Artikel "Semasa" Terkini
‘T- Mahir’ Bantu Kurangkan Pengangguran Belia
KUALA TERENGGANU, 3 Mei - Program Terengganu ‘Skills And Employment Hub’ (T-Mahir) yang dicadangkan dapat membantu mengurangkan isu pengangguran di kalangan belia di negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, agensi tersebut dilihat akan dapat menyelesaikan hal yang berkaitan dengan anak muda.“Kita tahu bahawa isu pengangguran ini bukan isu di Terengganu sahaja bahkan di mana-mana pun. Kita akan lihat di antara kaedah penyelesaian kepada isu ini adalah seperti yang dicadangkan dalam kertas kerja T-Mahir iaitu dengan mengoptimakan belia-belia kita melalui T-Volt (Terengganu Volunteer).“Sekolah yang berkaitan dengan kemahiran untuk melatih para belia dan seterusnya memberi tunjuk ajar bagaimana mencipta peluang pekerjaan daripada kemahiran yang telah mereka dapati,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu Sidang 1 Penggal Ke-32 Sesi 2019-2020 di Wisma Darul Iman, semalam.Menurutnya, terdapat banyak pusat kemahiran yang ada sama ada yang dimiliki kerajaan negeri ataupun kerajaan persekutuan seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Akademi Binaan Malaysia (ABM), Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC), Kolej Universiti TATI dan sebagainya.Selain daripada itu, beliau berkata, para belia harus membuang sikap memilih pekerjaan.“Sikap belia adalah perkara yang perlu dan harus kita perhatikan supaya sikap memilih peluang pekerjaan, sikap untuk berani keluar negeri dan sikap tidak terlalu bergantung kepada peluang pekerjaan daripada kerajaan mahupun daripada pihak swasta.“Ini antara perkara yang perlu kita tangani dari sudut perubahan minda setiap para belia kita sendiri,” ujarnya.Mengulas tentang Majlis Perundingan Belia Negara, beliau berkata, seramai 110 perwakilan terdiri daripada wakil-wakil daripada pertubuhan dan persatuan belia peringkat negeri yang bergabung di bawah Majlis Belia Negeri Terengganu menyertai program itu.“Alhamdulillah dalam persidangan yang baru selesai, sebanyak 11 usul dan satu kertas kerja telah dibentang dan diberi respon oleh pihak yang berkaitan.“Insya-Allah apa yang dibentang oleh wakil daripada Majlis Belia Terengganu dan MAYC sebentar tadi kita akan jadikan sebagai satu agenda untuk kita mencari jalan penyelesaian kepada setiap usul-usul yang telah pun dibentang dan dinyatakan responsnya oleh agensi yang berkait dengan negeri ataupun persekutuan,” tambah beliau.
03 May 19
204
Peluang Tersedia Di Karnival Bukit Payong Terengganu Sejahtera
Mohd Nor dan Wan Sukairi melakukan gimik perasmian karnival.MARANG, 3 Mei - Karnival Bukit Payong Sejahtera yang berlangsung selama tiga hari bermula kelmarin menyediakan peluang kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong memperoleh bantuan dan dana yang disediakan Kerajaan Terengganu melalui agensi dan jabatan-jabatan kerajaan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah memohon seluruh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang terlibat memanjangkan program itu kepada anak-anak buah masing-masing supaya lebih ramai mendapat peluang tersebut.“Karnival ini mendekatkan agensi dan kepimpinan kerajaan dengan rakyat. Saya dimaklumkan, program ini melibatkan 24 agensi kerajaan, 10 syarikat swasta dan 5 NGO yang menyajikan pelbagai aktiviti dan pameran kepada pengunjung yang hadir. Kerjasama MPKK antara tunjang penting kejayaan program.“Dengan pembabitan ini, secara tidak langsung ia membuka peluang rakyat mendapat maklumat berkaitan bantuan dana dan usaha-usaha yang dilakukan kerajaan negeri,” katanya.Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, merasmikan Karnival Bukit Payong Sejahtera dan Perhimpunan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Perkarangan Pasar Kampung Kedai Buluh, semalam.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah serta Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Bukit Payong, Mat Noh Ismail.Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong menzahirkan ucapan tahniah kepada pihak yang menjayakan penganjuran program tersebut.“Karnival ini memberi ruang kepada rakyat di sini untuk menyelesaikan beberapa urusan dengan lebih mudah dengan adanya kaunter-kaunter perkhidmatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya."Selain itu, ia menjadi peluang kepada peniaga memperkenalkan barangan masing-masing serta anak-anak menyertai aktiviti sebelum Ramadan,” katanya.
