lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Ahmad Amzad Terkejut Dengan Tuduhan Mujahid
KUALA TERENGGANU, 26 Mac - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim memberitahu beliau terkejut apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menuduh beliau kononnya tidak hadir ketika soalannya berkaitan isu Tabung Haji dibacakan ketika persidangan Dewan Rakyat, baru-baru ini.Katanya, beliau menyemak semula komunikasi dengan Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah susulan senarai soalan yang dikeluarkan pada lewat petang Rabu (13 Mac) lalu. “Saya telah segera menghubungi Setiausaha Dewan Rakyat memaklumkan pada 14 Mac 2019 saya perlu berada di Kuala Terengganu kerana menunaikan tanggungjawab sebagai bapa dan wali kepada anak perempuan saya dalam majlis akad nikah pada tarikh itu. “Datuk Rosmee telah menyusun balik urutan soalan untuk 14 Mac pada hari berkenaan telah digantikan dengan soalan Yang Berhormat Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff, maka soalan saya sebenarnya tidak timbul dan belum dibaca lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.Ahmad Amzad berkata, sebagai seorang menteri, Dr Mujahid tidak patut mengeluarkan perkataan bagai menuduh dirinya seolah-olah gagal hadir.“Mengapa beliau perlu merasa panas dan tidak keruan bila diasak untuk menyatakan nama individu yang dilantik sebagai pengerusi, pengarah atau pegawai-pegawai pengurus utama syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan yang menerima pindahan aset berjumlah RM19.9 billion yang asalnya milik Tabung Haji? Sehingga berlarutan jawapan beliau yang jelas bagai mengelak memberi jawapan.“Logiknya bila ia berkait aset asalnya milik Tabung Haji yang berjumlah RM19.9 billion yang dipindahkan kepada single entiti, bukannya banyak SPV, tentunya sebagai menteri beliau sepatutnya mengambil tahu siapa yang akan kawal dan uruskan,” ujarnya.Katanya, apabila Dr Mujahid tidak tahu atau mengelak dari memberitahu dewan perkara itu yang sangat menjolok mata.
26 Mar 19
387
Empty Image
Sukan Berkuda Untuk Semua
Ustaz Wan Sukairi (kanan sekali) merasmikan Mesyuarat Agong Kali Ke-10 Persatuan Ekuin Terengganu di Setiu hari ini. SETIU,  26 Mac - Kerajaan negeri berhasrat menjadikan sukan berkuda dimanfaatkan kepada semua orang,  tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia  juga bermanfaat untuk terapi kesihatan kepada mereka yang bermasalah dari segi kesihatan. Katanya, justeru itu kerajaan negeri akan mengadakan pelbagai aktiviti sukan berkuda untuk rakyat negeri Terengganu.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Kali Ke-10 Persatuan Ekuin Terengganu di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong di sini malam ini.Ustaz Wan SukairiUstaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf  Mempelam dilantik semula sebagai presiden persatuan tersebut buat kali kedua tanpa bertanding.Seterusnya beliau berkata, sukan berkuda perlu dijadikan satu sukan yang boleh dimanfaatkan untuk semua orang."Dengan erti yang lain, kita tidak menjadikan sukan berkuda ini sebagai sukan yang khusus untuk beberapa golongan sahaja tetapi diumumkan atau dimasyhurkan untuk segenap lapisan masyarakat."Ini kerana kita sedar tentang kelebihan dan manfaat yang boleh diambil daripada sukan berkuda ini," jelasnya.Katanya, sebab itu timbul slogan 'Kuda Untuk Semua' bertujuan untuk merakyatkan sukan berkuda di negeri Terengganu.Di samping itu katanya, sukan berkuda juga boleh menjadi terapi kepada sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan."Ia bukan sahaja boleh dijadikan aktiviti riadah tetapi juga menjadi terapi  kepada mereka yang bermasalah kesihatan," jelasnya lagi.
