Artikel "Semasa" Terkini
ADUN Bandar Santuni Petugas Malam Agih Juadah Sahur
Ustaz Ahmad Shah (dua dari kanan) menemui anggota polis di Balai Polis Chabang Tiga sempena Program Singgah Sahur.Oleh : Syed Abdul Rahman dan Ariss Alias KUALA TERENGGANU, 12 Mei - Sebagai menghargai tugas penjawat awam yang berkhidmat pada waktu malam, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed turun padang bagi menemui golongan sasar itu menerusi program singgah sahur yang bermula jam 1 hingga 3 pagi, semalam. Dalam program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) itu, beliau singgah di beberapa balai polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta sekolah kebangsaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar itu bagi menemui anggota polis, bomba, Ikatakan Relawan Rakyat (Rela) dan pengawal keselamatan bagi mengagihkan makanan untuk bersahur.Program itu turut disertai Penyelaras i-MiTS, Syed Hassan Mohamad dan Belia i-MiTS Bandar, Muhammad Suhaimi Ghazali.Ustaz Ahmad Shah (dua dari kanan) menyampaikan bungkusan makanan sahur kepada anggota Rela yang mengawal di JPJ Kuala Terengganu.Sebanyak 60 bungkus makanan sahur diedarkan kepada petugas berkenaan. Kesemua penjawat awam berkenaan teruja dan menyambut baik usaha murni tersebut.Sementara itu di Setiu, Pegawai Hal Ehwal Belia i-MiTS DUN Langkap, Baihaqiey Ahmad pula mengetuai Program Kembara Pertubuhan Sahabat Komuniti Sejahtera DUN Langkap (Pemula), Berkat Sahur 1.0, turut menemui anggota polis, pengawal keselamatan sekolah dan pekerja stesen minyak di Mukim Chalok 1 untuk menyampaikan sumbangan makanan sahur.Baihaqiey berkata, sebanyak 40 bungkus makanan sahur diagihkan kepada mereka berkenaan dengan bantuan tujuh nggota Pemula Sejahtera.
11 May 19
43
Teroka Sumber Pertanian Baharu, Tampung Krisis Harga Sawit Dan Getah
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 12 Mei - Terengganu akan menerokai tanaman pertanian baharu bagi menampung krisis kejatuhan harga sawit dan getah yang memberi tekanan terhadap peladang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ketidakstabilan harga getah dan sawit yang berpanjangan dalam pasaran menyebabkan terdapat perubahan terhadap tumpuan utama sektor itu.Jelasnya, penjenamaan tanaman kontan dan kekal adalah inisiatif baharu yang perlu diceburi bagi mengatasi masalah tersebut."Dengan itu, kita perlu melihat fokus serta tumpuan lain apabila merancang untuk pembukaan tanah pertanian baru."Dalam Pelan Strategik Hala Tuju Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023 memberi tumpuan terhadap tanaman yang menyumbang kepada pengeluaran makanan negeri."Samada tanaman kontan atau kekal, itu akan dilihat dan diusahakan bagi membantu para peladang menjana pendapatan mereka," ujar beliau.Beliau berkata demikian melalui laman rasmi Facebook beliau, semalam.Azman berkata, tanaman kontan dapat memberi pulangan harian dan ia membolehkan peladang terus memperoleh pendapatan, sekali gus tidak terjejas teruk dengan kejatuhan harga sawit dan getah.Katanya, anak muda adalah golongan yang digalakkan untuk menceburi tanaman tersebut di ladang masing-masing."Generasi muda lebih digalakkan untuk menceburi bidang tanaman kontan kerana ia membuahkan hasil yang cepat serta memberi pulangan ekonomi dalam tempoh yang singkat."Saya berharap anak muda yang menceburi bidang ini terus cekal untuk membuktikan bahawa bidang ini bukan kerjaya orang gagal," katanya lagi.