03 May 19
96
Kerjasama Strategik, Perkasakan Ekonomi Bumiputera Islam
Dr Alias Razak.KUALA TERENGGANU, 3 Mei - Kerjasama strategik antara kerajaan dengan setiap agensi akan memperkasakan sektor ekonomi bumiputera Islam di Terengganu khususnya dan negara amnya.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajan negeri sangat komited untuk menjana ekonomi dan mengembangkan taraf hidup setiap masyarakat melalui sektor pertanian.Katanya, usaha itu tidak akan mencapai objektif sekiranya agensi dan mana-mana pertubuhan tidak berfungsi dengan baik bagi menjalin kerjasama dengan kerajaan.“Kerajaan bersendirian tidak mampu untuk kita tangani semua kehendak dan keperluan rakyat setempat, yang memerlukan kehendak berbagai, melainkan ada bantuan dan kerjasama daripada koperasi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan jabatan-jabatan lain.“Sama ada memberi sumbangan idea dan sama-sama berfikir bagi membangunkan negeri ini, kita bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat terutamanya Islam dan Melayu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-35 Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kuala Terengganu Berhad (KODATER), di Dewan Wawasan Peladang, Wisma Peladang, di sini semalam. Dr Alias bersama AJK KODATER.Turut hadir, Pengerusi KODATER, Yusof Musa, wakil pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) negeri, Mohammad Kamal Abd. Rahman dan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu, Akram Hasan.Alias turut menegaskan, pembangunan dan kemajuan yang dicapai hasil kerjasama tersebut akan dapat dinikmati oleh rakyat keseluruhannya.“Apabila negeri dan negara maju, kuat dan teguh, kita akan sama-sama rasai nikmat.“Apabila berlaku sebaliknya, kita juga akan menanggung risiko, jadi kita perlu sama-sama pikul tanggungjawab yang besar ini," tambah beliau.Untuk rekod, kerajaan negeri menerusi Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS 2030) telah meletakkan agenda pertanian sebagai fokus utama yang perlu direncanakan dalam tempoh itu.
02 May 19
99
APBN Sebagai Mengenang Jasa Belia
Seorang belia (dua dari kiri ) menerima anugerah dari Ustaz Wan Sukairi (dua dari kanan).KUALA TERENGGANU, 2 Mei - Kerajaan negeri mengadakan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) bertujuan mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan organisasi yang memberi sumbangan besar terhadap pembangunan belia di Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia juga bertujuan meraikan kejayaan belia yang menunjukkan potensi diri yang cemerlang.Justeru katanya, seramai 18 orang calon individu daripada kategori lelaki dan wanita telah ditemuduga bagi memilih individu yang layak dinobatkan sebagai pemenang anugerah tersebut.Sementara lima buah persatuan merentab bagi merebut anugerah khas kategori pertubuhan.Ustaz Wan SukairiDalam pada itu katanya, seramai 11 orang calon terpilih untuk bertanding kategori Anugerah Khas Usahawan Belia manakala lima orang masing-masing bertanding untuk Anugerah Khas Belia Tani dan Anugerah Khas Sukarelawan Belia.Sekurang-kurangnya, RM27 ribu hadiah wang tunai disediakan kerajaan untuk semua anugerah tersebut.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2019 di Dewan Permata Ballroom, Permai Hotel di sini malam ini.Kira-kira 500 orang belia Terengganu hadir dalam majlis tersebut.Ustaz Wan Sukairi (tengah) bersalaman dengan seorang belia di Majlis APBN di Permai Hotel hari ini .Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, anugerah seumpama itu mula diperkenalkan pada tahun 1988.Sementara itu, Gerakan Belia 4B, dipilih johan kategori pertubuhan belia dengan memperolehi wang tunai sebanyak RM10 ribu, sebuah piala iringan, sijil penghargaan dan 'mockup cheque'.Manakala, naib johan pula dimenangi oleh Persatuan Belia (MBFM) dengan mendapat wang tunai berjumlah RM5 ribu, piala iringan, sijil penghargaan dan 'mockup cheque'.Sementara johan anugerah khas individu lelaki jatuh kepada Nik Mohd Adham Che Zainuddin memperolehi wang tunai RM3 ribu, piala iringan, sijil penghargaan dan 'mockup cheque.Mohd Khairul Ridzuan Muhammad pula dipilih sebagai naib johan dengan mendapat wang tunai RM1,500, sijil penghargaan dan 'mockup cheque'.Bagi kategori anugerah khas individu wanita pula, Siti Norasmaliana Mohd dipilih sebagai johan, manakala Jamiah Yaakub sebagai naib johan.Siti Norasmaliana mendapat wang tunai RM3 ribu, piala iringan, sijil penghargaan dan 'mockup cheque' manakala Jamiah mendapat wang tunai RM1,500, sijil penghargaan dan 'mockup cheque'.Bagi kategori anugerah khas usahawan belia, Nor Hasnaa' Kamilah Mohd dipilih sebagai johan, Mohd Amir Haziman Omar (johan kategori anugerah khas belia tani) dan Abdul Muhaimin Muhammad (johan kategori anugerah khas sukarelawan belia).Masing-masing menerima wang tunai RM1 Ribu, sijil penghargaan dan 'mockup cheque'.
02 May 19
1036
Kerajaan Pusat Disaran Bina Pengkalan Hadapan Laut Cina Selatan
Haji Amzad (kanan) menyertai program Jom Shopping Raya bersama Anak- Anak Yatim Gong Tok Nasek di sebuah pusat membeli belah di Gong Kapas Kuala Terengganu semalam. KUALA TERENGGANU, 2 Mei - Ancaman keselamatan ke atas perairan Malaysia di Laut Cina Selatan yang semakin bertambah saban hari telah menjadikan sebuah Pengkalan Laut Hadapan suatu keperluan bagi tujuan memperkukuhkan kehadiran penguatkuasa (presence) dan mempercepatkan respon tindakan (rapid deployment). Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, hal ini ditambah lagi dengan pencerobohan besar-besaran oleh warga asing dalam kawasan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) negara seperti yang dibuktikan dengan tangkapan enam bot nelayan Vietnam termasuk 64 tekong dan awak-awak oleh pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melalui Kapal Maritim (KM) Pekan minggu lalu.Menurut beliau untuk memastikan kos yang efisyen, Kerajaan Persekutuan sewajarnya bekerjasama dengan Petronas bagi membina Pengkalan Hadapan Laut secara perkongsian dan gunasama untuk agensi seperti APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Katanya, model pembinaan Pengkalan Laut Tun Sharifah Rodziah di Timur Sabah oleh Petronas, boleh digunakan untuk pembinaan Pengkalan Laut Cina Selatan. "Mengikut Laporan, unjuran Aktiviti Petronas 2019-2021, Petronas akan menyahtaraan atau "decomissioning" beberapa pelantar minyak milik mereka. "Adalah lebih baik jika Petronas dapat mengenalpasti pelantar yang sesuai dan mengubahsuai menjadi Pengkalan Hadapan Laut untuk menjaga keselamatan Pantai Timur Malaysia, " katanya. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.Mengulas lanjut beliau berkata, Kerajaan Persekutuan juga boleh bekerjasama dengan syarikat-syarikat pengeluar minyak yang lain untuk menambah baik aset kawalan keselamatan negara. "Cukuplah kejadian pencerobohan asing dalam perairan negara dan mengaut hasil mahsul negara ini berlaku secara berleluasa. "Langkah segera perlu dilakukan sekarang demi menjaga kedaulatan tanah tumpah negara kita ini, " tegas beliau. Sementara itu Haji Ahmad Amzad mengucapkan syabas dan syukur atas kejayaan KM Pekan yang sekali lagi telah berjaya menahan enam buah bot vietnam di kedudukan 150 Batu Nautika Timur Laut Kuala Terengganu. Kali ini katanya, seramai 37 orang nelayan Vietnam ditahan sehari sebelum Hari Pekerja 1 Mei lalu. "Tahniah sekali lagi kepada APMM," katanya. Bagaimanapun ujarnya, kejayaan ini tidak boleh menafikan keperluan Pengkalan Hadapan tersebut bahkan menguatkan lagi kepentingan mewujudkan 'platform' keselamatan berkenaan. "Tambahan lagi keselamatan pekerja pelantar minyak Malaysia terancam ekoran kecenderungan nelayan asing, menangkap ikan berhampiran pelantar minyak. "Malah, ingatan kita masih segar dengan kejadian rampasan kapal tangki Orkim Harmony yang hilang dalam perairan negara pada tahun 2015 dan dijumpai di perairan Kemboja, 210 Batu Nautika daripada Pulau Redang," jelasnya.
