Artikel "Semasa" Terkini
150 Anak Yatim Diraikan, Ramadan Lebih Bermakna
Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 16 Mei - Seramai 150 orang anak yatim menerima sumbangan wang tunai daripada Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Batu Buruk, Abu Bakar Salleh berkata, program itu memberi keceriaan kepada mereka untuk menghadapi Ramadan dengan lebih baik.Katanya, kehilangan orang tersayang dalam hidup merupakan sesuatu yang sangat memeritkan, tambah pula ibu bapa adalah tempat bergantung hidup.“Program ini adalah untuk kita raikan mereka, memberikan mereka sedikit bantuan supaya ramadan disambut dengan penuh kebaikan oleh mereka.“Program ini buat julung kalinya diadakan secara terbuka, kalau sebelum ini hanya menyerahkan kepada ketua-ketua cawangan sahaja untuk memberikannya," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Anak Yatim dan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Dato' Wan Muttalib, Kuala Ibai, baru-baru ini.Turut hadir, ADUN Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Izzat Abdullah serta seluruh Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kuala Ibai.Menurut Abu Bakar lagi, beliau amat berterima kasih kepada pihak MPKK dan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk yang bertungkus lumus memastikan program berkenaan berjalan dengan lancar."Sumbangan ini tidak akan berjalan dengan lancar, sekiranya tiada kerjasama yang baik daripada pihak-pihak berkenaan," tambah beliau.
19 May 19
37
Mangsa Nafi Ditikam Kerana Mengaji Guna Pembesar Suara
Dr. Azman melawat untuk melihat keadaan mangsa di rumahnya.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 15 Mei – Imam yang dipercayai ditikam seorang lelaki ketika membaca al-Quran beberapa hari lalu, menafikan dia menggunakan pembesar suara ketika kejadian itu sepertimana berita yang ditularkan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, mangsa, Mohd Amin Md Nor,38 menafikan fakta itu berikutan laporan berita yang dikeluarkan sebelum ini adalah fakta dari pihak polis berdasarkan keterangan suspek.“Cuma nak betulkan fakta yang silap dilaporkan oleh media. Sebenarnya beliau hanya tadarus al-Quran seorang diri di Masjid selepas solat Subuh tanpa menggunakan pembesar suara. Bukan sebagaimana yang dilaporkan oleh media, baca al-Quran menggunakan pembesar suara,” jelas beliau.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi mangsa di rumah ibu mangsa di Kampung Apal, di sini, semalam.Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian kiri dada dan menerima tujuh jahitan selepas mendapat rawatan di Hospital Besut.Dr. Azman berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Apal merupakan imam di Surau Perumahan Rantau Petronas Kerteh, Terengganu.Tambahnya lagi, menurut mangsa ketika kejadian itu terdapat dua orang jemaah sedang berehat dalam masjid berkenaan."Pagi itu ustaz (mangsa) mengimamkan solat Subuh di Masjid Apal. Masa solat memang pakai pembesar suara. Alhamdulillah, mujurlah tikaman tidak mengenai organ penting dan ustaz selamat. Urusan selanjutnya biarlah undang-undang yang menentukan,” katanya lagi.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, suspek kini direman juga didapati positif methamphetamine dan dikatakan mengaku menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau.
