Artikel "Semasa" Terkini
Dana Raya Pelengkap Kebajikan Rakyat (Siri 2)
Kerajaan Negeri sedang bergerak atas rangka untuk melahirkan masyarakat madani yang bertamadun dan mempunyai jati diri untuk berdikari dan produktif. Kerajaan Negeri telah memperluaskan peruntukan untuk memudahkan rakyat untuk terus berdikari bagi membina kekayaan sendiri tanpa bergantung dengan pihak lain serta bebas daripada pemikiran yang terikat dengan subsidi dan bantuan pihak tertentu dalam kehidupan dan kenegaraan.Ibnu Khaldun menyebut bahawa manusia adalah makhluk bertamadun dan masyarakat madani yang boleh menghasilkan pelbagai pekerjaan hasil daripada dirinya dan sumber sekelilingnya. Inilah yang dipanggil sebagai sumber tenaga manusia. Dalam organisasi samada kerajaan atau swasta, ia mempunyai jabatan yang khusus bagi menguruskan sumber manusia ini dengan segala latihan dan sebagainya, menjelaskan betapa pentingnya sumber manusia ini. Dana Raya tidak mampu membina masyarakat madani, kerana sumber manusia itu tidak digunakan sebaiknya.Abu Daud Dan Ibnu Majah meriwayatkan kisah seorang lelaki Ansar yang datang meminta sesuatu daripada Rasulullah. Rasulullah bersabda : "Sesuatu ada di rumahmu? Lelaki itu menjawab : Ya! Kain yang kami memakai sebahagiannya dan kami guna untuk hamparan sebahagiannya dan juga satu bekas yang diguna untuk kami meminum air. Rasulullah bersabda: "Bawa barang itu kepadaku" Lelaki itu membawa keduanya. Rasulullah memegang keduanya dengan tangannya dan berkata: "Siapa yang mahu membeli kedua barang ini?" Seorang lelaki berkata: "Aku membelinya dengan satu dirham" Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang mahu membeli lebih daripada satu dirham?" Baginda mengulangi dua atau tiga kali. Seorang lelaki berkata: "Saya akan membelinya dengan dua dirham"Rasulullah memberi keduanya kepada lelaki itu dan mengambil dua dirham serta memberi kepada lelaki Ansar dan berkata: "Belilah makanan dengan satu dirham ini dan serahkan kepada keluargamu dan beli sebilah kapak dengan satu dirham dan bawakan kepadaku". Lelaki itu membawa kapak tersebut, lalu Rasulullah mengikat kayu pada kapak itu dengan tangannya. Kemudian baginda berkata: "Pergi dan cari kayu api serta jual dan aku tidak mahu melihat kamu selama lima belas hari".Lelaki itu pun mencari kayu api dan menjualnya. Lelaki ini datang dengan membawa 10 dirham dan membeli baju dengan setengahnya dan membeli makan dengan setengahnya. Rasulullah bersabda kepadanya: "Ini lebih baik bagimu daripada kamu datang meminta-minta kerana satu titik hitam berada pada mukamu pada hari kiamat".Sesungguhnya meminta-minta tidak layak melainkan kepada 3 golongan iaitu miskin tegar, penghutang yang terhimpit dan seseorang yg terdesak untuk membayar diyah kerana kesalahan yang dilakukannya (hadis nabi).Petunjuk nabawi bertujuan untuk mendidik ummah dengan sikap produktiviti dan sifat berdikari wajar dihayati oleh setiap muslim. Ketika itu, Rasulullah bukan sahaja Nabi tapi ketua negara yang memimpin Negara Islam dan mengurus kewangan negara. Sudah tentu petunjuk nabawi ini perlu digarap dalam kehidupan rakyat Terengganu. Apatah lagi amat kena dengan gelaran Negeri Serambi Madinah yang kita banggakan. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah melandasi petunjuk ini dengan berusaha untuk memberi peluang kemudahan rakyat untuk terus berdikari. Kerajaan Negeri telah menyedia Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) sebanyak RM15 juta. Sepanjang 5 bulan ini Tabung ini telah peruntukan sejumlah RM619000 kpd 185 usahawan. Pinjaman tanpa riba ini boleh dimanfaati oleh usahawan sepanjang setahun dengan jumlah pinjaman antara RM3000 hingga RM10,000 mengikut keperluan. Kerajaan dulu hanya memperuntukkan 5 juta sahaja. Mungkin peruntukan diutamakan untuk Dana Raya daripada peruntukan ini. Wallahu a'lam. Tetapi yang pasti, kesannya tidak sama. Dana Raya gembiranya sementara, tetapi pinjaman TUGAS, boleh mengubah nasib rakyat.Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) yang patuh syariah dan tanpa riba. Kerajaan dahulu hanya RM500 ribu dan ada faedah 3%. Mungkin kerajaan dahulu mengutamakan untuk peruntukan Dana Raya daripada Skim Bantuan ini. Jika ditanya pada petani dan penternak, adakah mereka mahu Dana Raya atau pinjaman ini? Sudah tentu, mereka yang mahu mengikuti petunjuk nabi akan bersedia memilih Skim Bantuan ini daripada Dana Raya dan ramai rakyat yang susah majoritinya terdiri dari nelayan dan petani. Kita bantu mereka, ia lebih kena dengan sasaran. Saya yakin! Daripada Abu Umamah bahawa Rasulullah bersabda : "Sesorang lelaki memasuki syurga, tercatat dipintu syurga. Sedekah dengan sepuluh kali ganda pahala dan pinjaman dengan 18 kali ganda pahala". Jelas, dengan pinjaman tanpa riba, bukan sahaja rakyat mendapat manafaat yang lebih, malah kerajaan juga mendapat pahala. Kita sama-sama menikmati hasil dunia dan akhirat.Dana Raya ada manfaat seketika tapi pinjaman ini manfaat yang berpanjangan. Terserah kepada rakyat untuk menilai tapi itulah landasan Kerajaan Negeri untuk membina masyarakat bertamadun. Ulasan ini bukan untuk memburukkan Kerajaan Dulu dan bukan hendak meninggi Kerajaan Negeri sekarang tapi itulah realiti yang perlu difikir bersama! Adakah inisiatif dan usaha ini boleh dilaksanakan, jika Kerajaan BN memerintah Terengganu dan PH memerintah Malaysia? Kita tunggu PRU 15 untuk membina Kerajaan Malaysia atas permuafakatan PAS dan UMNO yang mampu melakukan yang lebih baik.. InsyaAllah!! *BERSAMBUNG... INSYA ALLAH !!YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAHPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan. Khamis 16 Mei 2019 / 11 Ramadan 1440H
15 May 19
50
'Kehilangan MH370, Teori Konspirasi Juga Perlu Diambil Kira' - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 16 Mei - Kerajaan Malaysia perlu mempertimbangkan dan menyiasat segala maklumat diterima mengenai insiden MH370 walaupun ianya kecil termasuk teori konspirasi.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata walaupun setengah pihak tidak suka dengan teori konspirasi sepatutnya pasukan baru yang menyiasat tragedi itu harus mempertimbangkan apa jua perkara yang berkaitan walaupun sekecil-kecil maklumat."Siasatan kerajaan Malaysia tidak harus ditutup pada perkara yang belum ada kesudahan ini."Cuma bagaimana cara siasatan itu perlu dibuat 'term of reference' (terma rujukan) siasatan yang baru itu harus dilihat kembali oleh kerajaan Malaysia," katanya.Beliau yang juga pakar aeroangkasaberkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung dengan insiden itu di pejabatnya, di sini, semalam.Seterusnya Dr. Samsuri berkata, beliau masih berpendapat insiden itu perlu dilihat dari pelbagai sudut berdasarkan maklumat yang ada pada waktu ini."Saya masih lagi mengulangi apa yang saya sebut sebelum ini iaitu melihat kembali secara berbagai sudut terhadap data-data yang sedia ada mengenai maklumat-maklumat yang ada pada waktu ini."Maklumat berbagai perkara dalam ilmu penerbangan dan keputusan-keputusan Pasukan Pencari dan Penyelamat (SAR) yang ada pada waktu ini, perlu dilihat kembali oleh 'Fresh Team' (Pasukan Baru) untuk melihat mana tahu ada ruang-ruang tersembunyi yang tidak dapat dilihat oleh pasukan sebelum ini," ujarnya.Pada beliau kes berkenaan tidak ada kesudahan lagi. "Jadi jika ada suara-suara atau pandangan yang mengatakan ada berita-berita baru, saya rasa ini adalah kesempatan kerajaan untuk mempertimbangkan apa jua penemuan dan apa jua pandangan."Sebab pada peringkat ini, kita tidak mampu untuk...walaupun setengah pihak tidak suka dengan teori konspirasi tetapi bagi saya untuk perkara misteri sebegini dan tidak ada kesudahannya, sepatutnya 'team' yang perlu diwujudkan itu, harus mempertimbangkan apa jua perkara walaupun sekecil-kecil maklumat," ujarnya lagi.Sudah lima tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang tanpa jejak. Tidak ada siapa yang mengetahui di mana dan mengapa kapal terbang yang membawa 239 orang penumpang itu menemui nasib tragisnya pada Sabtu 8 Mac 2014.Selepas tengah malam, jam 12.41 pagi, MH370 berlepas dari landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kapal terbang jenis Boeing 777-200ER itu dijadual mendarat di Beijing, China pada jam 06.30 pagi hari yang sama.
