman sejati dalam kehidupan seharian."Kita menjadikan al-Quran sebagai teman kita dan mengamalkan isi-isinya dalam kehidupan seharian. Dengan celiknya al-Quran akan jadi pemudah urusan kita di dunia dan akhirat,”ujarnya ketika merasmikan Seminar Seronoknya Mengaji anjuran Pusat Khidmat DUN Kota Putera di Institut Latihan Islam Pantai Timur (ILTIM), kelmarin.Turut hadir, Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (ILTIM), Norawi Endut.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata, penganjuran seminar tersebut sebagai persediaan menghadapi Ramadan tidak lama lagi. "Seminar ini dianjurkan khususnya untuk menghadapi bulan Ramadan, dari pemerhatian saya, orang ramai suka mengisi masa dalam bulan Ramadan (dengan pengisian) tapi peluang dan kesempatan masa itu tiada."Biar al-Quran ada dalam hati masyarakat kita, supaya kita jadi molek. Bila al-Quran sebati dalam diri, insyaAllah, kita berada dalam perlindungan Allah,” ujarnya.Seramai 200 orang menyertai seminar anjuran Pusat Khidmat DUN Kota Putera itu.
26 Feb 19
118
Kad Sejahtera: Perbincangan Di Peringkat Akhir
KEMAMAN, 25 Disember- Kerajaan negeri sedang memperinci puluhan klinik di Terengganu untuk disenaraikan sebagai panel pemegang Kad Sejahtera.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, melalui kad sama, pemegang layak mendapat rawatan perubatan wad kelas ketiga hospital secara percuma."Perbincangan berkaitan program itu sudah di peringkat akhir dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat" katanya.Menurutnya, kemudahan itu bakal dinikmati oleh mereka yang disenaraikan dalam e-Kasih dan Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan peruntukan RM500 seorang."Berdasarkan rekod, seramai 6,000 penerima disenaraikan dalam kategori itu dan layak memiliki kad sejahtera, " katanya.Beliau berkata demikian pada Program Pemasaran Berkesan anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di Pejabat Agama Daerah Kemaman, hari ini.Seramai 200 peserta yang juga peminjam Projek Jaya Diri hadir pada program itu.Hanafiah turut memberitahu, melalui program itu, mereka dilatih khas bagi memasarkan produk masing-masing secara atas talian dengan bayaran yang sangat berpatutan."Produk mereka bukan saja boleh dipasarkan ke serata negeri malah ke peringkat antarabangsa,"katanya
26 Feb 19
27
LED Untuk Halau Gajah
KUALA TERENGGANU, 25 Februari – Jabatan Perhilitan Terengganu akan menggunakan lampu LED (Light Emitting Diode) untuk menghalau gajah liar yang menimbulkan kebimbangan dan mengancam keselamatan penduduk di Kampung Syukor, Hulu Dungun.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, selain LED, tembakan untuk menakutkan mamalia tersebut akan turut diguna pakai."Antara perancangan untuk meminimakan kesan konflik dan gangguan gajah kepada penduduk, Perhilitan mengambil langkah menembak dan menghalau.“Tembakan untuk menghalau gajah supaya keluar daripada kawasan penempatan dan perkampungan penduduk supaya haiwan berkenaan masuk semula ke hutan simpan yang menjadi habitat mereka.“Kita juga bincang untuk pemasangan lampu LED berwarna biru yang mana lampu LED ini dipasang pada jarak sekitar 20 meter bagi setiap tiang di beberapa lokasi antaranya di Pelung, Setiu didapati berkesan untuk kita nak meminimakan gangguan gajah,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Jabatan Perhilitan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Turut hadir, Pengarah Jabatan Perhilitan, Rahmah Illias dan Timbalannya, Ahmad Kamsul Alias.Dr. Azman memberitahu, peruntukan RM15,000 akan diberikan kepada Jabatan Perhilitan bagi tujuan pemasangan lampu LED yang membabitkan jarak sekitar 20 kilometer (km).Menurutnya, gangguan gajah liar kerap berlaku dan dikatakan sudah enam kali dalam tempoh seminggu yang lalu.Katanya, situasi itu disebabkan Kampung Syukor yang terletak antara dua hutan simpan Pasir Raja dan Kuala Jengal.“Pemasangan pagar elektrik yang telah dipasang di beberapa lokasi antaranya di Pelung dan serangan gangguan gajah apabila dipasang pagar elektrik memang berkurangan malah hampir tiada. Kita rasakan pemasangan pagar adalah satu kaedah paling efektif tapi oleh kerana pemasangannya memerlukan kos yang agak besar, sepanjang 20km memerlukan sekitar RM600,000 (kos pemasangan) tidak termasuk lagi kos penyelenggaraan. “Maka kita segerakan dulu dari segi pemasangan lampu yang insyaAllah bajet akan ditanggung oleh pihak kerajaan negeri," ujarnya.Kata beliau lagi, sekiranya langkah tersebut tidak berkesan, tindakan terakhir adalah dengan menangkap dan memindahkannya ke kawasan yang jauh daripada penempatan penduduk.
