lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Sang Penyu Kalah Tipis Malam Ini
KUALA TERENGGANU,  6 April - Terengganu Football Club (Terengganu FC)  tidak memperolehi sebarang mata apabila kalah tipis dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak Football Club (PKNP FC) 1-2 di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah di sini malam ini. Skuad PKNP FC mengejutkan pasukan tuan rumah apabila berjaya mengatasi 2-1 di stadium tersebut.Sepak separuh masa pertama bermula menyaksikan pasukan PKNP FC terlebih dahulu memberi tekanan kepada skuad Sang Penyu dengan rembatan dari luar kotak penalti dilakukan oleh G. Mugenthiran pada minit ke-13. Namun, sepakan itu berjaya ditepis oleh penjaga gol Terengganu FC.Pasukan tuan rumah berjaya mengasak gawang pasukan pelawat PKNP FC dengan beberapa asakan berbahaya tetapi kegagalan untuk melakukan penyudah yang baik membantutkan usaha Terengganu FC memperoleh gol di babak pertama.Pada lewat aksi babak pertama, PKNP FC berjaya mencuri gol menerusi sepakan penalti Giancarlo Lopes. Jaringan tersebut menyaksikan Giancarlo berjaya mencetak lima gol dalam Liga Super musim ini.Masuk separuh masa kedua, Giancarlo lagi sekali berjaya menjaring gol kedua dalam minit ke-46. Kehampaan pertahanan Terengganu FC, Adib Aizuddin membuatkan Mugenthiran berjaya merampas bola tersebut dan melakukan hantaran ke Giancarlo.Tersentak dengan jaringan itu, anak buah Irfan Bakti mula perkemaskan permainan dengan melancarkan serangan ke kubu lawan. Terengganu FC berjaya mengurangkan defisit menentang PKNP FC selepas pemain jersi nombor 11, Syamim Yahya menyudahkan jaringan pada minit ke-73.Percubaan demi percubaan dilakukan oleh skuad Sang Penyu selepas jaringan tersebut namun gagal mencari gol penyamaan menyaksikan Terengganu FC terus menimpa kekalahan ketiga dalam Liga Super musim ini.Skuad PKNP FC berjaya melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Kuala Lumpur 4-0 pada dua minggu lalu dan Terengganu FC pula penyumbang kemenangan tersebut.
06 Apr 19
157
Empty Image
Sasaran Lulus 25 Ribu Pemohon Lesen Motosikal Percuma Hampir Tercapai
Foto oleh: Wan Luqmanul HakimKUALA NERUS,  6 April - Sasaran meluluskan seramai 25 ribu orang pemohon lesen motosikal percuma tahun ini hampir tercapai sejak ia dibuka secara dalam talian dan manual baru-baru ini.Kerajaan negeri hanya memerlukan seramai kira-kira lebih 700 orang pemohon lagi untuk mempercukupkan bilangan tersebut sebelum urusan selanjutnya dilaksanakan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan,  Belia dan Badan Bukan Kerajaan negeri,  Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, mengikut angka yang disenarai pendek,    kerajaan negeri kekurangan lebih 700 orang lagi pemohon program tersebut."Kita (kerajaan) akan berusaha untuk mencukupkan jumlah 25 ribu orang itu secepat mungkin."Kita sedang usaha untuk jejaki mereka ataupun pilih mana yang layak (dalam senarai sedia ada) untuk mengisi tempat yang masih lagi kosong, " katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Pelancaran Hari Kereta Wira Edisi Ketiga 2019 di Terengganu International Drag Strip Gong Badak di sini hari ini. Turut hadir Da'i Sejuta Ummah,  Ustaz Azhar Idrus.Seterusnya Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam menasihatkan kepada peserta yang berjaya agar segera mengambil baucer dan mengikuti ujian dan latihan yang disediakan oleh pihak Institut Memandu (IM)."Hubungi mereka,  daftar,  ikuti kelas dan sebagainya serta bersiap sedia daripada sekarang supaya tidak berlaku gagal dalam ujian komputer ataupun gagal dalam latihan motosikal itu."Ini bertujuan supaya peserta tidak perlu membuat bayaran tambahan sebab dalam program ini kita tidak membantu mereka yang gagal, " jelasnya.Ertinya kata beliau, peserta yang gagal  perlu membayar sendiri bayaran ujian kali kedua selepas gagal ujian kali pertama sebanyak RM10 sahaja.Sementara itu katanya, bermula 4 April lalu, pemohon yang mengisi borang secara dalam talian atau manual,  boleh semak status masing-masing sama ada berjaya atau sebaliknya.Menurut beliau mulai 15 April ini,  kelas atau ujian memandu akan bermula."Selepas peserta mendapat maklumat bahawa mereka telah berjaya dalam permohonan  itu,  mereka boleh mendapatkan baucer daripada pejabat daerah masing-masing."Kemudian baucer itu dibawa ke institut IM yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri."Sehinggalah mereka lulus ujian berkomputer terlebih dahulu dan selepas mereka mendapat lesen 'L',  mereka boleh pula pergi ke pejabat daerah untuk menuntut baucer yang kedua," jelasnya.Seterusnya kata Ustaz Wan Sukairi, mereka perlu menjalani  ujian dan latihan sehingga mereka dapat lesen penuh.Setakat ini katanya,  ada 12 buah IM di seluruh Terengganu yang terlibat dalam program tersebut."Jumlah pemohon program tersebut sehingga 1 Mac baru-baru ini seramai ialah 49,193 orang."Dan daripada jumlah itu, kerajaan negeri memilih hanya 25 ribu orang sahaja pemohon kerana itulah jumlah bajet 2019 yang ditetapkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini," jelasnya lagi.