15 May 19
628
West Wharf Berpotensi Catat Prestasi Lebih Baik
Ahmad Amzad bersama pengurusan Sukma Samudra sewaktu tinjauan.Oleh: Syed KamalKEMAMAN, 15 Mei - Pelabuhan Sukma Samudra atau lebih dikenali sebagai West Wharf (Dermaga Barat) Pelabuhan Kemaman dilihat berpotensi mencatat prestasi lebih baik pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelum ini.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, untuk suku pertama tahun 2019 Sukma Samudra mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dalam hasil dan keuntungan berbanding tempoh yang sama, tahun lalu. Beliau turut memuji pihak pengurusan Sukma Samudra yang dilihat sangat komited dalam perkhidmatan itu. “Melihat kepada komitmen yang diberikan oleh pengurusan dalam meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan, saya yakin kita berada pada landasan yang betul untuk membuat catatan prestasi yang lebih baik,” katanya.Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan tapak ke Sukma Samudra bagi meninjau sendiri kemajuan kerja-kerja pembaikan dermaga pelabuhan bersama Pengurus Besar Sukma Samudra, Ashari Mohamad serta pengurusan kanan dermaga itu, semalam.Selaku Pengerusi Sukma Samudra Sdn Bhd merangkap Ahli Lembaga Pengarah EPIC Berhad, Amzad sempat meninjau ketibaan Kapal Accomodation Vessel Setia Station1 yang bakal beroperasi berdasarkan pelaksanaan kontrak ExxonMobil bernilai lebih RM500 juta yang dianugerahkan kepada Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad.Beliau turut meninjau kerja-kerja baik pulih kapal KD Gempita milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Limbungan Terapung EPIC Marine selain beramah mesra dengan anggota TLDM yang ditempatkan untuk mengawasi kemajuan proses pembaikan.Sukma Samudra Sdn Bhd menguruskan dermaga barat Pelabuhan Kemaman manakala Dermaga Timur diuruskan oleh Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd. Kedua duanya adalah anak anak syarikat EPIC Berhad.
