lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Keselamatan Pekerja Pelantar Minyak Terengganu Terancam
Haji  Ahmad Amzad (kanan) membuat kenyataan akhbar di Ibu Pejabat APMM di Kuala Terengganu hari ini.KUALA TERENGGANU, 28 April - Kerajaan Persekutuan diminta menggerakkan aset untuk mengawal perairan Malaysia secara lebih agresif kerana ada laporan mengatakan bahawa pekerja-pekerja pelantar minyak di perairan Terengganu terancam keselamatan mereka dengan kehadiran begitu banyak bot nelayan Vietnam.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata beliau ada menerima laporan bahawa pekerja di pelantar minyak dan nelayan tempatan bimbang keselamatan mereka tidak terjamin dengan kehadiran bot nelayan asing tersebut.Katanya, nelayan Vietnam itu bukan sahaja mengaut hasil khazanah laut negara secara berleluasa tetapi mereka juga boleh mengancam nyawa rakyat tempatan kerana dipercayai nelayan asing itu ada di kalangan mereka yang bersenjata.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita di sidang media di Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini hari ini.Turut hadir Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli.Haji Ahmad Amzad berkata, Terengganu kehilangan hasil perikanan sehingga RM6 bilion setahun akibat dari pencerobohan nelayan asing tersebut."Ini bukan jumlah yang kecil tetapi masalah yang lebih besar adalah ancaman keselamatan terhadap lebih 100 buah pelantar minyak termasuk 53 buah pelantar yang besar di perairan Terengganu."Pelantar cari gali minyak ini adalah kepentingan ekonomi yang utama negara . Jadi, saya tak faham, apabila kita dalam perusahaan di mana 'cash cow' (pendapatan tunai) negara berada di situ, kita perlu jaga sungguh-sungguh, jangan diganggu dan jangan ada risiko keselamatan," ujarnya.Bagaimanapun katanya, kerajaan persekutuan tidak nampak kesungguhannya untuk mengawal pusat penghasilan sumber kewangan negara itu dengan lebih ketat memandangkan begitu banyak bot nelayan asing berada di sekitar pelantar minyak tersebut.Katanya, di sekitar pelantar cari gali minyak itu juga adalah tempat yang kaya dengan sumber perikanan dan menjadi sasaran pencerobohan nelayan asing.Haji Ahmad Amzad (tengah) ketika melawat bot nelayan Vietnam di Jeti Ibu Pejabat APMM hari ini. "Barang kali saya boleh beritahu secara terus di sini bahawa saya menerima aduan berterusan daripada nelayan dan juga pekerja di pelantar minyak bahawa keselamatan mereka terancam kerana mereka di kelilingi oleh bot-bot nelayan asing yang kadang kala membawa senjata berbahaya.Beliau menasihatkan kerajaan pusat agar tidak terlalu loket untuk berbelanja bagi membolehkan agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan, melaksanakan kerja-kerja pengawasan perairan negara dengan lebih berkesan."Kerajaan perlu melaksanakan tugas dengan sebaiknya sama ada di dalam bentuk penyediaan kapal-kapal peronda, bot-bot laju pemintas dan sebagainya yang mencukupi supaya tugas operasi dapat dilaksanakan dengan sebaiknya."Begitu juga berkait dengan kemudahan lojistik yang lain, tempat di mana bot-bot  yang ditangkap itu perlu mempunyai tempat letaknya yang khusus," jelasnya.Difahamkan lebih 700 buah bot nelayan asing telah ditahan dan lebih separuh dari jumlah itu telah dilupuskan, selepas selesai segala proses mahkamah."Jadi sementara menunggu proses mahkamah selesai. di mana bot-bot berkenaan mahu di tempatkan."Seperti di Kuala Terengganu kita susun kapal di jeti APMM, enam buah bot lagi ditambah dan bot-bot berkenaan semakin bertambah sementara jeti yang sedia ada, tidak boleh menampung keperluan untuk menyimpan bot-bot berkenaan dalam jangka masa panjang," jelasnya.Menurut beliau laluan kapal ke jeti Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan sebagainya yang berhampiran jeti tersebut akan terhalang.Beliau difahamkan, setiap hari di limbungan perkapalan di Vietnam, dikeluarkan bot-bot baru perikanan laut dalam."Setiap hari bot-bot inilah yang pergi merantau jauh masuk perairan negara-negara  sekitar termasuk Filipina, Indonesia dan Malaysia," ujarnya lagi.Katanya, permasalahan tersebut perlu dibawa kepada konsensus antarabangsa yang melibatkan peranan Kementerian Luar Malaysia sama ada memberikan bantahan atau menjadikan agenda penting dalam mesyuarat menteri-menteri luar supaya perkara itu mendapat perhatian.
