Artikel "Semasa" Terkini
Sidang DUN : Perpaduan Ummah Demi Kesucian Islam
KUALA TERENGGANU, 3 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyifatkan jalinan kerjasama PAS dan UMNO adalah untuk perpaduan ummah demi memastikan Islam tidak dicemari.Katanya, ancaman yang dilakukan oleh pihak tertentu dilihat mengugat keamanan dan kestabilan negara dengan menyentuh kesucian Islam, memperlekehkan institusi diraja dan banyak lagi perkara yang berpontensi mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku.Beliau berkata, sebagai sebuah negeri yang memperjuangkan Islam, Terengganu di bawah pemerintahan Kerajaan PAS akan terus menjadikan Islam sebagai agenda yang paling penting.“Yang penting adalah kebersamaan dalam tindakan. Alhamdulillah dengan kerjasama di atas asas perpaduan ummah ini, kita boleh bersama-sama khususnya dalam perkara yang telah dipersetujui, antaranya isu Islam dan ancaman terhadapnya, Melayu, Bumiputera dan kepentingan rakyat secara umumnya," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Walau bagaimapun katanya, kerjasama ini diberi respon negatif daripada pihak yang tidak mahu melihat umat Islam Melayu bersatu.“Saya ingin tegaskan walaupun kita umat Islam bersama, kita sama sekali tidak menzalimi dan menindas orang-orang bukan Islam.“Inilah yang dapat kita lihat dalam negara kita khususnya di negeri Terengganu ini. Walaupun jumlah umat Islam melebihi 95 peratus, tetapi masyarakat bukan Islam hidup dalam aman damai," ujarnya.Katanya, perkara tersebut boleh dilihat semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu mahupun semasa pemerintahan PAS pada penggal ini dan sebelum-sebelum daripada ini.“Kita tidak menafikan hak mereka. Apa yang berlaku kita melihat umat Islam yang tinggal di negara yang majoriti rakyatnya bukan Islam dizalimi dan ditindas,” ujarnya.
03 Apr 19
48
Sidang DUN : Beri Joran dan Umpan Kepada Golongan B40
Dr. Azman kemuka pelbagai bantuan yang telah dilaksanakan kerajaan negeri kepada golongan B40.KUALA TERENGGANU, 3 April - Kerajaan Terenggganu telah melaksanakan pelbagai langkah bagi membantu golongan B40 di negeri itu sepanjang hampir setahun mengambil alih pentadbiran.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, bantuan kerajaan itu disediakan dalam kaedah ‘joran dan umpan’ yang bertujuan supaya mereka mampu mengembangkan ekonomi sendiri dan bertahan untuk jangka masa panjang. “Saya boleh simpulkan, bantuan untuk golongan ini bukan dalam bentuk bagi ‘ikan’. Sebaliknya kita bagi joran dan umpan, supaya mereka boleh mengail sendiri,” katanya.Beliau turut memaklumkan, perancangan membantu golongan berkenaan difokuskan kepada sektor pertanian, perladangan, perikanan dan penternakan.“Kita akan jumpa majoriti mereka berada dalam sektor-sektor ini. Mereka biasanya segan dan malu untuk memohon bantuan, maka kita sebagai pemimpin perlu turun mengenal pasti permasalahan mereka dan mengatur langkah yang betul bagi membantu golongan ini. “Hasil dari program turun padang yang dilaksanakan, saya kemukakan kepada dewan beberapa contoh langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri bagi membantu golongan B40 seterusnya membantu mereka dalam kegiatan ekonomi,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Abd Rahman dalam Mesyuarat Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Menurut Dr. Azman, antara usaha yang dilaksanakan kerajaan adalah menyelenggara tali air dan pengairan semula dan hasilnya, sawah padi yang telah terbiar selama enam tahun di Kampung Pengkalan Nangka kembali menghijau.“Manakala bagi masalah kekurangan hasil tangkapan nelayan pantai, kita mengadakan program labuh unjam dan tukun untuk memperkayakan semula sumber perikanan.“Selain itu, menjelang tahun 2020, kawasan Zon A untuk tangkapan nelayan pantai akan diperluaskan daripada lima batu nautika kepada 12 batu nautika supaya zon nelayan pantai mencari rezeki menjadi lebih luas,” katanya.Kerajaan negeri juga memberikan sepenuh sokongan kepada Syarikat Tenox untuk mewujudkan pusat pemprosesan susu pertama di Terengganu yang berpusat di Pusat Pengembangan Veterinar Jenang, Marang dan bakal beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat bagi memudahkan penternak memproses hasil tenusu.Dr. Azman sempat menyatakan, masalah yang dihadapi oleh pesawah di Skim Pengairan Jelapang Langkap juga sedang diambil tindakan oleh kerajaan negeri agar kawasan sawah padi seluas lebih 700 hektar tersebut boleh dimanfaatkan oleh golongan B40 dari Kampung Jelapang, Bukit Putera dan Bukit Layat.