18 May 19
311
Penantian Dua Tahun Berakhir, Rumah OKU Dibaikpulih
Oleh: Aslam WiraMARANG, 18 Mei - Selepas menanti selama dua tahun, akhirnya Ahmad Syawal Arifin menerima bantuan baik pulih rumah yang diseliakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Marang.Syawal yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran, tinggal di rumah peninggalan arwah ibu bapanya seorang diri di Kampung Bukit Che Ali, Kijing.Timbalan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, Sopi Mohamad berkata, pihaknya telah mengangkat permohonan di bawah peruntukan sebanyak RM8,000 kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri pada bulan Mac baru-baru ini."Saya bersyukur kerana dalam masa sebulan sahaja, proses permohonan tersebut telah diluluskan oleh pihak atasan seperti yang diharapkan.“Proses membaik pulih rumah Syawal mengambil masa lebih kurang tiga minggu sebelum kerja-kerja pembinaan bermula awal Ramadhan lalu," katanya kepada pemberita ketika melawat rumah Syawal.Turut hadir, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman, Penyelia Pusat Khidmat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit, Che Ali Rosdin Khayim.Terdahulu, seramai 15 kakitangan JKM Marang dan MPKK telah bergotong royong bagi proses membaik pulih termasuk Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, Mardiah Mohamed.Sementara itu, Wahad yang ditemui berkata, pihak pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang menyatakan perasaan gembira kerana rumah Syawal dapat disiapkan sebelum menjelang Aidilfitri."MPKK Bukit Che Ali dan penduduk sekitar juga komited dalam memberikan khidmat dan kerja-kerja membersih rumah yang belum sempurna secara gotong royong.“Kita akan terus memberi bantuan sebaik mungkin sekiranya diperlukan, supaya Syawal dapat tinggal dalam persekitaran yang selesa dan selamat," ujarnya.
17 May 19
137
Fun Ride Sahur, Beriadah Sambil Beramal - Mohd Nor Hamzah
'Fun Ride Sahur' yang bermula selepas tarawih.MARANG, 18 Mei - 'Fun Ride Sahur' yang julung-julung kalinya diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong berjaya menarik golongan muda untuk beriadah sambil beramal.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, program santai itu adalah inisiatif terbaharu pihaknya dalam menggalakkan anak muda melakukan aktiviti berfaedah.Jelasnya, dalam aktiviti berbasikal itu, acara penyampaian sumbangan untuk fakir miskin di sekitar Kampung Paya Resak turut dijalankan bagi meringankan beban mereka dan secara tidak langsung berjaya mendekatkan diri antara pihak pentadbiran dan rakyat.“Program-program seumpama ini boleh diteruskan pada masa-masa akan datang untuk menarik anak muda agar mereka terus menghidupkan malam Ramadan dengan beriadah (selain ibadah tarawih dan tadarus) supaya tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat.“Program ini juga memberikan manfaat kepada 10 orang fakir miskin di Kampung Paya Resak yang menerima sumbangan dan merapatkan hubungan sesama kami,” ujarnya.Mohd Nor Hamzah.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengagihkan bantuan untuk fakir miskin di Balai Raya Paya Resak, di sini semalam.Turut hadir dalam Program ‘Fun Ride’ Sahur itu ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri, Dato' Tengku Farouk Hussain Tengku Abdul Jalil, Pegawai Daerah marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Paya Resak.Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong turut menaruh harapan agar program seumpama itu dijalankan di kawasan-kawasan lain.“Saya dimaklumkan bahawa program ‘Fun Ride Sahur’ ini akan diperluaskan di setiap DUN, saya mengalu-alukan untuk diadakan program ini di setiap DUN,” tambah beliau.Aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Marang serta Pejabat DUN itu melalui jarak sepanjang 13km dan menjadikan Balai Raya Paya Resak sebagai tempat persinggahan untuk acara penyampaian sumbangan.Program yang bermula pada 10.30 malam itu berjaya menghimpunkan lebih 100 peserta termasuk daripada kakitangan pejabat daerah dan ia berakhir sekitar jam 12.00 malam.Sumbangan yang diagih kepada 10 fakir miskin.
17 May 19
143
600 Bekas Bubur Lambuk Diagih Kelab Wisma Darul Iman
Dato' Tengku Farouk mengagihkan bubur lambuk di luar perkarangan Wisma Darul Iman kelmarin.KUALA TERENGGANU, 17 Mei - Kira-kira 600 bekas bubur lambuk diedarkan secara percuma kepada orang ramai oleh Kelab Wisma Darul Iman di luar perkarangan bangunan tersebut kelmarin.Agihan itu disampaikan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri, Dato' Tengku Farouk Hussain Tengku Abdul Jalil mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya selaku Pengerusi Kelab.Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri, Haji Zainal Abidin Muhammad dan Setiausaha Kelab, Azizul Islam.Setiap tahun, bubur lambuk dimasak sendiri oleh kakitangan Wisma Darul Iman dengan sebanyak 22 buah kawah digunakan untuk menyediakan 3,500 bekas kepada kakitangan pada tahun ini.Masyarakat merasai sendiri keenakan bubur lambuk yang menjadi tradisi setiap kali menjelang Ramadan itu.
