lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Acara Dekorasi Kek, Serlah Bakat Beliawanis
 Acara dekorasi kek serlah bakat beliawanis Terengganu.KUALA TERENGGANU, 23 Februari - Acara dekorasi kek yang dipertandingkan dalam Himpunan Belia dan Beliawanis Negeri Terengganu (HEBAT) 2019 berjaya menonjolkan bakat beliawanis.Juri bagi acara dekorasi kek, Nooraini Salleh berkata, pihaknya sukar untuk mencari pemenang kerana gubahan kesemua peserta mempunyai kelebihan tersendiri.Jelasnya, dekorasi yang ditampilkan dengan pelbagai bentuk gubahan dan corak itu ternyata memukau para pengunjung dan juga pihaknya.“Sangat sukar untuk kami (juri) untuk mencari pemenang dalam kalangan mereka semua.“Gubahan yang dibuat sangat menarik, sesuatu yang sangat payah untuk dibuat atau ditiru, penonton pun teruja melihat gubahan mereka,” jelasnya. Pemenang tempat pertama pertandingan dekorasi kek.Beliau berkata demikian semasa ditemubal oleh wartawan selepas mengadili pertandingan dekorasi kek di dewan utama, stadium negeri, di sini, hari ini.Acara tersebut menyaksikan Suraya Ali dan Siti Iqlima Yusoof dinobatkan sebagai juara, manakala di tempat kedua Nur Aini Mohd Zali dan Siti Mariam serta Nor Shahira Ahmad dan Nur Masyitah Pauji berada di tempat ketiga.Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat (Khairunnisa')Terengganu, Zarani Othman.Acara yang bermula sekitar pukul 3.00 petang itu mengumpulkan hampir 30 beliawanis dari seluruh Terengganu. Pemenang pertandingan fesyen ibu dan anak.Turut berlangsung serentak dengan acara itu ialah acara fesyen ibu dan anak yang dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu tema kerjaya dan budaya.HEBAT yang mengumpulkan belia dan beliawanis dari seluruh daerah itu berlangsung selama dua hari.Himpunan yang menyasarkan untuk menghimpunkan 10,000 belia itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Samsuri Mokhtar semalam.
23 Feb 19
773
Empty Image
MAWADDAH Perkasa Kaum Wanita
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyempurnakan Majlis Pelancaran MAWADDAH Oleh: Noraini Jusoh & Mastura Jamal DinKUALA NERUS, 23 Februari- Majlis Permuafakatan Wanita Terengganu (MAWADDAH) yang dilancarkan hari ini dibarisi wanita-wanita profesional dari pelbagai latar belakang, akan berperanan sebagai badan penasihat kerajaan dalam memperkasakan kaum wanita.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, penubuhan MAWADDAH dibawah portfolionya itu selari dengan usaha kerajaan yang berhasrat memperluas peranan dan sumbangan wanita dalam proses pembangunan negeri ini khususnya."MAWADDAH dipengerusikan oleh Zarani Othman yang merupakan isteri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali."Ianya dianggotai oleh 20 jawatankuasa yang terdiri daripada kalangan wanita profesional samada dalam badan bukan kerajaan (NGO), para akademik, bidang politik dan lain-lain lagi."Mereka ini (wanita profesional) dikumpulkan dalam satu jawatankuasa untuk melihat apakah portfolio wanita boleh dikembangkan lagi dalam membantu dan memartabatkan kaum wanita supaya berada di puncak kejayaan," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika pelancaran MAWADDAH di Majlis Perasmian Hari Sayyidatina Aishah Sempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Terengganu yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini.Hanafiah berkata, mesyuarat pertama Mawaddah akan diadakan dalam tempoh tiga bulan akan datang."Manakala pada 5 Mac ini, satu seminar hala tuju wanita juga akan diadakan untuk mencari satu resolusi bagi digunakan dalam menggerakkan portfolio wanita pada masa akan datang" ujarnya.
