lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Bantuan TDI Ceriakan Pesakit Kronik
Azbi Salleh (Kiri) menyerahkan cek bantuan TDI.Oleh: Saifullah JusohBESUT, 20 Mac - Bantuan Tabung Darul Iman (TDI) merupakan inisiatif kerajaan negeri bertujuan untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pesakit kronik. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, bantuan yang diterima itu memberi kecerian kepada mereka kerana dapat menampung kos rawatan penyakit yang dihidapi.Jelasnya, kos perubatan yang tinggi ditanggung oleh mereka menyebabkan banyak urusan hidup seharian tergendala.“Beban kos perubatan yang ditanggung sangat banyak, begitu juga dengan kesakitan yang ditanggung mereka membataskan pergerakan dan aktiviti mereka,” ujarnya. Ziarah sambil menghulurkan bantuan.Beliau berkata demikian ketika menziarahi serta menyerahkan cek bantuan TDI kepada pesakit-pesakit kronik di sekitar DUN Kuala Besut, semalam.Hadir sama dalam aktiviti ziarah itu ialah Pegawai Khas Penyelaras DUN Kuala Besut, Mohd Sulaiman serta Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kuala BesutAzbi turut berkata, kerajaan negeri komited untuk menyalurkan segala bentuk bantuan kepada rakyat bagi memudahkan urusan harian mereka.Beliau juga berharap agar bantuan yang diberikan itu digunakan pada tempat yang sepatutnya."Walaupun bantuan (TDI) ini tidak banyak, namun ia menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Terengganu dalam membantu mereka yang diuji dengan penyakit."Saya berharap agar bantuan ini dapat digunakan dengan sebaiknya."Saya menyeru kepada pesakit-pesakit kronik agar memohon bantuan ini, Insya-Allah kami akan bantu sekadar yang mampu", tambah beliau.
19 Mar 19
68
Empty Image
Terengganu Tubuh Institut Sukan Negeri
Kerajaan negeri berusaha kekalkan konsistensi pembangunan sukan negeri - Dr. Samsuri.KUALA NERUS, 20 Mac - Terengganu bersetuju untuk menubuhkan Institut Sukan Negeri (ISN) di bawah seliaan kerajaan negeri bagi mengekalkan konsistensi pembangunan sukan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, usaha tersebut perlu dilaksanakan kerana aspek sains sukan merupakan bahagian penting yang amat diperlukan oleh atlet dan persatuan sukan.“Pada asalnya, kita ada ISN di bawah seliaan Kerajaan Perseketuan melalui Institut Sukan Negara untuk setiap negeri, tetapi kini ia telah ditutup.“Ketiadaan ISN merencatkan pelbagai perancangan atlet dan pasukan lebih-lebih lagi bagi negeri Terengganu yang banyak pencapaian membanggakan dan agak terkehadapan dalam bidang ini,” katanya selepas Majlis Anugerah Sukan Terengganu (AST) 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, di sini kelmarin.Tambahnya, pertimbangan kerajaan negeri terhadap perkara itu akan diputuskan selepas perbincangan bersama Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan dijangka selesai dalam tempoh satu atau dua bulan lagi. “Sekarang, kita masih dalam proses memperkemaskan kertas penubuhan termasuk perancangan pembelian peralatan keperluan selain membawa masuk pengalaman dan kepakaran yang ada ke dalam ISN kerana ia memakan kos yang besar.“Kita akan melaksanakannya secara berperingkat dan memberi keutamaan kepada sukan-sukan utama seperti berbasikal dan olahraga,” katanya.Beliau turut memaklumkan sebahagian dana penubuhan institut berkenaan boleh disumbangkan pihak swasta bergantung kepada kewangan negeri dan rundingan bersama pihak penaja yang akan diperhalusi.Dalam majlis yang berlangsung meriah itu, Dr. Samsuri menyampaikan anugerah kepada pelumba trek kebangsaan, Mohd Azizulhasni Awang serta pesilat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir yang dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati AST 2018.Majlis yang diadakan sebagai penghargaan kepada atlet Terengganu atas sumbangan dan pencapaian mereka itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah dan barisan kepimpinan serta pegawai kanan negeri.