11 May 19
36
Bomba Tumpu Pemeriksaan Pasar Raya Seluruh Terengganu
KUALA TERENGGANU, 12 Mei – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu memeriksa sebanyak 50 peratus pasar raya dalam Program Keselamatan Kebakaran Bangunan di seluruh negeri ini bagi memastikan aspek keselamatan kebakaran dalam keadaan baik.Timbalan Pengarah JBPM negeri, Sharikan Bustaman berkata, aspek keselamatan perlu dipertingkatkan bagi memastikan tahap keselamatan premis sentiasa dalam keadaan baik berikutan menjadi lokasi tumpuan ramai pada musim perayaan."Lazimnya pada bulan Ramadan premis pasar raya menjadi tumpuan orang ramai tetapi, di Terengganu ini jumlahnya tidak banyak dan Alhamdulillah kira-kira 50 peratus telah diperiksa setakat seminggu umat Islam berpuasa dan kerja-kerja pemeriksaan sempena Hari Raya Aidilfitri itu dijangka dapat diselesaikan pada minggu depan."Kebanyakan pasar raya yang diperiksa patuh kepada jadual penyelenggaraan yang ditetapkan untuk membolehkan mereka memperbaharui sijil kelayakan menduduki bangunan dan boleh dikatakan kesemuanya layak untuk mendapatkan sijil perakuan bomba," katanya.SharikanBeliau berkata kepada pemberita selepas program Jom Jengoh Sahur anjuran Pertubuhan Karyawan Kreatif Terengganu Darul Iman (Karyawan) dengan kerjasama Hotel Permai dan Hotel Primula di sini Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, di sini baru-baru ini.Dalam program tradisi tahunan itu, sebanyak 200 pek makanan diagihkan kepada anggota JBPM Terengganu di samping pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, kakitangan Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan pengawal keselamatan.Turut hadir, Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abdul Rahman dan Pengurus Besar Hotel Primula Beach Hotel, Suaibah Harun.Sharikan memberitahu, dalam usaha JPBM mencapai sasaran sifar kebakaran pada musim perayaan kali ini, pihaknya turut mengadakan pelbagai program kesedaran awam di pasar malam dan bazar Ramadan bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya kebakaran.“Di samping itu juga, bomba turut memperkasakan kempen keselamatan di air di samping akan meningkatkan pengawasan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini di kawasan tumpuan pelancong terutama di pantai,”ujarnya.
11 May 19
70
PKAPKN Agih Makanan Berbuka Puasa Kepada Fakir Miskin
Bantuan makanan untuk berbuka puasa.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 11 Mei – Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) telah mengagihkan sumbangan makanan berbuka puasa kepada Penduduk Kampung Kesom Che Nordin dan Kampung Kesom Alur Rekang baru-baru ini.Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Shafi'i mewakili Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, bantuan itu sedikit sebanyak memberi keceriaan dalam menjalani ibadah puasa kepada penduduk yang kurang berkemampuan.Katanya, usaha itu secara tidak langsung memberi motivasi kepada golongan fakir miskin untuk terus beribadah dengan sempurna di bulan Ramadan ini."Program ini telah banyak membantu warga miskin di kawasan ini dan rata-rata penduduk bersyukur dan mengucapkan bebanyak terima kasih kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas mengagihkan juada berbuka puasa kepada penduduk yang memerlukan.Turut hadir, timbalan pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kesom Alur Rekang, Nasir Yaakob serta Ahli Jawatankuasa MPKK yang sama-sama membantu mengagihkan juadah berbuka puasa bersama pegawai-pegawai PKAPKN.Dalam program itu sebanyak 100 pek makanan telah diagihkan kepada penduduk-penduduk sekitar kampung berkenaan.Program agihan makanan berbuka puasa ini bermula pada jam 5.00 petang dan berakhir kira-kira pukul 6.00 petang.Program tersebut akan diteruskan di kesemua kampung dalam parlimen Kuala Nerus bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan menjalani ibadah puasa dengan baik.Ia sekaligus mengurangkan kesusahan yang dihadapi oleh orang yang tidak berkemampuan.
