lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Rakyat Perlu Ambil Peluang, Kerajaan Akan Sedia Ruang – MB Terengganu
Dr. Samsuri mahu manfaat pembinaan ECRL dirasai dan digunakan sebaik mungkin oleh rakyat Terengganu. MARANG, 24 April – Kerajaan negeri mahu rakyat mengambil peluang melibatkan diri dalam aktiviti pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi meningkatkan ekonomi diri.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek berkenaan dapat membantu rakyat sekiranya dimanfaatkan dengan baik.“Perlu ada kerjasama erat antara kontraktor dan syarikat milik anak negeri supaya penduduk tempatan dapat terlibat dalam aktiviti pembinaan ini melalui pelbagai cara.“Ada beberapa lagi aspek yang perlu pertimbangan kerajaan negeri dalam projek ini dan kita ambil ruang berkenaan supaya dapat membantu syarikat-syarikat  ini terlibat sama,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Hentian Bas Marang yang baru siap dibina dengan nilai RM2 juta, di bandar Marang, di sini, malam tadi.Hentian Bas Marang bakal jadi pusat hubungan penting bagi daerah Marang bersama hentian ECRL Pengkalan Berangan yang bakal dibina. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman; Yang Dipertua Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim serta Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Dr. Samsuri berharap pembinaan ECRL akan merancakkan aktiviti ekonomi di dalam negeri selain turut mengesahkan terdapat pelbagai peluang pekerjaan dalam projek tersebut.“Saya juga mendapatkan kepastian pihak Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) sama ada akan berlaku kebanjiran pekerja asing, tetapi dimaklumkan pihak China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) hanya mendatangkan tenaga pakar tanpa meminggirkan Bumiputera.“Pekerja-pekerja asing itu juga akan ditempatkan di kuarters mereka dan ini juga boleh membantu aktiviti ekonomi seperti membekalkan bahan-bahan mentah dan sebagainya ke kuarters mereka,” katanya.Beliau turut menggesa rakyat mengambil manfaat projek itu dengan mengembangkan ekonomi setempat.“Rakyat tempatan perlu ambil peluang ini dan jangan biar orang luar yang tiada kaitan dengan Terengganu ambil kesempatan,” katanya lagi.
24 Apr 19
285
Empty Image
Terengganu Sumbang RM156 Ribu Untuk Penduduk Gaza
KUALA TERENGGANU, 24 April – Kesusahan yang dialami oleh penduduk Gaza mendapat perhatian kerajaan negeri dan rakyat Terengganu apabila berjaya mengumpul sumbangan RM156,000 bagi meringankan penderitaan mereka.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau mewakili kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada semua dermawan yang memberi komitmen bagi mengumpul dana berkenaan.“Kita merasakan ini adalah tanggungjawab atas nama misi kemanusiaan (untuk) meringankan bebanan yang di hadapi rakan- rakan dan saudara kita yang berdepan dengan bencana yang amat getir  di Gaza.“Suasana ini bukan semata-mata kerana masalah  isu agama di Gaza  tetapi termasuklah tentangan (kita) terhadap aspek (hak-hak asasi) kemanusiaan,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Misi Kemanusiaan Gaza 2019 di Damai Lounge, Tingkat U2, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Dr. Samsuri berkata, selain daripada kekurangan makanan, kemudahan asas kepada penduduk ‘yang terkepung’ itu sangat minima."Jikalau pada hari ini di negeri kita bercakap tentang  nak makan apa, mereka  bercakap tentang ada makan tak hari ini. Kita bercakap  tentang nak hantar sekolah mana, mereka bercakap ada tempat tak  nak bersekolah.“Kita bercakap tentang hospital, kita ada pilihan bergantung (dengan) kemampuan duit masing-masing, mereka bercakap mengenai ada ke hospital, ada ke ubat, itulah yang mereka alami,” ujarnya.Oleh itu, katanya walaupun tidak dapat membantu secara fizikal namun sumbangan boleh disalurkan melalui badan-badan bukan kerajaan yang melaksanakan misi kemanusian ke Gaza.“Kita merasakan bahawa kita tak boleh pergi ke sana untuk ubati mereka dan ini adalah salah satu cara kita bagaimana kita boleh meringankan bebanan mereka.“Walaupun kita tak boleh buat banyak tapi (apa yang) kita buat ini sebenarnya di mata, hati dan perasaan mereka adalah satu perkara yang sangat besar ertinya. Kita dapat memahami bagaimana peritnya keadaan yang dialami oleh mereka,” tambahnya.Sementara itu, Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, misi kemanusiaan ke Gaza dijadualkan berlangsung pada 27 April sehingga 3 Mei ini.“Saya bagi pihak PASRelief merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar atas keprihatinan  yang tak pernah pudar serta menjayakan misi kemanusiaan yang dianjurkan  PASRelief dan NGO kemanusiaan yang lain sepanjang menerajui Kerajaan Negeri Terengganu,” katanya.