15 May 19
1088
Dana Raya Pelengkap Kebajikan Rakyat
Mohd Nor Hamzah.(SIRI 1)Kerajaan Negeri bercita-cita dan sentiasa berusaha untuk memenuhi segala kehendak dan keperluan rakyat dengan cara terbaik. Kerajaan Negeri juga menjadikan fekah Islam dan siasah syar'iyyah sebagai asas dalam mengurus kewangan negeri. Fekah Islam dan siasah syar'iyyah tidak boleh dipisahkan daripada fekah realiti dan prioriti (aulawiyat).Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk melakukan islah atau penambahbaikian dalam perbelanjaan kewangan dan pengagihan supaya bertepatan dengan maslahah rakyat.Oleh itu, objektif pengagihan Dana Raya mesti dinilai dan diteliti supaya ia tidak hanya bertujuan untuk menghulurkan duit bagi menjinak hati rakyat supaya melupai pembaziran dan pemborosan wang rakyat dalam projek-projek mega yang menyempitkan kewangan negeri.Ianya bukan satu tindakan yang popular, kerana Kerajaan Negeri sekarang tidak berhasrat menjadikan Dana Raya sebagai gula-gula politik.Sepatutnya, objektif Dana Raya bertujuan untuk melengkapkan sumbangan kebajikan kepada golongan tertentu untuk menyambut Aidilfitri.Golongan miskin ini telah menerima sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan agensi-agensi lain. Dana Raya hanya penyeri untuk menyambut hari lebaran sahaja kepada golongan ini.Sudah tentu, pengagihan 'one off' tidak dapat menyelesaikan kemiskinan. Ia hanya teori beri 'ikan' untuk makan sehari dan terus akan terus menadah pada besoknya.Rakyat tidak akan lupa keutamaan program kebajikan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri yang memberi rasa keselesaan serta ketenangan yang berpanjangan seperti pengecualian cukai pintu rumah kediaman.Semua rakyat merasainya dengan penjimatan duit mereka sekitar RM80 - RM200 setahun untuk membayar cukai pintu rumah kediaman. Mereka selamat daripada arahan DISITA.Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kehilangan hasil sebanyak RM15 juta setahun tapi sebanyak 139,693 keluarga merasai kebajikan dan keselesaan ini.Dahulu rakyat bergembira sementara kerana Dana Raya untuk beli baju, tetapi runsing pula untuk membayar cukai pintu dan terdedah untuk DISITA. Dahulu Cukai Pintu Rumah Kediaman, rakyat kena bayar!Anak muda pasti gembira dengan usaha Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM250 - RM300 untuk lesen motosikal. Ia memberi manfaat dan kebajikan kepada 25 ribu anak muda rakyat Terengganu.Kerajaaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM7 juta setahun untuk menyalurkan kemudahan ini. Kini anak muda dapat memiliki lesen motosikal untuk kemudahan bertahun-tahun untuk terus berdikari, bebas ke sana ke mari mencari nafkah hidup.Dulu tiada LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA! Ini bermaksud Kerajaan Negeri Terengganu mahu memberi pancing kepada rakyat untuk mereka berusaha sendiri mencari rezeki mereka disamping bantuan-bantuan yang perlu dan bersasaran kepada mereka yang layak sahaja.Bukan untuk memburukkan kerajaan dahulu dan bukan hendak meninggikan Kerajaan Negeri sekarang tapi itulah realiti yang perlu difikir bersama. Adakah inisiatif dan usaha ini boleh dilaksanakan, jika Kerajaan BN memerintah Terengganu dan PH memerintah Malaysia? Kita tunggu PRU 15 untuk membina Kerajaan Malaysia atas permuafakatan PAS dan UMNO yang mampu untuk melakukan yang lebih baik. InsyaAllah!BERSAMBUNG, INSYAALLAH!YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAHPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan.15 Mei 2019 / 10 Ramadan 1440H
15 May 19
117
Drawbridge Dibuka Menjelang Aidilfitri
MB (kanan) bercakap kepada pemberita di pejabatnya hari ini. Turut hadir Ustaz Ariffin (kiri). KUALA TERENGGANU, 15 Mei - Kerajaan negeri akan membuka laluan bawah Jambatan Angkat (drawbridge) Muara Sungai Terengganu sebelum hari raya Aidilfitri ini.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pembukaan tersebut bertepatan dengan kehendak Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) sebagai pengendali projek. Katanya, sementara sebelah atas termasuk menara, tempat makan dan lain-lain belum lagi dibuka kepada orang awam memandangkan kerajaan sedang mencari sesiapa yang berkeupayaan dan berminat mengendalikannya."Laluan sebelah bawah sahaja akan dibuka sebelum hari raya puasa ini manakala menara dan lain-lain yang berkaitan belum lagi dibuka kepada orang ramai," jelasnya.Menurut beliau, kerajaan negeri masih menunggu pihak yang berminat untuk mengendalikan menara dan tempat makan di menara tersebut."Tentu sekali kerajaan berhasrat memilih pihak yang berupaya berbuat demikian sebab ini adalah ikon negeri Terengganu," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman.Kos pembinaan jambatan berukuran 638 meter dan berketinggian 12.5 meter dari aras laut itu, bernilai RM248 Juta yang menghubungkan Muara Selatan di Pusat Bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan Muara Utara di Seberang Takir dan ia merupakan komponen dalam pembangunan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC).Jambatan tersebut hampir siap sepenuhnya dan akan dibuka sepenuhnya kepada orang ramai tidak lama lagi.Katanya, di masa akan datang, operator (pengendali) drawbridge itu dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan negeri Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TI)."Anak-anak syarikat TI akan bertanggungjawab sebagai operator tetapi buat masa ini kerajaan masih mengguna khidmat perunding projek dari negara China,' Jelasnya.Menurut beliau buat masa ini, beberapa orang yang berpengalaman ditugaskan sebagai perunding untuk memindahkan ilmu teknologi bagi mengendali jambatan tersebut, kepada pihak TI.
