Artikel "Semasa" Terkini
Direktori Usahawan Desa Bakal Diwujudkan
Datuk Seri Rina (empat dari kanan) diperlihatkan keunikan songket Terengganu ketika melawat booth pameran dan jualan di Stadium Tertutup Gong Badak pagi tadi.KUALA NERUS, 26 April - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mewujudkan satu direktori khas usahawan desa bagi mengumpul semua usahawan berkenaan dari seluruh negara yang kini berjumlah kira-kira 87 ribu orang.Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, setakat ini KPLB belum lagi mewujudkan direktori tersebut memandangkan Pakatan Harapan (PH) baru sahaja mengambil alih teraju pentadbiran negara dari Barisan Nasional (BN) selepas Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lepas ."Banyak benda yang kementerian saya kena buat memandang PH baru sahaja hampir setahun memerintah negara ini," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Usahawan Desa (KUD) 2019 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak di sini pagi tadi.Datuk Seri Rina (dua dari kanan) melaksanakan gimik perasmian di pentas utama KUD 2019.Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.Datuk Seri Rina seterusnya berkata mengumpul data-data usahawan sangat penting untuk menjadi rujukan berbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta serta orang awam.Katanya, buku cenderamata KUD sudah tercatat nama usahawan-usahawan tersebut.Datuk Seri Rina"Ini adalah salah satu proses kerajaan untuk melengkapkan data-data usahawan desa ini."Bila saya memimpin kementerian banyak nak kena buat. Salah satu daripadanya, kita perlu ada data untuk membuat perancangan dan tindakan, itu sangat penting," jelasnya.Katanya, dalam maklumat kerajaan jumlah usahawan desa di seluruh negara ialah 87 ribu orang.Datuk Seri Rina (kiri) menyampaikan hadiah utama RM55 Ribu kepada seorang peserta pertandingan memancing sempena KUD 2019"Manakala 24 peratus daripadanya adalah usahawan wanita dan kerajaan berhasrat untuk meningkatkan lagi produktiviti keusahawanan di kalangan mereka supaya lebih berdaya saing di samping dapat meningkatkan lagi pendapatan keluarga," ujarnya.
25 Apr 19
309
RM109.75 Juta Peruntukan Luar Bandar Negeri Terengganu
Datuk Seri Rina Mohd Harun (kanan) semasa sesi taklimat sempena kunjungan hormat kepada Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, hari ini.KUALA TERENGGANU, 25 April - Kerajaan Persekutuan meluluskan sebanyak RM109.75 juta untuk pembangunan kawasan luar bandar di Terengganu di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, sebanyak 10 projek baharu dan 39 projek sambungan akan dilaksanakan tahun ini membabitkan pembinaan infrastruktur dan pembangunan masyarakat.Katanya, antara yang turut diluluskan adalah pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Dungun dan peruntukan baik pulih MRSM Imtiaz.Bual mesra antara Dr Ahmad Samsuri (kanan) dan Datuk Seri Rina sempena kunjungan hormat menteri itu ke Pejabat Menteri Besar hari ini.“Perbincangan yang diadakan khusus berkaitan pembangunan luar bandar, bukan saja infra, tetapi juga membangunkan masyarakat luar bandar daripada segi sosio ekonomi, keusahawanan dan modal insan.“Malah, antara yang akan diberi perhatian kementerian adalah berkaitan bekalan air untuk kawasan luar bandar,” katanya.Datuk Seri RinaBeliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Imam, di sini hari ini.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, beliau menyambut positif peruntukan bagi projek pembangunan yang diluluskan tahun ini.Katanya, kerajaan negeri juga akan membuat permohonan baharu bagi tahun 2020 dan mengharapkan pertimbangan daripada kementerian.Beliau berkata, permohonan bagi 2020 merangkumi projek jalan luar bandar, jalan perhubungan desa, program ameniti sosial dan bekalan air luar bandar.“Kerajaan negeri akan mengambil apa jua langkah supaya ia dapat dilaksanakan dengan efisyen dan akan memberi pertolongan semaksimum mungkin kepada kementerian serta agensi terbabit.“Kita juga berharap permohonan akan datang diperhalusi dan dipertimbangkan,” katanya.