24 Apr 19
61
Empty Image
Hapus Lesen Ali Baba, Ketatkan Kawalan Perairan Negara
Wakil Nelayan Pantai Timur (dua dari kiri) menyerahkan memorandum kepada Dr Azman (tiga dari kiri) di Muara Sungai Terengganu. Foto oleh - Wan Luqmanul HakimKUALA TERENGGANU,  24 April - Kerajaan Pusat perlu bertindak tegas menghapus lesen tangkapan ikan secara 'ali baba' dan mengetatkan kawalan perairan negara dari pencerobohan nelayan asing. Ini kerana nelayan tempatan cukup terganggu dengan kehadiran bot nelayan asing khususnya bot laut dalam dari negara vietnam sejak akhir-akhir ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah mencadangkan semua jabatan penguatkuasaan laut membentuk satu penyelarasan arahan (single command system) bagi mengatasi masalah tersebut."Apa yang paling penting ialah semua jabatan yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang di laut termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim, Jabatan Perikanan, Jabatan Laut, Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu duduk semeja bagi membincangkan bagaimana segala aset kekuatan yang sedia ada boleh dimanfaat secara yang paling optimum untuk mengatasi masalah tersebut.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada kira-kira 200 nelayan Pantai Timur termasuk dari Terengganu, Kelantan dan Pahang yang berdemonstrasi mengenai isu tersebut berhampiran Taman Shah Bandar di sini hari ini.Katanya, kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan tersebut kepada kerajaan pusat memandangkan di Pantai Timur sekarang, sumber perikanan negeri sudah sampai kepada tahap amaran warna merah (kritikal)."Sumber perikanan kita sudah sangat kritikal terutama bagi nelayan pantai. Sebab itulah kita cuba pertingkatkan dari segi program untuk memperkayakan sumber."Di Terengganu kita tekankan dari segi labuh tukun dan labuh unjam, kita memperkayakan balik sumber dengan cara demikian. Tetapi segala yang kita buat ini akan musnah jika pencerobohan nelayan asing tidak dibendung," jelasnya.Katanya, nelayan asing khususnya nelayan vietnam telah memusnahkan khazanah laut negeri dengan menggunakan pukat gandeng yang lebih besar bahayanya berbanding pukat tunda."Jadi program kita jadi macam 'Pak Pandir', sia-sia sahaja apa yang kita buat selama ini kerana ia tidak bermanfaat akibat pencerobohan itu."Isu ini adalah isu bersama apabila nelayan asing boleh masuk ke perairan kita sampai ke Pulau Tenggol, Dungun dalam kes yang terbaru."Kita anggap ia suatu yang sangat serius bukan bersabit curi ikan atau curi gamat tetapi ia bersabit soal kedaulatan negeri dan negara kita dan ini adalah satu isu besar," tegasnya.
