Artikel "Semasa" Terkini
MPKK Felda Jerangau Mahu Lahirkan Belia Sihat
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 7 Mei - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau sentiasa ambil cakna dan sentiasa mengambil tahu segala keperluan belia Felda Jerangau bagi memastikan mereka terjaga dan menjadi aset yang bernilai kepada Terengganu.Timbalan Pengerusi MPKK Felda Jerangau, Cawangan A, Mohd Ridhuan Yusoff berkata, pihaknya sedar kerajaan negeri berhasrat untuk melahirkan belia yang sihat.Katanya, bukan sahaja berkaitan jasmani bahkan rohani dengan memiliki spiritual yang mantap dengan sisipan pengukuhan jiwa dengan ilmu agama,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas Program Penyampaian Hadiah Kejohanan Sepak Takraw yang melibatkan para belia di Felda berkenaan, baru-baru iniTurut hadir, Pengerusi MPKK Felda Jerangau B, Anuar Omar dan Pengerusi MPKK Felda Jerangau Cawangan Tangki Air, Zali Kassim.Ridhuan, menyatakan kejohanan yang diadakan itu adalah menzahirkan sokongan terhadap belia di kampung tersebut yang gemarkan aktiviti Sepak Takraw."Kita sedar bahawa dengan sukan akan dapat menjalinkan hubungan yang sihat diantara para belia." Pihak kami mewakili kerajaan negeri sudah tentu perlu sedaya upaya menjaga kebajikan mereka agar mencapai impian dan matlamat golongan itu," ujarnya.Tambahnya lagi, belialah yang memainkan peranan bagi menunjukkan kejayaan pentadbiran pada sesebuah negeri." Pengabaian pada mereka maka mengundang pelbagai perkara yang tidak diingini,. Oleh itu menjadi tanggungjawab MPKK memastikan peruntukkan yang dikeluarkan kerajaan untuk golongan belia tidak sia-sia. "jelasnya.
06 May 19
834
Kerajaan Terengganu Baiki Rumah Penduduk Miskin DUN Jabi
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 7 Mei - Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk membaiki dan membina semula 76 buah rumah penduduk kurang berkemampuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi di sini tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahimberkata dari jumlah itu sebanyak 72 buah rumah akan dibaiki dengan kos maksimum RM11 ribu setiap sebuah dengan nilai keseluruhan, RM792 ribu.Sementara empat buah rumah penduduk yang rosak teruk akan dibina semula dengan kos RM54 ribu sebuah dengan nilaian keseluruhan, RM224 ribu.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Perumahanku Terengganu Sejahtera 9 (PPTS) di Perkarangan Surau Kerandang, di sini baru-baru ini. Katanya, semua senarai rumah yang akan dibaiki atau dibina baharu dicadangkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di DUN tersebut dan disahkan dalam Mesyuarat Fokus Group Daerah Besut. "Perlaksanaan projek itu akan dipantau oleh Pejabat Daerah Besut," jelasnya.Katanya, kerajaan negeri berusaha membantu rakyat tidak berkemampuan membina rumah dalam situasi penjimatan kos."Penjimatan kos dalam projek pembangunan perlu dilaksanakan agar lebih ramai rakyat dapat menikmati sebarang pelan bantuan perumahan yang disediakan," jelasnya.
