lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Sukan Patuh Syariah Pertama September Ini
Wan Sukairi (tengah) melayani anak-anak Terengganu di Sabah dalam Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet 2019 di Kota Kinabalu Sabah, semalam.KOTA KINABALU,  18 Mac - Terengganu bakal melaksanakan sukan patuh syariah pertama di Malaysia dalam penganjuran Sukan Terengganu mulai 4 hingga 9 September ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia,  Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri,  Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata,  kerajaan negeri akan menganjurkan sukan patuh syariah Terengganu 2019 yang pertama di Malaysia.  "Ini adalah penambahbaikan yang kita lakukan untuk merealisasikan polisi patuh syariah setiap program kerajaan.  "Saya sendiri telah mengada perbincangan dengan penggiat-penggiat sukan Terengganu termasuk dengan Kerajaan Negeri Kelantan dalam usaha untuk menyediakan model sukan berkenaan, dengan persetujuan Menteri Besar,  Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sendiri," jelasnya.  Ustaz Wan Sukairi mengakui bahawa beliau telah menemui Menteri Besar untuk tujuan tersebut dan mendapat persetujuan bagi melaksanakan sukan patuh syariah itu.  Beliau berkata demikian dalam sesi dialog dengan anak-anak Terengganu di Sabah, di sini, semalam.  Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan,  Kebudayaan  dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman,   Pengarah Yayasan Terengganu (YT) Haji Ishamudin Hashim,  Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said dan kira-kira 200 anak Terengganu di Sabah.Sebelum ini, Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam menjelaskan bahawa sukan berkenaan akan diadakan dua tahun sekali yang berselang-seli dengan Sukan Malaysia (SUKMA) yang bakal diadakan di Johor tahun depan.  Katanya,  kerajaan negeri menyediakan peruntukan yang yang agak besar untuk pembangunan sukan di Negeri Terengganu  tahun ini.  "Kita mengharapkan, dengan peruntukan tersebut dan dengan kerjasama semua pihak, Terengganu terus berupaya mengungguli kejuaraan sukan di Malaysia serta di peringkat antarabangsa," ujarnya.Anak-anak Terengganu memperagakan baju t-shirt sebagai kempen rakan pelancong bagi memperomosikan Terengganu di Sabah.
17 Mar 19
142
Empty Image
Keadilan Buat Keluarga Mangsa Keganasan Di Christchurch
Ahmad Amzad HashimOleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 17 Mac - Pengganas yang membunuh orang awam di New Zealand haruslah dikenakan hukuman yang setimpal seperti hukuman mati bagi mengadili perbuatan kejam yang telah dilakukannya.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, tindakan pengganas tersebut sangat terkutuk sehingga sanggup membunuh orang yang tidak berdosa.Jelasnya, kejadian yang mengejutkan seluruh dunia itu amat bertentangan dengan nilai kemanusiaan, lebih-lebih lagi New Zealand adalah sebuah negara yang mengutamakan keamanan.“New Zealand sebelum ini kami anggap sebagai sebuah negara yang selamat dan tidak ada ancaman yang luar biasa terhadap keselamatan anak-anak kami. “Sehinggalah bila berlaku kejadian mengejutkan tembakan yang dilakukan di masjid oleh seorang lelaki berasal dari Australia pada waktu umat Islam mahu menunaikan ibadah solat Jumaat,” katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.Tambah beliau, perbuatan keji tersebut merupakan satu provokasi yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu bagi menimbulkan permusuhan dengan umat Islam.“Ia merupakan suatu perlakuan ‘terrorisma’ dan jenayah yang terkutuk yang langsung tidak berperikemanusiaan dan kami seperti masyarakat antarabangsa mengutuknya sekeras kerasnya. “Apa yang berlaku adalah berpunca daripada agenda pihak tertentu yang mengapi-apikan kebencian secara tidak rasional terhadap Islam sedangkan Islam sangat menganjurkan pendamaian dan mengecam kezaliman dan keganasan.“Realiti yang berlaku adalah umat Islamlah mangsa yang telah dan sedang mengalami kezaliman serta keganasan yang berterusan di seluruh dunia melalui siri-siri peperangan, pencerobohan dan penjajahan yang tidak berasaskan prinsip keadilan yang betul,” tambah beliau.Dalam masa yang sama, beliau memuji usaha Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang ingin menanggung semua kos pengebumian serta memberi perlindungan keselamatan kepada keluarga mangsa serangan pengganas.“Kami mengalu-alukan dan memuji kenyataan Perdana Menteri New Zealand yang mahu menanggung kos pengebumian dan memberi perlindungan keselamatan kepada keluarga mangsa," ujarnya.