23 Apr 19
267
Empty Image
Permohonan Walimatulurus Perdana 2019 Dibuka Mulai Hari Ini
KUALA TERENGGANU, 24 April- Permohonan mengikuti Program Walimatulurus Perdana 2019 yang dijadualkan berlangsung 17 Ogos hadapan mula dibuka hari ini (24 April).Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, program anjuran kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) itu turut mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).“Orang ramai yang berminat boleh memuat turun borang melalui  portal http://www.ypkt.gov.my/ dan borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada ibu pejabat YPKT atau di pejabat YPK kawasan masing-masing sebelum tarikh tutup 30 Jun ini,” ujarnya ketika dihubungi pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini.Hanafiah berkata, antara syarat permohonan mestilah pemohon dan pasangan berumur 18 tahun ke atas dimana salah seorang daripadanya rakyat negeri Terengganu. “Pendapatan pemohon bersama pasangan RM3,000 ke bawah manakala pendapatan ibu bapa pemohon dan pasangan pula dibawah RM5,000. “Mereka juga perlu lulus kursus Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) kendalian JHEAT atau agensi yang diiktiraf oleh kerajaan,” ujarnya.Katanya, pemohon yang berjaya pada sesi temuduga perlu membayar RM1,000 bagi setiap pasangan pengantin sebagai komitmen penyertaan.Menurut Hanafiah, tawaran yang disediakan bagi setiap pasangan pada hari majlis termasuk satu set persalinan pakaian pengantin, wang caruman balik sebanyak RM1,000, khidmat juru nikah serta pakej set perkahwinan (pelamin, andaman, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).
23 Apr 19
996
Empty Image
Kerajaan Negeri Terima Bayaran Penuh Premium Tanah RM183 Juta Dari UniSZA
KUALA TERENGGANU, 23 April- Kerajaan negeri telah menerima kesemua bayaran premium sebanyak RM183 juta daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi empat lot tanah di Kampus Gong Badak.Penyerahan cek terakhir bayaran berjumlah RM55,021,070 bagi 20.983 hektar tanah lot di mukim Batu Rakit dilunaskan oleh UniSZA kepada kerajaan negeri, semalam.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, cek yang terakhir daripada jumlah keseluruhan itu adalah bayaran bagi tapak tanah UniSZA Kampus Gong Badak apabila bertukar daripada Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) kepada UniSZA dan diambil Kementerian Pendidikan.Katanya, pembayaran bagi keseluruhan premium tanah itu dibuat sebanyak empat kali.“Bayaran kali pertama dibuat pada awal November 2016 dengan jumlah sebanyak RM71,101, 880 bagi 101.765 hektar tanah di mukim Kuala Nerus.“Pada 24 April 2018, UniSZA membuat bayaran menerusi dua cek dengan jumlah RM2,103,088 bagi 0.704 hektar tanah di mukim Batu Rakit dan RM55,014,840 bagi 17.755 hektar tanah di mukim Batu Rakit,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penyerahan Premium Tanah UniSZA Kampus Gong Badak Kepada Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, semalam.Pada majlis itu, Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan  telah menyempurnakan penyerahan replika cek kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ A Rahman Yahya sambil disaksikan Dr Ahmad Samsuri.Sementara itu, Dr Ahmad Samsuri turut menzahirkan ucapan terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan oleh UniSZA dan menyatakan bahawa kerajaan negeri akan manfaatkan wang itu sebaiknya.“Wang ini akan dimasukkan ke dalam akaun yang disatukan dan kerajaan negeri akan menguruskannya untuk manfaat negeri dan rakyat,” ujarnya.
23 Apr 19
49
Empty Image
Hentian Bas Baharu Tamat Penantian Enam Tahun Penduduk Marang
