Artikel "Semasa" Terkini
Masyarakat Dan NGO Sumber Kekuatan Terengganu
Alias Harun.Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 14 April - Masyarakat yang terlibat dalam pelbagai agensi termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan korporat adalah antara sumber kekuatan kerajaan negeri.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional, Alias Harun berkata, entiti tersebut banyak memberi khidmat sama ada berbentuk nasihat, kritikan mahupun sumbangan ekonomi.Jelasnya, peranan itu adalah konsep sebenar dalam pentadbiran yang menekankan tanggungjawab setiap rakyat dalam membentuk kerajaan yang stabil dan berdaya maju.“Kalau hanya bergantung kepada sumber kerajaan, mungkin kita sudah tidak dapat hendak menyelesaikan masalah yang banyak ini untuk kita selesaikan dalam masa yang cepat,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Santuni Kelab Ibu Tunggal dan Armalah (KITA) di Balai Raya Alor Tempoyak, di sini, kelmarin. Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang juga berkata, kerajaan negeri komited untuk mentadbir Terengganu menerusi gagasan Maju, Berkat, Sejahtera.Tambahnya, kemajuan yang dihajati oleh semua rakyat mestilah melalui proses tertentu tanpa mengundang kemurkaan Allah.“Kita nak maju, tapi dalam kemajuan yang kita kejar, jangan sampai kita cari kemajuan, kita gadaikan agama kita, kefahaman kita.“Jagalah keluarga kita sebab keluarga kita dan anak kita itu adalah masa depan negara kita, kalau kita tidak letak anak kita mengikut landasan yang dikehendaki oleh islam, maka runtuhlah negara,” katanya. Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Alor Tempoyak itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti kampung tersebut.
13 Apr 19
76
Terengganu Negeri Yang Subur Dengan Ilmu
Satiful Bahari Mamat.KUALA TERENGGANU, 14 April - Terengganu adalah sebuah negeri yang subur dengan ilmu dan institusi pendidikan sehingga berjaya melahirkan ramai golongan teknokrat dan ilmuan Islam.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, sejarah ketinggian ilmu sememangnya tidak asing di bumi Terengganu yang menyaksikan tokoh-tokoh hebat sentiasa mendapat perhatian dunia.Jelasnya, justeru itu pihaknya sentiasa membuka ruang buat semua warga pendidik sama ada daripada dalam atau luar Terengganu untuk bekerjasama membina generasi rabbani.“Dan insya-Allah, kita mengalu-alukan, Terengganu kita mengharapkan sebagai negeri yang subur dan sentiasa terbuka kepada dunia pendidikan khususnya yang berteraskan Islam.“Untuk bersama-sama bekerjasama bagi mencapai matlamat, kita juga membuka peluang bukan hanya kepada anak Terengganu tetapi juga kepada mereka yang di luar Terengganu, untuk kita membina generasi pelapis,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Himpunan Pendidik Islam Malaysia (HPIM) 6.0 Peringkat Kebangsaan di Stadium Negeri, di sini semalam.Tokoh murabbi ummah.Turut hadir, Mursyidul Am PAS, Dato' Hashim Jasin, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Terdahulu, Satiful menyampaikan anugerah kepada beberapa tokoh pendidik yang banyak berjasa dalam institusi keilmuan di negara ini.Anak jati Terengganu dari Kampung Baru Seberang Takir, Ustaz Mohd Fauzi Mansor dinobatkan sebagai Tokoh Pendidik Kelainan Upaya atas sumbangan beliau dalam dunia pendidikan terutamanya kepada masyarakat kurang penglihatan.Selain itu, turut menerima anugerah pendidikan dalam himpunan kali ini ialah Dato’ Hashim Jasin yang dianugerahkan Tokoh Murabbi Ummah manakala Dato’ Dr Johari Mat sebagai Tokoh Pendidik, dan Ustaz Azhar Idrus menerima anugerah Tokoh Pendidik Masyarakat Nusantara.Tidak ketinggalan, Tokoh Pendidik Muslimat dianugerahkan kepada Dr Halimah Ali yang banyak berjasa dalam pendidikan perubatan dan agama. Mohd Fauzi Mansor tokoh pendidik kelainan upaya.HPIM 6.0 menghimpunkan semua pendidik daripada pelbagai institusi pendidikan seperti Sekolah Agama Rakyat (SAR), tahfiz, madrasah, pondok,Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) serta sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
