lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Labuh Unjam Komuniti Pupuk Semangat Kekitaan
Foto oleh - Norekwan MamatOleh: Hidayah AzlinBESUT, 23 April - Program labuh unjam dan tukun bersama komuniti bukan sahaja membantu untuk memperkayakan sumber perikanan malah memupuk semangat kekitaan di kalangan nelayan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, aktiviti itu mampu memupuk komuniti mengeratkan persaudaraan sambil menikmati hasil penat lelah dan saling menjaga sumber rezeki untuk faedah mereka bersama. “Hari ini saya sangat puji  dan menghargai semangat kerjasama nelayan kawasan Pantai Benting Lintang ini yang kita boleh simpulkan antara yang terbaik memberikan kerjasama, semangat setiakawan dan kekitaan untuk melaksanakan program,” katanya.Beliau berkata demikian kepada media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)  di Majlis Pelancaran Melabuh Unjam Perairan Besut, pagi tadi.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, di majlis itu, sebanyak 25 unjam daun kelapa dan daun gelam dilabuhkan bersama pemberat konkrit dengan jarak empat hingga lima batu nautika daripada pantai, iaitu zon tangkapan nelayan pantai dan zon larangan pukat tunda. Katanya, untuk program tukun tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM200,000, manakala Kerajaan Persekutuan pula membelanjakan kira-kira RM300,000 secara berperingkat-peringkat.Katanya, Besut merupakan daerah pertama melaksanakan projek itu tahun ini. Manakala tahun lalu, program yang sama dijalankan di perairan Kuala Besut yang melibatkan 28 buah tukun dasar lembut  dan perairan Marang (53 tukun), manakala di perairan Paka, Dungun (44 tukun)‘’Program melabuh tukun ini kita akan diteruskan di Kuala Terengganu Utara dan Daerah Setiu. Program melabuh unjam pula, kita akan pastikan  dapat dilaksanakan  di semua daerah  secara berperingkat.’’jelasnya lagi.“ Selain perkayakan semula sumber,  kita sedaya yang mampu membanteras pencerobohan yang merupakan punca ancaman sebenar nelayan.”
22 Apr 19
1032
Empty Image
MB Terengganu Puji Penganjuran Program ILM
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.GOMBAK, 23 April - Penganjuran program bersiri 'Islam Leading Model' (ILM) mendapat pujian Menteri Besar (MB) Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Ahmad Samsuri berkata, program tersebut yang akan dan telah mengetengahkan ramai tokoh hebat dalam pelbagai bidang mampu merangsang minda serta pemikiran warga universiti.Jelasnya, mahasiswa dan mahasiswi adalah golongan pelapis serta pemimpin negara pada masa akan datang yang memerlukan percambahan idea mahupun ilmu bagi melengkapkan pakej sebagai seorang pemimpin berkualiti.“Ini adalah satu yang sangat baik untuk mahasiswa dan semua komuniti di universiti, bagi membuka minda mereka supaya dapat melihat sesuatu perkara dan isu daripada pelbagai perspektif.“Kerana mereka ini lambat laun akan keluar dan duduk bersama masyarakat, jadi melihat daripada perspektif mereka sendiri sebagai pelajar dengan mendengar serta menerima pandangan yang daripada pelbagai pembentang itu merupakan satu perkara yang penting,” jelasnya.Memberi syarahan mengenai konsep rahmatan lil 'alamin.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana dalam program bersiri itu yang bertajuk Malaysia : Model of Rahmatan Lil ‘Alamin di Pusat Kebudayaan (ICC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, semalam.Turut hadir, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UIAM, Dr. Zulkifli Hasan, Penasihat Ma’ruf Club (MC) UIAM, Dr Nik Abd Saiful Azizi Nik Abdullah, Pengarah Program, Md Hisyam Yunus, pensyarah-pensyarah UIAM serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM.  Dr. Samsuri menyampaikan syarahan bertujuan untuk menyebarluaskan idea dan konsep rahmatan lil ‘alamin dengan tepat serta memupuk kesedaran bagi menjadi seorang warganegara yang baik serta mahasiwa yang bertanggungjawab.Pidato ilmiah tersebut berjaya mengumpulkan hampir 1,500 warga universiti yang terdiri daripada pelbagai bidang pengajian.Program ILM yang dianjurkan oleh MC UIAM itu sudah memasuki siri kedua selepas yang pertama pada November tahun lalu.Siri terdahulu menampilkan bekas Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia (KUIS), Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dengan syarahan ‘Geopolitics : Islam In the Future’.Mahasiswa tidak melepaskan peluang untuk bertanya soalan kepada MB Terengganu.