15 May 19
84
MB Kacau Bubur Lambuk Bersama Kakitangan Awam
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (tengah) sempat mengacau bubur selepas mempengerusikan mesyuarat ahli majlis kerajaan.KUALA TERENGGANU, 15 Mei - Bagi merapatkan hubungan bersama warga Wisma Darul Iman (WDI), program mengacau bubur lambuk bersama Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar diadakan di perkarangan WDI, di sini, hari ini.Turut sama mengambil bahagian dalam program itu ialah kelab-kelab yang berdaftar di bawah WDI.Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato' Tengku Farouk Hussain Tengku Abdul Jalil berkata, program yang diadakan itu mampu memantapkan lagi pentadbiran Kerajaan Terengganu.Katanya, program itu mewujudkan kerjasama antara pihak pentadbiran tertinggi dan kakitangan awam sekali gus akan menghasilkan hubungan dan kefahaman yang baik.“Hari ini kita kacau bubur lambuk bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara kelab-kelab (dan kakitangan) yang ada di Wisma Darul Iman.Dato' Tengku Farouk Hussain Tengku Abdul Jalil.“Dan kita akan bahagikan bubur lambuk ini kepada orang ramai terutamanya dan juga kakitangan awam yang berkhidmat di wisma ini,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau perjalanan program berkenaan.Dalam program berkenaan, Menteri Besar turut meluangkan masa mengacau bubur itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.Sebanyak 22 periuk digunakan untuk menghasilkan juadah itu yang akan diagihkan kepada orang ramai bermula selepas Zuhur.Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu berakhir sekitar jam 11.30 tengah hari.
15 May 19
217
185 Penerima Dana TUGAS
Nurkhuzaini bersama wakil penerima dana TUGAS.KUALA TERENGGANU, 14 Mei – Seramai 185 daripada kira-kira 580 pemohon Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) menerima pembiayaan dana berjumlah RM619,939 sejak diperkenalkan Januari lalu.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, kerajaan negeri menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) berusaha menyelesaikan permohonan berkenaan secepat mungkin supaya pemohon dapat memajukan perniagaan masing-masing.“Saya rasa amat terharu menyampaikan dana TUGAS ini kerana saya juga berasal daripada keluarga penjaja dan memahami keperluan mereka.“Walaupun jumlah yang diterima tidaklah begitu banyak, di sisi mereka ia satu nilai yang besar dan dapat membantu mensejahterakan mereka dalam bidang yang diceburi,” katanya ketika ditemui pemberita.Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Tabung Usahawan Sejahtera Terengganu (TUGAS) di Dewan Konvensyen YPU, di sini, semalam.Nurkhuzaini bersama Hilmi (kiri) dan Anuar menyerahkan replika cek kepada wakil penerima SP3T.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah YPU, Hilmi Harun; Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Anuar Awang serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah YPU.Nurkhuzaini turut memaklumkan kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM15 juta dana TUGAS bagi membantu usahawan-usahawan Terengganu.“Kita berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan yang diberikan tahun ini kepada yang layak tanpa mengehadkan kuantiti penerimanya.“Saya rasa masih terdapat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi antara medium permohonan TUGAS kurang mempromosikannya kepada penduduk di kawasan masing-masing dan berharap kempen diadakan untuk mempelawa lebih ramai rakyat yang memerlukan membuat permohonan,” katanya.Daripada keseluruhan penerima, Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T)(17 penerima), Tabung Siti Khadijah (TSK) (10 penerima), Skim Pembiayaan Atas Talian Terengganu (SPINT)(3 penerima), Dana Usahawan & Industri Mikro Terengganu (DUIT)(2 penerima) serta Dana Prihatin Terengganu –OKU(D-Hati)(2 penerima).Dua skim baharu turut diperkenalkan iaitu Skim Bantuan Usahawan Mualaf (10 penerima) dan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (141 penerima).Untuk makluman, sejak dilancarkan pada Januari 2002 sehingga April 2019, sejumlah lebih kurang RM23 juta pembiayaan telah dikeluarkan melibatkan seramai 2,326 usahawan.
