lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Ayam Payang Dalam Kenangan Tarik Perhatian Pengunjung
KUALA TERENGGANU, 21 Mei - Setiap kali Ramadan menjengah, pasti ada satu perasaan unik yang sukar digambarkan berbanding bulan sebelumnya, di samping kemeriahan berpuasa dan solat sunat tarawih, kewujudan bazar Ramadan juga mewarnai suasana.Namakan saja apa jenis makanan yang anda idamkan, baik tradisional ataupun barat, semuanya sedia dijual dengan ratusan deretan peniaga di bazar Ramadan, sehingga anda jadi rambang mata memilihnya, hanya sediakan duit sahaja tetapi jangan sampai membazir.Antara hidangan lazat yang menjadi buah mulut orang ramai ialah ayam payang (tempayan). Malah menu istimewa itu mempunyai peminatnya sendiri dan mendapat permintaan yang tinggi.Pemiliknya, Mohd Shaharudin Shafie, 26,  berkata, ayam yang dibakar di dalam tempayan mendapat sambutan penduduk setempat kerana aroma dan kelainan rasanya berbanding ayam lain.Mengenai keistimewaan ayamnya, Mohd Shaharudin sempat berkongsi rahsia bahawa ayamnya akan diperap dengan ramuan rempah ratus khas  selama lapan jam sebagaimana yang dipelajari di Thailand dan di Malaysia sendiri tujuh  tahun lalu sebelum dipanggang di dalam tempayan besar."Ia dimasak menggunakan bara arang sehingga menghasilkan isi yang lebih lembut berbanding ayam yang digoreng malah tempayan baharu yang digunakan itu mampu memuatkan 25 ekor ayam dalam satu-satu masa dan dapat dimasak dengan lebih cepat iaitu kira-kira satu jam berbanding sebelum ini tiga jam.“Rata-rata pelanggan memberi komen yang positif dengan rasa ayam yang berjus, lembut dan terasa rempah sehingga ke tulangnya dan setiap hari kami memperuntukkan 150 hingga 250 ekor ayam yang dijual pada harga RM24 seekor serta setiap pembelian percuma dengan sebotol air jus buah,” katanya.Mohd Shaharudin.Jelasnya lagi, kawalan api melalui kayu arang yang sempurna sepanjang proses memanggang penting bagi memastikan ayam tidak hangus hingga mengubah rasa, warna dan kualiti.Jika sebelum ini mereka berniaga di tujuh lokasi berbeza setiap tahun, tetapi untuk tahun ini hanya fokus di Bazar Ramadan Batu Burok dengan menyewa enam lot tapak dan pada  tahun ini mereka menambah tiga tempayan lebih besar menjadikan kesemuanya 15 tempayan digunakan.“Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang ingin merasai ayam payang selepas Ramadan, kini kami dalam proses membuka sebuah kedai di Kuala Ibai selepas raya nanti dan insya-Allah tidak ada masalah lagi jika pelanggan nak membelinya serta tidak perlu menunggu tahun depan,” ujarnya lagi.Perniagaan mereka bukan semata-mata untuk tujuan kewangan, tetapi juga menyimpan simbolik dan kenangan tersendiri demi sahabat tercinta, Allahyarham Mohd Lukman Riduan yang telah pulang ke rahmatullah dua tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.“Arwah adalah antara orang yang mencetus perniagaan ini termasuk memberi dorongan dan idea dalam perniagaan ayam payang. Bila arwah pergi, kami mengambil keputusan untuk menukar nama perniagaan kami kepada Ayam Payang Dalam Kenangan sebagai tanda ingatan kami yang tidak pernah pudar kepadanya.“Malah sebahagian hasil keuntungan daripada perniagaan ini akan kami salurkan kepada keluarga arwah dan juga rumah anak yatim terpilih,” katanya ketika ditemui di Tapak Bazar Ramadan Batu Buruk, di sini baru-baru ini.Mohd Shaharudin berkata, beliau bersyukur kerana perusahaan Ayam Payang Dalam Kenangan Bazar Ramadan Batu Buruk itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengunjung dan memberi pulangan lumayan kepada mereka.
