lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Terengganu Galak Program Jom Cuci Masjid
Ariffin menerima kemeja T sebagai gimik perasmian.KUALA NERUS, 21 April - Kerajaan Terengganu sentiasa menggalakkan segala usaha baik dan bermanfaat kepada rakyat negeri berkenaan termasuklah Program Cuci Masjid yang diadakan di Masjid Pantai Tok Jembal, di sini hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman ketika merasmikan penutup program itu merakamkan ucapan terima kasih di atas usaha murni tersebut."Terima kasih kerana memilih negeri Terengganu untuk program siri ke-33 kali ini."Kami daripada kerajaan negeri menyokong usaha ini yang memberi banyak manfaat dan jika ingin adakan siri ke-34 di Terengganu, kami alu-alukan," katanya.Peserta Jom Cuci Masjid bergambar di penghujung program.Program tersebut dianjurkan Media Prima Berhad dengan usaha sama Sifu Bikerz, Malaysia Community Care Foundation (MCCF) dan TV3 Bikers sebagai aktiviti amal yang diadakan di seluruh negara.Hadir sama, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Fazil Wahab dan Penerbit Teknikal Kanan Jabatan Kejuruteraan Media Prima Berhad, Abdul Jalil Kamaruddin yang juga merupakan penyelaras program.Peserta turut dijamu dengan masakan tempatan.Dalam program berkenaan, peserta membersihkan kawasan masjid, perkuburan serta mengecat masjid melalui tajaan cat  daripada MCCF.Lebih 150 penduduk dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Jembal turut hadir membantu program itu.Turut hadir, pendakwah bebas, Hanafiah Abd Malek daripada Sifu Bikerz.
21 Apr 19
606
Empty Image
MPKK Kg Raja Sedia Pengangkutan Percuma Untuk Pesakit Kronik
Oleh: Syed Kamal Syed OmarKUALA TERENGGANU, 21 April - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Raja Chendering mengambil inisiatif menyediakan pengangkutan percuma untuk pesakit kronik berulang alik mendapatkan rawatan di  Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).  Pengerusi MPKK, Tuan Ngah Tuan Ahmad berkata, perkhidmatan yang akan disediakan dalam tempoh terdekat itu boleh diguna pakai oleh mana-mana pesakit terlantar yang kurang berkemampuan.“Terbaru, pengangkutan  sama bermungkinan akan digunakan pesakit kronik, Razali Sulong untuk ke HSNZ bagi menjalani dialisis buah pinggang,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Pusat Khidmat Bergerak di Dewan Surau As Salam, Chendering Raja, di sini baru-baru ini.Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.Sementara itu, isteri kepada Razali, Zaimoh Mohamad, 57, berkata, suaminya dalam keadaan terlantar disebabkan kemalangan jalan raya tiga tahun lalu.Katanya, sejak itu, doktor yang merawat mengesan pendarahan dalam kepala, kerosakan pada buah pinggang selain mengalami hilang ingatan sehingga kini.“Sejak tragedi itu, dia tidak mampu lagi bekerja, sumber pendapatan keluarganya hanyalah bergantung kepada bantuan dari kerajaan iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan Tabung Darul Iman (TDI),” katanya.Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang anak angkat, Muhammad Nur Aiman Md Yusuf, 13, yang dibesarkan mereka sejak lahir dan sekarang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chendering.