22 Apr 19
46
Empty Image
Lee Tuck Idam Sarung Jersi Kebangsaan
Lee Tuck sedang beraksi dalam satu perlawanan bolasepak sebagai pemain tengah TFC.KUALA TERENGGANU, 23 April - Pemain tengah Terengganu FC (TFC), Lee Tuck masih mengidam untuk menyarung jersi kebangsaan dan kini berusaha gigih mengumpul dokumen kerakyatan Malaysia keluarga ibunya sehingga tempoh akhir diberikan, hujung minggu ini.Lee Tuck akui bukan mudah untuk mengemukakan dokumen lengkap berhubung pertalian darah Malaysia keluarga ibunya dan dia kini dalam proses mengumpulkan semua maklumat yang berkaitan bagi menentukan status sebenar pemain berdarah campuran England-Malaysia ini.Jelasnya, semua pihak tidak ketinggalan turut sama membantu mempercepatkan proses berkenaan untuk memastikan status kewarganegaraannya dapat diputuskan secepat mungkin untuk diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).Cita-cita Lee Tuck (dua dari kanan) menyarung jersi kebangsaan pasti tercapai sekiranya dokumen kerakyatan segera diperolehi.“Masalah utama yang saya sedang hadapi sekarang ialah untuk mendapatkan semua dokumen lengkap daripada sebelah nenek saya di United Kingdom dan saya sedang berusaha dapatkan sebelum tarikh tutup yang diberikan.“Banyak perkara di belakang tabir perlu dilakukan sebelum segala dokumen yang diminta akan lengkap, ia bukan satu proses yang mudah serta boleh selesai dalam sekelip mata.“Sememangnya saya masih ingin beraksi bersama skuad kebangsaan cuma perkara seperti ini memakan masa dan harap ia mampu direalisasikan.“Tetapi saya yakin semua itu akan selesai dalam masa terdekat dan hasrat peminat untuk lihat saya sarung jersi kebangsaan pasti akan tercapai, “ katanya.Sebelum ini, penolong pengurus TFC, Zulfadli Rozi memaklumkan Lee Tuck masih gagal mengemukakan dokuman lengkap yang diperlukan untuk didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara menyebabkan hasratnya untuk menyarung jersi skuad kebangsaan tertangguh.Lee Tuck (kanan).Jelasnya, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak pernah membelakangkan impian pemain berusia 31 tahun itu sebaliknya tetap memberi sokongan untuknya segera mengumpul maklumat yang berkaitan.Statusnya masih samar sehingga kini kerana pemain yang dilahirkan di England itu masih belum berjaya mengumpulkan kesemua maklumat lengkap berhubung keluarganya dan perlu menyelesaikan proses itu secepat mungkin sekiranya enggan menunggu lebih lama untuk beraksi bersama Harimau Malaya.
22 Apr 19
376
Empty Image
Gunung Sarut Tarikan Baharu Pelancongan Di Setiu
Oleh : Ariss AliasSETIU, 22 April - Gunung Sarut bakal dijadikan destinasi pelancongan terbaharu di daerah ini.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri(DUN) Langkap,  Azmi Maarof, berkata usaha ini menjadi salah satu hasrat beliau untuk menaikkan nama daerah Setiu dan DUN Langkap secara khususnya dalam sektor pelancongan.Katanya, Gunung Sarut yang berada dalam kawasan Hutan Lipur Lata Payung bakal menjadi perhatian pengunjung dengan kehadiran flora dan fauna yang mempesonakan."Uniknya di sini, kita akan melalui Lata Payung terlebih dahulu dan Sebelum sampai ke "camp site" pelawat boleh singgah di kolam "bluepool" yang amat jernih airnya."Di kawasan "camp site" pula terdapat kawasan pokok bonsai yang memukau mata termasuk  laluan haiwan seperti tapir yang melintasi trek ke puncak dan pelawat berkesempatan untuk melihat sendiri tapir sekiranya bertuah,"ujarnya.Beliau berkata sedemikian di sidang media selepas program Kembara Rimba Gunung Sarut anjuran Pusat Khidmat DUN Langkap, baru-baru ini.Katanya yang turut serta dalam program tersebut, beliau ingin merasai sendiri pengalaman meneroka keindahan alam ini secara lebih dekat."Saya turut bersama dengan 19 peserta yang lain dalam program inidan Alhamdulillah saya dapat menawan puncak yang berketinggian 1229 meter dari paras laut, yang merupakan puncak gunung tertinggi di daerah ini walaupun usia sudah mencecah 58 tahun," ujar Azmi lagi.Tambah beliau, kerjasama dan perancangan turut dilaksanakan bersama pihak Pejabat Daerah Setiu dan Majlis Daerah Setiu bagi membaikpulih infrastruktur di kawasan Hutan Lipur Lata Payung."Terasa amat rugi kita mempunyai banyak khazanah alam tapi tidak dimanfaatkan dengan cara sepatutnya. InsyaAllah penduduk setempat juga akan merasa limpahan ekonomi daripada pembangunan ini nanti,"katanya.
