Artikel "Semasa" Terkini
60 Tahun Guna Jalan Berselut Berakhir
Oleh : Khairan Mat JusohMARANG, 06 Mei 2019 - Penduduk Kampung Jenang, menarik nafas lega apabila penantian selama 60 tahun untuk menggunakan jalan yang berturap dan selesa berakhir apabila kerajaan negeri menambah baik akses utama mereka itu menjelang Ramadan.Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jenang, Mustaffa Deraman berkata, jalan itu merupakan laluan utama bagi penduduk sekitar kawasan itu."Ucapan terima kasih penduduk kampung kepada kerajaan negeri khusunya Pejabat DUN (Dewan Undangan Negeri) Pengkalan Berangan dan Pejabat Daerah Marang dengan siapnya jalan baharu ini."Mereka menggunakan jalan ini untuk ke tempat kerja dan menghantar anak sekolah, memandangkan jalan sebelum ini hanya tanah merah," katanya kepada media Urusetia Penerangan Darul Iman ketika ditemui di kampung itu, semalam.Sementara seorang penduduk kampung, Roslan Ab Rahman 45, memberitahu perubahan itu amat dinanti penduduk kerana mereka sudah melalui kesukaran menggunakan laluan yang tidak selesa sejak sekian lama."Dulu susah bagi orang-orang di sini nak lalu dengan keadaan jalan yang tidak rata berlekuk-lekuk dan ditambah lagi dengan selut."Tapi kini Alhamdulillah kerana YB (ADUN Pengkalan Berangan) luluskan jalan ini dan mudah untuk kami semua lalu, terima kasih banyak-banyak YB," katanya.Projek menaik taraf jalan sepanjang 140 meter itu berjaya disiapkan oleh kontraktor dalam tempoh sehari.
05 May 19
106
Projek KT-Bypass : Kerajaan Negeri Pertimbang Tuntutan Penduduk - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri (tengah) serius mendengar aduan penduduk mengenai masalah Projek Bypass Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 5 Mei - Tuntutan sekumpulan penduduk yang terbabit dengan Projek Bypass Kuala Terengganu (KT-Bypass) sekali lagi akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk dipertimbangkan.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendengar semua persoalan yang ditimbulkan penduduk berkenaan dalam satu pertemuan di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk dan ianya akan dibawa kepada pertimbangan majlis mesyuarat itu tidak lama lagi.Katanya, kerajaan negeri tidak menetapkan sama ada semua tuntutan penduduk itu dapat ditunaikan tetapi kerajaan ingin mendengar pandangan ahli mesyuarat tersebut terlebih dahulu bagi melihat sama ada permohonan penduduk tersebut boleh dipertimbangkan atau sebaliknya."Bagaimanapun setakat perbincangan yang dibuat hari ini, kerajaan negeri melihat tiada jalan mudah untuk selesaikan masalah penduduk berkenaan memandangkan projek itu di bawah kendalian Kerajaan Persekutuan.MB (dua dari kiri) bersama penduduk Durian Burung sebelum memulakan perbincangan mengenai Projek Bypass Kuala Terengganu."Kita tengoklah bagaimana tuntutan itu boleh dipertimbangkan dalam MMKN, sama ada sebahagian tuntutan boleh ditunaikan atau sebaliknya kekal dengan keputusan sebelum ini," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada penduduk tersebut selepas perbincangan kira-kira sejam di kediaman itu hari ini.Penduduk tersebut menuntut supaya kerajaan negeri membayar sejumlah RM5.6 juta kepada sekumpulan pemilik tanah yang bermasalah dan terlibat dengan pengambilan tanah untuk projek berkenaan.Penduduk terbabit telah menerima seratus peratus bayaran pampasan 'ex-gratia' berjumlah kira-kira RM100 juta dari peruntukan RM168 juta untuk pembinaan projek berkenaan. Seorang penduduk mengemukakan masalah tuntutan pampasan tanah Projek Bypass Kuala Terengganu.Bagaimanapun penduduk berkenaan masih tidak berpuas hati kerana bayaran itu tidak menepati nilai sepatutnya dibayar berdasarkan kepada nilaian harga tanah semasa.Kes tuntutan itu telah dibawa ke mahkamah tetapi hakim menolak semua tuntutan mereka.Projek KT-Bypass bermula di persimpangan Kampung Tok Molor Jalan Tok Adis ke Kampung Durian Burung di Jalan Persekutuan yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Terengganu.Kos keseluruhan projek itu adalah sebanyak RM321.9 juta iaitu meliputi kos pembinaan RM168 juta dan pengambilan tanah RM154 juta. Ia dijangka siap selewat-lewatnya Julai tahun depan, kira-kira enam bulan lebih lewat dari jadual asal iaitu Januari 2019.Bagaimanapun projek itu masih belum siap kerana beberapa sebab termasuk masalah tuntutan pampasan tanah penduduk.Projek KT-Bypass itu terpaksa dipendekkan jarak hingga ke simpang lampu isyarat Kampung Cabang Tiga sahaja kerana sebahagian wang untuk pembinaan projek itu digunakan untuk membayar pampasan ex-gratia penduduk.