22 Feb 19
208
Empty Image
Pemohon e-Perumahan Sabar Tunggu Maklum Balas
KUALA TERENGGANU, 23 Februari - Kerajaan negeri berharap rakyat Terengganu  yang memohon Rumah Mampu Milik secara atas talian (e-Perumahan) bersabar sekiranya belum mendapat apa-apa maklum balas.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, setiap permohonan yang didaftar secara 'online' dan tidak ditolak dalam sistem tersebut bermakna ia telah diterima.“Mana-mana yang tidak ditolak (oleh sistem) komputer memang lulus dan akan direkodkan.“Kalau tak cukup syarat awal-awal lagi  ditolak dalam komputer. Sekarang ini mana-mana yang diluluskan dalam online  luluslah untuk permohonan dan diterima oleh pejabat kita,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-17 di Pejabat Khairunisa',  Batu Buruk, di sini, kelmarin.Menurutnya, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Perumahan) hanya akan menghubungi pemohon untuk ditemuduga apabila terdapat rumah yang telah siap dibina.“Bila ada rumah untuk diagihkan kita akan panggil temuduga setelah kita tapis mengikut kelayakan dalam sistem.“Lepas panggil temuduga mana yang layak kita akan hubungi semula untuk buat penyerahan kunci. Kalau kita panggil sekarang, rumah tidak ada, tidak guna juga. Kita akan panggil bila rumah ada  untuk diagihkan,” ujarnya.Justeru, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua warga Terengganu yang telah membuat permohonan dan memberi jaminan semua data pemohon disimpan dalam rekod.“Kita akan bertindak bila ada rumah kosong dalam daerah yang dipohon,” tambah beliau.
22 Feb 19
30
Empty Image
Khairunnisa' Dapat Timbalan Pengerusi Baharu
KUALA TERENGGANU, 23 Februari -  Persatuan isteri wakil rakyat dan isteri bekas wakil rakyat Terengganu (Khairunnisa') mendapat timbalan pengerusi baharu apabila mantan setiausahanya, Hajah Zarani Othman dilantik ke jawatan nombor dua persatuan itu.Zarani ketika dihubungi berkata, apa sahaja jawatan yang diberi menjadi satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya."Jawatan adalah amanah perlu ditunaikan tanggungjawabnya, apatah lagi Khairunnisa' adalah persatuan yang menjadi tulang belakang kepada wakil rakyat yang menerajui Terengganu pada masa kini."Doakan semoga kami dapat melaksanakan amanah ini dengan (prestasi) paling cemerlang untuk membawa wanita Terengganu maju, berkat dan sejahtera,"  jelasnya.Beliau yang juga isteri kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali berkata demikian selepas Mesyuarat Agung Persatuan Khairunnisa kali ke-17 di Pejabat Khairunnisa', belakang asrama Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Batu Buruk, di sini, kelmarin.Menurut, Khairunnisa' ditubuhkan pada 1999 setelah PAS Terengganu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-10 dengan mesyuarat kali pertama di Seri Iman pada 25 Disember 1999."Khairunnisa' merupakan sebuah NGO (badan bukan kerajaaan) yang dianggotai oleh isteri wakil rakyat dan isteri bekas wakil rakyat PAS Terengganu."Persatuan ini ditubuhkan untuk memfokuskan hal ehwal kebajikan wanita Terengganu. Keahlian khairunnisa' adalah termasuk YB Senator wanita YB ADUN wanita yang dilantik dalam sidang DUN Terengganu," ujarnya.Oleh itu, menurut Zarani, objektif penubuhan persatuan tersebut adalah untuk memupuk dan memperkukuhkan ukhwah Islamiyah di kalangan ahli Khairunnisa' dan juga masyarakat serta  memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam khususnya wanita."Misi pula ialah membangunkan kapasiti sebagai persatuan yang indipenden, profesional dan unggul dalam pelbagai aspek."Mengasah bakat berorganisasi dan meningkatkan kualiti, keimanan, keilmuan serta ketrampilan diri setiap ahli dan menjuarai hal ehwal kebajikan Terengganu,"tambahnya.Selain daripada itu visi Khairunnisa' adalah memastikan wanita Terengganu maju, berkat dan sejahteraDalam Mesyuarat agung Khairunnisa' pada Khamis lalu, pemilihan ahli jawatankuasa untuk sesi 2019- 2021 memutuskan pengerusinya, isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman, Timbalan Pengerusi 1, Zarani Othman, Timbalan Pengerusi 2, To’ Puan Hajah Fatimah Ibrahim dan Setiausaha Kehormat ialah Tuan Roslina Tuan Sulaiman.
