lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Jangan Pandang Enteng Isu Hina Nabi
KUALA LUMPUR,  26 Mac - Kerajaan Persekutuan digesa supaya tidak memandang enteng  isu penghinaan nabi dan tidak seharusnya menjadikan Akta Hasutan 1948 sebagai sandaran semata-mata. Ahli Parlimen Setiu,  Shaharizukirnain Abdul Kadir meminta agar pihak kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas pesalah supaya ianya menjadi teladan kepada seluruh masyarakat."Semasa perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat yang lalu, saya telah menggesa agar pihak kerajaan tidak memandang enteng isu berkenaan. "Dan tidak menjadikan Akta Hasutan 1948 hanya sebagai sandaran untuk mengenakan hukuman kepada penghina Nabi Muhammad SAW," jelasnya. Selain itu, beliau juga menuntut agar kerajaan tidak menjadikan penghapusan hukuman mati mandatori sebagai satu ruang untuk kerajaan menghapuskan hukuman mati keseluruhannya di masa akan datang dan menuntut kerajaan agar kembali kepada hukum qisas sebagai hukuman terbaik yang datang daripada Allah.Shaharizukirnain berkata demikian dalam satu kenyataan medianya, di sini semalam. Dalam sidang Parlimen itu, beliau juga membangkitkan soal menaik taraf Jambatan Desa Jaya Sungai Tong dan Jambatan Sungai Lerek. Jambatan tersebut katanya,  terletak di jalan persekutuan dan disebabkan keadaan jambatan yang sempit telah mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya."Saya juga membangkitkan isu selekoh tajam di sempadan Kuala Nerus-Setiu, di hadapan Balai Polis Kampung Chalok dan juga berhampiran Masjid Sungai Tong. "Masalah ini juga telah mengakibatkan kemalangan maut," katanya. Di samping itu, beliau turut menggesa Kerajaan Pusat menyelesaikan isu guru duka lara secepat mungkin. Ini kerana katanya, guru-guru yang berjauhan ini membawa kepada stress, kemurungan dan juga penceraian. "Saya telah mengemukakan beberapa kes guru duka lara untuk perhatian dan tindakan menteri berkenaan," ujar beliau. Perkara lain yang beliau bangkitkan adalah soal meninggikan kawasan yang selalu ditenggelami  banjir iaitu jalan simpang Bandar Permaisuri ke Hulu Seladang dan Jalan Chalok Kedai ke Gong Terap.Turut dibangkitkan, inisiatif membina pusat pemindahan banjir di kawasan yang tinggi dan selamat.Ini kerana katanya,  pusat pemindahan yang sedia ada turut ditenggelami air apabila tiba musim banjir.Beliau juga menggesa Kerajaan Pusat memastikan peneroka Felda mendapat bekalan baja daripada agensi kerajaan berkaitan, bukannya daripada pembekal luar dengan harga yang jauh lebih mahal.Shaharizukirnain turut membangkitkan soal menyelesaikan masalah perairan para petani yang turut mengakibatkan kekurangan hasil pertanian.Dalam masa yang sama, beliau juga membangkitkan soal menaik taraf Pondok Polis Jabi kepada balai polis dan segera menyatakan status pembinaan Balai Polis Alur Lek yang belum diberi jawapan oleh menteri berkenaan. Selain itu, beliau mencadangkan agar kerajaan tidak melantik warden-warden sekolah dari kalangan guru dan elaun yang diperuntukkan langsung tidak berbaloi dengan beban yang ditugaskan. "Justeru, saya menuntut agar kerajaan segera mengambil tindakan dengan apa yang telah saya suarakan di parlimen demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terjamin," katanya.
