Artikel "Semasa" Terkini
Yakin Pada Diri, Tidak Cepat Puas Hati Petua Untuk Berjaya - MB Terengganu
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Yakin pada kemampuan diri serta tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian semasa adalah kunci untuk mencapai kejayaan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kejayaan dalam pelajaran memerlukan komitmen dan semangat juang yang tinggi kerana ia tidak dapat dicapai dengan mudah.Ujarnya, setiap pelajar yang melangkah ke menara gading pastinya akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan sama ada daripada luar ataupun dalam diri sendiri.“Anak-anak akan belajar di universiti-universiti sama ada dalam atau luar negara, asas yang pertama adalah jangan merasa puas hati dengan pencapaian semasa.“Kemudian, kita yang datang dari negeri Terengganu ini haruslah mampu untuk membuktikan bahawa kita mampu, orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh buat untuk mencapai kecemerlangan.“Keyakinan pada diri masing-masing, ‘self determination’, ‘perseverance’ dan ‘full commitment’ adalah kata kunci yang penting dalam hidup kita,” katanya. Menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang STEM.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ExxonMobil 2018 & Sumbangan Program-Program Pendidikan 2019 di Dewan Auditorium, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), di sini hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Naib Presiden & Pengarah Kewangan ExxonMobil Exploration and Production, Ernest Miller, Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dato' Dr. Norazah Mohd Nordin, serta Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Rosman Roslan.Ahmad Samsuri turut berkata, cabaran yang diharungi di alam kampus memerlukan semangat jitu dan usaha yang berterusan pada setiap masa.“Kadang kala usaha itu perlu dilakukan berkali-kali (apabila ada halangan mengagalkan kita).“Ini perlukan usaha berterusan, jatuh sekali kena bangun segera, jangan biar jatuh itu menyebabkan kita tak bangun,” tambah beliau.
28 Mar 19
66
Kerajaan Negeri Cakna Anak Muda - Perantau
Zakaria Hamzah (kanan).KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Kerajaan Terengganu disaran agar memberi tumpuan yang penuh kepada anak muda untuk manfaat pada masa hadapan.Perantau Terengganu, Zakaria Hamzah berkata, masalah sosial melibatkan pemuda sangat membimbangkan sehingga memerlukan suatu pantauan dan perancangan yang rapi.Jelasnya, ini kerana belia merupakan aset bernilai dan perlu dicorakkan dengan acuan yang betul kerana mereka adalah pemimpin negeri dan negara suatu hari nanti.“Kita harap supaya kerajaan negeri membuat program-program yang boleh mendekati anak-anak muda, dipanggil program kepemudaan.“Kerana anak muda ini merupakan generasi (aset) masa depan, pimpinan masa depan, jadi kerajaan sebagai pimpinan ada tanggungjawab, bagaimana nak menangani isu-isu pemuda,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pada wawancara khas ‘Guane Gamok Perantau’ di Studio TV Darul Iman, semalam.Zulkifli Ibrahim.Sementara itu, seorang lagi panel, Zulkifli Ibrahim menasihatkan agar belia Terengganu memperbaharui kemahiran dan ilmu yang ada.Ujarnya, keupayaan tersebut akan menjadi aset bernilai untuk membantu meningkatkan kecemerlangan negeri hingga ke tahap yang lebih tinggi.“Buat anak-anak muda Terengganu, kena belajar ilmu lebih, dari segi agama dan sebagainya untuk jati diri masing-masing.“Dan juga perlu memahami keadaan politik semasa, kerana kadang-kadang anak muda termasuk seluruh Malaysia masih kurang kesedaran tentang politik,” katanya.
