lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Bobby' s Kitchen Restoran Eksklusif Pada Harga Berpatutan
Oleh : Adli MohamadKUALA TERENGGANU, 24 Mei-   Bobby's Kitchen sebuah restoran yang kelihatan mewah dan eksklusif dengan harga yang  berpatutan kini menjadi pilihan warga tempatan untuk menjamu selera.Pemiliknya, Abdul Hakim Abdul Halim, 28, berkata dia amat mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan serta dapat menikmati suasana yang penuh santai jika berkunjung ke restorannya."Ia menjadi pilihan untuk membawa keluarga bersantai di samping kami menyediakan pakej makanan berkonsepkan timur dan barat."Tidak ketinggalan masakan kampung, Thailand dan ada juga makanan barat.Para pengunjung dihiburkan dengam hiburan santai oleh 'buskers' dengan seleksi lagu puisi dan lagu ketuhanan serta lagu yang tidak melampau," ujarnya.Abdul HakimBeliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, di restoran miliknya, di Bukit Besar berhampiran Dewan Badminton, semalam.Menurutnya lagi, Bobby's Kitchen juga mempunyai cawangan di Paka, Dungun." Restoran mula beroperasi jika hari biasa pada waktu 5.30 petang sehingga 12.30 malam, di Bulan Ramadan, ia bermula pada jam 6 petang berakhir 2 pagi kerana memberi peluang untuk berbuka dengan pakej hidangan istimewa pada Bulan Ramadan dan juga memberi peluang untuk bersahur, "jelasnya.Beliau yang mula berniaga di restoran berkenaan bermula tahun 2017  turut memberi jaminan, bahawa makanan yang ditempah akan segera disiapkan dengan layanan penuh mesra dan para pengunjung tidak akan menunggu lama untuk menerima layanan." Ia bagi menjamin kualiti Bobby's Kitchen terjamin dan sentiasa menjadi pilhan ramai," jelasnya.
23 May 19
1063
Empty Image
Ramli Terima Kerusi Roda Dari Ahli Parlimen
Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 22 Mei- Penderitaan Ramli Umat, 74, yang menderita angin ahmar sejak sebulan lalu mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim  dengan menyumbangkan sebuah kerusi roda untuk kegunaannya.Ramli yang juga penghidap penyakit kencing manis sejak 25 tahun lalu melahirkan  rasa terharu dan terima kasih kepada Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Dun Ladang dan pihak Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu kerana kesudian menziarahi dan memberi sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakan menjelang Aidilfitri ini.“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi mari menziarahi saya hari ini.“Sebelum ini saya tidak mempunyai kerusi roda, Alhamdulillah di bulan yang mulia ini,  Allah SWT menghantar rezeki kepada sayaDia berkata demikian selepas menerima kerusi roda baru yang diserahkan oleh Ahmad Amzad Hashim, Penyelia i-MITS Dun Ladang, Mohamad Ubaidah Tengah dan Ketua Pemuda Pas Kuala Terengganu, Asyraf Ali di rumahnya di Jalan Kamaruddin, semalam.Sementara itu, Ahmad Amzad berkata,  sebagai Ahli Parlimen, beliau sentiasa prihatin terhadap pesakit-pesakit kronik terutamanya dari yang berlatar belakang keluarga kurang berkemampuan."Pihak kami sendiri akan sentiasa berhubung dengan seluruh Dewan Undangan Negeri dan MPKK bagi mengenal pasti permasalahan yang berlaku dalam kawasan Kuala Terengganu."Bentuk bantuan biasanya akan diberi secara langsung ataupun membuat permohonan terlebih dahulu, bergantung kepada keadaan penerima,"katanya.