22 Apr 19
1866
Empty Image
Pegawai Veterinar Negeri Sembilan Meninggal Dunia di Hari Pertama Kursus
Ghazali dan kakitangan kawasannya ambil tanggungjawab uruskan jenazah sebelum dibawa pulang ke NS.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 22 April – Seramai 40 peserta Kursus Asas Penjagaan Kambing dari Jabatan Veterinar Negeri Sembilan dikejutkan dengan kematian pegawai pelatih kursus berkenaan, Zailani Ibrahim, 56, hari ini.Allahyarham yang dijadualkan bertugas mengendalikan kursus berkenaan bermula hari ini, ditemui meninggal dunia dalam bilik tidur di Pusat Veterinar Cermin Kiri pada jam 8.45 pagi ini oleh kakitangan pusat itu, Rokeni Hassan Hamzah."Semalam beliau mula mengadu sakit dan telah mendapat rawatan di klinik berdekatan. Allahyarham dikatakan memiliki kompilasi penyakit kencing manis, buah pinggang dan lelah,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.Menurutnya, kejadian tersebut telah dimaklumkan kepada keluarga Allahyarham di Kampung Jiboi, Negeri Sembilan dan si mati dipercayai masih belum mendirikan rumah tangga berdasarkan sumber terdekatnya. Pemergian Allahyarham di hari pertama kursus kejutkan peserta.Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman sebaik menerima perkhabaran berkenaan bergegas datang bersama sebahagian kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Bukit Besi untuk  menguruskan jenazah."Ini merupakan fardu kifayah yang wajib ke atas kita untuk disegerakan. Kita melaksanakan segala urusan bermula dari memandikan, mengkafankan sehingga menyempurnakan solat jenzah sebelum Allahyarham dihantar pulang,” katanya.Menurut Ghazali, proses pengurusan itu turut dibantu oleh Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jerangau, Arfan Tahir dan kakitangannya serta urusan menghantar pulang jenazah dilakukan pemandu van jenazah Parlimen Dungun."Alhamdulillah urusan di sini berjalan lancar dan semoga dengan bantuan ini akan memudahkan proses pengebumian jenazah di sana," katanya.Kerjasama MPKK dan i-MiTS segerkan proses pengurusan jenazah.