05 May 19
285
Guru Adalah Ibu Bapa Di Sekolah
Mohd Fazil menyampaikan kek kepada pihak sekolah.Oleh: Hailmey MansorKUALA NERUS, 5 Mei - Guru memainkan peranan sebagai ‘ibu’ dan ‘bapa’ kepada pelajar-pelajarnya di sekolah.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab menyifatkan tugas guru bukan sekadar mengajar, tetapi lebih daripada itu."Guru banyak membantu urusan di sekolah dalam pelbagai aspek. Contohnya, apabila ada pelajar sakit, gurulah yang hantar anak-anak kita ke klinik walaupun ia bukan tugas hakiki mereka,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman selepas pembahagian kek ke sekolah-sekolah di DUN Seberang Takir, baru-baru ini.Sebanyak 36 biji kek telah dibahagikan kepada semua sekolah kerajaan dan swasta seperti sekolah menengah, sekolah rendah, Tadika dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sempena Hari Guru 2019.Sumbangan kek ke sekolah-sekolah wujudkan hubungan baik masyarakat dan guru.Turut serta dalam program agihan ini ialah Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Zakaria Dagang serta muslimat, pemuda dan Ameerah DUN Seberang Takir.Mohd Fazil juga mengingatkan bahawa anak-anak banyak menghabiskan waktu mereka di sekolah berbanding di rumah."Anak-anak kita banyak habiskan masanya di sekolah yang bermula seawal 7 pagi sehingga habis sesi persekolahan sekitar 5 petang."Jadi, amat penting bagi ibu bapa menyokong dan saling bekerjasama dengan guru untuk kesejahteraan pendidikan anak-anak," katanya lagi.
05 May 19
613
Bersatu Tangani Cacian Pada Islam - Abdul Hadi
Abdul Hadi Awang.MARANG, 6 Mei - Seluruh rakyat Terengganu digesa melupakan segala perbezaan dan bersatu menangani cacian terhadap Islam demi kesejahteraan masyarakat.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, sikap sesetengah umat Islam yang tidak peduli dan bertelagah sesama sendiri menyebabkan kuasa politik umat Islam semakin terhakis.Jelasnya, keadaan itu menyebabkan kesucian agama Islam sering terhakis dan dipijak oleh musuh yang memperlihatkan rakyat hidup dalam suasana yang tidak harmoni."Tidak sedar betapa kita berada dalam keadaan yang sangat bahaya dalam bahtera Malaysia ini, kita tengok sendiri beraninya orang bukan Islam bercakap menentang dan menghina Islam."Ini berlaku kerana kuasa politik (pemerintahan) orang Islam lemah disebabkan ramai orang menganggap politik tidak penting (sama sahaja siapa yang memerintah)."Kita juga mesti berhenti bergaduh, kalau kita bergaduh lagi, ia akan menghancurkan kita semua seperti di negara Islam lain," ujar beliau.Mohd Nor Hamzah.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Karnival Bukit Payong Sejahtera di Tapak Pasar Kedai Buluh, di sini baru-baru ini (2 Mei).Hadir sama, mantan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah yang turut hadir berkata, hubungan sesama rakyat yang berbeza latar belakang dan ideologi politik mestilah dieratkan kembali.Jelasnya, masyarakat yang sejahtera sememangnya menjadi fokus utama kerajaan dengan memperbaiki segala kerosakan yang mungkin berlaku sebelum ini."Saya sebut kepada semua orang PAS, orang UMNO dan orang atas pagar, supaya kita perbaiki hubungan sesama kita walau apa jua sentimen politik."Untuk kita kembali di atas iman dan islah dalam negeri kita ini, kita baiki masyarakat kita dengan Islam, ini tanggungjawab kita bersama," tambah beliau
04 May 19
34
Alhamdulillah, Kami Selamat Untuk Bertemu Ramadan
Oleh: Firdaus Mohammad ZainalDUNGUN, 5 Mei - Dalam kesyahduan umat Islam bermunajat agar sampai hayat ke bulan ibadah Ramadan al-Mubarak, lima sahabat ini amat terharu apabila mereka masih berpeluang untuk terus bernafas.Awal pagi hari ini, mereka terlibat nahas di Lebuhraya Pantai Timur berhadapan kawasan rehat & rawat (R&R) Paka selepas lori yang dinaiki terbabas ke longkang.Dua mengalami parah, masing-masing patah kaki dan tangan serta cedera teruk di muka dan kepala manakala tiga yang lain cedera ringan.Sebuah jentera bomba dari balai Paka serta dua ambulan dikejarkan ke lokasi nahas bagi menyelamatkan mangsa.Menurut saksi, lori milik kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu gagal dikawal sebelum terbabas.Pasukan keselamatan lebuh raya turut bergegas mengawal lalu lintas bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.Kesemua mangsa dihantar ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan.