17 Mar 19
18
Empty Image
Sekretariat Terengganu Bakal Ditubuhkan Di Sabah
Ariffin (tengah) melayani anak-anak Terengganu di Sabah dalam Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet 2019 di Kota Kinabalu Sabah, semalam.KOTA KINABALU, 18 Mac - Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) bakal menubuhkan Sekretariat Khas di Sabah bagi menyebarkan maklumat mengenai Terengganu kepada anak negeri itu khususnya. Pengerusi Perantau Negeri Sabah,  Mohd Anuar Ali berkata,  pertubuhan itu akan bermesyuarat tidak lama lagi di sini bagi menubuhkan sekretariat penting berkenaan sebagai pusat menyebarkan maklumat (One Stop Centre)  mengenai Negeri Terengganu di Sabah."Antara maklumat penting termasuk memperkenal negeri Terengganu sebagai negeri yang melahirkan ramai ulama sejak zaman dahulu lagi."Di Terengganu pernah lahir ulama terkenal zaman dahulu iaitu Haji Abdul Rahman Limbong dan sekarang pula Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Tuan Guru Haji Abdul Hadi mempunyai ilmu yang luas dalam bidang agama yang sukar dicari ganti,"katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 di sebuah hotel di sini, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan,  Kebudayaan  dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri,  Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah,  Pengarah Yayasan Terengganu (YT) Haji Ishamudin Hashim,  Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said dan kira-kira 200 anak Terengganu di Sabah. Di majlis yang sama Ustaz Ariffin dilantik sebagai ayah angkat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) Universiti Malaysia Sabah (UMS).Menurut Mohd Anuar terdapat kira-kira 1,000 anak Terengganu berada di Sabah pada masa kini  termasuk yang menetap dan belajar di beberapa buah universiti sekitar negeri tersebut.Anak-anak Terengganu mempromosikan Terengganu kepada rakyat Sabah di Kota Kinabalu, semalam.
17 Mar 19
82
Empty Image
Potensi Besar Ekonomi Terengganu
 Dr. Ahmad Samsuri (kanan) bersama Datuk Ignatius Darell Leiking (kiri).KUALA TERENGGANU, 18 Mac - Terengganu memiliki potensi besar dalam ekonomi terutama membabitkan sektor pembangunan perindustrian, pelaburan dan perdagangan.Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ignatius Darell Leiking berkata, Terengganu pada tahun lalu mencatatkan jumlah perdagangan berjumlah RM24.23 bilion.Jelasnya, jumlah perdagangan itu meliputi nilai eksport sebanyak RM20.7 bilion yang melibatkan ‘mineral fuel’, ‘lubricant’ dan bahan kimia sebagai eksport utama.“Terengganu mempunyai potensi yang sangat besar. Daripada data yang kita ada di MITI, kita sangat berbangga untuk beritahu bahawa Terengganu menyumbang amaun Gross Domestic Product (GDP) yang besar kepada negara,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengadakan Lawatan Kerja Ke Terengganu di Pejabat Menteri Besar, Tingkat 16, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Sidang media.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azhar Abdul Hamid serta Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar.Ignatius Darell berkata, rakyat Terengganu juga mempunyai banyak potensi dan kebolehan dalam bidang tertentu yang mampu menyumbang ke arah perkembangan ekonomi negeri.Beliau juga memuji langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan negeri sehingga menyumbang kepada pembangunan negeri yang cemerlang.Ini terbukti apabila sektor pembuatan, jumlah pelaburan yang diluluskan di Terengganu pada 2018 meningkat berlipat kali ganda dengan nilai RM4.9 bilion berbanding RM73.1 juta pada tahun sebelumnya. Mesyuarat penuh bersama MITI dipengerusikan oleh Ahmad Samsuri.“Pelaburan asing berjumlah 4.6 bilion, manakala pelaburan tempatan mencatatkan RM321 juta.“Ia melibatkan 11 projek dan berpotensi menjana hampir 2,000 peluang pekerjaan yang menjadikan produk besi, bahan kimia dan produk kayu sebagai sektor utama,” tambah beliau.