25 Apr 19
162
Sekolah Pondok Ditambah Baik, Serap Bidang Kemahiran
HULU TERENGGANU, 25 April- Sistem pembelajaran 138 sekolah pondok di Terengganu akan ditambah baik dengan menjadikan pelbagai bidang kemahiran sebagai mata pelajaran tambahan.Perkara itu akan diusahakan dengan mengguna pakai tenaga pengajar dari mana-mana institusi kemahiran termasuk Terengganu Timber Industry Training Center (TTITC).Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat, berkata pihaknya akan meneliti sebaik mungkin inisiatif itu dengan sekolah pondok di setiap Parlimen akan diserapkan bidang kemahiran berlainan.Katanya, sebagai contoh, sekolah pondok di Hulu Terengganu bermungkinan akan mengutamakan kemahiran perkayuan."Manakala Kemaman akan memfokuskan bidang kimpalan, Dungun pula berkaitan pembaikian penghawa dingin atau alatan elektrik lain."Seterusnya lain-lain parlimen boleh memilih bidang jahitan, masakan dan sebagainya, "katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Graduasi Pertama TTITC, di sini, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah TTITC, Muhyiddin Abdul Rashid.Majlis itu meraikan seramai 103 pelajar diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).Pelajar SKM bidang pengukiran kayu, Muhammad Afiq Yusaini dianugerahkan pelajar cemerlang tangan emas dan layak membawa pulang wang tunai RM1,000.Satiful turut memberitahu, pendekatan menambah baik modul pembelajaran di sekolah pondok adalah wajar."Alasannya pelajar bukan sahaja mampu menguasai al- Quran dan akademik semata- mata malah boleh menguasai bidang kemahiran."Apabila tamat pembelajaran kelak, mereka boleh menentukan hala tuju diri sama ada mahu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, bekerja di mana- mana syarikat milik kerajaan atau swasta dan boleh juga menceburi bidang usahawan, " katanya.
25 Apr 19
395
Terengganu Teruskan Program Madinah Ramadhan
KUALA TERENGGANU, 25 April - Kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan program Madinah Ramadhan bagi menggalakkan umat Islam menghidupkan bulan penuh rahmat dengan amalan yang dituntut dan disarankan oleh Islam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, program yang memasuki edisi kedua dilaksanakan di Terengganu itu berupaya menarik perhatian masyarakat termasuk pelancong luar kerana menawarkan pelbagai aktiviti keilmuan dan ibadah sepanjang Ramadhan.Katanya, ianya bakal diadakan di Dataran Batu Burok dan bertujuan bagi mengingati kefardhuan puasa yang dihayati oleh Nabi Muhammad S.A.W bersama umat Islam Madinah secara khususnya.“Dalam erti kata lain, kita hendak jadikan bandaraya ini umpama satu bandar seperti (Madinah) yang hidup di bulan Ramadhan dengan amalan yang dituntut oleh agama.“Walaupun program keagamaan biasanya dilakukan di masjid dan surau tetapi kita bina satu tempat di Dataran Batu Burok yang kita namakan ‘Madinah Ramadhan’ dengan memuatkan pelbagai pengisian yang sangat unik,” ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman selepas mengadakan lawatan ke tapak Program Madinah Ramadhan di Dataran Batu Burok, hari ini.Katanya, antara acara yang diatur termasuk berbuka puasa bersama, solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta solat tarawih bersama imam dari luar negara. “Selain itu, ada pengisian lain termasuk tazkirah, kuliah, bicara wanita, program khusus bersama mat motor, anak-anak muda, beliawanis dan seumpamanya,” ujarnya.Mohd Nor berkata, program tersebut juga memberi kemudahan kepada para pengunjung untuk mengisi waktu terluang selepas membeli-belah atau beriadah di sekitar Pantai Batu Burok dan peniaga Bazar Ramadhan berhampiran untuk berbuka puasa di sini, seterusnya menunaikan solat.“Saya menyeru orang ramai termasuk pelancong dan mereka yang bukan beragama Islam untuk mengambil kesempatan merasai suasana Ramadhan di sini. “Orang ramai yang beriadah bersama keluarga dan yang menziarahi kaum keluarga di Hospital Sultanah Nur Zahirah juga tidak perlu lagi gusar kerana turut berkesempatan menghidupkan bulan mulia ini menerusi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri ini,” ujarnya.
