lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Kerajaan Penyatuan Ummah : Belum Dimuktamad
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA NERUS, 13 Mac - Kerajaan Penyatuan Ummah antara dua parti terbesar di Malaysia, UMNO dan PAS masih belum dimuktamadkan lagi.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, hasrat yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Mohamad Hasan baru-baru ini belum dibincangkan lagi di peringkat kepimpinan kedua-dua parti itu.Jelasnya, PAS juga terlebih dahulu akan mendengar cadangan dan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk ahli-ahlinya.“Buat masa ini tiada sebarang keputusan dan perbincangan yang mendalam lagi di peringkat kepimpinan PAS pusat.“Kita masih menunggu sebarang maklum balas daripada pelbagai ‘stakeholders’ sama ada ahli-ahli parti dan juga kepimpinan UMNO,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program ‘MB Mari Kampung Kite’ sempena Siri Jelajah Penerangan Bajet 2019 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, hari ini.Program bual bicara 'MB Mari Kampung Kite' turut mendapat perhatian kaum ibu.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri,  Dato’ A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md Azhar, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.Ahmad Samsuri yang juga Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat turut berkata, usaha bagi membina sebuah pentadbiran yang kukuh adalah satu cadangan yang baik.Tambah beliau, kerajaan yang kuat akan memberikan banyak manfaat untuk dinikmati bagi seluruh rakyat. “Kita melihat bahawa apa jua inisiatif, usaha ke arah membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan inklusif adalah satu perkara yang memberi kepentingan kepada rakyat.“Kita masih menunggu sebarang maklumat (penuh daripada kepimpinan kedua parti) sebelum membuat sebarang keputusan ,” katanya.
13 Mar 19
101
Empty Image
MB Umum Dana RM200 Ribu Bina Taman Rekreasi Teluk Pasu
Dr Samsuri bergambar bersama belia Teluk Pasu.KUALA NERUS, 13 Mac - Taman Rekreasi yang menjadi tempat riadah dan penyatuan masyarakat bakal dibina di Teluk Pasu dalam masa terdekat.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri telah melihat tapak cadangan untuk membangunkan taman itu yang berkeluasan hampir 1.6 ekar.Beliau berkata, taman itu akan dibina secara berperingkat dan pihaknya bersetuju untuk memberikan peruntukan bagi memenuhi hasrat dan cita-cita masyarakat di situ.“Kerajaan negeri meluluskan peruntukan awal sebanyak RM200,000 untuk urusetia tempat ini, supaya dijadikan asas dulu peringkat pertama.“Kalau berjalan dengan baik, ada respon yang baik dan menjadi tempat tumpuan kepada rakyat, insyaAllah kita akan pertimbang untuk tambah peruntukan bagi mencapai apa yang dihasratkan,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan ke lokasi tapak cadangan Taman Rekreasi Kampung Teluk Pasu itu, di sini, hari ini.Melihat peta lokasi tapak cadangan Taman Rekreasi Teluk Pasu.Turut hadir Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato’ A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Anuar Nik Mohamad Noor serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim.Ahmad Samsuri turut berkata, pemandangan indah yang terdapat di sekitar tapak itu juga sangat menarik dan unik.Katanya, taman yang bakal dibina itu pastinya akan menjadi ikon baharu di Teluk Pasu dan secara tidak langsung turut menjadi destinasi pilihan pengunjung, sama ada dari dalam ataupun luar daerah.“Suasana yang sangat menarik, saya tengok dengan ada sungai, tempat berteduh dan sangat santai.“Saya percaya kawasan ini boleh menjadi tempat rekreasi bagi menyatukan sillaturahim dalam masyarakat di Teluk Pasu ini secara khususnya,” tambah beliau.