06 Apr 19
44
Empty Image
Selepas 10 Tahun, Yahaya Serah Tugas Kepada MB Terengganu
Foto oleh : Aziz HambaliMARANG, 7 April -  Selepas 10 tahun diamanahkan sebagai Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Marang, Yahaya Ali menyerahkan tugas itu kepada Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini.Yahaya Ali yang juga YDP Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berkata, tokoh yang menggantikan beliau adalah seorang yang sangat berkelayakan kerana mempunyai reputasi yang tinggi dalam masyarakat.Jelasnya, ketokohan tersebut pastinya akan terus memacu parti itu khususnya di kawasan Marang  ke arah yang lebih cemerlang."Saya boleh gambarkan bahawa untuk jawatan Yang Dipertua Kawasan insya-Allah tidak akan berlaku pertandingan."Saya yakin orang yang dipertanggungjawab untuk menerajui PAS Marang akan melakukan banyak lagi perubahan," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Marang, di Dewan Majlis Daerah Marang, hari ini.Yahaya Ali tidak mempertahankan jawatan.Turut hadir, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan  Marang, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman serta Persatuan isteri wakil rakyat dan isteri bekas wakil rakyat Terengganu (Khairunnisa'), Zarani Othman.Yahaya yang memegang jawatan bermula tahun 2009 turut berkata, ketekunan ahli di semua peringkat telah berjaya mengangkat dan membangunkan parti itu ke tahap yang lebih tinggi.Ujarnya, perkara itu terbukti apabila PAS berjaya memenangi kesemua DUN dalam daerah Marang."Saya rasa bersyukur kerana saya menyerahkan PAS kawasan dalam keadaan yang stabil."Saya serah balik kita telah berkuasa kembali sebagai kerajaan di mana Marang menyumbang 4 kerusi DUN termasuk dengan kemenangan DUN Pengkalan Berangan."Kita juga mempunyai bangunan PAS kawasan sendiri, Dewan Tuan Guru, sebuah sekolah rendah Islam Madrasah Darul Iman, sebuah van untuk Pusat Khidmat PAS Marang," tambah beliau.Mesyuarat agung tahunan yang sedang berlangsung itu turut mengekalkan Mohd Nor Hamzah dan Ariffin Deraman selaku timbalan serta naib yang dipertua untuk sesi 2019/2021.Mesyuarat itu menyaksikan hanya jawatan Ahli Jawatankuasa sahaja dipertandingkan.
