lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
'Bocey' Teruja Candat Sotong Di Terengganu
Oleh : Adli MohamadKUALA NERUS, 30 April- Kumpulan pelawak tanah air, Bocey teruja dapat menyertai aktiviti mencandat sotong di perairan Terengganu.Seorang ahli kumpulan itu, Mohd Nasir Hamzah atau Achey berkata, aktiviti mencandat sotong amat menarik dan mampu menaikkan sektor pelancongan di Terengganu."Alhamdulillah saya dapat bersama rakan-rakan yang lain dan juga tekong dapat menaikkan 30 kilogram (kg) sotong yang saiznya sebesar lengan saya."Kami juga mendapat ikan sebanyak 30 kg, dan antara ikan yang istimewa kita dapat adalah ikan Yu Perjam,"katanya.Pelawak itu berkata demikian ketika ditemui media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Jeti Seberang Takir, semalam.Achey juga berhasrat untuk kembali lagi dan tidak akan melupakan pengalaman menyertai aktiviti laut itu.Sementara Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan yang dikenali sebagai Abam Bocey memberitahu tujuan utama menyertai aktiviti itu kerana mahu menenangkan diri dan itu adalah pengalaman kali pertama mencandat sotong menaiki bot di tengah lautan."Ingin lari dari kesibukan kota, jadi datang nak candat sotong nak belajar suatu perkara yang baru."Ianya bukan senang, menuntut kepada kesabaran. Nampak macam senang, sebenarnya sukar, kerana sotong yang terkena pada umpan pada mata kail adakalanya tiada tindak balas," jelasnya.Menurut Abam, dia juga tertarik untuk memaparkan aktiviti candat sotong dalam filem terbarunya dan mahu memilih Terengganu sebagai lokasi penggambaran kerana memiliki keindahannnya yang tersendiri.Bagi Syed Ali Mubarak Syed Nohd Ridzuan yang dikenali sebagai Putih Maharajalawak Mega pula menyifatkan aktiviti mencandat itu satu pengalaman yang luar biasa baginya yang terkenal dengan jolokan 'kaki pancing'."Benda candat sotong ini bukan mudah, kalau tak candat maka tak naik sotong." Jika di pasar dijual dengan harga RM28 sekilogram sekalipun jangan minta tawar, susah nak dapat, "katanya.Ali Putih yang juga adik kepada Abam menjelaskan, dia sangat gembira kerana mendapat pengalaman berharga berada di Terengganu, negeri yang terkenal dengan kegiatan nelayan serta amat sinonim dengan aktiviti mencandat sotong."Kami juga mengakui orang Terengganu baik-baik dan mesra,"katanya.Ketiga-tiga mereka turut berterima kasih di atas layanan baik rakyat Terengganu yang ditemui mereka selain sempat melayani peminat yang mengambil kesempatan bergambar kenangan.