03 Apr 19
102
Sidang DUN : Manfaatkan Potensi Pelancongan Pesisir Sungai
KUALA TERENGGANU, 3 April - Pesisir pantai dan sungai perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri kerana ia bukan sahaja dikunjungi pelancong bahkan boleh menjana pendapatan kepada penduduk dan negeri.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, tempat seperti ini sudah pasti memerlukan penginapan, tempat makan minum dan hasil kraftangan yang boleh disatukan."Ada beberapa tempat yang memang sudah cantik dan kalau kita tambah baik, maka ia akan jadi tempat yang boleh menggamit para pengunjung sama ada dari dalam atau luar negara."Saya mengharapkan pihak kerajaan memandang serius tempat seperti ini dan di antaranya mungkin yang boleh kita tambah nilai seperti mana Taman Tamadun Islam. Kalau di sini dibina taman permainan dan kolam, lagi meriah tempat itu," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja Mesyuarat Penggal Kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke -14, di sini semalam.Menurutnya, kerajaan hendaklah mengambil perhatian agar rakyat boleh berniaga dan negeri mendapat pendapatan serta industri warisan tidak akan pupus."Negeri kita perlu dijenamakan sebagai destinasi ekopelancongan kerana Terengganu memang terkenal dengan tempat yang cantik."Adalah malang jika kita tidak dapat memaksimakan atau menggunakan kelebihan yang ada di negeri kita ini," ujarnya.
03 Apr 19
41
Sidang DUN : Kerajaan Persekutuan Hutang Terengganu RM1.43 Bilion Untuk LPT2
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Foto oleh - Media MBKUALA TERENGGANU, 3 April - Kerajaan Persekutuan telah berhutang dengan kerajaan negeri membabitkan kos pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sebanyak RM1.85 bilion.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jumlah yang telah diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk lebuhraya itu adalah sebanyak RM418.5 juta."Manakala baki yang belum diterima bagi pembinaan LPT2 ialah sebanyak RM1.43 bilion," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun dalam Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-14, di sini hari ini. Hilmi ingin tahu jumlah sebenar hutang untuk kos pembinaan LPT2 dan jumlah yang telah dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri setakat Mac lalu. Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, sehingga Mac lalu, Kerajaan Persekutuan telah membayar hutang tersebut berjumlah RM418.5 juta melalui tiga pembayaran. Ini termasuk pembayaran projek Naik Taraf Jalan Marang ke Awana Kijal berjumlah RM118.5 juta, bayaran pendahuluan yang tidak dibayar balik (RM200 juta) dan pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) (RM100 juta).