05 Apr 19
44
Empty Image
800 Jemaah Solat Jumaat Bersama Sultan Mizan Di Masjid Ibadurrahman
Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata. Foto oleh - Wan Luqmanul HakimKUALA TERENGGANU, 5 April - Hampir 800 jemaah menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Masjid Ibadurrahman, Kampung Kuala Bekah, di sini hari ini.Sultan Mizan, yang tiba jam 1.00 tengah hari, turut diiringi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
05 Apr 19
317
Empty Image
Saman RM30 Juta : Kerajaan Negeri Ada Hujah Tersendiri
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.MARANG, 5 April - Kerajaan negeri mempunyai hujah dan kaedah tersendiri bagi menyelesaikan kes saman RM30 juta yang difailkan waris rumah pusaka di Kampung Tanjung baru-baru ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kaedah yang terbaik akan dilaksanakan mengikut prosedur bersesuaian dengan kes itu.Jelasnya, isu tersebut juga telah memasuki peringkat perundangan yang memerlukan butiran dan ketepatan fakta kes."Oleh kerana perkara ini telah pergi ke mahkamah, kita menyerahkan urusan ini kepada mahkamah."Kerajaan negeri ada hujah-hujah tersendiri yang tak wajar untuk saya jelaskan di sini, cuma kita nak maklum bahawa kita (kerajaan negeri) telah melakukan apa yang terdaya mengikut peraturan yang ada," jelasnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, di sini semalam.Difahamkan, sebagaimana rekod yang terdapat di Pejabat Tanah Kuala Terengganu pada 6 November 2016, didapati bahawa tanah berketerangan Lot 2795 ini adalah merupakan tanah kerajaan dan tidak pernah didaftarkan di atas mana-mana nama pemilik individu melalui laporan di pautan https://www.teganukita.net/2018/11/isu-roboh-rumah-di-kampung-tanjung-apa.html?m=1.Hadir sama dalam majlis itu ialah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs), Mohamad Embong serta Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusof.Pada 19 Mac yang lalu, waris rumah pusaka di Kampung Tanjung telah mengemukakan saman sivil terhadap Pentadbir Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu serta kerajaan negeri.Saman di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu itu difailkan atas tindakan meroboh kediaman itu pada 21 November 2018.Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 24 April ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
05 Apr 19
65
Empty Image
Cabaran Bola Sepak Piala YAB ADUN Ru Rendang 2019 Bermula - MB Terengganu
Foto oleh - Media MBMARANG, 5 April - Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang 2019 secara rasminya bermula semalam.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang hadir merasmikan pertandingan itu berkata, aktiviti sukan di daerah Marang akan terus dipergiatkan bagi membolehkan anak muda menunjukkan bakat masing-masing.Beliau yang juga ADUN Ru Rendang berkata, bagi melengkapkan misi tersebut, pembangunan insfrastruktur dan perkembangan sukan dalam daerah itu terus dipertingkatkan."Komitmen kita adalah kita akan merancakkan aktiviti bola dan sukan-sukan lain, supaya daerah Marang ini tidak ketinggalan dan terus maju dari segi sukan."Untuk tahun 2019 ini, insya-Allah kita akan memulakan proses untuk memperoleh kompleks sukan di daerah Marang ini," tambah beliau.Memberi komitmen untuk merancakkan industri sukan Marang.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, semalam.Hadir sama dalam majlis itu ialah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs), Mohamad Embong serta Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusof.Dalam perlawananan pembukaan yang berlangsung semalam, Rusila FC berjaya membenam cabaran pasukan Kelulut FC dengan jaringan 2-1.Jaringan mata daripada Muhammad Hafizan Talib seawal minit ke-5 menerusi sepakan penalti memberi kelegaan buat pasukan Rusila FC.Namun, kegembiraan itu tidak lama apabila Mohamad Khairul Nizam Abdul Wahab berjaya menyamakan kedudukan bagi merancakkan lagi perlawanan.Kedudukan 1-1 itu kekal hingga minit ke-30 sebelum Mohd Ismail Mamat menjaringkan gol kemenangan buat Rusila FC untuk mengenepikan saingan pasukan Kelulut FC.Kejohanan itu menyaksikan sebanyak 23 buah pasukan dari seluruh DUN Ru Rendang mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini.
05 Apr 19
188
Empty Image
Sidang DUN : Salur RM55.7 Juta Kepada JKM Untuk Kebajikan Rakyat Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isterinya.KUALA TERENGGANU,  5 April - Kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM55.7 juta kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tujuan bantuan kepada rakyat Terengganu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,  daripada jumlah besar itu,  sejumlah RM51.56 juta telah diperuntukkan untuk bantuan am dan telah pun diagih-agihkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah-daerah (PKMD).Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun dalam Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Yang Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-14, di sini semalam.Alias Harun ingin tahu jumlah bantuan dan usaha kerajaan negeri dalam menangani keluarga B40 yang hilang punca pendapatan akibat Ketua Isi Rumah (KIR) meninggal dunia. Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata,  kerajaan negeri juga menyalurkan bantuan kepada penerima-penerima yang layak termasuk bantuan membaiki rumah kepada mereka yang rumahnya dhaif,  bantuan bencana alam (pemulihan keluarga)  dan bantuan cermin mata. "Usaha-usaha kerajaan negeri melalui JKM tidak terhad kepada penyaluran bantuan kewangan sahaja," jelasnya.Malah katanya,  perkhidmatan sokongan emosi kepada keluarga yang menghadapi musibah dan kesusahan  juga diberi dengan memberi perkhidmatan kaunseling dan bimbingan bagi memastikan hak atau keperluan anak-anak diberi penjagaan dan perlindungan kepada orang yang layak dan sesuai. "Contohnya penempatan anak-anak yatim di Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi dan Asrama PERKAYA atau penempatan di tempat selamat seperti di Rumah Kanak-kanak, " jelasnya. Di samping itu katanya,  bantuan-bantuan lain yang sesuai di bawah Kerajaan Pusat turut disalurkan kepada penerima-penerima yang layak seperti Tabung Bantuan Segera (TBS) iaitu bantuan segera sebanyak RM300 sekali gus,  Bantuan Kanak-kanak (RM100 seorang kanak-kanak dengan maksima sebanyak RM450 sekeluarga), Bantuan Anak Pelihara (RM250 seorang kanak-kanak dengan maksima sebanyak RM500 sekeluarga). "Syarat kelayakan penerima bantuan negeri di bawah JKM Terengganu termasuk warganegara Malaysia dan bermastautin di Terengganu,  pendapatan di bawah RM960 sebulan dan keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan, " ujarnya.