17 May 19
957
500 Solat Jumaat Bersama Sultan Mizan Di Masjid Kubang Parit
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kanan) menyambut keberangkatan Sultan Mizan hari ini. Foto oleh - Media MBKUALA TERENGGANU, 17 Mei - Hampir 500 jemaah menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Masjid Kubang Parit, Kuala Terengganu, di sini hari ini.Sultan Mizan, yang tiba jam 1.03 tengah hari, turut diiringi Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
17 May 19
1197
Nelayan Berumahkan Bangunan Tangki Air Terima Bantuan Segera
Oleh: Aslam WiraMARANG, 17 Mei – Seorang nelayan, A Halim Zakaria, 63, yang tinggal di bawah bangunan tangki air surau sejak sebulan yang lalu telah menerima bantuan sewaan rumah segera.Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman berkata, keputusan itu dibuat setelah mengadakan perbincangan bersama beberapa agensi yang terlibat.Jelasnya, sebuah rumah yang lebih selesa bakal didiami Halim dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) akan mengendalikan urusan sewaan rumah berkenaan."Perjumpaan dan tinjauan bersama agensi kerajaan hari ini adalah salah satu langkah untuk membantu dia supaya dapat menyediakan atau mencari kediaman yang lebih selesa dalam kadar segera."Kami sudah berbincang, satu rumah sewa (berdekatan tempat tinggalnya sekarang) akan diberikan kepadanya, dan pihak MAIDAM akan menguruskan bayaran sewaan itu, manakala kelengkapan rumah akan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.Beliau berkata demikian ketika mewakili Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang yang juga Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meninjau keadaan Halim di Kampung Paya, di sini kelmarin.Antara agensi yang turut hadir ialah MAIDAM Marang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) daripada Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang.Hadir sama, Penghulu Mukim Pulau Kerengga, Ibrahim Adan, Penyelia Pusat Khidmat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Ramli Deraman.Dalam perkembangan yang sama, Wahad menjelaskan bahawa Pejabat ADUN akan terus mencari ikhtiar lain sekiranya ada bantuan untuk membina rumah baharu."Sementara itu, kita juga sedang membuat prosedur bertulis dengan sepupunya yang memberi keizinan untuk membina rumah baharu Halim dalam kawasan rumah dan tanah miliknya," ujarnya lagi.Halim yang tinggal bersendirian di tempat tersebut baru sahaja menetap di Marang sejak 3 bulan lalu selepas berkelana mencari rezeki di negeri Pahang selama lebih 40 tahun.
17 May 19
51
200 Jemaah Masjid Derma Darah Di Bulan Ramadan
KUALA TERENGGANU, 17 Mei - Kepenatan berpuasa di bulan Ramadan tidak menghalang hampir dua ratus jemaah Masjid Al-Muktafi Billah Shah (MAMBS) menderma darah bagi memastikan bekalan tabung darah sentiasa mencukupi di negeri ini.Pengarah Program, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, sambutan di luar jangkaan tersebut menunjukkan keprihatinan masyarakat terhadap keperluan darah di Tabung Darah, Hospital Sultanah Zahirah (HSNZ)."Kerjasama bersama Pertubuhan Karyawan Kreatif (Karyawan) ini kita jangka dapat menampung bekalan darah diantara 150 hingga 200 yang mana sebelum ini kita dapat maklumat daripada Tabung Darah, ia dibuat hanya dalam lingkungan 70 hingga 80 sahaja untuk tempoh yang terhad."Pada malam ini, dalam tempoh tiga jam sahaja, seramai dua ratus penderma dari kalangan jemaah berjaya dikumpulkan dan masa terpaksa dilanjutkan sehingga satu pagi," ujarnya.Che Adam A. Rahman.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Infaq Darah Ramadan Al-Mubarak 1440H "Darah Kami Di Bulan Ramadan Demi Insan Yang Memerlukan", di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di sini semalam.Turut hadir dalam program itu, Pengerusi MAMBS, Datuk Wan Md Al Bakri Wan Md Noor dan Pengurus Besar Hotel Primula Beach, Suhaibah Harun.Program yang julung kali diadakan itu turut mendapat kerjasama dari Unit Tabung Darah HSNZ, TAC Outdoor, Kelab Eksplorasi Jerangau Barat (KELEK JB), McDonald's Terengganu dan Hotel Primula Beach.Sementara itu, Presiden Karyawan Nik Mohd Zaid Nik Salim berkata, sambutan luar biasa program berkenaan telah melebihi sasaran awal pihak penganjur di peringkat awal."Mereka sanggup beratur panjang untuk mengisi borang dan ia semakin bertambah selepas tarawih."Kami cukup berpuas hati dengan pelaksanaan program kali ini walaupun kali pertama dianjurkan secara bekerjasama dengan banyak pihak," katanya.
