Artikel "Semasa" Terkini
256 Pelajar Cemerlang DUN Pengkalan Berangan Terima Anugerah
Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar.Oleh: Khairan Mat JusohMARANG, 12 April - Seramai 256 pelajar yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diraikan dan menerima anugerah kecemerlangan kelmarin.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, majlis itu bagi menghargai dan mengiktiraf usaha yang telah dilakukan mereka hingga mencapai kejayaan.Jelasnya, anugerah itu secara tidak langsung akan menjadikan mereka lebih bermotivasi untuk mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi."Hari ini kita kita telah berjaya menyempurnakan hari anugerah kecemerlangan pelajar peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) Pengkalan Berangan."Majlis yang cukup bermakna dan bersejarah bagi adik-adik pelajar dan kita doakan supaya mereka dapat mengambil peluang dan keraian ini untuk mereka lebih bersemangat bagi menyambung pengajian mereka ke peringkat seterusnya," jelas beliau.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar DUN Pengkalan Berangan, di Dewan Al-Ghazali Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan, kelmarin.Sulaiman Sulong.Hadir sama dalam majlis itu ialah Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Mohamad Nawawi Rani, guru-guru kanan SMK dalam DUN Pengkalan Berangan serta ibu bapa murid yang cemerlang.Sementara itu, menurut Mohamad Nawawi, penganjuran majlis itu merupakan sesuatu yang cukup bermakna pada murid yang berjaya.Ujarnya, majlis yang kali pertama diadakan di peringkat DUN itu adalah sebagai sokongan daripada pihak kerajaan kepada warga pendidik."Kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada YB (Yang Berhormat) Sulaiman Sulong yang dapat mengadakan majlis meraikan kecemerlangan pelajar DUN Pengkalan Berangan yang seingat saya anugerah yang pertama di dalam parlimen Marang ini."Insya-Allah majlis penghargaan ini akan memberikan satu penghormatan kepada kami warga pendidikan khususnya guru-guru, pelajar-pelajar yang menerima anugerah dan juga para ibu-bapa dan penjaga. "Alhamdulillah terima kasih banyak-banyak YB atas sokongan kepada kami warga pendidikan,".
12 Apr 19
899
Kos ECRL Kurang RM21.5 Bilion : MB Terengganu Tunggu Pengumuman Rasmi PM
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 12 April - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menunggu kenyataan rasmi daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang perkembangan terkini Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Projek kontroversi itu diumumkan akan diteruskan dengan kos pembinaan sebanyak RM44 bilion."Berhubung dengan perkembangan terkini ECRL, saya hanya akan beri ulasan setelah mendapat maklumat lebih jelas selepas 'pc' (sidang media) oleh PM (Perdana Menteri) pada Isnin ini," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam status yang dimuat naik di laman Twitter rasminya hari ini, mengulas tentang perkembangan tersebut.Sementara itu, Jabatan Perdana Menteri berkata, kos pembinaan fasa 1 dan 2 ECRL itu berjaya dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion berbanding kos asalnya pada RM65.5 bilion.Pengurangan kos itu dicapai selepas Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memeterai Perjanjian Tambahan (SA) dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).SA itu merangkumi perjanjian bagi aspek Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC) ECRL.“Kerajaan mengalu-alukan perjanjian itu yang membuka semula ruang kepada projek ECRL untuk terus dijalankan selepas rundingan selama beberapa bulan antara Malaysia dan China.“Pengurangan kos itu pastinya akan memberi manfaat kepada rakyat dan mengurangkan bebanan dalam kedudukan kewangan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.Kenyataan itu turut berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan sidang media pada Isnin mengenai perkara itu.
