Artikel "Semasa" Terkini
STPM 2018: Nur Syahidah Tebus Kegagalan SPM
KUALA TERENGGANU, 11 Mac - Kegagalan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menghalang Nur Syahidah Hassan, 20, muncul pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018.Pelajar Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) itu memperoleh 5A dalam peperiksaan STPM yang diumumkan hari ini.Nur Syahidah berkata, dia sedaya mungkin melakukan yang terbaik dalam peperiksaan STPM selepas kecewa dalam keputusan SPM dan Penilaian Menengah Rendah sebelum ini.Katanya, alhamdulillah dengan pertolongan Allah S.W.T, berkat doa ibu ayah, guru dan hasil hubungan baik dengan semua orang, dia mampu memperoleh keputusan yang membanggakan hari ini.“Apa yang diperoleh itu berkemungkinan hikmah daripada kegagalan meraih keputusan cemerlang dalam tiga peperiksaan utama sebelum ini.“Dalam SPM, saya hanya memperoleh 5A 5B 1C, sedangkan saya antara pelajar harapan guru yang menjangkakan mampu memperoleh 11A,“ katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Meraikan Pelajar STPM di SMAASZA, di sini, hari ini.Nur Syahidah antara 36 calon STPM di sekolah itu di mana SMAAZA turut diumumkan sebagai sekolah kedua terbaik mencapai keputusan semua principal (5P/4P) tertinggi.Katanya, atas nasihat ibu (Norhidayah Mustafa, 50) dan saranan guru supaya mengambil STPM, dia memilih SMAAZA bagi menebus kegagalan dan alhamdullilah, apa yang diimpikan kini menjadi kenyataan.“Tiada rahsia istimewa cuma amalkan bangun seawal pagi untuk menunaikan solat tahajud, membaca surah Yasin dan beberapa surah tertentu agar Allah permudahkan niat dan hajat,” katanya.
11 Mar 19
526
‘Mobile Pump’ Bantu Atasi Masalah Petani
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 11 Mac- Penggunaan ‘mobile pump’ merupakan langkah penyelesaikan jangka pendek dalam membantu petani mengatasi masalah kekeringan air di kawasan penanaman padi masing-masing.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, langkah itu digunapakai berikutan cuaca panas yang berpanjangan menyebabkan tekanan air dari tali air tidak mampu untuk mengalir masuk ke dalam sawah. “InsyaAllah, kita akan gunakan “mobile pump’ untuk ambil air daripada saluran air buang dan akan disalurkan ke sawah padi.“Dengan jumlah kapasiti air yang ada itu, ianya mampu disalurkan sebagai langkah segera supaya padi yang hampir mengeluarkan buah tidak rosak disebabkan oleh kekeringan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kawasan penanaman padi Kampung Oh, Jabi bersama kakitangan IADA Ketara, semalam.Katanya, kawasan berkenaan antara tempat yang terkesan ekoran cuaca panas yang berpanjangan sejak beberapa minggu lalu.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, fenomena kawasan padi kering yang berlaku di beberapa tempat merupakan faktor semulajadi. “Walaupun faktor semulajadi, kita cuba mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk membantu para petani,” ujarnya.
