lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Kerajaan Digesa Pertimbang Yuran MUET
SETIU, 10 April - Kerajaan Pusat digesa agar mempertimbangkan semula kadar yuran ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang sehingga kini masih membebankan golongan tersebut.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, kadar bayaran ujian MUET yang dikenakan untuk setiap pelajar ketika ini adalah sebanyak RM100 termasuk RM40 sebagai pendaftaran dan RM60 bagi yuran mata pelajaran.“Yuran ini turut berlaku kenaikan yang pada asalnya hanyalah RM60, walaubagaimanapun sejak 2012 yuran ujian ini berlaku kenaikan sehingga RM100.“Nilai RM100 ini wajib dibayar oleh semua pelajar dan langsung tidak dikurangkan nilainya sama ada pelajar dari golongan B40 ataupun tidak,” ujarnya dalam satu kenyataan media, semalam.Tambah beliau, tindakan kerajaan memperkenalkan Ujian MUET On Demand (MOD) bermula tahun lalu bagi pelajar yang tidak berkesempatan menduduki ujian tersebut turut bertambah bebanan apabila mengenakan yuran sebanyak RM250.“Nilai RM100 mungkin rendah bagi pelajar dari golongan berkemampuan namun begitu nilai ini amat besar untuk kalangan B40. Jika gagal mengikuti waktu yang ditetapkan mereka juga terpaksa menduduki Ujian MOD yang jelas sekali membebankan golongan ini.Justeru katanya, kerajaan digesa agar mempertimbangkan semula kadar bayaran yuran khususnya bagi golongan B40 bagi membantu golongan ini menduduki ujian tersebut.
09 Apr 19
41
Empty Image
Isu Penggunaan Vaksin, Perlu Rujuk Pada Yang Pakar
KUALA TERENGGANU, 9 April - Ibu bapa yang keliru berhubung hukum pengambilan vaksin dan imunisasi perlu merujuk kepada pihak yang pakar (berkaitan hukum hakam agama) atau pihak berkaitan sebelum membuat keputusan tanpa berdasarkan maklumat sahih.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Muhamed berkata, antara pihak yang boleh dirujuk ialah Jabatan Kesihatan serta Jabatan Mufti di setiap negeri bagi mendapatkan pandangan dari sudut agama dan kesihatan.“Dunia kita sekarang ini terbuka luas, Malaysia sahaja menerima kunjungan orang yang pelbagai bangsa dan berlainan latar belakang. Sebahagian daripada mereka tidak melalui proses sebagaimana kita rakyat Malaysia melalui program pencengahan penyakit sejak usia bayi.“Di kalangan mereka ada yang datang untuk bekerja, melancong dan bersama-sama mereka mungkin ada penyakit yang boleh membawa masalah yang besar kepada masyakat kita.“Sebab itulah pendedahan terhadap kepentingan penggunaan vaksin perlu kerana kita dapati kebelakangan ini ada sesetengah golongan ibu bapa bertindak untuk menolak penggunaan vaksin bersandarkan kepada fakta yang tidak tepat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Forum Penyakit Cegahan Vaksin anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) yang diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, hari ini.Ahmad Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar berkata, langkah merujuk kepada pihak berwajib tentang isu penggunaan vaksin adalah pendekatan terbaik dalam mengelakkan ibu bapa terpedaya dengan maklumat palsu yang boleh membahayakan kesihatan anak-anak.“Berkaitan kesihatan anak-anak, ibu bapa sepatutnya perlu rujuk kepada mereka yang pakar sama ada ke klinik kesihatan, hospital dan sebagainya kerana mereka ini lebih arif tentang bidang perubatan.“Kita harap, ibu bapa memainkan peranan untuk mendapatkan maklumat yang lengkap berkaitan penggunaan vaksin kerana kesihatan anak-anak adalah tanggungjawab mereka,” ujarnya.