05 Apr 19
53
Empty Image
MB Terkejut Sambutan Karnival Kewangan Terengganu
Dr Ahmad Samsuri (kanan) menandatangani plak Pelancaran Minggu Amal Untuk Alam sebuah bank di sebuah hotel di Kuala Nerus semalam. Turut menyaksikan gimik pelancaran itu, Syukor Khamis (tengah), ikon Kampong Boy Terengganu yang popular dengan kerbaunya.KUALA NERUS, 5 April - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terkejut dengan sambutan rakyat Terengganu dari semua lapisan masyarakat terhadap Karnival Kewangan Terengganu di sebuah hotel di sini semalam.Ini kerana katanya, urusan kewangan merupakan aspek yang serius bersangkut dengan sistem perbankan dan perkembangan ekonomi serta perniagaan."Saya datang terkejut tengok, dengan semua lapisan masyarakat Terengganu datang melawat karnival ini termasuk pelajar sekolah rendah."Mereka mahu mengetahui bagaimana sistem urusan kewangan dan ekonomi berfungsi di negara ini. Mereka adalah pelanggan yang akan diberi pendedahan bagaimana mereka boleh melibatkan diri dalam sistem tersebut," ujarnya.Dr Ahmad Samsuri (dua dari kiri) begitu serius mendengar taklimat kewangan dari seorang kakitangan sebuah bank di Karnival Kewangan Terengganu Kali Kelima di Kuala Nerus semalam.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan satu portal pelaburan kewangan dan melawat booth-booth agensi perbankan dari seluruh negara di karnival berkenaan.Turut hadir dalam sidang media itu, Penolong Gabenor Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahaya.Karnival itu berlangsung selama tiga hari mulai semalam hingga 6 April ini.Ketika mengulas tentang karnival berkenaan, Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, karnival kewangan itu adalah satu karnival yang sangat penting kepada rakyat negeri Terengganu.Ini kerana katanya, fahaman masyarakat perlu diperbetulkan bahawa urusan bank bukan hanya untuk golongan peniaga dan orang kaya semata-mata tetapi sebaliknya ia adalah untuk semua rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini."Sebelum ini, orang yang ada duit sahaja pergi ke bank atau dapat khidmat bank tetapi sebenarnya bank adalah merupakan satu institusi yang dekat dengan seluruh rakyat dalam negara kita."Tambah lagi dalam keadaan sekarang, punca kuasa bank itu ada dalam poket masing-masing. Jadi tentulah peranan sistem kewangan yang ada di dalam negara kita ini adalah penting dan dekat dengan kehidupan kita sehari-hari," jelasnya.Dalam masa yang sama katanya, negara berdepan dengan cabaran Revolusi Industri 4.0 di mana semua aktiviti kehidupan dan pengurusan kewangan perlu dijuruskan ke arah menyahut cabaran tersebut."Tentulah cabaran yang kita hadapi di masa hadapan adalah satu cabaran yang lebih besar."Bank perlu bertemu dengan pelanggannya iaitu rakyat dalam sesebuah negeri itu termasuk yang datang pada hari ini untuk mendapat maklumat tersebut," jelasnya lagi.
