Artikel "Semasa" Terkini
Jaga Etika Kerja Penyumbang Maju, Berkat Dan Sejahtera
Membina negeri yang maju, berkat dan sejahtera perlukan keredaan Allah SWT - Ghazali.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 5 Mac - Kakitangan kerajaan negeri dinasihatkan menjaga etika kerja untuk memperoleh keberkatan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.Nasihat tersebut dilontarkan terutama kepada kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan warga kerja Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang rata-ratanya terdiri daripada kakitangan baharu.Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, antara elemen yang perlu diambil berat adalah menepati masa yang melambangkan sikap jujur, amanah dan menjadi aset kepada sesebuah organisasi kerajaan di setiap peringkat."Setelah 10 bulan kita dilantik mengikut kemahiran dan kepakaran masing-masing, sudah masanya untuk kita buktikan bahawa kepercayaan tersebut dibalas dengan memberi prestasi terbaik dalam perkhidmatan."Usaha kita menjaga keberkatan dalam pekerjaan juga bakal mengundang keredaan Allah SWT dalam segala urusan seharian serta membenihkan kehidupan tenteram dengan hasil kerja yang berkat,” katanya ketika ditemui pemberita, di Pusat Khidmat Masyarakat DUN berkenaan, di sini, hari ini.Menurutnya, setiap kakitangan perlu bekerja lebih serius serta meningkatkan mutu kecekapan dan kemahiran bekerja selain menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan sekerja kerana ia adalah amanah yang dipikul bersama."Walaupun kelihatan kecil, tetapi di bahu kitalah sebenarnya terletak tanggungjawab memastikan Terengganu yang maju, berkat dan sejahtera dapat dicapai.“Jadikan pekerjaan satu ibadah, maka kita akan lebih hati-hati serta memberi lebih penumpuan terhadap pekerjaan yang dilakukan."Insya-Allah kita semua mampu menjadi penyumbang kepada negeri ini untuk lebih maju serta dilimpahi keberkatan dan kesejahteraan," katanya.
05 Mar 19
109
Pusat Khidmat Kuala Nerus Ziarah, Bantu Pesakit Kronik
Wan Yusrizal Wan Shafi'i memberi semangat kepada pesakit.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 5 Mac - Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) telah menziarahi empat buah keluarga yang menghidap penyakit strok, kencing manis dan jantung di Kampung Seberang Tuan Chik dan Bukit Tok Ris. Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Shafi'i berkata, program ziarah yang dijalankan itu mampu menaikkan semangat pesakit-pesakit untuk terus bertarung melawan penyakit mereka.Jelasnya, selain rawatan perubatan biasa yang harus dilalui, pesakit juga perlu diziarahi sebagai suntikkan moral untuk mereka“Ramai pesakit yang dilawati pada hari ini merupakan pesakit-pesakit yang kronik yang memerlukan rawatan yang lanjut dan perlu dibantu.“Secara tidak langsung, program ini juga akan memberi keceriaan dan meringankan beban mereka,” ujarnya.Sumbangan untuk meringankan pesakit.Beliau berkata demikian semasa menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, semalam. Turut hadir, pegawai-pegawai PKAPKN dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dun Bukit Tunggal, serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Tok Ris dan Seberang Tuan Chik.Menurut salah seorang pesakit, Syed Abd Aziz Syed Mohd, 64, beliau berkata, penyakit jantung yang dihidapi oleh beliau memberi kesukaran kepadanya untuk melakukan kerja seharian.Beliau juga terpaksa bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan untuk menampung perbelanjaan harian.Program ziarah memberi semangat kepada pesakit.“Penyakit kronik ini memang menghalang saya untuk melakukan kerja seharian dengan baik.“Namun, sumbangan yang diterima dari pusat kebajikan meringankan sedikit beban yang saya hadapi,” katanya.Dalam program itu, PKAPKN telah memberi sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian kepada pesakit-pesakit.
