Artikel "Semasa" Terkini
Muhasabah Setahun Pentadbiran Kerajaan PAS Terengganu - MB
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan kepimpinan kerajaan negeri idam "Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera". Foto - Media MBPerutusan Setahun Pentadbiran Kerajaan TerengganuAlhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT, di atas limpah kurniaan-Nya kerajaan Terengganu di bawah pentadbiran yang baharu telah mencapai usia setahun pemerintahannya.Sudah pasti tahun yang pertama ini pelbagai pengalaman pahit dan manis telah kita kecapi dalam menguruskan negeri. Setidak-tidaknya kita sudah dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta ancaman dan peluang yang ada untuk diambil tindakan sewajarnya pada masa akan datang.Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak bermula daripada pegawai, kakitangan, pimpinan masyarakat, korporat dan seluruh rakyat yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang setahun pentadbiran ini.Tahun ini, kita meraikan setahun pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu dalam bulan Ramadan. Sangat bertepatan untuk kita melakukan muhasabah terhadap prestasi diri dan juga prestasi Kerajaan Negeri.Dalam tempoh ini, prestasi semua agensi mesti dinilai dan dilakukan penambahbaikan untuk memastikan negeri Terengganu terus bergerak menuju matlamatnya “Maju, Berkat dan Sejahtera”.Marilah kita mengambil semangat daripada saranan Nabi Muhammad SAW untuk menghidupkan bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesungguhan, dan seterusnya kita terjemahkan dalam membangunkan negeri Terengganu ini.Akhirnya, saya mengajak semua pihak untuk sama-sama kita berdoa dan bermunajat dalam bulan yang mulia ini agar kepimpinan negeri dan rakyat diberikan petunjuk oleh Allah SWT untuk menunaikan amanah kepimpinan ini.“Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”Dr Ahmad Samsuri bin MokhtarMenteri Besar Terengganu
09 May 19
400
Kerjasama Dengan IPT Pastikan Sifar Keciciran
KUALA TERENGGANU, 9 Mei - Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu membuka ruang kepada pelajar yang tercicir daripada permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) untuk melanjutkan pelajaran.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim berkata, ianya adalah satu usaha yang sangat bagus untuk mengsifarkan keciciran pelajar yang layak ke peringkat yang lebih tinggi.“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha yang di buat oleh Yayasan Terengganu untuk membuka ruang kepada pelajar Terengganu bukan sahaja mereka yang tercicir tetapi terbuka kepada mereka yang mendapat (tawaran) UPU.“Tapi mereka nak mencuba bidang kemahiran ada yang ditawarkan di ‘booth’ pada hari ini, mungkin mereka boleh mengambil maklumat dan syarat kemasukan,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil berkata demikian dalam sidang media dalam majlis Karnival Pendidikan Sifar Keciciran ke Intitut Pengajian Tinggi (IPT) di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), di sini, hari ini.Maliaman berkata, dengan adanya pameran yang bertujuan menyebarkan maklumat berkenaan pengajian, bermakna tiada alasan untuk mengatakan mereka tercicir tanpa pembelaan dari mana-mana pihak.“Mungkin ada pelajar yang tak tahu makluman dan dengan ada pameran macam ini membuka peluang supaya pelajar kita tidak ada yang tercicir.“Yang tercicir sebenarnya bukan tiada kelayakan tapi mungkin ‘miss flow’ (dan banyak) yang ditawarkan, ada peringkat diploma dan sijil. Ia bergantung kepada agensi,” ujarnya.Justeru itu beliau berharap pameran sebegini dibuat untuk tahun yang akan datang.Katanya, pameran tersebut diadakan setiap tahun dan ini pengajuran kali kelima melibatkan 43 agensi agensi termasuk Institut pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta bidang kemahiran.
