Artikel "Semasa" Terkini
Sidang DUN : Terengganu Tubuh Jawatankuasa Khas Bincang Isu Penjaja Jalanan
KUALA TERENGGANU, 4 April - Kerajaan negeri akan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi membincangkan isu-isu berkaitan penjaja jalanan agar tiada lagi peniaga yang menjadi ‘penjaja haram’ di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh agensi berkaitan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan serta pihak trafik.“Sekarang ini, hampir keseluruhan simpang jalan di Terengganu ini ada penjaja jalanan.“Kita akan wujudkan satu jawatankuasa khas untuk bincang perkara ini termasuk membuat satu dasar apa yang boleh dan tidak boleh penjaja ini lakukan dan akan melihatnya dari sudut positif di mana kalau ada permasalahan akan cuba diatasi sebaik mungkin,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Terengganu Ke-14, di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, kerajaan negeri amat mengambil berat terhadap aspek keselamatan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan penjaja jalanan yang tumbuh bagaikan cendawan dan menjadi suatu fenomena baharu di negeri ini.“Kita melihat perkara ini (penjaja jalanan) satu kreativiti oleh anak muda dan menerusi jawatakuasa khas yang bakal ditubuhkan, aspek keselamatan mereka ini akan menjadi keutamaan dalam fokus perbincangan,” ujarnya.Terdahulu, ketika menjawab soalan lisan Nawi Mohamad, wakil (BN- Hulu Besut) Mohd Nurkhuzaini berkata, sebanyak RM2 juta disediakan bagi Dana Usahawan Belia Sejahtera (Dana U-BES) oleh kerajaan negeri menerusi Bajet 2019 untuk menggalakkan anak muda menceburi bidang keusahawanan.“Menerusi Dana U-BES, kerajaan negeri mensasarkan untuk melahirkan usahawan belia seramai 150 orang setahun.“Pengambilan sesi pertama seramai 40 orang yang akan bermula pada April ini di mana fokus utama program ini adalah kepada latihan keusahawanan dan bantuan untuk belia yang akan menjalankan aktiviti perniagaan atas talian,” ujarnya.
03 Apr 19
45
MB Terengganu Lancar Misi MAKSAK Daki Gunung Kinabalu
Dr Ahmad Samsuri (dua dari kiri) menyerahkan bendera negeri Terengganu kepada Che Adam (tengah) untuk Misi Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah, 10 hingga 13 April ini.KUALA TERENGGANU, 4 April - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar melancarkan Misi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Terengganu Untuk Pendakian Solo, Gunung Kinabalu, Sabah, di Tingkat U2 Wisma Darul Iman, di sini, semalam.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman. Misi MAKSAK TRG dè Kinabalu Peak 2019 yang julung-julung kali diadakan itu bakal dilaksanakan oleh Che Adam pada 12 April ini. Beliau akan menbawa Panji Terengganu Maju Berkat Sejahtera, sebagai simbolik bakal menyambut setahun pentadbiran Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Menteri Besar Terengganu serta akan membawa Panji APM, bersempena Ulangtahun Pertahanan Awam Malaysia yang ke 67.Beliau akan turut mengibarkan panji MAKSAK Terengganu di Puncak Gunung Kinabalu yang merupakan puncak tertinggi Malaysia dengan ketinggian 4,052 meter, pada pagi hari tersebut. Dato' A Rahman (kiri) ketika diwawancara media sempena Misi Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah 10 hingga 13 April ini.Projek akan bermula 10 hingga 13 April ini diilhamkan oleh A. Rahman yang berhasrat mahu melihat satu dimensi cabaran baharu kepada seorang pegawai kanan Kerajaan Terengganu berupaya mendaki puncak tertinggi negara itu. Katanya, sebelum ini belum pernah ada pegawai kanan jabatan atau agensi kerajaan yang melakukan misi MAKSAK seumpama itu, sama ada dari MAKSAK negeri mahupun dari MAKSAK Malaysia.Menurut beliau, perancangan serta latihan bermula sejak awal Januari tahun ini, dengan latihan kecergasan fizikal, pendakian bukit, gunung dan denai serta latihan gym telah dilalui dengan konsisten oleh Che Adam. Kos projek sebahagian besar ditaja oleh pihak MAKSAK Terengganu dengan peruntukan sebanyak RM4,500, meliputi kos tempahan pakej pendakian, makan minum, kos latihan, pengurusan dan sebagianya, manakala sebahagiannya ditanggung oleh peserta projek itu sendiri.Dalam misi itu nanti, Che Adam akan diiringi oleh seorang rakan media yang bertindak sebagai rekod dokmentasi serta hebahan kepada umum.