14 May 19
142
12,700 Penjawat Awam Terengganu Bakal Terima Bonus
MB (kanan) bercakap kepada pemberita di pejabatnya hari ini. Turut hadir Ustaz Ariffin (kiri). KUALA TERENGGANU, 15 Mei - Kerajaan negeri memutuskan untuk memberi bonus raya kepada kira-kira 12,700 kakitangan penjawat awam seluruh Terengganu dengan jumlah yang akan diumumkan minggu depan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini kerana ada beberapa perkara sedang pertimbangkan termasuk kedudukan kewangan semasa dan pemotongan 25 peratus royalti petroleum dan gas oleh Kerajaan Persekutuan."Kita (kerajaan) sedang melihat beberapa perkara untuk menentukan jumlah yang munasabah supaya tidak membebankan kewangan kerajaan negeri dalam keadaan beberapa pemotongan royalti petroleum dan gas Kerajaan Pusat dibuat terhadap royalti Kerajaan Negeri Terengganu."Bagaimana pun pada dasarnya bonus itu akan diberi kepada mereka, cuma dari segi jumlahnya belum sampai masanya untuk diumumkan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman.Ketika ditanya perbandingan dengan kerajaan Pulau Pinang yang terlebih dahulu mengumumkan bonus tersebut, Dr. Samsuri berkata, kerajaan negeri sedang melihat kedudukan kewangan dan akan menentukan jumlah sesuai untuk tujuan itu.Katanya, semua itu dibuat dengan mengambil kira jumlah penjawat awam Negeri Terengganu, empat kali ganda lebih besar berbanding penjawat awam Pulau Pinang.Tahun lalu dalam Ucapan Bajet 2019 di Dewan Undangan Negeri (DUN), Menteri Besar menjelaskan bahawa kerajaan negeri memberi bonus sebanyak RM500 kepada setiap penjawat awam.Berhubung dengan kekeliruan syarat permohonan Dana Raya Rakyat Terengganu (iDana) beliau berkata, kerajaan lebih berfokus untuk membantu golongan miskin dan orang kelainan upaya (OKU) atau mereka yang sangat memerlukan kerana kekangan kewangan tersebut."Kali ini kerajaan lebih berfokus, tidak (memberi dana) dalam lingkungan kelompok yang besar tetapi fokus kepada OKU dan golongan miskin atau mereka yang dikira sangat memerlukan."Dana raya diberi secara berfokus dengan mengambil kira berlaku pemotongan secara drastik terhadap kewangan kerajaan negeri sebanyak 25 peratus hasil royalti minyak setiap tahun," ujarnya.Dengan pemotongan tersebut katanya, sejumlah RM400 juta telah hilang dari pendapatan negeri dan ia perlu diganti dengan bayaran hutang Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri."Yang kedua ialah penerimaan menerusi Dana Khas Persekutuan (DKKP) yang sepatutnya diterima sebanyak RM220 juta pada Januari tahun ini belum lagi diterima."Untuk tahun 2019 dan 2020 belum lagi kita terima hutang Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri berkait dengan projek Kerajaan Pusat di Terengganu di masa lalu," jelasnya lagi.Justeru katanya, dengan mengambil kira keadaan ekonomi dan kewangan semasa serta ditambah dengan Bayaran Berjadual (Schedule Payment) dan Bayaran Tertangguh (Deferred Payment), dana raya tahun ini dihadkan kepada RM16 juta dengan setiap pemohon memperolehi RM200 seorang sahaja.Menurut beliau, pemberian dana raya itu adalah satu bentuk ihsan daripada kerajaan negeri kepada mereka yang memerlukan bagi menyambut Aidilfitri, awal Jun depan.Katanya, kerajaan negeri akan mengadakan siri penjelasan mengenai keputusan mengehadkan jumlah dana raya itu kepada mereka yang terlibat.