12 Apr 19
75
JKM Baik Pulih Beras Mangsa Banjir
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 12 April - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Dungun, bakal membaik pulih dan membungkus semula beras persediaan banjir di Sektor Pengkalan Hadapan (SPH) tahun lalu untuk diagihkan kepada asnaf di daerah tersebut.Manakala Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dibenarkan untuk memanfaatkan bekalan makanan lain yang belum melangkaui tarikh luput untuk kegunaan mana-mana program majlis berkenaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.Pegawai Penyelaras DUN tersebut, Ghazali Sulaiman berkata, beras yang diagihkan sebagai persediaan menghadapi banjir tahun lalu akan melalui proses pembersihan dan akan ditapis sebelum dibungkus semula dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan bantuan."Ini kerana didapati beras itu banyak 'bubut' dan tidak sesuai untuk diagihkan kepada asnaf zakat dan sebagainya."Jadi, beras itu akan diserahkan semula kepada pihak JKM untuk dibaik pulih, dibungkus kembali dan kemudiannya dihantar kepada asnaf atau mereka yang memerlukan," jelasnya.Katanya, sementara barang makanan lain termasuk sardin, biskut, teh dan sebagainya yang belum melangkaui tarikh luput, pihak JKM membenarkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menggunakannya untuk kegunaan program anjuran majlis berkenaan.Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita di Sektor Pengkalan Hadapan (SPH) Mukim Jerangau, Bukit Besi, di sini, semalam.SPH ialah 'post' yang menempatkan bekalan keperluan mangsa banjir yang terputus perhubungan utama di musim banjir.Antara 'post' yang terlibat ialah SPH Kampung Pasir Raja, SPH Kampung Shukor, SPH Kampung Kuala Jengai, SPH Kampung Jongok Batu, SPH Kampung Minda, SPH Kampung Talong, SPH Kampung Rantau Panjang, SPH Kampung Tepus, SPH Kampung Nerang, SPH Kampung Batu Sawar dan SPH Mukim Jerangau.
11 Apr 19
109
KOPERAT Sumbang RM50,000 Bina Surau
Hishamuddin Abdul Karim (kiri) dan Ustaz Ridzuan Hashim menyempurnakan Majlis Perasmian Pembinaan Surau Hidayah Taman Koperat Peradong semalam.Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 12 April - Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn Bhd (KOPERAT) menyumbangkan sebanyak RM50,000 untuk membina Surau Hidayah di Taman Koperat Peradong.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, sumbangan korporat seperti ini dapat mempercepatkan lagi pembinaan surau yang akan menjadi kegunaan orang ramai.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Sumbangan Pembinaan Surau Hidayah Taman Koperat Peradong yang diadakan di tapak pembinaan Surau Hidayah, Taman Koperat Peradong, semalam.“Saya juga berharap agar masyarakat dapat menyumbang dalam pelbagai bentuk sama ada dari segi kewangan ataupun tenaga kerja, bagi menjayakan pembinaan surau ini.“Pembinaan sesebuah surau dalam satu-satu komuniti sangatlah penting khususnya bagi mengeratkan ukhuwah dan perpaduan komuniti tersebut.“Surau juga menjadi asas kepada keutuhan perpaduan sesebuah masyarakat, sebagaimana Nabi Muhammad SAW membina masjid ketika mula-mula sampai ke Madinah," ujar beliau lagi.Sementara itu, Pengerusi KOPERAT, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dalam ucapannya berkata, buat masa ini, hanya RM50,000 sahaja mampu disumbangkan, dan insya-Allah akan menyumbang lagi sekiranya KOPERAT dapat menjana keuntungan yang lebih banyak.“Taman ini mempunyai 81 unit rumah teres, 74 unit rumah berkembar dan 10 unit kedai dan saya berharap surau yang dibina menepati ilustrasi yang digambarkan oleh jurutera.“KOPERAT pada hari ini, akan terus mara ke hadapan dalam usaha untuk memberi keuntungan kepada Kerajaan Negeri Terengganu, dan diharap dengan sumbangan ini akan dikurniakan keberkatan agar perjalanan syarikat lebih lancar dan berkeuntungan," tambah beliau lagi.Dalam perkembangan sama, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Hidayah, Fazli Abd Jalil, pembinaan surau ini menelan kos sebanyak RM350,000 dengan keluasan 1,950 kaki persegi dan dapat memuatkan 100 orang jemaah dalam satu-satu masa.“Pembinaan surau ini telah bermula sebulan yang lalu dan dijangka siap sebelum bulan Ramadhan tahun hadapan," ulasnya.Turut hadir, Pengurus Besar KOPERAT, Sayed Abd Rahman Engku Sulong.