28 Mar 19
28
Galak Usahawan Miliki Sijil Halal
Mohd Nurkhuzaini ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPPMT) di Dewan Konvensyen, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, hari ini.KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Kerajaan negeri mengalakkan penyertaan lebih ramai usahawan negeri ini memperolehi pengiktirafan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi produk dan perkhidmatan mereka.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pada masa kini kurang 20 peratus daripada jumlah usahawan Terengganu memiliki sijil halal.“Kalau dibandingkan dengan negeri-negeri di sebelah barat, kita agak ketinggalan mungkin kerana usahawan kita tidak begitu menerima desakan daripada pengguna yang menyebabkan mereka ini berada dalam zon yang selesa kerana tiada pihak yang memaksa.“Justeru, antara usaha kerajaan negeri untuk menggalakkan lebih ramai usahawan mendapatkan persijilan halal adalah memastikan semua usahawan yang terlibat dengan program dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu diwajibkan memiliki sijil halal,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPPMT) di Dewan Konvensyen YPU, di sini hari ini.Dalam pada itu, Nurkhuzaini berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) juga mengambil inisiatif membantu para usahawan untuk memohon sijil halal.“Sebagai contoh, jika sebelum ini tidak boleh mohon sijil halal kalau tidak memiliki premis, kita mudahkan dengan membenarkan mereka membuat permohonan setelah mematuhi syarat ditetapkan,” ujarnya.Menurut beliau, antara punca usahawan menghadapi pelbagai kesukaran memohon sijil halal adalah disebabkan kos mendapatkan bantuan perkhidmatan agensi penasihat luar.Katanya, agensi penasihat luar akan mengenakan kos bayaran yang terlalu tinggi bagi setiap permohonan.“Hakikatnya, kos untuk memohon sijil halal adalah berpatutan dan tidak membebankan dan para usahawan boleh terus ke JHEAT bagiurusan permohonan sijil ini,” ujarnya.Katanya, tidak ada kekangan sebenarnya untuk usahawan memohon sijil halal dan kerajaan negeri akan terus mengadakan pelbagai program bagi membantu memudahkan para usahawan memiliki sijil halal.
27 Mar 19
117
33 ADUN Terengganu Dibekal Komputer Riba
Haji Yahaya dan isteri di Kaunti Radio Manisfm hari ini.KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Kerajaan negeri menyediakan 33 komputer riba kepada setiap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Terengganu bagi kemudahan mengakses maklumat dengan cekap dan cepat.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Haji Yahaya Ali berkata, setiap ADUN dibekalkan peralatan tersebut supaya disambungkan kepada kemudahan wifi berkelajuan tinggi di Dewan Undangan Negeri.Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh DJ Stesen Radio Manisfm di sini hari ini sempena Persidangan Pembukaan Penggal Kedua DUN Ke-14, mulai 1 hingga 4 April ini.Turut hadir isteri beliau, Hajah Zaroni Othman.ADUN Terengganu berjumlah 33 orang termasuk seorang ADUN Wanita yang dilantik dalam persidangan DUN tersebut baru-baru ini. Haji Yahaya berkata, kerajaan negeri berhasrat supaya perkara asas dalam pengurusan perjalanan sidang dewan tersebut disalurkan secara dalam talian."Dalam sistem digital DUN, kita mahu perkara-perkara asas dalam pengurusan perjalanan sidang dewan akan disalurkan secara dalam talian."Jadi, ini akan memudahkan setiap ADUN akses maklumat, apabila mereka bercakap mereka merujuk kepada komputer riba yang dibekalkan segala maklumat berkenaan," jelasnya.Katanya, ia juga bertujuan mengurangkan penggunaan kertas dalam urusan persidangan dewan tersebut.