30 Apr 19
786
Empty Image
Jangan Takut Walaupun Beza Fahaman Politik
Oleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN, 29 April  - Masyarakat hari ini tidak perlu mempunyai rasa takut atau bimbang untuk menyertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan hanya kerana perbezaan politik.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata sikap sebegini jika diamalkan hanya merugikan diri sendiri."Kenapa kita takut sesama manusia, kita adalah makhluk biasa, insan biasa, kita hamba Allah, yang patut kita takut ialah Allah."Apa yang Allah suruh, kita buat, apa yang Allah larang, kita tinggal sama sekali. Rezeki, kita kena ingat bukan tangan orang, rezeki, sikit banyak pun datang daripada Allah, kalau kita nak banyak manapun, kalau ianya bukan rezeki kita, tak payah nak berangan sangatlah,"katanya.Alias  berkata demikian ketika merasmikan Jalinan Mahabbah  Bersama Penduduk Balai Besar(Jalan Intan) dan Alor Tempoyak di Dewan Sivik di Dewan Sivik Batu 48, di sini baru-baru.Program tersebut adalah sempena YB Bersama Rakyat di Unit Peti Undi(UPU) Taman Permint yang merupakan UPU kedua mengambil gilirannya di mana ianya melibatkan 12 UPU di DUN berkenaan dan  diatur setiap akhir bulan.Ianya berjaya menarik ramai komuniti setempat dan orang luar itu dimulakan dengan Langkah Mahabbah 10.000 langkah, sukaneka, pertunjukan ular oleh Angkatan Pertahanan Awam(APAM) serta pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta.Tambahnya, tidak perlu ada rasa takut kepada siapa yang menjadi pemerintah tetapi yang penting Islam sebagai hala tuju."Jadi saya pun rasa susah hatilah, sebab takut-takut yang tak mari tu sebab dia rasa takut lagi.Tak perlu takut lah, siapa yang memerintah, yang kita nak ialah dia mesti letak Islam sebagai hala tuju dia."Marilah parti mana-manapun, kalau  letak Islam yang menjamin kita selamat di dunia, selamat di akhirat, jauh daripada azab api neraka, yang itu kita kena sokong,"ujarnya.
30 Apr 19
29
Empty Image
Peka Aspek Keselamatan Dan Persekitaran Tempat Kerja - Dr. Alias Razak
Dr. Alias melihat peralatan yang digunakan anggota keselamatan dan kecemasan di lapangan terbang.Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS, 1 Mei - Persekitaran kerja yang selamat dan kondusif perlu diutamakan agar para pekerja dapat menjalankan tugas dengan selesa, selamat dan sihat selain menjamin keselamatan orang awam yang berhampiran.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, kebanyakan orang awam mengambil ringan aspek keselamatan kerana menganggap kemalangan di tempat kerja jarang berlaku.“Program yang diadakan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) ini dapat memperkenalkan pelbagai aspek keselamatan dan kesihatan yang perlu diambil berat oleh para pekerja dan masyarakat.“Kempen untuk mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerja ini juga selaras dengan hasrat negeri yang mengangkat kepentingan mengutamakan keselamatan rakyat melalui pelaksanaan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030,” katanya ketika ditemui pemberita.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Program Kempen Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran Pekerjaan (OSH) DAY 2019 di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), semalam. Che Sulaiman menyampaikan cenderahati kepada Dr. Alias.Turut hadir, Pengurus LTSM, Che Sulaiman Che Pa, Pengurus Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM) LTSM, Ahmad Latif Ahmad dan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Terengganu, Rokiah Mohamad.OSH Day merupakan kempen keselamatan yang berlangsung secara serentak di 19 lapangan terbang dan sembilan anak syarikat Malaysia Airports di seluruh negara.Ia turut disertai pelbagai agensi kerajaan antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pejabat Kesihatan daerah dan Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).Dr. Alias yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, inisiatif program yang dianjurkan dapat membina hubungan baik dan penyelarasan antara agensi kerajaan terlibat.Dalam pada itu, Che Sulaiman turut memaklumkan, pihaknya sentiasa mengadakan siri latihan berskala kecil dan besar kepada anggotanya sebagai kesiagaan dalam menghadapi kemalangan atau bencana luar jangka.“Bagi latihan skala besar seperti simulasi kapal terbang terhempas dan kecemasan lapangan terbang, kita akan adakan setiap dua tahun melibatkan pelbagai agensi keselamatan kerajaan,” katanya.Bersama wakil pihak terlibat yang menjayakan OSH DAY.