27 Apr 19
582
Empty Image
Operasi Bersepadu Bermula Di Terengganu
Muhammad Suffi (dua dari kiri) bersama  Haji Ahmad Amzad (kiri) memperlihatkan hasil tangkapan nelayan vietnam di Jeti Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu hari ni,KUALA TERENGGANU, 28 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Cawangan Terengganu (APMM) akan mengetuai operasi kawalan perairan laut secara bersepadu dengan agensi-agensi lain di sini tidak lama lagi.Ini bertujuan membenteras kegiatan pencerobohan bot nelayan asing khususnya bot nelayan Vietnam yang berleluasa di perairan Malaysia hari ini.Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, kertas 'Prosedur Operasi Standard' (SOP) sedang disiapkan untuk panduan operasi bersepadu berkenaan.Beliau berkata demikian ketika bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat APMM di sini hari ini.Baru-baru ini Kementerian Dalam Negeri telah mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas (Task Force) yang diketuai oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri.Seorang nelayan Vietnam menunjukkan hasil tangkapan yang ada dalam bot mereka di Jeti Ibu Pejabat APMM hari ini.Pasukan itu akan melibatkan anggota dari KDN, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Kastam, Jabatan Perikanan Malaysia (JPM), Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).Katanya, APMM dilantik untuk menyelaras penubuhan pasukan petugas khas itu, sekaligus agensi itu akan mengepalai agensi-agensi berkaitan untuk mengkordinasikan operasi secara besar-besaran bagi membenteras nelayan tersebut."Kerajaan memang mengalu-ngalukan aduan orang awam mengenai nelayan asing kerana mereka memang amat mengganggu ketenteraman nelayan tempatan dalam banyak segi. "Dengan penubuhan 'Task Force' berkenaan diharapkan dapat mengekang kemasukan bot-bot nelayan asing ke perairan Malaysia," jelasnya.Katanya, pihak APMM tidak boleh memaklumkan bila tarikh operasi bersepadu akan dimulakan tetapi maklumat kejayaan operasi tersebut akan dimaklumkan oleh pihak KDN sendiri.
27 Apr 19
26
Empty Image
Karnival Bukit Payong Sejahtera : MB, Ahli Parlimen Marang Serikan Majlis
Karnival Bukit Payong Sejahtera.Oleh: Nasir AbdullahKUALA TERENGGANU, 28 April - Satu program kemasyarakatan untuk mendekatkan kerajaan negeri dan rakyat akan diadakan di pekarangan Pasar Kedai Buloh, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka akan merasmikan Karnival Bukit Payong Sejahtera yang bakal berlangsung selama empat hari itu, manakala Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang akan turut serta bagi memeriahkan lagi program berkenaan.Pengarah Karnival, Haris Malik berkata, karnival itu amat bertepatan dengan situasi semasa kerajaan negeri yang bakal menyambut ulang tahun pentadbiran pertama pada Mei nanti.“Dalam karnival ini juga, banyak agensi kerajaan yang turut sama turun bagi menjayakan program ini, sekali gus rakyat akan mendapat maklumat tepat berkenaan agensi-agensi berkaitan. Haris Malik.“Selain itu juga, agensi-agensi itu akan menyediakan kemudahan, penerangan peluang-peluang bagi rakyat yang telah disediakan oleh kerajaan, ini adalah capaian terus, tidak melalui mana-mana pihak ketiga,” ujarnya.Haris berkata, beberapa acara sukan rakyat, kemasyarakatan serta hiburan yang beretraskan syariat juga ada disediakan oleh penganjur bagi menceriakan lagi perjalanan karnival ini.Acara berkenaan seperti pameran kesihatan, taklimat dafar pemilih dan tidak ketinggalan acara wajib bagi karnival itu iaitu kuliah dan ceramah agama.“Jadi kita sediakan perkara dunia dan akhirat kepada pengunjung semua, kita juga sediakan peluang berniaga dan lebih penting daripada itu kuliah yang akan dipersembahkan oleh Ustaz Azhar Idrus,” jelas beliau lagi.Tambah Haris lagi, karnival yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong itu bakal memberi nafas baharu kepada Pasar Kedai Buloh yang mengalami kemerosotan pengunjung sejak beberapa tahun lalu.