06 May 19
96
Kerajaan Arab Saudi Tawar Biasiswa Penuh Untuk Anak Terengganu - MB
KUALA TERENGGANU, 7 Mei - Kerajaan Arab Saudi menawarkan biasiswa penuh kepada anak Terengganu bagi melanjutkan pengajian dalam bidang Oil & Gas di lapan universiti awam negara itu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tawaran itu diberikan dari hasil pertemuan Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat dengan pihak kedutaan Arab Saudi dalam bidang kejuruteraan terutamanya Oil & Gas.“Walaupun masing-masing dah ada buat pemilihan, dah pergi pun ada, tetapi masih ada ruang dan peluang kerana industri Oil & Gas sangat besar di Arab Saudi dan mereka ada peluang untuk belajar di sana. Jika ada ruang memang elok sangat pelajar kita ke sana untuk menyambung pengajian dalam industri besar ini.“Tawaran ini diberikan kepada 100 orang anak Terengganu dan kini cuma ada 40 pemohon, itu pun dalam bidang agama, jadi masih ada 60 lagi kekosongan dan peluang untuk memohon,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu Tahun 2019 (Kali Ke-40) dan hadiah kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) & Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 di dewan besar Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat, Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin dannPengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim.Seramai 493 penerima anugerah menerima insentif sebanyak RM248,700 sebagai penghargaan kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu dalam menghargai dan mengiktiraf setiap usaha pelajar bagi meraih kecemerlangan dalam bidang akademik.Sementara itu, dalam majlis yang sama, dua pelajar telah dipilih untuk menerima Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu.Amirah Husna dan Muhammad Hilman.Amirah Husna Abdul Kahar dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) dan Muhammad Hilman Nor Azmi dari Sekolah Menengah Imtiaz YT Kuala Terengganu menerima wang tunai RM4,000, sehelai blazer, satu unit komputer tablet dan sijil penghargaan.Anugerah Khas Yayasan Terengganu pula menjadi milik Ahmad Shahir Safwan Ahmad Sabri dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Abang, Dungun bagi SPM dan Nur Hazwani Hussain dari SMK Nasiruddin Shah, Besut dalam kategori STPM.Masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000, sehelai blazer, satu unit komputer tablet dan sijil penghargaan.Bagi Anugerah Pelajar Terbaik STPM 2018 diberikan kepada Nur Syahidah Hassan dari Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) dan Muhammad Shahidan Wahab (SMK Bukit Sawa) manakala Pelajar Terbaik STAM 2018 ialah Muhammad Faidhu Rahman Kamalruazmi dan Nik Karimah Nik Abdul Ghafar.
06 May 19
680
Terengganu Sasar Dana Raya Bagi Penerima Yang Layak - MB
Dr. Samsuri mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk yang hadir.KUALA TERENGGANU, 7 Mei - Kerajaan Terengganu sedang melaksanakan pertimbangan baharu dana raya dengan menyasarkan kepada rakyat yang benar-benar layak menerimanya.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, kerajaan negeri masih dalam proses menentukan bentuk dan cara penyampaian sumbangan tersebut.“Dana raya akan diberikan, cuma kita masih menilai kumpulan sasar yang benar-benar layak dan ia akan dimaklumkan semula nanti,” katanya ketika ditemui pemberita.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan pengagihan bubur lambuk di Masjid Abidin, di sini semalam.Dana Raya akan diberikan kepada yang benar-benar layak - Dr. Samsuri.Sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk diagihkan oleh Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc) selama tiga hari kepada masyarakat sekitar.Kerajaan negeri turut menaja sebanyak 2,000 bekas bubur setiap hari sepanjang bulan Ramadan untuk masjid negeri itu.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dr. Wan Ahmad Rudirman bin Wan Razak serta pegawai-pegawai eksekutif anak-anak syarikatnya.Dr. Samsuri yang hadir bersama isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman turut menzahirkan rasa terima kasih kepada rakyat Terengganu yang sentiasa memberikan pandangan positif dan menyokong usaha kerajaan negeri.“Terima kasih kepada rakyat yang sentiasa memberikan pandangan positif mahupun kritikan yang sangat membantu kerajaan.“Saya turut berharap rakyat bersabar dengan usaha-usaha dan penambahbaikan yang dilaksanakan kerajaan,” katanya.Tuan Faizah memberikan bubur lambuk kepada pengunjung cilik.