25 Mar 19
119
Empty Image
Tempoh Tujuh Minit, Lebih Tujuh Isu Dibahaskan
KUALA LUMPUR,  26 Mac - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim mengemukakan lebih tujuh persoalan yang perlu dijawab Kerajaan Pusat dalam masa tujuh minit ketika perbahasan titah Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat kelmarin. Dalam ucapan perbahasan itu, beliau sempat menyentuh isu pendahuluan wang Terengganu untuk Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2) bernilai RM1.85 bilion yang perlu dipulangkan dalam bentuk biaya hak negeri, bukannya projek yang memang di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Beliau juga menyentuh isu Taliban dan kejayaan Terengganu menurunkan kadar jenayah indeks serta Kuala Terengganu sebagai kawasan paling gembira di Malaysia menurut Kajian Indeks Kebahagiaan Kebangsaan 2018.Tambahnya, keperluan balai-balai polis baharu juga perlu diambil berat dengan fokus ketidakcukupan kapasiti Balai Polis Chabang Tiga, Manir dan Batu Rakit termasuk kereta peronda dan motosikal trafik. Kerajaan Pusat digesa menaik taraf klinik-klinik desa di Kuala Terengganu sehinggakan ada insiden ibu mengandung terpaksa menunggu atas lantai."Saya juga ada menimbulkan mengenai masalah dadah yang membarah dalam masyarakat dan kekeliruan atas adanya saranan mengkomersialkan ganja."Turut disentuh isu nelayan di Chendering, Pulau Kambing dan Setiu berkait lesen pukat tunda untuk udang sementara di musim tengkujuh," jelasnya.
25 Mar 19
38
Empty Image
Perantau Hargai Kesungguhan Kerajaan Terengganu
Abdul Hadi Harun.BATU PAHAT, 24 Mac- Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) Zon Utara dan Selatan menghargai komitmen kerajaan negeri mengadakan pertemuan bersama anak-anak negeri itu di perantauan.Pengarah Jabatan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Negeri Johor mewakili Presiden Perantau Johor, Abdul Hadi Harun berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi peluang anak rantau mendapat maklumat berkaitan bajet dan perkembangan Terengganu."Secara keseluruhannya, program ini amat berjaya. Selain maklumat yang sampai kepada anak rantau, ia juga membina hubungan bersama pemimpin."Saya mewakili Perangau Zon Selatan menyokong penuh usaha ini dan berharap banyak lagi program sebegini pada masa akan datang," katanya ketika ditemui dalam Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 peringkat Zon Selatan di The Katerina Hotel, semalam.Mohd Nuri Al-Amin.Manakala, Pengerusi Perantau Negeri Perak, Professor Madya Mohd Nuri Al-Amin Endut menyifatkan Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019  memberi semangat kepada anak negeri yang berkelana di perantauan."Pertemuan ini merupakan titik permulaan untuk hubungan yang lebih baik antara pemimpin dan rakyat Terengganu di luar negeri."Kesungguhan ini perlu dihargai dan Perantau akan mengambil inisiatif mengadakan perbincangan secara berterusan dengan kerajaan negeri untuk kepentingan anak-anak rantau," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) dalam program tersebut di Pulau Pinang, baru-baru ini.Terdahulu, Kerajaan negeri telah mengadakan siri Jelajah Anak Terengganu dalam usaha menyampaikan maklumat berkenaan Bajet Negeri 2019 kepada semua rakyat negeri itu di luar Terengganu.Siri jelajah tersebut diadakan di Pulau Pinang (Zon Utara), Sabah dan Johor (Selatan) dan akan dilaksanakan di dua lagi lokasi iaitu Kuala Lumpur dan Sarawak, April ini.