13 Apr 19
354
Sistem Pendidikan Barat Jadikan Sempadan
Dr Ahmad Samsuri (tengah) menyerahkan replika check sumbangan orang ramai kepada Dato' Husain Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Madrasah Moden Terengganu Besut (MMTB) di Dewan Kota Putera malam ini.BESUT, 13 April -Sistem pendidikan Barat perlu dijadikan sempadan kerana ia melahirkan modal insan yang rosak termasuk menjadi punca perkahwinan sejenis golongan LGBT sekaligus melanggar fitrah manusia. Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dengan sistem pendidikan Islam pelajar berjaya menghadapi cabaran semasa dengan jayanya termasuk tidak melibatkan diri dengan golongan amalan seks songsang itu dan begitu sebaliknya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Amal Madrasah Moden Terengganu Besut di Dewan Kota Putera Square, Kampung Raja, di sini.Turut hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Dato' Husain Awang dan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Terengganu.Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, memberi contoh kegagalan sistem pendidikan Barat telah melahirkan golongan LGBT seperti satu peristiwa seorang lelaki Melayu berkahwin sesama jenis dengan lelaki Inggeris di Dublin, Ireland yang pernah heboh disiarkan di media perdana satu ketika dahulu.Dr Ahmad SamsuriIkuti cerita beliau berkenaan peristiwa tersebut seperti berikut:-Satu ketika dalam akhbar perdana beberapa tahun lalu disiarkan kisah seorang lelaki Melayu berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris.Lelaki Melayu itu berpakaian lengkap bersampin dan berbaju Melayu. Kebetulan beberapa lama selepas itu saya pergi ke Dublin, ada program yang perlu saya ikuti dan saya bertemu dengan rakan-rakan yang lain di sana dan berhasrat mengesahkan berita tersebut sama ada betul atau tidak berlaku di Dublin.Mereka mengakui memang betul peristiwa tersebut berlaku di ibu kota berkenaan. Apa yang berlaku ialah dua insan sejenis itu berkahwin, lelaki sesama lelaki. Orang Melayu menjadi isteri manakala orang Inggeris itu menjadi suami.Ibu bapa si Melayu yang berasal dari sebuah kampung di Malaysia yang hidup miskin, mereka kutip duit cari tiket kapal terbang pergi ke Dublin untuk berjumpa dengan anak mereka, untuk memujuknya supaya kembali ke pangkal jalan.Dipendekkan cerita sepasang suami isteri itu, pergi ke rumah anaknya di Dublin. Sampai depan rumah anaknya itu mereka ketuk pintu keluar seorang lelaki iaitu si suami kepada anak mereka.Lelaki itu bertanya, "kamu berdua nak apa?" Mereka berkata, "kami mahu bertemu dengan anak kami."Si suami kepada anak lelaki mereka menjawab, "ini rumah saya, sila keluar daripada sini."Suami anak mereka itu memanggil polis lalu polis pun datang dan menghalau mereka berdua kerana dilaporkan bahawa mereka mengganggu tuan rumah tersebut.Kedua ibu bapa lelaki Melayu tersebut menangis lalu pergi dari situ tanpa dapat berbuat apa-apa sekaligus hasrat memujuk anak mereka kembali ke pangkal jalan, gagal.Kita mungkin memandang mudah tentang peristiwa yang berlaku di sekitar kita kerana tidak berlaku dalam keluarga dan masyarakat kita di daerah Besut atau di negeri Terengganu.Inilah hasil pendidikan Barat yang akhirnya membawa natijah buruk kepada pelajar sebagaimana berlaku kepada lelaki Melayu berkenaan.Mereka tidak disediakan kelengkapan pendidikan secara Islam, maka cabaran yang ada di hadapan mereka mungkin mereka boleh hadapinya dengan baik ataupun sebaliknya mungkin mereka akan tewas dengan cabaran tersebut.Sebab itulah kita bersungguh-sungguh, memastikan bahawa agenda yang boleh merosakkan pemikiran umat Islam ini harus dilawan habis-habisan.Penubuhan Madrasah Moden dan segala institusi pendidikan agama berteraskan agama ini akan menjadi asas bagi membina ketahanan diri anak-anak kita hari ini dan di masa akan datang.