30 Apr 19
822
Empty Image
Penduduk Dinasihat Henti Gejala Vandalisme
Dr. Alias seru penduduk rumah pangsa bersama jaga kemudahan yang disediakan. KUALA NERUS, 1 Mei - Rakyat yang mendiami rumah pangsa di beberapa kawasan sekitar Kuala Terengganu dinasihatkan menghentikan gejala vandalisme yang didapati semakin meningkat di kawasan kediaman tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, untuk Terengganu setakat ini tiada aduan dikemukakan berkenaan rumah pangsa atau flat yang mengalami masalah struktur sebagaimana yang terjadi di negeri lain kerana kebanyakannya masih baharu.“Sebaliknya, masalah yang timbul di kawasan rumah-rumah pangsa ini adalah perbuatan khianat dan vandalisme yang dilakukan oleh sebahagian penduduk sendiri.“Ada di antara mereka merosakkan kemudahan awam dan membuat hadangan-hadangan yang membahayakan penduduk lain,” katanya ketika ditemui pemberita slepas merasmikan Occupational Safety & Health (OSH) Day 2019 di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini semalam.Turut hadir, Pengurus Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Che Sulaiman Che Pa dan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) Terengganu, Rokiah Mohamad.Dr. Alias menyatakan, penduduk perlu bertanggungjawab menjaga kemudahan di kawasan kediaman mereka sendiri tanpa mengharapkan pihak kerajaan sepenuhnya.“Kita mewujudkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di setiap kawasan flat di bawah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) salah satunya untuk berperanan sebagai pemantau mengawal keadaan ini.“Setakat ini, kita belum mengambil tindakan undang-undang kerana didapati sebahagian perbuatan ini dilakukan golongan remaja yang belum matang. Namun, kita telah melaksanakan sesi penerangan dan pendidikan di kawasan terlibat,” katanya.Beliau turut memaklumkan, isu tersebut tidak kritikal tetapi menunjukkan trend meningkat dan ia wajar dihentikan segera.
30 Apr 19
223
Empty Image
Kelantan Dan Terengganu Bakal Jalin Kerjasama Strategik - MB
Pemimpin Terengganu dan Kelantan berdiri menghormati lagu Kebangsaan dan lagu Terengganu, Maju, Berkat dan Sejahtera. KUALA NERUS,  30 April - Kerajaan Kelantan dan Terengganu merancang untuk menjalinkan kerjasama strategik dalam bidang ekonomi dan pembangunan  berteraskan prinsip pentadbiran dan sumber asli kedua-dua buah negeri tersebut. Menteri Besar Terengganu,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu menjadikan pentadbiran Kelantan sebagai contoh dengan menerapkan konsep 'UMII' (Ubudiyah,  Mas'uliyah,  Itqan dan Islah) dalam pentadbiran negeri."Saya mengharapkan kerjasama antara Kelantan dan Terengganu,  diperluaskan lagi,  terutamanya dalam aspek ekonomi dan pembangunan negeri.Pemimpin Terengganu dan Kelantan di Majlis Makan Malam Bersama Tuan Guru Abdul Hadi di Duyong Marina Resort."Kita yakin,  kita mempunyai sumber asli dan juga tenaga-tenaga pakar yang begitu ramai yang belum dieksploit sepenuhnya, " jelas beliau.Teks ucapan beliau dibacakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu,  Haji Yahaya Ali di Majlis Makan Malam Bersama Ahli Parlimen Marang,  Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Duyong Marina Resort, di sini hari ini.Turut hadir, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang , Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob dan pemimpin-pemimpin tertinggi kedua-dua negeri berkenaan.Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, projek ECRL (Rangkaian Landasan Keretapi Pantai Timur)  antara projek yang ditunggu-tunggu untuk merealisasikan kolaborasi strategik antara Kelantan dan Terengganu."Lebih-lebih lagi,  satu projek yang kita tunggu-tunggu yang berada di Terengganu dan Kelantan, iaitu projek ECRL ia boleh dimanfaatkan untuk kemudahan penumpang  dan kargo serta dijangka ia akan merancakkan ekonomi kedua-dua negeri itu nanti, " ujarnya.Sementara itu, Ahmad Yaakob pula berkata,  perbezaan sedia ada tidak jauh antara Terengganu dengan Kelantan dalam beberapa aspek."Terengganu berbanding Kelantan, pengundi Melayu Kelantan berada di tangga kedua dengan jumlah 94.5 peratus manakala Terengganu, di tangga teratas dengan jumlah pengundi, 96 peratus."Justeru pendekatan dan strategi tidak begitu jauh berbeza antara kedua-dua negeri tersebut," jelas beliau.Cuma katanya,  pantai Terengganu terpanjang di pantai timur berjumlah 225 kilometer (km) berbanding dengan negeri itu."Sudah sepastinya industri pelancongan Terengganu merupakan satu industri yang amat penting."Kita boleh belajar dengan Terengganu,  sebab sememangnya pantai yang panjang 225 km itu sudah pasti banyak program pelancongan yang boleh dibuat dan boleh kita bincang bersama," jelasnya.Katanya, melalui jawatankuasa penasihat yang dianggotai oleh pemimpin yang terpilih,  sudah tentu satu keputusan akan dibuat untuk rancangan kerjasama tersebut."Kelantan sedia mematuhi segala keputusan yang dibuat untuk tujuan berkenaan, " jelasnya lagi.