23 May 19
50
Empty Image
Baju Terpakai Percuma Untuk Warga Terengganu
William (kiri) rakan pengusaha Rosli mengenakan baju untuk kanak-kanak yang memerlukan.KUALA TERENGGANU, 23 Mei - Selain memperbanyakkan ibadat, Ramadan juga menjadi lubuk umat Islam mengumpul pahala bagi membantu golongan kurang bernasib baik.Mengambil kesempatan itu, sebuah gudang perabot di Jalan Sultan Mohamad, di sini tidak ketinggalan memanfaatkan bulan penuh rahmat ini dengan mengagihkan pakaian terpakai percuma kepada mereka yang kurang berkemampuan.Pengusahanya, Rosli Nooral Azhar, 48, berkata, program yang diadakan bermula 17 Mei itu merupakan inisiatif bagi berkongsi rezeki melalui pemberian baju percuma yang disumbangkan oleh orang ramai.Menurutnya, mereka ke pusat pengumpulan dan pengagihan pakaian dalam gudang itu boleh memilih sendiri tanpa ada had dengan pelbagai jenis pilihan fabrik.Selain pelbagai jenis pakaian untuk dewasa dan kanak-kanak, sumbangan makanan dan barangan dapur turut menjadi tumpuan orang ramai.“100 peratus sumbangan ini adalah datang daripada penduduk sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang, boleh dikatakan setiap hari kami menerima 20 hingga 30 penyumbang.“Sambutan yang sangat menggalakkan daripada ramai, kehadiran akan lebih lagi bila tiba hari cuti, kebiasaanya kehadiran orang ramai mencecah 100 orang dalam satu hari,” ujarnya.Rosli Nooral Azhar.Ujar Rosli lagi, pada awalnya dia bermula dengan hanya membuka sebuah pusat pengumpulan dan pengagihan pakaian, makanan serta barangan dapur di Kuala Berang.Namun, sambutan positif dan permintaan warga Kuala Terengganu menggalakkannya untuk meneruskan inisiatif tersebut di tempat baharu.“Ini tempat kedua yang kita buat, yang pertama diadakan di hadapan Padang Astaka Kuala Berang, pelanggan pun banyak menyumbang sama, jadi lebih banyak pilihan pakaian dan barangan lain,” katanya sambil menambah, dia mengalu-alukan sumbangan baju daripada orang ramai.Sementara itu, seorang penduduk, Suriani Saari, 49, berkata dia tidak melepaskan peluang mengambil beberapa pakaian untuk anak-anaknya.“Selain saudara-mara dan anak buah, saya juga agihkan baju-baju ini kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan,”  kata suri rumah itu.Bagi seorang penyumbang, Rushdan Mohamad, 49, berkata sememangnya dia berhasrat untuk menderma pakaian keluarganya dan pusat pengumpulan berkenaan dapat memenuhi rancangannya.“Sesuai sangat sumbangan dapat dibuat ketika bulan Ramadan. Saya harap baju-baju ini dapat membantu mereka yang memerlukan,” katanya.Pusat pengumpulan dan pengagihan pakaian di Jalan Sultan Mohamad.Pusat pengumpulan dan pengagihan itu terletak berhadapan Flat Polis Hiliran Kuala Terengganu dan bersebelahan dengan Restoran Rileks Kitchen.Pusat itu beroperasi bermula jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari dan akan berakhir pada malam hari raya.
22 May 19
2730
Empty Image
Kongsi Rezeki Di Bulan Ramadan
Oleh : Safwan SyakirKUALA NERUS, 23 Mei - Ketibaan Ramadan sering kali disambut meriah oleh masyarakat Islam di seluruh dunia dan bulan yang penuh berkat serta mempunyai pelbagai keistimewaan kepada umat Islam itu dituntut supaya memperbanyakkan amalan dan kebajikan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata umat Islam tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan yang ditawarkan oleh Allah SWT pada bulan ini."Hanya takwa menjadi ukuran yang dinilai oleh Allah kepada hamba-Nya, semakin banyak amal kebajikan yang dibuat, maka semakin tinggi kedudukan di sisi-Nya.“Dengan berlumba-lumba dan bersegera dalam melakukan kebaikan, setiap insan dituntut tidak melepaskan apa sahaja peluang kebajikan atau pintu kebaikan yang ada di hadapan mata apatah lagi dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ini,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis penutup program singgah sahur Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal di Balai Raya Pulau Sekati.Menurut Dr. Alias, kos keseluruhan untuk program singgah sahur kali ini berjumlah  RM27,000 melibatkan 27 buah kampung dengan 20 pek berisi keperluan harian untuk setiap satu kampung."Alhamdulillah kita berjaya agihkan sumbangan ini kepada 540 orang penduduk yang layak di DUN Bukit Tunggal dengan kerjasama ahli jawatankuasa Majlis Tindakan DUN (MTD) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat.“Diharap dengan penganjuran program tahunan ini dapat membantu golongan memerlukan, sekali gus memberikan kegembiraan kepada mereka lebih-lebih lagi menjelang Ramadan ini, “ ujarnya,”ujarnya.