26 Mar 19
174
Empty Image
Sumbangan, Pengorbanan Polis Dipandang Tinggi
Oleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN, 26 Mac -  Sumbangan dan pengorbanan anggota polis di seluruh negara kepada masyarakat sangat dipandang tinggi. Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, peranan penting itu sinonim dengan tema 'Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada' yang sentiasa memastikan kesejahteraan dan keamanan komuniti dan persekitaran terjaga. "Masyarakat mengharapkan pihak polis untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan mereka. "Di pihak polis pula memerlukan kerjasama, kepercayaan dan sokongan  masyarakat untuk bersama-sama memelihara ketenteraman dan keselamatan negara," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wakil UPDI sejurus selesai menyampaikan kek sempena Sambutan Hari Polis ke-212 di dua tempat berasigan iaitu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Rantau Abang, di sini, semalam.Kunjungan beliau ke IPD Dungun, disambut oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan Mohd Zohan Seman, manakala di PULAPOL pula, Komandan, Superintendan Mohd Zaini Mat Yusof.Alias berkata, jelas sekali polis dan masyarakat tidak akan terpisah dan saling memerlukan dalam usaha memastikn keberkesanan pelaksanaan perundangan negaraJusteru itu, tambahnya, sebagai  menghargai dan meraikan Hari Polis yang disambut pada 25 Mac setiap tahun beliau yang mewakili masyarakat di DUN tersebut menyampaikan tanda terima kasih atas usaha murni pasukan keselamatan itu.
26 Mar 19
478
Empty Image
Kerajaan Pusat Digesa Segerakan Peruntukan Dalamkan Muara Sungai Dungun
DUNGUN, 26 Mac - Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berharap kerajaan pusat menyegerakan kelulusan peruntukan yang dimohon oleh kerajaan negeri bagi pembinaan benteng pemecah ombak serta kerja mendalamkan muara sungai di Kuala Dungun.Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memerlukan sebanyak RM250 juta untuk melaksanakan kerja-kerja terbabit dan permohonan peruntukan sudah dibuat kepada Kerajaan Persekutuan.Dr. Mamad berkata, masalah muara sungai Dungun cetek sudah sekian lama membelenggu penduduk di daerah ini yang mana menyulitkan pergerakan bot-bot nelayan dan pelancong untuk keluar masuk.“Kita sedia maklum, isu muara sungai cetek memerlukan kos yang tinggi untuk diselesaikan. Permohonan sudah lama dibuat dan berkali-kali tetapi peruntukannya masih belum diperoleh.“Justeru, Kerajaan Pusat diharap dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan permohonan ini supaya masalah penduduk di sini dapat diselesaikan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Muara Sungai Dungun dan Projek Pembinaan Hospital Dungun, di sini semalam.Turut serta, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik.Tambah beliau, masalah muara sungai cetek itu juga perlu diatasi segera bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kes kemalangan bot yang berlaku dua tahun lalu terus berulang.“Dalam kejadian itu, empat orang nelayan mati lemas setelah bot kecil yang dinaiki mereka untuk pergi persisir pantai dipukul ombak besar di Pantai Kuala Dungun selepas bot besar mereka naiki sebelum itu terperangkap akibat muara sungai yang cetek,” ujarnya.
25 Mar 19
602
Empty Image
Mahu Bertemu Belia - Wan Sukairi
Foto oleh - Wan Luqmanul HakimOleh: Adli MohamadDUNGUN, 26 Mac - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berhasrat untuk bersua muka dengan puluhan ribu belia, termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman negeri demi menyampaikan hasrat dan kehendak kerajaan."Pada masa sama memberi peluang dan ruang yang lebih terbuka kepada golongan itu  untuk menyuarakan pendapat dan idea menerusi saluran yang tepat," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Jelajah Belia Terengganu Sejahtera Peringkat Daerah Dungun, Dewan Arena Merdeka, di sini, baru-baru ini.Menyentuh mengenai program yang diadakan itu, beliau berharap agar ianya bukanlah program yang pertama dan terakhir."Saya ucapkan syukur kepada Allah SWT di atas kejayaan penganjur mengadakan program Jelajah Belia Sejahtera Peringkat Daerah Dungun itu."Bermula daripada subuh tadi sehinggalah ke petang, pelbagai program telah pun saya sertai," ujarnya.Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh pihak yang bertungkus lumus menganjurkan program berkenaan."Khususnya kepada Pegawai Daerah Dungun, tidak lupa juga kepada rakan-rakan dari Majlis Belia Negeri Terengganu dan juga NGO yang ada dalam daerah Dungun."Matlamat daripada penganjuran ini akan dapat terhasil dan seterusnya mencapai matlamat yang kita inginkan bersama," ujarnya.