06 May 19
70
Ubah Persepsi Terhadap Duyong Marina & Resort Terengganu
Agihan bubur lambuk.KUALA TERENGGANU, 7 Mei - Pengurusan Duyong Marina & Resort Terengganu mengagihkan 2,100 bekas bubur lambuk kepada orang ramai sempena menyambut Ramadan dan untuk mengubah persepsi negatif rakyat Terengganu terhadap syarikat itu. Pemangku Pengurus Besar Duyong Marina & Resort Terengganu, Sham Fadzli Yusof berkata, program yang diadakan itu adalah usaha pihaknya untuk mendekatkan anak syarikat kerajaan negeri itu dengan keseluruhan rakyat Terengganu.Jelasnya, ia berikutan wujudnya sebilangan besar warga Terengganu yang menganggap Duyong Marina & Resort adalah untuk golongan atasan.“Agihan bubur lambuk ini kita adakan setiap tahun di permulaan bulan Ramadan, untuk tahun ini kita buat 2,100 bekas.“Kita rasa persepsi orang terhadap Duyong Marina ini adalah tempat untuk orang atasan, tempat yang eksklusif dan mahal, sebenarnya tidak, jadi program ini juga kita dapat ubah persepsi itu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa Program Agihan Bubur Lambuk di Jambatan Sultan Mahmud, di sini semalam.Beliau turut berkata, program bersama masyarakat akan terus dianjurkan oleh Duyong Marina & Resort dalam usaha untuk terus mempromosikan anak syarikat itu kepada umum.Katanya lagi, sepanjang bulan Ramadan juga, pihaknya juga membuat banyak tawaran kepada seluruh rakyat Terengganu sebagai langkah untuk meningkatkan lagi kuantiti masyarakat yang berkunjung ke sana. “Kita juga ada buat majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Duyong Marina, yang kita adakan pada hari kedua atau ketiga Ramadan, kita akan jemput seramai 100 hingga 200 orang anak yatim, juga sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).“Buffet untuk berbuka puasa juga ada disediakan dengan harga RM59, selain pakej yang terbaik untuk semua yang berminat untuk ke Duyong Marina.“Termasuk ada ditawarkan pakej bilik serendah RM158 dan RM178 (termasuk sahur) satu malam, yang di paras harga mampu milik, kita nak buang persepsi tempat itu mahal,” tambahnya lagi.
06 May 19
284
Madinah Ramadan Batu Buruk Meriah Pengisian - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri (empat dari kanan) bersalaman dengan pelajar sekolah di Madinah Ramadan Batu Buruk. KUALA TERENGGANU, 6 Mei - Kerajaan negeri mahu menjadikan program Madinah Ramadan lebih terancang tahun ini supaya rakyat dapat beribadah dengan lebih selesa berbanding tahun lalu. Ia juga lebih santai dan mesra pelancong memandangkan ia diadakan di Padang Taman Awam dan berhampiran dengan Pantai Batu Buruk .Serentak itu kerajaan negeri mengajak rakyat Terengganu termasuk para pelancong yang berkunjung ke pantai tersebut mengambil kesempatan untuk menghadiri Madinah Ramadan bagi menghidupkan malamnya dengan pelbagai aktiviti keagamaan. Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri berkata, pelbagai aktiviti diatur di Madinah Ramadan termasuk Tazkirah, Bicara Ilmu Feqh Wanita, Ceramah Badar Kubra, Nuzul Quran yang direncanakan sebagai satu usaha secara bersama kerajaan negeri dan seluruh rakyat Terengganu."Aktiviti tersebut diwujudkan untuk menjadi satu contoh bahawa kerajan negeri harus meletakkan perancangan supaya rakyat keseluruhannya dapat mengimarahkan bulan Ramadan dengan lebih baik dari tahun lalu.Menteri Besar (empat dari kanan) diiring ke Khemah Madinah Ramadan di Padang Taman Awam Batu Buruk."Dalam masa yang sama kerajaan negeri mengalu-ngalukan sebarang sokongan dan kerjasama dari semua pihak hatta orang perseorangan sekalipun agar memberi sumbangan tenaga, masa dan kewangan bagi menghidupkan Suasana Madinah Ramadan terutama menyumbang juadah berbuka puasa," jelasnya. Ini kerana katanya, amalan menyediakan juadah berbuka puasa adalah amalan yang dijanjikan pahala oleh Allah sebagaimana Rasulullah SAW menyebut bahawa sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia memperolehi pahala seperti orang yang berpuasa tanpa pengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Madinah Ramadan di Padang Taman Awam Batu Buruk di sini.Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya, Penasihat Undang-undang Negeri, Dato' Azhar Abdul Hamid dan Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md Azahar.Tuan Faizah Tuan Ab Rahman (tengah), isteri Menteri Besar dan Hajah Zarani Othman (kanan), isteri Haji Yahya turut hadir di Madinah Ramadan.Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Madinah Ramadan itu.Sementara itu Ustaz Mohd Nor ketika berucap di majlis yang sama berkata, tahun lepas kerajaan negeri mengadakan Madinah Ramadan di Dataran Shah Bandar, tidak jauh dari situ tetapi ada pendapat yang mengatakan suasana di tempat berkenaan tidak sesuai kerana kesesakan lalu lintas dan sebagainya."Kali ini kita pindah ke Pantai Batu Buruk dengan suasana yang sangat lega, moga-moga orang Islam di Terengganu boleh datang sambil beribadat kepada Allah di samping boleh bersantai di Pantai berhampiran," jelas beliau.Katanya, pengisian sepanjang Ramadan sangat ilmiah bertujuan mendekati semua lapisan masyarakat dengan menyusun program sesuai dengan semua lapisan masyarakat di negeri Terengganu.Menurut beliau para pelancong di kawasan Rekreasi Batu Buruk boleh berbuka secara percuma dan mereka juga boleh beribadat di Madinah Ramadan.Menteri Besar dan kepimpinan negeri ketika menunggu sampainya waktu berbuka puasa di Madinah Ramadan.Ustaz Mohd Nor yang juga ADUN Bukit Payung berkata, kerajaan negeri juga membuka peluang kepada pelancong bukan Islam untuk melihat bagaimana suasana menyambut Ramadan di negeri Terengganu."Kerajaan negeri bagi ruang untuk mereka menjamu selera bersama dengan orang Islam di waktu berbuka puasa di Madinah Ramadan."Program itu diharap dapat mendedahkan Terengganu kepada para pelancong agar mereka tertarik dengan konsep pentadbiran negeri berteraskan Maju, Berkat dan Sejahtera," ujarnya.
06 May 19
396
Bandar AMBS Dilanda Ribut Menjelang Ramadan
Oleh: Adli Mohamad DUNGUN, 6 Mei – Beberapa kawasan di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dilanda ribut kencang petang semalam sehingga menyebabkan kerosakan harta benda penduduk.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kejadian angin ribut yang bertiup kencang itu juga turut menjejaskan persiapan peniaga bazar Ramadan.“Kejadian yang berlaku menjadi ujian buat penduduk AMBS menjelang Ramadan apabila atap 14 buah rumah penduduk di Taman Mulia diterbangkan angin."Dalam kejadian yang berlaku selepas waktu Asar itu juga merosakkan atap sebuah surau serta merobohkan sebuah garaj kereta milik penduduk."Sementara, kanopi yang dipasang peniaga sehari lebih awal untuk persiapan menjalankan perniagaan di Bazar Ramadan di pusat bandar AMBS turut diterbangkan angin," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika kepada pemberita bagi mengulas kejadian ribut berkenaan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, hari ini.Menurut Ghazali, jumlah kerugian mangsa masih lagi belum dikenalpasti.Katanya, beliau telah mengarahkan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Mulia untuk mengumpulkan segala data dan maklumat penduduk sebelum diserahkan kepada jabatan atau agensi yang berkaitan untuk tindakan lanjut.“Gotong-royong juga akan diadakan untuk membersihkan kediaman mangsa dan diharapkan penduduk yang terlibat dengan ujian dariNya dapat melalui bulan mulia ini dengan penuh kesabaran,” ujarnya.