02 May 19
33
Berpuasa Jangan Dijadikan Alasan Malas Bekerja
KUALA TERENGGANU, 3 Mei - Masyarakat di negeri ini diingatkan supaya tidak menjadikan alasan berpuasa sebagai malas bekerja, sebaliknya perlu bermotivasi untuk lebih berusaha, berdaya saing dan berjaya.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, mereka perlu menjadikan ibadah itu sebagai motivasi mengumpul amalan dan pahala untuk bekalan di akhirat kelak.Katanya, sebagai seorang Muslim semestinya merasa gembira dan bersyukur dengan kedatangan Ramadan dan sama-sama bertekad menghayatinya dengan penuh keinsafan dan kesungguhan.“Ramadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu dan dirindui oleh setiap Muslim kerana di dalamnya terdapat berbagai-bagai keistimewaan dan kelebihan yang telah dijanjikan Allah SWT."Persoalannya adakah kita sudah bersedia menerima kehadiran bulan yang suci itu dan apakah kehadiran bulan mulia itu akan kita sambut seperti tahun-tahun sebelumnya yang ada kalanya kita benar-benar beribadat kepada Allah dengan penuh kesungguhan dan ada kalanya kita sekadar memenuhi tuntutan amalan sahaja,” katanya.Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali di Wisma Darul Iman, semalam.Ahmad Samsuri turut memberitahu, kerajaan negeri terus menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM2,000 kepada setiap masjid negeri dan daerah di Terengganu.Manakala katanya, RM1,000 untuk masjid kerajaan dan mukim serta RM300 diagihkan kepada surau untuk menyempurnakan program Ihya' Ramadan.“Oleh itu, diharapkan dengan sumbangan ini pihak jawatankuasa masjid dan surau dapat mengatur program-program pengimarahan masjid seperti ceramah dan majlis berbuka puasa dan moreh.“Semoga dengan sumbangan itu diharapkan dapat menarik lebih ramai ahli qaryah ke masjid untuk mengerjakan solat tarawih, bertadarus dan pelbagai ibadat lain,” katanya.
01 May 19
35
MAIDAM Agih Wang Zakat RM12.064 Juta
Dato' Osman (tengah) beramah mesra dengan guru-guru pondok dan madrasah di Dewan Terbuka JHEAT.KUALA TERENGGANU, 2 Mei - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) memperuntukkan wang zakat sempena Ramadhan sebanyak RM12.064 juta untuk 24,795 penerima zakat tahun ini berbanding RM13.064 juta bagi 26,435 penerima berkenaan tahun lalu.Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Osman Muda berkata, pembahagian hari ini melibatkan penerima zakat dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir berjumlah RM380,600 bagi 786 orang.Katanya, dari jumlah itu seramai 331 orang menerima RM600 seorang manakala 455 orang menerima RM400 seorang.Dato' Osman (temgah) menyampaikan wang zakat kepada Ustaz Hamzah Ngah (kanan) wakil dari Maahad Darul Quran Rusila Marang di Dewan Terbuka JHEAT."Penerima yang mempunyai ahli keluarga lebih dari tiga orang mendapat RM600 seorang, sementara yang mempunyai ahli keluarga maksimum tiga orang atau kurang dari itu, mendapat RM400 seorang," jelas belau.Katanya, pembahagian zakat sempena Ramadhan itu bermula hari ini hingga 28 Mei ini dibuat secara berperingkat-peringkat di seluruh daerah melibatkan 32 Kawasan DUN.Program tersebut katanya, akan dijalankan oleh semua Pusat Urusan Zakat Daerah dalam tempoh berkenaan.Dato' Osman berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pengagihan Zakat Sempena Ramadhan di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sini hari ini. Antara gugu-gugu pondok yang hadir di Majlis Pengagihan Zakat di Dewan Terbuka JHEAT.Menurut beliau, MAIDAM juga menyalurkan bantuan kepada 13 buah pondok atau madrasah untuk Tabung Kebajikan Pelajar dan Pengurusan Pondok atau Madrasah yang berdaftar dengan JHEAT sebanyak RM880,000 sehingga April lalu.Selain itu katanya, sebanyak lima Pusat Pemulihan menerima bantuan dari majlis itu sebanyak RM585,360.Di samping itu sebanyak dua rumah perlindungan turut menerima bantuan berkenaan dengan jumlah sebanyak RM185,760.