25 Mar 19
488
Empty Image
Mahasiswa Agen Perubah Masyarakat Dan Negara
Yahaya Ali (tengah) bersama mahasiswa.KUALA NERUS, 24 Mac - Dalam menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran hari ini, peranan mahasiswa yang produktif dalam segenap bidang menjadi senjata penting.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Haji Yahaya Ali berkata, mahasiswa adalah golongan yang sangat diperlukan dalam masyarakat dan juga negara bagi menggerakkan pembangunan dan juga ekonomi setempat.Ujarnya, kemahiran dan ilmu yang dipelajari di alam kampus menjadi asas penting kepada golongan itu untuk menyalurkannya bagi mendidik masyarakat serta bersama memajukan negara.  “Golongan mahasiswa sebagai golongan yang berada di menara gading, mestilah merasakan bahawa mereka adalah golongan yang penting.“Mahasiswa adalah golongan yang dilihat mewakili golongan ‘intellectual’, golongan ‘agent of change’, perubah masyarakat, yang mempunyai idealisme dalam hidup,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Minggu Kesenian Islam (MKI), di Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), hari ini. Yahaya Ali berucap pada masjlis penutupan MKI.Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMT, Profesor Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali, Pengarah Pusat Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar (PPHKP) UMT, Dr. Izan Dato’ Jaafar, dan Pengarah Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) UMT, Dr. Mohd Shaari Abd Rahman. Hadir sama, Pengarah Sukan dan Rekreasi UMT, Mohd Rafie Jusoh, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT, Muhammad Hasyimi Hasyim Mohd Suddin serta pengarah program MKI, Nur Aina Mior Ahmad Nazizan.Yahaya turut berkata, mahasiswa mestilah memanfaatkan masa berada di universiti sebaiknya dengan mengasah dan menggilap potensi diri yang ada.Katanya, pelajar yang berkualiti tidak hanya cemerlang dalam akademik sahaja, tetapi mampu menguasai segenap bidang bagi memimpin masyarakat dalam lapangan sebenar.“Mahasiswa mestilah dapat membentuk kecemerlangan dalam bidang-bidang yang lain, segala bakat dan kemampuan yang ada yang kita ada mestilah kita gilap sungguh-sungguh.  Yahaya menerima cenderahati daripada Ruzaidi sambil disaksikan oleh Nur Aina. “Kita merasa bertanggungjawab, kitalah sebenarnya menjadi golongan yang akan memimpin masyarakat apabila keluar kampus, kita tidak boleh hanya menjadi golongan akademik semata-mata, tetapi kita pasif dalam bidang lain.“Kajian dibuat, mereka yang aktif berpersatuan adalah lebih hebat, mempunyai kepimpinan berbanding mereka yang hanya cemerlang dalam akademik semata-mata,” tambah beliau.
25 Mar 19
104
Empty Image
Pertandingan Hias Pulut Kuning, Acara Istimewa Jelajah Belia Dungun
Wan Sukairi melihat gubahan pulut kuning.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 25 Mac - Pulut Kuning warisan tradisi Melayu dimartabatkan apabila dipertandingkan sempena Program Jelajah Belia Terengganu Sejahtera peringkat Daerah Dungun, kelmarin.Pengerusi Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Mantan Wakil Rakyat (Khairunnisa’) Daerah Dungun, Siti Zaleha Mohd berkata, elemen tradisi istimewa yang ada pada makanan tradisi Melayu itu sangat bernilai dan perlu diberi perhatian.Jelasnya, pulut kuning sangat sinonim dengan masyarakat Melayu apabila makanan tradisi itu menjadi hantaran perkahwinan dan juga pertunangan."Jadi Alhamdulillah, penyertaan amat mengalakkan apabila pertandingan pulut kuning menerima penyertaan seramai 25 orang, yang mana kita mahu menonjolkan elemen tradisinya."Juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara wanita-wanita di daerah ini dimana penyertaannya terbuka kepada semua,"katanya.Beliau berkata demikian ditemui pihak media, pada Majlis Perasmian Penutup Jelajah Belia Terengganu Sejahtera peringkat daerah Dungun, di Dewan Arena Merdeka.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah serta Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.Menurut Siti Zaleha, program anjuran bersama dengan Usahawan Wanita (Usahanita) Daerah Dungun.itu juga dapat mengumpul dan menonjolkan bakat-bakat yang ada pada wanita di daerah itu."Apa yang saya sasarkan adalah supaya kita boleh menghimpunkan wanita-wanita di kalangan peserta dan mengenali mereka."Pada masa yang sama, kita juga merancang untuk melahirkan ramai usahawan wanita biar ada pendedahan untuk mereka bergiat dalam bidang keusahawanan," ujarnya.Pertandingan itu menawarkan hadiah yang cukup lumayan apabila pemenang tempat pertama menerima wang tunai sebanyak RM300, kedua RM200 dan tempat ketiga RM100.Katanya, turut diadakan pertandingan menghias kek dengan hadiah tempat pertama hingga ketiga, berbanding pertandingan pulut kuning yang menyediakan enam hadiah saguhati lagi.
