lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Program 10,000 Langkah Tarik Lebih 1,000 Penyertaan
KUALA NERUS, 15 Mac - Lebih 1,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading menyertai program 10,000 Langkah Bersama YB bertempat di Kampung Jeram, DUN Buluh Gading, pagi tadi.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, matlamat utama program ini bagi menggalakkan masyarakat dan rakyat supaya mengambil berat soal kesihatan serta memperbanyakkan bersukan dalam kehidupan seharian."Program-program seperti ini perlu disertai oleh semua lapisan masyarakat bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan kuat."Sesungguhnya, Allah SWT lebih menyayangi orang Islam yang kuat dan sihat," ujarnya ketika ditemui pada program berkenaan.Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Alias Razak yang juga  ADUN Bukit Tunggal dan ADUN Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim.Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Buluh Gading dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Buluh Gading.Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan masyarakat.
15 Mar 19
104
Empty Image
Amalan Bangun Malam, Resepi Kecemerlangan Aizudin
Aizudin diraikan wakil DUN Kuala Besut atas kejayaannya.Oleh: Saifullah JusohBESUT, 15 Mac - Amalan bangun malam untuk mengulang kaji pelajaran seawal jam 3 pagi menjadi resepi kejayaan Aizudin Mah Hassan, 20, dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2018 yang diumumkan baru-baru ini.Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut itu berjaya memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 apabila mencatat keputusan A dalam kesemua subjek yang diambil sekali gus dinobatkan antara pelajar cemerlang dari seluruh negeri Terengganu. Bapanya, Mah Hassan yang merupakan seorang nelayan melahirkan kegembiraan atas kejayaan tersebut."Dia (Aizudin) boleh dikatakan bangun seawal jam tiga pagi setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran selain menunaikan ibadah sunat untuk memastikan dirinya tidak ketinggalan dalam pelajaran,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu diziarahi Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh, di rumahnya di Kampung Pachakan, Rabu lalu.Azbi yang hadir bersama Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad turut menyampaikan sumbangan kepada Aizudin sebagai penghargaan atas kejayaannya.Mah Hassan juga berharap anaknya itu mendapat peluang melanjutkan pelajaran dan mengejar cita-citanya.Dalam pada itu, Aizudin yang turut ditemu bual menyatakan hasrat tersendiri ketika ditanya berkenaan bidang pengajian yang diimpikannya.“Saya berhasrat menyambung pengajian dalam bidang pendidikan di Universiti Sains Malaysia (USM) sebagaimana kakak yang kini menuntut di sana,” katanya.
15 Mar 19
79
Empty Image
Pihak Berkuasa New Zealand Perlu Bertindak Tegas - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.BESUT, 15 Mac - Pihak berkuasa New Zealand digesa bertindak tegas terhadap pengganas bagi menangani insiden serangan bersenjata di dua buah masjid di Christchurch.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kejadian yang turut melibatkan rakyat Malaysia itu perlu disiasat dengan teliti.Jelasnya, tindakan yang tepat dan berkesan mesti diambil segera bagi mengelakkan perkara sama berulang dengan lebih teruk."Kita minta supaya pihak berkuasa New Zealand mengambil langkah yang tegas."Ianya bagi menghalang perkara ini menjadi suatu wabak yang lebih berat keadaannya di New Zealand dan Australia yang berhampiran," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Jadual 5A Kepada 170 Peserta dari Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Mukim Keluang dan Durian Ubi di Taman Awam Pantai Air Tawar, di sini, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Pegawai Daerah Besut, Rozali Salleh dan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Besut, Ahmad Rizal Mamat.Hadir sama, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad, Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor serta Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh.Menyerahkan jadual 5A kepada peserta RTB.Ahmad Samsuri turut melahirkan rasa simpati terhadap keluarga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pengganas di sana.Beliau berharap agar semua pihak mendengar dan mengikuti segala arahan pihak atasan New Zealand."Kita bersimpati dengan mereka dan kita harap seluruh anggota keluarga bersabar, kita berharap bukan rakyat Terengganu."Kita harap rakyat Malaysia di sana mendengar arahan pihak berkuasa tempatan di New Zealand," tambah beliau.Sehingga pukul 3.00 petang tadi waktu Malaysia terdapat dua rakyat Malaysia cedera dalam insiden itu dan kini sedang dirawat di hospital.