20 May 19
1100
Empty Image
Terengganu Beri Kerjasama Penuh Bina PLVTI Di Kijal
Dr Alias (empat dari kanan) dan Hajah Zuraida (tengah) dibawa melawat kilang SANY sebagai tapak PLVTI di Kijal. KEMAMAN, 20 Mei - Kerajaan Terengganu amat berbesar hati kerana dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi pembinaan Pusat Latihan Vokasional dan Teknikal Sistem Bangunan Perindustrian (IBS) (PLVTI), melibatkan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), CIDB IBS Sdn Bhd (CIDB IBS) dan Sany Construction (SANY).Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pembinaan pusat latihan itu adalah satu usaha bersepadu antara tiga komponen penting negara termasuk dari pihak Kerajaan Pusat (KPKT), agensi kerajaan Malaysia (CIDB), anak syarikat kerajaan (CIDB IBS) dan pihak swasta (SANY).Kerajaan negeri katanya akan memberi kerjasama penuh untuk menjayakan usaha murni ini."Kerajaan negeri sangat bertuah kerana SANY telah memilih negeri Terengganu sebagai pusat latihan untuk industri pembinaan terbaharu berteraskan IBS."Kerajaan negeri amat berharap industri pembinaan rumah untuk rakyat dapat dipercepatkan, lebih murah dan diperbanyakkan," jelas beliau.Teks Ucapan Dr Ahmad Samsuri dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak sebagai mewakili beliau di Majlis Pelancaran Pusat Latihan Vokasional dan Teknikal IBS di Kijal hari ini.Turut hadir, Menteri KPKT, Hajah Zuraida Kamaruddin, Pengarah Eksekutif SANY, Chang Bar Kuei dan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Dato' Ir Ahmad 'Asri Abdul Hamid.Dr Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, penilaian kejayaan untuk sesuatu negeri dan negara tidak hanya bergantung kepada kemajuan ekonomi semata-mata sebaliknya kesejahteraan hidup penduduk dan kelestarian alam perlu diutamakan.Menurut Dr Ahmad Samsuri, industri IBS dalam bidang pembinaan bukan sahaja lebih produktif dan mampu mengurangkan kos pengeluaran, bahkan ia juga lebih mesra alam melalui pengurangan pembaziran bahan-bahan binaan."Semoga budaya kerja binaan yang bersih dapat diterapkan dalam budaya kerja pembinaan negeri dan negara ini di masa akan datang," ujarnya.Katanya, penggunaan IBS untuk projek perumahan dan binaan amnya di negeri Terengganu selaras dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 bagi manfaat pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri tersebut.Menurut Dr Samsuri, inisiatif kerjasama latihan IBS berdasarkan reka bentuk pengeluaran dan pemasangan akan memberikan banyak manfaat kepada rakyat negeri Terengganu khususnya dan Malaysia amnya."Justeru, kerajaan negeri mengalu-alukan usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan hasil dari program latihan pembangunan kerja pengeluaran dan pemasangan IBS serta program pembangunan IBS."Ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menyediakan 20 ribu peluang pekerjaan dalam masa empat tahun seperti mana manifesto pilihan raya yang lalu," jelas beliau lagi.Dr Alias (kiri) menerima cenderahati dari Chang. Inisiatif kerjasama IBS ini juga katanya, boleh membantu menjayakan beberapa program di bawah Bajet 2019 Negeri Terengganu.Justeru katanya, kerajaan negeri sedia memberi kerjasama sewajarnya bagi menjayakan hasrat kerajaan dan rakyat ini.