08 Apr 19
99
Empty Image
Terengganu FC Perintis Projek Naik Taraf Padang
Hishamuddin Abdul Karim (kanan) ketika meninjau kerja-kerja memotong rumput padang bola sepak baru-baru ini. Foto ihsan - Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT)KUALA TERENGGANU, 9 April - Terengganu FC (TFC) dengan kerjasama Malaysian Football League (MFL) semalam menyerahkan projek penukaran padang kepada RS Greenmaster di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.Program itu menyaksikan TFC menjadi perintis dalam usaha MFL meningkatkan kualiti padang venue semua pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, beliau mendedahkan program itu terbuka kepada semua pasukan di mana mereka perlu mengemukakan permohonan kepada MFL sebelum sepak mula Liga Malaysia.Kata Kevin, TFC telah menunjukkan minat dan memohon untuk menjadi perintis projek penukaran padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan program tersebut dijangka selesai dalam tempoh empat bulan.Jelasnya, komitmen tinggi dan usaha yang ditunjukkan TFC, kerajaan negeri Terengganu dan Kompleks Sukan Negeri Terengganu di bawah Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu bakal meletakkan pasukan gergasi Pantai Timur itu berada dalam landasan terbaik untuk menjadi contoh sebuah lagi pasukan yang berjaya menstrukturkan diri mereka semula untuk berjaya secara teknikal dan komersial selepas fenomena Johor Darul Ta’zim (JDT) yang telah bermula pada 2013.“TFC sentiasa memberikan sokongan yang baik kepada inisiatif-inisiatif yang cuba dilakukan oleh MFL dan apa yang kita dapat lihat bahawa mereka melakukan satu usaha yang amat besar untuk struktur TFC bagi menjadi salah satu gergasi bola sepak Malaysia dalam jangka masa panjang.“MFL berbangga dapat menyokong TFC sebagai perintis pada program MFL untuk memastikan kualiti padang bola sepak berada di tahap tertinggi untuk menggalakkan persembahan teknikal atas padang yang lebih baik dan menjadikan persembahan perlawanan Liga Malaysia yang boleh dibanggakan khusus untuk tontonan penyokong.“Dengan kejayaan program ini, MFL dapat melihat proses-proses yang perlu dilaksanakan MFL dengan mengambil kira pemilikan stadium, kerajaan negeri dan lain-lain.“Kita ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu Kompleks Sukan Negeri Terengganu dan Jabatan Kerja Raya yang telah memberikan kerjasama baik bagi menjayakan program ini terutama TFC yang sedia menjadi perintis percubaan untuk program ini,” katanya.Buat masa ini, TFC yang bertanding dalam Liga Super menggunakan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebagai gelanggang rasmi mereka dan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu dijangka akan menggunakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berkapasiti 50,000 penonton bagi kempen Piala Malaysia selepas projek menaiktaraf padang itu siap.Kevin berharap projek bersama TFC itu dapat membuka mata lebih ramai pihak dalam usaha meningkatkan kualiti padang venue di Liga Malaysia.“Saya berharap bila program ini berjaya, kita boleh perluaskan kejayaan ini kepada banyak lagi padang-padang bola sepak di masa akan datang,” ujarnya.Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim turun bersama Pegawai Eksekutif dan kakitangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) bagi meninjau kerja memotong rumput padang bola sepak baru-baru ini (4 April)."Kerja memotong rumput adalah persediaan sebelum ruang padang stadium ini menerima kehadiran kontraktor pada 8 April nanti untuk kerja-kerja baik pulih padang."Kerja-kerja ini sebagai inisiatif KSNT agar rumput padang sedia ada boleh digunakan di mana-mana padang seperti padang latihan TFC di sekitar kompleks ataupun termasuk pemanfaatan di SSINS."Tenaga kerja yang bertungkus lumus semuanya secara dalaman. Inisiatif ini atas sifat untuk mengelakkan kerugian dan memanfaatkan lagi apa yang boleh digunakan," katanya.Dalam perkembangan sama, menurutnya, beliau diberi peluang mengendalikan mesin."Insya-Allah, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin akan memiliki padang baru yang lebih sesuai untuk digunakan September 2019. Permulaan kerja akan menumpukan semakan terhadap sistem 'drainage' sedia ada sama ada berfungsi atau tidak."Dan selanjutnya barulah dimulakan kerja-kerja meratakan tanah dan penanaman rumput. Kalau tidak silap, maklumat yang saya terima tempoh hari, jenis rumput yang bakal digunakan adalah rumput Bermuda."Pada asalnya, rumput Paspalum tapi ia agak cerewet untuk diuruskan. Malah memerlukan air masin untuk proses siraman. Insya-Allah padang bola sepak ini akan mendapat kelayakan penggunaannya selepas selesai baik pulih."Baik pulih komponen yang lain, kita serahkan kepada pihak kerajaan negeri untuk memperhalusi cadangan yang dikemukakan pelbagai pihak. Ia tidak mudah, tapi usaha ke arah memanfaatkan balik stadium ini akan sentiasa dilakukan dengan mengambil kira pebagai aspek."Kita rakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MFL atas peruntukan baik pulih padang ini."Untuk kerja pemantauan, MFL telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantau yang dianggotai MFL, JKR, KSNT dan PBSNT. Jawatankuasa ini diketuai oleh Haji Marzuki Sulong," jelasnya.