25 Mar 19
69
Empty Image
Hospital Baharu Dungun Terengganu Dijangka Siap Ogos Ini
DUNGUN, 26 Mac - Penduduk Dungun kini mampu menarik nafas lega apabila projek pembinaan bangunan baharu Hospital Dungun bernilai RM118 juta dijangka siap Ogos ini.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, pembinaan hospital berkenaan kini berada pada tahap 70 peratus.“Kontraktor daripada Nukima Sdn Bhd telah menyiapkan sekitar 70 peratus daripada pembangunan hospital ini dan selepas Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) selama enam bulan, ianya dijangka siap Ogos ini."Sekiranya terdapat hal-hal lain termasuk masalah teknikal dan sebagainya ia mungkin dilanjutkan sehingga Februari tahun hadapan untuk mulakan operasi sepenuhnya.“Pembinaan hospital ini mengalami sedikit kelewatan disebabkan beberapa masalah termasuk pertindihan di peringkat awal melibatkan urusan tambun tanah, berkaitan dengan peruntukan ketika berlaku perubahan Kerajaan Pusat dan disebabkan kekangan tenaga kerja.“Walau bagaimanapun, masalah-masalah ini telah diselesaikan dan saya yakin selepas EOT projek ini dapat disiapkan mengikut jadual,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Muara Sungai Dungun dan Pembinaan Hospital Dungun, di sini, semalam.Turut serta, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik.Dr Mamad berkata, Hospital Dungun yang baharu itu dibina di atas tanah seluas 6.13 hektar dengan kapasiti 110 buah katil yang dilengkapi kemudahan termasuk wad pesakit, wad bersalin, dewan bedah serta perkhidmatan doktor pakar.“Apabila hospital ini siap, ianya dapat mengatasi kesesakan dan masalah banjir yang sering berlaku di hospital lama."Bagaimanapun, hospital lama Dungun masih akan terus beroperasi memandangkan dengan kapasitinya yang mempunyai lebih kurang 100 buah katil dan tidak ada banyak perbezaan dengan hospital baharu."Adalah lebih baik ianya terus digunakan untuk menampung keperluan penduduk dan tidak mendatangkan masalah walaupun ada dua hospital di daerah ini,” ujarnya.
25 Mar 19
1737
Empty Image
Isu Balai Polis, Klinik Desa Daif Diberi Perhatian
Haji Ahmad Amzad HashimKUALA LUMPUR, 26 Mac - Dua isu termasuk menaik taraf Balai Polis Chabang Tiga, Manir dan Batu Rakit serta klinik desa di Kuala Terengganu mendapat perhatian wakil kerajaan. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amad Amzad Hashim berkata, beliau dimaklumkan bahawa kedua-dua isu tersebut sudah mendapat perhatian pihak terbabit."Alhamdulillah saya dimaklumkan perbahasan saya berkaitan keperluan naik taraf Balai Chabang Tiga, Manir dan Batu Rakit serta kereta dan motosikal peronda di Ibu Pejabat Kontinjen Terengganu mendapat perhatian pihak yang berkenaan."Begitu juga soal Klinik Desa di Kuala Terengganu yang ada yang sangat ketinggalan berbanding klinik klinik yang ada sekarang sehingga ibu-ibu yang sarat mengandung perlu menunggu dengan duduk bersila atau bersimpuh atas lantai klinik. Beliau juga mendedahkan, ada wartawan yang menghubungi beliau dan bertanyakan klinik mana yang boleh dilihat keadaan sedemikian. "Saya beritahu cuba pergi klinik di kampung saya, Klinik Desa Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu sudahlah. Terutama pagi Ahad atau hari ini Selasa," ujarnya.Beliau berkata demikian di status facebooknya hari ini menjelaskan kejayaan perbahasannya di Dewan Rakyat, mendorong isu berkenaan diberi perhatian oleh pihak terbabit.Bagaimanapun Haji Ahmad Amzad tidak menyebut nama pihak kementerian atau jabatan terlibat.Ketika menyenaraikan isu berbangkit di Klinik Desa Durian Burung beliau menyebut bahawa klinik berkenaan mengalami kekurangan kemudahan  termasuk masalah ruang menunggu yang sempit. "Hanya kaum ibu dan anak yang muat untuk menunggu. Tiada kerusi yg mencukupi. Bila terlalu ramai, hanya mampu duduk bersila sambil menunggu giliran," jelasnya.Selain itu katanya, ruang kerja kakitangan atau jururawat juga didapati kurang selesa.Menurutnya, ia berpunca dari pesakit yang ramai berkunjung setiap hari ke klinik tersebut terutama pada hari Ahad dan Selasa, memandangkan klinik desa itu menjadi tumpuan ramai penduduk stempat.Tambahnya, selain tiada kemudahan kerusi meja yang lengkap untuk jururawat dan staf, premis juga tiada perabot, kipas yang mencukupi untuk simpanan ubat-ubatan dan fail-fail pesakit serta ruang tidak mencukupi dan selesa untuk bahagian kanak-kanak."Saya menerima maklumat ekoran ucapan itu, Klinik Kesihatan Hiliran, Kuala Terengganu juga bakal diberi tumpuan ekoran masalah kesesakannya. "Jika betul, saya ucapkan terima kasih kepada pihak berkenaan kerana saya tidak sempat menyebutnya kelmarin," jelasnya.Dalam pada itu, beliau juga membangkitkan masalah berkaitan lesen pukat tunda khas musim tengkujuh yang membabitkan nelayan Terengganu. Amzad juga berharap supaya Jabatan Perikanan Malaysia dapat membezakan antara pukat tunda yang mendatangkan masalah kepada ekosistem, merosakkan bubu, mematikan anak ikan berkualiti tinggi sebelum ia sempat membesar, dengan jenis pukat tunda yang digunakan untuk menangkap udang oleh nelayan tempatan Terengganu ini. "Lesen Khas yang setiap tahun dikeluarkan sebelum ini kecuali tahun ini disertakan dengan syarat yang sangat ketat memperincikan jenis pukat, kawasan yg boleh memukat dan lain lain."Ini menjamin apa yang menjadi isu berkaitan ekosistem, bubu, unjam tidak terjejas oleh lesen khas ini yang cuma bagi membolehkan nelayan mengambil kesempatan dari fenomena musim tengkujuh di mana populasi udang ditolak oleh ombak ke pesisir pantai,"katanya.Kata beliau, sekiranya udang dapat dituai, bukan sahaja nelayan memperolehi pendapatan, rakyat Terengganu juga boleh mendapat dan merasa udang segar yang lebih murah apabila bekalan bertambah.Amzad turut membangkitkan kembali soal wang pendahuluan milik Kerajaan Terengganu sebanyak RM1.85 billion yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2). "Kerajaan Persekutuan telah berjanji memulangkan wang tersebut. Saya hairan bagaimana bila Kerajaan Persekutuan menaik taraf jalan di Kijal, Kemaman yang merupakan projek milik Persekutuan, ia dikatakan sebahagian bayaran balik wang pendahuluan berkenaan."Itu sangat ganjil kerana apa yang menjadi milik Persekutuan adalah memang tanggungjawab Persekutuan. Adakah praktis yang sama dibuat di negeri lain? Bayar wang negeri dengan melaksanakan projek milik Persekutuan?," soalnya.