24 Apr 19
390
Dr Khairuddin Bantu Pesakit Kronik Jadi Usahawan Maya
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 25 April - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali akan mengeluarkan modal bagi membantu seorang pesakit kronik Shamsul Annuar Omar, 58, berniaga keropok secara dalam talian.Dr Mohd Khairuddin berhasrat membantu pesakit tersebut selepas menemuinya dalam Program Ziarah Mahabbah di Kampung Pulau Ketam, di sini baru-baru ini, selepas melihat sendiri ketidakupayaan menjalani kehidupan seperti biasa akibat penyakit tulang belakang sejak tiga tahun lalu.Pelbagai rawatan telah dibuat termasuk rawatan moden dan tradisional namun keadaannya masih tidak pulih seperti biasa.Shamsul Annuar terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan, tidak mampu berdiri sendiri seperti sebelumnya.Beliau yang mempunyai 10 orang anak, telah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) RM400 sebulan bagi menampung kos sara hidup beliau sekeluarga sementara isterinya, Nor Hayatii Mahmud, 41, bekerja sebagai pembantu sebuah kedai kek di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.Usaha yang dilaksanakan oleh Ahli Parlimen itu mendorong golongan orang kelainan upaya berdikari mencari pendapatan semampu mungkin dalam keadaan pergerakan yang terhad.
24 Apr 19
44
MB Terengganu Rai Konvoi Kembara Zakat Kebangsaan 2019
Menteri Besar menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi-agensi yang menyertai KKZ 2019.KUALA TERENGGANU, 25 April - Kerajaan Terengganu mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), agensi-agensi zakat negeri dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) seluruh negara atas kunjungan ke negeri itu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar meraikan dan mengalu-alukan kedatangan para peserta walaupun program berlangsung dalam tempoh yang singkat iaitu selama dua hari.“Kami merasa bertuah dikunjungi rakan-rakan dari pelbagai negeri. Semoga peserta dapat memanfaatkan program dan menambah pengetahuan tentang agensi zakat. “Kerajaan negeri juga membuka tangan seluas-luasnya kepada sebarang program bermanfaat yang ingin dianjurkan di sini pada masa akan datang,” katanya ketika merasmikan penutup Kembara Zakat (KKZ) 2019 Peringkat Kebangsaan dalam Majlis Makan Malam bersama Menteri Besar di Wisma Darul Iman, semalam.Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai kanan negeri serta kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).Turut hadir, Yang Dipertua MAIDAM, Othman Muda dan Ketua Pengarah JAWHAR, Ruslan Said selaku penganjur utama program. Kerajaan negeri mengalu-alukan sebarang program yang bermanfaat di negeri ini - Dr. Samsuri.Majlis berkenaan diadakan sempena kejayaan penganjuran KKZ yang terbesar kali ini serta bagi meraikan sekitar 20 jabatan terdiri daripada agensi zakat dan MAIN dengan hampir 200 peserta konvoi.KKZ merupakan acara tahunan kali ketujuh yang telah diadakan sejak tahun 2012 di negeri-negeri berlainan.Tahun ini, KKZ menjelajah ke tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang bagi mempromosikan institusi zakat agar masyarakat mendapat maklumat selain menyampaikan sumbangan kepada asnaf-asnaf yang ditemui.Dr. Samsuri turut berharap agar program yang diadakan memberi manfaat kepada peserta dan masyarakat setempat.“Sebelum pulang, saya berdoa semoga negeri kita dicucuri rahmat Allah SWT dan semoga pertemuan ini akan menjadi kenangan terindah tuan-tuan dan puan-puan,” katanya.