04 Apr 19
113
Empty Image
Pasukan MB Juara Kejohanan Menembak ADUN Terengganu
Barisan pemenang kategori individu, Amairudin (berbaju hijau) juara dengan mengutip 82 mata.SETIU, 4 April - Pasukan yang diwakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dinobatkan juara bagi kategori jatuhan piring dalam Kejohanan Menembak Antara Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu, hari ini.Pasukan yang turut diwakili Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali, Ketua Polis negeri, Dato' Aidi Ismail, Timbalan Mufti negeri, A. Hadi Othman serta Ketua Polis Daerah Setiu, Zulkifli Mat Deris itu melakukan jatuhan piring dalam masa 22.65 saat sekali gus menewaskan 10 pasukan lain.Kejohanan anjuran DUN dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) negeri dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) itu diadakan di Lapang Sasar Lembah Bidong, di sini, sempena Penggal Kedua Persidangan DUN Terengganu Keempat Belas yang berakhir hari ini.Hadir sama menyertai kejohanan ialah ADUN-ADUN, pegawai-pegawai kanan PDRM, MSNT dan Persatuan Menembak Negeri Terengganu.Turut mencuri tumpuan, mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang bersaing dalam acara tersebut, namun pasukannya hanya menduduki tempat ketiga setelah tewas tipis kepada pasukan Dr. Samsuri.Dr. Samsuri antara pembidik dengan jatuhan piring tertinggi dalam pasukannya.Dr. Samsuri dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas penganjuran kejohanan tersebut dan menyifatkan ia mencapai objektif sebenar ia diadakan. “Tujuan utama kita ialah untuk merapatkan silaturrahim antara pemimpin-pemimpin dalam negeri dan objektif ini berjaya dengan aktiviti santai ini.“Terima kasih juga kepada kaum wanita yang turut menyertai kejohanan hari ini,” katanya.Dalam pada itu, Yahaya sebagai penganjur kejohanan turut memaklumkan, kejohanan tersebut bakal diadakan setiap kali sidang DUN bagi tahun ini.“Bukan soal juara yang kita utamakan. Program ini diadakan bagi meningkatkan hubungan ukhuwah sesama kita selepas bersidang.  “Selain kejohanan boling yang diadakan tahun lalu, acara menembak ini menjadi salah satu aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak DUN,” katanya. Exco Sukan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah turut ambil peluang sertai kejohanan.Kejohanan tersebut disertai oleh 59 peserta lelaki dan 28 peserta perempuan dalam dua kategori iaitu acara berpasukan jatuhan piring dan individu Central Fire (target).Bagi kategori lelaki, individu Central Fire dimenangi oleh ahli Persatuan Menembak negeri, Amairuddin Alias.Manakala, kategori perempuan dimenangi oleh isteri kepada Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, To’ Puan Aida Tengah.
04 Apr 19
903
Empty Image
Sidang DUN : Terengganu Rakam Penghargaan Pada Brunei Atas Pelaksanaan Hukum Syariah
 Muhammad Khalil Abdul Hadi.KUALA TERENGGANU, 4 April - Terengganu merakam ucapan tahniah kepada kerajaan Brunei atas ketegasan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah yang bermula beberapa hari lepas.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan, Brunei adalah contoh kepada negara islam yang lain kerana tegas dan berani dalam mendepani dan menjuarai isu  berkaitan dengan hukum islam.Jelasnya, kesungguhan Brunei dalam mendaulatkan hukum itu dapat dilihat apabila tetap mempertahankan tindakan itu meskipun menghadapi banyak ugutan dan ancaman di peringkat antarabangsa termasuk kecaman daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).“Yang mana (Brunei) telah mengisytiharkan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah sepenuhnya, bermula beberapa hari lepas.“Walaupun sebuah negara kecil tapi sanggup untuk melaksanakan perkara yang sangat besar ini walaupun berdepan dengan ancaman-ancaman kuasa besar dunia,” tegasnya.Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas di Wisma Darul Iman, di sini semalam.Terdahulu, Muhammad Khalil dalam satu kenyataan mengatakan bahawa musuh yang menentang pelaksanaan undang-undang syariah itu hanya bermain wayang kerana bimbang akan kebangkitan islamUjarnya, sikap ‘double standard’ golongan itu dapat dilihat dengan slogan-slogan retorik yang mereka laungkan seperti kebebasan bersuara dan agama padahal mereka sendiri yang melanggar tuntutan tersebut.“Mereka lupa Brunei Darussalam adalah sebuah negara berdaulat dan merdeka serta mempunyai hak dan kebebasan untuk melaksanakan hukuman dan memerintah mengikut undang-undang pilihan mereka sendiri.“Golongan penentang ini mahu orang lain menghormati hak kebebasan mereka namun mereka pula tidak menghormati hak dan kebebasan orang lain,”.
04 Apr 19
167