22 May 19
130
Empty Image
SMK Panji Alam Harumkan Nama Terengganu Di Mata Dunia
Muhammad Khalil Abdul Hadi (lima dari kiri) bersama pelajar-pelajar SMK Panji Alam yang telah memenangi empat anugerah utama.Oleh: Fidee AzizKUALA NERUS, 22 Mei - Pasukan Inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam telah mengharumkan nama Terengganu di mata dunia setelah merangkul anugerah utama dalam 11th European Exhibition of Creativity and Innovation (Euroinvent 2019) yang diadakan pada 16 hingga 18 Mei di Palace of Culture in Lasi, Romania.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi melahirkan rasa bangga dan syukur atas kejayaan pasukan tersebut kerana telah berjaya membuktikan kemampuan anak  Terengganu di persada antarabangsa.Jelasnya, kemenangan dalam beberapa anugerah utama itu secara tidak langsung turut mengangkat reputasi warga pendidik Malaysia.“Mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan inovasi SMK Panji Alam yang memenangi empat anugerah dalam pertandingan antarabangsa yang diadakan di Romania.“Ia satu kejayaan yang sangat besar dan membanggakan bukan sahaja bagi SMK Panji Alam bahkan kepada kerajaan negeri secara khususnya,” ujarnya.Muhammad Khalil Abdul Hadi.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyambut kepulangan pasukan SMK Panji Alam terbabit di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, hari ini.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin, Pengetua SMK Panji Alam, Che Engku Noor Aien Che Engku Mahmood serta guru-guru pengiring.Muhammad Khalil yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri turut berkata, kejayaan ini menjadi pemangkin kepada sekolah-sekolah lain untuk terus berdaya saing antara satu sama lain.“Daripada segi sains dan teknologi, sebenarnya Islam menggalakkan umatnya untuk meneroka segala bentuk ciptaan Allah S.W.T untuk kegunaan manusia itu sendiri sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.“Sejarah tamadun Islam telah banyak ditemui oleh ahli sains dan ulama Islam iaitu tamadun Sepanyol, Baghdad, Syria dan lain-lain,” katanya lagi.Kejayaan yang turut mengharumkan nama Malaysia.
