Artikel "Semasa" Terkini
Jelajah Anak Terengganu Bersama Exco Usaha Kerajaan Santuni Perantau
Pembentangan Bajet 2019 dapat sambutan anak rantau.BATU PAHAT, 23 Mac - Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 merupakan inisiatif kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu dalam memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada anak-anak Terengganu yang berada di perantauan.Bahkan, untuk tujuan itu, Exco-exco Kerajaan Terengganu diminta menyesuaikan bidang tugas (portfolio) masing-masing selaras dengan dasar Islam yang menjadi tunjang pentadbiran negeri tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, arahan tersebut disampaikan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar seawal pemerintahan untuk mencapai misi negeri Maju, Berkat dan Sejahtera."Ini merupakan strategi utama kerajaan untuk melaksanakan manifesto dan Bajet 2019 yang diumumkan baru-baru ini."Kita juga mewujudkan pelaksanaan patuh syariah dalam pelbagai aspek termasuk sukan, membangunkan modal insan melalui Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), merancakkan pertumbuhan ekonomi serta mengukuhkan institusi keluarga dan masyarakat melalui pelbagai program," katanya.Wan Sukairi tegaskan Islam sebagai dasar negeri tidak pinggirkan aspek sukan.Beliau berkata demikian ketika membentangkan perincian bajet dalam program tersebut peringkat zon selatan di The Katerina Hotel, di sini, hari ini.Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh yang menjadi salah seorang panel sesi dialog bersama Wan Sukairi.Hadir sama, Timbalan Pengarah Yayasan Terengganu, Dr. Hashim Azmi Che Noh, Timbalan Pegawai Eksekutif II Terengganu Strategic & Intergrity Institute (TSIS), Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin serta Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said.Majlis anjuran Yayasan Terengganu dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan negeri itu meraikan 250 anak negeri terdiri daripada ahli-ahli PERMATA dan Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) di negeri Melaka dan Johor.Sesi dialog beri peluang anak rantau kemukakan persoalan.Wan Sukairi memaklumkan, walaupun Islam menjadi dasar negeri, pembangunan sukan dan belia tidak dilupakan."Kerajaan Terengganu sentiasa bersikap terbuka bahkan dalam bajet kali ini, kita memberikan sejumlah besar peruntukan untuk mengekalkan penguasaan atlet kita di Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020," katanya.Bagi zon Selatan, Dr. Mamad telah dilantik sebagai bapa angkat PERMATA bagi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar pula dilantik sebagai bapa angkat Universiti Teknologi Malaysia (UTM).Manakala, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik Ir. Saiful Azmi Suhaili sebagai bapa angkat Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).
23 Mar 19
105
RM12 Ribu Angpau Untuk Tionghua Kuala Nerus
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 22 Mac – Sejumlah RM12,000 diperuntukkan sebagai angpau sempena Majlis Meraikan Warga Tionghua Peringkat Parlimen Kuala Nerus, semalam.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, setiap kaum Tionghua yang hadir ke majlis itu menerima RM100 seorang."Peruntukan itu sebagai tambahan daripada RM50 seorang yang diperuntukkan menerusi kerajaan negeri Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis di Dewan Ehsan, Felda Wilayah Timur, Tepoh, di sini.Turut hadir, Pegawai Menteri Besar Terengganu Bahagian Perhubungan Antara Kaum, Dr Balachandran Gopal Krishnan, Penolong Kanan Pegawai Daerah, Fairul Hisham Mat dan pegawai-pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) dari Kuala Nerus.Hampir 150 orang tetamu di kalangan warga Cina dari Kuala Nerus hadir.Dr. Khairuddin berkata, program itu diadakan bertujuan merapatkan hubungan antara masyarakat Cina dengan pimpinan masyarakat di daerah itu.Beliau juga berharap agar rakyat negeri Terengganu terus hidup aman dan damai walaupun berbilang kaum serta agama, selain saling hormat menghormati demi mencapai moto kerajaan negeri, 'Terengganu Maju, Berkat, dan Sejahtera'.