25 Feb 19
540
Fasa Pertama Projek Perumahan PMINT Di Bukit Bayas Bermula Mac Ini
KUALA TERENGGANU, 25 Februari- Kerajaan negeri melalui Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)akan membina 55 buah rumah bagi fasa pertama di bawah projek kediaman komersial bermula Mac ini.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, projek perumahan melibatkan pembinaan rumah teres dua tingkat itu akan dibangunkan di Kampung Bukit Bayas yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun.Menurut beliau, projek yang dijalankan dalam dua fasa diatas tanah yang berkeluasan 11 ekar di kawasan terbabit secara keseluruhannya kelak bakal menyediakan penempatan yang memuatkan 130 unit rumah komersial.Dr. Alias berkata, unit kediaman tersebut akan dijual pada harga antara RM350,000 hingga RM370,000 seunit dengan keluasan 1,500 kaki persegi kepada orang ramai.“Dengan harga tanah yang kita beli lebih kurang RM800,000 untuk satu ekar, jadi kos tanah itu pun sudah mahal namun rumah yang kita jual masih pada harga yang berpatutan. “Semoga dengan siapnya projek perumahan ini memberi satu lagi peluang khususnya kepada penduduk tempatan untuk memiliki rumah sendiri,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak projek perumahan PMINT di Kampung Bukit Bayas, di sini, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed dan Ketua Pegawai Eksekutif PMINT, Samiun Salleh.Sementara itu Dr. Alias berkata, pihaknya juga mempunyai cadangan untuk membina rumah mampu milik di tanah kosong sekitar projek kediaman komersial PMINT itu.“Permohonan rumah mampu milik di Kuala Terengganu sangat tinggi dan ini adalah antara tapak yang boleh dicadangkan untuk pembinaan rumah mampu milik demi untuk kesejahteraan rakyat bersama,” ujarnya.
24 Feb 19
1382
ADUN Terengganu Lafaz, Tandatangani Ikrar Bebas Rasuah
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri, mengetuai lafaz ikrar.KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Wakil rakyat Terengganu melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai komitmen untuk meningkatkan tahap integriti dalam pentadbiran negeri.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, intergriti dalam pentadbiran adalah sesuatu yang sangat penting dalam usaha untuk membendung permasalahan rasuah di Terengganu.Jelasnya, kerajaan negeri sangat serius untuk menangani sebarang isu yang melibatkan integriti bermula daripada bawah hingga ke peringkat atas.“Integriti merupakan aspek yang sangat penting dalam kita menjalani kehidupan seharian. Isu integriti bukan hanya terfokus kepada isu-isu rasuah sahaja, ia satu konsep yang besar.“Pelaksanaan program ini yang melibatkan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan negeri bagi melibatkan semua pihak dalam mencapai ketelusan,” katanya.Adun-adun terengganu turut berikrar.Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani IBR Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) , Haji Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato' A. Rahman Yahya, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Sri Mohd Shukri Abdull, Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Zaki Hassan, semua ADUN Terengganu serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.Terdahulu, majlis ikrar yang melibatkan semua ADUN Terengganu itu diketuai oleh Dr. Ahmad Samsuri sambil disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Sri Mohd Shukri Abdull.Dr. Ahmad Samsuri menyerahkan dokumen ikrar kepada KP SPRM. Untuk rekod, Terengganu merupakan negeri kedua yang melaksanakan Majlis Menandatangani IBR selepas Sarawak.IBR merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh SPRM hasil cetusan idea oleh mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.IBR memberi penekanan kepada setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut agar lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan.