04 Mar 19
41
Kerajaan Negeri Sedia Tangguh Pemindahan Peniaga Pasar Payang
KUALA TERENGGANU, 5 Mac - Kerajaan negeri hari ini mengesahkan kesediaan menangguhkan tarikh pemindahan peniaga di Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) ke pasar sementara iaitu Pasar Payang 2 yang pada asalnya dijadualkan April ini.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, penangguhan itu buat ekoran rayuan para peniaga meminta pertimbangan kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menunda tarikh pemindahan ke Pasar payang 2 selepas Aidilfitri tahun ini.Difahamkan, sebelum ini MBKT sudah mengeluarkan arahan supaya semua peniaga berpindah bermula 15 April ini ke Pasar Payang 2 yang dibina sebagai pasar sementara kira-kira 100 meter dari PBKP.“Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dengan kebajikan rakyat, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menangguhkan pemindahan peniaga dari April ke Jun ini yang mana tempoh pemindahan turut memakan masa selama sebulan.“Peniaga boleh mula berpindah dari PBKP ke Pasar Payang 2 selepas Hari Raya Aidilfitri dan dijangka tempoh itu mencukupi untuk memindahkan barang peniagaan dan sebagainya.“Selepas semua peniaga berpindah ke pasar sementara, kerja-kerja menaik taraf PBKP akan bermula di mana pelaksanaan projek berkenaan bakal mewujudkan persekitaran yang lebih selesa dan menarik bagi peniaga serta pengunjung,” ujarnya kepada pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di pejabatnya, hari ini.Katanya, ‘pemindahan sementara’ peniaga yang menjalankan perniagaan di 762 lot peniagaan di PBKP adalah untuk memberi laluan kepada pembangunan semula PBKP dan memberi nafas baharu kepada destinasi ikonik itu.Dalam perkembangan sama, sebelum ini Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut memberi jaminan bahawa kebajikan peniaga sedia ada di PBKP akan terjaga sebaiknya dengan kesemuanya mendapat lot perniagaan masing-masing di premis sementara, Pasar Payang 2.“Apabila projek pembangunan semula PBKP siap, mereka inilah juga akan berpindah balik dan tidak timbul nama tiada dalam senarai dan sebagainya, hanya berpindah sementara untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan di tapak sedia ada,” ujarnya.
04 Mar 19
33
`I Love U Mom!' - MB Terengganu
KUALA LUMPUR, 5 Mac - Keakraban dan nilai kasih sayang antara anak dengan ibu terserlah menerusi gambar ini.Pemimpin utama negeri, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan mengunjungi dan meluangkan masa dengan ibunya yang tercinta, Safiah Abd Latif, 78 apabila ke Kuala Lumpur sebagai menghargai jasa wanita yang membesar, mendidik dan menjaga beliau selama ini. "Alhamdulillah anakanda dapat menziarahi Ummiku tercinta di Kuala Lumpur (KL) pagi ini (semalam), moga sihat selalu dan dalam rahmat Allah jua."Setiap kali di KL, anakanda akan terus menyantuni Ummi, terima kasih tak terhingga kerana mendidik dan menjagaku sepanjang hidup ini. Usia 78 tahun masih nampak muda, I LOVE U MOM!" luah Dr Ahmad Samsuri dalam status yang dimuat naik dalam Facebook beliau semalam.Dr Samsuri semalam berada di Putrajaya untuk menghadiri mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kali pertama yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.Waktu senggang sementara menghadiri urusan rasmi itu, beliau sempat menunaikan tanggungjawab sebagai anak bagi mengeratkan lagi hubungan antara mereka walaupun sudah bergelar menteri besar.Malah, hubungan seorang anak dengan ibunya tidak akan renggang buat selama-lamanya walau apa kedudukan dan pangkat yang dimiliki masing-masing.