22 Feb 19
717
Empty Image
Wira Darul Iman Terima Anugerah Daripada Kerajaan Terengganu
Dr. Samsuri menyerahkan anugerah kepada Mustafa sambil diperhatikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.KUALA TERENGGANU, 23 Februari - Enam pemuda yang membantu menyelamatkan sebuah keluarga di Pulau Warisan 8 Februari lalu dianugerahkan sebagai 'Wira Darul Iman' daripada Kerajaan Terengganu.Anugerah tersebut disampaikan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam program Himpunan Belia dan Beliawanis Negeri Terengganu (HEBAT) 2019 di Stadium Negeri semalam.Almarhum Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, diwakili bapanya, Mohd Mustafa, 66, menerima anugerah tersebut beserta wang tunai RM10,000 sebagai tanda penghormatan atas pengorbanannya yang tidak ternilai.Manakala, lima 'saudara' iaitu Omar Abdul Aziz Othman, 27, Saiful Anuar Mohd, 37, Shahrul Mizan Harun, 34, Mohd Amiro Hafizol Zukafli, 29, dan Mohd Asadullah Jamaluddin, 28, turut menerima anugerah dan wang tunai bernilai RM3,000 sumbangan kerajaan negeri sebagai tanda penghargaan.Wira Darul Iman jadi tauladan belia negeri.Dr. Samsuri berharap sumbangan tersebut dapat membantu mereka dalam urusan seharian."Memang ia tidak dapat membayar nilai pengorbanan mereka, cuma ini sebagai tanda ingatan daripada kerajaan negeri," katanya ketika ditemui pemberita selepas program berkenaan.Mengimbas kejadian tersebut, sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Mitsubishi Storm yang dinaiki lima sekeluarga meluncur dan terjunam ke dalam sungai sebelum diselamatkan oleh keenam-enam wira berkenaan.Bagaimanapun, Abdul Bari lemas dalam kejadian itu dan ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dua hari kemudian.
22 Feb 19
140
Empty Image
Himpunan Belia Terengganu Meriah, Sarat Pengunjung Dan Aktiviti
'PS4 Games' tarik anak muda.KUALA TERENGGANU, 23 Februari - Kesibukkan berhujung minggu bukan penghalang bagi orang ramai khususnya belia untuk memeriahkan Himpunan Belia dan Beliawanis Negeri Terengganu (HEBAT) 2019, yang diadakan di Stadium Negeri, di sini, hari ini.Seawal pukul 9 pagi, Stadium Negeri Terengganu, sudah menerima kunjungan belia dan ibu bapa yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyertai dan menyaksikan aktiviti yang dilangsungkan.Pelbagai acara dijalankan seperti aktiviti jualan, pertandingan nasyid, mewarna, kawad kaki, memanah, PS4 Games dan 'dart'.Paling menjadi tumpuan pengunjung ialah pertandingan nasyid dan PS4 games yang diadakan di dewan utama.Rata-rata pengunjung berpuas hati dengan kemeriahan himpunan belia itu.Pertandingan nasyid menjadi tumpuan.Pengunjung, Afifuddin Muda, 25, berkata,program seperti ini sangat menarik kerana berjaya mengumpulkan ramai belia daripada semua peringkat.Jelasnya, aktiviti yang diadakan seperti PS4 Games berjaya mencungkil bakat-bakat belia untuk diketengahkan dalam industri 'e-sport'."Rasa seronok datang ke sini, melihat aktiviti-aktiviti yang ada boleh menenangkan fikiran."Tadi saya tengok PS4 games, baguslah ada program sebegini, tambah-tambah sekarang sukan e-sports sedang berkembang dalam kalangan belia," jelasnya.Anak muda juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan kawad kaki.HEBAT yang mengumpulkan belia dari seluruh daerah itu berlangsung selama dua hari.Himpunan yang menyasarkan untuk menghimpunkan 10,000 belia itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Samsuri Mokhtar semalam.