20 May 19
856
Empty Image
Safawi Rasid Sekeluarga Ceriakan Golongan Kurang Mampu
Oleh :Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 20 Mei - Sebagai merebut peluang meraih pahala berganda di bulan Ramadan ini, penyerang bola sepak kebangsaan yang juga anak jati Dungun, Safawi Rasid, 22  menceriakan golongan yang kurang berkemampuan di sekitar Kampung Rantau Abang, di sini, semalam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, inisiatif Safawi sekeluarga sesuatu yang sangat bermakna dan wajar dipuji serta patut dicontohi lebih ramai masyarakat yang berkemampuan terutama pada bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri ini."Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian Safawi dan keluarga yang berbesar hati menyumbang kepada golongan kurang bernasib baik yang terpilih kali ini. "Mereka yang terpilih adalah seramai 20 orang yang terdiri daripada warga miskin, ibu tunggal dan anak yatim yang tinggal  di sekitar Kampung Rantau Abang," ujarnya. Beliau berkata demikian selepas merasmi dan menyampaikan sumbangan tersebut sempena Majlis Khatam al-Quran di Pusat Ngaji Santai, Kampung Rantau Abang.Sementara itu, pusat mengaji al-Quran yang dibuka sejak 2017 dikendalikan oleh ibu Safawi, Selemeh Abu Bakar, 56, manakala kos menyediakan prasarana dibiayai oleh pemain bola sepak Johor Darul Takzim itu.Menurut kakaknya, Nur Shuhada Rasid, 26, pusat itu pada asalnya adalah rumah arwah datuknya yang dibaik pulih oleh Safawi untuk tujuan menjadikan tempat membaca al-Quran untuk kemudahan masyarakat sekitar."Pusat mengaji itu memberi kemudahan kepada masyarakat setempat belajar ilmu pembacaan al-Quran tanpa perlu menghantar anak-anak lebih jauh sehingga ke Bandar Dungun untuk tujuan itu. "Kami mengambil inisiatif menjadi rumah tinggalan datuk ini sebagai tempat mengaji untuk kanak-kanak dan dewasa," katanya ketika dihubungi media Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini.
19 May 19
1304
Empty Image
Sultanah Terengganu Sampaikan Sumbangan Raya Kepada Asnaf
KUALA TEREGGANU, 20 Mei -  Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan sumbangan Aidilfitri Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) 2019 kepada 300 asnaf serta penenun songket, hari ini.Baginda yang turut diiringi anakanda Nur Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin dan isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Abul Rahman menyempurnakan majlis berkenaan di Istana Syarqiyyah, Chendering.Pengerusi YTNZ , Datuk Ridzuan Radziwill berkata, tradisi menyampaikan sumbangan termasuk wang tunai itu bertujuan meringankan beban dan menambahkan keriangan menyambut Aidilfitri khususnya kepada golongan yang kurang bernasib baik.Katanya, YTNZ turut menyumbang 300 pasang baju baharu untuk diagihkan kepada beberapa buah rumah anak yatim di negeri ini.Sementara itu, Ridzuan mengakui sukar untuk mencari pelapis penenun songket kerana anak muda kini tidak berminat untuk menjadi penenun.“Kalau kita tengok sekarang ini kebanyakan penenun kita sudah warga emas. Generasi muda tak nak pegang songket, lebih suka bermain dengan telefon.“Yayasan sekarang patut mencari pelapis, ataupun kita mungkin buat program untuk sekolah-sekolah di Terengganu yang mana antara kokurikulumnya adalah kraftangan supaya budak-budak sekolah ini mengenali, tahu asal usul serta timbul minat dan kecintaan terhadap kraf.“Ianya termasuk mewujudkan salah satu kokurikulum pembelajaran di sekolah berkaitan mengenali tenun warisan budaya kita sendiri,” ujarnya.