19 Mar 19
105
Empty Image
JKMS Bantu Bomba Padam Kebakaran Tanah Gambut Di Lembah Bidong
Oleh : Abd Muhaimin Muhammed dan Ariss AliasSETIU, 20 Mac – Kebakaran tanah gambut yang melibatkan tanah Ladang Sawit Tabung Haji dan Ladang Rakyat Lembah Bidong seluas 130 hektar turut mendapat bantuan Jawatankuasa Khidmat Malaysia Setiu(JKMS) dalam operasi pemadaman bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Malaysia Setiu Muhammad Nor Hamid berkata, beliau turut mengarahkan Jabatan Amal Setiu dan Muslimat PAS Cawangan Merang untuk menyediakan makanan dan pembekalan untuk semua anggota bomba."Kami mula bertugas sejak petang 18 Mac dan akan teruskan sehingga pemadaman kebakaran ini berakhir."Kami juga  menyediakan makanan untuk seramai 150 orang bagi memastikan ia mencukupi, kerana terdapat juga anggota dari agensi lain yang turut hadir sebagai tanda penghargaan kepada anggota bomba yang bertungkus-lumus dalam operasi pemadaman ini,”katanya ketika ditemui media Urus Setia Penerangan Darul Iman(UPDI), di sini hari ini.Sementara itu, Yang Di-Pertua PAS Kawasan Setiu  merangkap Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir  sempat meluangkan masa ke tempat kebakaran dan telah mengarahkan skuad Jawatankuasa Khidmat Malaysia Setiu dan dibantu oleh cawangan PAS untuk bekalkan barangan mentah dan memberi pertolongan sekadar yang mampu.“Pihak kita telah buat jadual memasak yang melibatkan muslimat PAS Mukim Merang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua anggota bomba yang terlibat dalam operasi sejak 11 Mac serta kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam operasi pemadaman kebakaran di Tanah Gambut Lembah Bidong ini."Dengan komitmen yang ditunjukkan oleh anggota bomba, dijangka dalam lima hari atau seminggu lagi kebakaran ini akan dapat dipadamkan,"ujarnya.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Tuan Mustafa Ismail berkata beliau yang juga merangkap Pengurus Kebajikan Anggota Bomba Pemadamann Tanah Gambut Lembah Bidong bersyukur kerana mendapat sokongan daripada Ustaz Shahrizukirnain Abdul Kadir Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu yang juga merangkap Ahli Parlimen Setiu."Sehingga kini JBPM telah berjaya memadamkan kawasan seluas 110 hektar menggunakan teknik membanjirkan kawasan atau "total flooding. Teknik "fire break" iaitu kaedah menggali parit pula digunakan bagi mengelak kebakaran merebak."Saya mewakili semua anggota bomba juga mengucapkan terima kasih kerana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu mendapat bantuan sumbangan dan sokongan moral daripada Jawatankuasa Khidmat Malaysia Setiu,”tambahnya lagi.Kebakaran tanah gambut yang bermula 11 Mac lepas kini masuk hari ke-11 melibatkan tanah ladang sawit Tabung Haji dan Ladang Rakyat Lembah Bidong. Sehingga artikel ini ditulis anggota bomba daripada 11 balai bomba dalam Negeri Terengganu berjaya memadamkan kebakaran seluas 39 hektar daripada keseluruhan kawasan seluas 65 hektar.