21 Apr 19
295
Empty Image
Nelayan Kg Pasir Putih Terima Mesin Tarik Bot
Oleh: Khairan Mat JusohMARANG, 21 April - Kerajaan negeri mengagihkan sumbangan mesin khas dan beberapa kelengkapan lain membabitkan peruntukan hampir RM10,000 yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah menarik bot nelayan ke daratan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, kemudahan mesin menarik bot itu mampu menyelesaikan masalah yang dialami puluhan nelayan di Kampung Pasir Putih, di sini  sejak sekian lama.“Saya berharap nelayan berkaitan sepakat menjaga dan  mengunakan kelengkapan bernilai RM9,550 itu sebaik mungkin,” katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Mesin, Kampung Pasir Putih, di sini baru-baru ini.Katanya, penduduk bersama-sama golongan nelayan di kawasan itu bergotong-royong memasangnya  untuk menjimatkan kos."Kita amat suka dan menggalakkan aktiviti pemasangan seperti ini kerana ianya bukan sahaja mampu menjimatkan kos, malahan juga mampu memperkuatkan ukhuwah sesama kita serta sifat bertanggungjawab dapat dipupuk,” katanya..Wakil nelayan Kampung Pasir Putih, Azmi Abdullah, 58, mengucapkan terima kasih di atas sumbangan itu."Insya-Allah masalah ini akan dapat diselesaikan dan kita akan menyiapkan pemasangan enjin ini supaya penggunaannya dapat dipercepatkan," kata beliau ketika ditemui pemberita.Dalam tumpuan sama, Ketua Pemuda PAS Kampung Pasir Putih, Azfar Ismail, 32, meluahkan rasa terharu dan berterima kasih di atas tindakan cepat yang diambil oleh pihak Dewan Undangan Negeri (DUN). "Terima kasih yang teramat sangat kepada YB (Yang Berhormat) di atas pemberian ini dan bagi saya, pengundian kita kepada PAS bukan sesuatu yang sia-sia, kebajikan kita sebagai rakyat amat diberi perhatian," katanya.
20 Apr 19
376
Empty Image
Tukar Baucer Lesen Motosikal Percuma Segera - ADUN Rantau Abang
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 21 April - Penerima baucer Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) diingatkan supaya segera mendaftarkan diri untuk menduduki peperiksaan bagi mendapatkan lesen motosikal tahun ini.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, kelewatan menyerahkan baucer itu menyebabkan penerima terbabit gagal menyertai program lesen motosikal percuma tersebut.Alias mengingatkan demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian 'Terengganu Go-Clean' Terengganu 2019 Peringkat DUN Rantau Abang di Pantai Teluk Bidara di sini semalam.Majlis Penyerahan Baucer LMTS untuk penerima DUN Rantau Abang telah diadakan di Dewan Darul Ansor di sini kelmarin. Sebelum itu sasaran meluluskan seramai 25 ribu orang pemohon lesen motosikal percuma tahun ini hampir tercapai sejak ia dibuka secara dalam talian dan manual baru-baru ini.Kerajaan negeri hanya memerlukan seramai kira-kira lebih 700 orang pemohon lagi untuk mempercukupkan bilangan tersebut sebelum urusan selanjutnya dilaksanakan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan,  Belia dan Badan Bukan Kerajaan negeri,  Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, mengikut angka yang disenarai pendek, kerajaan negeri kekurangan lebih 700 orang lagi pemohon program tersebut."Kita (kerajaan) akan berusaha untuk mencukupkan jumlah 25 ribu orang itu secepat mungkin."Kita sedang usaha untuk jejaki mereka ataupun pilih mana yang layak (dalam senarai sedia ada) untuk mengisi tempat yang masih lagi kosong, " katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Pelancaran Hari Kereta Wira Edisi Ketiga 2019 di Terengganu International Drag Strip Gong Badak Kuala Nerus baru-baru ini.
20 Apr 19
68
Empty Image
Penduduk Gempar Jumpa Bayi Di Wakaf
Bayi ditemui di wakaf berkenaan.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 21 April - Penduduk Felda Jerangau digemparkan dengan penemuan bayi cukup sifat berusia seminggu, pagi tadi.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau Cawangan Dua, Anuar Omar berkata, bayi berkenaan ditemui di Wakaf Mozek, di Jalan Jerangau Jabor berhampiran kawasan felda."Bayi itu ditemui oleh seorang peneroka yang hendak ke ladang, sejurus selepas itu telah dilaporkan kepada balai polis berhampiran."Penemuan pada pukul 7.30 pagi dan saya sebagai pengerusi MPKK bersimpati di atas kejadian ini, dan ini merupakan kali pertama kita dikejutkan dengan perkara seumpama ini," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media sebagai mengulas penemuan bayi berkenaan, di sini, hari ini.Anuar juga memaklumkan telah merujuk kepada Klinik Kesihatan Felda Jerangau untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan penemuan itu.Bayi berusia seminggu."Rekod didapati dari Klinik Kesihatan Felda Jerangau bahawa ibu-ibu yang sedang dan telah mengandung semuanya berada dalam pantauan dan jagaan."Ringkasannya yang boleh dibuat, kes itu tiada kaitan dengan penduduk di sini, besar kemungkinan orang luar yang meninggalkan bayi berkenaan dan wakaf itu pula terletak di lebuh raya," jelasnya.Tambahnya, bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Besar Dungun untuk tindakan selanjutnya.Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kes tersebut telah dilaporkan kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Daerah Dungun.Beliau juga menegaskan, tiada sebarang dokumen atau bukti berkaitan bayi itu yang ditemui sebagaimana yang dihebahkan di media sosial.Anuar bersama bayi berkenaan di Hospital Dungun."Saya mengharapkan agar tiada sebarang spekulasi ataupun tanggapan negatif yang dilakukan terhadap perkara ini."Apa yang terjadi mungkin ada perkara disebaliknya yang tidak kita ketahui, lagipun bayi berkenaan dijumpai dalam keadaan yang sihat, dan berpakaian lengkap dan bersyukur ditemui dalam keadaan yang selamat," ujar beliau.
