Artikel "Semasa" Terkini
Terengganu Bina Jati Diri Wanita Hadapi Ujian Rumahtangga
Zuraida (dua dari kiri) menyerahkan replika check kepada seorang ibu tunggal di sebuah hotel di Kuala Ibai hari ini.KUALA TERENGGANU, 21 Mei - Kerajaan Terengganu berhasrat membina jati diri wanita negeri itu Dengan ilmu agar survival hidup dapat diteruskan khususnya ketika menghadapi ujian rumahtangga dan pengabaian nafkah dari suami.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Hajah Zuraida Md Nor berkata dengan ilmu, wanita negeri itu mampu berdikari sekaligus mengurangkan bebanan tanggungan nafkah pihak suami.Katanya, dengan ilmu wanita Terengganu dapat memanfaatkannya untuk berusaha membantu suami mengurangkan beban tanggungan dan tabah menghadapi segala kesusahan hidup berumahtangga.Zuraida"Apa lagi jika berlaku perceraian sudah tentu wanita tidak perlu terbeban dengan masalah hasil dari perceraian itu."Mereka perlu berusaha menyelesaikan masalah dengan memanfaat ilmu yang diperolehi," jelasnya.Katanya, mereka perlu hadir di majlis ilmu yang diatur oleh kerajaan untuk tujuan tersebut.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu Siri 1 2019 di sebuah hotel di Kuala Ibai di sini hari ini.Turut hadir Ketua Hakim Syarie, Haji Wan Mohd Zakri Wan Mohd dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), M Rozi Bidin.Seterusnya Zuraida berkata, menurut statistik kerajaan negeri mendapati kes perceraian negeri Terengganu mulai dari tahun lalu hingga awal tahun ini berjumlah 22,927 kes.Katanya angka perceraian itu sangat tinggi dan membimbangkan.Menurutnya sebanyak 1,300 kes tahun ini dirujuk kepada BSK bagi menyelesaikan nafkah anak yang terabai akibat perceraian."Kerajaan tidak akan berkompromi dengan suami yang mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak selepas bercerai kerana tindakan itu menyusahkan anak-anak mereka sendiri," jelasnya.Seramai 35 orang ibu tunggal menerima bantuan pendahuluan nafkah anak di majlis yang sama bertujuan meringankan bebanan mereka menanggung anak selepas perceraian.Pendahuluan nafkah tersebut adalah hasil sumbangan dari MAIDAM.
21 May 19
66
Terengganu Umum RM400 Bonus Raya Penjawat Awam
Program Beyond The Moon pupuk minat pelajar terhadap sains dan teknologi.KUALA TERENGGANU, 21 Mei - Kerajaan Terengganu mengumumkan bonus raya sebanyak RM400 bagi 12,700 penjawat awam negeri tersebut.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM5.1 juta bagi tujuan berkenaan."Pemberian bonus melibatkan semua kakitangan awam daripada Gred 54 dan ke bawah, kakitangan kontrak serta lantikan ad hoc," katanya ketika ditemui pemberita.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Beyond The Moon: Ulang Tahun ke-50 Pendaratan Di Bulan di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), hari ini.Program kerjasama kedutaan Amerika Syarikat dan agensi kerajaan negeri itu bertujuan menanam minat berkenaan sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar sekolah.Dean Thompson menyerahkan cenderahati kepada Dr. Samsuri.Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Dean Thompson dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PSKT, Rosman Roslan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Eksekutif Senior, Mydigitalmaker Nurturing & Grooming Young Talents MDEC, Victor Lam.Menurut Dr. Samsuri, kerajaan negeri amat mengalu-alukan program sebegini kerana ia membantu mendidik generasi baharu tentang sains dan teknologi."Program hari ini adalah salah satu kaedah pembelajaran supaya anak-anak kita tidak takut kepada sains dan teknologi," katanya.Program berkenaan dihadiri 200 peserta terdiri daripada pelajar dan guru-guru sekitar Kuala Terengganu.Dr. Samsuri melancarkan 'roket angin' dalam lawatannya ke PSKT.
