Artikel "Semasa" Terkini
Fokus Penubuhan SMA Di Batu Rakit
Oleh: Zakaria Mohd SallehSETIU, 8 Mac - Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit kini dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah Sekolah Menengah Agama khusus bagi menjamin masa depan penduduk sekitarnya.Pegawai Penyelarasnya, Ustaz Mohd Shafizi Ismail berkata, penubuhan sekolah itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk membuka sebuah sekolah agama di setiap DUN."Alhamdulillah, DUN sudah ada Sekolah Rendah Agama (Darul Falah) di Pengkalan Maras, sekarang kita fokus mencari tapak untuk pembinaan Sekolah Menengah Agama (SMA)."Kita fokus pada SMA dan ia termasuk di Pulau Redang kerana di sana tidak ada lagi (SMA). Apabila kita (PAS) ambil tampuk pemerintahan negeri, kita angkat cadangan ini," ujarnya.Shafizi berkata demikian semasa merasmikan program agihan sumbangan barang keperluan kepada hampir 400 orang penerima terdiri dari nelayan dan penoreh getah di perkarangan Pusat Khidmat DUN Batu Rakit, di sini hari ini.Beliau berkata demikian sebagai mengulas janji dan usaha manifesto yang telah dilaksana dan bakal di lakukan oleh kerajaan negeri selepas 10 bulan memerintah.Tegas Shafizi lagi, kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan bersama kerajaan pusat berkaitan pembinaan sekolah itu namun kerajaan pusat masih belum bersedia untuk menjadikannya realiti di pulau berkenaan.Justeru itu, Shafizi berharap usaha penubuhan sekolah itu akan direalisasikan oleh kerajaan negeri dibawah kepimpinan Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di DUN Batu Rakit.
08 Mar 19
119
Kesatuan Islam Senjata Paling Ampuh
Foto - Solahuddin Al-IdrusMARANG, 8 Mac - Kesatuan umat Islam adalah senjata paling ampuh bagi menggagalkan segala usaha untuk menundukkan orang Islam.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, usaha penyatuan ummah itu sangat ditakuti oleh kerana segala perancangan sulit mereka untuk menguasai orang Islam akan musnah. Jelasnya, perbezaan fahaman politik dan sosial tidak seharusnya menjadi penghalang buat seluruh umat Islam di Malaysia bersatu."Kekuatannya terletak pada orang Islam, yang bersatu bersama dengan (syarat) Islam."Menunjukkan bahawa kita di akhir zaman ini, kalau nak balik menang semula mestilah menyatukan orang-orang Islam, kita menyatukan orang-orang Islam yang bermacam-macam ini, macam-macam fahaman," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Munajat dan Solat Hajat Perdana Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan berikutan fitnah yang ditohmah terhadap parti itu, di sini, semalam.Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Dato’ Husain Awang, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahri Mamat, ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak, ADUN Batu Burok, Khalil Abdul Hadi, serta kepimpinan PAS peringkat DUN dan parlimen.Tambah beliau, perpecahan dan persengketaan yang berlaku membuka peluang kepada musuh untuk menguasai Islam.Apabila suasana begitu wujud, maka umat Islam akan hilang kuasa dan kedudukan secara beransur-ansur.“Pilihan raya yang lalu menyaksikan bagaimana terbentuknya satu kerajaan yang dikuasai oleh orang bukan Islam.“Orang bukan Islam 66 kerusi, orang Islam 58 kerusi yang memerintah negara kita pada hari ini, padahal orang Islam 65 peratus, orang bukan Islam 35 peratus sahaja, tetapi mereka boleh menguasai kerajaan Islam.“Sekarang kita sedang mengusahakan untuk menyatukan umat Islam di negara kita ini untuk membina kekuatan semula,” tambah beliau.