22 Feb 19
146
Empty Image
Bazaar Kahwin Akan Dijadikan Acara Tahunan Terengganu
Mohd Nurkhuzaini (dua dari kiri) bersama isteri.KUALA TERENGGANU, 23 Februari - Kerajaan Terengganu akan berusaha untuk memastikan bazaar perkahwinan dijadikan sebagai acara tahunan di negeri tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, bazaar yang dijalankan itu merupakan kali yang kedua diadakan selepas yang pertama pada tahun lepas.Jelasnya, bazaar yang diadakan itu membuka banyak peluang kepada usahawan dan juga bakal-bakal pengantin untuk mencari dan memilih pakej perkahwinan yang terbaik.“InsyaAllah saya melalui jawatankuasa keusahawanan akan memberi kerjasama agar bazaar kahwin seperti ini diadakan setiap tahun.“Bazaar ini juga membuka peluang kepada usahawan-usahawan yang bergiat dalam arena perkahwinan untuk sama-sama menawarkan pakej-pakej yang terbaik untuk memudahkan orang ramai untuk mencari (memilih),” ujarnya.Beliau berkata bazaar itu sesuai dijadikan 'one stop centre'.Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Bazaar Kahwin Volume 2 Extravaganza 2019 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu, di sini semalam.Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengurus Pembangunan Perniagaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Engku Mohd Hairulnizam, Ketua Pegawai Eksekutif CAKNA, Mohd Radhi Kamarudin serta isteri-isteri Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu.Mohd Nurkhuzaini melawat gerai-gerai yang menawarkan pakej terbaik.Nurkhuzaini  berkata, bazaar tersebut sangat sesuai untuk dijadikan sebagai ‘one-stop centre’ kepada seluruh rakyat negeri Terengganu.Rakyat Terengganu yang bakal melangsungkan perkahwinan digalakkan hadir untuk memilih pakej-pakej pengantin yang ditawarkan kerana bazaar itu melengkapi semua elemen.“Memang kita boleh jadikan ianya ‘one stop centre’ dan kita rasa berbanggalah kerana ada pihak yang sudi menganjurkan bazaar ini.“Saya ada tengok (di sini) memang ‘complete’ dari segi perkahwinan, bermula daripada pejabat agama sehingga ‘goodies’, makan, semuanya ada,” tambahnya.
22 Feb 19
118
Empty Image
Dua Lokasi Baharu Rumah Rakyat Pecah Tanah Mac Ini
KUALA TERENGGANU, 22 Februari – Kerajaan negeri sedaya upaya melunaskan janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu untuk membina rumah untuk rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, walaupun terdapat halangan dari segi kewangan namun kerajaan berjaya melaksanakan dan sedang melakukan beberapa projek ke arah merealisasikan janji itu.“Kita telah berusaha sedaya upaya kita  dengan  kemampuan yang kita ada dengan halangan-halangan kita terima khususnya dari segi kewangan  negeri yang sangat terhad.“Dan komitmen hutang kerajaan dulu yang terpaksa kita selesaikan  serta projek dahulu yang sedang berjalan  dan  belum siap juga  memerlukan peruntukan yang besar untuk disiapkan,” jelasnya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 17 di Pejabat Khairunisa, Batu Buruk, di sini, semalam.Oleh itu beliau berkata, bagi merealisasikan seluruh pembangunan perumahan, kerajaan negeri memerlukan kewangan yang besar kerana selain daripada membina rumah yang baharu, projek lama yang belum disiapkan juga perlu diteruskan.