21 May 19
74
Rumah Musnah Sekelip Mata, Dua Beranak Tinggal Sehelai Sepinggang
Gayah Mohd Amin redha melihat rumahnya hangus dijilat api. Foto oleh - Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 21 Mei - Dugaan Ramadan buat dua beranak apabila rumah mereka musnah sekelip mata dalam satu kebakaran yang berlaku di Kampung Hiliran, di sini petang tadi.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, kebakaran jam 2 petang itu dipercayai berpunca daripada suis elektrik yang tidak ditutup.Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati rumah berkenaan telah terbakar hampir 80 peratus namun mereka berjaya mengawal kebakaran itu daripada merebak selepas lima minit kemudian."Alhamdulillah, semasa kejadian rumah tidak berpenghuni, kedua-dua penghuni telah keluar dari rumah dan mereka selamat.“Apabila bomba sampai, kebakaran telah memusnahkan lebih kurang 80 peratus rumah, dan daripada siasatan kita dengan penghuni rumah menyatakan dia terlupa menutup suis dapur sebelum keluar rumah,” katanya lagi.Walau bagaimanapun, beliau berkata, pihak bomba dan forensik masih menyiasat punca sebenar kebakaran daripada segenap aspek termasuk jumlah kerugian dialami mangsa.Ahmad Shah bersama kakitangan MPKK dan i-MiTs turut meninjau keadaan rumah.“Anggaran kerugian yang dimaklumkan oleh tuan rumah adalah sebanyak RM75 ribu, apapun kita akan siasat dengan lebih mendalam selepas ini,” tambah beliau ketika ditemui media selepas kebakaran.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, beliau akan bekerjasama dengan beberapa agensi lain bagi memastikan kebajikan dua beranak itu terjaga.Mangsa kebakaran, Gayah Mohd Amin, 79, dan anaknya, Noorhayati Azmi, 27, akan menumpang di rumah anak lelakinya buat sementara waktu sehingga tempat penginapan baharu diselesaikan.“Kita akan kaji dahulu jumlah kerugian, kemudian kita akan salur bantuan untuk baik pulih rumah tersebut, itu yang kita akan buat nanti.“Di peringkat awal ini, kita akan gerakkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk bekalkan apa-apa keperluan yang patut, dan kita akan cari rumah yang sesuai untuk disewa kepada mereka dan akan membantu mereka,” ujarnya. Mak Cik Gayah menganggap itu adalah ujian Tuhan untuk membersihkan dosa-dosanya.
21 May 19
98
Car Food Sahur' Idea Kreatif Anak Muda Jadi Tarikan
Oleh : Adli MohamadKUALA TERENGGANU, 22 Mei - 'Car Food Sahur' (CFS) di Batu Burok kini menjadi satu alternatif bagi masyarakat sekitar dan luar Terengganu untuk bersahur secara santai bertemankan deruan ombak pantai dan suasana malam yang lebih tenang.Urusetia CFS, Arif Aril Abdul Razak berkata idea ini bermula daripada mereka yang terlibat dengan komuniti yang kecil melalui Belia Kreatif Terengganu."Pada awalnya kita cuba mencari idea apabila menjelangnya Ramadan untuk kami cari dan mencuba sesuatu insiatif yang baru." Jadi kita cuba meniaga dengan melibatkan rakan-rakan didalam komuniti, Alhamdulillah ianya mendapat sambutan pada awal kita bermula pada tahun 2015 dan diteruskan pada tahun seterusnya sehingga kini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Tapak 'Car Food Sahur', di belakang Hospital Sultanah Nur Zahirah, Pantai Batu Burok baru-baru ini.Menurut Aril, pada awal perniagaan konsepnya lebih kepada bekerjasama dari segi menjaga kebersihan tempat dan saling membantu sesama sendiri dan ia disebarkan melalui media sosial."Tempat awal kita dibelakang A&W, bermula tahun 2016 kita memulakan ditapak belakang hospital ini dan sekarang kita telah tambah baik dari segi fasiliti supaya nampak lebih santai dan sesuai bersama keluarga,"katanya lagiMenurutnya, 'Car Food Sahur' telah mendapat sokongan penuh dari kerajaan negeri sejak dibawah Menteri Besar yang lalu sehingga kini, dan mendapat kerjasama dari Pelancongan Negeri Terengganu sendiri yang turut mempromosikan program ini disamping memberi idea."Bantuan dari kerajaan negeri yang kita dapat ialah dibenarkan menggunakan tandas, bekalan air, dan sebagainya.'CFS turut berkolaborasi dengan 'buskers' kerana disamping berniaga mereka turut mengutip derma dan sumbangan untuk diberikan kepada anak yatim, mengunakan kumpulan 'buskers' di Terengganu dan yang paling memberi sokongan adalah Kumpulan KT Buskers,"ujar Aril.Beliau yang amat berkeyakinan program ini akan dapat menjadi salah satu tarikan pelancongan yang akan mampu menarik dan menjadi sebab untuk orang datang ke Terengganu.'Car Food Sahur' berkenaan dikunjungi oleh 1000 pengunjung dalam sesuatu masa, dengan pilihan 30 gerai makanan, bermula dari pukul 12 tengah malam sehingga lima pagi.