Hentian Bas Marang bakal bantu tingkatkan sosioekonomi rakyat.MARANG, 24 April - Hentian Bas Marang yang baru siap dibina menamatkan penantian penduduk kawasan itu sejak 2013.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan hentian bas tersebut mula dibina pada tahun 2017."Fasa terakhir hentian ini akan siap pada Mei ini di mana ia akan sempurna terdiri daripada hentian bas, enam kiosk, tiga kedai makan, parkir bas, tiga kedai pelbagai dan tandas."Hentian bas ini boleh menampung 400 orang dalam satu masa," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan perhentian berkenaan yang terletak di bandar Marang, di sini, semalam.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah.Dr. Samsuri dan isteri tiba dengan menaiki bas Sani Express dari Batu Buruk.Turut hadir ialah Yang Dipertua Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim dan Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Beliau yang hadir bersama isterinya, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman turut berharap dengan adanya kemudahan itu akan merancakkan ekonomi penduduk di sekitar kawasan tersebut."Hentian ini bukan sekadar menjadi suatu perkara baharu di Marang, kemudahan ini harus dimanfaatkan sepenuhnya."Saya berharap hentian ini dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial penduduk Marang," katanya.Sebanyak RM2 juta digunakan untuk membina hentian bas berkenaan dengan RM1.3 juta daripada kerajaan negeri. Manakala, baki RM700,000 oleh kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
23 Apr 19
1240
Empty Image
'Teruskan Jihad Pendidikan' - YDP DUN Terengganu
Haji Yahaya (tengah) membaca Surah Yasin di Masjid Sultan Ahmad Cukai Kemaman malam ini.KEMAMAN,  23 April - Kerajaan negeri mengharapkan para pendidik Terengganu meneruskan jihad pendidikan sehingga anak negeri terus cemerlang dalam bidang tersebut. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Haji Yahaya Ali berkata, mereka tidak harus berada dalam zon selesa sehingga hasrat kerajaan dan rakyat Terengganu dalam bidang tersebut tidak dapat dipertahankan."Para pendidik Terengganu tidak harus berada dalam zon selesa,  mereka perlu meneruskan  jihad pendidikan sehingga Terengganu terus cemerlang dalam pendidikan," tegasnya.Haji YahayaBeliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2019 di Masjid Sultan Ahmad Chukai di sini malam ini.Turut hadir Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik,  Ir. Saiful Azmi Suhaili, ADUN Air Putih, Ab Razak Ibrahim, Pegawai Daerah Kemaman, Osman A Bakar dan Pengarah Pendidikan Negeri, Haji Shafruddin Haji Ali Hussin.Haji Yahaya seterusnya berkata, jihad pendidikan adalah perlu bagi meletakkan negeri Terengganu lebih baik dari sebelumnya sesuai dengan moto negeri Terengganu, Maju, Berkat dan Sejahtera.
23 Apr 19
105
Empty Image
Agihan LMTS Lancar, 829 Terima Manfaat
Penerima LMTS mendapatkan baucar mereka di kaunter yang disediakan.Oleh : Khairan Mat JusohMARANG, 23 April –  Seramai 829 orang pemohon terpilih daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan menerima baucar Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) di Dewan Auditorium Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang, hari ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong merakamkan rasa terima kasih kepada semua pihak dalam menjayakan pengagihan baucar berkenaan.“Kerjasama yang diberikan oleh kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Pengkalan Berangan membantu melancarkan pemberian ini dengan jayanya.Sulaiman turut menyampaikan baucar LMTS kepada penerima."Para peserta juga menerima baucar masing-masing dan kita mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama ini,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di selepas merasmikan majlis tersebut.Sebanyak 10 kaunter dibuka seawal jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang  bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pengagihan kepada penerima.Dalam pada itu, beliau juga berharap  pemberian itu dapat memberi manfaat kepada penerima."Mudah-mudahan dapat memberi sedikit keselesaan kepada para belia menyambung atau mendapatkan lesen motorsikal dengan pemberian daripada kerajaan negeri, hasil daripada janji manifesto pada pilihan raya umum ke-14 yang lalu," katanya.Sulaiman juga mengingatkan penerima supaya memanfaatkan pemberian LMTS dan lesen yang bakal diperolehi itu untuk tujuan kebaikan serta perkara yang mendatangkan manfaat.