10 Mar 19
97
Sukan, Gaya Hidup Baharu Belia Langkap
Azmi Maarof bersama pasukan terbaik kejohanan.Oleh : Ariss AliasSETIU, 10 Mac - Aktiviti sukan untuk anak muda di sekitar kawasan Langkap akan diberi keutamaan agar potensi dan kebolehan mereka dapat digunakan sebaik mungkin. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof berkata, aktiviti itu sememangnya menjadi agenda penting yang akan diusahakan oleh pihaknya.Jelasnya, sukan merupakan aktiviti utama yang dapat menarik minat anak muda, secara tidak langsung ia juga dapat mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi."Kita akan mengutamakan sukan buat anak muda di DUN Langkap. Alhamdulillah kejohanan futsal telah berjaya dilaksanakan pada tahun ini."Insya-Allah selepas ini kita merancang mengadakan kejohanan sukan sepak takraw, bola sepak, bola tampar dan ping-pong peringkat DUN," ujarnya.Penyampaian hadiah untuk pemenang.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Kejohanan Futsal Tertutup DUN Langkap bagi tahun 2019, di sini, semalam.Hadir sama dalam majlis itu ialah Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Langkap, Hassan Karim, serta ahli jawatankuasa Pusat Khidmat DUN Langkap.Tambah beliau, kerajaan negeri turut menggalakkan golongan muda untuk bergiat aktif dalam bidang sukan."Saya ingin menekankan hasrat kerajaan Negeri Terengganu yang mahu setiap peserta mematuhi syarat menutup aurat."Kerajaan negeri tidak menghalang bahkan sentiasa mengutamakan sukan namun haruslah mematuhi syariat," katanya.Kejohanan itu menyaksikan Bukit Putera B dinobatkan sebagai juara setelah mereka menewaskan pasukan Kasar FC melalui tendangan penalti apabila keputusan terikat hingga tamat masa sebenar.Pasukan itu membawa pulang piala pusingan, pingat dan hadiah wang tunai sebanyak RM500.Manakala Kasar FC selaku naib johan pula membawa pulang pingat dan hadiah wang tunai sebanyak RM300.Anugerah penjaring terbanyak menjadi milik Mohd Zakaria Abu Bakar dari Kasar FC dan M. Aiman Che Zakaria daripada Bukit Putera B menerima anugerah penjaga gol dan pemain terbaik kejohanan. Kejohanan ini adalah anjuran Pusat Khidmat DUN Langkap dengan kerjasama i-MiTS DUN Langkap dan Pertubuhan Sahabat Komuniti Sejahtera DUN Langkap (PEMULA Sejahtera).
10 Mar 19
379
Pulau Peranginan Di Terengganu Kini Dibuka
Keindahan semulajadi pulau di Terengganu.KUALA TERENGGANU, 10 Mac - Pulau peranginan di Terengganu kembali meriah dengan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara apabila kesemua pusat itu mula beroperasi pada awal bulan ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pusat peranginan itu ditutup kepada semua pengunjung bermula pada November hingga Februari lalu berikutan musim tengkujuh yang melanda Terengganu. Katanya, resort yang kembali dibuka itu menyebabkan pakej percutian yang ada di Terengganu menjadi pilihan dan hampir keseluruhannya sudah terjual."Jualan pakej-pakej percutian di dalam dan luar negeri semasa berlangsungnya Karnival Pelancongan Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan Malaysia (MATTA) Fair Terengganu menunjukkan jumlah yang memberangsangkan selain Terengganu turut jadi pilihan.“Menyebabkan kebanyakan agensi kembara dan pelancongan telah mengambil risiko membeli bilik penginapan di pulau-pulau peranginan dan akan promosikan pada pelanggan sendiri,”katanya menerusi satu kenyataan kepada media, Rabu lalu.Pulau Redang. Foto ihsan - Amazing TerengganuBeliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat turut berkata, pertumbuhan industri pelancongan berkembang pesat akan menguntungkan rakyat bukan sahaja di Terengganu tetapi turut memberi kesan pada Malaysia.Jelasnya, kerajaan negeri juga akan terus mempromosikan industri pelancongan yang ada di Terengganu untuk meningkatkan lagi taraf sosio ekonomi.Beliau juga berharap supaya kolaborasi sebegini melalui badan-badan NGO pelancongan seperti MATTA, Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Hotel Bajet (MyBha) dan lain-lain dapat dimanfaatkan sepenuhnya.“Penyediaan prasarana dan perancangan, selain galakan dan promosi oleh kerajaan negeri bersama strategi perniagaan pengusaha-pengusaha pelancongan bakal membuahkan kejayaan dalam meningkatkan jumlah pelancong.“Seterusnya meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat negeri bertepatan menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera,” tambah beliau.