30 Apr 19
130
Empty Image
Tarik Pukat Aktiviti Tradisi Memukau Pelancong
Aktiviti tarik pukat di Pantai Ru Muda.MARANG, 30 April - Aktiviti tarik pukat yang menjadi tradisi masyarakat nelayan berjaya menarik minat serta memukau pelancong apabila berkunjung ke Terengganu.Bagi penggemar acara itu, Arif Ariffin, 31, berkata, acara tarik pukat yang kebanyakannya dipelopori oleh golongan berusia itu sudah mencecah hampir puluhan tahun.Katanya, aktiviti yang biasa dilakukan pada hujung minggu itu berjaya menambat hati pelancong sama ada dari dalam atau luar negara apabila berkunjung ke negeri ini.“Peringkat dulu-dulu, ramai orang tua-tua yang mempelopori aktiviti ini dan orang muda sekarang baru berjinak-jinak.“Setakat pengalaman saya, pelancong bukan sekadar berminat, tetapi mereka teruja dengan aktiviti tarik pukat ini, sebab mungkin mereka tak pernah tengok dan cuba aktiviti ini.Arif Ariffin.“Rata-rata pengunjung meluahkan rasa teruja dan ingin mencuba apabila mereka datang melawat Terengganu,” katanya.Menurut Arif lagi, hasil tangkapan akan diagih sesama mereka yang terlibat dalam aktiviti itu serta masyarakat kampung.Jelasnya, acara tarik pukat itu akan lebih meriah apabila tiba musim cuti persekolahan dan sangat sesuai sekiranya kerajaan negeri menjadikan aktiviti itu sebagai produk pelancongan Terengganu.“Hasil tangkapan itu terpulang, kadang-kadang banyak, kadang-kadang sikit, faktor bulan, ombak, angin, mata pukat dan kedalaman air memainkan peranan penting.“Bila aktiviti ini 'hidup', mudah-mudahan adalah usaha dan sokongan daripada kerajaan untuk mengetengahkan tarik pukat sebagai produk pelancongan.  “Secara tidak langsung menjadikan Terengganu dan Marang khususnya sebagai tempat pelancongan yang menarik,” tambahnya lagi.Hasil tangkapan.