20 Apr 19
465
Empty Image
Pendaratan Penyu Dijangka Meningkat
Dr Azman Ibrahim (dua dari kanan) mendengar taklimat daripada pihak penganjur program. Foto ihsan - FB Dr Azman IbrahimKEMAMAN, 21 April - Kadar pendaratan penyu agar di Terengganu dijangka meningkat pada tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, jangkaan itu berdasarkan 'trend' direkodkan sebelum ini.Beliau berkata, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu (JPNT) mendapati penyu agar mencatatkan trend pendaratan tinggi setiap tiga tahun sekali.“Pada 2011 penyu agar mencatat pendaratan 3,711 kali, diikuti 3,711 (2012) dan setahun selepas itu mencatatkan peningkatan kepada 7,192 kali.“Pada 2014 ia kembali menurun kepada 4,306 kali, 2015 (4,937) dan kembali meningkat kepada (9,537) pendaratan pada 2016,” katanya selepas program gotong-royong membersihkan Pantai Ma Daerah di Chukai, Kemaman, baru-baru ini.Program itu turut dihadiri Pengarah Perikanan negeri, Zawawi Ali.Mengulas lanjut, Dr Azman berkata, berdasarkan rekod itu, beliau percaya untuk tahun ini pendaratan spesis itu dijangka melebihi 9,000 pendaratan.“Jumlah pendaratan penyu pada tahun lalu merekodkan 3,890 kali pendaratan penyu agar dengan telur sebanyak 324,515 biji dan jumlah telur dieramkan (374,322 biji) manakala sebanyak 254,237 anak penyu ditetaskan.“Penyu karah mencatatkan 23 pendaratan dengan 2,894 biji telur dan semua telur yang dieramkan itu berjaya menetaskan 2,167 anak penyu,” katanya.Menurutnya, bagi spesies tuntung laut pula mencatat sebanyak 245 sarang dengan telur 2,575 biji dan daripada 1,864 telur dieramkan, sebanyak 951 anak penyu ditetaskan.Katanya, bagaimanapun, pihaknya kesal apabila mendapat tahu 55 ekor penyu mati sepanjang tahun lalu.“Selain faktor usia dan terjerut pada pukat nelayan, kematian penyu disebabkan memakan sampah-sarap yang hanyut ke laut.“Hasil gotong-royong hari ini, kami dapati banyak sampah-sarap seperti bekas plastik makanan dan minuman, straw, peralatan perikanan dan puntung rokok dihanyutkan sebelum terdampar di daratan.“Kami ita minta pengunjung pantai dan nelayan di negeri ini peka dengan aspek kebersihan dengan tindak buang sampah yang boleh mengundang kematian penyu,” katanya.Dr Azman berkata, setiap tahun kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan persekutuan memperuntukkan lebih RM500,000 untuk tujuan pengurusan dan program pembangunan penyu di negeri ini.Program gotong-royong disertai 550 pelajar dan kakitangan dari pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) serta syarikat petrokimia sekitar kawasan itu berjaya memungut 365 kilogram (kg) sampah di pantai berkenaan.SUMBER: METRO
20 Apr 19
86
Empty Image
585 Sertai Karnival Maghi Candat Sotong Terengganu 2019
Sebahagian peserta bersiap-sedia untuk menaiki bot.KUALA TERENGGANU, 21 April - Seramai 585 pengunjung dalam dan luar negeri hadir menyertai pesta mencandat sotong yang diadakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.Acara tahunan anjuran Jabatan Pelancongan Negeri dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu diadakan sempena Karnival Maghi Candat Sotong 2019 yang berlangsung daripada 18 hingga 21 April.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, candat sotong adalah 'pesta' turun- temurun yang berlangsung dari bulan April hingga September setiap tahun.Kerajaan negeri jadikan aktiviti candat sotong pakej pelancongan Terengganu."Aktiviti ini merupakan tradisi unik negeri Terengganu yang jarang ada di tempat lain dan telah menarik minat masyarakat dalam dan luar negara."Untuk tahun-tahun akan datang, kita berusaha mengangkat aktiviti ini sebagai tarikan pengunjung luar negara, bahkan satu keluarga dari Singapura turut serta dalam acara kali ini," katanya ketika ditemui pemberita.