08 Apr 19
1453
Empty Image
‘Makcik Viral’ Niaga Seorang Diri Akan Terus Dibantu
Oleh: Aslam WiraMARANG, 8 April - Kerajaan negeri dan agensi berkaitan sudah mengambil tindakan sewajarnya seperti menyalurkan bantuan kewangan kepada seorang warga emas, Lijah Embong,77, sejak tahun lalu.Keperitan hidup Lijah yang menetap di Kampung Kuala Tengah bersama seorang anaknya itu tular di media sosial baru-baru ini apabila kisahnya yang menjaja buah-buahan seorang diri di bahu jalan berdekatan Penjara Marang mendapat pelbagai reaksi warganet.Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman berkata, wanita itu merupakan antara penerima bantuan dalam senarai e-Kasih dan turut mendapat pelbagai sumbangan daripada pihak lain.“Kita tidak mahu rakyat hanya menilai melalui kenyataan yang diuar-uarkan semata-mata kerana mungkin ada yang akan memandang serong kepada kerajaan seolah-olah tiada tindakan diambil.“Hakikatnya, Makcik Lijah telah mendapat bantuan antaranya daripada kerajaan negeri, Pejabat Menteri Besar Terengganu dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang sebagai penama dalam senarai `Focus Group, Mobile Team' sejak tahun lalu lagi sebelum kisahnya menjadi tular,” ujarnya ketika dihubungi media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini.Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tengah, Abdan Awang berkata, warga emas itu memang suka berniaga sendirian walaupun ada anaknya yang turut berniaga di lokasi berhampiran.“Dia merupakan penerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sebanyak RM300 sebulan dan melakukan pekerjaan tersebut kerana begitu minat berniaga walaupun usianya sudah meningkat.“Kesusahan hidup keluarga ini memang mendapat perhatian pelbagai pihak di mana sebelum tular kisah berkenaan, Maidam dan Giat Mara juga telah menghulurkan bantuan membaiki rumah di samping sekumpulan sukarelawan Politeknik Kuala Terengganu turut melaksanakan pemasangan pendawaian elektrik di rumah anaknya,Samsani Mohamad, 45 sebelum ini,” jelasnya. Abdan berkata, pihaknya juga akan terus membantu warga emas itu menjalankan peniagaan termasuk menyediakan payung supaya dia dapat meniaga dengan lebih selesa.Menurut Samsani, ibunya seorang yang berdikari lebih berminat untuk berniaga seorang diri."Sebelum ini, ibu telah berniaga di tapak itu namun setelah cucunya terlibat dengan kemalangan dan payung di gerai buahnya rosak akibat ribut, rutinnya terpaksa dihentikan seketika. “Namun, dek kerana sikap ibu yang tidak suka menyusahkan keluarga membuatkannya kembali membuka gerai buah-buahan yang juga tidak jauh daripada lokasi gerai anak serta cucu,” ujarnya.Dalam perkembangan sama, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang menzahirkan ucapan terima kasih terhadap kecaknaan warganet.“Terima kasih atas keprihatinan tuan dan puan. Untuk makluman, MPKK Kuala Tengah, telah cakna akan kesusahan nenek ini sejak dari awal. Beliau merupakan penerima bantuan dan rumahnya telah dibaiki.“Isteri saya, Kak Zah juga ada melawat dan telah memberikan bantuan kewangan dan keperluan harian dalam beberapa siri ziarah sebelum ini,” katanya yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook rasmi beliau.
08 Apr 19
191
Empty Image
Keropok Dungun FC Muncul Juara Kejohanan Futsal Terbuka Dungun
Foto ihsan :  Jurugambar Karnival.Oleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN, 8 April - Pasukan Keropok Dungun berada dalam kelas tersendiri apabila melakar sejarah pada Kejohanan Futsal Terbuka sempena Karnival 60 Tahun PAS Kawasan Dungun setelah meraih gelaran juara.Menurut urus setia kejohanan, Muhamad Yusuf Zainal Abidin, kejuaraan pasukan tersebut diraih setelah melepasi cabaran 36 pasukan dari seluruh Terengganu yang mengambil bahagian.Jelasnya, pertandingan itu juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutamanya daripada golongan anak muda.“Kita telah menerima penyertaan sebanyak 36 pasukan daripada seluruh Terengganu,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Beach Courts Futsal, disini kelmarin.Hadir sama bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik. Pasukan Keropok Dungun muncul johan apabila menundukkan pasukan Masjid Lama Kampung Sura dengan jaringan 4-3 menerusi sepakan penalti Dalam aksi yang penuh dramatik itu, kejayaan skuad Keropok Dungun tersebut tidak datang dengan mudah apabila perlawanan terpaksa diheret hingga ke penentuan sepakan penalti selepas masa sebenar tamat tanpa jaringan. Pasukan itu membuktikan kejaguhan mereka untuk dinobat juara apabila berjaya meledakkan jaringan dalam semua percubaan sepakan.Dengan kejayaan tersebut mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 beserta piala dan pingat kejohanan. 