24 Apr 19
52
'Saya Berehat Bila Saya Mati' - Abdul Hadi
Ayah Cik (kiri) bersama Ustaz Azhar di Rusila semalam.MARANG, 25 April - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hanya akan berhenti daripada menjalankan kerja-kerja agama apabila kembali kepada Pencipta."Ditanya soalan oleh seorang sahabat, bilakah waktu untuk berehat daripada kerja-kerja agama, saya jawab, 'bila liang lahad mula digali'."Semoga Allah tetapkan hati kita bersama di atas jalan agama Islam dan perjuangannya," tulis beliau dalam status facebooknya semalam.Sebelum itu, pada sebelah pagi, Tuan Guru Abdul Hadi dikunjungi oleh Murabbi Sejuta Ummah, Ustaz Azhar Idrus di rumah anak lelakinya Yusof Abdul Hadi di Pesisir Pantai Rusila, di sini.Para tetamu dijamu selera dengan nasi dagang."Pagi ini (semalam) menerima kunjungan tetamu Ustaz Azhar Idrus di rumah anakanda Yusuf dan menjamu sarapan nasi dagang," jelasnya.Menjadi kebiasaan mana-mana tetamu Presiden PAS itu, mereka akan dijamu dengan nasi dagang sesuai dengan suasana pagi dan tradisi makanan masyarakat Melayu Islam Terengganu.Pertemuan Ustaz Azhar dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang dikenali masyarakat Rusila sebagai Ayah Cik itu bukan kali pertama diadakan.Difahamkan tidak kurang dari tiga kali mereka berjumpa dalam kesempatan tertentu sama ada secara langsung atau tidak langsung.Ini menunjukkan hubungan kedua-duanya amat erat apa lagi kedua-duanya memainkan peranan besar dalam usaha mendidik anak Negeri Terengganu khususnya dan rakyat Malaysia amnya dengan agama dan perjuangan Islam.Ustaz Azhar mempunyai jadual kuliahnya tersendiri termasuk di Masjid Rusila di sini yang juga menjadi tempat Tuan Guru Abdul Hadi berkuliah setiap pagi Jumaat, jika tidak berkeuzuran.Antara kitab terpenting pernah dihuraikan oleh Tuan Guru Presiden PAS itu di masjid berkenaan ialah Petunjuk Sepanjang Jalan karangan Asy Syahid Syed Qutb, pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir yang mati di tali gantung (1906-1966).Kitab itu diajar oleh Tuan Guru Abdul Hadi secara terbuka di masjid itu, setiap malam selasa sekitar tahun 1980-an, sehingga tamat.