03 Apr 19
192
2,139 Anak Yatim Terima Sumbangan Pakaian Raya - Isteri MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 4 April - Seramai 2,139 orang anak yatim menerima sumbangan pakaian hari raya yang disumbangkan oleh Kerajaan Terengganu dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Terengganu (PERKAYA).Isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman telah menyampaikan sendiri sumbangan tersebut kepada anak-anak yang terpilih. “Lebih 900 orang anak yatim terpilih untuk tahun ini menerima sumbangan raya yang disumbangkan oleh PERKAYA.“Saya difahamkan tradisi ini telah pun dilaksanakan oleh PERKAYA sejak 39 tahun yang lalu,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Raya tersebut di Kediaman Seri Iman semalam.Oleh itu, Tuan Faizah berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas atas usaha yang murni itu.Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh masyarakat di negeri ini termasuk badan-badan korporat dan usahawan agar dapat bersama-sama menggembleng usaha, tenaga serta kewangan bagi membuat kebajikan.“Ia bagi memastikan anak-anak yatim ini dipedulikan dan menjadi tanggungjawab bersama, sesuai dengan slogan PERKAYA (iaitu) Kebajikan Anak Yatim Tanggungjawab Bersama.“Di atas kejayaan dan keprihatinan ini sangat menepati dengan slogan (kerajaan) Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera melalui prinsip membina keluarga bahagia dan rakyat sejahtera,” ujarnya.Sementara itu, menurut Yang Dipertua PERKAYA, Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud Mansor, baki sumbangan pakaian kepada seramai 1,216 orang akan diagihkan ke daerah-daerah selain Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.Katanya, separuh daripada kos keseluruhan program tersebut sebanyak RM100,000 ditampung oleh kerajaan negeri.“Kos keseluruhan berjumlah RM100,000, RM50,000 kerajaan tanggung dan RM50,000 daripada PERKAYA," jelasnya.
03 Apr 19
799
Sidang DUN : SM Imtiaz Dungun Perlu Bangunan Yang Lebih Selesa
KUALA TERENGGANU, 4 April - Kerajaan negeri disarankan meningkatkan kemudahan asas kepada Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Dungun bagi memberi keselesaan kepada para pelajarnya.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, anak-anak yang belajar di sekolah itu tidak mempunyai bangunan asrama yang baik.“Mereka terpaksa tinggal di penempatan yang ditinggalkan oleh syarikat perlombongan bijih besi sejak tahun 60 atau 70-an dahulu. Begitu juga satu lagi Imtiaz yang ditinggalkan oleh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM),” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14, di sini semalam.Justeru itu, Wan Hapandi berharap agar pihak kerajaan, Yayasan Terengganu dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dapat menyediakan infrastruktur dan binaan baru terhadap sekolah tersebut seperti sekolah Imtiaz di daerah lain.“Maka saya mengharapkan SM Imtiaz Dungun tidak ditinggalkan kerana kesemua anak-anak kita ini merupakan pelajar cemerlang yang perlu sentiasa diberi perhatian,” ujarnya.Dalam tumpuan lain, katanya, beliau berharap kerajaan negeri dapat meluaskan konsep 'souq' (pasar) ke daerah lain di seluruh negeri."Alhamdulillah saya melihat daerah Kemaman ada Binjai Souq, di Besut Jerteh Souq untuk peniaga dan usahawan kita."Konsep itu kita boleh lebar luaskan ke daerah lain khususnya saya sebut untuk daerah Dungun yang mana peniaga dan usahawan kita tiada lagi tempat untuk berniaga. Saya pernah sebut sebelum ini dalam dewan supaya pihak kerajaan dapat menyediakan satu tempat untuk peniaga bumiputera kita berniaga dan menyediakan prasarana yang lebih baik kepada mereka," tambahnya.