19 Mar 19
938
Empty Image
Terengganu Mahu Kaji Dasar Perumahan
KUALA TERENGGANU. 19 Mac- Kerajaan negeri bersedia  mengkaji dasar pembangunan perumahan baharu bagi membolehkan lebih banyak Rumah Mampu Milik (RMM) di bina di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, kajian itu dijalankan setelah pihaknya mendapati dasar pembangunan perumahan sedia ada merugikan dan tidak memberikan pulangan kepada pelabur.“Keadaan ini menyebabkan tiada pelabur (swasta) yang sanggup untuk membina RMM dalam skala besar di Terengganu kerana dasar kita yang sedia ada agak tidak ‘mesra’ dan merugikan mereka.“Sebagai contoh, RMM jenis A bagi golongan B40 dijual pada harga RM68,000 hingga RM70,000 sedangkan kos pembinaan yang perlu ditanggung oleh pelabur ialah sekitar RM RM120,000 hingga RM140,000.“Keadaan itu sudah tentu merugikan pelabur terutama dalam kalangan pelabur swasta,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Bengkel Perumahan di sini, hari ini.Sehubungan itu, katanya, dasar baharu akan dirangka bagi mengkaji semula dasar perumahan kerajaan negeri yang telah di gubal sejak Julai 2017 itu.“Kewangan kerajaan semata-mata memang tak mampu untuk menampung pembinaan RMM yang mendapat permintaan yang tinggi, oleh itu, kita perlu kepada pelabur-pelabur swasta.“Jadi, kita akan kaji dasar baharu bagi membolehkan kita menarik lebih ramai pelabur seterusnya mencapai sasaran kita untuk membina 5,000 unit RMM dalam tempoh setahun. Perkara ini perlu dilihat secara holistik supaya mampu mencapai sasaran 20,000 unit RMM bagi tempoh sepenggal ini,” katanya.Dalam pada itu, menjawab persoalan mengenai harga jualan RMM setelah dasar baharu diputuskan, katanya, ia akan dipertimbangkan dengan mengambil kira segenap aspek termasuk harga jualan RMM.“Kita ambil keputusan mengkaji semula dasar ini supaya lebih mesra kepada pelabur dan dalam masa yang sama tidak menidakkan hak rakyat untuk memiliki kediaman. “Kita nak wujudkan win- win situation (situasi menang-menang) di mana pelabur tidak rugi dan dalam masa yang sama tidak kaut untung yang besar. Di samping membina rumah komersial, kita juga mahu supaya pelabur swasta dapat sediakan juga RMM,” katanya.
18 Mar 19
102
Empty Image
Hampir RM1 Juta Dana Pinjaman Peniaga Bulan Ramadan
Foto ; Muhammad Afif Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 18 Mac - Hampir RM1 juta dana pinjaman akan diberikan kepada  para peniaga dan penjaja Bazar Ramadan pada tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, usahawan yang layak boleh membuat permohonan melalui persatuan."Saya umumkan bahawa permohonan daripada Persatuan Penjaja negeri Terengganu untuk bagi pinjaman jangka pendek sempena bulan Ramadan. InsyaAllah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) telah meluluskannya."Walaupun pada peringkat kerajaan tiada peruntukan khusus untuk pinjaman ini, tetapi atas budi bicara YPU kita ambil sekejap untuk diberikan kepada peniaga,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali yang ke-19 di Dewan Seri Budi, Jalan Sultan Omar, di sini, hari ini.  Menurutnya, dana tersebut disediakan kerana pihak kerajaan mengetahui para usahawan memerlukan suntikan modal baru bagi menghadapi kedatangan bulan yang mulia itu.Katanya, keputusan itu menunjukkan kerajaan negeri bersama dengan 'denyut nadi' peniaga dan penjaja.Oleh itu, beliau berharap pihak terbabit dapat mengambil manfaat daripada peluang yang disediakan oleh kerajaan itu."Kelulusan yang kita buat (beri) antara RM1,000 hingga RM3,000. Harapan besar agar pembayaran dibuat mengikut masa yang ditetapkan."Pinjaman akan dikeluarkaan pada bulan syaaban dan mesti dibayar balik pada bulan Syawal,” ujarnya.Justeru itu, beliau berharap mudah-mudahan para peniaga dan seluruh rakyat Terengganu mendapat keberkatan pada bulan Ramadan yang akan tiba."Gunakan peluang ini sebaik mungkin dengan usaha kita bersama-sama mengejar amal ibadat yang ditawarkan kepada kita.“Janganlah perniagaan kita menjadi penyebab kepada kita meninggalkan tawaran (pahala) yang besar dijanjikan oleh Allah,”katanya.