07 Mar 19
136
Ziarah Eratkan Hubungan Pemimpin Dan Rakyat
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 8 Mac - Kerajaan negeri melihat kerukunan hidup bermasyarakat terus subur dengan budaya pemimpin bertemu rakyat. Program itu juga mendekatkan diri dan mengeratkan hubungan antara mereka. Serentak itu, Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) mengadakan ziarah empat keluarga yang diuji dengan penyakit kronik di Perumahan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Kampung Padang Nenas, di sini semalam. Isteri Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datin Anili Ramli mengetuai program ziarah tersebut bersama pegawai-pegawai wanita Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepuh. Salah seorang pesakit yang ditemui, Mohd Ripin Hassan, 56, berkata, beliau menghidap penyakit strok kira-kira tiga tahun dan terus bersabar dengan ujian itu. Isteri beliau, Che Kembang Mamat juga menyatakan bahawa mereka terpaksa bergantung hidup dengan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan untuk menanggung enam orang anak. "Dengan situasi ini dan dengan pendapatan yang sedikit, hidup kami terhimpit dengan kemiskinan serta masalah penyakit. "Terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu kami khususnya Kerajaan Terengganu, " jelasnya ketika ditemui pemberita di sini.
07 Mar 19
253
Jalinan Kerjasama PAS, UMNO Demi Penyatuan Umat Islam
KUALA TERENGGANU, 7 Mac - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjelaskan bahawa gagasan penyatuan ummah adalah jalinan kerjasama antara PAS dengan UMNO bagi menyatukan umat Islam terutama orang Melayu.Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama yang dijalinkan adalah melibatkan parti-parti politik Melayu termasuk Bersatu.“Memang kita bekerjasama dengan parti-parti khususnya parti Melayu. Dalam parti Melayu kita dapati orang Melayu berpecah, orang Cina tidak berpecah."Orang Cina pakat undi DAP, MCA pun undi DAP, Gerakan pun undi DAP. Kita Melayu ni banyak sangat parti.“Sebab itu PAS berpendapat perlu menyatukan parti-parti orang Melayu. Parti orang Melayu yang tinggal ialah PAS, UMNO dan Bersatu, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) bukan parti Melayu. Sebab itu kita bekerjasama dengan parti Melayu termasuk Bersatu dalam kerajaan," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan tazkirah sempena Program Tazkirah Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Abdul Hadi berkata, kerjasama kali ini bukanlah yang pertama, malah PAS pernah menjalinkan kerjasama dalam pelbagai isu global."Ini bukan kali pertama kita kerjasama dah banyak kali. Kita pernah bekerjasama dalam isu Palestin, Bosnia dan Myanmar," katanya.Abdul Hadi berkata, hubungan rasmi antara dua parti itu tidak meminggirkan golongan bukan Islam."Tidak timbul isu rasis dalam kerjasama ini kerana dalam PAS kita ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). "Kita juga telah bertemu dengan pemimpin MIC dan mereka memberikan kerjsama yang sangat baik," katanya.Katanya, kerjasama itu juga mendapat sambutan yang baik di peringkat akar umbi ahli parti.
06 Mar 19
39
PAS, Abdul Hadi Nafi Bayar Clare
KUALA TERENGGANU, 7 Mac - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hari ini menafikan dakwaan pihaknya membayar RM1.4 juta kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sebagai sebahagian daripada persetujuan penyelesaian saman Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang di luar mahkamah.Dalam laporan media sebelum ini, Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai maklumat yang cukup untuk membuktikan bahawa PAS ada membayar editor Sarawak Report itu sebagai penyelesaian luar mahkamah kes saman membabitkan kedua-dua pihak.Katanya, dakwaan Presiden PKR itu tidak benar kerana tiada bayaran yang dibuat sama ada oleh PAS mahupun dirinya sendiri.“Saya tidak bayar dan PAS juga tidak bayar, dakwaan itu tidak betul,” ujarnya kepada pemberita selepas menyampaikan tazkirah sempena Program Tazkirah Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman, hari ini.Abdul Hadi berkata, PAS juga tidak melihat sebarang keperluan untuk pihaknya mengemukakan saman terhadap fitnah tersebut.“Tindakan kita menjelaskan pada masyarakat apa yang sebenar dan perlu disedari PAS banyak penyumbang bukan sahaja di kalangan orang Melayu tetapi orang bukan Islam.“Kita juga tidak mahu habiskan masa dan duit dengan saman ini, cuma kita tangkis serangan fitnah melalui solat hajat,” ujarnya.