04 May 19
42
Bantuan Kerusi Roda Gembirakan Nek Dah
Nek Dah menerima bantuan kerusi roda.Oleh: Saifullah JusohBESUT, 5 Mei - Seorang warga emas, Rashidah Mat Saman melahirkan rasa gembira selepas mendapat sumbangan sebuah kerusi roda yang bakal memudahkan urusan hariannya.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, warga emas itu yang juga dikenali sebagai Nek Dah tidak dapat melakukan aktiviti harian seharian kerana keuzurannya.Jelasnya, sudah menjadi hasrat kerajaan untuk memudahkan urusan hidup setiap rakyat Terengganu dan sudah pasti sumbangan itu dapat meredakan keresahan dan kesusahan yang dihadapi Nek Dah."Saya harap dengan sumbangan ini Nek Dah dapat melakukan aktiviti harian dengan lebih selesa."Kita juga akan memastikan rakyat yang memerlukan terus mendapat hak yang sepatutnya mereka dapat," kata beliau.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada program tersebut di Pulau Perhentian, di sini, kelmarin.Turut hadir dalam program ziarah itu ialah Pegawai Agama Daerah Besut, Zahari Sulong dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pulau Perhentian, Mohd Zakuwan.Selain itu, Nek Dah turut mendapat sumbangan beras daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).Nek Dah sangat menghargai usaha dan sumbangan yang telah diberikan itu."Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk mengurangkan beban saya dan keluarga," ujarnya.
04 May 19
132
Terengganu FC Pulang Dengan Satu Mata
Foto ihsan - Media PKNP FcMANJUNG, 5 Mei - Terengganu Football Club (TFC) hanya berupaya membawa pulang satu mata apabila seri 2-2 menentang Kelab Bola Sepak Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada aksi ke-12 Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam semalam. Terengganu FC yang turun tanpa perancang kreatif, Lee Andrew Tuck mencipta peluang sulung perlawanan pada minit ke-12 menerusi sepakan percuma Thierry Chanta Bin.Sepakan pemain skuad kebangsaan Kemboja itu bagaimanapun tepat ke dakapan penjaga gol PKNP FC, Ahmad Asyraaf Omar.Tuan rumah yang lebih menekan Terengganu FC menggembirakan kem PKNP FC di minit ke-21 selepas pertahanan import, Amani Manuel Santos Aquinaldo menanduk masuk bola hasil sepakan percuma diambil Mohamad Hafiz Ramdan.Tchetche Kipre menyamakan kedudukan pada minit ke-30 apabila sepakan percuma cantik yang dilepaskannya gagal dijangkau Asyraaf Omar walaupun penjaga gol berusia 24 tahun itu sudah dapat membaca percubaan tersebut.PKNP FC hanya memerlukan lima minit sahaja untuk kembali di depan selepas Thomas Abbey tidak melepaskan peluang menyambar dengan baik bola berpunca daripada hantaran lintang di sebelah kiri pintu gol Terengganu FC oleh Yashir Pinto sekaligus menewaskan Suffian Rahman.Jaringan pada minit ke-35 itu jelas meningkatkan tempo permainan terutamanya PKNP FC yang lebih cenderung untuk melancarkan gerakan ke kubu lawan.Dua minit kemudian, ledakan kaki kiri Hafiz Ramdan hampir melebarkan kedudukan tetapi kali ini Suffian lebih bersedia untuk menafikan percubaan tersebut.Hafiz sekali lagi kecewa apabila sepakan percuma yang diambil pada masa kecederaan membias terkena benteng dan kemudiannya sekadar singgah di pintu gol.Memasuki babak kedua, Suffian terus menjadi penghalang buat ketua pasukan PKNP FC itu untuk mencetak nama selaku penjaring setelah gerakan solo ke depan pintu gol hasil tandukan Giancarlo, disusuli rembatan padu dinafikan penjaga gol veteran itu.Dalam keghairahan skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim mencipta gerakan, Sanjar Shaakhmedov meledakkan satu rembatan menarik dari luar kawasan penalti pada minit ke-68 untuk kembali mengikat kedudukan.Berselang 10 minit kemudian, sepakan percuma Ahmad Syamim Yahya nyaris menghadiahkan jaringan kemenangan buat Terengganu FC tetapi rembatannya terkena tiang gol pada minit ke-78.Keputusan tersebut kekal hingga wisel penamat ditiupkan Zulkarnain Zakaria untuk memberikan satu mata buat kedua-dua pasukan.Satu mata dikongsi itu meletakkan Terengganu FC kekal menghuni tangga ke-7 dengan mengutip 16 mata manakala PKNP FC turun satu anak tangga selepas PJ City FC berjaya menewaskan Pahang 2-0 untuk berada di tangga ke-10 dengan 11 mata.
04 May 19
73
Hargai Sumbangan Guru, 57 Buah Sekolah Dirai - Alias Harun
Oleh: Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 4 Mei - Sempena Hari Guru yang disambut kelmarin, sebanyak 57 sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang diraikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun.Sekolah-sekolah tersebut terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan, Tadika KEMAS, Perpaduan dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) serta Sekolah Rendah Bersepadu."Terima kasih kepada petugas-petugas yang turun membantu mengedarkan pulut kuning ke sekolah-sekolah, tadika dan PASTI yang kita kunjungi."Iaitu dari Ahli Majlis Perbandaran Dungun, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan orang perseorangan," ujarnya semasa sesi taklimat.Terdahulu, masing-masing dibahagikan kepada sembilan kumpulan dan beredar ke seluruh DUN tersebut di Surau Kubur Gong Pasir.Alias yang mengetuai rombongan ke sekolah-sekolah dan tadika di Unit Peti Undi (UPU) Kuala Abang turut dijemput menyampaikan ucapan ketika berkunjung ke Sekolah Menengah Agama Kuala Abang dalam Majlis Sambutan Hari Guru yang diadakan di dewan sekolah itu."Saya mengharapkan anak-anak yang berada di hadapan saya ini menjadi pemimpin, kita nak lahir pemimpin yang cemerlang dalam al-Quran."Kalau akauntan, akauntan yang faham al-Quran, kalau jadi jurutera, doktor, arkitek dan sebagainya adalah yang faham al-Quran. Lebih-lebih lagi, kalau terjun dalam bidang keagamaan," tegasnya.
04 May 19
88
THRDC Ditubuh Tangani Pengangguran Terengganu
Ustaz Wan SukairiKUALA TERENGGANU, 3 Mei - Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), menubuhkan Pusat Pembangunan Sumber Manusia Negeri Terengganu atau 'Terengganu Human Resource Development Center' (THRDC) bagi menangani masalah penggangguran di negeri Terengganu .Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, agensi tersebut pertama kali ditubuhkan di negeri Terengganu minggu lepas dan akan beroperasi secepat mungkin.Katanya, agensi tersebut berfungsi untuk menangani masalah pengangguran terutama belia dan beliawanis negeri Terengganu.Agensi tersebut yang dianggotai kira-kira 10 orang petugas, mungkin ada persamaan dengan agensi-agensi lain namun ia akan bekerjasama dengan banyak agensi lain termasuk sebuah agensi pencari kerja popular di Malaysia."Tugas yang dilaksanakan ialah mencari mereka yang memerlukan kerja dan mencari pihak-pihak yang memerlukan pekerja."Agensi itu akan padankan antara kedu-dua pihak dan semua pihak yang berkepentingan sehingga masalah pengangguran dapat diatasi sebaik mungkin, " jelasnya.Beliau berkata demikian di Sidang Media selepas merasmikan Majlis Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Permata Ballroom, Permai Hotel di sini semalam.Katanya, kerajaan negeri akan memberi peluang kepada agensi berkenaan untuk melaksanakan gerakerjanya terlebih dahulu sebelum satu data khusus mengenai pengangguran Terengganu diperolehi dan memutuskan cara penyelesaiannya."Kerajaan akan bagi masa dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk melihat keupayaan agensi itu melaksanakan hasrat kerajaan tersebut," jelasnya lagi.