27 Mar 19
183
MB Lawat LIMA'19 Di Langkawi
Dr Ahmad Samsuri (tiga dari kiri) diberi maklumat tertentu di LIMA'19 Langkawi kelmarin.LANGKAWI, 28 Mac - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berpeluang ke Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2019 (LIMA) kelmarin bagi melihat perkembangan teknologi terkini dunia aeroangkasa dan maritim dunia.Menjelaskan lawatan itu di status facebooknya, beliau sangat teruja melihat teknologi terbaru termasuk teknologi `rocket propulsion', `UAV',` surveillance' dan maritim."Saya sangat teruja melihat perkembangan teknologi terkini, terutamanya teknologi rocket propulsion, UAV, surveillance, maritime dan sebagainya," katanya.Dr Ahmad Samsuri (dua dari kiri) terserampak dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali (tengah) di LIMA'19 Langkawi kelmarin.Dr Samsuri merupakan pakar dalam bidang euroangkasa berkelulusan PhD (Pencucuhan dan Pembakaran Aeroengine, Kegagalan Enjin Tinggi Altitud), Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Leeds, UK (2001), Sarjana Sains dalam Pembakaran dan Tenaga, Pusat Pengajian Pembakaran, Universiti Leeds, UK (1996) dan BEng dalam Kejuruteraan Mekanikal dan Bahan Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia (1993).Ketika ditemu bual mengenai bidang kepakaran beliau di Kuala Terengganu baru-baru ini, Dr Samsuri bersedia untuk menjadi pensyarah jemputan di mana-mana universiti sebagai tanggungjawab sosial dan bderkongsi pengalaman dengan masyarakat kampus.MB (dua dari kanan) melihat senjata terkini di pameran LIMA'19 Langkawi kelmarin."Saya bersedia jika ada mana-mana universiti ingin mendapat khidmat saya sebagai pensyarah bidang kepakaran saya sama ada sebulan sekali atau sebagainya agar saya dapat memanfaatkan kepakaran saya kepada masyarakat kampus," jelasnya.
27 Mar 19
183
Terengganu Perjuang Hak Palestin
Ketua Kesatuan Ulama Luar Palestin, Dr Nawaf Takruri.KUALA TERENGGANU, 27 Mac - Kerajaan Terengganu mendokong usaha semua pihak dalam membangkitkan kesedaran dunia mengenai kebebasan dan hak rakyat Palestin.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kekejaman dilakukan rejim Zionis Israel melanggar undang-undang antarabangsa, selain tindakan mereka merampas kapal membawa bantuan ubatan dan makanan.“Dunia terutamanya Amerika Syarikat mengiktiraf Israel dan terus menekan rakyat Palestin apabila mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perpaduan Ummah & Isu Palestin di perkarangan Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu, di sini semalam.Turut serta ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Khairuddin Aman Razali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Jordan, Sheikh Dr Hammam Said dan Ketua Kesatuan Ulama Luar Palestin, Dr Nawaf Takruri.Dalam pada itu, menurutnya, kemarahan dan kekecewaan rakyat Palestin mendorong mereka untuk bertindak, namun tindakan itu terus dilabel sebagai keganasan.“Negara yang melancarkan roket dan bom sehingga membunuh ratusan jiwa yang tidak bersalah, tindakan yang cuba menakutkan masyarakat ini juga tindakan keganasan,” ujarnya.Justeru, orang ramai yang ingin menderma boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank Dana Taawun DPPNT, 563064113873.Terdahulu, enam tercedera selepas sebuah pelancar roket jarak jauh yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza terkena sebuah kediaman di tengah Israel, kejadian pertama seumpamanya sejak perang Palestin 2014, kata pihak berkuasa Israel.Serangan awal pagi baru-baru ini ke atas Mishmeret, sebuah bandar pertanian di utara Tel Aviv, berlaku ketika pergolakan memuncak menjelang ulang tahun protes di sempadan Gaza dan kunjungan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu ke Washington, sebahagian daripada kempen penggal kelima beliau menjelang pilihan raya 9 April ini.Kali terakhir bandar komersial dan komuniti Israel diserang adalah ketika perang 2014 menentang pejuang Islam Hamas.Serangan berlaku beberapa minit selepas tentera Israel menghidupkan siren pencerobohan udara di kawasan terbabit dan berkata sebuah roket dilancar dari Semenanjung Gaza, 80 kilometer dari kubu kuat Hamas.