08 May 19
180
Struktur Semula Anak Syarikat, Mampu Jimat RM150 Juta - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 9 Mei - Penstrukturan semula 50 anak syarikat kerajaan negeri (GLC) yang sebelum ini dikenal pasti tidak aktif dalam aktiviti perniagaan dijangka mampu menjimatkan sumber kewangan sehingga RM150 juta.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penjimatan itu diperoleh hasil penstrukturan semula anak syarikat kerajaan melalui penutupan dan penggabungan, namun syarikat yang masih berpotensi masih terus beroperasi.“Sejak beberapa tahun lalu sebelum kita ambil alih pentadbiran, kerajaan terpaksa suntik RM150 juta setahun kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri. Bayangkan, jika kita boleh kurangkan sehingga angka 'zero', kita boleh jimat sehingga RM150 juta.“Wang itu pula kita boleh salurkan untuk kegunaan lain seperti pendidikan, kesihatan, kebajikan dan apa jua yang boleh diberikan kepada rakyat,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Iman, di sini semalam.Menyifatkan ia sebagai antara cabaran yang perlu ditempuh selepas memerintah Terengganu, katanya, sekiranya anak-anak syarikat yang tidak aktif ini tidak ditutup, ia tidak dapat membantu menyelamatkan wang kerajaan.“Apabila kita ambil alih kerajaan, kita mengenal pasti kelemahan-kelemahan dan baiki struktur dan cara pengurusan kerajaan. Kita kenal pasti projek-projek yang sebelum ini memberi kesan yang besar walaupun mungkin sesetengah orang tak nampak.“Dengan mengenal pasti kelemahan ini, kita dapat bekerja secara lebih efisien tanpa terpaksa keluarkan duit yang banyak untuk menyelamatkan atau untuk tutup kelemahan-kelemahan yang berlaku sebelum ini,” katanya.Terdahulu, Ahmad Samsuri memaklumkan lebih 50 anak syarikat milik Kerajaan Terengganu yang tidak lagi aktif dalam sebarang aktiviti perniagaan akan ditutup dalam usaha menjimatkan perbelanjaan.“Kebanyakan syarikat berkenaan adalah anak syarikat di bawah Terengganu Inc dan menjalankan perniagaan yang hampir serupa antara satu sama lain menyebabkan berlaku persaingan yang tidak sihat,” katanya.
08 May 19
97
BBBR Rai 56 Anak Yatim Dan Warga Istimewa Berbuka Puasa
Rajemah (berdiri tiga dari kanan) beramah mesra dengan sebahagian dari anak yatim di majlis berbuka puasa di Batu Burok Beach Resort.KUALA TERENGGANU, 9 Mei - Batu Burok Beach Resort (BBBR) meneruskan tradisi mengadakan majlis iftar bersama anak yatim buat kali ke-12 dalam usaha memenuhi salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak mereka.Pengarah Urusannya, Rajemah Sheikh Ahmad berkata, pihaknya sangat komited untuk mengadakan program CSR sebegini kerana ia secara tidak langsung memberi kegembiraan kepada insan terpilih ini.Katanya, jika sebelum ini mereka tidak mewar-warkan program CSR ini, namun kali ini pihaknya merasakan sambutan berbuka puasa lebih meriah dengan kehadiran anak-anak yatim serta warga istimewa."Program iftar ini diadakan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan sekali gus merapatkan lagi hubungan antara resort dengan masyarakat setempat.“Kita mahu meraikan mereka dengan istimewa, kegembiraan yang kita ada ini perlu dikongsi bersama, terutamanya buat mereka yang benar-benar memerlukan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis berbuka puasa bersama warga istimewa anjuran pengurusan Batu Burok Beach Resort & Warong Pak Maidin, di sini semalam.Seramai 56 anak yatim dan warga istimewa dari Asrama Perkaya, Marang dan Rumah Sejahtera Taman Bahagia, Bukit Payung diraikan dalam majlis kali ini dengan penuh kemeriahan.Tambahnya lagi, program yang dilaksanakan sejak 2007 ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu mereka yang memerlukan.
08 May 19
209
Masjid Mengabang Tengah Runtuh
KUALA TERENGGANU, 8 Mei - Ribut yang melanda bandar ini malam tadi menyebabkan Masjid Mengabang Tengah, Batu Buruk, yang sedang dinaik taraf runtuh sekali gus menjejaskan struktur utama masjid berkenaan.Susulan kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi menggesa pihak berkuasa atau agensi kerajaan berkaitan supaya mengadakan siasatan segera bagi menjamin keselamatan penduduk sekitar terutama jemaah yang mengunjungi rumah ibadat itu.“Alhamdulillah tidak ada sebarang kecederaan mahupun kehilangan nyawa. Itu yang penting dan saya nasihatkan kepada penduduk supaya mengikut arahan daripada pihak berkuasa sama ada boleh memasuki masjid berkenaan atau tidak."Saya berharap agar penduduk bersabar sehingga pihak berkuasa membuat siasatan bagi mengelakkan sebarang perkara diingini,” katanya.Beliau berkata demikian kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika meninjau tempat kejadian, malam tadi.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera DUN Batu Buruk,Abu Bakar Salleh, wakil MPKK Mengabang Tengah dan penduduk sekitar.Muhammad Khalil yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri berkata, masjid itu sudah lama dimanfaatkan masyarakat sekitar sedang dinaik taraf dan dipantau Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT).Menurut beliau, pihak berkuasa akan memaklumkan berkenaan status masjid itu sama ada selamat digunakan sepanjang Ramadan ini, dalam masa terdekat.