17 Mar 19
131
Empty Image
Rakyat Wajib Cakna Perkembangan ICERD
Rakyat perlu sentiasa perhati sebaarang tindakan kerajaan dalam menentukan untung nasib mereka- Zubir. MARANG, 17 Mac - Rakyat dinasihatkan sentiasa cakna, peka serta ambil tahu mengenai perkembangan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan konvensyen-konvensyen lain yang berkaitan sekalipun isu berkenaan telah reda. Pengamal Undang-Undang, Mohd Zubir Embong berkata, rakyat perlu terus dimaklumkan secara terperinci berkaitan isi kandungan perjanjian-perjanjian tersebut yang dilihat dapat mengganggu-gugat agama Islam sebagai agama Persekutuan serta kedaulatan negara.“Paling tidak, rakyat perlu ada satu idea bahawa semua konvensyen atau perjanjian ini sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah satu penjajahan baharu ke atas negara-negara yang bebas.“Ini kerana selepas Piagam Atlantik pada tahun 1941, negara-negara kuasa besar tidak dibenarkan lagi untuk menjajah. Maka, konvensyen sebegini dijadikan medium penjajahan secara undang-undang,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas sesi Dialog ICERD Ancaman Kepada Islam: Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW di perkarangan Pasar Pengkalan Berangan, di sini, baru-baru ini.Dialog anjuran PAS Marang itu turut menampilkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong sebagai panel.Rakyat membangkitkan pelbagai persoalan berkaitan dasar dan tindakan kerajaan dalam majlis dialog yang diadakan. Zubir turut memaklumkan ICERD hanyalah salah satu daripada beberapa konvensyen yang ingin ditandatangani Kerajaan Persekutuan.“Ketahuilah ICERD adalah satu daripada beribu cara untuk menolak Islam sebagai agama Persekutuan. Sekalipun ia tidak diratifikasi, tetapi sekiranya isi konvensyen dilaksanakan melalui polisi kerajaan, ia tetap akan menggugat agama Islam dan kaum Bumiputera.“Walaupun kerajaan tidak menandatangani ICERD, tetapi ada lagi konvensyen dan perjanjian yang bakal ditandatangani tanpa kita sedar termasuklah yang terbaru dan telah dimeterai, iaitu Statut Rom,” katanya.Menurutnya, walaupun Statut Rom tidak berkait dengan rakyat secara langsung, tetapi ia dilihat seakan ugutan kepada Raja-raja Melayu sedangkan negara ini memiliki undang-undang tersendiri dalam membicarakan sebarang kesalahan ketua agama Islam itu, iaitu Mahkamah Khas Raja-Raja.Sulaiman nasihat umat Islam contohi pendekatan Rasulullah SAW.Dalam pada itu, Sulaiman turut bersetuju dengan pandangan berkenaan namun mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dalam menghadapi tekanan terhadap emosi dan pendirian mereka.“Hari ini kita berdepan cabaran daripada mereka yang iri hati dengan perkembangan Islam, maka kita sebagai pendokong gerakan Islam hendaklah menunjukkan contoh terbaik sebagaimana yang telah ditunjukkan Rasulullah SAW ketika menghadapi golongan ini,” katanya. Manakala, Wan Sukairi menegaskan dasar PAS sentiasa konsisten demi mencapai keuntungan kepada Islam dan umat Islam.“Melihat kepada suasana politik semasa yang tidak memberi keberuntungan kepada umat Islam, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang memberi keuntungan kepada Islam dan umat Islam serta rela memutuskan hubungan dengan parti yang memberikan kesan buruk kepada umat Islam.“Ini yang kita umumkan dan kita pegang secara terang-terangan sejak dahulu lagi,” katanya dalam sesi dialog yang dihadiri lebih 100 penduduk tempatan itu.  Wan Sukairi perjelas tindakan kerjasama PAS dan matlamat mereka.