14 May 19
49
Prestasi ‘Yo-yo’ TFC, PBSNT Kaji Tindakan Serius
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 15 Mei - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memandang serius prestasi pasukan Terengganu FC (TFC) yang tidak menentu kebelakangan ini.Presiden PBSNT, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau bimbang dengan prestasi pasukan yang 'terumbang-ambing' dan ia boleh menjadi lebih serius jika tiada sebarang tindakan diambil.Jelas beliau, pengurusan PBSNT akan mengadakan perbincangan mendalam dengan pihak kejurulatihan pasukan bagi mencari mekanisme terbaik untuk kembali digeruni pasukan lawan.“Saya rasa semua pihak merasa kecewa (dengan prestasi TFC), kita akan tengok balik apa sebenarnya yang berlaku, kita akan tengok balik keseluruhannya.“Kita tidak ragu-ragu tentang jurulatih kita, kita akan kaji di mana kesalahan strategi dan apakah perkara-perkara yang menyumbang kepada kemerosotan prestasi ini, kita akan tangani perkara ini dengan serius,” kata beliau.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.TFC mendahului PJ City FC dengan jaringan 3-0 pada separuh masa pertama.Dalam perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) semalam, TFC terus dihimpit kekalahan apabila ditewaskan oleh PJ City FC dengan jaringan 3-5 meskipun mendahului 3-0 pada babak pertama perlawanan.Keputusan itu menyaksikan TFC jatuh tangga kelapan Liga Super dengan kutipan 16 mata di bawah Melaka United FC (MUFC) selepas mengharungi 13 perlawanan.Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang tindakan sebelum mendapatkan penjelasan terperinci mengenai masalah yang dihadapi TFC sehingga mempamerkan prestasi yang tidak menentu.“Justeru, kita akan cari jalan untuk meminimakan kelemahan pasukan, kita akan buat ‘post morterm’, kita juga sentiasa berbincang dengan pihak kejurulatihan, pertemuan nanti kita akan bincang dengan lebih serius sebelum membuat tindakan lanjut,” tambah beliau lagi.
14 May 19
43
Malaysia Didesak Tarik Balik Statut Rom Secara Rasmi
Haji Amzad (tiga dari kanan) ketika menemui orang ramai dalam satu lawatan kerja beliau di Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (Kemaman Supply Base Sdn Bhd).KUALA TERENGGANU, 15 Mei - Kerajaan Pusat perlu menerima desakan rakyat agar Statut Rom ditarik balik secara rasmi kerana ia dipercayai membawa implikasi besar terhadap negara.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, Statut Rom secara rasmi akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini dengan nama Malaysia masih berada dalam senarai negara yang meratifikasinya."Saya harap Malaysia memantau dengan teliti segala aspek agar tidak berlaku kecuaian yang akhirnya terus mengikat Malaysia dengan triti (perjanjian) Statut Rom yang hanya tinggal beberapa hari sebelum tarikh kuat kuasa tersebut," katanya.Haji Ahmad Amzad berkata demikian dalam satu kenyataan medianya, di sini hari ini.Jelasnya, Kerajaan Pusat memaklumkan secara rasmi penarikan diri melalui surat Kementerian Luar bertarikh 29 April lalu. "Kerajaan juga menjelaskan bahawa ia akan dimuktamadkan selepas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melengkapkanprosedur penarikan diri Malaysia," ujarnya.Haji Amzad meneliti sesuatu di KSB.Justeru katanya, rakyat Malaysia tidak akan memaafkan sesiapa pun yang telah menjerumuskan Malaysia ke dalam bahaya Statut Rom tersebut."Lebih-lebih lagi jika Malaysia gagal menangani penarikan diri dari ratifikasi itu dengan sempurna atau berlindung di sebalik alasan kerenah birokrasi di PBB," jelasnya.Difahamkan Statut Rom diperdebatkan secara hangat oleh pengamal undang-undang Malaysia dan netizen di media sosial selepas Malaysia berhasrat untuk meratifikasikannya.Statut Rom adalah satu triti (perjanjian) rasmi antara negara-negara dalam mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai pelengkap kepada undang-undang sedia ada negara pihak (state party) untuk mendakwa individu yang melakukan jenayah antarabangsa.Sehingga 4 Mac lalu, sebanyak 124 negara menjadi negara pihak kepada Statut Rom itu.
14 May 19
196