06 Mar 19
51
Santuari Kelah Terengganu Tumpuan Utama Pengunjung
Santuari Kelah Tasik Kenyir-Foto ihsan Catatan Kembara Dunia.KUALA TERENGGANU, 6 Mac - Santuari kelah menjadi `port utama' di Terengganu yang menarik pelancong untuk mengunjungi Tasik Kenyir.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, santuari itu mencatatkan kehadiran pengunjung tertinggi berbanding tempat lain sejak ia dibuka pada Oktober 2008.Jelasnya, peningkatan mendadak orang ramai dari dalam dan luar negara menyebabkan pihaknya terpaksa mengehadkan bilangan pengunjung yang boleh memasuki kawasan itu pada satu-satu masa.“‘Ranking nombor satu pusat tarikan pengunjung (yang menjadi tumpuan) adalah santuari kelah.“Setiap tahun kehadiran pengunjung meningkat sehingga kita terpaksa menghadkan (100-200) pengunjung sahaja sehari untuk ke santuari kelah,” katanya. Ariffin Deraman dalam wawancara khas segmen 'Kabbo Royak'.Beliau berkata demikian pada wawancara khas segmen 'Kabbo Royak' siri ketujuh di Studio TV Darul Iman baru-baru ini.Tambah beliau, selain santuari kelah, ‘houseboat’ turut mendapat sambutan yang hebat terutamanya daripada pelancong asing.Kemudahan yang ada di dalam ‘houseboat’ seperti bilik tidur, televisyen, astro, internet, bilik air dan kemudahan untuk memasak ternyata menarik minat pengunjung untuk mencuba.“Kita ada juga ‘houseboat’, dari setahun ke setahun jumlah ‘houseboat’ (yang beroperasi) meningkat.“Sekarang ini kita ada 98 buah, itu pun kita tidak cukup tangan dah (untuk memenuhi permintaan pelancong),” tambahnya.'Houseboat' Kenyir- Foto ihsan blog pakej.myTasik Kenyir adalah destinasi pelancongan utama di Malaysia yang menjanjikan keseronokan dan kepuasan yang tersendiri. Selain santuari kelah dan 'houseboat' yang menarik di Tasik Kenyir, Taman Herba dan Pusat Konservasi Gajah juga mempunyai tarikan yang mampu memukau pengunjung.
06 Mar 19
650
Dua Taska Baharu Dibuka Tahun Ini
KUALA TERENGGANU, 6 Mac – Kerajaan negeri merealisasikan janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 untuk menyediakan lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak di jabatan kerajaan apabila dua taska baharu bakal dibuka tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, taska baharu itu masing-masing akan dibuka di Wisma Darul Iman dan di Majlis Perbandaran Dungun.“Setakat ini dua buah taska akan dibuka yang pertama, di Wisma Darul Iman di (ruangan) kafetaria akan d iambil dan dibaik pulih untuk dibuat taska dan yang kedua di Majlis Perbandaran Dungun.“Saya harap sekitar tiga atau empat bulan kedua-duanya dapat beroperasi,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata demikian ketika ditemui pihak media di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Hanafiah berkata, beliau turut mengarahkan kepada pegawai di setiap jabatan untuk mengenal pasti premis yang sesuai untuk dijadikan pusat jagaan kanak-kanak.“Kita dah beri arahan kepada jabatan kerajaan untuk mereka mencari premis di jabatan masing-masing bagi memastikan kita dapat membuka taska di tempat mereka. “Setakat ini belum ada maklum balas lagilah daripada jabatan lain,”ujarnya.Sehubungan itu, kata beliau walaupun terdapat halangan dan kekangan, namun lima buah jabatan memberikan khidmat taska kepada kakitangan mereka.“(Taska) yang telah beroperasi (di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK)) ialah di (pejabat) Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Majlis Daerah Besut.“Halangan utama (penyelenggaraan taska ialah) mengenai kewangan, jadi kita mengharapkan sekiranya wang (royalti) petroleum dibayar dengan baik oleh Kerajaan Pusat maka kita akan dapat bergerak dengan lebih baik lagilah,”tambahnya.Namun jika sebaliknya, ia akan memberi kesan kepada pengurusan taska sedia ada dan pembukaan taska yang baru.Justeru beliau berharap semua jabatan kerajaan dapat mengambil tindakan segera agar kemudahan taska yang membawa manfaat kepada penjawat awam itu dapat menjadi kenyataan.“Harapan saya ialah semua jabatan kerajaan di semua peringkat dapat membuka taska dengan seberapa segera bagi memastikan kakitangan kerajaan mendapat tempat yang lebih baik untuk meletakkan anak mereka sekurang-kurangnya tidak jauh daripada tempat mereka bekerja "Dalam masa yang sama mereka boleh berulang alik ke taska jika perlu kerana jaraknya yang tidak begitu jauh,” katanya.
