lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Ingat Pesan Ustaz Azhar, Bermuzik Jangan Sampai Jadi Najis
Oleh : Adli MohamadKUALA TERENGGANU, 26 Mei- Seniman jalanan atau busker, Muhammad Syahid Eiba Saari, 39,  menjadikan  pesanan pendakwah terkenal tanahair, Ustaz Azhar Idrus iaitu bermain muzik jangan sampai menjadi najis, sebagai asas  dalam mencari rezeki .Katanya, dia berpegang teguh kepada kata-kata keramat itu sejak mula melibatkan diri dalam dunia hiburan walaupun hanya menghiburkan orang ramai di tempat-tempat terbuka dan apabila memenuhi undangan."Mengimbas kenangan ketika mula-mula bermain muzik,  masyarakat Terengganu sukar menerima seniman jalanan seperti kami dan  dikatakan tidak sesuai."Namun kita teruskan juga tanpa berputus asa, selepas itu masyarakat mula faham dengan apa yang kita bawa menjadikan 'busking' sebagai sumber mencari rezeki dengan memenuhi undangan dan jemputan, bermain di majlis-majlis tertentu dan juga di pasar malam dan sebagainya, "jelasnya yang merupakan pengasas 'busker' di negeri ini.Dia berkata demikian, ketika ditemui pihak media, pada Program 'Car Food Sahur', di Pantai Batu Burok semalam.Muhammad Syahid Eiba SaariMohammad Syahid yang  juga merupakan salah seorang urusetia 'Car Food Sahur' 5.0 berkata  muzik itu tidak salah selagi mana tidak melanggar batas syariat serta patuh kepada ajaran Islam dan jumhur ulama secara umum tidak mengharamkan muzik."Di Bulan Ramadan ini kita juga menghiburkan orang ramai  di tapak Car Food sahur ini dengan memainkan lagu bertemakan ketuhanan, dan diantara kami ada yang berbakat memainkan lagu nasyid dengan cara dan gaya  yang tersendiri. "Asalkan jangan sampai melalaikan, jangan sampai masuk waktu solat kita tidak segera bersolat, sebaliknya terus sibuk bermuzik," jelasnya.Tambahnya beliau amat mengharapkan agar kerajaan negeri menyokong pemuzik sepertinya untuk terus memanfaatkan bakat seni yang ada untuk dijadikan sumber mencari rezeki, disamping turut sama-sama memeriahkan negeri Terengganu ke arah menarik kehadiran pelancong.Barisan peserta 'Car Food Sahur' 5.0Jelasnya lagi, Terengganu mempunyai ramai anak muda berbakat besar yang berminat untuk bergiat menjadi pemuzik sepertinya."Kita mengharapkan agar kerajaan negeri beri ruang dan galakkan dan di pihak kami sendiri  akan cuba mematuhi etika pemakaian yang dikeluarkan melalui Majlis Agama dan akan memastikan tidak ada perkara yang bertentangan dengan agama termasuk memilih lagu yang bersesuaian yang boleh diterima masyarakat dalam meraikan hiburan."Kami juga akan pastikan tiada unsur-unsur menghasut serta yang boleh menimbulkan imej yang negatif kepada kerajaan negeri," ujarnya.
25 May 19
372
Empty Image
MB Terengganu, Abdul Hadi Temui Khaled Mashaal
Dr Samsuri (kiri) menyaksikan kemesraan antara Abdul Hadi dan Khaled ketika menyertai rombongan menemui bekas Ketua Biro HAMAS itu di satu tempat dirahsiakan. KUALA LUMPUR, 26 Mei - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyertai rombongan menemui bekas Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Mashaal di satu tempat dirahsiakan kelmarin.Dr Samsuri di status facebooknya menyatakan bahawa beliau mengiringi Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan rombongan menyambut kunjungan hormat Khaled.Serentak itu, beliau menyeru umat Islam supaya menunjukkan sokongan berterusan sebagai tanda kebersamaan terhadap perjuangan membebaskan bumi Palestin."Gandakan doa dan terus perjuangkan nasib saudara kita di Palestin. Bumi anbiya' ini pasti akan bebas dari kekejaman zionis satu hari nanti insya-Allah," ujarnya.Sementara itu, Dato' Seri Abdul Hadi turut memuat naik gambar berhubung dengan pertemuan tersebut di status Facebook beliau pada hari yang sama.Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahun, kunjungan hormat bertemu Khaled bertujuan menunjukkan kebersamaan PAS dan Malaysia terhadap perjuangan membebaskan bumi Palestin."Kami turut berbincang untuk menguatkan lagi kesatuan ummah di peringkat antarabangsa dan langkah untuk membantu nasib saudara kita di Palestin," jelasnya.Pertemuan itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
25 May 19
104
Empty Image
Keluarga Mok Su Jaroh Akan Diberi Bantuan
Oleh: Norekwan MamatBESUT, 26 Mei - Keluarga Zaharah Hasan, 70, atau lebih dikenali Mok Su Jaroh yang dilanda musibah kebakaran rumahnya di Kampung Belaoh, baru-baru ini akan diberi bantuan dengan segera.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, pihaknya akan berusaha semampu mungkin untuk membantu mangsa lebih-lebih lagi dalam suasana Aidilfitri yang bakal menjelang."Di peringkat awal ini, kita beri sedikit sumbangan berbentuk pakaian, makanan dan wang tunai," ujarnya.Mok Su Jaroh tinggal bersama anak perempuan berserta dua orang cucu, masing-masing berusia 6 dan 8 tahun dan kini menumpang di rumah anak lelakinya buat sementara waktu sehingga tempat penginapan baru disediakan.Turut hadir, Pegawai Daerah Besut,  Rozali Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Nawi Mohamad, Pemuda PAS DUN Hulu Besut dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Belaoh.Punca kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami mangsa masih dalam siasatan.