15 Mar 19
100
Empty Image
Pendidikan Islam Untuk OKU Masih Lemah
Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 15 Mac - Golongan istimewa dilihat sedikit tercicir dalam aspek dakwah apabila modul yang diguna pakai hari ini seakan-akan sama seperti yang digunakan untuk golongan normal.Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti  Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Adnan Mohamed Yusoff berkata, ramai mungkin terlupa bahawa penerimaan golongan istimewa atau golongan kurang upaya (OKU)  itu dalam mesej dakwah adalah berbeza terutama dalam penyampaian ilmu."Kefahaman itu bergantung cara mana, kita menyampaikannya dalam bahasa isyarat serta visual.“Kadangkala, simbol dalam bahasa isyarat itu tidak ada dalam perkataan tertentu dalam pengajian Islam dan itulah yang hendak diseragamkan oleh pengkaji supaya kaedah itu dapat diterap dalam agenda dakwah OKU dalam semua peringkat umur golongan istimewa itu,'' ujarnya.Beliau berucap demikian ketika mengunjungi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullah di Wisma Darul Iman, di sini, baru-baru ini.Dr. Adnan berkata, pendekatan kerohanian dan pemahaman bahasa isyarat yang betul dengan maksud yang tepat akan dapat memberikan mesej betul dalam dakwah OKU ini.Menurutnya, budaya menghukum di kalangan masyarakat kadangkala menyebabkan pendekatan dakwah semakin ditinggalkan dan perkara itu menyaksikan golongan OKU semakin jauh dengan Islam.Oleh yang demikian Adnan berkata, dalam melihat isu dan cabaran golongan OKU khususnya pada aspek merealisasikan konsep indahnya hidup beragama antara perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah sejauh mana masyarakat khususnya golongan cerdik pandai dalam kalangan mahasiswa pengajian Islam mendekati dan memahami budaya golongan minoriti ini.Menyedari keperluan itu, USIM juga melihat pentingnya bahasa isyarat pelbagai medium komunikasi bagi OKU pekak.“Jika kita boleh melahirkan golongan ‘huffaz al Quran' dalam kalangan OKU masalah penglihatan, saya rasa tidak mustahil pula kita akan dapat melahirkan golongan ‘huffaz al Quran' di kalangan OKU pekak,'' tegasnya.
15 Mar 19
62
Empty Image
PAS Kecam Serangan Tembakan Rambang Di New Zealand
Abdul Hadi Awang. Foto ihsan - Media Presiden PASKUALA TERENGGANU, 15 Mac - PAS mengecam tragedi kemanusiaan melibatkan serangan pelampau di dua masjid di Christchurch, New Zealand hari ini, yang turut mengorbankan nyawa saudara Islam yang tidak berdosa.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS berkongsi rasa simpati dan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa dan mengharapkan penjenayah yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan dengan segera."PAS menyifatkan insiden ini sebagai suatu tindakan terkutuk yang melampaui batas kemanusiaan dan tidak boleh diterima oleh masyarakat dunia keseluruhannya."PAS menegaskan bahawa budaya toleransi antara agama adalah sangat penting bagi mewujudkan keamanan sejagat, manakala budaya prasangka dan prejudis seperti fahaman ‘Islamofobia’ perlu ditangani semua pihak," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya hari ini, mengulas tentang insiden gelap bagi umat Islam tersebut."Semoga Allah merahmati roh saudara-saudara kita di Christchurch, New Zealand," ujarnya.
15 Mar 19
25
Empty Image
11A SPM Kenangan Manis Buat Jasmine Sopiya
Jasmine Sopiya bersama ibu dan bapa.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 15 Mac - Mengulang kaji pelajaran adalah rahsia Jasmine Sopiya Mohd Jamsari Azman, 18, memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM 2018 yang diumumkan semalam.Katanya, ulangkaji dan latihan berterusan pada setiap masa ternyata memberikan kenangan yang cukup manis buatnya apabila mendapat 11A.“Selalu membuat latihan membantu saya untuk lebih memahami apa yang dipelajari.“Apabila buat ulangkaji selalu, saya lebih yakin dan mampu untuk menjawab soalan dengan baik,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menerima slip keputusan daripada Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Dewan Saidina Abu Bakar, SHAMS, di sini semalam.Jasmine Sopiya yang mengikuti aliran sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik (SHAMS) turut menghargai segala jasa dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak.Jasmine Sopiya ketika ditemubual.Jelasnya, sokongan yang diterima menjadi pembakar semangat buat dirinya untuk terus berusaha demi mencapai cita-cita.“Terima kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan saya yang mendorong dan membantu saya walaupun dalam keadaan mereka sibuk.“Tidak lupa kepada guru-guru yang mengadakan kelas-kelas untuk pelajar-pelajar,” ujarnya.Anak jati Kampung Aur Chendering itu merupakan anak sulung kepada seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMKSS).
15 Mar 19
143
Empty Image
LGBT Merupakan Jenayah- Dr Ahmad Samsuri
KUALA TERENGGANU, 14 Mac- Hukum dan peraturan dalam agama Islam tidak boleh ditunduk dan dibelakangkan hanya kerana ingin mengangkat makna kebebasan bersifat songsang yang berselindung di sebalik payung hak asasi manusia.Bercakap mengenai gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), ia tidak seharusnya megah dilaungkan sebagai hak setiap warganegara semata-mata, sebaliknya perlu juga diteliti mengenai hak dalam kelompok masyarakat.Mengulas perkara itu, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar  menegaskan bahawa kesemua perlakuan seks di luar tabii jelas merupakan satu bentuk jenayah.Katanya, oleh itu, sebagai masyarakat, terutama ibu bapa perlu mememainkan peranan besar dengan memantau anak berkaitan penggunaan berasaskan teknologi maklumat, terutama melalui telefon bimbit dan komputer.“Lagi canggih penggunaan alatan teknologi, lagi bijak seseorang manusia itu meneroka perkara yang salah atau songsang.“’Kita sama sekali tidak menyalahkan kecanggihan teknologi masa kini lebih-lebih lagi dalam negara menuju industri evolusi ke empat. Kita perlu berdepan kecanggihan teknologi tetapi jangan menyalahgunakan kecanggihan teknologi yang ada,”katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman I, di sini petang ini.