10 Mar 19
588
Terengganu FC Menang Bergaya Ke Atas Melaka 3-0
Syamim ketika meraikan gol ketiga di minit ke-74 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.KUALA TERENGGANU, 9 Mac - Melaka pulang dengan berputih mata apabila Terengganu Football Club (TFC) menyumbat tiga gol tanpa balas sekali gus memungut tiga mata penuh di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam ini. TFC menemui sentuhan gol pertama pada minit ke-23 melalui tandukan Nasrullah Haniff Johan selepas sepakan sudut dibuat oleh Lee Andrew Tuck.Sehubungan itu, hasrat untuk meraih kemenangan pertama di halaman sendiri musim ini akhirnya tercapai apabila skuad TFC mencatat kemenangan yang bergaya ke atas Melaka United, dengan jumlah gol tersebut lalu melonjakkan kedudukan mereka dalam kelompok enam teratas Liga Super.Dalam perlawanan ini, penjaga gol utama Suffian Rahman mengambil alih tugas selaku kapten pasukan daripada Kipre Tchetche untuk mengurangkan tekanan kepada penyerang import tersebut.Kipre Tchetche (tengah) sebagai pemain tunggak utama TFC, sentiasa dikawal rapi pemain pertahanan Melaka.Seperti biasa, pengendali Skuad Penyu, Irfan Bakti menggunakan formasi 4-1-4-1 dengan Kipre Tchetche menjadi ‘target man’ sambil dibantu oleh Sanjar Shaakmedov dan Lee Tuck. Manakala dua bekas pemain Pahang, Ashari Samsuddin dan Malik Arif mengisi posisi sayap kiri dan kanan. TFC memulakan perlawanan dengan lebih kerap mengasak ke kubu Melaka dalam usaha mencari gol di awal babak pertama. Peluang pertama mereka hadir melalui sepakan percuma di sebelah sayap kanan setelah Malik dijatuhkan namun percubaan Adib Zainuddin melambung tinggi pada minit ke-14.Melaka United dilihat mengalami kesukaran untuk mengekang kemaraan jentera serangan TFC dan masih mencari rentak untuk mendapatkan gol pertama mereka. 10 minit kemudian, usaha TFC mengasak ke kubu lawan akhirnya membuahkan hasil apabila pemain pertahanan, Nasrullah Hanif memanfaatkan peluang dengan menanduk bola sepakan penjuru Lee Tuck. Tersentak dengan jaringan itu, Melaka United terus mengaturkan serangan dan kerap menguji penjaga gol TFC. Peluang terbaik hadir melalui percubaan Safiq Rahim di minit ke-39 namun Suffian berjaya mendakap bola dengan kemas tanpa sebarang masalah.Lee Tuck (tiga dari kiri) beraksi cemerlang menentang Melaka. TFC jelas sekali tidak mahu keputusan seri berakhir sekali lagi pada malam ini apabila Lee Tuck membuat hantaran kepada Sanjar Shaakhmedov lalu disudahkan dengan kawalan dan rembatan cantik yang meletakkan Sang Penyu dua gol di hadapan sehingga tamat separuh masa pertama. Memasuki babak kedua, Irfan Bakti membuat sedikit perubahan taktikal dan melakukan pertukaran pertama pemain dengan memasukkan Syamim Yahya menggantikan Malik Arif di posisi sayap kanan. Percaturan itu ternyata memberikan pulangan yang lumayan apabila Syamim kerap memberi masalah kepada benteng pertahanan Melaka dan berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-74 setelah menerima umpanan cantik daripada Ashari Samsuddin. Situasi itu menyebabkan Zainal Abidin tidak senang duduk lalu mengeluarkan penyerang import, Aselmo Arudda Da Silva dengan memasukkan Shukor Adan untuk mengawal benteng pertahanan. Namun ia ternyata sudah terlambat untuk mempamerkan kebangkitan dan terpaksa mengakui kehebatan jentera tengah TFC. Kemenangan TFC malam ini merupakan hasil kebijaksanaan jentera tengah ditambah pula dengan percaturan yang menjadi daripada Irfan Bakti. Segala-galanya tidak menjadi buat Melaka United malam ini apabila gagal mempamerkan corak permainan sebenar dan ketiadaan tonggak tengah, Liridon Krasniqi yang mengalami kecederaan ternyata memberi kesan yang besar kepada skuad itu.