23 Apr 19
47
Empty Image
Rahmatan Lil Alamin : Utamakan Masalah Rakyat - MB Terengganu
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.GOMBAK, 23 April - Konsep 'Rahmatan Lil 'Alamin' ataupun mana-mana slogan yang digunakan mestilah memberi keutamaan kepada menyelesaikan masalah dan bebanan rakyat.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rakyat Malaysia yang hidup dalam kepelbagaian agama dan bangsa adalah kelompok yang mahukan suara serta masalah mereka diselesaikan.Jelasnya, mereka tidak kisah mengenai slogan atau moto menarik yang dilaungkan oleh mana-mana kerajaan.Katanya lagi, kerajaan juga mestilah berperanan dalam menyelesaikan beban rakyat kerana perkara itu secara tidak langsung akan memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai slogan yang menjadi dasar kerajaan.“Kita hidup dalam ‘simple society’, rakyat tidak kisah tentang slogan dan moto ataupun prinsip menarik yang dilaungkan.“Sama ada rahmatan lil ‘alamin ataupun baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur, apa yang sebenarnya mereka mahukan adalah mereka mahu masalah sebenar mereka diselesaikan di setiap segmen dan peringkat.“Jadi sebagai sebuah kerajaan, yang pertama kita kena terangkan pada rakyat, apa yang menjadi keutamaan untuk diselesaikan dan apa langkah-langkah yang kita akan ambil,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab dalam program bersiri yang bertajuk Malaysia : Model of Rahmatan Lil ‘Alamin di Pusat Kebudayaan (ICC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, semalam.Antara mahasiswa yang bertanyakan soalan.Turut hadir, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UIAM, Dr. Zulkifli Hasan, Penasihat Ma’ruf Club (MC) UIAM, Dr Nik Abd Saiful Azizi Nik Abdullah, Pengarah Program, Md Hisyam Yunus, pensyarah-pensyarah UIAM serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM.Sementara itu, mengulas lanjut mengenai langkah Terengganu dalam berinteraksi dengan golongan LGBT, Ahmad Samsuri berkata, pihaknya mengambil pendekatan yang harmoni dan bersesuaian dengan konsep itu.Selain mengenakan hukuman yang sudah terkandung dalam undang-undang, kerajaan negeri turut menekankan konsep pendidikan bagi memberi kesedaran kepada golongan itu.“Cabaran berkait isu ini di Terengganu sudah tentu berbeza dengan peringkat Persekutuan, yang mempunyai lebih banyak cabaran.“Tahun lepas kita ada satu kes, yang mana kita ada cara dan langkah kita melalui enakmen yang ada dalam undang-undang negeri.“Dalam masa yang sama kita juga adakan proses didikan, didik mereka tentang masalah itu di setiap peringkat oleh jabatan agama,” tambah beliau.Ahmad Samsuri menegaskan, rakyat tidak mahu hanya mendengar slogan retorik semata-mata.
22 Apr 19
80
Empty Image
Budaya Membaca Teras Kemajuan
KUALA TERENGGANU, 23 April - Budaya membaca perlu menjadi gaya hidup sebagai teras pencarian ilmu dalam membangunkan bakat, kebolehan serta daya saing rakyat dari segi fizikal dan intelek untuk kemajuan negara.Isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata, amalan itu merupakan langkah pertama kepada segala kemajuan dan menjadikan manusia lebih berdaya maju serta matang dari segi pemikiran."Dengan adanya masyarakat yang berbudaya membaca, negara kita akan mempunyai rakyat yang berminda aktif dan kreatif yang mampu berinovasi."Selain itu, ia mampu melahirkan warganegara yang berkebolehan melihat sesuatu daripada pelbagai perspektif berbeza,"katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Sempena Sambutan Hari Buku Dan Hakcipta Sedunia Tahun 2019 di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPAT), di sini, hari ini.Tambahnya lagi, kerajaan negeri juga secara langsung telah melaksanakan beberapa langkah bagi meningkatkan budaya cintakan ilmu dan kepentingan nilai kekeluargaan."Kerajaan Terengganu telah mengisytiharkan Jumaat sebagai hari ilmu dan Sabtu sebagai hari keluarga."Ambillah masa dan peluang ini untuk membawa dan meluangkan masa bersama-sama anak di perpustakaan untuk mengisi aktiviti yang berfaedah,"ujarnya.Sementara itu, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Marzialina Mohamed berkata, Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia merupakan acara tahunan yang disambut serentak seluruh dunia pada setiap tahun.Katanya, tujuan sambutan ini bagi memperingati dan mengiktiraf penerbitan buku serta memelihara hak penciptaannya selaras menjaga harta intelek."Terinspirasi daripada sambutan 'Earth Hour', maka program membaca 10 minit dilakukan sebagai satu langkah inovatif untuk beri nafas baharu dalam kempen pembacaan."Jika semasa Earth Hour, semua penduduk di seluruh dunia memadamkan lampu selama sejam, Jom Baca pula minta kita peruntukkan 10 minit sahaja untuk membaca secara serentak,"kata Marzialina.Tambahnya lagi, seperti tahun lalu, program ini bertujuan menyemai minat membaca dikalangan masyarakat di Malaysia dan sebagai menambahkan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia dalam sesuatu perkara."Jumlah peserta di Terengganu pada 2018 seramai 285,906 orang dan saya berharap jumlah ini akan meningkat pada tahun ini,"ujarnya.
22 Apr 19
102