06 Mar 19
36
Seminar Hala Tuju Tingkatkan Daya Saing Wanita Terengganu
KUALA TERENGGANU, 6 Mac – Seminar Hala Tuju Wanita Negeri Terengganu 2019 berupaya meningkatkan daya saing di kalangan kaum hawa agar lebih berkemahiran, berpendidikan dan memiliki tingkat sosio ekonomi yang menyerlah.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita negeri, Hajah Zuraida Md Noor berkata, seminar itu menepati matlamat untuk membina dasar, visi serta misi wanita di negeri ini.“Saya sangat berpuas hati dengan idea dan pandangan dan cetusan yang sangat membina untuk kita sama-sama membangunkan dasar wanita Terengganu sekali gus.“Ianya selaras dengan kehendak kerajaan menuju wanita maju berkat dan sejahtera,” jelasnya.Beliau berkata demikian selepas program Seminar Halatuju Wanita Terengganu di Permai Hotel, di sini, semalam.Pengarah Program Ustaz Zakaria IsmailZuraida berkata, resolusi seminar tersebut bertepatan dengan matlamat Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional yang sangat menitik beratkan untuk memartabatkan wanita dalam bidang pembangunan wanita dan keluarga.“Saya tanya maklum balas daripada peserta yang hadir dan mereka sangat menanti-nantikan program yang berbentuk perkongsian idea macam ini.“Bermula daripada orang yang profesional sampailah orang bawah maksudnya kita mengambil kira semua peringkat umur dan pelbagai lapisan sama ada dia doktor, peguam, surirumah, ataupun pekerja biasa. “Jadi idea itu memang mereka rasa dihargai kerana kita guna pakai dan mengiktiraf mereka untuk bersama-sama memberi pandangan untuk membentuk dasar dan halatuju wanita Terengganu,” ujarnya.Sehubungan dengan itu, Pengarah Program Ustaz Zakaria Ismail berkata, seminar ini adalah satu mekanisma untuk mendapatkan maklumbalas tentang apakah yang dimahukan oleh wanita Negeri Terengganu. “Jadi kita berdasarkan (kehendak) daripada bawah menyampaikan hasrat ke atas bukan daripada exco (atas) menyatakan apa yang dikehendaki (kepada peringkat) di bawah.“Hari ini kita mengumpulkan 53 agensi kerajaan, swasta, NGO dan orang persendirian ada juga kebanyakan mewakili pertubuhan wanita.“Hasil daripada perbincangan (seminar ini) dan pembentangan kertas kerja, kita keluarkan enam resolusi (yang akan) diambil perhatian oleh Exco kita,” ujarnya.Justeru itu, beliau yang juga Ketua Penyelidikan dan Pembangunan TSIS berkata, seramai 176 peserta yang mengambil bahagian dalam seminar tersebut telah berikrar dan memberikan komitmen untuk meningkatkan peranan mereka kepada tahap yang lebih tinggi.“Jadi kita bincangkan semua apakah peranan wanita ini boleh ditingkatkan lagi. Jadi setakat ini penyertaan wanita di Terengganu di dalam bidang tersebut adalah sangat tidak tinggi.“Kita berhasrat untuk meninggikan lagi kerana peluang itu ada Exco pun memberikan jalan macam manakah untuk memperkasakan wanita,” tegas beliau.