25 Mar 19
1797
Empty Image
Sukan Rakyat Perantau Erat Hubungan Anak Terengganu
Sukan PERANTAU saji aktiviti menarik.SERDANG, 24 Mac - Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) mengambil inisiatif menganjurkan Sukan Rakyat Perantau bagi membina hubungan antara anak-anak negeri yang berkelana di luar Terengganu.Setiausaha Perantau, Awasi Mohamad berkata, program sukan rakyat yang julung kali diadakan itu merupakan salah satu daripada program yang diadakan badan bukan kerajaan (NGO) itu."Selain sukan rakyat,kita turut adakan pertandingan bola sepak, majlis dan pertemuan untuk menyatukan anak Terengganu selain menyediakan ruang untuk membantu mereka dalam kesulitan di perantauan," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).Beliau berkata demikian selepas mengendalikan Sukan Rakyat Perantau di Bukit Expo, Universiti Putra Malaysia, di sini, hari ini.Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kasim; Pengarah UPDI, Mohd Soud Said dan atlet Squash negara yang merupakan anak Terengganu, Mohd Nafiizwan Adnan.Awasi turut berharap, lebih ramai anak-anak Terengganu di perantauan akan menyertai mereka di masa akan datang."Bagi anak-anak Terengganu yang masih belum mengenali Perantau, mari bersama menyertai pelbagai aktiviti kita yang dirancang akan diadakan di seluruh negara," katanya.Program yang berlangsung selama sehari itu dihadiri lebih 300 anak rantau dari Lembah Klang dan kawasan sekitarnya.Pelbagai aktiviti diadakan meliputi semua golongan antaranya ialah tarik upih, zero point, bola pekong tengoh dan lari dalam guni.Program tersebut dijangka bakal diadakan secara tahunan.;
24 Mar 19
1897
Empty Image
Dr Khairuddin Rasmi Gelanggang Takraw RM20 Ribu
Oleh: Nizam at-Takiri  KUALA NERUS, 24 Mac - Sebuah gelanggang sepak takraw siap dibina di Kampung Bukit Datu, di sini Januari lalu hasil sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM20,000. Gelanggang itu telah digunakan untuk Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Datu dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato'  Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kelmarin.  Dato'  Dr Mohd Khairuddin berkata, gelanggang yang baru disiapkan itu diharap dapat digunakan untuk aktiviti-aktiviti seperti sepak takraw dan sepak raga.  “Aktiviti-aktiviti kesukanan ini bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang sihat, tetapi ia dapat memupuk perpaduan di kalangan masyarakat," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan gelanggang takraw itu sekali gus menyampaikan hadiah kejohanan tersebut. Kejohanan itu telah berlangsung pada 15 hingga 22 Mac lalu dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang melibatkan 13 pasukan termasuk penduduk Kampung Bukit Datu dan Perumahan Bukit Datu.  Turut hadir di majlis penyampaian hadiah itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukitt Tunggal, Harun  Salleh dan Pengerusi MPKK Bukit Datu, Mohd Refian Mamat.
24 Mar 19
343
Empty Image
Natyamela 2.0 Tingkatkan Kualiti Mahasiswa
Hanafiah Mat.Oleh : Nur Farahin NatashaKUALA NERUS, 24 Mac – Pertandingan nyanyian dan tarian ‘Rutra Sangaman’ (Natyamela 2.0) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), semalam, berupaya meningkatkan kualiti mahasiswa dan mahasiswi.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, potensi yang ada dalam diri setiap penuntut universiti perlu diasah sebaiknya untuk manfaat dalam lapangan kerjaya suatu hari nanti.Jelasnya, kesibukan dalam bidang akademik tidak seharusnya menjadi penghalang buat mereka untuk tidak menonjolkan bakat dan potensi diri yang ada.“Pada era globalisasi ini, mahasiswa dan mahasiswi terlalu mementingkan hal akademik semata-mata sehingga terlupa untuk menunjukkan bakat masing-masing kepada khalayak ramai.“Program ini merupakan medium kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk menentukan bakat mereka dan merupakan satu motivasi serta inspirasi kepada mereka untuk berusaha menjadi bakal graduan yang berkualiti dari segi akademik mahupun seni dan budaya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri merasmikan pertandingan tersebut.Pertandingan turut berjaya menarik pelajar antarabangsa.Turut hadir, Timbalan Naib Canselor  Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Profesor Ts. Dr. Che Mohd Khuzaidi Ghazali dan Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar Terengganu, Dr. Balachandran Gopal Krishnan.Hanafiah turut memberitahu, program bakat mahasiswa dan mahasiswi boleh dibawa ke peringkat yang lebih jauh apabila mereka mewakili unversiti.Beliau juga memaklumkan bahawa akan sentiasa menyokong program-program yang mampu memberikan impak kepada pembangunan pelajar.“Pertandingan nyanyian dan tarian ini dapat membanggakan kami kerana tidak semua daripada kita mampu menari atau menyanyi di hadapan orang ramai,” ujarnya.Dana kebajikan.Program itu juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu pusat kebajikan Malaysian Association For The Blind.