06 May 19
201
Pertandingan Ayam Sorak Tok Saboh Gamat
Acara tradisional sebegini eratkan hubungan antara penduduk. Oleh: Saifullah JusohBESUT, 6 Mei – Pertandingan Ayam Sorak semakin mendapat sambutan di kalangan penduduk tempatan sekitar daerah ini.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, acara itu secara tidak langsung menjadikan minat memelihara ayam hutan di kalangan penduduk Besut semakin meningkat.“Lebih-lebih lagi apabila banyak pertandingan yang dipertandingkan di peringkat kampung sehingga ke peringkat daerah,” katanya ketika hadir melihat pertandingan Ayam Sorak di Gelanggang Raja Kokok di Kampung Tok Saboh, semalam. Juri memeriksa ayam hutan yang bertanding.Turut hadir, Pembantu Hal Ehwal Belia, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Hafiz Yusoff dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Saboh, Saunuddin Yusof.Program anjuran MPKK Kampung Tok Saboh yang disertai pelbagai peringkat umur mewujudkan suasana meriah dan gamat dengan sorakan pemilik ayam hutan di luar gelanggang, sekali gus menarik penyertaan pengunjung luar daerah itu.Dalam pertandingan itu, ayam hutan yang berkokok paling lama dipilih sebagai pemenang dan merebut hadiah berupa barangan elektrik.Salah seorang pemenang berjaya bawa pulang hadiah kipas elektrik.
05 May 19
532
Program Tautan Kasih Sediakan Kediaman Selesa - Isteri MB
Tuan Faizah melakukan gimik mengecat rumah sebagai tanda perasmian.Oleh : Aziz HambaliMARANG, 6 Mei - Program Tautan Kasih yang dilaksanakan Pertubuhan Kebajikan Sahabat Sejahtera Marang mampu meringankan kesusahan masyarakat setempat termasuk membantu mereka memiliki kediaman selesa.Pengerusi Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa'), Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata, sumbangan daripada orang ramai dan syarikat Tradewinds International Insurance Brokers itu bakal merubah nasib keluarga di Marang yang selama ini hidup dalam kedaifan.Jelasnya, tempat berteduh sememangnya menjadi aset yang sangat bernilai untuk hidup dan melakukan aktviti harian dengan keadaan yang selesa.“Sudah pasti dengan sumbangan ini, kita akan dapat membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan untuk hidup dengan lebih sempurna.“Alhamdulillh, program Tautan Kasih ini sedikit sebanyak kita berjaya memberi mereka lebih kemudahan, walaupun kita tak mampu untuk tolong semua, tapi paling kurang kita redakan sedikit kepayahan setiap ahli keluarga mengikut kemampuan kita,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Tautan Kasih di Kampung Rusila, di sini, kelmarin.Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Sejahtera Marang, Yusof Abdul Hadi dan wakil Syarikat Tradewinds International Insurance Brokers, Zarina Mohd Sahim.Tuan Faizah turut berkata, usaha berkenaan juga bertujuan untuk merealisasikan harapan kerajaan negeri bagi membina masyarakat yang sejahtera dengan melayani setiap keperluan rakyat dengan adil.Beliau juga sangat menghargai sumbangan semua pihak termasuk syarikat Tradewinds International Insurance Brokers yang banyak membantu merealisasikan harapan rakyat.“Program ini juga adalah untuk menjayakan hasrat kerajaan negeri untuk menjayakan misi Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.“Dalam projek ini syarikat Tradewinds International Insurance Brokers telah memberi sumbangan sebanyak RM49,000 bagi membantu usaha membaik pulih sekurang-kurangnya lima buah rumah penduduk di Daerah Marang,” tambah beliau.Projek membaik pulih rumah di Kampung Rusila adalah projek terbaru yang berjaya dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut.
05 May 19
528
Dr Samsuri Imamkan Solat Zuhur
KUALA TERENGGANU, 6 Mei - Kepimpinan kerajaan negeri bersama warga kerja Wisma Darul Iman menunaikan solat zuhur berjemaah pada hari pertama sambutan Ramadan di Tingkat 18, wisma berkenaan, hari ini.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengimamkan solat zuhur berkenaan.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A.Rahman Yahya, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah.Jemaah turut berkesempatan mendengar tazkirah daripada Mohd Nor seusai solat berjemaah itu.
05 May 19
133