27 Mar 19
227
Lembu Sado Trend Baharu Jana Pendapatan Lumayan
Oleh: Khalid AbdullahKEMAMAN, 27 Mac - Penternakan lembu sado di Terengganu kini menjadi fenomena dan trend baharu dalam kalangan anak muda khususnya untuk menjana pendapatan lumayan.Di daerah Kemaman umpamanya, Mohamad Taufik Mohamad Nor, 30, dari Kampung Baru, Kertih ialah antara golongan muda yang menjadikan ruminan baharu ini sebagai lubuk menjana ekonomi.“Ramai golongan muda berjinak-jinak dalam industri penternakan lembu sado kerana hasilnya sangat lumayan dan harga seekor lembu sado jantan dewasa bernilai belasan ribu ringgit berbanding harga lembu tempatan atau kacukan Kedah-Kelantan.“Mungkin bermula dengan minat atau mewarisi baka induk dari ibu bapa seperti saya, penternakan lembu sado sudah menjadi aset atau pelaburan bernilai bagi golongan muda selain memenuhi permintaan. Ia adalah trend terbaharu di Terengganu dan mampu membantu negara mengurangkan import daging,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di sini baru-baru ini (25 Mac).Mohamad Taufik yang juga bapa kepada tiga orang anak memberitahu, kenangan manis sepanjang melibatkan diri dalam penternakan lembu sado adalah memenangi tempat kedua Pertandingan Lembu Sado sempena Road To MAHA di perkarangan Pejabat MARDI, Manir pada 26 Oktober tahun lalu.“Membawa cabaran baka Limousine bergelar Davic, akhirnya muncul naib juara dan membawa pulang hadiah kemenangan RM1,000 berserta piala dan sijil.“Davic kini berumur empat tahun tujuh bulan, sudah mencapai harga RM18,000 dengan berat terkini 940 kilogram.“Jumlah keseluruhan lembu sado pelbagai peringkat umur yang dibela kini mencecah lebih 30 ekor dan terdiri daripada pelbagai baka seperti Belgian Blue, Charolais dan Limousine,” ujar beliau.Tambahnya, seekor anak lembu sado boleh mencecah harga RM5,000 apabila berumur lima bulan dan kandang ternakan beliau tidak putus-putus dikunjungi golongan muda yang berminat mendapatkan anak lembu sado untuk memulakan projek penternakan atau mengembangkannya.“Orang muda tidak seharusnya berasa malu untuk menjadi penternak kerana ia memberikan hasil yang amat lumayan,” ujar beliau lagi.
26 Mar 19
1071
Terpaksalah Keluar Pekan Tadah Bekalan Air
Oleh: Khairan Mat JusohMARANG, 27 Mac - Sebuah keluarga di Tambak Baru, Wakaf Tapai di sini, terpaksa keluar ke pekan untuk menadah bekalan air akibat mengalami masalah kerosakan enjin air telaga di rumah mereka.Perkara itu menyebabkan Mohamed Tambi, 76, yang tinggal bersama anak menantu serta cucu-cucunya sukar untuk melakukan aktiviti-aktiviti seharian.Lebih memilukan apabila didapati dinding kediaman mereka turut berlubang, kelengkapan rumah tidak mencukupi dan ditambah lagi dengan keadaan tuan rumah yang terlantar keuzuran kerana mengalami masalah usus.Sehubungan itu, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan yang mendapat maklumat daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tambak Baru segera mengambil tindakan dengan membeli dan menyerahkan enjin air baharu serta sedikit sumbangan kepada keluarga tersebut.Dalam tumpuan sama, ADUN Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, pemasangan dilakukan secara gotong-royong oleh MPKK."Alhamdulillah, masalah ini dapat diselesaikan dengan kadar waktu yang sangat cepat."Sebagai kerajaan, kita telah pun mengambil tindakan untuk membantu keluarga tersebut bagi menyelesaikan masalah kediaman mereka," katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita baru-baru ini (22 Mac), mengulas tentang hal itu."Insya-Allah, semoga rakyat kita yang kesusahan dipermudahkan Allah," tambahnya.