19 May 19
1210
Empty Image
Hospital Pengajar UniSZA Buka Peluang Pekerjaan Buat Anak Terengganu - Dr Mamad Puteh
Dr Mamad Puteh meninjau pelan pembinaan hospital berkenaan.KUALA NERUS, 20 Mei - Pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2020 nanti akan membuka peluang pekerjaan buat anak Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, anak tempatan akan diberikan keutamaan untuk mengisi kekosongan apabila kerja-kerja pembinaan hospital setinggi enam tingkat di tapak seluas 12 hektar itu siap.Katanya, para pekerja terutamanya doktor-doktor dan pegawai perubatan akan dinilai berdasarkan kepakaran mereka sebelum ditawarkan untuk berkhidmat di situ.“Mereka (yang akan berkhidmat di hospital) ini akan mengajar pelajar-pelajar daripada pelbagai jurusan, yang memerlukan kepakaran yang tinggi dan pelbagai.“Jadi sekiranya tiada tenaga pakar dari Terengganu, memang kita terpaksa ambil dari luar negeri ataupun negara untuk jaga mutu pendidikan itu, tetapi kita akan beri keutamaan kepada pakar (rakyat) yang berada di Terengganu dahulu,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan Hospital Pengajar UniSZA, Gong Badak, di sini hari ini.Beliau turut berkata,  hospital yang telah siap 43.6 peratus itu bakal dijadikan model terbaik bagi hospital pintar berasaskan teknologi dalam negara apabila ia siap sepenuhnya nanti.Jelasnya, kebanyakan hospital sebelum ini dibina dengan kurang menekankan aspek insfrastruktur yang mesra kepada pesakit termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelawat.“Kita lihat hospital ini agak canggih, ianya mesra kepada syariah, pelanggan dan kita cuba untuk bina hospital ini supaya ia bersifat Islamik dari segi susun atur bilik yang patuh syariah (menjaga privasi pesakit).“Hospital ini juga mesra kepada OKU, kalau lihat lihat kepada sesetengah hospital yang ada, ciri ini kurang dipraktikkan, jadi hospital ini ada disediakan kemudahan-kemudahan kepada golongan ini,” tambah beliau lagi.Untuk rekod, fasa pertama projek berkenaan yang menempatkan 200 katil menelan belanja kira-kira RM345 juta manakala fasa kedua juga akan menempatkan 200 katil dan dilengkapi dengan kemudahan terkini.
19 May 19
327
Empty Image
Muaz Force Sumbang Zakat Kepada 300 Penerima
Foto oleh - M. ShukriKUALA NERUS, 20  Mei - Syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan, Muaz Force Sdn. Bhd memperuntukan sebanyak RM75,000 bagi meringankan bebanan 300 golongan kurang berkemampuan menyambut Ramadan dan persiapan menyambut Aidilfitri.Pengerusinya, Dato’ Seri Zakaria Abdul Razak berkata, seramai 300 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, ibu atau bapa tunggal, pekerja am (tukang cuci) menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan baucer pembelian pakaian bernilai RM250 setiap seorang.Katanya, syarikatnya sentiasa mengambil langkah murni menyantuni golongan memerlukan dan menghulurkan bantuan sewajarnya terutama pada musim perayaan.“Sumbangan zakat ini bukan saja dapat meringankan beban tapi dalam masa yang sama mengeratkan hubungan serta mewujudkan keharmonian antara semua pihak yang terlibat.“Paling utama ialah kita berkongsi kegembiraan dengan mereka dan membantu menceriakan serta memeriahkan sambutan Aidilfitri,” ujarnya.ZakariaBeliau berkata demikian di Majlis Sumbangan Zakat Ramadan 2019 Muaz Force Sdn. Bhd, di Mydin Mall Gong Badak, di sini hari ini.Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah & Kesejahteraan dan Pentadbiran negeri, Dato'  Tengku Hassan Tengku Omar.Turut hadir, Pengurus Cawangan Mydin Mall Pantai Timur, Ruthapathy Naidu.Sementara itu, Tengku Hassan berkata komitmen dan sumbangan pihak Muaz Force perlu menjadi contoh kepada syarikat lain untuk melakukan kerja amal dan membantu golongan yang memerlukan termasuk pekerja mereka.“Saya ucap tahniah kepada syarikat Muaz Force kerana meraikan pekerja dan golongan yang memerlukan bantuan dan ia merupakan contoh yang baik kepada mereka yang di luar sana bagi melakukan perkara baik di bulan Ramadan ini melalui sumbangan zakat kepada yang berhak,”katanya.