13 Mar 19
545
Empty Image
MPKK Sebagai Mata Dan Telinga Kerajaan Negeri - MB
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA NERUS, 13 Mac - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) disaran supaya menjadi badan pemantau dan penyelesai bagi pihak kerajaan negeri di kampung-masing-masing.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, permasalahan yang dihadapi oleh rakyat akan dapat diselesaikan dengan mudah apabila badan itu bertindak mengikut kaedah yang betul.Jelasnya, masyarakat juga perlu mengetahui dan memahami saluran aduan yang betul agar ia menemui jalan penyelesaian terbaik dalam masa yang singkat.“Kita ada cara dan kaedah kita bekerja, MPKK ada masalah mesti berhubung dengan wakil rakyat masing-masing supaya mereka boleh ‘follow up’ masalah rakyat sehingga peringkat seterusnya.“Ini adalah cara kita nak selesai masalah, sebab itulah MPKK yang ada pada hari ini menjadi mata dan telinga, tak selesai dengan satu-satu cara, buat cara lain,” katanya. Masyarakat tempatan tidak melepaskan peluang untuk bersoal jawab.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta dalam program ‘MB Mari Kampung Kite’ sempena Siri Jelajah Penerangan Bajet 2019 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato’ A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md Azhar, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan, serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu.Program tersebut adalah siri yang ketiga diadakan selepas diadakan di daerah Besut dan Setiu serta Marang.Sesi bual bicara itu berjaya mengumpulkan hampir 1,000 masyarakat daripada pelbagai bidang yang menetap di daearah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.Program tersebut menjadi medium pemimpin negeri untuk menerima kritikan dan menerangkan pelaksanaan pembangunan oleh kerajaan kepada rakyat.
13 Mar 19
88
Empty Image
Kisah Yang Hilang Di Dasar Tasik Kenyir
Tasik Kenyir yang menyimpan pelbagai rahsia kehidupan di dasarnya sebelum ditenggelami air.HULU TERENGGANU, 13 Mac - Kira-kira 33 tahun lalu, Tasik Kenyir merakam detik penting dalam sejarah apabila mula beroperasi sebagai tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara setelah siap sepenuhnya pada tahun 1985 malah melenyapkan beberapa kisah dan sejarah kehidupan yang pernah tinggal di dasarnya.Mungkin ramai tidak menyedarinya bahawa di dasar tasik itu  menempatkan sembilan kampung dikenali sebagai Kampung Melur, Kelitok, Berching, Petang, Mentong, Melaka, Kuala Terenggan, Kerbak dan Belimbing yang pernah menjadi sebahagian daripada kawasan penempatan penduduk terawal di Hulu Terengganu.Namun kini cerita masyarakat yang dahulu berkampung jauh di hulu Sungai Terengganu itu bukan sesuatu yang diketahui umum. Kebanyakan kisah-kisah lisan yang turun dari generasi ke generasi itu semakin dilupakan.Said menunjukkan tanduk rusa berusia lebih seratus tahun yang merupakan peninggalan arwah bapanya yang berusia, satu-satunya tanda kenangan dari Kampung Kelitok.Wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini ke Kampung Kuala Dura, di Kuala Berang untuk menemui Said Penghulu Abbas, 72, bekas penduduk yang pernah mendiami perkampungan Kelitok di dasar Tasik Kenyir sebelum ditenggelami air pada 1984.Menurut Said, dia dan keluarganya berpindah dari Kampung Kelitok sewaktu berusia 13 tahun dan  menetap sepenuhnya di Kampung Kuala Dura sejak 1959.Katanya, sebelum ditenggelami air, dasar Tasik Kenyir yang suatu ketika dahulu subur dan permai yang mana kampung ini dihubungkan dengan sungai dan perahu atau rakit sebagai pengangkutan utama.