02 Apr 19
65
Sidang DUN : Kerajaan Pusat Perlu Kurang Kadar Pemotongan Royalti
KUALA TERENGGANU, 4 April - Kerajaan Terengganu memohon Kerajaan Persekutuan memberi pertimbangan agar mengurangkan kadar pemotongan hutang royalti gas dan minyak sebanyak 25 peratus kepada harga yang lebih rendah atau munasabah.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kadar pemotongan hutang menerusi wang tunai petroleum (WTP) yang ditetapkan Kementerian Kewangan itu terlalu tinggi dan boleh memberi tekanan kepada Terengganu.“Kerajaan negeri sudah menghantar surat rayuan berkaitan perkara itu selain menyatakan alasan tidak mahu menjejaskan perancangan dan perjalanan perbelanjaan dirangka dalam Belanjawan Terengganu 2019 yang sudah dibentangkan pada akhir November tahun lalu.“Bagaimanapun sehingga ke hari ini, Kerajaan Terengganu masih belum menerima maklum balas daripada Kerajaan Persekutuan sama ada setuju atau sebaliknya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Bazlan Abd Rahman (BN-Batu Rakit) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Ahmad Samsuri turut memberitahu, Terengganu telah memperoleh wang royalti atau Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) sebanyak RM1.054 bilion secara berperingkat-peringkat pada tahun lalu.Katanya, bayaran pertama yang diterima adalah pada 10 April iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 sebanyak RM604 juta, selebihnya RM100 juta pada 21 Ogos, RM200 juta (8 Oktober) dan bayaran terakhir bagi tahun lalu adalah pada 12 Disember sebanyak RM150 juta.“Ingin saya jelaskan juga pada tahun 2019, kerajaan negeri telah menerima bayaran royalti sebanyak RM193.18 juta yang mana jumlah ini adalah wang tunai petroleum yang sepatutnya diterima pada tahun 2018. “Tetapi diruncit-runcit sampai yang terakhir dibayar pada Januari tahun ini.. Dan jumlah tersebut iaitu RM193.18 juta, adalah jumlah bersih setelah ditolak siap-siap sebanyak 25 peratus oleh kerajaan pusat,” katanya.
02 Apr 19
34
Isu Penculikan Kanak-Kanak Perlu Ditangani Secara Tegas
Oleh: Syed KamalKUALA LUMPUR, 3 April- Isu penculikan kanak-kanak di Terengganu yang tular dalam media sosial baru-baru ini amat membimbangkan terutamanya di kalangan Ibu-bapa. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim meminta Menteri Dalam Negeri bertanya mengenai langkah segera yang diambil kerajaan bagi mengatasi masalah yang menimbulkan kerisauan masyarakat itu."Saya difahamkan ada di kalangan ibu bapa mengatakan bahawa anak-anak mereka didekati individu yang tidak dikenali mengajak menaiki kenderaan," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan ketika sesi pertanyaan bagi soalan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.Susulan itu, beliau juga mempersoalkan adakah kerajaan akan menempatkan anggota polis di setiap sekolah bagi memantau keselamatan anak-anak terutama ketika balik dari sekolah.Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Mohd Azis Jamman berkata, kementeriannya mengambil langkah serius untuk menangani kes perculikan itu termasuk menubuhkan National Urgent Response (NUR) sebagai sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah yang dianggotai 37 petugas daripada pelbagai kementerian.Sebelum itu, Ahli Parlimen Batu Gajah, Sivakumar Varatharaju Naidu meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik kes-kes penculikan kanak-kanak di negara kita sejak 10 tahun yang lalu. Berapakah tangkapan dan penyelesaian kes penculikan kanak-kanak setakat ini.