07 Apr 19
968
Empty Image
YPASM Bakal Taja Pelajar Ke Antartika
KUALA TERENGGANU, 8 April- Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dijangka akan menghantar dua pelajar dan seorang guru dari Terengganu ke Antartika buat julung kalinya bagi menyertai ekspedisi pendidikan di bawah Program ‘Student On Ice’.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nasaruddin Abd Rahman berkata, sekiranya ia menjadi kenyataan, program itu dijangka akan dilaksanakan pada musim panas di Antartika antara Disember hingga Mac.Menurutnya, sejak ekspedisi pendidikan itu dimulakan pada 2015 itu, empat kumpulan sebelum ini membabitkan lapan pelajar dan empat guru dihantar ke program penerokaan dan penyelidikan di Artik.Add caption“Sejak empat tahun kebelakangan ini, kita telah menghantar dua pelajar dan seorang guru setiap tahun dari Terengganu dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan Terengganu ke Artik untuk mendedahkan mereka tentang isu perubahan iklim.“Semasa pelayaran, mereka didedahkan dengan perubahan iklim dan ada saintis di atas kapal yang akan menunjukkan kegiatan dan aktiviti penyelidikan yang mereka lakukan. Mereka akan berkumpul bersama-sama dengan lebih 100 pelajar daripada seluruh dunia,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Terengganu 2019 bertempat di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu di sini, semalam.Perasmian itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed dan turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Noor Afifah Abdul Razak.Jelas Mohd Nasaruddin, pemilihan dijangka akan bermula Jun ini dan pelajar yang layak akan dipilih menerusi Kem Polar Sains serta perlu melalui beberapa ujian termasuk ketahanan fizikal dan mental, ujian sains serta kemampuan komunikasi dan penulisan.“Pihak yayasan memperuntukkan sejumlah RM50,000 seorang untuk menghantar pelajar dan guru ke program berkenaan.“Ia adalah antara usaha kami dalam menarik minat pelajar terhadap program sains dan penyelidikan, di samping meningkatkan kebolehan dan kemahiran interaksi pelajar apabila bergaul bersama pelajar lain daripada seluruh dunia dalam program itu,” katanya.
07 Apr 19
104
Empty Image
Murid Tahun 4 Lemas Di Sungai Manir Akhirnya Ditemui
Oleh: Ahmad MawardiKUALA TERENGGANU, 8 April - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Manir berhampiran jeti Teluk Menara, Manir, di sini berakhir semalam.Mayat Ahmad Aqil Fadlullah Ahmad Ruhaimi, 10 tahun, ditemui terapung kira-kira 10.30 malam Ahad.Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad berkata, mangsa ditemui sekitar jarak 10 meter dari lokasi dilaporkan hilang."Menerusi pencarian pada sebelah malam, kita telah melakukan pencarian di permukaan merangkumi jarak lebih dua kilometer sebelum mengesan mayat mangsa yang terapung berhampiran jeti," katanya.Pihak yang terlibat dalam membantu operasi ini ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Amal Malaysia (JAM) dan penduduk kampung.Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim mengadakan lawatan untuk meninjau tempat kejadian serta bertemu bapa mangsa.Turut hadir, Pegawai Khas ADUN Manir, Ustaz Suqiman Tahar.