11 Apr 19
353
Tindakan Pantas 'Jaga' Selamatkan Rumah Terbakar
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 12 April - Tindakan pantas pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Delong, Che Wan Othman Che Wan Sulong, 52, berjaya menghalang api daripada terus merebak dalam satu kebakaran di sebuah rumah berhampiran sekolah berkenaan.Beliau yang melihat kejadian itu telah bertindak segera memadamkan api yang mula marak dengan menggunakan alat pemadam kebakaran sekolah."Kebakaran telah disedari oleh orang kampung, masa tu api baru mula nak marak, dalam pukul 1.00 tengah hari, jadi dengan menggunakan alat pemadam api, saya dan orang kampung cuba padamkan api," ceritanya.Beliau berkata demikian ketika kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun di tempat kejadian, di sini kelmarin.Menurutnya, api berjaya dipadamkan setengah jam kemudian di mana sebanyak lima buah tabung alat pemadam api telah digunakan.Terdahulu, kebakaran berlaku kelmarin ketika Mohd Rosli Hamzah, 52, dan isteri, Akmawati Abdul Rahman, 50, yang mendiami rumah tersebut bersama tiga orang anaknya tiada di rumah.
11 Apr 19
75
Terengganu Anjur Himpunan Pendidik Islam Malaysia (HPIM) 6.0
KUALA TERENGGANU, 11 April - Terengganu bakal melakar sejarah dengan kehadiran semua warga pendidik dari seluruh pelusuk tanah air apabila menganjurkan Himpunan Pendidik Islam Malaysia (HPIM) 6.0 peringkat kebangsaan pada Sabtu ini.Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK), Normala Sudirman berkata, himpunan itu menghimpunkan semua pendidik daripada pelbagai institusi pendidikan seperti Sekolah Agama Rakyat (SAR), tahfiz, madrasah, pondok, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) serta sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).Jelasnya, perbincangan mengenai pembentukan generasi pelapis negara yang berkualiti akan menjadi topik utama dalam himpunan tersebut dengan menggunakan tema ‘Guru Pembina Generasi Rabbani’.“Jutaan terima kasih atas kesudian pihak kerajaan negeri menjadi penganjur bersama. “Kita berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi membentuk modal insan yang cemerlang dan gemilang bersesuaian dengan tema himpunan pendidik pada kali ini,” katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan rasmi sempena HPIM 6.0, baru-baru ini.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar akan memeriahkan himpunan itu apabila dijangka hadir bagi merasmikan majlis penutup.Program yang bakal berlangsung di Stadium Negeri Terengganu itu turut menampilkan Ahli Parlimen Marang yang juga Tokoh Murobbi Ummah 2015, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dalam slot Bicara Murobbi.Himpunan berkenaan juga sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap tenaga pengajar, aktivis serta Non-Government Organization (NGO) pendidikan atas usaha memartabatkan pendidikan di persada negara.Program tersebut merupakan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS).
10 Apr 19
334
Guna Peluang Lanjut Pengajian Untuk Jadi Yang Terbaik - Satiful Bahri
Para pelajar bergambar bersama YB Satiful Bahri selepas tamat Kem Bina Insan.Oleh : Amiirullah MansorKEMAMAN, 10 April - Pelajar yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Mesir perlu berusaha menjadi individu yang terbaik dengan membuat persiapan secukupnya.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, pelajar perlu memperkasakan pemikiran dan akidah demi memikul tanggungjawab yang besar semasa berada di sana.“Ini kerana kita akan berhadapan dengan pelbagai ideologi yang boleh mempengaruhi diri. "Mereka umpama mata rantai yang akan meneruskan jalan pejuangan ditinggalkan oleh Rasulullah SAW untuk disebarkan kepada masyarakat. "Inilah bebanan dan tanggungjawab mengangkat martabat ilmu pengetahuan dan risalah yang ditinggalkan untuk kita," katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup Kem Bina Insan Kursus Persediaan Ke Mesir 2019, di Darul Iman Training Centre (DITC) Kemaman, di sini, baru-baru ini. Satiful nasihat pelajar gunakan peluang dengan sebaiknya.Seramai 78 pelajar berjaya melanjutkan pengajian bagi sesi pengambilan akan datang menyertai kem berkenaan.Dalam majlis tersebut, kerajaan negeri memaklumkan bahawa Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Terengganu akan bertindak sebagai wakil menguruskan persediaan dan menghantar pelajar berkenaan ke bumi anbia itu.Kerajaan turut mengumumkan bantuan awal pengajian daripada Yayasan Terengganu (YT) bernilai RM1,000 dan bantuan awal pengajian Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu sebanyak RM2,000.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu turut berpesan, selain pendidikan formal, kemahiran kepimpinan juga perlu dititikberatkan oleh setiap pelajar bagi mewujudkan kemahiran dalam mentadbir sesuatu organisasi. "Bentuklah karisma dalam diri kita dengan sentiasa bersama jemaah untuk melatih kita menjadi seorang pemimpin yangg akan mewarisi masa hadapan,” katanya.Beliau juga mengingatkan, hasrat kerajaan negeri untuk meletakkan Islam sebagai dasar utama dalam semua perkara. "Saya berharap saudara sekalian dapat merealisasikan hasrat kerajaan kerana hanya kita sahaja (kumpulan pelajar dari Terengganu) yang lebih menumpukan ilmu berkaitan agama,” katanya. Kumpulan pelajar berkenaan akan berangkat ke Mesir pada 19 dan 20 April ini.