04 Mar 19
68
Mesyuarat Pertama ECERDC Lakar Perubahan Positif
Mesyuarat ECERDC Bil 1/2019 dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir di Putrajaya semalam.PUTRAJAYA, 5 Mac - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama dua menteri besar negeri Pantai Timur lain semalam, menyertai Mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) buat kali pertama di sini, dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.Dr Samsuri menerusi status yang dimuat naik dalam facebooknya, menyifatkan mesyuarat tersebut sebagai melakar perubahan positif demi rakyat Pantai Timur.Turut hadir, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Azmin Ali, Menteri Besar Kelantan, Dato' Bentara Kanan, Dato' Ahmad Yakob, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, pegawai-pegawai tinggi Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang berkenaan.Dari kiri Dr Ahmad Samsuri, Dato' Ahmad, Datuk Seri Azmin, Dato' Sri Wan Rosdy dan Lim Guan Eng hadir dalam mesyuarat pertama ECERDC di Putrajaya semalam.Sementara itu, Dato' Ahmad dalam status facebooknya pula mengharapkan dengan adanya mesyuarat tersebut kerjasama atas semangat federalisme segala urusan pembangunan negeri di Pantai Timur dapat diteruskan."Semoga dipermudahkan segala urusan dan merapatkan lagi kerjasama yang berpaksikan semangat federalisme ini khususnya dalam soal pembangunan negeri-negeri di Pantai Timur. InsyaAllah," ujarnya.Dalam pada itu Dato' Sri Wan Rosdy dalam status facebooknya juga berharap supaya mesyuarat itu mampu memberi manfaat kepada pembangunan dan ekonomi di Pahang."Semoga perkara-perkara yang telah dibincangkan pada mesyuarat hari ini (semalam) dapat memberi manfaat kepada pembangunan dan ekonomi di negeri Pahang, InsyaAllah," katanya.
04 Mar 19
109
Berhemah Guna Peruntukan Kerajaan
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 4 Mac - Semua jabatan dan agensi kerajaan termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) digesa berhemah ketika menguruskan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun berkata, mengikut arahan baharu, hanya satu per tiga yang perlu dibelanjakan daripada peruntukan yang telah disediakan kerajaan."Kita bergerak dalam keadaan pengawasan supaya tak melibatkan 'shortage' bajet yang telah diperuntukkan.Itulah bagi pihak MPKK pun, walaupun nak mohon sesuatu, boleh memohon tetapi jangan kata, kita mohon lama doh tapi tak boleh-boleh lagi."Sebab ada arahan, peruntukan itu kita kena selaraskan baik-baik, kita tidak menggunakan semua, tetapi sepanjang enam bulan," ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pengagihan Wang Ihsan, Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) Daerah Dungun di Pejabat Daerah di sini, semalam.Turut hadir, Pegawai Daerah Dungun, Rosdi Awang dan Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.Di majlis itu, seramai 26 keluarga yang terlibat dengan banjir di Seberang Pintasan dan Kampung Besol tahun lalu menerima sumbangan.Alias berharap supaya penerima termasuk pegawai dan agensi yang terlibat menerima peruntukan seadanya, selain bersyukur dan sentiasa berdoa supaya Allah SWT mengurniakan hidayah taufik yang baik untuk mensejahterakan semua.
04 Mar 19
50
PINTAR Tingkatkan Akses Internet Di Terengganu
Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU, 3 Mac - Kerajaan negeri memperuntukkan bajet sebanyak RM3.1 juta untuk membaiki dan menaik taraf Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) yang sebelumnya dikenali sebagai Bestari.comm (BESCOMM).Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, sistem pengurusan dan insfrastruktur yang ada pada pusat berkenaan akan ditingkatkan lagi agar bersesuaian dengan zaman teknologi maklumat kini.Jelasnya, PINTAR yang dilancarkan secara berperingkat akan memberi kemudahan kepada rakyat Terengganu untuk mengakses internet dan menyelesaikan urusan kerja dengan mudah.“Dalam bajet baru ini (2019) telah diperuntukkan RM3.1 juta termasuklah untuk urusan gaji (pembayaran) untuk kakitangan di sana.“Kami akan baik pulih (kemudahan dan sistem) termasuk menukar namanya kepada PINTAR daripada BESCOMM,”katanya.Segmen 'Kabbo Royak".Beliau berkata demikian pada wawancara khas segmen 'Kabbo Royak' siri ketujuh di Studio TV Darul Iman hari ini.Menurut beliau lagi, pusat internet itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar pada April nanti.Kerajaan negeri meletakkan sasaran untuk melancarkan empat buah PINTAR dalam tahun ini termasuk yang pertama di Kepong.“Insya-Allah bulan 4 (April) nanti Menteri Besar akan melancarkannya di Kepong, untuk yang pertama.“Kemudian kita akan buat dalam tahun ini, target empat untuk dilancarkan dan insya-Allah kita buat perubahan besar kepada semua bestari.comm yang ada,” tambah beliau.