21 May 19
155
Pewaris Ambil Berkat Ramadan Agih Sumbangan Untuk Asnaf
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 21 Mei- Mengambil keberkatan dan kemuliaan Ramadan ini, Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) mengagihkan sumbangan kepada 30 orang asnaf di Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Bukit Besi, di sini.Penasihat Pewaris Kawasan Pantai Timur, Mazlan Abdullah berkata, program anjuran bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Setia Bakti, AMBS sebagai berkongsi rezeki dan kegembiraan dengan golongan kurang bernasib bai."Kita amat mengharapkan agar kerajaan negeri memberi ruang dan peluang kepada pertubuhan ini untuk sama-sama memberi manfaat kepada masyarakat serta mengubah minda bahawa pertubuhan ini juga mementingkan aktiviti kemasyarakatan." Khidmat kita bukan hanya di bulan Ramadan sahaja, bahkan pada bulan yang lain dengan membersihkan kubur, masjid dan segala perkara yang mendatangkan kebaikan bersama," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada Majlis Berbuka Puasa dan Sumabangan kepada Asnaf berkenaan, di Balairaya Taman Setia Bakti, baru-baru ini.Turut hadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.Sementara itu, Ghazali pula mengucapkan terima kasih atas sumbangan berkenaan dan amat menghargai pihak yang menjayakannya program itu." Kita berharap hubungan dengan Pewaris akan diteruskan sampai bila-bila dan amat mengalu-alukan kesudian pertubuhan ini berbuka puasa dengan 150 orang tetamu serta menyampikan sumbangan Sumbangan berupa minyak, gula dan juga beras kepada 30 orang asnaf. Semoga membawa keberkatan dalam bulan yang penuh kemuliaan ini," kata beliau.
20 May 19
69
ADUN Rantau Abang Rai Hari Jururawat
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 21 Mei - Profesion jururawat yang terpaksa bekerja melebihi waktu pejabat dan ada masanya terpaksa mengenepikan emosi sendiri demi nyawa masyarakat tanpa penat dan lelah sememangnya pekerjaan yang mulia.Menyedari pelbagai kepayahan berkhidmat di kampung-kampung dengan peralatan asas, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun meneruskan rutin tahunan berkunjung ke klinik-klinik desa setiap kali Hari Jururawat." Dari segi tanggungjawab kerja, mungkin dengan peralatan asas, tetapi mereka dapat juga memberi rawatan kepada masyarakat setempat, sebagai rawatan awal sebelum mendapat tindakan susulan di hospital."Maknanya orang kampung kalau berlaku apa-apa berkaitan dengan rawatan ibu dan anak, mereka boleh dapat khidmat daripada klinik-klinik sekitar kampung tempat tinggal(mereka), ini secara tidak langsung , menjimatkan masa dan wang," jelasnya.Alias yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri, berkata demikian ketika ditemui selepas kunjungan ke enam buah klinik desa di DUN Rantau Abang di samping menyampaikan kek sebagai simbolik penghargaan.Tambahnya lagi, jururawat-jururawat juga diharap bersabar dengan tugasan-tugasan yang mana mungkin sesetengahnya tinggal jauh dari tempat kerja terpaksa berulang." Kecuali kalau klinik-klinik berada di pinggir bandar, yang berada di luar bandar, kalau yang tiada tempat tinggal, sudah tentu berulang,"ujarnya.
20 May 19
566
Rakyat Berkebajikan Jayakan Matlamat Maju, Berkat Dan Sejahtera
Muhyidin Abdul Rashid.Oleh: Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU, 21 Mei - Slogan Maju, Berkat dan Sejahtera yang menjadi matlamat kerajaan negeri harus digerakkan oleh semua peringkat.Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid berkata, konsep yang ingin dibawa itu mengajak semua pihak termasuklah rakyat untuk berlumba-lumba dalam membuat kebajikan dan mengerjakan kebaikan. "Semua pihak perlulah berlumba-lumba membuat kebajikan supaya menjadi saham di akhirat kelak. Kita ingin menjadikan negeri Terengganu ini sebagai negeri ‘role model’ kepada negeri lain dalam konsep negeri berkebajikan meliputi kerajaan dan rakyatnya."Tambahan pula, dalam bulan Ramadan yang mulia ini, amalan bersedekah amat digalakkan kerana fadhilat pahalanya yang berlipat ganda daripada bulan-bulan lain," katanya ketika berucap dalam Majlis Iftar Dana Pendidikan di Laila Restoran, baru-baru ini.Majlis tersebut dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Sahabat Sejahtera Hulu Terengganu bagi mengumpul sumbangan wakaf untuk menyiapkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Lubuk Pait Fisabilillah.Turut hadir dalam majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr. Mamad Puteh dan imam jemputan solat tarawih Madinah Ramadan, Syeikh Mustafa Kamil Rifaei.Menurut pengarah projek, Mohd Harun Esa, projek berkenaan memerlukan dana sebanyak RM26,000 dalam kadar segera kerana bangunan tersebut mengalami kerosakan akibat mendapan tanah.Tambahnya lagi, bagi sebarang pertanyaan boleh terus dengan beliau di talian 013 932 0229 (Harun Esa). Sumbangan orang ramai amatlah dialu-alukan dan boleh disalurkan melalui Akaun Maybank 5630 3706 5707 (PER KEBAJIKAN SAHABAT SEJAHTERA HTRG)