10 Apr 19
56
Masjid Tawar Khidmat Nasihat Syarie Percuma
Usaha MAMBS permudahkan masyarakat untuk mendapatkan nasihat berkaitan perundangan.KUALA TERENGGANU, 10 April – Masjid Al-Muktaffi Billah Shah dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Terengganu (PPST) mengambil inisiatif merintis program Khidmat Nasihat Syarie (Celik Syariah) secara percuma kepada masyarakat Islam setempat. Program berkenaan diadakan pada Isnin minggu ketiga setiap bulan, secara percuma dikelolakan oleh panel penasihat terdiri daripada peguam syarie yang bertauliah.Pengerusi masjid itu, Datuk W. Mohd Albakri Mohd Noor berkata, usaha berkenaan dilaksanakan bertujuan membuka ruang dan memberi jalan penyelesaian kepada masyarakat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma berkaitan perundangan keluarga Islam, perundangan jenayah Islam, prosedur kes mahkamah syariah serta tatacara pengurusan harta orang Islam.Setiap sesi khidmat nasihat berlangsung selama dua jam bermula 10 pagi hingga 12 tengahari dengan kaedah perbincangan dua hala serta boleh dibuat secara individu atau berkelompok. Datuk W. Mohd Albakri Bin Mohd Noor. “Kebanyakan suami isteri tidak mengetahui hak dan tanggungjawab mereka dalam Islam serta undang-undang menyebabkan anak-anak sering menjadi mangsa dalam banyak permasalah yang berlaku.“Dalam usaha mengelakkan individu tertentu teraniaya dan terabai disebabkan oleh perceraian, kematian dan lain-lain, adalah penting bagi masyarakat untuk mengetahui hak dan tanggungjawab mereka sebagaimana yang tertakluk dalam perundangan,” katanya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).Menurutnya, program itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan mereka yang membuat temu janji akan diutamakan. “Bagi mendapatkan maklumat atau membuat temu janji, masyarakat boleh berhubung dengan eksekutif Masjid di talian 09-6318453 atau 014-7217703 kerana ia lebih memudahkan penyelarasan dibuat bagi memberikan hasil yang memuaskan. “Kami berharap usaha MAMBS ini dapat membuka minda masyarakat tentang perundangan Islam serta membuktikan masjid bukan sahaja menjadi tempat rujukan ilmu fardhu ain semata-mata tetapi juga ilmu fardhu kifayah,” katanya. Bagi sesi pertama pada bulan lalu, seramai 13 peserta hadir mengutarakan pelbagai masalah perundangan berkait hibah, pusaka dan perceraian.Untuk sesi seterusnya, khidmat nasihat syarie akan diadakan pada 16 April ini dan penyertaan masih dibuka kepada umum.