10 May 19
126
Terima Kasih Sebab Ceriakan Sahur Kami
KUALA NERUS, 10 Mei - Pertubuhan Karyawan Kreatif (Karyawan) dengan kerjasama Hotel Primula dan Hotel Permai berjaya menyantuni hampir 70 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menjadi kumpulan pertama penerima Food Bank Siswa melalui program Jom Jengoh Sahur.Program berkenaan diadakan bagi meringankan beban pelajar yang tergolong dalam keluarga yang kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati keberkatan di bulan Ramadan.Mohammad BariPenuntut Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, Mohammad Bari Johari, 24, yang berasal dari Mukah, Sarawak berkata, sumbangan juadah sahur cukup bermakna kepadanya yang sudah dua tahun berturut-turut berpuasa di UniSZA."Pertama kali menerima juadah bersahur semenjak saya berada di sini dan merasa cukup terharu serta teruja kerana kami biasanya bersahur mengikut kemampuan seperti mi segera."Kebanyakan dari kami berasal dari golongan yang tidak berkemampuan dan terpaksa berjimat cermat dan bila ada pihak bantu memberi makanan untuk bersahur, ia cukup bermakna," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui selepas program Jom Jengoh Sahur di UniSZA, semalam.Program yang bermula 10 malam hingga 2 pagi, turut disertai Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abd Rahman dan Pengurus Besar Hotel Primula, Suaibah Harunserta lebih 50 orang petugas hotel dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Karyawan.Turut hadir, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia dan Presiden Karyawan, Zaid Salim.Program Food Bank Siswa adalah kesinambungan daripada program Food Bank Malaysia yang dilancarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).NormelisaSementara itu, Penuntut Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, Normelisa Mohd Yadi yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) berkata, dengan keadaannya yang terpaksa bergantung kepada kerusi roda, sumbangan juadah bersahur pada kali ini membantu meringankan bebannya."Terima kasih sebab sudi hantarkan juadah sahur sampai depan pintu asrama dan tidak perlu saya pergi ke kafe untuk membeli makanan atau menyusahkan kawan-kawan untuk membantu menolak kerusi roda."Kali pertama ada pihak luar datang memberi sumbangan makanan kepada kami yang ratanya dari keluarga yang kurang berkemampuan dan sekali lagi saya merasa gembira dan berharap dapat diteruskan pada masa akan datang," kata Normelisa.Bagi Penuntut Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial, Nurul Hidayah Abu Hassan, 21, yang juga OKU merasa cukup seronok kerana buat kali pertama menerima sumbangan juadah bersahur daripada pihak luar."Keadaan saya yang buta menyukarkan pergerakan dan sebelum ini terpaksa bergantung kepada kawan untuk bergerak, walaupun rasa susah tetapi lama kelamaan ia menjadi perkara biasa."Rasa syukur sangat dengan bantuan yang diberikan dan buat kali pertama tidak perlu susahkan orang lain untuk membeli makanan sahur," ujarnya.
10 May 19
319
MB Terengganu Berbuka Puasa Bersama Rakyat Kampung Pulau Panjang
MB (tengah) bersalaman dengan orang ramai di perkaranganperkarangan Masjid An-Nur, Kampung Pulau Panjang, Jerteh Besut.BESUT, 10 Mei - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Abd Rahman bergegas dari Kuala Lumpur ke Masjid An-Nur Pulau Panjang, Jerteh di sini untuk berbuka puasa bersama penduduk kampung kelahiran beliau itu.Katanya, beliau menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terus ke Kota Bharu, Kelantan untuk mempercepatkan perjalanan supaya sempat berbuka puasa di situ."Jika mengikut jadual asal saya terus sahaja ke sini tetapi semalam saya terpaksa terbang ke Kuala Lumpur untuk pertemuan dengan Perdana Menteri hari ini," katanya.MB (kanan) menyampaikan sumbangan kepada seorang anak yatim di Masjid An-Nur Pulau Panjang, Jerteh Besut.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Bantuan Anak Yatim dan Fakir Miskin Kampung Pulau Panjang, di masjid berkenaan hari ini. Dr Ahmad Samsuri sempat menyampaikan bantuan kepada empat orang anak yatim dari 18 orang penerima sebelum waktu berbuka di masjid itu. Di samping itu, beliau turut mengisytiharkan peruntukan penambaikan masjid itu dengan jumlah besar yang dirahsiakan. Dr Ahmad Samsuri ketika mengimbau kembali zaman kanak-kanak menyatakan bahawa beliau pernah belajar mengaji al-Quran di sebuah bangsal khas di tepi masjid itu.Penduduk Kampung Pulau Panjang, Jerteh berbuka puasa di perkarangan Masjid An-Nur. Bagaimanapun bangsal berkenaan sudah tiada dan begitu juga rumah tempat kelahiran beliau.Kira-kira 300 orang penduduk kampung berkenaan hadir berbuka puasa di perkarangan masjid berkenaan.