18 Mar 19
47
Empty Image
Pesaka Optimis Tingkatkan 70 Peratus Pulangan
 Oleh : Adli Mohamad.DUNGUN, 19 Mac- Pesaka Terengganu Berhad (PTB) yang merupakan anak syarikat kerajaan Negeri Terengganu optimis mahu meningkatkan peratus pulangan sebanyak 70 peratus bagi mengukuhkan prestasi.Ahli Lembaga Pengarah PTB, Ghazali Sulaiman berkata dalam memastikan hasrat itu dapat dicapai satu kunjungan berkala telah diadakan. "Tujuan tinjauan ini adalah melihat sendiri operasi di kilang ini dan berjumpa dengan pihak pengurusan bagi sama-sama memikirkan jalan untuk meningkatkan peratus pulangan (recovery ratio)." Diantara perkara yang dicadangkan ialah  mengubah kadar baru.Alhamdulillah, saya lihat kaedah-kaedah yang kita tetapkan telah dilaksanakan dan tidak berlaku pembaziran dimana kayu yang dibuang merupakan benar-benar kayu 'reja' yang mana ia tidak boleh dipakai lagi, "ujarnya. Beliau  yang juga merupakan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, berkata demikian kepada  pihak media ketika meninjau kilang berkenaan,baru-baru ini.Menurutnya lagi, ahli lembaga perlu seiring dengan pihak pengurusan supaya harapan yang dibina dapat digapai bersama. " Kalau berlaku sebarang masalah, kita di peringkat Lembaga Pengarah akan turun meninjau kerana kita tidak mahu hanya sekadar dilantik jadi ahli lembaga sahaja tapi tak buat apa-apa." Jadi perlu dipastikan ahli lembaga pengarah terdiri dari mereka yang berilmu dan melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang banyak perkara, "tegasnya.
18 Mar 19
104
Empty Image
Engku Sofiah Tamat Hafaz Al-Quran Lima Bulan Sepuluh Hari
KUALA TERENGGANU, 18 Mac - Berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima bulan 10 hari. Itu kemampuan luar biasa seorang remaja perempuan, Engku Sofiah Engku Saharuumnizam, 14, yang mela­yakkannya menjadi pelajar terbaik dalam Majlis Graduasi Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) Kali Pertama yang diadakan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, hari ini.Engku Sofiah berkata, sebelum menyertai program Akademi “Fast Track’ Huffaz Satu Tahun yang dikendalikan oleh AKMAL, dia telah mempunyai asas hafazan al-Quran melalui pembelajaran di sebuah madrasah di Kuantan ketika berusia 10 tahun sebelum memenuhi impian menghafal lebih banyak juzuk al-Quran, dengan menyertai AKMAL.Pelajar Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Paka itu berkata, sepanjang mengikuti program tersebut tahun lalu dia tidak menghadapi sebarang tekanan untuk menghafal al-Quran walaupun pada awalnya penyertaan dalam akademi itu kerana memenuhi kehendak kedua orang tuanya.“Ketika di akademi, saya sentiasa mengaji dan tidak tinggal al-Quran. Kebiasaanya dalam sehari itu saya akan menghafal sekurang-kurangnya tiga muka surat. Semuanya atas kerelaan diri sendiri yang akhirnya menjadikan saya lebih berminat untuk terus menghafal.“Alhamdulillah, dengan usaha ini, saya berjaya menghafal al-Quran dalam tempoh kurang setahun,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Graduasi Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) Kali Pertama yang telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini, hari ini.Turut hadir, Pengasas & Pengerusi Eksekutif AKMAL, Hussin Ismail.Seramai 20 orang pelajar AKMAL telah berjaya menyempurnakan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam masa satu tahun atau kurang untuk sesi 2018.Engku Sofiah yang bercita-cita menjadi ustazah mengakui, walaupun pada mulanya sangat susah baginya untuk menghafal al-Quran, namun teknik atau sistem yang diguna pakai di AKMAL banyak membantunya menghafaz dalam tempoh yang singkat.Menurutnya, proses hafazan menjadi mudah kerana dia bukan sahaja menghayati isi kandungan al-Quran, bahkan turut memahami maksudnya.