16 Mar 19
49
Empty Image
Dewan Serbaguna Untuk Warga Paka
Oleh : Amiirullah MansorDUNGUN, 15 Mac - Warga Paka bakal menerima kemudahan untuk beriadah dan melakukan pelbagai kegiatan bermanfaat apabila dewan serbaguna akan dibangunkan di kawasan itu tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, disebabkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka tidak mempunyai lokasi strategik untuk masyarakat beriadah, maka kerajaan negeri merancang membina pusat aktiviti masyarakat berkenaan sekali gus akan memastikan perancangan itu direalisasikan segera. "Kita telah bersetuju untuk membina sebuah dewan serbaguna untuk kegunaan masyarakat mengadakan program-program," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada program `Chit Chat Bersama YB Ustaz Satiful Bahri' di Pasti an-Nasihah Taman Murni Perdana, Paka, di sini, kelmarin.Satipul berkata, pihaknya juga akan membangunkan sebuah mini stadium untuk kegunaan penduduk setempat dengan persetujuan bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah. "Kita juga telah berbincang dengan Exco Belia dan Sukan (Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri) untuk membina mini stadium di DUN Paka ini."Kawasan (tapak) sudah siap semua, hanya tinggal untuk buat sahaja," kata beliau lagi. Tambahnya, penduduk di sekitar Dungun juga akan menikmati manfaat daripada pembangunan Bandar Baru Lestari Dungun di kawasan seluas 760 hektar yang terletak di persimpangan susur keluar lebuh raya Dungun.Katanya, prasarana itu mencakupi semua keperluan rakyat termasuk sekolah rendah, sekolah menengah, pasar, perkedaian dan perumahan yang berpusat di satu lokasi strategik.Menurut beliau, hanya dua daerah, termasuk Besut yang mempunyai Bandar Baru Lestari di Terengganu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu memberitahu, seperti dijanjikan sebelum ini, pusat rekreasi di hadapan Sekolah Kebangsaan Paka dan kolam di Taman Huda juga dalam proses pembinaan."Orang kita ni tidak ada tempat untuk berjoging, tempat mainan kanak-kanak, wakaf dan tempat aktiviti bersama berkeluarga, jadi kita wujudkan pusat rekreasi ini," katanya lagi.
16 Mar 19
454
Empty Image
Jangan Berlengah Isi Borang e-Kasih - Alias Harun
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 16 Mac - Orang ramai yang berkelayakan diminta segera dan tidak melengah-lengahkan mengisi maklumat di dalam borang e-Kasih yang disediakan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, borang berkenaan boleh didapati di mana-mana Pejabat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS)."Tindakan kena cepat jangan bertangguh, sebab kita nak bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke, MAIDAM atau sebagainya mesti diambil daripada data e-Kasih," ujarnya.Beliau berkata demikian selepas Ziarah 'Mobile Team', di sini baru-baru ini (12 Mac).Kunjungan tersebut adalah untuk bertemu penama-penama yang telah tersenarai di dalam data e-Kasih yang tinggal di DUN Rantau Abang.Antara yang diziarahi ialah seorang nelayan, Nor Azlan Ali, 49, dan isterinya, Nor Azura Mohd Tahir, 37, yang tinggal di Seberang Pintasan."Suami saya ke laut tumpang bot orang, sebab tidak ada bot sendiri," ujarnya yang hilang penglihatan akibat kencing manis yang dihidapi sejak 16 tahun yang lalu.Menurut beliau, penyakit tersebut dihidapi ketika mengandungkan anak sulung dan terus berlarutan sehingga hari ini dan kehidupannya sekarang banyak dibantu suami dan anak-anaknya yang masih bersekolah."Sebelum pergi sekolah anak sulung yang tingkatan empat akan masak nasi, lepas tu adiknya yang darjah lima balik sekolah akan beli lauk," cerita ibu kepada tiga orang anak yang tidak dapat melihat sejak tiga tahun lepas.Azura dan keluarga kini tinggal menumpang di rumah ibu saudara yang telah meninggal dunia.Beliau merupakan penerima bantuan bulanan JKM dan berharap dapat memiliki rumah sendiri.Ziarah yang melibatkan kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), JKM, Kementerian Pelajaran Malaysia, i-MiTS, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) itu adalah ziarah susulan yang sebelum ini telah dikenal pasti oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri) yang mengendalikan e-Kasih.
15 Mar 19
63
Empty Image
Amaran Jangan Tunduk Kepada LGBT
Foto oleh - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU, 16 MAC - Persatuan Isteri Wakil Rakyat & Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa') menggesa Kerajaan Persekutuan supaya tidak tunduk dengan tuntutan yang dimohon oleh kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).Setiausaha Khairunnisa’, Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, ia kerana  pelbagai tuntutan yang dimohon mereka akan menyebabkan berlakunya huru-hara dalam masyarakat.“Contohnya mereka mohon diadakan tandas yang boleh  bercampur lelaki dan perempuan, permohonan perkahwinan mereka antara lelaki sama lelaki boleh didaftarkan di Pejabat Agama,” jelasnya.Beliau yang juga isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan Tolak LGBT di Batu Buruk, semalam.Menurutnya, Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran Pakatan Harapan tidak seharusnya mengikut kehendak golongan tersebut kerana apa yang berlaku adalah bertentangan dengan undang-undang yang berlandaskan syariat Islam sama ada di peringkat negara ataupun negeri.“Insya-Allah mudah-mudahan kita teruskan lagi memberi  kefahaman di peringkat  kawasan, DUN dan kampung supaya gejala ini tidak terus berleluasa lagi.“Kita perlu berbincang untuk mengambil tindakan sewajarnya supaya perkara ini dapat dibendung serta tidak membiarkan begitu sahaja LGBT ini,” ujarnya.