10 May 19
429
Kurma Untuk Peniaga Pasar Cabang Tiga
Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 9 Mei - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Bandar dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) mengagihkan sumbangan buah kurma kepada 160 peniaga di Pasar Chabang Tiga, di sini, hari ini.Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, sebagai meraikan Ramadan pihaknya turun padang menemui peniaga sambil menyampaikan buah kurma.Katanya, kunjungan itu juga sebagai menghargai dan melahirkan rasa syukur melihat kemeriahan suasana Pasar Cabang Tiga yang dibanjiri ramai pengunjung terutama pada bulan ini."Ada peniaga yang berbisik pada saya, berkat Bulan Ramadan ini menjadikan rezeki berniaga semakin bertambah berbanding bulan yang lain."Selamat melakukan ibadah di bulan Ramadan kepada seluruh peniaga Pasar Cabang Tiga ini. Mudah-mudahan diluaskan pintu rezeki oleh Allah SWT," tambahnya lagi.
10 May 19
909
300 Umat Islam Bantah Kebiadapan Israel
Nasir Abdul Razak (tiga dari kiri) berucap memberi amaran kepada Israel.KUALA TERENGGANU, 10 Mei - Lebih 300 umat Islam berkumpul di Masjid Pengadang Baru petang tadi bagi membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang menyerang dan membunuh penduduk Palestin di Gaza pada awal Ramadan.Pengarah Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Nasir Abdul Razak menegaskan, himpunan itu adalah sebagai tanda kebersamaan dan solidariti umat Islam bersama rakyat Gaza yang ditindas saban waktu.Beliau turut memberi peringatan, tindakan tentera Israel merupakan perbuatan keji yang akan ditentang habis-habisan oleh seluruh umat Islam di serata dunia.“Himpunan kita pada petang ini sebagai rintihan dan bantahan kita terhadap keganasaan yang dilakukan terhadap penduduk dan juga sahabat kita di Palestin khususnya di Gaza.“Palestin adalah jantung kita, sekali mereka disakiti dan dizalimi maka kita pun akan terjejas sama, dan kita akan bertindak balas dengan tindakan itu, mereka (Israel) sebenarnya menggali kubur mereka sendiri,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam himpunan aman selepas solat Jumaat yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Terengganu di perkarangan masjid berkenaan.Nasir yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menyeru kepada seluruh umat Islam yang ada di Terengganu untuk terus bangkit bersama warga Gaza.“Kita berdoa di bulan Ramadan yang penuh berkat ini supaya kebangkitan islam berlaku, kita yakin itu akan berlaku, kebangkitan itu akan lebih utuh sekiranya kita bersatu, bersatu akan melahirkan kekuatan untuk kebangkitan yang hebat,” tambah beliau.Penunjuk perasaan bantahan melaungkan takbir dan mengibar bendera Palestin, sepanduk, kain rentang dan poster sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin.Sehingga kelmarin, sekurang-kurangnya 27 terkorban manakala 256 yang lain cedera dalam serangan rejim pengganas Israel di Semenanjung Gaza, selepas mayat sepasang suami isteri ditemukan di bawah runtuhan bangunan, kata Kementerian Kesihatan Palestin.Menjelang awal Ramadan lalu, pesawat perang Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa kawasan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), kononnya sebagai tindak balas terhadap penggunaan belon berisi bahan bakar dari wilayah dikepung itu.Susulan serangan itu, dua roket dilepaskan dari Gaza ke selatan wilayah Israel, sebelum jet pejuang Zionis membalas semula serangan berkenaan pada Jumaat lalu sehingga membunuh dua anggota tentera Hamas.Keadaan terus tegang, apabila 90 roket ditembak dari Gaza ke wilayah Israel pada Sabtu, dan pertempuran sengit bermula apabila Zionis melancarkan serangan kali ketiga ke atas Gaza beberapa jam kemudian.