13 Apr 19
301
'Saya Sedia Disiasat' - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri.SETIU, 13 April - "Saya sedia disiasat, " kata Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menyiasat beberapa akaun bank miliknya untuk mengetahui sendiri kedudukan kewangan dalam akaun tersebut bagi menafikan dakwaan kononnya beliau turut memiliki wang berjuta ringgit termasuk dalam RM3.5 juta dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disumbangkan kepada PAS. “Hebatlah saya kalau macam itu. Saya ada beberapa akaun bank dan SPRM boleh siasat. Jangan kata RM3.5 juta, setengah juta pun saya tak ada,” katanya.Serentak itu Dr Ahmad Samsuri yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pusat menafikan PAS negeri Terengganu menerima wang sebanyak itu. Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk disiasat SPRM jika benar wujud salah laku dan perlanggaran undang-undang.“Jika ada kes, SPRM boleh ambil tindakan pada mana-mana pihak yang langgar undang-undang, tak kiralah mana-mana parti sekali pun. Kita sedia disiasat pada bila-bila masa,” katanya selepas pelepasan Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu 2019 di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, di sini, petang ini.Ditanya dakwaan sesetengah pihak mengaitkan beliau menerima dana RM3.5 juta itu, Dr Ahmad Samsuri hanya ketawa dan menafikannya.Beliau mengulas laporan terbaru memetik sumber SPRM mengenai pemberian RM3.5 juta kepada PAS Terengganu iaitu sebahagian daripada RM90 juta yang didakwa diterima PAS.
13 Apr 19
95
MB Lepas 102 Peserta Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu
Dr Ahmad Samsuri (pegang bendera) melepaskan (flagoff) peserta Kejohanan Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu di Lembah Bidong Setiu hari ini. SETIU, 13 April - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melepaskan (flagoff) seramai 102 peserta Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu di Terengganu International Endurance Park Lembah Bidong di sini hari ini.Ini termasuk 15 peserta kategori CEI Dua Bintang 120 kilometer (km), 16 peserta kategori CEI Satu Bintang 80 km, 24 peserta CEN 80 km dan 47 peserta CEN 40 km.Tiga kategori berkenaan adalah kategori utama kejohanan tersebut.Sementara acara sampingan ialah Kids Fun Ride 10 km, Mini Endurance 20 km, VIP atau Veteran Ride 20 km, Horseback dan Fast Shooting, Barrel Race, Musical Chairs, Show Jumping dan Lompatan Derby.Ini termasuk juga Futsal Padang 3 On 3 Kategori Terbuka bawah 15 tahun dan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak 5 dan 6 Tahun.