23 Mar 19
41
Terengganu Kaji Penggunaan Teknologi Digital Terbaru Pendidikan
Ariffin Deraman (kiri) dan Shafruddin (kanan) sempat mencuba permainan robot yang diberi nama Robot Sumo dan direka khas oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Kertih.KUALA TERENGGANU, 23 Mac - Kerajaan Terengganu akan mengkaji penggunaan teknologi digital terbaharu untuk mempermudahkan pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah milik negeri itu.Ia bertujuan untuk memastikan negeri Terengganu tidak ketinggalan dalam arus Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang melanda dunia pada hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, kerajaan akan membuat kajian untuk menggunakan teknologi digital tersebut di sekolah-sekolah milik kerajaan negeri. Teknologi digital itu termasuk Papan Putih Interaktif (Interactive Whiteboard) dan Kiosk Multi Sentuhan (Multi Touch Kiosk)."Saya akan berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat supaya dipersembahkan kepada beliau tentang perkara ini. "Kita tidak dapat elak dari menggunakan teknologi dan kerajaan akan mempertimbangkan penggunaannya di masa akan datang," jelas beliau. Beliau berkata, teknologi tersebut lebih interaktif dari segi persembahannya terutama kepada guru-guru dan ia lebih menarik minat pelajar untuk menggunakannya. Ariffin berkata demikian pada sidang media sempena Seminar Ganu EdTEch Day 2019 di Bangunan TD1303, di sini hari ini. Sebelum itu, beliau yang mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merasmikan seminar tersebut yang dianjurkan oleh satu badan bukan kerajaan, RUMAHKOD dengan kerjasama kerajaan negeri, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan beberapa agensi kerajaan yang lain. Kira-kira 308 orang pendidik dari seluruh Malaysia hadir mengikuti seminar selama dua hari itu bermula hari ini.
22 Mar 19
108
Jumlah Pelancong Ke Terengganu 4.79 Juta Tahun Lalu - Ariffin Deraman
MARANG, 22 Mac - Seramai 4.79 juta pelancong berkunjung ke Terengganu tahun lalu berbanding 4.8 juta orang tahun sebelumnya. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, kehadiran pelancong tahun lalu kurang sedikit jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya yang berjumlah 4.8 juta orang. "Kekurangan dikira 0.1 peratus sahaja, tidak banyak dan kajian kedatangan pelancong dibuat dari Januari sehingga Disember setiap tahun. "Kita (kerajaan negeri) buat kajian dari setahun ke setahun dan angka itu tidak diambil kira jumlah pelancong yang menginap di 'homestay' atapun rumah tumpangan yang cukup banyak di negeri Terengganu, " katanya. Beliau berkata demikian di Majlis Gotong Royong Membuat Laksa Tradisional Terengganu anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pak Madah, di sini hari ini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata, jika dikira jumlah penginapan pelancong di homestay dan rumah tumpangan, kedatangan pelancong ke Terengganu dipercayai melebihi 4.8 juta orang tahun lalu. "Dalam kajian kerajaan, kekurangan kedatangan pelancong berlaku dalam bulan Januari dan Februari kerana dalam bulan-bulan berkenaan, pulau peranginan ditutup, tidak dibenar kepada sesiapa pun menjalankan aktiviti pelancongan akibat musim tengkujuh melanda Terengganu setiap tahun," jelasnya. Bagaimanapun katanya, mulai bulan Mac tahun ini, sempena cuti sekolah, tempahan tempat penginapan secara dalam talian agak membanggakan berbanding tahun lepas. "Bulan April tahun lepas kehadiran pelancong ke Terengganu berkurangan kerana Pilihan Raya Umum Ke-14 bermula," jelasnya. Menyentuh soal pembangunan pelancongan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, katanya, peruntukan untuk pembangunan pelancongan di Pulau Bayas dan Pulau Poh diluluskan dengan bajet RM30 juta daripada kerajaan negeri. "Kita ada bajet tambahan RM2 juta lagi untuk pembangunan tempat-tempat pelancongan keseluruhannya dan kita akan guna sepenuhnya peruntukan tersebut," ujarnya.