01 May 19
210
Jualan Kasih Sayang Mahabbah, Bantu Penduduk Hadapi Ramadan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 2 Mei- Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi menganjurkan Program Jualan Kasih Sayang Mahabbah sebagai platform membantu penduduk setempat mendapatkan bekalan makanan dengan harga berpatutan menjelang Ramadan tidak lama lagi.Pegawai Penyelaras DUN Berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata, jualan berkenaan adalah sebagai tanda kecaknaan dan keprihatinan kepada masyarakat Islam yang sedang sibuk membuat persiapan dan membeli-belah pelbagai keperluan dapur bagi menyambut puasa.Katanya, Program Jualan Kasih Sayang Mahabbah akan diadakan di Dewan Sivik Felda Jerangau, pada 3 Mei (esok) bermula jam 8.30 pag. Sehubungan itu, seluruh rakyat Bukit Besi dijemput hadir bagi memanfaatkan program itu."Alhamdulillah untuk tujuan itu kita telah mengadakan pertemuan dan berbincang dengan pemborong untuk merealisasikan program ini."Pihak pemborong telah pun bersetuju dengan meletakkan harga bahan mentah seperti ayam, pelbagai jenis ikan, sayuran dan barang-barang basah denga harga yang berpatutan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, pagi ini.Ghazali berkata, antara barangan lain yang turut dijual adalah barangan seperti gula, tepung, bawang dan pelbagai barangan keperluan harian."Kita memahami bahawa kos sara hidup yang makin tinggi akan membebankan rakyat pada musim menghadapi Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi."Diharapkan program ini akan dapat membantu meringankan bebanan yang dihadapi, "jelasnya.
01 May 19
172
Perutusan Khas MB Terengganu Sempena Hari Guru 2019
TEMA : “ GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI ”Bunga tanjung harumnya masih,Sayang mawar pohon berduri;Sejunjung budi sejambak kasih,Hari Guru disambut bermadah penyeri.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhSalam sejahteraTuan-tuan dan puan-puan warga guru yang disanjungi sekalian,Setiap tahun, tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat yang disambut sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan warga pendidik di seluruh negara.Syukur Alhamdulillah kerana sudah hampir lima dekad rakyat Malaysia menyambut dan merayakan Hari Guru, iaitu buat kali yang ke-48 pada tahun ini.Pengiktirafan dan penghormatan kepada para guru amat layak diterima atas kegigihan dan kesabaran mereka menitiskan segala ilmu, tunjuk ajar serta khidmat bakti demi mendidik anak bangsa menjadi insan cemerlang yang berpengetahuan dan berakhlak mulia.GURU adalah sebagai mualim, mudarris, mursyid dan murabbi untuk membentuk insan bagi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu tetapi mentarbiah dan membimbing anak muridnya mengaplikasikan ilmu serta berpekerti terpuji dalam kehidupan.Sebagai sebuah kerajaan yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat, Kerajaan Negeri Terengganu akan membawa agenda “Pelan Induk Terengganu Sejahtera” bagi mencapai taraf negeri yang “Maju, Berkat dan Sejahtera.”Sesungguhnya segala pengorbanan guru amat disanjung tinggi oleh segenap lapisan masyarakat kerana jasa bakti yang menggunung dalam mendidik anak-anak bangsa sehingga menjadi insan yang berilmu dan berkeperibadian unggul.Sejak dahulu lagi, guru berperanan memastikan pembentukan jati diri anak bangsa yang bertamadun berlandaskan lima prinsip Rukun Negara serta nilai-nilai murni dalam kehidupan.Oleh yang demikian, seyogialah “ Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi ” dipilih sebagai tema Hari Guru tahun 2019 ini.Pemilihan tema ini bertepatan dengan peranan dan akauntabiliti yang