20 May 19
118
MPKK Perlu Telus Agih Dana Raya
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 21 Mei - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dinasihatkan agar bersikap telus dan berlapang dada dalam mengagihkan borang permohonan Dana Raya kepada penerima yang betul-betul layak.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kebijaksanaan MPKK dalam menguruskan hal itu amat ditagih berikutan kuota Dana Raya yang terhad iaitu sebanyak 2,500 penerima di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).Jelasnya, sikap bertolak ansur dan cermat dalam mengagihkan kuota jumlah penerima bagi setiap kampung akan dicapai melalui perbincangan secara penuh kematangan dan semangat berjemaah.“Di Jabi ada 37 MPKK dengan saiz kampung yang berbeza. Kampung besar mempunyai lebih 300 buah rumah sementara kampung kecil mengandungi sekitar 30 buah rumah. Majoriti kampung memiliki antara 150 hingga 250 buah rumah.“Kampung paling besar mendapat sekitar 90 orang lebih kuota sementara yang paling sedikit mendapat sekitar 40 orang kuota. Alhamdulillah, semua MPKK berlapang dada,” katanya lagi menerusi catatan di Facebook rasminya, semalam.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, walaupun keputusan yang dicapai hasil perbincangan bersama, pastinya ia tidak dapat memuaskan hati semua orang. Namun, bebanan tanggungjawab ini seharusnya dipikul bersama tanpa menuding jari antara satu sama lain demi kepentingan rakyat dan juga kemakmuran negeri.“Dengan jumlah kuota yang ada, setiap MPKK bermesyuarat menentukan siapakah penerima yang lebih layak di kalangan yang layak. “Pemilihan dibuat secara mesyuarat. Bukan keputusan Pengerusi MPKK seorang diri. Jadi, beban tanggungjawab dari keputusan ini haruslah dipikul bersama.“Begini cara kita di Jabi. Sedikit sama dirasa, berat sama dipikul. Saya sangat yakin pada setiap kesukaran itu akan ada kelapangan,” tambah beliau lagi.
20 May 19
38
PKAPKN Sedia Bantu Pusat Ilmu
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 21 Mei - Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) sedia membantu pusat-pusat pengajian agama di Kuala Nerus dari pelbagai sudut termasuk kewangan dan prasarana.Ini bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pusat-pusat ilmu tersebut.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, mana-mana pusat ilmu termasuk madrasah dan pondok yang memerlukan sebarang bantuan daripada sudut kewangan dan sebagainya boleh berjumpa dengan pegawai-pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN).“Insya-Allah, kami akan sedia membantu semampu mungkin agar pusat-pusat ilmu ini terus subur menyebarkan risalah Islam kepada masyarakat Kuala Nerus," ujar beliau.Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Perdana Ahli Parlimen Kuala Nerus bersama Asatizah dan Ulama Kuala Nerus di Marina Duyong & Resort, di sini baru-baru ini.Program itu berjaya menghimpunkan seluruh ulama dan asatizah daerah itu bagi meraikan entiti penting masyarakat di daerah tersebut sempena Ramadan.Turut hadir, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ismail Osman, Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Muzaihar Kamal Mustapha Kamal dan para tetamu jemputan lain.Program itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara PKAPKN dengan golongan tersebut.
20 May 19
32
Agihan Bubur Lambuk DUN Kuala Besut Dekati Masyarakat
Oleh: Saifullah Jusoh BESUT, 21 Mei - Setiap kali bulan Ramadan, terdapat banyak masjid atau agensi yang bergotong-royong memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang awam.Di samping mencari keredaan Ilahi, ianya dapat mengeratkan silaturahim dan menghulurkan bantuan makanan kepada yang memerlukan terutama golongan kurang berkemampuan.Bagi Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh, pembahagian bubur lambuk merupakan satu khidmat kepada masyarakat bagi mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain."Walaupun tidak banyak, namun ia sudah cukup menggembirakan penduduk di sini."InsyaAllah, program agihan bubur lambuk akan diteruskan lagi bagi menyambut kepulangan perantau menyambut hari raya nanti," katanya.Turut hadir dalam program itu, Pegawai Khas Penyelaras DUN Kuala Besut, Mohd Sulaiman.
20 May 19
265