03 Apr 19
628
Sidang DUN : 'Dalam Berselam Dangkal Berjingkat’ Langkah Terengganu Tampung Potongan Royalti - MB
Peribahasa Melayu jadi sandaran langkah kontingensi Terengganu.KUALA TERENGGANU, 4 April - Kerajaan Terengganu merangka langkah kontingensi bagi menampung pemotongan 25% wang royalti minyak dan gas oleh Kerajaan Persekutuan supaya tidak menjejaskan pelaksanaan Bajet 2019 negeri itu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, empat langkah tersebut dirangka berkisar peribahasa Melayu yang berbunyi ‘Dalam berselam, dangkal berjingkat’ yang bermaksud, penghasilan dan pendapatan yang sedikit itu dipada-padakan (cukup-cukupkan).“Pertama, kerajaan negeri akan melaksanakan perbelanjaan berhemah dengan kadar pemotongan kos yang sesuai terhadap program-program yang telah dijanjikan kepada rakyat tanpa berkompromi dengan objektif yang ingin dicapai dalam setiap program berkenaan.“Manakala yang kedua, kerajaan negeri akan menuntut hutang-hutang daripada Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM1.65 bilion,” katanya ketika membuat penggulungan Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas di Wisma Darul Iman, semalam.Beliau memaklumkan, kerajaan negeri juga akan terus meneroka sumber dan bidang baharu serta meningkatkan kecekapan kutipan hasil supaya lebih efisien dan mendapatkan perolehan kepada negeri.“Selain itu, kerajaan akan mengkaji penggunaan air oleh syarikat utiliti dan penjualan air kepada negeri-negeri lain tanpa mengorbankan kepentingan air kepada rakyat Terengganu,” katanya.Dr. Samsuri turut bersetuju dengan cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim untuk mewujudkan pasukan petugas (task force) untuk memulihkan projek-projek sakit di negeri itu.“Tetapi, dengan kewangan yang terhad projek-projek sakit ini akan disusun mengikut keperluan dan keutamaan,” katanya.
03 Apr 19
79
Sidang DUN : Segera Naik Taraf Dewan Dan Pusat Rekreasi Mesra Wanita
KUALA TERENGGANU, 3 April - Kerajaan negeri bersedia menyegerakan kerja menaik taraf dewan dan pusat rekreasi khas mesra wanita yang telah dibentangkan dalam Bajet 2019.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerja ini disegerakan bagi menjamin keselesaan kaum wanita di negeri ini.Katanya, beliau sedar bahawa kepentingan untuk membina kemudahan ini kerana wanita negeri ini memerlukan tempat riadah yang membolehkan mereka berasa bebas dan tidak terkongkong dengan pelbagai kekangan."Untuk peringkat awal, pihak kerajaan akan menguruskannya melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan menguruskan tempat-tempat yang ada di daerah masing-masing seperti dewan, kompleks sukan atau dewan sivik."Pada peringkat pertama ini, ada PBT yang menguruskan isu penggunaan tempat dengan pembahagian waktu, bermakna ada masa tertentu untuk lelaki dan masa khusus untuk wanita," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap menggulung perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke 14, di Wisma Darul Iman, di sini semalam.Wan Sukairi berkata, ini merupakan antara pendekatan awal yang dapat dilakukan sementara melaksanakan kemudahan sukan untuk lelaki dan wanita dengan lebih sempurna menggunakan kos yang tinggi.Menurutnya lagi, ada juga PBT yang menyediakan beberapa kemudahan asas untuk wanita yang membolehkan mereka beriadah bersama-sama dengan golongan lelaki pada masa yang sama tetapi di tempat yang telah diasingkan.Sementara itu, PBT Kuala Nerus menjadi daerah pertama yang akan melaksanakan pengasingan kemudahan untuk kaum wanita iaitu Dewan Sivik Padang Nenas dan Seberang Takir.
03 Apr 19
41
Sidang DUN: Selesai Masalah Bekalan Air Pulau Redang
Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau kaji langkah terbaik menyelesaikan masalah air Pulau Redang.KUALA TERENGGANU, 4 April - Kerajaan Terengganu masih berusaha menyelesaikan masalah gangguan bekalan air ke Pulau Redang dengan melaksanakan kajian terhadap beberapa pilihan yang ada.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, masalah tersebut berlaku kerana keadaan paip yang telah berusia."Paip yang menyalurkan air dari tanah besar ke pulau berkenaan telah berusia lebih 20 tahun dan sejak beberapa tahun lalu, sering mengalami kebocoran."Tahun ini sahaja, sudah lima kali paip tersebut pecah dan telah memakan kos lebih RM250,000 untuk dibaiki," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Terengganu Keempat Belas di Wisma Darul Iman, semalam.Dr. Mamad juga menyatakan cadangan pilihan iaitu meproses air laut sebagai air bersih memerlukan kos dan kepakaran yang tinggi."Bagi projek penggantian paip, kita menganggarkan lebih kurang RM100 juta diperlukan berdasarkan tawaran yang dikemukakan beberapa syarikat yang menjalankan kajian."Kita juga melihat cara ini adalah yang terbaik untuk jangka masa panjang," katanya yang turut mengemukakan masalah tersebut kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar yang berkunjung ke Terengganu, kelmarin.Dalam kunjungan itu, Dr. Xavier turut meluluskan projek Sewage Treatment Plant (STP) bagi Pulau Redang dan Pulau Perhentian yang bernilai antara RM55 dan RM56 juta setiap satu.