24 Feb 19
90
Kerajaan Terengganu Adalah Kerajaan Rakyat- Dr. Ahmad Samsuri
Program bual bicara MB Maghi Kapung Kite dikendalikan ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong. MARANG, 24 Februari - Rakyat Terengganu disaran berkongsi pendapat dan komentar bersama kepimpinan setempat dalam usaha membangunkan negeri.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan bahawa tanggungjawab membina Terengganu menjadi tanggungjawab semua.“Kalau tiada daripada perkara sekecil-kecilnya, maka tiadalah kita yang dinamakan sebagai sebuah negeri. Oleh kerana itu, tentulah tuan-tuan dan puan-puan boleh memberikan pandangan serta cadangan. "Silakan, mana yang dapat akan kita catat. Soal boleh buat sekarang atau esok lusa, itu kita akan aturkan kerana kami semua di barisan kepimpinan ini adalah pemegang amanah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti,” katanya ketika berucap dalam program ‘MB Maghi Kapung Kite’ di Dewan Majlis Daerah Marang (MDM), di sini, hari ini.Program tersebut merupakan siri kedua Jelajah Penerangan Bajet 2019 yang menjadi medium pemimpin negeri menerangkan pelaksanaan pembangunan oleh kerajaan kepada rakyat.MB Terengganu dan exco-exco tiba dengan menunggang motosikal ke Dewan MDM.Sesi bual bicara berkenaan dihadiri sekitar 1,000 penduduk tempatan terdiri daripada pelbagai golongan.Dr. Samsuri dalam ucapannya, membentangkan pelbagai perancangan kerajaan negeri kepada masyarakat selain mendengar pandangan dan komentar penduduk yang hadir.Dalam pada itu, beliau turut mengakui pemimpin yang telah dipilih pada pilihan raya umum lalu, memegang amanah besar daripada rakyat. Abu Bakar Long gembira dengan kunjungan MB Terengganu. “Bukan kerana saya yang diamanahkan dengan tugas berat ini pandai buat kerja. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri antara yang hadir hari ini, kami bukan orang pandai-pandai juga. Cuma, dalam satu kapal yang besar tentulah akan ada juragannya.“Begitulah kita dalam kerajaan, perlu ada satu kumpulan yang dipilih oleh rakyat selepas Pilihan Raya Umum (PRU -14) baru-baru ini untuk memimpin kerajaan dengan matlamat memperoleh kebaikan sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari seksa Neraka (Surah al-Baqarah: 201)”,” ulas beliau lagi.Dalam program berkenaan, Menteri Besar turut menziarahi Lim See Sing dan Abu Bakar Long, dua warga emas yang sedang uzur di Kampung Bukit Gasing.Dr. Samsuri dan isteri, Tuan Faizah Ab Rahman beramah mesra bersama Sing dan isteri, Owi Seyu Hwa dalam kunjungannya.
24 Feb 19
138
Briged Muslimat Terengganu Teruja Lancarkan HEBAT
Ainun Solehah Muhamad Salim (kedua dari kini) dan Wan Nur Sakinah (ketiga dari kiri)KUALA TERENGGANU, 24 Februari- Briged Muslimat Terengganu teruja apabila berpeluang menjadi antara penggerak yang membantu melancarkan program Himpunan Belia dan Beliawanis Terengganu (HEBAT) di Stadium Negeri, di sini, selama dua hari yang berakhir malam tadi.Ketua Briged kawasan Kuala Nerus, Ainun Solehah Muhamad Salim berkata, unit tersebut membantu menjaga keselamatan, perubatan serta melancarkan tugas urusetia sepanjamg HEBAT itu."Seramai 36 orang petugas yang bertugas terdiri daripada kawasan Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun."Antara tugasannya adalah menjaga keselamatan org awam, bahagian medik dan membantu urusetia untuk majlis berjalan lancar," jelasnya ketika ditemui di Stadium Negeri, semalam.Ainun berkata, Briged Muslimat mendapat kerjasama yang baik di antara pengunjung dan peserta dalam setiap pertandingan sepanjang program tersebut."Program ini sangat bagus dalam memperkenalkan sukan dan menarik belia dan beliawanis dengan hiburan yang mematuhi syariat," ujarnya.Justeru itu, beliau berharap belia dan beliawanis juga mempunyai kemahiran dalam pelbagai aspek seperti keselamatan diri dan mempunyai asas dalam bantuan kecemasan.Sementara itu, Timbalan Ketua Unit Sukarelawan Beliawanis, Wan Nur Sakinah Din pula memberitahu, tugas sukarelawan adalah membantu semua unit agar berjalan dengan lancar."Tugas sukarelawan untuk program HEBAT ini dia membantu dalam semua unit dan tugas-tugas khas termasuk jaga kebersihan, 'runner' program dan yang lain diserap ke persiapan tempat, hadiah dan semua unit setakat ini."Semua sukarelawan (yang) memang bertugas 30 orang sepanjang dua hari, muslimin 30 orang dan muslimat 30 orang," katanya.