22 May 19
771
Empty Image
UMT Catat Malaysia Book Of Records Mengaji Tanpa Henti
Yahaya (tiga dari kiri) menyaksikan anugerah MBR disampaikan kepada Noraieni.KUALA NERUS, 22 Mei - Bagi mencetuskan pembudayaan al-Quran dalam kehidupan seharian, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berjaya menganjurkan Program Mengaji Tanpa Henti selama 123 jam sehingga mencatakan rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR).Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali berkata, program itu secara tidak langsung akan meningkatkan amal kebajikan serta memperbaiki sahsiah dan rohani warga UMT.Katanya, beliau berbangga dengan inisiatif yang diambil oleh UMT kerana ia merupakan satu simbolik untuk menggalakkan umat Islam sentiasa mendampingi al-Quran.“Sudah menjadi kewajipan kepada orang Islam supaya menjadikan kitab suci itu sebagai teman dan membacanya setiap masa.“Kita juga perlu berusaha untuk memahaminya dan berdiskusi dengan kalam-kalam Allah lalu beramal dengannya,” ujarnya.Majlis khatam al-Quran.Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Perasmian Penutup UMT Mengaji Tanpa Henti dan Majlis Khatam Al-Quran sempena Hari Nuzul Al-Quran, di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT, di sini hari ini.Turut hadir, Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr Noraieni Mokhtar, Timbalan Naib Canselor UMT, Profesor Ir Dr Noor Azuan Abu Osman serta Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Pantai Timur Etiqa Takaful, Tengku Saiffudin Tengku Zainal Abidin.Yahaya turut berharap agar usaha-usaha untuk mendekatkan diri dan masyarakat dengan al-Quran tidak terhenti setakat itu sahaja.Tambah beliau, sebaliknya inisiatif seumpama itu haruslah dipertingkatkan lagi demi membina masyarakat yang lebih bertamadun.“Saya yakin dengan menjadikan al-Quran sebagai tonggak utama kehidupan, benteng keimanan akan semakin kukuh, menghindar kita daripada kemungkaran dan azab akhirat,” katanya lagi.Untuk rekod, program yang bermula sejak tahun 2009 itu dijayakan oleh 500 peserta dan sukarelawan UMT, mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti kanak-kanak berusia 6 hingga 8 tahun, warga emas, Orang kelainan Upaya (OKU) penglihatan, muallaf dan pelajar antarabangsa.Mereka bertadarus dan menghuraikan al-Quran selama 123 jam tanpa henti sekali gus berjaya mengkhatamnya sebanyak lima kali.
22 May 19
186
Empty Image
Jasa ‘Geng Tok Adi’ Seberang Takir Dihargai
Majlis berbuka puasa bersama 'geng tok adi'.Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 22 Mei - Seramai 68 orang 'Geng Tok Adi' diraikan dalam satu Majlis Iftar Jama'ie yang dianjurkan oleh Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab berkata, sumbangan golongan itu dalam menguruskan jenazah masyarakat setempat tidak dapat dinafikan lagi.Jelasnya, majlis penghargaan yang diadakan itu sedikit sebanyak dapat meraikan dan mengiktiraf jasa mereka yang berkhidmat tanpa mengharapkan perhatian umum."Kita di pihak pejabat khidmat DUN sangat prihatin kepada para penggali kubur dan tukang mandi jenazah ini kerana kita tahu khidmat mereka amat penting apabila berlakunya sesuatu kematian."Kalau mereka tiada semestinya jenazah akan membusuk tanpa ada orang yang peduli, jadi jasa dan pengorbanan mereka ini sangat besar,” kata beliau. Beliau berkata demikian ketika berucap semasa program Majlis Iftar Jama'ie ‘Geng Tok Adi’ di AM Transit INN, di sini semalam.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Seberang Takir, Muda Abdullah, Penolong Penyelia i-MiTs, Jamaliah Abdullah dan Penghulu Mukim Seberang Takir, Khairi Ghazali.Mohd fazil turut menegaskan, pengorbanan yang dilakukan oleh 'Geng Tok Adi' tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pihak.“Kita lihat para penggali ini melakukan tugas tanpa kira waktu,ada masa orang minta jenazah nak ditanam malam mahupun pag,” tambah beliau lagi.
21 May 19
343
Empty Image
135 Kanak-Kanak DUN Bukit Tunggal Dirai
Oleh : Safwan SyakirKuala Nerus, 18 Mei - Seramai 135 orang kanak-kanak dari kalangan anak yatim dan fakir miskin ceria menerima sumbangan pakaian raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, program seumpama itu diharap dapat mengukir senyuman buat anak-anak kecil yang diberi peluang memilih baju raya sendiri bagi meraikan Aidilfitri nanti."Inisiatif ini diambil bagi memberikan rasa keterujaan untuk menyambut Aidilfitri sama seperti orang lain tanpa rasa terasing dan terpinggir," katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas menyantuni anak-anak kecil memilih baju baharu sempena Program Penyampaian Sumbangan Pakaian Raya 2019 DUN Bukit Tunggal di Pusat Pakaian Hari-Hari, Dataran Tembesu, baru baru ini.Turut hadir, Pegawai Hal Ehwal Kebajikan Masyarakat i-MiTS DUN Bukit Tunggal, Wan Faudzi Wan Harun dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung setempat.