07 Apr 19
392
Empty Image
Lokasi Terengganu Bike Week Perlu Ditukar
Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 7 April – Kerajaan negeri memandang serius aduan orang ramai berkaitan penganjuran Terengganu Bike Week (TBW) minggu lalu yang dikatakan menimbulkan bunyi bising dan ketidakselesaan pengunjung serta pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang terletak berdekatan lokasi acara itu.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, permasalahan tersebut telah diketengahkan kepada Pengerusi Kelab Motor Muda JPJ (mantan Pengarah JPJ Malaysia) Dato' Seri Ismail Ahmad yang mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai kelab permotoran bagi penganjuran Bike Week pada masa akan datang.“Melihat kepada perjalanan program, saya kira ada penambahbaikan yang perlu dilakukan. Antaranya salah satu tempat yang sesuai dijadikan lokasi Bike Week ini ialah Kompleks Sukan Sultan Zainal Abidin, Gong Badak kerana mempunyai pelbagai fasiliti dan kawasan yang luas.“Saya juga percaya, para peserta TBW juga terbuka tentang permasalahan ini kerana sebahagian besar terdiri daripada mereka yang telah berjaya, matang serta memahami aspirasi dan datang dengan tujuan yang baik,” katanya kepada media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).  Ahmad Amzad turut melihat potensi yang ada pada program TBW yang bukan sekadar untuk berhimpun malah dapat dikembangkan lagi dengan mengatur pelbagai agenda untuk kebaikan bersama. “Antara lokasi lain yang boleh dipertimbangkan adalah Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Kawasan ini amat luas sehingga ke Pesisir Payang dan mempunyai panorama yang menarik berlatarkan 'drawbridge' yang bakal siap tidak lama lagi."Keluasan yang ada amatlah sesuai untuk dibina 'booth', gerai jualan dan tapak aktiviti lain. Ditambah dengan kawasan yang menjadi mercu tanda Bandaraya Kuala Terengganu.“Jika program ini dianjurkan di sini, ia sudah pasti dapat menjana pendapatan para peniaga Pasar Payang, para peniaga di Pulau Warisan serta pengusaha-pengusaha hotel dan homestay di Kuala Terengganu,” tambahnya.Beliau turut berjanji akan memanjangkan perbincangan itu bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri,  Arifin Deraman.
07 Apr 19
36
Empty Image
Bantuan Bulanan Untuk Anak Yatim DUN Sura Terengganu Diperkenal
Wan Hapandi memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim.Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 7 April - Bantuan bulanan untuk anak-anak yatim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura telah diperkenalkan bagi membantu meringankan beban mereka.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Wan Hapandi Wan Nik berkata, usaha kecil itu diharap dapat memberi keceriaan kepada anak yatim dan penjaga agar mereka dapat menjalankan aktiviti harian dengan lebih lancar.Jelasnya, sumbangan tersebut turut dapat membantu golongan tersebut setelah kehilangan orang tersayang dalam hidup yang menjadi punca rezeki mereka.“Sumbangan yang kita laksanakan ini diharap dapat meringankan beban anak yatim dan penjaga.“Kita tahu bahawa anak anak yatim ini amat memerlukan bantuan kerana ada yang tiada ayah, ada yang tiada kedua duanya, maka dengan bantuan ini insyaAllah sedikit sebanyak dapat membantu,” kata beliau. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penyampaian Bantuan tersebut di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun (MPD), semalam.Menurut beliau yang juga ADUN Sura, majlis penyampaian bantuan itu merupakan antara satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang disediakan pihaknya.Tambah Wan Hapandi, dalam perbincangan dan mesyuarat yang diadakan sebelum ini, pihaknya juga bersetuju untuk memberikan bantuan itu secara bulanan. “Seperti bantuan bulanan Al Mustadh’afin (golongan asnaf), kita juga bersetuju untuk menjadikan bantuan ini sebagai rutin namun untuk permulaan.“Kita laksanakan dua bulan sekali dahulu dan jika kewangan mencukupi di masa akan datang, kita akan laksanakan sebulan sekali pula,” maklum beliau. Seramai 247 orang anak yatim bersama penjaga diraikan dalam majlis penyampaian bantuan yang bermula pada 8.30 pagi itu.
07 Apr 19
362
Empty Image
Sultan Mizan Berangkat Ke Majlis Santapan Malam Pegawai Tadbir Negeri Terengganu
Ketibaan Tuanku disambut meriah.KUALA TERENGGANU, 6 April - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis santapan malam bersama Persatuan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini, malam tadi.Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah. Baginda berdua diiringi Ahli Dewan Pangkuan Diraja, Dato’ Haji Isa @ Ghazali Endut bersama isteri, To’ Puan Aishah Hitam.Keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman serta Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' A. Rahman Yahya dan isteri, To' Puan Kamsiah Dollah.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali dan isteri, Zarani Othman, Timbalan SUK (Pengurusan) merangkap Yang Dipertua Persatuan Pegawai Tadbir negeri, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil serta 182 pegawai tadbir negeri.Persembahan alunan muzik tradisional dan moden turut disajikan. Dalam majlis berkenaan, baginda turut dipersembahkan dengan usaha dan pencapaian pegawai tadbir negeri dalam pelbagai lapangan.Sebelum berangkat balik, Sultan Mizan turut berkenan bersalaman dengan pegawai yang hadir.
06 Apr 19
1580