“InsyaAllah pada tahun ini, sebenarnya (sejak) tahun lepas lagi (telah) bermula proses untuk membina rumah baharu untuk rakyat dan tahun ini kita akan  melakukan dua (lokasi) pecah tanah (iaitu) satu projek di Tok Jembal (iaitu) rumah flat dan yang kedua di Tajin, Hulu Terengganu (iaitu) rumah teres.“Dalam jadual kita (juga) perasmian pecah tanah akan dibuat setelah siap kita melantik kontraktor, kita ‘target’ minggu ke tiga Mac akan dapat dirasmikan oleh Menteri Besar di kedua-dua tempat (pada) hari berlainan tapi dalam minggu yang sama,” ujarnya. Namun begitu, kata Dr Alias, ada beberapa lagi projek lain yang dibiayai Kerajaaan Persekutuan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.“Saya telah pergi sendiri bersama para pegawai saya dan berjumpa dengan Timbalan Menteri berkenaan di Putrajaya (dan) berbincang dengan pegawai mereka bagaimana (mungkin) Kerajaan Pusat boleh meletakkan sasaran membina satu juta rumah untuk tempoh empat tahun.“Sudah tentu pembinaan itu akan dilakukan di negeri - negeri dan tidak terkecuali di Terengganu akan terlibat, sebab (urusan) tanah ini di bawah kuasa (kerajaan) negeri,”katanya.Justeru itu, Kerajaan Pusat bersetuju memberi peruntukan untuk membangunkan tiga tapak lagi bagi pembinaan rumah baharu.“Kita cadangkan enam tapak  untuk pembinaan rumah di Negeri Terengganu (namun) dalam perbincangan itu, insyaAllah diberi  kelulusan (dana) untuk tiga tapak.“ Malah, kita juga amat mengharapkan (kelulusan) permohonan dapat disegerakan  iaitu (terutamanya) di Besut kerana permintaan tinggi untuk rumah mampu milik dan di Marang sebab di (kampung) Jambu  Bongkok (akan dibangunkan) Lembah Silika (di mana) kita akan bina kilang untuk proses  silika,” jelasnya lagi.Sudah tentunya, tambah beliau ia akan menjadi keperluan bagi pembangunan perumahan untuk menampung keperluan para pekerja bagi projek mega Lembah Silika itu.
22 Feb 19
81
Empty Image
MB Bersama Rakyat Ikuti Kuliah Dhuha Di Masjid Rusila
MARANG, 22 Februari - Menepati pengumuman kerajaan negeri, 'Jumaat Hari Ilmu, Sabtu Hari Keluarga',  Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menggunakan kesempatan masa yang ada untuk mengikuti kuliah Dhuha di Masjid Rusila, di sini, pagi tadi.Beliau ditemani isteri, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman."Kuliah Dhuha disampaikan oleh Tuan Guru Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diadakan setiap Jumaat sejak puluhan tahun dulu itu sentiasa dipenuhi ramai pengunjung dari seluruh Terengganu yang cintakan ilmu," kata kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau, hari ini.Menurutnya lagi, lokasi tumpuan ribuan rakyat itu turut menjadi pusat aktiviti ekonomi penduduk setempat.Sejurus selesai majlis ilmu itu, Dr.  Samsuri bersama isteri kemudiannya meninjau pasar pagi di sekitar Masjid Rusila yang menawarkan pelbagai keperluan termasuk barang mentah, pakaian dan kuih-muih.Beliau turut berbual mesra dan sempat melayani permintaan orang ramai yang mahu mengabadikan foto kenangan bersama.Dr. Samsuri juga sempat singgah untuk menikmati juadah pagi di warong berhampiran sebelum pulang.
22 Feb 19
1078
Empty Image
Sultan Mizan Berangkat Solat Jumaat Di Masjid Al-Abrar
KUALA NERUS, 22 Februari - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mencemar duli mengerjakan solat Jumaat di Masjid al-Abrar, Bukit Tok Beng, Kuala Nerus, di sini hari ini.Turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.
22 Feb 19
673