27 Apr 19
70
Empty Image
Pertandingan Memancing Ikan Darat Rapatkan Ukhuwah Penduduk Kuala Besut
Azbi Salleh (tengah) bersama peserta memancing.Oleh: Saifullah JusohBESUT, 28 April - Pertandingan memancing ikan darat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut berjaya mengeratkan hubungan sesama penduduk di kawasan berkenaan.Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, program tersebut berjaya mengumpulkan ramai penduduk daripada pelbagai lapisan umur.Jelasnya, ia secara tidak langsung berperanan menjalinkan kasih dengan lebih erat antara penduduk kampung itu. “Program sebegini dapat mengumpulkan penduduk kampung sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat. “Saya berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. “Saya amat menyokong dan akan turut membantu bagi meneruskan program-program sebegini demi menjadikan masyarakat DUN Kuala Besut lebih sejahtera,” katanya.Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutup Pertandingan tersebut di Kampung Pusu Tinggi, di sini semalam.Turut hadir ialah Penghulu Mukim Bukit Puteri, Mohd Hatta dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pusu Tinggi, Abdullah Ismail.Program tersebut telah disertai oleh 300 orang peserta yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat.Pertandingan itu dianjurkan oleh belia MPKK Kampung Pusu Tinggi dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Kuala Besut.
27 Apr 19
338
Empty Image
Institusi Masjid Akan Terus Diperkasa - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.MARANG, 28 April - Institusi masjid di Terengganu akan terus diperkasa bagi membina dan membangunkan masyarakat yang lebih bertamadun.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, institusi itu mempunyai peranan yang sangat besar dalam pembentukan individu dan komuniti yang sejahtera.Justeru itu, kerajaan negeri menerusi beberapa agensi akan memainkan peranan sebanyak mungkin bagi mencapai hasrat tersebut.“Kita di negeri Terengganu ini insya-Allah akan memanfaatkan institusi masjid semaksima mungkin.“Untuk membentuk dan menyelesaikan masalah yang begitu banyak dalam masyarakat kita terutamanya melibatkan anak-anak muda,” ujarnya.Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penutup Program Jom Ke Masjid, Masjid Ru Muda, di sini semalam. Menyampaikan anugerah jasamu dikenang.Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Masjid Ru Muda, Arif Ariffin, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang, Hassan Awang serta wakil penganjur program, Ziyad Zakaria.  Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang turut menegaskan, ilmu adalah elemen penting dalam urusan pentadbiran dan pengurusan organisasi.“Ilmu pengurusan dan pentadbiran, sama ada dalam kerajaan atau sesebuah lokaliti seperti masjid dan organisasi kampung mahupun daerah ada ilmu Islamnya yang telah kita tinggalkan sebegitu lama.“Tinggal lagi kita sebagai generasi yang kemudian ini perlu meneroka, supaya ilmu yang ditinggalkan oleh Nabi S.A.W itu kembali digunakan dalam kehidupan seharian kita,” tambah beliau lagi. Beramah mesra dengan penduduk yang hadir selepas program.Program yang berlangsung sejak Khamis lalu itu adalah julung kali dianjurkan oleh Pemuda PAS DUN Ru Rendang dengan kerjasama Masjid Ru Muda. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang karnival itu yang melibatkan kanak-kanak, anak muda dan golongan dewasa.
27 Apr 19
38
Empty Image
Carilah Ilmu Di Awal Usia - Alias Harun
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 27 April - Setiap cabang ilmu yang bermanfaat mestilah dipelajari di usia seawal mungkin kerana ianya akan membantu masyarakat berhadapan dengan situasi yang tidak diduga.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, anggapan bahawa ilmu agama hanya perlu dipelajari ketika usia menjangkau dewasa adalah salah."Macam haji, ada dalam sukatan pelajaran, tetapi hanya untuk peperiksaan bukan hendak menghayati. Bila dah tua, hendak pergi haji, barulah hendak belajar, ini tidak sepatutnya menjadi amalan," tegur beliau.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kursus Asas Pengurusan Jenazah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, di sini kelmarin.Tambahnya, pengurusan jenazah ini adalah fardhu kifayah, kalau seorang dapat uruskan, maka selesailah tanggungjawab dalam satu qaryah."Tetapi kalau tiada seorang pun menguruskannya, maka menjadi fardhu ain untuk menyelesaikannya, jadi sebagai ahli keluarga ini menjadi tuntutan," jelasnya lagi.Beliau memuji usaha pihak penganjur iaitu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang yang memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas pengurusan jenazah.Kursus tersebut dikendalikan oleh Ustaz Othman Endut.