10 Apr 19
141
Ruksyah `Solat Kritikal'
penceramah bebas, Haji Mohd Syukri Haji Ali menerima cenderahati daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil selepas program KUALA TERENGGANU, 10 April - Solat menjadi sumber kekuatan orang Islam yang diamalkan sejak dahulu termasuk oleh pemimpin terdahulu, ‘Pembuka Kota Konstantinopel’, Sultan Muhammad Al-Fateh.Mufti Negeri Terengganu, Dato' Dr. Zukiply Muda berkata, kekuatan solat adalah perkara pertama dalam hidup seorang muslim.“Semua orang tahu sembahyang bukan ‘saja-saja’ tetapi solat itu ada peraturan dan diabadikan dalam satu kalimah mendirikan sembahyang.“Kekuatan Saidina Othman ialah sembahyang malam, sujud, takut dan selalu mengharapkan rahmat Allah,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam program Muhadharah Perdana Solat Kritikal di Dewan Konvensyen Wisma Darul Iman, di sini, semalam.Sementara tu, penceramah bebas, Mohd Syukri Ali berkata, program yang diadakan pada hari ini untuk mendedahkan kepada masyarakat tidak ada alasan untuk tidak meninggalkan solat fardu.Katanya, solat bukanlah perkara yang kritikal kepada kehidupan seharian tetapi kerana berdepan dengan suasana yang tidak kondusif menyebabkan seolah-olah ia membebankan.“Kita berdepan dengan suasana yang menyebabkan kita sangat terdesak untuk melaksanakan solat, sebagai contoh doktor yang membuat pembedahan, balai bomba, balai polis.“Bila saya buat kajian begini rupanya masyarakat kita jauh sikit kefahaman untuk memahami ruksyah (keringanan) supaya kita tidak meninggalkan solat,” jelasnya.Tegasnya, keringanan yang diberikan Allah kepada umat Islam sangat luas termasuk bertayamum dengan menepuk bantal atau pakaian sekiranya tidak terdapat debu di persekitaran.Sebelum itu, beliau berkata dalam ceramahnya pada majlis tersebut, petugas yang membabitkan kerja-kerja keselamatan dan kepentingan orang ramai boleh melakukan solat ‘jamak’ tetapi tidak ‘qasar’.“Saya buat kajian di beberapa buah jabatan yang kritikal antaranya menara kawalan penerbangan, hospital ataupun di balai bomba dan balai polis.“Maka dalam keadaan (sibuk) yang tidak dapat dielakkan itu boleh menggunakan ruksyah yang diberikan syariah untuk mengelakkan kita meninggalkan solat,” katanya.Menurut beliau, 80 peratus pesakit beragama Islam yang dirawat di hospital, tidak menunaikan solat dengan pelbagai alasan menggambarkan masyarakat masih jauh daripada kefahaman Islam sebenarnya.
09 Apr 19
497
Belia Terengganu Persiapkan Diri Maju Ke Hadapan
Ustaz Azhar Idrus serikan Program Azam Anak Muda.MARANG, 9 April - Program Azam Anak Muda menjadi agenda tumpuan belia Terengganu untuk mempersiapkan diri sebagai teras perkembangan dan pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri.Pelajar kursus jahitan pakaian wanita Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, Nur Hafifa Mohd Arifin, 19, berkata, program itu memberi banyak input bernilai pada belia bagi merealisasikan hasrat pada diri dan negara.Katanya, program berbentuk pengisian agama dan pengurusan organisasi bakal melahirkan anak muda yang berkualiti dalam segenap bidang.“Program yang sangat bermaanfaat untuk kami dan anak-anak muda lain kerana kami dapat ilmu yang baru bagi diri kami sendiri untuk maju ke hadapan.“Dengan program ini kami lebih bermotivasi untuk mengubah diri kepada yang lebih baik berdasarkan pengisian-pengisian yang diperolehi tadi,” jelasnya. Nur Hafifa Mohd Arifin.Nurhafifa berkata demikian selepas Program Azam Anak Muda Negeri Terengganu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, di sini, hari ini.Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah Jabatan Belia & Sukan Terengganu, Mohd Soufi Mohd Ibrahim, Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said serta tenaga-tenaga pengajar IKBN seluruh Terengganu dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu.Sementara itu, peserta program yang mengikuti kursus jahitan pakaian lelaki di IKBN tersebut, Nur Syafiq Hisham Zulkarnain, 19, turut berkata, anak muda sememangnya dahagakan ilmu dan motivasi untuk mencapai impian.Ujarnya, program-program seumpama itu patut diteruskan bagi melahirkan lebih ramai belia berwibawa untuk menjadi pemimpin negara akan datang.“Program azam anak muda memberi saya lebih motivasi dan semangat untuk terus belajar mencapai impian.“Program ini patut diteruskan kerana memberi banyak motivasi pada belia untuk memajukan diri masing-masing,” tambah beliau. Nur Syafiq Hisham Zulkarnain.Program Azam Anak Muda yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu itu bertujuan untuk melahirkan pemimpin belia profesional yang inovatif, kreatif, berwibawa dan bersahsiah tinggi.Program tersebut juga diserikan dengan sesi ceramah khas oleh penceramah bebas, ustaz Azhar Idrus.
09 Apr 19
228