21 May 19
95
Empty Image
Nuzul Quran : Budayakan Ajaran Dalam Kehidupan
Yahaya seru rakyat jadikan pembacaan dan penghayatan al-Quran amalan.SETIU, 22 Mei - Kerajaan Terengganu menyeru rakyat negeri itu mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali berkata, kerajaan negeri berusaha ke arah itu dengan mengadakan pelbagai program pengisian serta penghayatan al-Quran."Dalam Bajet 2019 juga, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk melaksanakan Skim Mus'ab Umair dalam usaha merealisasikan negeri Terengganu sebagai negeri 'ahlul' Quran."Kerajaan negeri juga menyediakan RM3 juta bagi mewujudkan Pusat Al-Quran Braille sebagai inisiatif membantu golongan cacat penglihatan  membaca al-Quran," katanya.Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Majlis Memperingati Nuzul Al-Quran & Badar Kubra Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Bandar Permaisuri, di sini hari ini.Solat Dhuha berjemaah turut diadakan.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri merangkap pengerusi jawatankuasa induk program, Mohd Nor Hamzah, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' A. Rahman Yahya dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Turut hadir ialah Pesuruhjaya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Mat Azmi Arshad dan Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang menyampaikan ceramah dalam program tersebut.Yahaya turut memaklumkan, program berkenaan merupakan usaha serius kerajaan negeri ke arah memartabatkan syiar Islam."Penganjuran ini meningkatkan kesedaran kepada umat Islam untuk mengambil pengajaran melalui peristiwa penurunan al-Quran."Umat Islam juga perlu mengambil semangat Badar Kubra sebagai pemangkin untuk mempertahankan agama daripada ancaman musuh selain untuk membangunkan negeri ini," katanya.
21 May 19
36
Empty Image
Akrab Ceriakan 45 Pelajar Asnaf Dan Miskin Menjelang Aidilfitri
KUALA NERUS, 21 Mei - Seramai 45 pelajar dari tiga buah sekolah sekitar Kuala Nerus yang terdiri daripada golongan asnaf dan miskin menerima sumbangan pakaian hari raya daripada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (Akrab).Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, ia merupakan program tanggungjawab sosial tahunan kali kedua diadakan persatuan itu.“Alhamdulillah hari ini kita telah selesai menjayakan satu program Corporate Social Responsibility (CSR) di antara program pegawai kita daripada  kumpulan Akrab.. Mereka ini adalah rakan kongsi sebagai kaunselor kepada  pegawai psikologi yang ada di Jabatan Setiausaha Kerajaan  Negeri (SUK).“Program CSR membeli baju raya kepada murid kumpulan asnaf dan miskin  di Daerah Kuala Nerus yang dipilih daripada tiga buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas, Sekolah Kebangsaan Bukit Cempaka dan Sekolah Kebangsaan Tok Jembal,” jelasnya.Beliau yang juga penaung Rakan Akrab berkata demikian dalam sidang media selepas program Projek Baju Raya AKRAB 2019 Pasaraya Mydin Gong Badak, hari ini.Tengku Farok berkata, walaupun perbelanjaan minima adalah berjumlah RM100 setiap orang tetapi jumlah pembelian pakaian hari raya tersebut adalah melebihi kadar itu.“Jadi program ini (juga) memberi peluang kepada ahli Akrab untuk mengaplikasikan cara membimbing, cara memberi motivasi dan juga memberi impak (kepada pelajar) walaupun susah dan senang kehidupan bukanlah satu benda yang (menyebabkan) kita tidak boleh maju.“Itulah benda yang boleh kita buat lagi  selain bersedekah..kita suruh pegawai kita  mengaplikasikan ilmu yang dia ada dalam bentuk kaunseling,” ujarnya.
21 May 19
107