30 Apr 19
1347
Empty Image
Dulu Arkitek, Kini Penulis Kaligrafi
KUALA TERENGGANU, 30 April - Tidak mahu mensia-siakan bakat dan kebolehan menulis kaligrafi membuatkan Wan Muhammad Sulaiman Wan Yusof, 26, nekad meninggalkan kerjaya sebagai arkitek syarikat terkemuka di Kuala Lumpur pada Februari lalu.Tindakan nekad meninggalkan jawatan yang diidam-idamkan kebanyakan graduan itu dibuat kerana minat yang mendalam terhadap kesenian khat dan  kini mampu berbangga dengan kerjaya penulis kaligrafi.Karyanya yang dipamerkan dalam pelbagai bentuk, termasuk bahan-bahan iklan, pelekat pada kenderaan, cenderamata perkahwinan, bahan perhiasan dinding dan sebagainya mendapat sambutan menggalakkan.Pelanggan tetap Wan Muhammad Sulaiman bukan saja di semenanjung, malah hingga ke Sabah dan Sarawak. Kebanyakan mereka menempah melalui laman instagram sulaimankaligrafi dan facebook Wan Muhammad Sulaiman.Mengimbas minatnya dalam bidang seni itu, Wan Muhammad Sulaiman berkata, dia mempelajari seni khat ketika di Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) pada 2008.“Saya mula aktif sebagai pelukis khat sambilan dan menerima tempahan khat pada tahun akhir ketika melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Bina di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).“Minat saya terhadap seni khat itu terlalu dalam sehingga berterusan melukis khat dan akhirnya mengambil tempahan pelanggan sehingga menjadi sumber rezeki saya,” katanya ketika ditemui di kedainya di Kampung Telaga Mengkudu,  Marang, semalam.Wan Muhammad Sulaiman berkata, antara karyanya yang mendapat sambutan adalah kaligrafi khat untuk dijadikan hadiah perkahwinan.“Nama pengantin ditulis menggunakan kaligrafi Arab selain turut diletakkan gambar pasangan berkenaan,” katanya yang sebelum ini bekerja di Selangor dengan pendapatan empat angka.Menurutnya, sehingga kini, lebih 500 karya kaligrafi khatnya berjaya dijual di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.“Lebih 30 tempahan diterima pada setiap bulan dan sekarang masih ada 10 tempahan kaligrafi perkahwinan yang masih dalam proses untuk disiapkan.“Tempahan bermula dengan harga RM80 ke atas bergantung kepada saiz serta bahan yang digunakan.“Saya pernah menyiapkan tempahan kaligrafi Arab berharga RM1,500 dan ia tempahan termahal yang diterima setakat ini,” katanya yang pernah menjadi johan Pertandingan Khat Peringkat Sekolah Negeri 2010.Katanya, dia mengambil masa antara dua jam hingga 15 hari untuk menyiapkan satu tempahan bergantung kepada saiz dan reka bentuk.“Saya bertuah kerana isteri (Wan Rabiatul Adawiyah Wan Zaharin, 25) serta ibu dan ayah sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk meneruskan minat ini.“Hasrat saya untuk mengembangkan lagi perkhidmatan itu dan kini saya giat mempromosikannya melalui media sosial,” katanya.
29 Apr 19
1271
Empty Image
Tahfiz Mandarin Terengganu Beroperasi Tahun Depan
Satiful Bahari (kiri) bersama Dr Ahmad Samsuri (dua dari kiri).MARANG, 30 April - Kerajaan negeri dengan kerjasama Yayasan Terengganu (YT) dalam proses mempersiapkan institusi Tahfiz Mandarin di negeri itu yang akan beroperasi awal tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, pusat tahfiz itu akan beroperasi di bangunan yayasan di Dungun melibatkan pengambilan 12 pelajar untuk satu kelas.Jelasnya, penubuhan tahfiz berkenaan akan merancakkan lagi industri pendidikan yang merangkumi pelbagai aspek pengajian di negeri berkenaan.“Buat masa ini, kita sedang membaik pulih bangunan tersebut dan kita jangka beroperasi bermula tahun depan. Pendekatan ini diambil memandangkan kita ada seramai 530 orang pelajar yang belajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina.“Oleh itu, bagi pengajian di Tahfiz Mandarin, ini salah satu daripada mata pelajaran wajib adalah dalam bahasa Mandarin di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pastinya mereka menghafaz al-quran,” ujarnya.Satiful berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Pengkalan Berangan di Binjai Rendah, di sini semalam.Bersama anak-nak pelajar SRIDI.Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad.Hadir sama, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.Tambah Satiful, pembukaan sekolah Tahfiz Mandarin tersebut tidak memerlukan kos besar kerana ia menggunakan bangunan sedia ada manakala pengajian yang diguna pakai adalah berdasarkan modul sekolah Imtiaz.“Pengambilan pelajar akan dibuat menerusi sesi temuduga yang akan diadakan tidak lama lagi.“Kita ambil dan buat temuduga di kalangan pelajar yang sudah sedia ada di sekolah Cina,” tambah beliau.Penubuhan Pusat Tahfiz Mandarin itu adalah yang pertama di negeri Terengganu dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai ilmuan Islam pada masa akan datang.Anak-anak SRIDI tekun menelaah pelajaran.