“Penduduk tak ramai, cuma dalam 20 hingga 30 keluarga sahaja yang menetap dalam kampung dan kami bagaikan satu keluarga besar yang hidup bersama-sama.“Kehidupan kampung Kelitok jauh berbeza dengan kehidupan sekarang macam berada di dalam dunia yang tersendiri disebabkan kedudukan kampung yang terpisah jauh dengan penempatan lain menyebabkan kami pada masa itu bergantung sepenuhnya pada sumber alamBeliung atau alat membuat perahu yang digunakan sebagai salah satu senjata termasuk untuk menebang pokok oleh penduduk asal Tasik Kenyir masih tersimpan rapi bersama Said.Malah, untuk ke bandar Kuala Berang atau Kuala Terengganu ketika itu, penduduknya  terpaksa menaiki perahu atau mendayung rakit yang mengambil masa dua hari perjalanan, sebelum terpaksa berjalan kaki hampir setengah hari untuk sampai ke pekan."Perjalanan menggunakan rakit buluh atau perahu sangat mencabar kerana penduduk terpaksa mengharungi sungai yang berarus deras dan berbatu.Ada kala kami terpaksa berhenti untuk memikul perahu meniti batuan sehingga melepasi jeram sebelum mengayuhnya kembali ke pekan.  "Ketika itu, kita tak ada kenderaan lain selain berjalan kaki dan menggunakan perahu atau rakit buluh menyusuri sungai untuk ke kampung lain manakala perjalanan dari sebuah kampung ke kampung sebelah memakan masa paling singkat dua jam dan paling lama sehari suntuk. Bayangkan kami bertarung nyawa menaiki rakit buluh meredah arus deras untuk ke pekan untuk dapatkan bahan bekalan makanan seperti minyak, garam dan pakaian,”ujarnya yang kini mempunyai lapan orang anak hasil perkongsian hidup bersama Minah Othman, 70.Tambahnya, penduduk kampung bertani dan bersawah untuk mendapatkan sumber makanan bagi meneruskan kesinambungan hidup di hutan belantara yang terpencil selama berpuluh-puluh tahun.“Beras kami tak beli…kami tanam padi sendiri, ada ternakan sendiri seperti ayam atau berburu di hutan kalau teringin nak makan daging atau menjala ikan di sungai.Ini termasuklah tanaman sayuran … semuanya hasil tanaman sendiri. Hidup memang terasing, tetapi kami begitu rapat kerana kelompok kecil itu.“Kehidupan di tengah belantara yang dilalui oleh kami mula mendapat perhatian kerajaan sekitar 1950-an dan menyarankan penduduk supaya berpindah  dan perpindahan pertama bermula pada 1950 secara berperingkat kerana ada yang tidak mahu berpindah sebab sayangkan tanah kebun dan sawah yang luas," ujarnya.Menurut Said lagi, beliau juga  sempat bersekolah di sekolah yang beratapkan daun dan berdinding kayu di kawasan perkampungan itu kerana ayahnya, Penghulu Abbas sangat mementingkan pendidikan walaupun terpinggir dari kehidupan Bandar.“Sekolah Rendah Pasir Tekor merupakan sekolah pertama saya dan disitulah saya belajar mengenal huruf…walaupun muridnya tidak ramai tapi kami seronok bersama-sama.Cikgu-cikgu yang pernah mengajar pun masih ada lagi hingga sekarang seperti Cikgu Ghani yang kini tinggal di Kampung Bidur ,”ujarnya lagi.Tambah beliau, tempoh perpindahan penduduk dari 'dasar' Tasik Kenyir itu dilakukan kira-kira 20 tahun sebelum pembinaan empangan Stesen Hidro Elektrik Sultan Mahmud di Kampung Jenagor, Kuala Berang.Pada masa sekarang, bekas kampung yang bertukar menjadi tasik itu masih boleh dilihat berpandukan beberapa batang sungai yang masih mengekalkan nama asalnya.Di tengah-tengah tadahan air seluas 370 kilometer persegi itu pula tersusun 340 buah pulau yang dahulunya adalah puncak-puncak gunung dan bukit tertinggi di situ.Untuk rekod, empangan Kenyir yang dibina pada 1978 dan mula beroperasi pada 1985 itu adalah empangan hidro-elektrik terbesar di Asia Tenggara.Ketika pembinaannya lebih 30 tahun lalu, stesen hidro-elektrik itu menjadi simbol kejuruteraan terhebat yang pernah dibangunkan di negara ini.