10 May 19
40
Duyong Marina Resort Terengganu Rai Tahfiz, Anak Yatim, Penduduk Asnaf Berbuka Puasa
KUALA TERENGGANU, 10 Mei - Ramadan bukan sahaja bulan ibadah sebaliknya menjadi sebahagian agenda beberapa syarikat korporat untuk berkongsi kemeriahan dan meneruskan tanggungjawab sosial (CSR) mereka.Duyong Marina & Resort (DMR), salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri juga tidak ketinggalan membuat amalan sama dengan meraikan 159 anak-anak tahfiz, anak yatim dan penduduk asnaf kampung Pulau Duyong di resort berkenaan semalam.Pemangku Pengurus Besar, Sham Fazli Yusof berkata, program itu merupakan acara tahunan yang membuktikan keprihatinan pihaknya kepada golongan tersebut terutama ketika Ramadan.Menurutnya, tahun ini adalah tahun keempat DMR mengadakan majlis berbuka puasa bersama mereka yang kurang bernasib baik."Mereka ini adalah penduduk miskin yang tinggal sekitar kawasan hotel ini dan kami akan jemput mereka setiap tahun untuk berbuka puasa dengan kakitangan hotel kami termasuk anak-anak tahfiz dan anak yatim."Tiada apa yang lebih menggembirakan kita melainkan apabila membuatkan mereka ini bergembira di bulan yang penuh keberkatan ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa di Duyong Marina & Resort, di sini petang semalam.Tambahnya lagi, majlis berbuka puasa itu merupakan antara program CSR yang dirancang sempena bulan Ramadhan ini dan berharap usaha itu sekurang-kurangnya dapat berkongsi keceriaan sekali gus menikmati Ramadan dengan penuh bermakna.Dalam pada itu, Sham Fadzli berkata, Duyong Marina pada tahun ini menawarkan bufet Ramadan dengan pelbagai menu istimewa.“Tawaran yang kami beri ini amat berpatutan dari segi harga dan juadah yang disediakan supaya semua golongan berpeluang untuk menikmati suasana berbuka puasa di hotel seperti golongan yang berkemampuan."Bagi orang dewasa harga yang ditetapkan pada RM59 seorang manakala kanak-kanak RM42 seorang," katanya.Terletak di Pulau Duyong, menghadap Laut China Selatan, DMR merupakan salah satu simbol komitmen kerajaan negeri dalam sektor pelancongan.
10 May 19
509
Pertemuan MB - PM Supaya Pertimbang Hasrat Rakyat Terengganu
PUTRAJAYA, 10 Mei - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bertemu mata dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perjumpaan santai selama satu jam bagi mendapatkan panduan dan rayuan berhubung beberapa perkara, di Pejabat Perdana Menteri, hari ini.Menurut beliau, pertemuan itu berkait beberapa isu termasuk hala tuju pelaburan pihak luar negara ke Terengganu.Malah, Dr. Samsuri juga memberitahu, mereka turut membincangkan projek di bawah 'Rolling Plan RMK11' di bawah Teras V, isu wang tunai petroleum, baki pinjaman Kerajaan Persekutuan untuk projek Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), projek Khazanah di Terengganu dan pemerkasaan ekonomi penduduk tempatan."Terima kasih atas panduan dan pandangan dari YAB Perdana Menteri."Semoga rayuan kami rakyat Terengganu diberi pertimbangan yang adil dan sewajarnya," kata beliau lagi.
10 May 19
89