19 May 19
2103
Empty Image
‘Open Air’ Meriahkan Suasana Iftar Perdana Kampung Apal
Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 18 Mei – Saban tahun setiap kali bulan Ramadan menjadi kelaziman warga Kampung Apal, Jabi mengadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai bersama penduduk sekitar secara ‘open air’.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, suasana kemeriahan sebegitu kebiasaannya dapat dirasai di kampung-kampung dan ia membuka ruang untuk merapatkan tali persaudaraan sesama komuniti setempat.“Dalam kesibukan menjalankan urusan kerja seharian, terkadang kita tidak berkesempatan untuk saling bertanya khabar antara satu sama lain. Dengan adanya program sebegini, kita dapat duduk bersama mengukuhkan ukhuwah sesama kita.“Alhamdulillah, dengan suasana yang positif sebeginilah yang kita ingin ciptakan untuk membentuk sebuah kampung, daerah, negeri malah negara  yang aman dari berpecah-belah tanpa mengira agama, warna kulit dan politik,"katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika menghadiri Majlis Iftar Perdana di Perkarangan Surau Haji Omar, Apal di sini, semalam.Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ibrahim Jusoh, juadah berbuka puasa sebanyak empat kawah gulai lembu disediakan dengan memasak secara gotong-royong oleh Ahli Jawatankuasa MPKK, cawangan dan penduduk setempat. “Juadah berbuka ini disediakan secara bergotog-royong beramai-ramai. Kita libatkan semua tanpa mengira yang tua, muda, muslimin, muslimat, pemuda dan Ameerah yang berperanan di posisi masing-masing. Ini jelas menunjukkan dalam sesebuah organisasi, semua mempunyai peranan penting pada tahap dan daya mereka.“Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir memeriahkan suasana iftar ‘open air’ ini. Alhamdulillah, semua berjalan lancar walaupun guruh berbunyi berbanding tahun lepas hujan turun sewaktu hampir masuk waktu berbuka. Ianya kenangan. InsyaAllah akan diteruskan untuk Ramadan akan datang,” katanya.
19 May 19
240
Empty Image
Bantuan Kebajikan Terhidang Untuk Rakyat Terengganu
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 19 Mei - Bantuan untuk rakyat merupakan agenda terpenting Kerajaan Terengganu dalam usaha memastikan kebajikan golongan kurang berkemampuan terjaga.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pelbagai inisiatif disediakan antaranya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Tabung Darul Iman serta Bantuan Am Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).Jelasnya, kerajaan negeri juga tidak mengabaikan kebajikan rakyat apabila tibanya musim-musim tertentu, dana seperti bantuan bencana banjir, kelengkapan awal persekolahan, pendahuluan memasuki institusi pengajian tinggi, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan baiki rumah antara yang boleh dimohon oleh semua."Tentunya pada setiap kategori bantuan, tidak semua rakyat akan terima. Bantuan kelengkapan sekolah di Jabi pada awal tahun ini contohnya, kita sampaikan kepada lebih 3,200 orang murid."Tahun ini dengan peruntukan yang ada, sebanyak 72 buah rumah disenaraikan untuk dibaiki di Jabi termasuk tujuh buah yang akan dibina baru."Setiap bulan kita agihkan sekitar 20 keping cek bantuan Tabung Darul Iman kepada pesakit kronik. Mereka yang terima bantuan bulanan susu dan lampin pakai buang berjumlah ratusan orang di Jabi," ujarnya lagi.Beliau berkata demikian menerusi catatan di Facebook rasminya, hari ini.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi turut berkata, untuk Dana Raya tahun ini, seramai 2,500 orang penerima yang paling layak telah dikenal pasti walaupun ramai yang merasakan mereka layak."Penerima yang dah terima zakat MAIDAM, tentunya nama mereka tak ada lagi dalam senarai JKM. Yang dah terima Tabung Darul Iman, tak ada lagi senarai dalam penerima zakat. Begitulah secara sama rata kita cuba agihkan bantuan supaya sedikit sama merasa," katanya lagi.Tambahnya, sekiranya ada rakyat Jabi yang layak tetapi tercicir dari menerima sebarang bantuan kebajikan, beliau memohon agar perkara itu dimaklumkan segera kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Pejabat ADUN Jabi."Dalam program jelajah turun ke MPKK, hal ini selalu saya ingatkan. Jangan sampai ada rakyat kita yang layak terima bantuan tercicir tanpa dapat apa-apa pun. Jika berlaku, ini adalah kecuaian yang perlu diperbaiki segera," tambah beliau.