08 May 19
910
Kakitangan WDI Tidak Jadi Berpindah Ke Bangunan Baharu
KUALA TERENGGANU, 8 Mei- Keputusan kerajaan negeri untuk tidak memindahkan kakitangan keBangunan Wisma Darul Iman (WDI) yang baharu di Kampung Tanjung, dekat sini, mampu menjimatkan kos antara RM30 juta hingga RM40 juta.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata bangunan WDI setinggi 30 tingkat yang hampir 90 peratus siap itu pada awal cadangan pembinaan adalah Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) membabitkan kos pembinaan RM180 juta.Katanya, disebabkan pertukaran Menara MBKT kepada Bangunan WDI, kos sedia ada terpaksa ditambah sehingga nilaian mencecah kos RM210 juta.“Memandangkan nilaian itu terlalu tinggi, kerajaan negeri dengan persetujuan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengekalkan cadangan asal iaitu kekal kepada Menara MBKT yang dijangka siap pertengahan tahun depan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan MMKN, di WDI, hari ini.Dalam laporan teganukita pada 26 Disember tahun lalu, pembinaan projek bangunan Wisma Darul Iman (WDI) yang baharu di Kampung Tanjung, dekat sini, berketinggian 30 tingkat membabitkan kos RM210 juta kini lebih 80 peratus siap.Projek di kawasan seluas 2.2 hektar dan dimulakan pada pertengahan 2017 itu, pada awalnya dijangka siap pada Mei tahun depan, bagaimanapun terpaksa dilanjutkan tempoh sehingga Jun 2020 berikutan berdepan masalah kewangan dan beberapa teknikal.Pada masa sama, kelewatan itu turut berpunca daripada pertukaran projek Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kepada bangunan WDI dengan persetujuan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 24 Mei tahun lalu.
08 May 19
1993
Penerima Zakat Mampu Berubah Jika Dibantu
Ghazali membantu salah seorang penerima yang hadir.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 8 Mei - Penerima zakat Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mampu untuk memperbaiki taraf kehidupan jika diberi suntikan motivasi.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, menjadi hasrat dan matlamatnya bagi memastikan penerima zakat di DUN berkenaan dapat dikurangkan tahun demi tahun."Memang diakui bahawa kos sara hidup yang tinggi menyebabkan agak sukar golongan ini untuk keluar dari kemiskinan tegar."Tetapi, kita yakin dan percaya kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk mencari jalan agar rakyat hidup dalam keadaan yang tidak membebankan dan mewujudkan peluang pekerjaan, kecuali mereka yang benar-benar tidak berupaya, tidak mampu bekerja kerana faktor kesihatan dan sebagainya maka ianya adalah wajar untuk terus dibantu," katanya ketika ditemui Urusetia Darul Iman (UPDI).Beliau berkata demikian ketika hadir meninjau perjalanan agihan zakat dari MAIDAM kepada 300 asnaf sekitar DUN berkenaan, di Dewan Orang Ramai, Jerangau, semalam.Ghazali turut menasihatkan asnaf supaya dapat memanfaatkan bantuan yang diterima untuk keluar dari belenggu kemiskinan.“Tahun ini berlaku sedikit peningkatan penerima berbanding tahun lepas. Jadi, kita akan fokus kepada mereka yang masih muda, mempunyai kudrat dan berpotensi untuk mengubah nasib diri."Kita akan menggalakkan mereka terlibat dalam industi asas tani atau keusahawanan yang mana, kedua bidang ini begitu diberi perhatian oleh kerajaan negeri termasuk diberi suntikan dana yang amat diperlukan mereka," katanya.
07 May 19
38
Konvoi ARC Kukuh Ukhuwah Anak Muda - Dr Azman Ibrahim
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 8 Mei - Sebanyak 47 buah motosikal dengan pelbagai kapasiti enjin (cc) menyertai Konvoi Alternative Riding Club (ARC) kawasan Jabi ke Cameron Highlands yang berkonsepkan riadah, ukhuwah dan tarbiah. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, program santai itu bukan sekadar makan angin semata-mata sebaliknya menjadi medium mengukuhkan persaudaraan antara anak muda.“Konvoi ini bukan untuk berlumba tetapi kita mahu pupuk ikatan ukhuwah dan kerjasama di sepanjang perjalanan mereka,” katanya ketika ditemui di Perkarangan Masjid Jabi Lama sebelum berangkat ke Cameron Highlands, baru-baru ini.Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi mengingatkan bahawa pemuda mempunyai peranan yang penting untuk membawa risalah Islam dan menjadi mata telinga kepada kerajaan.“Kali ini, kita keluar seketika mencari semangat dan ketenangan. Semoga kita kembali nanti dengan semangat baru untuk menjalankan tugas di peringkat masing-masing,’’ katanya.