29 Apr 19
421
Empty Image
140 Ribu Benih Ikan Dan Udang Air Tawar Dilepaskan
Ustaz Sulaiman (duduk empat dari kiri) melepaskan anak udang galah di Jeti Pengkalan Berangan hari ini.MARANG,  30 April - Timbalan Pengerusi Pembangunan Pelancongan,  Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Sulaiman Sulong,  melepaskan sebanyak 140 Ribu ekor benih ikan Lampam Sungai dan Udang Galah bernilai kira-kira RM27 Ribu  di Jeti Kampung Pengkalan Berangan di sini hari ini. Sebanyak 100 ribu ekor adalah benih Udang Galah bersaiz PL 25 dan 40 ribu ekor benih Lampam Sungai bersaiz antara 1.5 hingga 2 inci.Ia bertujuan untuk memperkayakan sumber perikanan di perairan sungai,  tasik dan lombong khususnya di Sungai Marang yang kini kekurangan spesis Udang Galah.Benih ikan itu diperolehi  dari Pusat Pengembangan Perikanan Perlok serta Pusat Pengembangan Perikanan Bukit Tinggi, Pahang dan Pusat Penetasan Udang Galah Kampung Acheh, Perak. Ustaz Sulaiman berkata, semua pihak bertanggungjawab memelihara sumber perikanan di kawasan tersebut dan mereka yang menjalankan aktiviti melanggar undang-undang perikanan diminta meninggalkan perbuatan itu kerana ia boleh menyebabkan habitat hidupan sungai musnah.Ini termasuk aktiviti menuba, menggunakan peralatan elektrik dan bom ikan yang boleh menjejaskan kehidupan sungai di kawasan berkenaan.Ustaz Sulaiman (tengah) melepaskan anak ikan Lampam Sungai."Semua pihak perlu menjaga sumber perikanan di sini untuk generasi akan datang dan sebagai sumber pendapatan nelayan darat serta pendudukan di kawasan ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Sungai Marang, di Jeti Kampung Pengkalan Berangan di sini hari ini.Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Rusman Rusdy dan Pengerusi-pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan.Sementara itu Rusman berkata, Jabatan Perikanan Negeri telah melepaskan sejumlah hampir 1.9 juta ekor benih ikan dan udang serta induk ikan dari tahun 2008 hingga tahun lalu.Ustaz SulaimanKatanya, ianya melibatkan beberapa siri program pelepasan dengan anggaran nilai mencecah RM456 ribu.Menurut beliau pada tahun lalu sahaja jabatan itu telah melepaskan sebanyak 0.341 juta ekor benih ikan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM121,600."Antara spesis ikan yang dilepaskan adalah Kelah, Udang Galah, Terbol, Baung, Lampam Sungai dan lain-lain."Bagi daerah Marang khususnya Sungai Marang, jabatan itu telah melepaskan sebanyak 98 ribu benih Udang Galah sehingga tahun 2015 dengan anggaran nilai sebanyak RM9,800," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika membuat kenyataan akhbar berhubung dengan program tersebut di tempat yang sama.Katanya, sebanyak 470.6 Tan Metrik pendaratan ikan air tawar dibuat di negeri Terengganu dengan nilai RM6.07 juta mulai tahun 2016 hingga tahun lalu."Sementara pendaratan ikan di daerah Marang berjumlah 10.1 Tan Metrik dalam tempoh yang sama," jelasnya lagi.Ini katanya, berdasarkan kepada