13 Mar 19
5829
Empty Image
RM60 Juta Kemudahan Sukan; Terima Kasih Kerajaan Pusat
KUALA TERENGGANU, 13 Mac - Kerajaan negeri Terengganu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana menyalurkan dana sebanyak RM60 juta  bagi tujuan membina kemudahan sukan di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, peruntukan tersebut adalah melibatkan pembinaan empat projek yang tertangguh termasuk pembangunan velodrom di Dungun.“Yang pertama saya ucap terima kasih dan yang kedua insya Allah peruntukan ini melibatkan  banyak projek  dalam senarai yang telah pun diberikan oleh  menteri kepada saya,“Melibatkan empat projek  semua sekali (iaitu pembinaan velodrom berbasikal  Dungun, pembinaan Kompleks sukan Hulu Terengganu, Pembinaan Kompleks Sukan Mini Jabi dan pembinaan Pusat Rekreasi Air Pulau Duyong),” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wakaf Mempelam berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Gotong- royong perdana Pasar Borong Gong Pauh pada hari ini.Menurutnya, satu projek tambahan iaitu  Kompleks Sukan di daerah Marang telah diluluskan sewaktu Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman datang ke negeri Terengganu pada bulan lalu.“Yang tu (projek tambahan) insya Allah kita  akan susulkan untuk menjadi  satu realiti. Dan saya berharap agar peruntukan sebanyak RM60 juta diagihkan secepat mungkin,” ujarnya.
12 Mar 19
41
Empty Image
Saintis Wanita Ketuai Misi Pelayaran Penyelidikan Marin
Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 13 Mac - Saintis wanita, Dr Roswati Md Amin akan mengetuai misi Pelayaran Penyelidikan Saintifik yang mengelilingi Semenanjung Malaysia menerusi Laut China selatan dan Selat Melaka bermula hari ini.Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, pemilihan seorang wanita selaku ketua pelayaran adalah sebagai bukti kaum ibu juga berkebolehan dalam bidang kelautan.Jelasnya, penglibatan Dr Roswati dalam misi itu bertitik tolak daripada tema ‘Wanita dan Kelautan’ bagi sambutan Hari Kelautan Sedunia yang diperkenalkan oleh United Nations (UN) baru-baru ini.“UN telah mengeluarkan satu kenyataan tentang penglibatan wanita dalam bidang kelautan yang memberi impak besar tetapi kurang didedahkan kepada umum.“Bersempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19), UMT menganjurkan Pelayaran Penyelidikan Saintifik menggunakan kapal RV Discovery dengan menampilkan wanita sebagai ketua,” ujarnya. Sultan Mizan mencemar duli melancarkan misi itu.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Pelancaran Pelayaran Penyelidikan Saintifik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Jeti Duyung Marina & Resort, semalam.Majlis disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Berangkat mengiringi baginda Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.Turut hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Penasihat Undang-Undang Terengganu, Dato' Azhar Abdul Hamid, Pegawai Kewangan Terengganu, Mohd Zahari Md. Azahar, Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly MudaNor Aieni turut berkata, pelayaran yang melibatkan 56 lokasi persampelan akan berhenti di Gelang Patah, Johor sebelum bergerak ke Langkawi. Sultan Mizan berkenan melawat kapal SV Discovery.Pelayaran bertujuan untuk mengumpul maklumat oseanografi fizikal, biologi dan kimia serta pencemaran sekali gus mengetahui status terkini di persekitaran marin Semenanjung Malaysia.“Kajian yang dijalankan bakal menghasilkan senarai semak kehadiran spesis, sebaran dan biodiversiti yang terdapat di perairan Semenanjung Malaysia.“Status pencemaran di persekitaran marin meliputi mikroplastik, logam berat dan spesis asing dan invasif juga akan dapat diketahui,” katanya.