05 Mar 19
307
Kerajaan Bina Semula Lebih 15 Rumah Terbakar
KUALA TERENGGANU, 6 Mac – Lebih 15 rumah terbakar di seluruh Terengganu dibina semula oleh kerajaan negeri sejak mengambil alih pemerintahan sembilan bulan yang lalu.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan baharu mengambil langkah lebih proaktif berbanding pentadbiran negeri yang lalu apabila mengambil masa lebih lama untuk menggantikan rumah mangsa.Katanya, adakalanya pentadbiran lalu memerlukan tempoh masa sehingga setahun untuk menyiapkan rumah baharu.“Kami laksanakan (pembaharuan) kalau sebelum ini apabila berlaku kebakaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama Tabung Darul Iman mengambil masa antara lapan hingga 12 bulan untuk mendirikan semula rumah terbakar.“Tapi selepas kerajaan bertukar tangan saya diamanahkan untuk memegang jawatankuasa kebajikan saya telah memastikan dan mengadakan satu garis panduan, di mana saya mahu dalam masa tiga hingga empat bulan rumah tersebut didirikan segera dan boleh diserahkan kepada mangsa tersebut,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata demikian ketika merasmikan penutup Seminar Hala Tuju Wanita Negeri Terengganu di Permai Hotel, di sini, semalam.Dalam pada itu, Hanafiah mengucapkan tahniah kepada peserta seminar yang berjaya menghasilkan beberapa resolusi termasuk penubuhan urusetia wanita di peringkat negeri.“Saya juga sudah bersetuju antara resolusi yang dibentangkan sebentar tadi ialah penubuhan urusetia wanita. InsyaAllah saya rasa bulan depan kertas (kerja) tersebut saya akan buka kepada exco untuk mendapat kelulusan,” tegasnya.Beliau berharap, dengan penubuhan tersebut, beberapa orang wanita akan dilantik dan menganggotai urusetia tersebut untuk membincangkan secara serius mengenai program berkaitan.Justeru, beliau menaruh harapan seminar terbabit memberikan impak positif terutama dalam memperkemaskan perancangan dan pelaksaaan pembangunan wanita serta institusi kekeluargaan di Negeri Terengganu.“Mudah-mudahan, peluang yang diberikan ini mampu melahirkan wanita yang berminda kreatif dan inovatif, berjiwa kental dan teguh, bersikap proaktif dan gigih.“Pada masa yang sama, berkeperibadian seunggul ummahatul mukminin bagi membangunkan ummah dan memberikan sumbangan kepada negeri,” kata beliau.
05 Mar 19
33
'Tiba-tiba Mata Saya Berkaca' - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 5 Mac - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tiba-tiba bergenang air mata selepas menerima dua keping gambar kenangan beliau dengan bekas Menteri Besar Kelantan Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin. "Mata tiba-tiba berkaca menerima kiriman foto kenangan bersama Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hashim Jasin yang hadir untuk program Winter Gathering 1998 yang diadakan di Birmingham, United Kingdom. "Ketika itu, saya dan Dr Fadzli (sekarang YB Dato Dr Mohammad Fadzli Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan) merupakan pimpinan pelajar di United Kingdom & EIRE sedang menyiapkan pengajian PhD di UK," jelas Dr. Samsuri di status Facebook beliau hari ini. Serentak itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pengirimnya yang beliau tidak menyebut namanya sambil menyifatkan kedua-dua foto itu cukup bermakna kepada beliau. "Terima kasih kepada pengirim foto yang cukup bermakna ini, " katanya.
05 Mar 19
231