14 Mar 19
211
Empty Image
Kerajaan Negeri Ambil Berat Isu Pencemaran
KUALA TERENGGANU, 14 Mac- Kerajaan negeri memandang serius kejadian pencemaran toksik yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sejak Khamis lalu hingga menyebabkan 506 mangsa dirawat dan 43 sekolah di kawasan sekitar ditutup.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya amat menyesali apa yang berlaku terutamanya tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang sewenang-wenangnya membuang sisa toksik ke dalam sungai.“Ini adalah perkara yang amat dikesali bukan sekadar yang berlaku di Johor tetapi seluruh negara kerana aspek alam sekitar ini kesannya adalah berpanjangan dan boleh mendatangkan kecederaan dan kecelakaan kepada penduduk.“Kita minta semua agensi terlibat di Terengganu khususnya tidak memandang mudah perkara ini dan sentiasa memantau perkembangan semasa terutama di kawasan industri untuk mengelak daripada perkara sebegini berlaku di negeri ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu pencemaran toksik di Johor pada sidang media pengumuman SPM di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik, hari ini.Katanya, jika dilihat di negara-negara maju, penggunaan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai sangat ketat dalam pengendalian bahan-bahan kimia dan Terengganu turut menekankan perkara yang sama kerana negeri ini mempunyai industri berat, minyak dan gas yang besar.“Saya sudah memaklumkan kepada agensi-agensi kerajaan negeri dan lain-lain untuk mengambil tindakan proaktif bagi menghalang perkara sebegini berlaku di negeri ini.“ Alhamdulillah, sungai di Terengganu berada dalam keadaan baik berbanding dengan tempat-tempat lain kerana SOP bersama agensi yang terlibat seperti Jabatan Alam Sekitar sentiasa dilaksanakan termasuk melakukan pemeriksaan dan pemantauan secara berkala,” ujarnya.
13 Mar 19
42
Empty Image
Penglibatan Ibu Bapa, Guru Dan Komuniti Penting Majukan Sektor Pendidikan
KUALA TERENGGANU, 14 Mac- Penglibatan ibu bapa dan ko­­muniti merupa­kan kaedah terbaik bagi bersama-sama pihak sekolah me­majukan lagi sektor pendidikan negara.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, peranan mendidik bukan tugas guru semata-mata tetapi memerlukan kerjasama semua pihak. "Proses pendidikan yang berjaya sebenarnya perlu mendapat kerjasama semua pihak dan sebab itulah adanya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PiBG). "Menunaikan hak mendidik anak-anak sangat penting kerana merekalah yang akan mengurus negara ini pada masa akan datang," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Permuafakatan Akademik, Penetapan Target PT3, SPM Dan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, hari ini. Ahmad Samsuri berkata, SMKA Sheikh Abdul Malek diharap akan dapat meneruskan dan meningkatkan lagi kecemerlangan bukan sahaja dalam akademik tetapi meliputi semua aspek kehidupan
13 Mar 19
698
Empty Image
SPM 2018: Kerajaan Negeri Tawar Tajaan Biasiswa Kepada Empat Pelajar Cemerlang
Ahmad Samsuri beramah mesra bersama pelajar cemerlang SPM 2018KUALA TERENGGANU, 14 Mac- Kerajaan negeri menawarkan penajaan biasiswa kepada empat pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat semua A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang diumumkan serentak seluruh negara, hari ini.Pelajar cemerlang tersebut, Muhammad Hilman Nor Azmi dari Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Terengganu dan Nurin Batrisya Mohd Azmi dari Sekolah Menengah Imtiaz Besut yang mendapat 11A+.Sementara itu, Amirah Husna Abdul Kahar dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus dan Nur Atiqah Syuhadah Hamdan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Tengku Lela Segara, Marang mendapat 9A+.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, menerusi Bajet 2019 kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM5 juta pembiayaan biasiswa sepenuhnya kepada pelajar cemerlang sehingga mereka menamatkan pengajian. “Hari ini, Terengganu telah mencatat peningkatan dimana empat orang pelajar berjaya mendapat semua A+ dalam SPM berbanding tiga orang tahun lepas.“Secara automatik, kita akan tawarkan biasiswa penuh kepada empat pelajar ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media pengumuman SPM di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik, hari ini.Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM10 juta sepanjang tahun ini bagi pinjaman pendidikan untuk tujuan pembayaran yuran.Terengganu terus mengungguli dalam bidang pendidikan apabila keputusan SPM 2018 merekodkan peningkatan dengan Gred Purata Keseluruhan (GPK) negeri 4.90 mengatasi GPK kebangsaan 4.95.
13 Mar 19
648