27 Apr 19
149
Empty Image
Skuad Penyelamat Pantai Pulau Kekabu Ditubuh - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.MARANG, 27 April - Terengganu dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Daerah Marang dan Majlis Daerah Marang (MDM) telah menubuhkan Pasukan Penyelamat Pantai (Lifeguard) Pertahanan Awam di Pulau Kekabu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penubuhan skuad itu adalah untuk mengawal, mencegah serta menyelamat mangsa yang mengalami apa jua risiko kemalangan dan kejadian tidak diingini.Jelasnya, lokasi pesisir pantai Terengganu akan semakin disenangi oleh pengunjung-pengunjung, terutamanya pelancong asing yang gemar dengan aktiviti-aktiviti di laut dan pantai.“Tentunya bila ada pasukan keselamatan (lifeguard), terutamanya di 49 lokasi di Malaysia (termasuk tiga di Terengganu) akan membantu mengurangkan kemalangan jiwa di kawasan rekreasi.“Kita mengharapkan dengan kewujudan 20 orang ‘lifeguard’ di Pantai Kekabu ini, pengunjung-pengunjung akan berasa selamat dan yakin untuk membawa keluarga masing-masing berkelah di tepi pantai,” ujarnya.Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Pasukan Penyelamat Pantai (Lifeguard) APM Terengganu di Pantai Pulau Kekabu, di sini hari ini.Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Yang Dipertua MDM, Huzairil Nizam Ibrahim serta Pengarah APM Terengganu, Kol. (Pa) Che Adam A. Rahman.Ahmad Samsuri turut memberi keyakinan bahawa penubuhan pasukan penyelamat itu akan turut diaktifkan di lokasi-lokasi lain yang menerima pengunjung-pengunjung dari pelbagai tempat.Tambah beliau lagi, skuad itu tidak hanya tertumpu di kawasan pantai semata-mata, sebaliknya pasukan itu akan meliputi seluruh tempat rekreasi yang menjadi tumpuan pengunjung termasuk Santuari Kelah di Kenyir.“Insya-Allah kita pun menjangkakan bahawa bukan sekadar di Pulau Kekabu ini, tetapi juga akan diperluaskan di tempat-tempat lain di seluruh negeri Terengganu.“Yang kita lihat ada potensi, tempat yang cantik, pasir yang putih bersih, kita akan bincang dengan APM dan agensi yang terlibat untuk cari dan tambah pasukan ini di tempat berkenaan,” tambah beliau.Untuk rekod, dua lagi lokasi yang mempunyai skuad 'Lifeguard' di Terengganu ialah Pantai Bukit Kluang, Besut dan Pantai Taman Laut, Pulau Redang, Kuala Nerus.
27 Apr 19
751
Empty Image
Terima Kasih APMM
Haji Ahmad Amzad (tengah) bersalaman dengan Anggota APMM.KUALA TERENGGANU,  27 April - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim memuji gerak cepat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 64 nelayan Vietnam dan enam buah bot mereka di sini hari ini. "Saya ke Ibu Pejabat Maritim Wilayah Terengganu tadi untuk berjumpa team yang melakukan tangkapan dan meninjau proses 64 tahanan nelayan Vietnam di lokap APMM serta bot-bot yang ditahan. "Syabas dan tahniah serta terima kasih dari rakyat untuk APMM, " tulis beliau dalam status facebooknya hari ini. 