09 Mar 19
197
Nasib Asnaf Pulau Perhentian Terus Dibela
Dr. Riduan Mohd Nor (kanan).Oleh: Saifullah Jusoh dan Jusmawari JusohBESUT, 9 Mac - Nasib golongan asnaf dan miskin tegar di Kampung Nelayan, Pulau Perhentian akan diberi perhatian yang serius.Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr. Riduan Mohd Nor berkata, kesusahan yang mereka hadapi dalam menjalani kehidupan seharian tanpa kelengkapan cukup amat memeritkan.Jelasnya, bantuan seperti barangan keperluan asas untuk golongan itu perlu disalurkan setiap masa bagi meringankan beban mereka."Kita akan sedaya upaya mengambil berat dan cakna akan nasib golongan asnaf dan miskin tegar dalam kawasan Besut."Kita ziarah bukan semata-mata ketika musim pilihan raya sahaja, tetapi kita akan cuba untuk menziarahi masyarakat Besut pada bila-bila masa. "Saya berharap dengan sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan bagi meneruskan kehidupan seharian," ujar beliau.Ziarah dan memberi semangat.Beliau berkata demikian ketika mengetuai Program Jaulah Tarbawi di Pulau Perhentian, Besut, yang bermula semalam.Hadir sama dalam majlis itu ialah ahli jawatankuasa Pejabat Penyelaras Parlimen Besut dan Pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.Program itu turut disertai oleh Muslim Care Malaysia dan dibantu oleh Jabatan Amal Malaysia Kawasan Besut serta Kadet Amal Besut.Dalam program tersebut, sumbangan berupa barangan keperluan seharian seperti beras diberikan kepada mereka yang memerlukan.Bersama Pusat Khidmat DUN.
09 Mar 19
41
SMAASZA Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan MASMAT 2019
HULU TERENGGANU, 9 Mac - Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) berjaya menggondol johan keseluruhan dan johan keseluruhan perempuan dalam Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama (MASMAT) pada kali ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, generasi muda pada hari ini digesa bersaing secara sihat di semua peringkat termasuk antarabangsa bagi melahirkan anak-anak muda yang cemerlang dalam pelbagai bidang."Ruang dan peluang sentiasa terbuka luas kepada mereka yang mahu mencubanya."Dunia tanpa sempadan pada hari ini dan jika kita tidak meneroka dunia, maka orang lain akan terlebih dahulu meneroka dunia."Oleh itu, kita perlu meningkatkan jati diri dan kemampuan untuk jadi yang terbaik sekali gus membentuk bakal pemimpin akan datang," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup MASMAT Kali Ke-49 di Dewan Tok Fakeh, Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang, di sini hari ini.Turut hadir, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Azmi Mat Arsyad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr. Mamad Puteh.Seramai 13 kontinjen terdiri daripada sekolah agama dan madrasah yang terdapat di Terengganu menyertai sukan yang berlangsung di SMA Mahmudiah.Tambah Satiful lagi, kerajaan negeri sentiasa memberi ruang dan peluang kepada anak Terengganu bagi meraih kejayaan khususnya dalam bidang pendidikan.Sementara itu, Azmi berkata, MASMAT adalah medan mencari peserta yang layak ke Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Malaysia (KESUMA) pada 14 hingga 22 Julai ini di UITM Shah Alam, Selangor.Beliau berharap, pasukan Terengganu dapat mengekalkan kejohanan dan membawa pulang piala apabila mengondol johan keseluruhan KESUMA pada tahun lepas.