22 Apr 19
213
Empty Image
Dakwaan Kadar Sewa Tapak Chow Kit Ramadan Beban Peniaga Tidak Benar
Dr Alias Razak (kanan) memberi penjelasan berkait isu tapak bazar Ramadhan Chow Kit Tanjung.KUALA TERENGGANU, 22 April - Kerajaan Terengganu menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat salah mengenai isu tapak peniaga bazar Ramadan di sekitar Kuala Terengganu dan Stesen Teksi Tanjung (Chow Kit Tanjung) khususnya, yang dikatakan dikenakan kadar sewaan yang tinggi dan diberi kepada orang luar.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, dakwaan kadar sewa yang tinggi adalah tidak benar sama sekali kerana perkara itu berkait rapat dengan tempoh masa sewaan yang dipanjangkan dari 15 hari kepada 29 hari."Kerajaan negeri prihatin dan menggalakkan rakyat Terengganu berniaga, justeru pada tahun ini kita buka peluang kepada mereka untuk menyewa dalam tempoh masa yang lebih lama di bulan Ramadan."Daripada caj RM1,400 pada tahun sebelumnya untuk satu kanopi (enam lot) dalam tempoh 15 hari (RM233 satu lot), pihak pengusaha tapak di stesen teksi telah bersetuju menetapkan harga RM2,000 satu kanopi di kawasan ini, tetapi dalam tempoh 29 hari pada tahun ini."Jadi dakwaan caj RM4,000 tidak benar sama sekali. Harga ini jauh lebih murah daripada tahun sebelumnya dengan kerajaan negeri mengambil kira kebajikan peniaga-peniaga. Peniaga-peniaga diharap bersabar sebelum mendapatkan maklumat yang sahih," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Wisma Darul Iman hari ini, bagi mengulas isu tersebut.Foto oleh: Syed Abdul RahmanTurut hadir dalam temu ramah tersebut, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed dan Pengarah Kesihatan Persekitaran MBKT, Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil.Mengulas lanjut, Alias berkata, isu tapak bazar Ramadan diberikan kepada orang luar juga tidak berbangkit.Menurutnya, di Kuala Terengganu sahaja, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menerima lebih 30 permohonan daripada pengusaha kanopi walhal tempat yang ada hanya terhad kepada empat kawasan."Kita terima lebih 30 permohonan dengan tempat yang ada hanya empat. Ini termasuk di Dataran Shahbandar, Teksi Tanjung, parking skrin besar dan parking perahu."Justeru cara yang kita pilih adalah telus dengan pengusaha diminta mengemukakan sebut harga yang tidak membebankan peniaga dan relevan (mendatangkan keuntungan). Ini sekali gus menggalakkan pengusaha lebih 'competitive' dalam perniagaan."Pihak MBKT mengambil kira kos pengusaha melibatkan kos 'marquee tent', bekalan air, bekalan elektrik, kos kebersihan dan sebagainya. Kita juga meletakkan harga siling bagi pengusaha-pengusaha ini tidak kira pengusaha tempatan atau luar Kuala Terengganu, tetapi masih lagi pengusaha dalam Negeri Terengganu. Yang penting adalah mereka menjaga kebajikan peniaga-peniaga."Jadi dakwaan tapak bazar diberi kepada orang luar juga adalah tidak benar. Di pihak kerajaan negeri, kita bukan sahaja menggalakkan rakyat Terengganu berniaga malah mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik oleh pengusaha tapak Ramadhan."Tapak akan ditawarkan kepada peniaga yang sama. Persatuan-persatuan tidak akan diketepikan. Bahkan, MBKT tidak mengambil keuntungan dan kita ingin mempertahankan penarafan yang diberikan kepada kawasan Kuala Terengganu sebelum ini dan menjadikan Terengganu umumnya sebagai negeri yang bersih dan ceria," ujarnya.
21 Apr 19
96
Empty Image
Tidak Memaksa Bertudung, Satu Pandangan Ke Belakang! - ADUN Wanita Terengganu
KUALA TERENGGANU, 22 April - Tular mengenai wanita tidak seharusnya dipaksa bertudung yang dikaitkan dengan seorang peguam dengan mengatakan bahawa "hanya semata-mata seseorang tidak bertudung - adakah dia akan masuk neraka? Adakah dia jadi murtad? Adakah dia jadi seorang perempuan yang jalang?”Isu berkenaan timbul rentetan buku yang ditulis oleh Maryam Lee Abdullah bertajuk ‘Unveiling Choice’ dan forum ‘Malay Women & Dehijabing’ (‘Perempuan Melayu & Pembukaan Hijab’) yang berlangsung di Kedai Buku Gerak Budaya, Petaling Jaya, pada 13 April lalu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Mohd Noor menyifatkan perkara itu mengejutkan semua pihak dan bertentangan dengan norma agama, adat dan budaya ketimuran yang diamalkan sejak berzaman di negara kita.Malah, katanya ia boleh mencetuskan pelbagai polemik, keresahan dan kekeliruan di kalangan wanita secara umumnya."Wanita ibarat permata yang amat mahal harganya, seharusnya ia dilindungi dan bukan untuk ditayangkan atau diperagakan secara sewenangnya di khalayak.  Tambahan perintah pemakaian tudung kepada wanita muslim adalah jelas sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah An-Nur ayat 31:  `Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihat perhiasan tubuh badan mereka..' ""Aurat ini merupakan suatu hak yang perlu dihormati. Jangan ada usaha atau kenyataan yang menyimpang dengan apa yang telah diwahyukan dan fitrah manusia. Jangan kita menjadi pengacau yang merencatkan kefahaman bagi wanita muslim," kata beliau dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Zuraida berkata, usaha kesedaran menutup aurat sewajarnya ditingkatkan seperti contoh program `Terengganu Hijab Day' di Kuala Terengganu, baru-baru ini yang mendapat reaksi positif pelbagai pihak terutama golongan ibu bapa dan wanita. Beliau juga berharap supaya tiada lagi suara songsang sedemikian (isu menutup aurat) serta bersama-sama mengekalkan keharmonian yang sekian lama kita kecapi dan semoga umat Islam di negeri dan negara kita mendapat taufik dan hidayah daripada Allah SWT jua.