tergalas di bahu para pendidik sebagai obor yang sentiasa beriltizam, berkualiti serta berhemah tinggi dalam memikul amanah sebagai pembina generasi gemilang pewaris negara.Oleh yang demikian, setiap tahun sambutan Hari Guru diraikan secara rasminya di peringkat kebangsaan, iaitu di Kementerian Pendidikan Malaysia, turun ke Jabatan Pendidikan Negeri, seterusnya ke Pejabat Pendidikan Daerah dan ke setiap sekolah di pelosok negara.Sambutan ini juga memberi ruang dan peluang kepada anak-anak didik, ibu bapa serta masyarakat amnya untuk turut merai dan menghargai para pendidik yang terus berbakti untuk melahirkan generasi yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersahsiah tinggi.Sesungguhnya bermula dari profesion mulia seorang gurulah yang telah mengajar, mendidik, membentuk, mencungkil bakat serta mengasah pelajar sehingga akhirnya mereka berjaya mencorak kehidupan dalam pelbagai bidang.Oleh hal yang demikian, pembangunan pendidikan adalah menjadi fokus utama kerajaan negeri demi mempertingkatkan keterbilangan anak-anak Terengganu yang terjana daripada sistem pendidikan yang dilaksanakan.Sesungguhnya besar dan tinggi harapan saya kepada para guru kita agar terus melangkah sederap dan sehasrat dalam usaha melestarikan pendidikan yang merupakan agenda berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi pewaris kepemimpinan negara yang berpersonaliti unggul.Terima kasih buat semua guru, jasamu dikenang, namamu dijulang. Semoga pengorbanan suci ini kekal terpahat indah dalam lipatan sejarah buat sesiapa sahaja yang telah pun berjaya dalam kehidupannya.Guru umpama obor yang terang menyala, suluh cahayanya penerang jalan, sepatah kata dijadikan pelajaran, segumpal pesan dijadikan pedoman, ilmu dicurah mengorak alam terkembang.Saya mengambil peluang dan kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik, khususnya di negeri Terengganu.Tumbuh gaharu tepian siantan,Dahlia,berangan dahan bersilang;Jasamu guru bagaikan lautan,Mulia pengorbanan indah dikenang.Selamat Hari Guru.Terima kasih cikgu!“Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”Sekian, terima kasih.Wabillahitaufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.YAB DR. AHMAD SAMSURI BIN MOKHTARMenteri Besar Terengganu
01 May 19
1045
'Kayuhan YB' Hangatkan Hari Pertama Karnival Bukit Payong Sejahtera
Mohd Nor Hamzah (depan kanan).MARANG, 2 Mei - Acara 'Kayuhan Yang Berhormat (YB)' bersama komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong menghangatkan hari pertama Karnival Bukit Payong Sejahtera yang bermula semalam.Acara itu diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah serta Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Hadir sama, Penghulu Mukim Marang, Ahmad Zafiri Ahmad Zaki dan Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said.Turut memeriahkan acara itu ialah pelumba basikal adik-beradik pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Zamri Salleh dan Mohd Hariff Salleh. Kayuhan sempena Karnival Bukit Payong Sejahtera.Kayuhan yang bermula pada 5.00 petang itu mendapat sambutan yang menggalakkan apabila sekitar 100 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur mengambil bahagian.Acara itu bermula dari tapak Pasar Kedai Buluh kemudian bergerak ke dua 'checkpoint' sebelum kembali ke tapak permulaan dengan melengkapkan kayuhan sebanyak 11km.Karnival Bukit Payong Sejahtera yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong menyajikan pelbagai aktiviti menarik yang berbentuk kemasyarakatan dan keagaaman.Kumpulan nasyid terkenal tanah air, Hijjaz akan membuat persembahan pada malam kemuncak karnival, Sabtu ini.
01 May 19
249