03 May 19
1458
Demi Pembelajaran Anak, Ibu Tunggal Korban Duit Zakat
Zulzaidah (dua dari kiri) memperkatakan sesuatu kepada Dato' Osman (kiri) di Dewan Terbuka JHEAT semalam. KUALA TERENGGANU: Demi anak mencapai cita-cita menjadi juruteknik engin kapal terbang seorang ibu tunggal sanggup bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran di sini. Ini kerana wang zakat diterima diguna sepenuhnya untuk menampung kos pembelajaran anaknya ketika mengikuti kursus kejuruteraan penyelenggaraan pesawat di Subang.Zulzaidah Yassin, 51, dari Pulau Bahagia, Manir berkata, anaknya Mohd Shahjahan Saeed Iqbal, 19, ditawarkan untuk mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan penyelenggaran pesawat di sebuah instuasi swasta di Kuala Lumpur, pada 2017.Katanya, Mohd Shahjahan antara 30 penuntut cemerlang dan terpilih untuk menyertai latihan amali dengan sebuah syarikat penerbangan di Subang dan kos sepanjang mengikuti latihan selama satu tahun dibiayai sendiri mulai Januari lalu. "Mohd Shahjahan yang tidak mendapat sebarang bantuan dan pinjaman sepanjang mengikuti pengajian selama dua tahun di instuasi pengajian berkenaan perlu membayar sendiri yuran untuk menyertai latihan amali sebanyak RM9,600 setahun."Dengan pendapatan diperolehi hasil mengambil upah mencuci pinggan sebanyak RM20 sehari, saya tidak mampu untuk menjelaskan yuran yang dikenakan sekali gus," katanya ketika ditemui pada majlis pengagihan bantuan zakat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), sempena sambutan ramadan peringkat kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) Manir di dewan terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), di sini, semalam.Majlis perasmian bantuan zakat kepada fakir dan miskin sempena Ramadan dirasmikan Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Osman Muda.Zulzaidah yang juga penerima bantuan zakat kategori ibu tunggal yang berkerja berkata, pihak pengurusan instuasi bersetuju dengan rayuannya untuk menjelaskan bayaran yuran latihan amali Mohd Shahjahan secara ansur."Menyedari bayaran yuran sudah tertunggak selama tiga bulan, tanpa perasaan malu saya sendiri berjumpa dengan Osman di pejabatnya Khamis lalu merayu agar bantuan dipercepatkan dengan memberi alasan perlu menjelaskan kos latihan amali Mohd Shahjahan."Alhamdulillah, rayuan saya bukan sahaja diluluskan, malah saya diminta membuat permohonan bantuan zakat untuk kategori pendidikan," katanya yang mengesahkan kehadirannya pada majlis itu hanyalah untuk mengucapna terima kasih kepada Osman dan semua pegawai MAIDAM.Beliau berkata, wang bantuan diterimanya Khamis lalu sebanyak RM2,000 digunakan sepenuhnya untuk menjelaskan yuran latihan yang tertunggak berjumlah RM1,600 dan bakinya diserahkan kepada anaknya untuk perbelanjaan makan minum. Ketika ditanya jumlah bantuan diterima, Zulzaidah berkata, MAIDAM meluluskan bantuan sebanyak RM2,000 setahun dan akan dinaikkan kepada RM3,000 tahun ini."Disebabkan saya masih mampu untuk bekerja, MAIDAM memberi bantuan sekali gus selama setahun dan bukannya diberikan setiap bulan," katanya.
03 May 19
221