17 May 19
245
Sultan Mizan Kurnia Bantuan Fakir Miskin Dan Pelajar Sekolah Sempena Aidilfitri
Sultan Mizan mengurniakan bantuan kepada pelajar sekolah terlibat.KUALA TERENGGANU, 17 Mei - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pengurniaan Bantuan Kepada Fakir Miskin dan Pelajar Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri 1440H Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) di Dewan Az-Zahra',Istana Syarqiyah, di sini semalam.Keberangkatan tiba baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah disambut oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato A. Rahman Yahya dan isteri, To' Puan Kamsiah Dollah.Turut menyambut, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan merangkap pengerusi majlis, Dato' Mohd Fadzli Yusof.Sultan Mizan berkenan mengurniakan bantuan kepada 200 fakir miskin terpilih dari seluruh daerah Terengganu berupa wang tunai RM500 selain hamper barangan keperluan bernilai RM150.Di samping itu, seramai 210 pelajar daripada keluarga miskin dari tujuh buah sekolah dipilih menerima kurniaan berupa wang tunai RM200 setiap seorang.Pada tahun ini juga, sebanyak tiga buah madrasah dan pusat pengajian Islam turut dianugerahkan kurniaan sama yang melibatkan sejumlah 30 pelajar bagi setiap madrasah.YDSM juga telah mendapat kerjasama yang baik daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dengan penamaan 30 bekas atlet yang pernah mengharumkan nama negeri di persada kebangsaan dan antarabangsa untuk menerima kurniaan.Selain itu, Sultan Mizan turut berkenan mengurniakan replika kunci kepada sembilan penerima bantuan rumah di bawah Program Baiti Jannati kolaborasi YDSM dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).Para pelajar menunjukkan bantuan kurniaan YDSM.
17 May 19
245
Hubungan Media Dengan Kerajaan Terengganu Terus Erat
Ustaz Mohd Nor (tiga dari kiri) melayan mesra pengamal media di Permai Hotel malam ini.KUALA TERENGGANU, 16 Mei - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan terima kasih kepada media kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang beliau memimpin negeri Terengganu.Beliau juga berharap agar hubungan kerjasama dan ikatan mesra antara kepimpinan kerajaan negeri dengan media terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.Hasrat Dr Ahmad Samsuri itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media 2019 anjuran Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Permai Hotel, di sini hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed.Ustaz Mohd Nor berkata, kerajaan negeri memberi ruang seluas-luasnya kepada rakan media untuk memberi pandangan dan kritikan bagi memperkasakan segala saluran maklumat kerajaan negeri kepada rakyat."Walaupun pada petang ini kita tidak sempat berdialog, di lain masa kita boleh susun program dialog secara khusus untuk kita dengar apa sahaja aduan, pandangan dan pendapat dari rakan-rakan media," jelasnya.Katanya, kerajaan negeri hari ini sudah menjangkau usia setahun dan pencapaian kerajaan dalam tempoh itu sudah disebarkan dalam media-media tertentu."Ini supaya rakyat dapat melihat pencapaian kerajaan dan saya mohon rakan-rakan media dapat salurkan maklumat ini kepada seluruh rakyat negeri Terengganu serta netizen melalui media baharu," katanya.
16 May 19
36