03 Mar 19
170
Tumpu Kerja, Elak Pengaruh Negatif
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 3 Mac - Setiap pemimpin yang berkhidmat di pelbagai peringkat sama ada kampung, daerah, negeri dan negara dinasihatkan tidak terpengaruh dengan unsur negatif seperti cacian, kecaman dan fitnah sebahagian individu. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali sempat berpesan kepada ahli-ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen agar menumpukan kerja masing-masing tanpa mempedulikan orang yang mengata dan mencaci.“Setiap orang perlu buat kerja masing-masing sahaja kerana yang akan menilai kita ialah Allah SWT, yang beri pahala kita ialah Allah SWT dan bukannya manusia.“Sebarang tohmahan dan cacian yang dilemparkan kepada kita tidak akan habis,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Duha mingguan di Surau Ayah Itam Wan Ali, Kampung Baru Seberang Takir, baru-baru ini.Beliau mengingatkan, unsur-unsur negatif seperti itu tidak akan mampu menjatuhkan kita sebaliknya mereka yang sering melontarkan tohmahan itu ‘ibarat anjing menyalak bukit' dan 'bukit takkan runtuh dengan salakannya'.“Kita bekerjalah dengan sebaik-baiknya agar Allah SWT menganugerahkan keberkatan kepada kita,” pesannnya kepada semua hadirin.Kuliah Duha yang diadakan saban minggu itu berlangsung setiap pagi Jumaat semenjak lebih 10 tahun lalu.Dr. Khairuddin sering meluangkan masa menyampaikan kuliah tersebut sebagai tanggungjawab sebagai pemimpin dalam program yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat, baik pemuda, orang tua, wanita, dan kanak-kanak itu.
03 Mar 19
27
Medan Ilmu Jerteh Terus Jadi Tumpuan
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 3 Mac - Kuliah agama yang diadakan di Medan Ilmu Jerteh terus mendapat sambutan pengunjung yang terdiri daripada penduduk tempatan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, program yang berlangsung pada awal pagi Jumaat menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan ilmu-ilmu berkaitan isu semasa, agama dan kekeluargaan yang disampaikan.“Semangat seperti ini amat penting bagi memastikan kita tidak ketinggalan dengan arus perkembangan masa kini.“Kita berharap agar suasana ini berterusan dalam usaha kerajaan negeri untuk membentuk masyarakat sejahtera,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini.Kuliah Medan Ilmu Jerteh bermula pada jam 9 hingga 11 pagi, bertempat di tengah-tengah pusat bandar Jerteh yang membawa suasana ilmu kepada masyarakat setempat selaras saranan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang mahukan hari Jumaat sebagai ‘hari ilmu’ bagi rakyat Terengganu.
03 Mar 19
109
Iktiraf Pilihan Yang Dibuat Rakyat PRK Semenyih - MB Terengganu
SETIU, 3 Mac - Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berpendapat, perkara yang penting dalam sistem demokrasi adalah dengan mengiktiraf pilihan yang dibuat oleh rakyat.Menurut beliau yang juga Menteri Besar Terengganu, kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih semalam menunjukkan keyakinan pengundi Semenyih terhadap calon pembangkang yang dipilih.Ahmad Samsuri berkata, pengundi sebenarnya mempunyai sebab-sebab tersendiri menolak calon Pakatan Harapan (PH) sebagaimana dalam PRK Parlimen Cameron Highlands lalu termasuk faktor-faktor semasa.Katanya, keputusan itu diharap tidak akan mewujudkan tindak balas tidak sihat dalam proses demokrasi di negara ini.“Parti mana pun yang memerintah di peringkat pusat mahupun negeri, parti berkenaan tidak harus menzalimi dan menghukum rakyat yang membuat keputusan.“Kita ingin menuju ke arah negara demokrasi yang sihat dan salah satu perkara yang penting dalam sistem demokrasi adalah mengiktiraf pilihan yang dibuat oleh rakyat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar (MB) Terengganu, di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada calon BN yang memenangi PRK Semenyih.
03 Mar 19
65