21 Apr 19
827
Empty Image
Terengganu Sanjung Tinggi Usaha Pemulihan Dadah
Ustaz Mohd Nor (dua dari kanan) menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) kepada seorang PRS di Majlis Anugerah Motivasi Dalam Kepulihan Dadah 2019 di sebuah motel di Kuala Terengganu hari ini. Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU,  21 April - Kerajaan negeri menyanjung tinggi usaha pihak persendirian mendirikan pusat pemulihan dadah kerana ia perlu bagi mengembalikan semula bekas penagih kepada kehidupan manusia biasa tanpa dadah. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangannegeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata sebanyak empat buah pusat pemulihan dadah persendirian wujud sekian lama di Terengganu dengan usaha dan pengorbanan yang tidak sedikit dari pengusahanya. Ini termasuk Rumah Rakan Islah di Bari Besar Setiu, Cakna Komuniti di Ajil, Hulu Terengganu, Madrasah Khairul Insan (HATI) Jenagor Kuala Berang, Hulu Terengganu dan Pondok Remaja Inabah Sungai Ikan, di sini."Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap pusat-pusat pemulihan ini."Kerajaan memberikan komitmen untuk bersama walaupun kemungkinan kerajaan tidak dapat memberi sumbangan kewangan yang cukup tetapi kita ke arah bekerjasama dan berusaha memikul tanggungjawab untuk membantu pusat-pusat pemulihan tersebut," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Anugerah Motivasi Dalam Kepulihan Dadah 2019 di sebuah motel di sini hari ini.Ustaz Mohd NorUstaz Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, kerajaan negeri memberi penghargaan yang tinggi terhadap pusat pemulihan dadah persendirian tersebut kerana aktiviti itu bukan satu kerja yang mudah.Katanya, kerja pemulihan itu menghabiskan duit, tidak seperti projek membina infrastruktur negeri."Para kontraktor berebut mahu melaksanakan projek jalan raya dan membina jambatan tetapi mengenai projek pemulihan ini, dia bukan dapat duit tetapi menghabiskan duit bahkan ada di antaranya sukarela sahaja," jelasnya.Katanya, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) turut memberi sumbangan berbentuk geran kepada pusat-pusat pemulihan tersebut dalam beberapa ribu ringgit untuk membantu pusat-pusat berkenaan dari segi kewangan."Projek pemulihan inilah yang memberi kesan yang besar bagi membasmi dan membendung penagihan dadah di kalangan masyarakat," katanya.Sementara itu dalam satu sidang media di Kemaman baru-baru ini beliau berkata, kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk menggunapakai Bekas Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cenderawasih Cador,  Marang sebagai pusat pemulihan penagih dadah secara holistik pertama di Terengganu tahun depan.Pusat itu yang dibina di atas tanah kerajaan dalam perkiraan untuk diambilalih bagi tujuan tersebut.Katanya,  modul  pelaksanaan pusat tersebut hampir 90 peratus siap.Baca: Kem Cador Pusat Pemulihan Dadah Holistik
21 Apr 19
484
Empty Image
Isytihar Harta : Terengganu Terbuka Saranan SPRM
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 21 April - Kerajaan negeri sangat terbuka dengan cadangan dan saranan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mewajibkan ahli politik serta pegawai kanan kerajaan gred Jusa C ke atas mengisytiharkan harta.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri sememangnya komited dalam menangani isu integriti termasuk melibatkan pentadbiran negeri.Jelasnya, pihaknya akan menunggu maklum balas dan arahan seterusnya daripada pihak SPRM sebelum membuat apa-apa tindakan.“Pada bulan Februari yang lepas, kita telah membuat Ikrar Bebas Rasuah (IBR), jadi itu satu komitmen kita untuk mencegah amalan rasuah.