07 May 19
336
Paya Bunga Hotel Terengganu Tawar Pakej Menarik Sempena Ramadan
KUALA TERENGGANU, 8 Mei - Sempena kedatangan bulan Ramadan, Hotel Paya Bunga (PB) Terengganu yang berpangkalan di sini melancarkan menu bufet Maidah Al-Barakah kepada orang ramai yang berbuka puasa di hotel itu mulai 6 Mei lalu.Pelbagai juadah beraneka ditawarkan kepada pengunjung termasuk hidangan berkonsepkan bazar Ramadan ditawarkan bagi menghidupkan kemeriahan suasana di Hotel PB.Menu utama yang menjadi kegemaran pengunjung adalah kambing panggang, ketam masak cili api dan patin masak tempoyak.Pengurus Besar Hotel PB, Abdul Hadi Alias berkata, promosi bufet yang berlangsung sehingga 4 Jun depan bermula pukul 6.30 petang hingga 9 malam dibuka dengan harga yang berpatutan iaitu RM69 bagi dewasa dan RM49 bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.“Pakej berbuka puasa dan sahur sama ada persendirian atau korporat juga turut ditawarkan kepada pelanggan yang ingin meraikan anak-anak yatim dan kita menyediakan ruang yang boleh memuatkan seramai 100 hingga 450 orang.“Selepas berbuka puasa, para tetamu juga boleh terus mengerjakan solat tarawih berjemaah di surau kami yang boleh memuatkan kira-kira 150 jemaah. Solat tarawih ini diadakan setiap malam dan dipimpin oleh pelajar-pelajar tahfiz dari Kolej al-Quran Terengganu.“Harga diskaun juga akan diberikan sekiranya pelanggan membuat tempahan lebih awal, pakej sahur pula berharga RM30,” katanya.Menurut Abdul Hadi lagi, kenikmatan berbuka puasa lebih selesa kepada pengunjung kerana pihaknya menyediakan konsep makan di dalam suasana kampung malah kolam renang yang terletak bersebelahan The Roselle @ Eleven juga mengindahkan lagi pemandangan.Pihaknya juga memberikan diskaun sebanyak 30 peratus untuk warga emas yang ingin berbuka puasa di hotel berkenaan.“Lokasi berbuka puasa hotel ini juga mampu menampung kehadiran 107 pengunjung dalam satu-satu masa. Dan bagi mereka yang ingin menikmati moreh selepas tarawih, harga yang ditawarkan serendah RM10 seorang.“Sebanyak RM1 daripada setiap pembelian akan disumbangkan ke Tabung Rohingya,” tambah beliau.Hotel PB merupakan anak syarikat kerajaan negeri yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu.Orang ramai yang berminat untuk menikmati juadah yang disediakan boleh membuat tempahan dan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan bufet Ramadan dengan menghubungi talian 09-6006666.
07 May 19
881
Kompleks Pendidikan Islam Besut Terengganu Bakal Lahirkan Ilmuwan Agama
Kompleks Pendidikan Islam di Besut.Oleh: Muhd Afiq Zohir BESUT, 8 Mei - Pembinaan Kompleks Pendidikan Islam di Besut akan menjadikan daerah itu sebagai perintis melahirkan lebih ramai generasi al-Quran yang menjadi rujukan masyarakat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, kompleks itu siap dibina dengan 20 kelas dan dijangka mampu menampung 1,000 pelajar pada satu-satu masa.Katanya, ia bukan sahaja bertujuan melahirkan pelajar yang menghafal 30 juzuk al-Quran (huffaz), malah mampu berkhidmat kepada masyarakat dalam pelbagai bidang selepas tamat belajar nanti.“Pembinaan kompleks ini mampu untuk melahirkan penghafal-penghafal kitab suci al-Quran serta menyebarkan dakwah Islam.Wan Azhar melawat Kompleks Pendidikan Islam.“Pembinaan kompleks ini juga dapat melahirkan suatu persekitaran yang sejahtera di kalangan masyarakat setempat,” katanya.Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas mengadakan lawatan ke kompleks berkenaan di Kampung Lubuk Kawah, di sini semalam.Wan Azhar juga berharap dengan siapnya pembinaan kompleks itu, ia dapat menarik perhatian ibu bapa untuk memberi kepercayaan kepada sistem pembelajaran berteraskan agama.Tambah beliau, sistem pembelajaran di kompleks tersebut akan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa utama dalam mata pelajaran tertentu.“Proses pembelajaran di sini lebih menekankan ilmu agama di mana bahasa Arab menjadi teras untuk memudahkan sesi pembelajaran,” katanya lagi.
07 May 19
601