12 Mar 19
34
Empty Image
Kapal 'RV Discovery' Pertama Di Malaysia Belayar Esok
Sultan Mizan diiringi Dr Samsuri melawat kapal RV Discovery.KUALA TERENGGANU, 12 Mac - Pelayaran Penyelidikan Saintifik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) : Menelusuri LIMA’19 bersempena Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2019 (LIMA’19), akan bermula esok di Jeti Duyung Marina.Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, misi pelayaran tersebut akan menggunakan kapal penyelidikan milik UMT iaitu Research Vessel (RV) Discovery.Jelasnya, UMT merupakan institusi yang bergiat aktif di pelbagai peringkat dalam bidang sains marin dan juga merupakan satu-satunya universiti yang mempunyai kapal penyelidikan.“RV Discovery mengelilingi Semenanjung Malaysia menerusi dua laluan maritim, Laut China Selatan dan Selat Melaka selama 20 hari bersama 25 saintis.“UMT sebagai antara universiti yang mempelopori bidang sains marin di negara ini dan satu-satunya yang mempunyai kapal penyelidikan,” katanya. Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pelancaran Pelayaran Penyelidikan Saintifik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Jeti Duyung Marina & Resort, di sini, hari ini.Majlis berkenaan disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ A. Rahman Yahya, Penasihat Undang-Undang Terengganu, Dato' Azhar Abdul Hamid, Pegawai Kewangan Terengganu, Mohd Zahari Md. Azahar, Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda.Hadir sama, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Naib Canselor UMT. Prof. Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar, Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Tan Sri Dato' Seri Dr Halim Mohamad serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah UMT.Nor Aieni berkata, majlis pelancaran itu merupakan langkah permulaan sebelum UMT dan Terengganu melangkah lebih jauh dalam bidang penyelidikan saintifik dan maritim.Ujarnya, kajian yang dicapai oleh pihaknya akan dihebahkan kepada umum agar ia dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua.“Majlis pelancaran pada hari ini akan menjadi pembuka tirai bagi pelayaran penyelidikan Saintifik UMT.“Hasil daripada ekspedisi ini akan diterbitkan dalam bentuk penulisan saintifik serta artikel di media utama supaya maklumat yang dijana akan dapat diguna pakai,” tambah beliau.  
12 Mar 19
379
Empty Image
Terharu Terima Rumah PPTS
Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS, 12 Mac- Keceriaan jelas terpancar pada wajah tiga sekeluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal apabila mendapat rumah yang dinanti-nantikan selama ini menerusi Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS).Seorang penerima kunci rumah PPTS, Kamarol Hisham Mohamed, 32, dari Kampung Banggol Pauh begitu terharu dan amat bersyukur kerana penantian selama lapan tahun untuk memiliki rumah sendiri berakhir.“Alhamdulillah, setelah berurusan dengan pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Pusat Khidmat Masyarakat setempat, permohonan saya telah mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal.“InsyaAllah, tahun ini dapatlah beraya di rumah sendiri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah PPTS DUN Bukit Tunggal yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak di Kampung Tebauk, baru-baru ini.Sementara itu Dr  Alias berkata, kerajaan negeri komited untuk melihat rakyat Terengganu memiliki kediaman sendiri.Katanya, dalam memenuhi hasrat rakyat, sebanyak 20,000 unit rumah akan dibina secara berperingkat dalam tempoh lima tahun dan dijangka 160 unit rumah akan dibina di Tok Jembal pada tahun ini.“Kita sasarkan pembinaan 5,000 unit rumah setiap tahun dan permohonan boleh dilakukan secara dalam talian di laman sesawang e-perumahan.terengganu.gov.my.“Antara syarat untuk memohon PPTS ini ialah dengan mempunyai lot tanah sendiri atau diizinkan waris melalui akuan tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah,” ujarnya.