27 Apr 19
144
Empty Image
Ibu Tunggal Dapat Rumah Percuma
Ustaz Ridzuan Hashim (tiga dari kiri) menyerahkan replika kunci kepada Aminah Embong.Oleh: Mohd Haniff Bin AbasKUALA TERENGGANU, 27 April - Seorang ibu tunggal mendapat durian runtuh apabila terpilih untuk mendapatkan sebuah rumah melalui Projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB).Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, Aminah Embong adalah seorang yang sangat bertuah kerana terpilih dari jutaan orang yang memerlukan rumah kediaman.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Rumah Projek Baiti Jannati TNB yang diadakan di pekarangan rumah penerima di Kampung Buluh Gading Dewan, tengahari kelmarin.“Saya ingin melahirkan rasa gembira, terharu dan bersyukur kerana dalam ramai-ramai rakyat Terengganu yang memerlukan rumah, DUN (Dewan Undangan Negeri) Buluh Gading terpilih untuk memiliki rumah tersebut. Tahniah kepada Aminah Embong kerana terpilih untuk mendapatkan rumah ini.“Syabas dan tahniah kepada TNB kerana menunaikan tanggungjawab sosial secara seimbang dan berterusan kepada masyarakat,” ujar beliau lagi.Ridzuan juga menjelaskan, berdasarkan daftar secara 'online', lebih 100 ribu telah memohon untuk mendapatkan Rumah Mampu Milik (RMM) di Terengganu. Pada tahun ini kerajaan negeri telah meluluskan RMM di empat kawasan iaitu Tok Jembal Kuala Nerus, Tajin Hulu Terengganu, Tempinis di Besut dan Gong Cengal Kemaman yang  dijangka siap pada tahun hadapan.Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) Terengganu Bahagian Retail TNB, Mohd Nazri Puteh menyatakan, rumah ini adalah yang terakhir disiapkan dari peruntukan empat buah rumah pada tahun 2018 manakala pada tahun ini (2019) TNB memperuntukkan 10 buah rumah dan kesemuanya  sedang dalam pembinaan.“Kita memperuntukkan kos sebanyak RM50 ribu bagi sebuah rumah dengan keluasan 20 kaki lebar dan 30 kaki panjang,” ulasnya.Sementara itu, penerima rumah, Aminah Embong melahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT dan jutaan terima kasih kepada pihak TNB kerana memilih beliau untuk projek ini.“Alhamdulillah, dapatlah kami empat beranak menyambut aidilfitri di rumah baru pada tahun ini.” ujar beliau ringkas kerana terlalu gembira.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Buluh Gading Dewan, Shahrin Musa.
27 Apr 19
209
Empty Image
Terengganu Pergiat Program Kesedaran Alam Sekitar
Dr. Alias Razak.SETIU, 27 April - Kerajaan negeri terus mempergiatkan program bagi memupuk dan meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan rakyat Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, alam sekitar yang bersih, sihat dan berkualiti adalah penting untuk mejamin kesejahteraan kepada semua masyarakat.Jelasnya, kegagalan memelihara khazanah bernilai itu akan menyebabkan kemerosotan kualiti ekosistem seperti pencemaran yang akhirnya menyumbang kepada kepupusan alam.“Pelbagai program dan inisiatif telah kita anjurkan dengan kerjasama pelbagai pihak supaya kesedaran masyarakat setempat dan juga pelajar dapat dipertingkatkan.“Sekali gus ia akan memberi manfaat kepada generasi akan datang untuk terus melihat khazanah alam yang cukup bernilai ini, seperti tuntung darat, tuntung laut dan spesis pokok sungai,” katanya. Berucap merasmikan majlis penutup.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Terengganu Setiu Wetland Camp (T-SWetC) 2019 di Bari Beach Resort, di sini kelmarin. Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Konservasi Semenanjung Malaysia, Norizan Mohd Mazlan, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Rosman Roslan, Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Setiu, Mohd Sophian Abu Bakar serta Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Wan Zuraidi Wan Zaid.Alias turut memberi peringatan tentang usaha menjaga dan memberikan kesedaran itu tidak hanya tertumpu kepada pihak kerajaan dan organisasi tertentu sahaja.Sebaliknya beliau berkata, semua pihak perlu berusaha untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti tersebut.“Usaha pemeliharaan dan pemuliharaan, bukan hanya pihak kerajaan yang harus dipertanggungjawabkan, tetapi semua pihak bekerjasama dalam usaha ini demi masa depan generasi akan datang.“Apa yang penting setiap individu perlu bersedia membuat perubahan kepada cara hidup seharian dengan amalan-amalan mesra alam seperti amalan kitar semula,” tegas beliau.Program T-SWetC 2019 yang dianjurkan oleh Tabung Alam Malaysia (WWF-Malaysia) dengan kerjasama PSKT itu menghimpunkan seramai 80 pelajar dari 19 buah sekolah seluruh Terengganu.Program itu bertujuan memupuk kesedaran melalui pendidikan tentang kepentingan dan keindahan Tanah Bencah Setiu.
26 Apr 19
259