02 Apr 19
116
Sidang DUN : Wujudkan Jawatan Khas Pemandu Wanita
KUALA TERENGGANU, 3 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor mencadangkan kerajaan negeri agar membuka peluang pekerjaan kepada wanita, termasuk jawatan sebagai pemandu.Katanya, ia bagi menjamin keselesaan agar lebih memelihara keadaan dan meraikan fitrah wanita, sebagai pekerja, ibu dan juga muslimah.“Kadangkala pegawai wanita terpaksa melakukan perjalanan jauh demi tugasan seperti mesyuarat, program rasmi dan sebagainya. Ini agak kurang selesa jika pemandu adalah daripada kaum lelaki,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja Mesyuarat Penggal Kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini semalam.Malah menurut beliau lagi, kewujudan posisi ADUN Wanita menunjukkan kerajaan di bawah Menteri Besar Terengganu sedar tentang kepentingan dan peranan kaum hawa dalam kepimpinan sehingga mengangkat martabat wanita untuk sama-sama menyumbang idea ke arahTerengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.“Kehadiran ADUN wanita di sini bukan sahaja membangkitkan isu-isu berkait wanita semata-mata tetapi akan turut mengetengahkan apa jua isu yang relevan. Wanita hari ini bergerak maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran, pekerjaan, kepimpinan dan sebagainya,” ujarnya.Kata Zuraida, beliau mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya menyegerakan kerja menaik taraf dewan dan pusat rekreasi khas mesra wanita yang telah dibentangkan dalam Bajet 2019 berikutan ia mendapat reaksi yang sangat positif daripada masyarakat.Tambahnya, beliau juga mencadangkan supaya wanita diberi kuota khas dalam pelbagai program kerajaan negeri memandangkan golongan itu wajar dibela dan harus mendapat tempat sewajarnya, termasuk kalangan beliawanis, orang kurang upaya, gadis remaja dan juga kanak-kanak. “Harapan kami juga agar bajet ini tidaklah sekadar cantik ditekap di atas kertas dan manis hanya di bibir tanpa prasarana yang cekap di peringkat jabatan dan agensi kerajaan.“Dan yang paling penting rakyat seluruhnya perlu bersama-sama berganding bahu dalam menterjemahkan hasrat ini dengan penuh iltizam,” katanya.
02 Apr 19
149
Sidang DUN : 285 Jawatan Imam Dan Bilal Diisi
KUALA TERENGGANU, 2 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) dimaklumkan bahawa jawatan imam dan bilal seluruh negeri Terengganu yang diisi di masjid kerajaan berjumlah seramai 285 orang. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dari jumlah itu, seramai 159 imam telah berkhidmat di masjid berkenaan diikuti dengan bilal seramai 126 orang. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14, di sini hari ini. Wan Hapandi dalam soalannya ingin tahu jumlah bilangan imam dan bilal yang telah diisi mengikut daerah. Menurut Dr Ahmad Samsuri, daerah Kuala Terengganu mempunyai jumlah kakitangan masjid yang tertinggi berbanding tujuh daerah lain iaitu seramai 65 orang. Ini termasuk 36 orang imam dan bilal seramai 29 orang. Sementara itu katanya, daerah Kemaman mempunyai jumlah imam dan bilal kedua tertinggi berbanding daerah lain iaitu 45 orang termasuk imam (25) dan bilal (20). Ini diikuti oleh daerah Besut berjumlah seramai 40 orang termasuk imam (22) dan bilal (18). Katanya, daerah Dungun berjumlah 39 orang termasuk imam (24) dan bilal (15). Daerah Kuala Nerus berjumlah 31 orang termasuk bilal (16) dan imam (15). Manakala daerah Marang berjumlah 28 orang termasuk imam (15) dan bilal (13). Sementara daerah Hulu Terengganu berjumlah 26 orang termasuk imam (16) dan bilal (10). Daerah Setiu pula berjumlah 11 orang termasuk enam orang imam dan lima orang bilal.