laporan yang dibuat oleh lapan orang nelayan darat yang berdaftar dengan jabatan tersebut.Dipercayai jumlah pendaratan dan nilai yang tidak dilaporkan lebih besar dari data berkenaan.Rusman berkata, antara spesis ikan utama yang didaratkan dari Sungai Marang ialah ikan Toman, Haruan, Siakap dan Baung."Kebanyakan spesis ikan yang didaratkan adalah dari spesis pemangsa," ujarnya.Menurut beliau lagi jabatan itu melalui Program Kajian Inventori Perikanan Darat yang diadakan pada 18-22 Mac tahun lalu mendapati sebanyak 18 spesis ikan dari Sungai Marang dan Sungai Asing serta tiada sampel Udang Galah yang diperolehi semasa kajian.Katanya, antara sampel spesis yang diperolehi adalah dari jenis ikan Duri, Puyu dan Udang Gantung."Oleh itu, jabatan melihat perlunya pelepasan benih ikan dan Udang Galah untuk meningkatkan lagi populasi sekaligus menyumbang kepada peningkatan pendaratan ikan dan udang dari sungai tersebut," ujarnya lagi.
29 Apr 19
535
Empty Image
Terengganu FC Tagih 'Magis Piala Malaysia' Bertemu Tok Gajah
TFC harap 'pemain ke-12' gegarkan stadium, Rabu ini. Foto: Media TFCKUALA TERENGGANU, 30 April - Kemenangan 2-1 ke atas Petaling Jaya (PJ) City, Sabtu lalu menjadi tonik terbaik buat Terengganu Football Club (TFC) yang akan menghadapi juara bertahan, Pahang FA dalam saingan peringkat suku akhir Piala FA, Rabu ini.Pengendali TFC, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan perlawanan tersebut tidak dapat dijangka dan beliau berharap detik 'ajaib' sebagaimana dalam Piala Malaysia lalu akan tercipta buat pasukannya."Piala FA ada keunikan dan nilainya tersendiri. Jadi, kita tidak dapat jangka apa yang akan berlaku nanti.Lee Andrew Tuck jadi sandaran kekang bahagian tengah Pahang. Foto: Media TFCSebagaimana yang berlaku di separuh akhir Piala Malaysia tahun lalu, tiada siapa jangka kita akan mengatasi Johor Darul Takzim (JDT), tetapi kita berjaya melakukannya," katanya ketika ditemui pemberita, di sini baru-baru ini.Beliau memaklumkan, pasukan Tok Gajah juga turut berdepan cabaran permainan yang tidak konsisten."Dollah Salleh (Jurulatih Pasukan Pahang) juga ada beritahu bahawa pertemuan dengan TFC di Kuantan tempoh hari merupakan 'game' terbaiknya sepanjang musim ini," katanya.Hujung minggu lalu, TFC berjaya mendapat rentak permainan lebih baik setelah bangkit dari ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama.Antara aksi menentang PJ City tempoh hari. Foto: Media TFCBermain di gelanggang sendiri, PJ City yang terkenal dengan corak permainan fizikal tidak dapat mengekang asakan Sang Penyu yang agresif pada babak kedua perlawanan.Tchetche Kipre yang semakin mendapat 'bisa' meledakkan gol kemenangan bagi menoktahkan tentangan tuan rumah.Gol ketiganya dalam aksi Liga Super itu sekali gus memberikan keyakinan kepada pasukan dan penyokong TFC yang menanti kunjungan Tok Gajah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) nanti.Penyokong harap Kipre gegar gawang Tok Gajah.
29 Apr 19
156