03 Apr 19
347
Sidang DUN : SUTERA Platform Lahirkan Atlet Terkemuka
KUALA TERENGGANU, 3 April - Sukan Terengganu (SUTERA) bakal menjadi acara berprestij dalam melahirkan atlet-atlet sukan berwibawa di negeri ini .Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, SUTERA akan menjadi acara dwi tahunan sebelum Sukan Malaysia (SUKMA) berlangsung."Untuk tahun ini, ia akan berlangsung pada 5 hingga 9 September dan merupakan pertandingan sukan dwi tahunan yang kita buat untuk Terengganu. Ini bermakna pada 2019 kita akan jayakan untuk SUTERA dan tahun 2020 bagi SUKMA. Begitulah seterusnya, ia akan bergilir."SUTERA 2019 juga akan menjadi sukan patuh syariah pertama yang diadakan dan kita akan berusaha untuk menjayakannya sebaik mungkin," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap menggulung perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14, di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Tambah Wan Sukairi, dalam mesyuarat kali pertama, pihaknya juga bercadang untuk menjemput negeri jiran iaitu Pahang dan Kelantan untuk turut sama menyertainya.Dalam masa terdekat, kertas panduan berkenaan dan sebagainya akan dibentangkan oleh Mufti Negeri Terengganu, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Zulkifly Muda, pada mesyuarat berikutnya.Katanya lagi, pemilihan atlet untuk SUTERA akan diserahkan kepada Majlis Sukan Daerah masing-masing yang dipengerusikan Pegawai Daerah untuk membuat keputusan.
03 Apr 19
39
Sidang DUN : Bantuan Pinjaman Segera Peniaga Bazar Ramadan
KUALA TERENGGANU, 3 April - Kerajaan negeri menyediakan bantuan segera berjumlah RM350,000 dalam bentuk pinjaman jangka pendek kepada peniaga bazar Ramadan tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pinjaman segera sehingga RM3,000 seorang diputuskan bagi meringankan beban peniaga yang memerlukan modal bagi memulakan perniagaan sempena Ramadan tidak lama lagi.Jelasnya, sehingga hari ini, seramai 406 peniaga membuat permohonan dan bantuan tersebut dijangka diagihkan seminggu sebelum umat Islam mula berpuasa."Pinjaman yang julung kali diperkenalkan itu hanya akan diberikan kepada peniaga yang memerlukan dan berdaftar di bawah Persatuan Penjaja Kecil Negeri Terengganu."Kita beri kepada mereka dan kemudian mereka perlu bayar balik pinjaman itu dalam tempoh sebulan, sebaik sahaja habis Ramadan hingga akhir Syawal. Kita percaya peminjam telus dan akan membuat bayaran," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap menggulung perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke 14, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Tambah Mohd. Nurkhuzaini lagi, pemohon yang berminat mestilah mendapat tapak bazar Ramadan yang dikendalikan pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah masing-masing.
03 Apr 19
68
Sidang DUN : Polisi Baharu Rancakkan Projek Perumahan Kategori B
Hilmi Harun.KUALA TERENGGANU, 3 April - Polisi baharu projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan negeri diharap akan merancakkan pembangunan perumahan dalam kategori B.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun berkata, rakyat Terengganu yang mempunyai pendapatan isi rumah dalam lingkungan RM3,600 hingga RM4,500 sukar untuk memiliki rumah sendiri.Jelasnya, kekangan ekonomi dan kekurangan rumah yang dibina dalam kategori B menyebabkan kebanyakan golongan itu tidak mampu membeli rumah yang dibina.“Ia kerana kita kekurangan rumah yang dibina di bawah kategori B iaitu kategori RM68,001 sehingga RM 185,000 yang berkeluasan 900 kaki persegi.“Tetapi mereka sebenarnya dalam paksa, mampu dalam paksa dengan kadar bayaran RM400 hinga RM500 sebulan.“Andai kata perumahan kategori B dirancakkan, umpamanya insya-Allah kita dapat melihat dan mengurangkan malu seorang menantu yang terpaksa menumpang di rumah mentua masing-masing,” katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini. Alias Razak.Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak memaklumkan, kerajaan akan memperbaharui polisi perumahan yang ada agar memberi lebih keuntungan kepada rakyat dan pemaju.Kata Alias, polisi baharu itu akan dilaksanakan secepat mungkin dengan mengambil kira semua aspek yang terlibat.“Kita sekarang dalam masa 6 bulan sedang mengkaji semula dasar ini dan insya-Allah dalam masa yang terdekat, kerajaan negeri akan keluarkan satu dasar baharu.“Yang kita harap akan memberi lebih mesra pemaju dan tidak mengabaikan tanggungjawab untuk membina RMM untuk rakyat di negeri Terengganu ini, ” katanya.
03 Apr 19
35