22 Mar 19
77
Sembilan Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang
Rumah musnah dijilat api.Oleh: Khairan Mat JusohMARANG, 22 Mac - Suasana tenang sewaktu orang ramai sedang nyenyak tidur bertukar cemas akibat kebakaran membabitkan sebuah rumah yang berlaku di Kampung Tok Fakir, Merchang.Pegawai Kebajikan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Tajudin Ibrahim berkata, kejadian yang berlaku pada 3.30 pagi tadi mengakibatkan mangsa kebakaran tinggal sehelai sepinggang apabila semuanya musnah dijilat api.Beliau yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, memaklumkan bahawa kebajikan keluarga terbabit akan diberikan perhatian sepenuhnya."Kita bersimpati dengan apa yang telah terjadi ke atas keluarga mangsa."Di peringkat kawasan ini, kita akan berbincang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengenai kaedah atau pilihan yang boleh diberikan oleh kerajaan untuk membantu keluarga ini yang telah kehilangan tempat kediaman mereka," jelasnya.Sumbangan daripada wakil ADUN Pengkalan Berangan.Beliau berkata demikian selepas menziarahi serta menghulurkan sumbangan kepada keluarga terbabit, di sini, hari ini.Hadir sama ialah pegawai-pegawai Pusat Khidmat ADUN Pengkalan Berangan serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Marang.Sementara itu, menurut mangsa kebakaran, Wan Mohd Rodin Wan Yaacob, 51, mereka sekeluarga redha dengan kejadian itu dan bersyukur kerana tiada ahli keluarga yang terkorban.Jelasnya, tragedi itu juga menyebabkan mereka terpaksa mencari tempat berteduh yang baharu.Wan Mohd Rodin (kiri)."Alhamdulillah, walaupun sedih, namun tiada yang terkorban."Namun buat masa sekarang kami terpaksa tumpang berteduh di rumah saudara-mara," ujarnya.Punca kebakaran masih disiasat oleh pihak berkuasa.
22 Mar 19
102
35 Anggota Bomba Padam Kebakaran Kebun Sawit
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 22 Mac - Seramai 35 anggota bomba bertugas dalam operasi memadam kebakaran kebun sawit Kampung Anak Ikan, Jabi yang berkeluasan kira-kira 20 hektar sejak dua hari lepas.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, operasi berdepan sedikit kesukaran kerana tanah di kawasan kejadian adalah jenis gambut yang dalam.“Yang menjadi masalah di sini adalah kerana struktur tanah yang terdiri daripada tanah gambut sedalam lebih satu meter. Kalau kita tengok macam tiada api tapi sebenarnya api sedang merebak pada bahagian bawah tanah.“Alhamdulillah.. semalam kira-kira lapan hektar telah berjaya dipadamkan manakala hari ini pula melibatkan tujuh hektar lebih dan tujuh hektar lebih lagi yang masih berlaku kebakaran,” ujarnya lagi.Beliau berkata demikian ketika melawat kawasan dan menemui anggota bomba yang bertugas di lokasi kejadian itu, semalam.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, operasi itu melibatkan anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Jerteh, Kampung Raja dan Wakaf Tapai.Tambah beliau, usaha pemadaman itu dijangka akan berlanjutan sehingga dalam tempoh lima hari lagi.“InsyaAllah Pejabat ADUN Jabi akan cuba santuni rakan-rakan bomba yang berkorban masa dan tenaga untuk melaksanakn tugas mereka.‘’Manakala, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Anak Ikan Dalam, Anak Ikan dan Perumahan Kos Awan Rendah (PAKR) akan mengambil tanggungjawab untuk penyediaan makanan kepada abang bomba sepanjang operasi yang dijangka berlanjutan lima hari lagi,"katanya.Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada anggota bomba yang gigih berkhidmat dan jasa mereka amat besar kepada semua.
22 Mar 19
135
Hampir 700 Solat Jumaat Bersama Sultan Mizan Di Masjid Wakaf Tapai
Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata. Foto oleh - Khairan AsmawiMARANG, 22 Mac - Hampir 700 jemaah menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Masjid Wakaf Tapai, Marang, di sini hari ini.Sultan Mizan, yang tiba jam 12.45 tengah hari, turut diiringi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
22 Mar 19
273
MPKK Terengganu Dapat Geran RM10.4 Juta
Dr Azman IbrahimKUALA NERUS, 21 Mac - Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah memperuntukkan geran sebanyak RM10.4 juta untuk pengurusan 1,040 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) seluruh negeri Terengganu tahun ini. Ini dikira bahawa setiap MPKK memperoleh RM10 ribu daripada peruntukan itu yang kini dalam proses pengagihan. Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat atas penyediaan geran tersebut."Setiap MPKK mendapat geran sebanyak RM10 ribu dan dengan sejumlah 1,040 MPKK seluruh negeri bermakna, KPLB telah menyediakan peruntukan geran berjumlah RM10.4 juta," jelasnya.Dengan geran tersebut, Dr Azman menasihatkan semua MPKK membuat perancangan terbaik dan memanfaatkan peruntukan geran itu secara paling bijak."Dan kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan (G to G), di antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat dalam melicinkan urusan dan pentadbiran kampung akan diteruskan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Perjumpaan MPKK Bersama Menteri Besar, di Dewan Arena, Stadium Tertutup, Gong Badak di sini hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan kira-kira dua ribu wakil MPKK seluruh negeri. Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi mengumumkan bahawa pihak pengurusan Felda telah bersetuju supaya pengerusi MPKK di 22 tanah rancangan Felda yang ada di negeri Terengganu, dipilih menjadi salah seorang ahli mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Tanah Rancangan (JKKR)."Sebelum ini, jawatankuasa JKKR hanyalah diisi oleh ketua-ketua blok dalam kalangan peneroka Felda itu sendiri."Dan agenda ini (kolaborasi antara kedua-dua belah pihak), kita akan teruskan bersama insya-Allah, " ujarnya.