09 Mar 19
1044
Terengganu Kaji Prestasi Bola Sepak
Ustaz Hishamuddin melawat Stadium Ajax Amsterdam baru-baru ini. KUALA TERENGGANU, 9 Mac - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sedang mengkaji dari segenap sudut bagi menambah baik pembangunan sukan bola sepak supaya lebih berprestij di masa akan datang.Timbalan Pengerusinya, Hishamuddin Abdul Karim berkata, mengurus pasukan bola sepak bukan suatu perkara mudah."Banyak pihak terbabit. Kewajipan atas pemain, pihak pengurusan, padang, pusat latihan, penyokong, tiket dan pelbagai perkara lagi yang berkaitan."Kesempatan di Amsterdam tempoh hari saya manfaatkan dengan melawat Stadium Johan Cruyff Arena yang merupakan stadium utama buat kelab AFC Ajax Amsterdam (sebutannya Ayex).Turut sama saya singgah di Stadium Feyenoord cuma tak sempat ronda kerana ditutup pada hari itu," tulisnya di status Facebook semalam.Terdahulu, jelas beliau, Ajax berjaya menundukkan Real Madrid 4-1 di laman lawan sekali gus berjaya menyingkirkan Real Madrid dari pentas Liga Juara-juara."Stadium berkapasiti 55,000 orang ini sangat berprestij. Penjagaan keseluruhan infrastruktur bangunan amat baik dan sangat cemerlang. Lihat sahaja proses penjagaan rumput padangnya. "Sistem pencahayaan untuk kesegaran rumput dipasang. Lengkap berbumbung."Bak kata orang, semuanya bagus dan berkualiti," katanya ketika mengimbau kembali lawatan kerjanya ke Amsterdam, Netherlands baru-baru ini.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berusaha untuk membangunkan semula kemudahan stadium bola sepak Terengganu."Merenung balik ke tempat sendiri, kita akan keliru. Tidak tahu hendak mula dari arah mana."Bercakap soal Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, ia wujud sebelum Jabatan Kerja Raya (JKR) masuk Terengganu lagi. Begitulah gambaran usianya," jelas beliau.Menurutnya, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Gong Badak pula, jika dibaiki padangnya, keseluruhan SSMZA perlukan sentuhan baik pulih.Kosnya hampir sama dengan kos membina sebuah stadium baharu berkapasiti 20 hingga 30 ribu penonton."Kalau anda, di mana anda mahu bermula?" soalnya.Menyentuh soal penajaan, beliau berkata, bukan mudah untuk menerima tajaan di negeri Terengganu. Ia memerlukan syarikat yang mampu menaikkan 'volume' jualan produk mereka."Di sana (Amsterdam), mereka ditaja sepenuhnya Heineken (syarikat arak) di samping syarikat lain."Hasil jualan Heineken mengatasi hasil jualan tiket (full house). Ia bukan budaya kita. Kita perlu lebih kreatif lagi untuk menjana hasil dengan cara yang menepati syariah. Itu juga cabaran kita semua," jelas beliau.Berhubung dengan peminat pula, Hishamuddin berkata, di Malaysia, mereka agak bagus kerana peminat makin matang."Kita tidak lagi bergaduh dengan peminat pasukan lain. Paling tidak bergaduh di media sosial sahaja."Ajax dan Feyenoord, peminat mereka bertelagah teruk. Tidak boleh berada sekali dalam stadium. Pun begitu, penyokong masing-masing cukup menggilai bola dan menyokong pembangunan industri bola," jelas beliau."Lihat sahaja keupayaan kedai 'merchandise' mereka. Kita akan rasa ‘wow’ apabila menjengah masuk. Wow juga melihat harga jersi rasmi mereka."Harga jersi home €89.95. Orang sana kata jangan 'convert'. Tapi saya convert jugak, akhirnya dapatlah harganya dalam RM iaitu sebanyak RM400.00 untuk sehelai jersi. Yang order tempoh hari, pohon maaf luar kemampuan untuk membelinya," jelas beliau secara bergurau.