15 Mar 19
48
Empty Image
Jaga Sensitiviti Agama Dan Kaum - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama masyarakat Besut.BESUT, 16 Mac - Semua pihak dinasihatkan supaya lebih bertanggungjawab dan saling menjaga sensitiviti agama dan kaum lain di Malaysia.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keamanan yang dinikmati hari ini perlu dijaga dan dipertahankan daripada sebarang anasir jahat yang mula menyerang negara.Jelasnya, kenyataan provokatif dan bermotif politik pihak tertentu untuk menggugat keharmonian seharusnya diurus dengan sebaiknya.“Dalam suasana Malaysia ini berbilang bangsa, berbilang agama, sebab itulah semua pihak harus menjaga sensitiviti.“Tidak ada mana-mana pihak yang boleh menekan pihak yang lain sehingga sampai ke dinding, kerana kita tahu naluri manusia, bila ditekan dia akan bertindak balas,” katanya.Menyaksikan persembahan silat.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Jadual 5A Kepada 170 Peserta dari Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Mukim Keluang dan Durian Ubi di Taman Awam Pantai Air Tawar, di sini semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Pegawai Daerah Besut, Rozali Salleh dan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Besut, Ahmad Rizal Mamat.Hadir sama, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad, Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor serta Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh.Ahmad Samsuri turut berkata, sebagai rakyat yang cintakan perpaduan, setiap rakyat wajar membuat sebarang pertimbangan yang adil sebelum mengeluarkan kenyataan.“Sebab itulah saya minta kepada pihak yang membuat kenyataan berunsur rasis supaya berfikir banyak kali dalam memberi apa jua pandangan,” katanya.
15 Mar 19
82
Empty Image
171 Rakyat Besut Terengganu Terima Tanah - MB
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyerahkan jadual 5A kepada pemohon yang berjaya.BESUT, 16 Mac - Seramai 171 penduduk dari Bukit Keluang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera, dan Durian Ubi, DUN Kuala Besut menerima tanah sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan negeri pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU 14) lalu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tanah lot yang diberikan adalah kepada mereka-mereka yang telah dinafikan hak oleh kepimpinan kerajaan terdahulu.Ujarnya, berdasarkan pertimbangan itu, kerajaan merasa bertanggungjawab untuk memulangkan kembali tanah yang menjadi kerunsingan mereka bagi membina tempat berteduh.“Keperluan rakyat yang merangkumi perkara-perkara asas ada pelbagai, di antara perkara yang penting kepada kita adalah mempunyai tempat berteduh.“Atas hakikat inilah kerajaan dalam proses untuk menunaikan apa yang telah dijanjikan, setiap rakyat negeri terengganu berhak untuk memiliki tanah mengikut syarat-syarat yang kita tetapkan,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Jadual 5A Kepada 171 Peserta dari Rancangan Tanah Berkelompok Mukim Kluang dan kawasan Durian Ubi di Taman Awam Pantai Air Tawar, di sini semalam. Penerima-penerima lot tanah pertanian.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Pegawai Daerah Besut, Rozali Salleh dan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Besut, Ahmad Rizal Mamat.Hadir sama, Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad, Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor serta Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh.Ahmad Samsuri turut mengingatkan penerima-penerima agar memanfaatkan sebaik mungkin tanah yang telah diterima.“Mana-mana yang dapat tanah untuk pertanian ini, gunakanlah sebaik mungkin.“Kita tidak mahu lot-lot yang diberikan ini bertukar tangan kerana sebab-sebab tertentu, buatlah apa jua dengan tanah-tanah yang diberikan dengan kita berbakti pada tanah,” tambah beliau.Beramah mesra dengan penduduk Besut.Pemberian balik lot tanah itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu untuk pertanian dan pembinaan rumah.
15 Mar 19
77