24 Mar 19
60
Empty Image
Sepakat Jaga Keselamatan Kampung
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 24 Mac- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Tanah Rancangan (JKKR) Felda Jerangau telah bekerjasama dengan beberapa agensi untuk mengadakan rondaan malam bagi menjaga keselamatan Kampung.Timbalan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau Cawangan Satu, Mohd Ridhuan Mohd Yusoff berkata, kawalan keselamatan kampung itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kelab Rukun Tetangga (KRT) serta Rela."Gerakan Penerokawati Felda (GPW), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Pertubuhan GENERASI, dan seluruh pihak pengurusan Felda turut bersepakat mengawal dan menjaga keselamatan kampung bagi mencegah perkara mungkar, jenayah dan segala perkara yang tidak diingini terjadi."Kita tegah orang buat maksiat dan jenayah bukan di atas rasa benci, matlamatnya menjauhkan pelaku jenayah dan maksiat dari api neraka."Seterusnya bagi menjaga penduduk ataupun komuniti supaya berada didalam keadaan selamat, tanpa adanya perasaan bimbang terhadap perkara yang tidak diingini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa sesi taklimat yang diadakan di Dewan Sivik Felda Jerangau, semalam.Katanya, hasil permuafakatan tersebut diharap dapat mengurangkan indeks jenayah di Felda Jerangau serta dapat membendung operasi kecurian dan aktiviti mengedar serta penyalahgunaan dadah.Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, keselamatan penduduk merupakan aspek yang paling penting untuk dijaga." Semua orang nak selamat, jadi mengaktifkan rondaan malam ini amat perlu kerana dengan adanya petugas yang menjaga keselamatan kampung ini menjadikan orang kampung berasa selamat. “Kita perlu merasakan bahawa tanggungjawab ini besar dan InsyaAllah mendatangkan pahala yang buat para petugas," ujarnya.
23 Mar 19
109
Empty Image
Terengganu Sasar 5 Pingat Emas
KUALA NERUS,  23 Mac - Terengganu menetapkan sasaran lima pingat emas untuk dipungut di Kejohanan Silat Kebangsaan Ke-19 di Kuantan,  Pahang pada 26 hingga 30 Mac ini. Seramai 37 pesilat muda menyertai kejohanan tersebut dengan latihan agresif lima malam berturut-turut  antara jam 9 hingga 11 malam mulai 21 hingga 25 Mac ini. Pengerusi Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, Terengganu mempunyai target lebih dari tiga pingat emas dalam kejohanan tersebut."Pencapaian terbaik kita ialah tiga pingat emas dan kita ada potensi beberapa orang atlet yang ada kemampuan untuk menggondol pingat emas," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), di sini hari ini.Beliau yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri berkata, semua ini adalah hasil usaha gigih yang sudah dibuat oleh pihak kepimpinan MSNT, persatuan, jurulatih serta semua pihak yang terlibat."Mereka berkampung di sini sejak 21 Mac lagi. Sehingga ke tarikh kejohanan, mereka berlatih siang dan malam," jelasnya.Menurut beliau, semangat mereka setakat ini sangat tinggi dan kerajaan negeri mengharapkan mereka dapat mengekalkan semangat dan berada dalam suasana kerja berkumpulan (team work)."Dan saya yakin kita boleh mencapai yang terbaik dalam kejohanan kali ini," katanya.Berhubung dengan pengurusan pasukan pula, beliau berkata, pihak pengurusan pasukan pesilat Terengganu adalah mereka yang sudah lama terlibat dalam dunia silat sebagai jurulatih dan kepimpinan sukan."Saya tidak nampak ada masalah dari segi pengurusan kerana mereka yang ada sekarang ini adalah mereka yang berkebolehan, banyak pengalaman dan mampu untuk menaikkan imej negeri Terengganu dalam bidang seni silat ini," ujarnya.
23 Mar 19
234