08 Mar 19
383
MPKK Padang Jerat Terima Lampu Pencahayaan Mudah Alih Dari TNB
Wan Sukairi Wan Abdullah.Oleh: Azizah MahmoodKUALA TERENGGANU, 8 Mac - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Padang Jerat, Pulau Musang adalah MPKK pertama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam menerima lampu pencahayaan mudah alih daripada TNB.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerjasama agensi kerajaan dalam membantu memudahkan urusan komuniti kampung disambut baik oleh rakyat Terengganu."Urusan seharian penduduk akan berjalan lancar apabila mendapat pertolongan semua pihak.Jelasnya, masalah pencahayaan di kawasan kampung sering menghantui masyarakat apabila kebanyakan tempat tidak dilengkapi dengan sistem yang baik."Alhamdulillah, kita amat berterima kasih di atas sumbangan lampu mudah alih ini yang akan memudahkan lagi urusan pengebumian waktu malam."Dan juga kita boleh gunakan di tempat-tempat lain jika ada kecemasan di waktu malam kerana ia mudah dibawa ke mana-mana," ujarnya.Aktiviti gotong-royong penduduk setempat.Beliau berkata demikian ketika menerima lampu mudah alih untuk kegunaan penduduk setempat daripada Pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu, Nazeri Puteh.Hadir sama, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Wakaf Mempelam, Radzali Abd Ghani, Pengerusi MPKK Padang Jerat, Rosdi Ibrahim serta ahli-ahli jawatankuasanya.Menurut Rosdi, pihak mereka amat berbesar hati dengan keprihatinan pihak berkuasa yang sudi membantu masyarakat kampung.Ujarnya, pemberian itu sangat bermanfaat dan memudahkan mereka untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan."Saya selaku Pengerusi MPKK Padang Jerat amat bersyukur atas sumbangan lampu mudah alih ini."Akan dimanfaat sebaiknya untuk anak mukim saya dan terima kasih juga pada YB (Yang Berhormat) yang turut bersama turun padang dalam melaksanakan gotong-royong ini," tambahnya.Membersihkan kawasan tanah perkuburan.
08 Mar 19
437
Nasib Nelayan, Penoreh Getah Tetap Dibela
Oleh : Helmi Abdul SalamSETIU, 8 Mac - Seramai 400 nelayan dan penoreh getah menerima sumbangan barang keperluan melibatkan peruntukan keseluruhan RM20,000 bagi membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup masing-masing.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Ustaz Mohd Shafizi Ismail berkata, program diadakan sebagai lanjutan dari sumbangan yang pernah diagihkan sebelum ini ketika negeri di bawah pembangkang."Tahun ini kita buat besar sikit program dan ramai penerima dapat sumbangan."Ini adalah hasil pitih yang kita kumpul dalam kocek ahli PAS yang bagi sumbangan. Terima kasih kepada penyumbang dan Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) DUN yang menjayakan program ini," ujarnya ketika merasmikan majlis Cakna Nelayan dan Penoreh Getah di perkarangan Pusat Khidmat DUN, hari ini.Mohd Shafizi berkata, perbelanjaan yang besar untuk melaksanakan program itu membuktikan bahawa PAS sentiasa menjaga kebajikan rakyat terutama golongan nelayan dan penoreh yang sering terhimpit dengan kos sara hidup terutama ketika musim tengkujuh lalu.Sementara itu, seorang penerima sumbangan Wan Mamat Wan Abdullah, 67 ketila ditemui berharap nasib mereka akan terus mendapat pembelaan daripada semua pihak."Terima kasih pada penganjur bagi sumbangan ini."Harga getah sekarang sekitar RM2.50. Saya rasa jika harga lebih dari RM4 kami sudah tidak memerlukan lagi sumbangan seperti ini," ujarnya.Wan Mamat juga berharap pihak berkaitan dapat mempertimbangkan kenaikan harga getah ke tahap yang munasabah berdasarkan keadaan ekonomi sekarang.
08 Mar 19
42