19 May 19
105
Empty Image
Baju Raya Baru Ceriakan 60 Anak Yatim
Amzad membantu memberi cadangan baju raya kepada salah seorang peserta.Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 19 Mei- Seramai 60 anak yatim terpilih berpeluang memilih pakaian hari raya secara percuma menerusi program Limpahan Kasih Aidilfitri.Program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kuala Terengganu disertai kanak-kanak berumur antara lima hingga18 tahun yang dipilih oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dari seluruh Parlimen Kuala Terengganu.Ahli Parlimen kawasan tersebut, Ahmad Amzad Hashim berkata, kelengkapan raya percuma dengan nilai pembelian RM100 seorang mampu menceriakan kanak-kanak berkenaan untuk menyambut Aidilfitri ini.Beliau selaku pengarah program berkata, tujuan utama program ini diadakan bagi membantu meringankan kos persiapan Aidilfitri dua minggu lagi terutama kepada anak yatim yang kurang berkemampuan.Program turut disertai ADUN Bandar, Ahmad Shah Mohamed."Kos perbelanjaan raya bukannya jumlah yang kecil, malah ia boleh mencecah ribuan ringgit terutamanya bagi yang memiliki bilangan anak yang ramai.“Program ini secara tidak langsung dapat membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan ekoran harga barangan dan kos sara hidup semakin meningkat," katanya ketika ditemui sewaktu program berlangsung di Mydin Mall Kuala Terengganu, semalam.Para peserta merakamkan gambar sebelum membeli belah bersama Pusat Khidmat.Ahmad Amzad memaklumkan mendapat banyak komen positif berkenaan program yang pertama kali dianjurkan pihaknya itu.“Kami merancang menjadikan program ini sebagai program tahunan di bawah anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kuala Terengganu. "Sekiranya keadaan mengizinkan, mungkin tahun seterusnya akan ada tambahan nilai bantuan dan bilangan penerima” katanya.
19 May 19
312
Empty Image
Singgah Sahur Jerteh Ceriakan Persekitaran Hospital
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 18 Mei - Program singgah sahur Jerteh menceriakan suasana persekitaran hospital daerah itu apabila kakitangan awam yang bertugas dan orang  ramai teruja menerima juadah untuk bersahur.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mengagihkan juadah sahur itu di perkarangan Hospital Jerteh.“Agihan juadah ini bertujuan untuk memberi kemudahan terutama kepada orang awam memandangkan pada awal pagi kebanyakan premis-premis perniagaan telah ditutup."ni bertujuan juga bagi menggalakkan orang awam untuk bersahur bagi mengikuti sunnah nabi kita,"katanya.Juadah sahur diagih bermula pada jam 1.30 pagi di hospital daerah itu sebagai tempat tumpuan orang ramai.Wan Azhar berkata, program itu dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama Islam dan dapat menghidupkan  suasana yang sejahtera.“Agihan sebegini akan diadakan setiap tahun di bulan  Ramadan bagi memberi kemudahan terutama kepada petugas-petugas yang bekerja pada waktu malam,"katanya.
19 May 19
534