18 Mar 19
1073
Empty Image
Kerajaan Negeri Hargai Usaha AKMAL Perkenal Kaedah ‘Fast Track’ Hafaz Al-Quran
Dr. Ahmad Samsuri bersama pelajar AKMAL yang telah berjaya menyempurnakan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam masa satu tahun atau kurang untuk sesi 2018.KUALA TERENGGANU, 18 Mac - Kerajaan negeri menghargai usaha Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) dalam memperkenalkan kaedah baru yang sistematik iaitu ‘fast track’ hafazan al-Quran kepada kanak-kanak awal persekolahan yang hanya mengambil masa satu tahun atau kurang daripada itu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri juga sentiasa terbuka dengan kaedah yang diguna pakai oleh pihak swasta itu dalam memperkasakan pendidikan al-Quran di kalangan anak-anak pada awal usia remaja walaupun tidak mengaplikasikan sistem tersebut dalam pendidikan tahfiz  di bawah kelolaan kerajaan negeri.“Setakat ini belum lagi. Tengok dulu keadaan macam mana dan inisiatif yang dibuat oleh pihak swasta. Apa pun pihak kerajaan negeri sangat terbuka dengan apa jua modul yang ada dan digunapakai oleh mereka,” ujarnya.Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) Kali Pertama di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini, hari ini. Turut hadir, Pengasas & Pengerusi Eksekutif AKMAL, Hussin Ismail. Seramai 20 orang pelajar AKMAL telah berjaya menyempurnakan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam masa satu tahun atau kurang untuk sesi 2018.Katanya, inisiatif yang dilaksanakan oleh AKMAL itu berupaya membentuk jiwa anak-anak supaya mampu berdepan dengan cabaran yang lebih besar pada masa akan datang.“Jiwa al-Quran yang ada dalam jiwa mereka itu akan dapat diterjemahkan dalam tindakan mereka pada waktu akan datang."Al-Quran adalah kalamullah yang tiada sebarang kesilapan padanya, terhimpun di dalamnya segala hujah dan punca sumber segala ilmu. Membaca, menghafal memahami dan mengajarnya dijanjikan kemuliaan di sisi Allah SWT," ujarnya.
17 Mar 19
91
Empty Image
Golden Pharos Sumbang RM1,000 Untuk Tabung Wakaf Tunai
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GPB, Dato' Nadza Abdul (berbaju oren) berbasikal bersama-sama 364 peserta yang lain dalam Maidam Fun Ride yang diadakan di MarangKUALA TERENGGANU, 18 Mac – Kumpulan Golden Pharos Bhd (GPB) menyumbang sebanyak RM1,000 pada Tabung Wakaf Tunai yang dikendalikan oleh Majlis Adat Istiadat Melayu Negeri Terengganu (Maidam).Sumbangan tersebut disalurkan melalui program berbasikal Maidam Fun Ride di Akademi Kulinari Pulau Kerengga, Marang sejauh 35.7 kilometer.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GPB, Dato’ Nadza Abdul berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan untuk menyertai program yang berbentuk sedemikian kerana ia bukan sahaja aktiviti yang sihat malah memberi manfaat kepada peserta-pesertanya.“Di samping berbasikal, pihak Maidam turut menyalurkan bantuan yang kami sumbangkan itu kepada golongan-golongan yang memerlukan di kawasan sekitar,” katanya dalam satu kenyataan.Maidam Fun Ride yang dianjurkan oleh Maidam pada Sabtu lalu merupakan acara julung kalinya diadakan di mana setiap yuran penyertaan daripada peserta akan disalurkan terus kepada Tabung Wakaf Tunai.Turut hadir di program berkenaan ialah Yang Dipertua Maidam, Dato’ Osman Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, M. Rozi Bidin.
17 Mar 19
117
Empty Image
Balai Bomba Bakal Dibina Di Kuala Nerus
KUALA NERUS, 18 Mac- Sebuah balai bomba dan penyelamat yang baharu bakal dibina tidak lama lagi, di kawasan seluas 2.1 hektar di Kampung Padang Nenas, di sini.Kerajaan Pusat melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan peruntukan sebanyak  RM5 juta bagi membina balai bomba berkenaan yang kini dalam proses  menambun dan meratakan tanah.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus itu  bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat  di mana sebelum ini bergantung kepada balai bomba dan penyelamat sementara yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Katanya, sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam lebih serius, orang ramai terpaksa meminta bantuan dari BBP Kuala Terengganu yang mengambil masa kira-kira 1 jam pada waktu puncak.“BBP Kuala Nerus sangat diperlukan kerana banyak kawasan perumahan, kediaman yang padat, terdapat  tiga Institusi Pergajian Tinggi (IPT),  beberapa pasar raya dan kawasan hutan yang luas.“Atas faktor itu, Kerajaan Pusat memutuskan untuk membina sebuah balai bomba di situ (Kuala Nerus),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah BBP Kuala Nerus, di sini, petang semalam.Hadir merasmikan majlis itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.Dr Alias turut memberitahu, pada masa yang sama, pihaknya berharap permohonan tambahan bagi membina bengkel kejuruteraan di kawasan yang sama dapat dipertimbangkan.“Kemudahan sama di BBP Kuala Terengganu sudah terlalu padat dengan puluhan jentera bomba yang perlu dibaiki dan diselenggara,” katanya.
17 Mar 19
1032