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Maghi Candat Sotong di Jeti Tok Ku Paloh, Taman Tamadun Islam, di sini semalam.Bot-bot candat mula bergerak ke 'lubuk' sotong.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri, Ab Rasid Jusoh.Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr. Mamad Puteh.Sebanyak 43 bot candat termasuk feri digunakan dalam pesta candat kali ini yang akan berkampung di perairan Pulau Bidong, Setiu.Selain aktiviti mencandat, karnival berkenaan turut diserikan dengan demonstrasi permainan tradisional, persembahan gamelan, ceramah agama serta aktiviti wanita dan kanak-kanak.Pesta candat sotong telah diperkenalkan secara komersial oleh kerajaan negeri seawal tahun 1991 lagi.Bermula 2014, aktiviti itu berjaya melonjakkan industri pelancongan negeri dan juga memperkenalkan kluster produk dan destinasi pelancongan Terengganu lain seperti Tasik Kenyir dan Setiu Wetland sekali gus menjadi acara tahunan negeri.
20 Apr 19
655
Empty Image
Kejohanan Boling Erat Hubungan Terengganu Inc-Anak Syarikat
Maliaman Kassim melakukan gimik perasmian kejohanan.KUALA TERENGGANU, 21 April - 'Bowling Tournament Staff Get-Together' antara Terengganu Incoperated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc) dan anak syarikat termasuk media yang diadakan semalam berjaya menjalinkan hubungan dengan lebih erat.Kejohanan yang julung kalinya dianjurkan itu merupakan satu usaha Terengganu Inc dalam menghargai sumbangan anak syarikat dan petugas media selain mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pembudayaan sukan.Mewakili penganjur, Naib Presiden Komunikasi Strategik Terengganu Inc, Suridah Supian berkata, program tersebut melibatkan beberapa kumpulan media akhbar cetak, elektronik arus perdana, portal berita dan juga beberapa anak syarikat dan mendapat sambutan yang sangat baik.“Kejohanan ini merangkumkan 16 keseluruhan anak syarikat di bawah Terengganu Inc, alhamdulillah kita berjaya mengumpulkan sebanyak 104 peserta untuk bersama-sama kita hari ini.“Kita berharap program ini akan dapat dijalankan lagi untuk tahun hadapan, supaya bersama kita dapat mengenali dengan lebih rapat. Saya rasa boling adalah satu medium yang sesuai untuk kita kumpulkan semua staff kerana ia melibatkan peserta yang ramai,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada 'Bowling Tournament Staff Get-Together' di Coral Crown, Paya Bunga (PB) Sentral, kelmarin.Aksi menarik peserta.Turut menyerikan kejohanan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim yang muncul antara peserta terbaik pertandingan.Maliaman turut bersetuju dengan cadangan untuk menjadikan pertandingan itu sebagai acara tahunan.“Syukur kita dapat beraksi dengan selamat dan saya bersetuju kejohanan ini dijadikan acara tahunan.“Acara hari ini  akan menjadi 'turning point' untuk kerjasama yang lebih erat antara rakan-rakan media,” tambah beliau lagi.Antara rakan media yang menghangatkan kejohanan itu ialah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Sekretariat Akhbar Menteri Besar Terengganu, Harakah, Manis FM, TV9, TV3, RTM, Kosmo dan NSTP.Manakala, Ladang Rakyat, Syarikat Air Terengganu (SATU), Permai Hotel, Primula Beach Hotel, EPIC Berhad, TDM Berhad, GPQ dan Golden Pharos mewakili anak syarikat Terengganu Inc.