02 Apr 19
44
Sidang DUN : Utamakan Kuota Pekerjaan Untuk Anak Terengganu
Alias Harun.KUALA TERENGGANU, 2 April - Peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan oleh kerajaan negeri menerusi beberapa platform dicadang supaya disediakan kuota khas untuk anak Terengganu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, Terengganu adalah sebuah negeri yang mempunyai sumber ekonomi yang pelbagai dan secara tidak langsung ia akan membuka peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.Jelasnya, anak tempatan mempunyai kepakaran kerana ramai di antara mereka mempunyai kelulusan akademik yang tinggi dari pusat pengajian dan kemahiran terkemuka.“Kita mengharapkan peluang-peluang pekerjaan dibuka luas seperti yang dijanjikan walaupun tidak semudah itu kerana kebanjiran tenaga kerja dari luar.“Cuma kita mengharapkan, perlu ada kuota (pekerjaan) seperti yang disebut tadi supaya perkara ini menjadi agenda utama kita dalam menarik pelabur-pelabur luar datang ke tempat kita supaya anak tempatan tidak ketinggalan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas di Wisma Darul Iman, di sini semalam.Alias turut berkata, dasar yang memberikan keuntungan kepada anak tempatan perlu dirangka dan ditetapkan agar pelabur-pelabur luar dapat mengikuti syarat berkenaan.Ujarnya,perkara itu secara tidak langsung akan membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat Terengganu.“Kitalah yang meletakkan dasar ini supaya pelabur-pelabur dapat mematuhi sebahagian daripada kuota yang ditetapkan.“Kuota perlulah munasabah sesuai dengan perbincangan dua pihak (yang terlibat dalam bidang ekonomi dan pelaburan) berkenaan,” tambah beliau.
02 Apr 19
269
Terengganu FC Mudah Atasi Ultimate FC
Pemain TFC meraikan kemenangan mereka dalam saingan Piala FA.KUALA TERENGGANU, 3 April - Terengganu Football Club (TFC) mencatat kemenangan mudah menewaskan pasukan Liga M3, Ultimate FC dalam aksi pusingan kedua Piala FA Malaysia, semalam.Beraksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), TFC nyata mendominasi perlawanan dan menunjukkan belangnya mengatasi lawan dengan kedudukan 5-0.Meski tanpa kelibat Lee Andrew Tuck dan Tchetche Kipre, pasukan tuan rumah bermula selesa apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit pertama menerusi Mohamad Ashari Samsudin yang menolak mudah hantaran leret Mohd Khairul Izuan Rosli.Namun, jaringan tersebut tidak mematahkan semangat Ultimate FC untuk mengatur serangan.Bagaimanapun, keputusan perlawanan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.'The Silent Killer' ledak gol pertama perlawanan.Memasuki babak kedua, TFC menggandakan asakan dengan memasukkan Muhamad Sharin Sapien pada minit ke-56'.Namun, dia digantikan dengan Ahmad Syamim Yahya seminit kemudian kerana kecederaan di kepala.Kebuntuan Sang Penyu mencari gol kedua berakhir apabila Igor Zonjic menanduk padu bola lambungan Sanjar Shaakhmedov pada minit ke 73'.Empat minit kemudian, Sanjar menambah jaringan dengan menanduk bola muntah untuk gol ketiga.Pasukan pelawat yang mula tertekan cuba melengahkan permainan, tetapi TFC mula berpesta gol setelah Khairul Anwar Saharudin dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke 84'.Nasrullah Hanif Johan kemudiannya tenang menyempurnakan sepakan penalti sekaligus melenyapkan harapan Ultimate FC.Menjelang minit-minit akhir perlawanan, Khairul Izuan Rosli menambah luka pelawat apabila menolak masuk bola ke gawang dalam keadaan kelam kabut di depan melengkapkan kemenangan besar tuan rumah.Mengulas persembahan pemain TFCketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan anak buahnya terlalu berhati-hati semasa separuh masa pertama."Aspek ini kita ubah pada babak kedua dan berhasil menambah jaringan."Bagi aksi bertemu PKNP FC selepas ini, saya tidak boleh membuat andaian lagi tetapi kehadiran Lee Tuck yang telah pulih dijangka akan memperkuatkan bahagian tengah kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.Irfan puji aksi Ultimate FC.TFC akan melayan kunjungan pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC dalam aksi Liga Super Malaysia, Sabtu ini.
02 Apr 19
168