24 Feb 19
484
Kompleks Sukan, Masjid Antara Projek Baharu Di Marang Terengganu
Program MB Maghi Kapung Kite beri peluang rakyat faham matlamat kerajaan negeri.MARANG, 24 Februari - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan sebuah masjid dan kompleks sukan mini bakal dibina di daerah Marang.Berita gembira berkenaan diumumkan beliau ketika berucap dalam program MB Maghi Kapung Kite di Dewan Majlis Daerah Marang, hari ini.Menurut Dr. Samsuri, pembinaan kompleks sukan bernilai RM4 Juta itu merupakan satu daripada 10 projek Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diluluskan untuk negeri Terengganu bagi tahun 2019.“Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam kunjungannya ke Terengganu baru-baru ini meluluskan sembilan projek bernilai RM60 juta iaitu bagi projek yang baharu dan projek yang tertangguh selepas pertukaran Kerajaan Pusat.“Lebih menarik, kita juga menerima tambahan satu lagi projek iaitu kompleks sukan mini buat warga Marang,” katanya.Beliau turut memaklumkan, sebuah masjid yang bakal dibina merupakan sumbangan daripada pihak persendirian.“Seorang individu Muslim bertemu kami (kerajaan negeri) dan menyatakan hasratnya untuk menyumbangkan sebuah masjid bagi negeri ini serta kami telah bersetuju, ia akan dibina di daerah Marang, tetapi lokasinya belum ditetapkan,” katanya.Kepimpinan negeri bersama penduduk Marang merakamkan gambar kenangan.Dalam program tersebut, Dr. Samsuri yang merupakan Pengerusi Syarikat Air Terengganu (SATU) Sdn. Bhd. turut mengumumkan kesediaan SATU menyediakan saluran paip bagi ‘mini musolla’ di kawasan nelayan Seberang Marang yang bernilai RM170,000 setelah dimaklumkan berkenaan masalah tersebut oleh penduduk yang hadir.Turut hadir dalam program tersebut ialah isteri beliau, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
24 Feb 19
264
MB Terengganu Baca 11 Naskhah Buku
Dr Ahmad Samsuri membelek sebuah naskah al-Quran di Perpustakaan Awam Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Memteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyenaraikan 11 naskhah buku yang sedang dibaca sekali gus mengajak rakyat untuk turut sama membudayakan amalan itu.Beliau berharap semua buku berkenaan habis dibaca sebelum Mei ini."Ada orang tanya saya, buku apa yang Dr Sam baca sekarang? Sebenarnya ada 11 buah buku yang saya sedang baca, ada yang hampir habis, ada yang baru 30 peratus dibaca dan berharap akan habis (baca) sebelum masuk bulan Mei nanti," tulisnya di status Facebook beliau hari ini.Daripada kesemua buku berkenaan, menurut beliau sembilan buah buku berbahasa Inggeris manakala selebihnya dalam bahasa Malaysia yang sedang beliau baca.Buku tersebut ialah Al-Ahkam al Sulthaniah, tulisan al-Mawardi, Sejarah Darul Iman (Misbaha), Strategies of Prophet Muhammad (Omar Khayyam Sheikh), Commanders of the Muslim Army (Mahmood Ahmad Ghadanfar), A Higher Loyalty (James Comey) Fear (Bob Woodward), Soldier Spy (Tom Marcus).Dark Actors (Dr Robert Lewis), Prisoners of Geography (Tim Marshall), Who Thought This Was A Good Idea (Alyssa Mastromonaco) dan The Fourth Industrial Revolution (Klaus Schwab)."Bukan nak kempen buku, cuma nak kempen baca buku. Jom!" kata beliau lagi.
24 Feb 19
396
SPRM Sahkan Tiada Kemasukan RM90 Juta Ke Akaun PAS
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull ketika sidang media.KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Dakwaan PAS menerima dana RM90 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh sesetengah pihak berkepentingan adalah jelas tidak benar.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Sri Mohd Shukri Abdull berkata, siasatan yang dilakukan oleh pihaknya terhadap PAS mendapati tiada wang daripada 1MDB disalurkan kepada parti politik berkenaan.Jelasnya, penelitian yang dijalankan tidak menemui sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan tuduhan itu.“Siasatan SPRM setakat ini memang tiada kemasukan RM90 juta duit 1MDB ke akaun PAS.“Memang tak mendapati bahawa berlakunya kemasukan,” jelasnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang Dipertua (YDP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Zaki Hassan, ADUN Terengganu serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.Beliau turut berucap dalam majlis menandatangan IBR ADUN Terengganu.Terdahulu beliau menyaksikan lafaz ikrar bebas rasuah melibatkan semua wakil rakyat Terengganu yang diketuai oleh Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Pada 6 Februari yang lalu, SPRM telah memulakan siasatan ke atas dakwaan penyaluran dana berkenaan oleh Sarawak Report (SR) selepas menerima laporan daripada orang awam.Empat individu iaitu Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, bekas Timbalan Presiden PAS, Dr. Nasharudin Mat Isa, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa dan bekas pengerusi Bersih, S. Ambiga telah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.
24 Feb 19
209