20 Apr 19
821
Empty Image
Festival Mazu : Kerajaan Negeri Hormati Kepelbagaian Budaya
Foto oleh: Pok AbbasKUALA TERENGGANU, 21 April - Festival Mazu yang disambut secara besar-besaran oleh kelompok masyarakat Hainan yang terdiri daripada kaum Cina membuktikan KerajaanTerengganu menghormati kepelbagaian budaya di negeri itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, sambutan tersebut membawa pulangan kepada negeri Terengganu dengan kedatangan pelancong dari luar.“Saya difahamkan tahun ini adalah tahun ketiga sambutan Festival Mazu dan sekarang ini (sedang) berlangsung perarakan darat daripada pelbagai negeri antaranya Perak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang mewakili kebudayaan dan kepercayaan  masing-masing.“Sebenarnya kehadiran di sini bagi meraikan mereka dan menghargai satu festival tradisi kebudayaan. Program ini sangat bagus terutama kepada anak-anak kita agar mereka melihat sendiri apakah tradisi masyarakat Cina,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Festival Mazu di Hotel Seri Malaysia, kelmarin.Oleh itu katanya, perpaduan nasional memainkan peranan penting dalam memupuk sikap hormat-menghormati budaya lain dan meraikan sambutan bersama mereka.  “Kerajaan Terengganu menyambut baik program seperti ini. Kita memberi kerjasama sekali gus memasukkan program seumpama ini dalam takwim pelancongan kerajaan.“Kita meneruskan agenda sebegini sebagai salah  satu tarikan dan sekali gus menggalakkan industri pelancongan di negeri Terengganu,” ujarnya.Turut hadir ialah Presiden Chinese Chamber Terengganu, Datuk Low Whan Chong, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu, Martin Tok, Pegawai Daerah Marang dan Pegawai Khas Menteri Besar, Dr Bala Chandran.
20 Apr 19
154
Empty Image
Kebersihan Sebagai Amalan - MB Terengganu
KUALA NERUS, 20 April - Kerajaan negeri komited bagi memastikan kebersihan persisiran pantai dan kawasan sekitar di Terengganu berada di tahap yang memuaskan dengan kerjasama pelbagai agensi dan jabatan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kolaborasi antara pelbagai jabatan,agensi dan masyarakat mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan ceria"Dan juga perkara yang paling penting ialah bagaimana menimbulkan kesedaran untuk melakukan proses seterusnya bagi memastikan ia berkembang setiap masa dan bukan masa kempen sahaja."Amalan menjaga kebersihan merupakan amalan penting dan kemajuan negara serta masyarakat juga berkait rapat dengan kebersihan dan ia wajar dibudayakan sebagai cara hidup,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Go Clean Peringkat Negeri Terengganu di Pantai Teluk Ketapang, di sini hari ini.Sultan Terengganu, Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah turut mencemar duli berangkat merasmikan program berkenaan.Keberangkatan baginda diiringi  Tengku Muhammad Muaz Sultan Mizan Zainal Abidin.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK),  Datuk A. Rahman Yahya; Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Mohd Azahar; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak dan Ketua Pengakap Negara, Dato" Seri Paduka Dr. Shafie Mohd Salleh.Tambah beliau lagi, satu perbincangan diperingkat daerah-daerah akan dilaksanakan bagi memastikan kesemuanya mengekalkan tahap kebersihan di tahap yang terbaik."Bagaimana nak kekalkan di daerah, kita akan berbincang dengan mereka tetapi yang penting nak hadapi lepas raya  yang mana selepas beratus ribu pulang ke tempat kerja mereka maka ada suasana yang perlu kerajaan negeri ambil perhatian."Oleh itu kita minta semua pihak termasuk pengunjung dan anak-anak tempatan jalankan tugas masing-masing dan Insha Allah, kita boleh kekalkan kebersihan bersama,"ujarnya.
19 Apr 19
93