26 Mar 19
108
Kebakaran Di Pasar Payang, Empat Gerai Musnah
Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 27 Mac - “Saya tidak mampu buat apa-apa, hanya bingung dan hampir pitam ketika melihat gerai saya terbakar dijilat api yang sedang marak, kata Ibrahim Abdullah, 64, mangsa kebakaran gerai di Pasar Kedai Payang, di sini, tengah malam tadi.Ibrahim yang sudah berniaga di situ sejak 30 tahun lalu berkata, kejadian berlaku ketika dia meninggalkan gerainya sementara kawannya pula sedang menggoreng keropok di gerainya itu dan sebaik kembali semula, tiba-tiba kawasan jualannya itu sudah dijilat api. Dia dengan beberapa peniaga berhampiran kemudiannya bertindak memadamkannya dengan menyimbah air, pun begitu usaha itu tidak berhasil apabila api semakin marak dan turut memusnahkan tiga kedai lain yang berhampiran.Akibat kejadian itu, Ibrahim yang berasal dari Kampung Manir itu memberitahu, kerugian yang dialaminya kira-kira RM15,000.Pegawai Bomba Kanan 2, Mohd Zuhan Shafei berkata, sepasukan 16 anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Kota dan Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Terengganu dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada jam 11.41 malam.Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal kira-kira 25 minit daripada merebak ke kawasan lebih luas.“Kebakaran berhampiran Pasar Payang ini melibatkan empat buah gerai jualan dengan satu gerai musnah keseluruhan dan tiga lagi musnah hampir 50 peratus.Katanya, dua jentera bomba dengan sembilan anggota dari balai bomba Kuala Terengganu dan tujuh lagi dari Jalan Kota berjaya memadam kebakaran itu sepenuhnya kira-kira jam 12.10 tengah malam tadi dan tiada sebarang kecederaan jiwa dilaporkan.Menurutnya lagi, punca kejadian dan jumlah kerugian akibat kebakaran itu sedang disiasat.
26 Mar 19
127
MOU Gimzan-PPSB Wujudkan Peluang Pekerjaan Di Ajil
Majlis Menandatangani Servis Level Agreement (SLA).Oleh : Khairuddin YusoffSERDANG, 26 Mac - Memorandum persefahaman (MOU) antara Permint Plywood Sdn. Bhd (PPSB) dan Gimzan Plywood Sdn Bhd dijangka mampu membuka peluang pekerjaan terutamanya kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, kolaborasi itu merupakan satu titik mula atas dasar kepentingan untuk memenuhi hasrat rakyat yang memerlukan pekerjaan.Jelasnya, peluang baharu yang dibawa oleh Golden Pharos Berhad (GPB) untuk masyarakat Ajil itu akan membantu penduduk di sana menjana pendapatan dengan lebih baik.“Dengan termeterainya perjanjian ini kita mengharapkan satu ‘turning point’ untuk melancarkan lebih ke hadapan dalam menyediakan peluang pekerjaan.“Terima kasih atas usaha GPB untuk membina satu operasi baru di kilang Gimzan dan kebetulan berhampiran dengan Ajil dan ini merupakan satu peluang pekerjaan untuk rakyat Ajil.“Ini juga merupakan satu daripada inisiatif untuk merealisasikan Manifesto PAS sebelum PRU14 bagi menyediakan 20,000 pekerjaan (dalam tempoh 4 tahun) kepada rakyat Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada Majlis Menandatangani Servis Level Agreement (SLA) di antara PPSB dan Gimzan Plywood Sdn Bhd di Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam. Persefahaman ini akan membuka banyak peluang pekerjaan.Hadir sama, Pengurus Besar PPSB, Wan Mohd Suhaimi Wan Aziz, Pengarah Gimzan Plywood Sdn.Bhd, Datuk Wira Sheikh Othman Rahman dan Dato' Seri Yong Tu Sang serta kakitangan PPSB.Sementara itu, Pegawai Eksekutif GPB, Dato' Ahmad Nadzarudin Abdul Razak yang turut hadir dalam majlis itu berkata, kerjasama dua syarikat selama satu tahun itu akan meningkatkan lagi kuantiti pengeluaran plywoood selain menjana 100 peluang pekerjaan pada peringkat awal..“Kita telah menandatangani satu perjanjian iaitu servis ‘agreement’ di antara PPSB dan Gimzan di mana kedua-dua syarikat akan bekerjasama membuat pengeluaran venir menggunakan kapasiti yang tinggi.“Melalui kerjasama ini PPSB akan membekalkan kayu balak dan akan diproses di Gimzan untuk mengeluarkan Plywood,” katanya.
26 Mar 19
1070