21 Mar 19
70
Isu Hina Nabi : Perlu Gubal Akta Khas
Shaharizukirnain Abd KadirKUALA LUMPUR, 21 Mac - Parlimen Malaysia perlu menggubal akta khas bagi menangani perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW yang berleluasa hari ini supaya jenayah itu tidak berulang lagi.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, kes itu kini hanya didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 sahaja, bukan di bawah akta khusus. "Parlimen perlu menggubal akta khusus untuk mereka yang menghina Nabi sAW sekali gus mengenakan hukuman setimpal atas perbuatan itu sehingga tiada lagi mana-mana individu berani menghina Rasulullah SAW pada masa akan datang," tegasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap menjunjung kasih Titah Ucapan Perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Ke-14 oleh Yang Dipertuan Agong, di sini hari ini. Shaharizukirnain berkata, adalah diharapkan keputusan kerajaan menghapuskan hukuman mati mandatori tidak membawa kepada penghapusan hukuman mati sepenuhnya di masa akan datang kepada penjenayah. Kerajaan Malaysia katanya, perlu kembali kepada hukuman Qisas seperti termaktub dalam hukuman syariah untuk melihat keadilan itu dapat dilaksanakan sepenuhnya di samping menghalang perbuatan jenayah berleluasa di negara ini. Menurutnya, hukuman paling berat yang diperuntukkan di Malaysia atas sesuatu jenayah ialah hukuman mati. Katanya, jenayah yang boleh melibatkan hukuman mati di Malaysia adalah berasaskan peruntukan di bawah Kanun Keseksaan: Seksyen 121, 121A, 132, 194, 302, 305, 364, 396, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960: Seksyen 57(1), Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta 37: Seksyen 3, 3A, 7(1) dan Akta Dadah Merbahaya 1952: Seksyen 39B."Hukuman mati dikenakan kepada jenayah yang dianggap sebagai suatu kesalahan yang amat besar dan berat. "Dadah dianggap musuh utama negara kerana mudharatnya, maka pengedar dadah boleh dikenakan hukuman mati," katanya.Menurut beliau, senjata api pernah dikaitkan dengan kegiatan subversif yang mengancam keselamatan negara, maka Parlimen Malaysia tmenggubal undang-undang menyekat kegiatan sedemikian dan mengenakan hukuman mati ke atas kesalahan di bawah undang-undang tersebut.
20 Mar 19
40
Bina Kekuatan Dan Ukhuwah Melalui Sukan
Aktiviti sukan membina kekuatan fizikal dan mental anak-anak.Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN, 21 Mac - Bersukan merupakan satu aktiviti lapangan yang boleh membina jaringan ukhuwah Islamiyah selain membentuk kekuatan fizikal dan mental.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, masyarakat perlu menjadikan aktiviti sukan sebagai amalan seharian kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan kecergasan rohani, malah kekuatan jasmani."Hari ini, kita berdepan dengan cabaran yang kian meningkat dari semasa ke semasa, sudah pasti persiapan diri perlu dirancang lebih awal untuk menghadapi ujian hidup yang mendatang," katanya ketika merasmikan Program Sukan Tahunan Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa Kemaman (SRIDTK) ke-25 di padang sekolah berkenaan, semalam.Saiful Azmi saran jadikan sukan amalan harian.Program tersebut turut dihadiri Guru Besar SRIDTK, Zahari Draman serta ibu bapa yang menyaksikan pelbagai aktiviti berlangsung untuk anak-anak mereka.Dalam ucapannya, Saiful Azmi juga menyeru semua pihak supaya melibatkan diri dalam membantu perkembangan anak-anak secara menyeluruh."Kalau kita (ibu bapa) hendak mempersiapkan anak-anak untuk menjadi seorang atlet, maka komitmen yang tinggi perlu diberikan sepanjang proses latihan dan pemerkasaan bakat mereka."Namun begitu, murid-murid juga perlu didedahkan dengan pembelajaran akademik dan akhlak supaya kejayaan dalam bidang sukan dikecapi bersama nilai-nilai Islam yang dipupuk sebagai benteng diri," katanya.
20 Mar 19
265