13 Apr 19
62
Abdul Hadi Terima Anugerah Mursyid Ummah
Abdul Hadi Awang menerima anugerah Mursyid Ummah.KUALA TERENGGANU, 13 April - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang diumumkan sebagai Mursyid Ummah sempena Himpunan Pendidik Islam Malaysia (HPIM) 6.0.Pengarah HPIM 6.0, Normala Sudirman berkata, Abdul Hadi dipilih atas jasa bakti serta penglibatan untuk memartabat dan menerajui ummah, khususnya dalam tarbiyah Islamiyah dan pembangunan kerohanian berteraskan maqasid syariah."Anugerah itu sekali gus untuk menghargai jasa-jasa dan sumbangan beliau yang tidak pernah jemu berjuang untuk mengangkat islam."Usaha beliau juga berjaya melahirkan ramai pendidik yang berkualiti dalam segenap bidang," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program HPIM 6.0 Peringkat Kebangsaan di Stadium Negeri, di sini hari ini.Normala Sudirman.Anugerah itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat.Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Mursyidul Am PAS, Dato' Hashim Jasin dan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.Terdahulu, Abdul Hadi turut berucap memberi nasihat dan motivasi dalam slot kalam murabbi pada program tersebut.Abdul Hadi yang juga bekas Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) dilahirkan pada 20 Oktober 1947 di Marang, Terengganu.Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah (M.A) di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Siasah Syar'iyyah dan berjaya menamatkannya dalam tempoh dua tahun.Himpunan Pendidik Islam Malaysia.Presiden PAS itu juga bergiat aktif dalam kegiatan politik antarabangsa apabila pernah menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Muassasah Al-Quds yang dipengerusikan Sheikh Yusuf al-Qaradawi.Beliau juga antara tokoh yang disegani di peringkat global apabila menjadi ketua perunding bagi mendamaikan krisis perang di Yaman pada tahun 2010.Selain itu, beliau juga merupakan tokoh penting dalam pertemuan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Butros Ghali dan Ahli Senat Amerika Syarikat bagi menyelesaikan kecelaruan politik antarabangsa.HPIM 6.0 menghimpunkan semua pendidik daripada pelbagai institusi pendidikan seperti Sekolah Agama Rakyat (SAR), tahfiz, madrasah, pondok, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) serta sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
13 Apr 19
420
Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu Lahirkan Pelapis Sukan Berkuda
Atlet cilik yang bakal meneruskan kecemerlangan sukan berkuda Terengganu.SETIU, 13 April - Acara Sampingan Kids Fun Ride sempena kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu adalah platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan berkuda.Kids Fun Ride merupakan acara berkuda yang disertai oleh kanak-kanak berusia bawah 12 tahun sambil diiringi seorang penunggang senior.Acara sampingan lain yang turut berlangsung serentak ialah pertandingan Endurance kategori pony (30KM) dan beginner riders (20KM) serta Barrel Race.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang acara sampingan pada Majlis Makan Malam Sempena Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lembah Bidong, Setiu, semalam.Ahmad Samsuri (tengah) hadir menyampaikan hadiah.Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan negeri, Mohd Zahari Md Azahar dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azhar Abdul Hamid.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah serta Pegawai Daerah Setiu, Mohd Sophian Abu Bakar.Sementara itu, acara Endurance 20KM turut mencuri tumpuan apabila personaliti terkenal, Syed Mohd Nor Hisyam muncul sebagai 5 peserta terbaik dalam acara itu. Acara penuh Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu berlangsung hari ini dan dijangka majlis pelepasan 'FlagOff' pertandingan itu yang melibatkan kategori CEI 80KM, CEN 80KM dan CEN 40KM akan dihadiri oleh Ahmad Samsuri.Ustaz Syed Mohd Nor Hisyam memenangi tempat kelima.
12 Apr 19
271
Terengganu FC Terus Gagal Kutip Mata
Foto ihsan - Media Terengganu FCKUALA TERENGGANU, 13 April - Terengganu Football Club (TFC) kecundang lagi, kali ini kepada pasukan Kedah dengan keputusan 3-0.TFC yang berkunjung ke Stadium Darul Aman di Alor Setar mengalami kekalahan keempat musim ini dan jatuh ke kedudukan kelapan dengan hanya sembilan mata selepas aksi kesembilan Liga Super 2019, semalam.Beraksi tanpa kelibat dua awang import, Lee Andrew Tuck yang cedera dan Theirry Chantha Bin yang digantung perlawanan, Sang Penyu berhempas pulas untuk mengimbangi permainan agresif tuan rumah seawal babak pertama.Kedah mula mengungguli perlawanan pada minit ke 24' selepas Farhan Roslan dijatuhkan oleh Nasrullah Hanif Johan dalam kotak penalti.Foto ihsan - Media Terengganu FCJonathan Bauman tenang menyempurnakan sepakan tersebut untuk meletakkan skuad Lang Merah di depan.Sepuluh minit kemudian, Penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abd Razak menambah kelebihan jaringan apabila tenang menewaskan penjaga gol, Mohd Suffian Abdul Rahman dalam situasi satu lawan satu.Pada babak kedua, TFC meningkatkan corak permainan dan beberapa kali mengancam kubu Kedah namun tidak berjaya merapatkan jurang gol.Kipre Tchetche yang ketandusan gol musim ini terus kecewa apabila rembatannya pada peluang terbaik di minit 66 sekadar melencong ke sebelah kiri gawang Kedah.Sebaliknya, tuan rumah melengkapkan kekecewaan pasukan pelawat apabila Fernando Rodriguez merembat kencang menembusi gawang TFC pada minit ke 72' sekaligus mengesahkan tiga mata buat Kedah.TFC akan berdepan Kelantan United di Kota Bharu dalam saingan Piala FA, Selasa ini sebelum melayan kunjungan Felda United di Kuala Terengganu hujung minggu hadapan.Foto: Media Terengganu FC.