“Kita menerima dan sangat terbuka dengan apa-apa cadangan dan saranan daripada pihak SPRM."Bagaimanapun, kita akan ambil langkah yang sesuai dan bertepatan bagi menyokong pelaksanaan peruntukan khusus dalam Akta SPRM 2019 yang dijangka direalisasikan hujung tahun ini," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir dalam Majlis Corporate Talk Terengganu Inc bersempena Corporate Directors' Programme (CDP) 2019 di Duyung Marina & Resort, di sini hari ini.Menyampaikan cendaramata penghargaan kepada Tan Sri Abdul Wahid. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Abdul Wahid Omar, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' A. Rahman Yahya, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Terengganu, Ahli-Ahli Parlimen Terengganu, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pengerusi serta Ahli Lembaga Pengarah Anak Syarikat Terengganu Inc.Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata, pihaknya akan memperkenalkan akta baharu di bawah SPRM berkaitan pengisytiharkan harta yang bakal dilaksanakan sebelum akhir tahun ini.Berdasarkan undang-undang baharu itu nanti, mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan sama ada penjara atau denda.“Mengikut akta baharu itu nanti, kalau mereka tak isytihar, ia adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang sama ada penjara atau denda. Namun kita perlu tunggu apa yang bakal diluluskan pada peringkat Parlimen nanti.“Ketika ini, kita sedang dalam proses penyediaan (perkara berkaitan akta baharu) yang mana akhirnya kita bawa ke bahagian penggubalan dan seterusnya bawa ke Kabinet dan kita harap sebelum akhir tahun ini perkara ini dapat direalisasikan,” katanya.Bergambar kenangan bersama semua pengarah dan ahli lembaga pengarah anak syarikat TI.
21 Apr 19
198
Empty Image
‘Corporate Directors' Programme’ Langkah Tingkatkan Produktiviti GLC Terengganu
Ahmad Samsuri (dua dari kiri) hadir mendengar syarahan Tan Sri Abdul Wahid.KUALA TERENGGANU, 21 April - 'Corporate Directors' Programme' (CDP) 2019 yang bermula hari ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti syarikat perniagaan di bawah kumpulan tersebut.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, prestasi pentadbiran akan mencapai tahap tertinggi apabila setiap warga kerja mempunyai ilmu yang berkualiti untuk menguruskan syarikat.Katanya, pengurusan tertinggi syarikat juga akan mendapat maklumat baharu mengenai pertambahan dan pembaharuan undang-undang tertentu dalam urusan perniagaan. “Program hari ini sebahagian daripada usaha kerajaan negeri bersama dengan Terengganu Inc untuk memastikan semua ahli lembaga pengarah dan pengerusi-pengerusi dibekalkan dengan ilmu yang mencukupi dalam mereka menjalankan tugas.“Ditambah pula dengan ada perubahan ‘Companies Act’ yang memerlukan mereka mendapat makluman baru dan pengetahuan tentang apa yang dikategorikan sebagai rasuah dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” ujarnya.Syarahan Tan Sri Abdul Wahid cipta harapan baru.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir dalam Majlis Corporate Talk Terengganu Inc bersempena program itu di Duyung Marina & Resort, di sini hari ini.Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Abdul Wahid Omar, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' A. Rahman Yahya, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Terengganu, Ahli-Ahli Parlimen Terengganu, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pengerusi serta Ahli Lembaga Pengarah Anak Syarikat Terengganu Inc.Ahmad Samsuri turut berkata, program berbentuk taklimat itu juga bakal melahirkan kumpulan pengurusan yang berkualiti tinggi dalam mendepani arus ekonomi yang tidak menentu.Secara tidak langsung ia akan memacu ekonomi syarikat dan negeri ke arah yang lebih menguntungkan pada masa akan datang.Pegawai kanan kerajaan negeri tekun mendengar.“Taklimat daripada pelbagai agensi ini adalah untuk meningkatkan kompetensi untuk menjadi seorang ahli lembaga pengarah ataupun pengerusi di syarikat masing-masing,” tambah beliau.
21 Apr 19
172