24 Apr 19
1247
Setiu Rekod Jenayah Terendah
Oleh: Hidayah AzlinFoto : Ariss AliasSETIU, 24 April – Kadar jenayah terendah yang direkodkan Setiu menyebabkan daerah ini tidak mendapat peruntukan khusus sebagai 'Bandar Selamat'.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, rekod jenayah yang rendah merupakan satu kebanggaan kepada kepimpinan dan juga penduduk daerah.Katanya, pun begitu tanpa peruntukan khusus berkenaan, kerajaan negeri tetap meneruskan perancangan pembangunan untuk kemajuan setempat."Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu di atas kerja keras dalam memastikan kesejahteraan dan keamanan kita bersama di daerah ini..Susulan itu kita tidak layak mendapat peruntukan Bandar Selamat kerana kawasan yang sudah dikira selamat,” jelasnya."Bagaimanapun, apabila bercakap soal kemajuan, kita tidak boleh tiru-tiru dan ikut-ikut orang. Jangan sekali berfikir untuk maju mesti ada industri macam Kemaman. Itu dipanggil berlawan atas padang yang tidak sama rata,’’ katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kayuhan Berbasikal Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bersama Exco Pertanian Dan Komuniti di Kampung Pelong, Sungai Tong, semalam.Turut bersama dalam program sejauh 15 kilometer itu pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu.Kayuhan bermula di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Lerek Langkap menuju ke Kampung Pelong agak mencabar peserta berikutan laluan jalan berbukit bukau.Dalam pada itu, Dr Azman berkata, Setiu merekodkan jumlah penghuni Melayu tertinggi di Malaysia iaitu 99.93 peratus.Sehubungan itu, kerajaan memfokuskan daerah berkenaan sebagai 'Daerah Pertanian' bersesuaian dengan persekitaran dan geografinya.Sementara itu, Dr. Azman berkata, program seumpama itu membuka ruang untuk berinteraksi secara langsung tanpa mewujudkan karenah birokrasi."Program santai sebegini sangat baik dan masyarakat kita sekarang ini semakin dekat dengan jabatan. Kita ingin kurangkan jurang birokrasi seminima mungkin sebab matlamat kita duduk sini untuk berkhidmat untuk rakyat.Katanya, kerajaan di peringkat negeri sebagai pembuat dasar, kakitangan kerajaan pelaksana dasar dan rakyat sebagai orang yang menerima manfaat daripada dasar pula perlu membentuk satu jaringan hubungan supaya tidak ketinggalan maklumat."Bila kita dapat maklumat yang tepat, ia memberi ruang kepada kita untuk membuat perancangan yang tepat sesuai dengan keperluan setempat."Kita tiada apa-apa kepentingan. Yang kita nak tengok biar rakyat dapat manfaat sebaiknya," katanya.
24 Apr 19
80
Akta Perikanan 1985 Perlu Dipinda
Foto oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 24 April - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim mencadangkan agar Akta Perikanan 1985 dipinda bagi membolehkan undang-undang lebih berat dilaksanakan untuk mengatasi pencerobohan nelayan asing di laut Malaysia yang semakin berleluasa hari ini.Katanya, tidak dinafikan bahawa pencerobohan nelayan Vietnam dikatakan menggugat ketenteraman dan kesejahteraan komuniti nelayan tempatan."Permasalahan yang timbul, bukanlah didorong oleh penguatkuasaan yang lemah semata-mata tetapi hakikatnya banyak lagi perkara yang perlu diperhalusi dan diambil tindakan oleh pihak-pihak berkepentingan."Salah satunya adalah perkara berkaitan perundangan yang mencakupi akta sedia ada berkenaan perikanan negara yang perlu dirombak dan diperbaiki di samping memperkenalkan undang-undang yang lebih berat kepada para pelaku yang menceroboh dan melanggar undang-undang Malaysia," tegasnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbarnya yang diedarkan di Muara Sungai Terengganu di sini hari ini berikutan demonstrasi nelayan Pantai Timur berhubung pencerobohan nelayan Vietnam yang berleluasa di Perairan Terengganu sejak akhir-akhir ini.Kira-kira 200 Nelayan Pantai Timur termasuk dari Terengganu, Kelantan dan Pahang berhimpun di situ dan kira-kira 40 buah bot nelayan Terengganuyang dipasang dengan pelbagai