12 Apr 19
47
Kelantan Sambut Baik Kolaborasi Sukan Berbasikal Dengan Terengganu
Pasukan Berbasikal Kayuhan Muhibbah dari Bachok Kelantan, sampai ke destinasi mereka di Pantai Peranginan Batu Burok petang ini.KUALA TERENGGANU, 12 April - Kerajaan Kelantan sambut baik cadangan kolaborasi sukan berbasikal antara Terengganu dan negeri itu sekali gus kerajaan itu akan memberi kerjasama sepenuhnya sekiranya ia direalisasikan di masa akan datang.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama (Bachok, Kelantan), Mohd Huzaimy Che Husin berkata, cadangan tersebut amat baik untuk mengeratkan hubungan antara warga sukan berbasikal Kelantan dan Terengganu di masa akan datang.Di samping itu katanya, kedua-dua belah pihak secara tidak langsung boleh memperkenalkan tempat-tempat menarik bagi mengembangkan industri pelancongan di kedua-dua negeri tersebut.Mohd Huzaimy (tengah) diwawancara berkait cadangan kolaborasi sukan berbasikal. "Ini merupakan cadangan yang baik dan kerajaan Kelantan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya untuk merealisasikan cadangan tersebut," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pentas Budaya Pantai Batu Buruk di sini.Kira-kira 70 peserta terlibat dengan program Kayuhan Muhibbah anjuran River Village Cycling Club (RVCC) dari Pantai Irama dengan kerjasama Pepsi Blue Club dari Terengganu.Peserta tersebut berlepas dari Pantai Irama bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 6.30 petang di Pantai Peranginan Batu Burok.Ustaz Mohd Soud (tengah) bersama Pepsi Blue Club. Mereka diraikan di majlis ringkas di dewan pentas berkenaan sejurus sampai di situ.ADUN Pantai Irama menyampaikan ucapan di majlis tersebut sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan program berkenaan.Turut hadir Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) Ustaz Mohd Soud Said.Mereka juga turut diraikan oleh ADUN Bandar, Ahmad Shah Muhamed di Majlis Makam Malam sempena program tersebut di Kediaman Seri Iman di sini.
12 Apr 19
381
Pendidikan Modal Insan Teras Pembangunan Kerajaan Negeri
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 12 April - Pendidikan modal insan menjadi hasrat utama kerajaan negeri bagi melahirkan masyarakat yang lebih baik.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali berkata, modal insan mestilah mempunyai akidah yang kuat serta berteraskan agama kerana setiap amalan manusia akan dihisab."20 manifesto kerajaan negeri sedang giat dijalankan, pendidikan merupakan salah satu hasrat kerajaan bagi membentuk pembangunan modal insan.“Kerajaan negeri juga telah meluluskan peruntukan berupa biasiswa khas kepada pelajar jurusan sarjana," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama (SMA) Ittifakiah, di sini semalam.Yahaya juga menasihatkan para pelajar agar mengimbau kembali zaman kegemilangan ilmu Islam suatu ketika dahulu agar dijadikan sebagai pengajaran.“Ilmu-ilmu moden pada zaman kini telah didahului oleh zaman kegemilangan Islam terdahulu, ini merupakan tanda bahawa umat sekarang mampu berubah ke arah kebaikan," katanya.
12 Apr 19
43