12 Mar 19
1233
Empty Image
Sultan Mizan Berkenan Lancar Pelayaran Penyelidikan Saintifik
Sultan Mizan Zainal Abidin.KUALA TERENGGANU, 12 Mac - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Pelancaran Pelayaran Penyelidikan Saintifik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) : Menelusuri LIMA'19, di Jeti Duyung Marina & Resort, hari ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu yang juga selaku Canselor UMT, Sultanah Nur Zahirah.Hadir sama, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Penasihat Undang-Undang Terengganu, Dato' Azhar Abdul Hamid, Pegawai Kewangan Terengganu, Mohd Zahari Md. Azahar, Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda.Turut hadir, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar, Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Tan Sri Dato' Seri Dr. Halim Mohamad serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah UMT.Sultan Mizan melawat kapal RV Discovery.Ketibaan baginda disambut dengan kawalan kehormatan yang mempersembahkan `Hormat DiRaja’ dan kemudiannya diikuti lagu Selamat Sultan. Baginda kemudiannya berkenan mendengar taklimat ringkas berkaitan objektif dan info penting pelayaran penyelidikan yang disampaikan oleh Nor Aieni.Sultan Mizan seterusnya berkenan menyaksikan gimik pelancaran sebagai simbolik kepada penyempurnaan acara itu sebelum mencemar duli melawat kapal Research Vessel (RV) Discovery.Pelayaran itu diadakan sempena berlangsungnya program Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2019 (LIMA'19) di Langkawi.Kapal penyelidikan akan mengelilingi merentasi dua laut berbeza.RV Discovery akan mengelilingi Semenanjung Malaysia menerusi Laut China Selatan dan Selat Melaka selama 25 hari bermula esok.Kapal itu dijangka tiba di Pulau Langkawi pada 23 Mac dan seterusnya menyertai pameran LIMA 2019 yang akan bermula 26 Mac.
11 Mar 19
170
Empty Image
Malaysia Perlu Batalkan Penyertaan Dalam Statut Rome ICC
Haji Ahmad Amzad (dua dari kanan) ketika berada di Dewan Rakyat hari ini. KUALA LUMPUR, 11 Mac - Kerajaan Persekutuan perlu lebih berhati-hati kerana dikhuatiri terdapat terma-terma yang tidak selari di antara Statut  Mahkamah Jenayah Antarbangsa Rom (Statut Rome ICC) dengan Perlembagaan Negara dan Undang-Undang yang sedia ada.  Apatah lagi ia bercanggah dengan Hak Asasi Melayu dan Bumiputera, Hak Raja-Raja Melayu, bidang kuasa Mahkamah Syariah serta Kedaulatan Negara.  Ahli Parlimen Kuala Terengganu,  Haji Ahmad Amzad Hashim mencadangkan agar Malaysia menarik balik penyertaan dalam statut itu kerana terdapat beberapa negara sudah berbuat demikian.  Ini termasuk Burundi dan Filipina selepas  menyertainya 10 tahun yang lalu.  Beliau meneliti perkara tersebut termasuk  kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)  dan Wisma Putra.  "Saya telah meneliti beberapa laporan media berkenaan perkar itu termasuk kenyataan rasmi dari SUHAKAM. Yang terbaru adalah kenyataan rasmi dari Wisma Putra berkenaan isu yang sama. "Jika diamati objektif kerajaan secara langsung untuk menyertai Statut Rome ICC iaitu untuk membanteras jenayah antarabangsa yang sangat serius termasuk genosid, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan, objektif-objektif berkenaan adalah selari dengan prinsip-prinsip keadilan Islam yang PAS dokongi dan pertahankan, " katanya dalam satu kenyataan media hari ini.  Menurut Amzad, jika diamati dengan lebih terperinci dalam beberapa objektif yang digariskan Wisma Putra terutama berkenaan jenayah terhadap kemanusiaan, beliau berpandangan bahawa Kerajaan Persekutuan perlu lebih berhati-hati kerana dikhuatiri terdapat terma-terma yang tidak selari di antara Statut Rome ICC dengan Perlembagaan Negara dan Undang-Undang yang sedia ada.  "Lebih-lebih lagi jika ia bercanggah dengan Hak Asasi Melayu dan Bumiputera, Hak Raja-Raja Melayu, bidang kuasa Mahkamah Syariah serta Kedaulatan Negara," jelasnya.  Katanya, antara beberapa perkara yang ingin dibangkitkan termasuk Kedudukan Artikel 7 di dalam Statut Rome ICC yang berkait rapat dengan 'Torture' di mana Sebatan Syariah cuba diklasifikasikan pihak tertentu sebagai 'Torture' di dalam Konvensyen CAT (Convention Against Torture atau Konvensyen Terhadap Penyeksaan).  "Adakah dengan keputusan Kerajaan Pusat berupaya memastikan tidak berlaku campur tangan pihak luar terhadap bidang kuasa Mahkamah Syariah khususnya terhadap hukuman sebatan, " soalnya.   Beliau percaya keputusan kerajaan yang tidak mahu sertai Statut Rome ICC sebelum ini atas sebab-sebab tertentu, berkait rapat dengan cabaran untuk meminda perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada malah wujudnya undang-undang yang sedia ada sudah memadai untuk memenuhi objektif Statut Rome ICC.  "Kenapa tiba-tiba pada 4 Mac baru-baru ini, pihak Kerajaan mahu pula sertai Statut Rome ICC ini.   "Sila Rujuk Laporan Kebangsaan yang dihantar wakil Kerajaan (Bahagian Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan Kementerian Luar Negeri) untuk tempoh Mac 2013 sehingga Mac 2018 kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Persidangan Universal Periodic Review (UPR) atau Kajian Berkala Universal yang dianjurkanpada 8 Novemer tahun lepas," jelasnya.  Kata beliau, beberapa negara Islam yang tidak menyertai statut itu termasuk Brunei, Republik Indonesia, Turki, Sudan Selatan, Kazakhstan, Pakistan, Arab Saudi, Iraq, Libya, Qatar dan lain-lain. Amzad menjelaskan, jiran kepada Malaysia iaitu Thailand dan Singapura juga tidak sertai Statut Rome ICC. Kenapa tiba-tiba Malaysia di bawah Kerajaan Pakatan Harapan mahu sertai Statut Rome ICC ini, " soalnya.   Menurut beliau, ia dipercayai memberi kesan pada kuasa Raja-Raja Melayu khususnya terhadap Mahkamah Khas, kedudukan Ketua Negara, imuniti dan kekebalan.  Ia turut dipercayai memberi kesan kepada Umat Islam secara keseluruhannya kerana Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam. Tambah beliau lagi, statut itu juga dipercayai memberi kesan kepada campur tangan negara atau pihak asing terhadap kes-kes 'jenayah kemanusiaan' dalam negara yang mungkin bukan ‘jenayah kemanusiaan’ mengikut tafsiran sebatan syariah yang dianggap sesetengah pihak sebagai jenayah tersebut.   Katanya, masalah tiada reservasi untuk Statut Rome ICC seperti Konvensyen atau Triti Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang lain.  Menurut Amzad lagi, ia juga memberi kesan pada undang-undang tempatan yang sedia ada jika berlaku percanggahan atau tidak selari dengan Statut Rome ICC.  "Jika objektif Statut Rome ICC ini penting untuk membanteras jenayah antarabangsa yang sangat serius iaitu genosid, kenapa Israel, Amerika Syarikat, Myanmar serta Syria tidak menyertai statut tersebut." ujarnya.   "Saya juga ingin mencadangkan agar keputusan kerajaan pusat untuk menyertai Statut Rome ditarik balik berdasarkan Artikel 127 Statut Rome sendiri yang membenarkan mana-mana Negara untuk menarik balik penyertaan terhadap ICC sehingga Konsultansi Awam dengan semua pihak yang berkepentingan dapat dilaksanakan terlebih dahulu khususnya dengan Majlis Raja-Raja, Majlis Agama Negeri-Negeri dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).  "Malah Burundi, dan Filipina yang pernah menyertai Statut Rome ICC lebih 10 tahun yang lalu akhirnya telah menarik balik penyertaan mereka pada tahun 2017 dan 2019," ujarnya lagi.
11 Mar 19
95