25 Mar 19
91
Empty Image
Keputusan Permohonan Lesen Motosikal Percuma April Ini
Wan Sukairi beri komitmen umum keputusan LMTS.KUALA LUMPUR, 26 Mac - Pemohon skim Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) Februari lalu dijangka menerima keputusan tersebut bermula 1 April ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, proses menilai kelayakan pemohon yang dilaksanakan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) akan selesai hujung bulan ini."Untuk makluman, lebih kurang 49,500 permohonan diterima dari seluruh daerah."Tetapi, kita memohon maaf kerana dengan peruntukan sebanyak RM7 juta, kita hanya dapat menerima 25,000 pemohon bagi tahun ini," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).Beliau berkata demikian selepas sesi dialog sempena Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 peringkat zon selatan di The Katerina Hotel, Batu Pahat, Sabtu lalu.Dalam majlis meraikan anak-anak Terengganu di perantauan itu, Wan Sukairi turut menyatakan kegembiraannya atas sambutan yang diterima daripada skim LMTS."Kita gembira apabila pelaksanaan manifesto ini mendapat sambutan hebat daripada para belia.Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) rata-rata menyokong usaha kerajaan negeri laksana LMTS."Kepada pemohon yang tidak berjaya, boleh cuba lagi pada tahun hadapan dan jika keadaan mengizinkan, kita mungkin boleh mendapatkan lebih peruntukan untuk manifesto ini," katanya.Untuk rekod, LMTS merupakan salah satu daripada 20 manifesto kerajaan PAS yang dijanjikan untuk  rakyat negeri Terengganu.Sebanyak 12 janji manifesto tersebut telah dilaksanakan dan sedang berjalan secara berperingkat hanya dalam tempoh hampir setahun pemerintahan PAS di Terengganu.
25 Mar 19
40
Empty Image
Kerajaan Negeri Mahu Atasi Masalah Muara Sungai Cetek
KUALA TERENGGANU, 26 Mac -  Kerajaan negeri akan berusaha memperdalam 14 muara sungai di negeri ini yang semakin cetek sehingga  menyulitkan pergerakan bot-bot nelayan dan pelancong untuk keluar masuk.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, langkah itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi membantu ribuan nelayan mendaratkan hasil tangkapan di jeti dan pelabuhan perikanan daerah masing-masing.Katanya, akibat berdepan masalah itu, kebanyakan nelayan terpaksa mendaratkan ikan di luar kawasan iaitu di beberapa jeti di Kelantan dan Pahang.“Faktor itu menyebabkan bekalan ikan segar di negeri ini berkurangan walaupun Terengganu sebuah negeri pesisir pantai, sekali gus menjadi punca harga ikan agak mahal.“Punca lain adalah pencerobohan nelayan asing yang bertindak menceroboh perairan laut Terengganu dengan menggunakan pukat tunda atau pukat kokok yang jelas menyalahi undang-undang di negara ini,” katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman, di Wisma Darul Iman, di sini semalam.Dr Azman turut memberitahu, kawasan tangkapan ikan nelayan pantai Zon A sedia ada akan diperluaskan pada tahun 2020 daripada lima batu nautika kepada 12 batu nautika.“Langkah ini cukup penting bagi memperluaskan kawasan mencari rezeki nelayan pantai dalam maksud untuk menambah hasil tangkapan mereka selain mengelakkan mengelakkan pencerobohan pukat tunda,” katanya.
25 Mar 19
123
Empty Image
5,000 Individu Bersedia Jadi Mata Dan Telinga Kerajaan
KUALA TERENGGANU, 26 Mac - Hampir 5,000  individu di negeri ini  bersedia menjadi ahli Sukarelawan Alam Sekitar (SAS) atau 'mata dan telinga’ kepada kerajaan negeri bagi membantu memantau pencemaran alam sekitar, pencemaran sungai dan pecerobohan nelayan asing di Terengganu.Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS), Mohamad Sanusi Md Nor berkata, kebanyakan mereka terdiri daripada Jabatan Amal Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bersedia bertugas melebihi skop biasa.Katanya, bagi merealisasikan perkara itu, kerajaan negeri disaran menubuhkan pasukan SAS.“Peranan mereka cukup penting kerana bukan sahaja menjadi mata dan telinga kerajaan, malah menjadi perantara kepada masyarakat dalam mendidik tentang pentingnya penjagaan alam sekitar.“Kita perlu mengambil langkah awal berkaitan perkara ini bagi mengelak kejadian seumpama pencemaran sisa kimia berbahaya di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.“Walaupun di Terengganu, terutama di kawasan perindustrian Kemaman belum ada laporan pencemaran sungai akibat sisa toksik, sebaiknya kita perlu berhati-hati,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan LATAS di Wisma Darul Iman, di sini semalam.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.Dr Azman berkata, kerajaan akan meneliti perkara itu, sekiranya ada kesan positif untuk masyarakat, tidak salah untuk merealisasikannya.
25 Mar 19
92