sepanduk, berlabuh di tempat yang sama.Mereka mendesak Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan segera membenteras lesen menangkap ikan secara 'Ali Baba' dan pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Terengganu di atasi secara lebih berkesan.Seterusnya Haji Ahmad Amzad berpendapat, masalah tersebut boleh ditangani dengan mengambil kira semangat ASEAN dan hubungan diplomatik antara dua buah negara yang berdaulat."Tindakan seperti mengeluarkan nota bantahan diplomatik menerusi Kementerian Luar Negeri, menganjurkan forum-forum khas, mengadakan mesyuarat 'working group' dan menjalinkan perkongsian maklumat perisikan antara agensi penguatkuasaan dua negara dipercayai dapat menangani isu pencerobohan bot nelayan Vietnam ini secara holistik."Saya berpandangan menteri-menteri yang diberi mandat dalam hal ehwal perikanan dan maritim harus berpandangan lebih jauh dan realistik untuk menangani isu Bot Nelayan Vietnam dan Bot Nelayan Asing yang juga berkait rapat dengan isu hasil tangkapan yang tidak sah, penangkapan ikan secara haram dan tidak dilaporkan (illegal, unreported and unregulated fishing (IUU)," jelas beliau.Katanya, inilah masanya untuk para menteri melancarkan strategi yang tegas dan jelas dalam situasi Vietnam yang telahpun diberi kad kuning oleh Kesatuan Eropah supaya suara dan tindakan Malaysia memerangi pencerobohan nelayan-nelayan asing didengar, dilayan dan mendapat respon positif daripada masyarakat antarabangsa.Oleh itu jelasnya, tiada lagi kegusaran di pihak-pihak tertentu untuk mencabar integriti pegawai dan anggota penguatkuasa menjalankan tugas mereka di laut yang sememangnya mempunyai pelbagai kekangan."Sungguh pun begitu, saya berharap kerajaan akan meneruskan program-program pembangunan dan mengupayakan agensi penguatkuasa maritim serta mengambil tindakan proaktif terhadap masalah-masalah yang dihadapi," ujarnya lagi.
24 Apr 19
532
MB Tinjau Rumah Terbakar Di Rhu Renggeh
Dr. Samsuri tinjau keadaan rumah sambil ditemani pegawai Bomba.MARANG, 24 April – Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar meluangkan masa meninjau dua buah rumah yang terbakar di Kampung Rhu Renggeh, malam tadi.Beliau dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman yang sedang menghadiri perasmian hentian bas baharu di bandar Marang bergegas ke kampung itu sebaik menerima maklumat mengenai kejadian tersebut.Turut mengiringi beliau, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman.Dr. Samsuri memaklumkan, kerajaan negeri akan membantu mangsa berdasarkan penilaian yang dibuat oleh pihak berwajib dan agensi terlibat.Kerajaan negeri akan membantu mangsa kebakaran berdasarkan keperluan yang akan dinilai JKM.“Kita masih lagi ingin mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkenaan penghuni kedua buah rumah ini sebelum membuat keputusan mengenai apa yang perlu dibantu.“Kita akan mempertimbangkan bantuan berdasarkan keperluan yang akan dinilai oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.Beliau turut merakamkan terima kasih kepada pihak yang membantu terutama Jabatan Bomba dan Penyelamat yang bertindak pantas mengawal kebakaran daripada merebak.Katanya, bomba juga akan menjalankan siasatan mengenai punca kebakaran dan nilai kerugian yang ditanggung mangsa.Mohd Salim menyampaikan maklumat berkenaan kejadian kepada MB Terengganu.Dalam pada itu, Pegawai Balai Bomba Marang, Mohd Salim Mat Saman menyatakan pihaknya mendapat panggilan kecemasan sekitar jam 9.45 malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.“Kerja pemadaman selesai pada jam 10.30 malam dengan kekuatan 16 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba Marang dan Kuala Terengganu.“Daripada kedua-dua rumah, hanya satu rumah yang didiami oleh seorang lelaki lewat 30-an dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya sambil memaklumkan kesukaran memadam api disebabkan angin kuat selain tekanan air yang rendah.Keadaan rumah yang musnah keseluruhannya.
24 Apr 19
67