25 May 19
69
Empty Image
Kasih Ramadan Terus Menabur Bakti
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 26 Mei – Kasih Ramadan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) meneruskan sumbangan mereka buat musim kelima dengan membantu golongan miskin bagi menyerikan suasana Ramadan dan  meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun turut memuji keprihatinan  NGO tersebut yang saban tahun di bulan Ramadan akan menyumbang kepada mereka yang memerlukan di DUN tersebut. "Terima kasih kepada NGO, Kasih Ramadan yang sejak mula ditubuhkan lagi telah mengambil inisiatif mengadakan program mereka di DUN Rantau Abang setiap kali bulan Ramadan sehingga masuk musim kelima. "Ini bermakna sudah lima tahun, mereka bersama memainkan peranan meringankan beban yang memerlukan di DUN Rantau Abang, terima kasih banyak-banyak," katanya  Beliau berkata demikian ketika berucap majlis Penyampaian Sumbangan Kasih Ramadan Untuk Fakir Miskin  yang diadakan di Dewan Orang Ramai MPKK Burung Baru, baru-baru ini.Seramai 50 orang penerima yang terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan di Unit Peti Undi(UPU) Padang Pulut menerima sumbangan berupa wang tunai, barangan dapur dan lauk pauk.Sementara itu wakil NGO berkenaan, Rugayah Mahmood berkata, sejak Kasih Ramadan mula ditubuhkan pada 2015 di Gong Pasir, badan itu mula bergerak aktif dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan bagi meringankan beban mereka." Kami menjalankan kerja-kerja kebajikan ini, kerana tangan di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, maknanya tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. "Di luar sana ramai dermawan, yang sentiasa ingin membantu dan mendapat ganjaran daripada Allah, tambah lagi di bulan Ramadan yang Allah janji dengan ganjaran berlipat ganda, "ujarnya.
25 May 19
37
Empty Image
Berkat Sahur : ADUN Air Putih Santuni 112 Penduduk
Oleh: AminjiKEMAMAN, 26 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Haji Ab Razak Ibrahim bersama 18 petugas Program Berkat Sahur, menyantuni kira-kira 112 orang warga petugas syif malam dan keluarga berpendapatan rendah di tiga buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, baru-baru ini.Beliau yang ditemui di program berkenaan berkata, operasi yang bermula jam 3 hingga 4.30 pagi itu melibatkan Kampung Batu 4, Binjai dan Taman Sri Jaya di Zon A dan petugas-petugas yang mengendalikan program itu adalah dari 15 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) zon berkenaan. Katanya, program yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk meraikan golongan kurang bernasib baik di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk setempat. Mereka dijamu dengan nasi minyak lauk ayam untuk menikmati sahur di bulan Ramadan yang mulia ini.
25 May 19
48
Empty Image
Aidilfitri Lebih Bermakna Buat 140 Anak Yatim
Mohd Nor Hamzah meraikan anak-anak yatim.MARANG, 26 Mei - Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat 140 anak yatim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung yang hidup serba kekurangan apabila menerima sumbangan wang tunai.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, bantuan khas itu akan memberi keceriaan kepada mereka yang kehilangan orang tersayang sempena menyambut lebaran ini.Ujarnya, peruntukan sebanyak RM21,000 dibelanjakan kepada mereka sebagai persiapan menghadapi musim perayaan nanti walaupun harga sebuah kasih sayang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit."Kita tengok ada keperluan untuk anak-anak yatim yang perlu kita tunaikan, maka kita adakan program hari ini."Anak yatim kita utamakan yang miskin, sebab ada juga anak yatim yang kaya, bantuan ini kita berikan kepada anak yatim yang susah, kita harap dengan ini dapat memberi keceriaan kepada mereka," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim DUN Bukit Payong, di Dewan Sivik Atas Tol, di sini, kelmarin.Hadir sama, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Khidmat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di DUN Bukit Payong.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong turut menyarankan kepada golongan miskin dan anak-anak yatim yang tercicir dalam senarai penerima agar membuat semakan dan permohonan dengan mana-mana badan terlibat.Katanya lagi, pihak DUN akan terus mengadakan program kebajikan dalam bulan ini, termasuk program Sinar Ramadan yang akan diadakan pada 31 Mei nanti."Mana-mana yang tertinggal (tercicir) insyaAllah akan diuruskan oleh Pusat Khidmat dan pemuda PAS DUN serta kawasan, daripada sana kita akan pilih dan berikan sumbangan dalam majlis akan datang," tambah beliau.
25 May 19
77
Empty Image
Al-Quran Penyelesaian Segala Masalah
Oleh: Muhammad Najib IsmailHulu Terengganu, 23 Mei - Allah SWT memerintahkan kita supaya merujuk kepada al-Quran sekiranya mengalami masalah, kata Ahli Dewan Negara, Senator Dato’ Husain Awang.Menurutnya, Allah memberi jaminan bahawa jalan yang terbaik dan paling selamat dalam menyelesaikan segala permasalahan dan krisis adalah kembali kepada Islam, iaitu merujuk kepada al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas.Beliau berkata demikian dalam Majlis Ceramah Nuzul Al-Quran & Badar Kubra peringkat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, baru-baru ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh, Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid dan Penyelaras Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera, Mohd Harun Esa.Husain yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menjelaskan bahawa al-Quran menjadi rujukan yang dapat menyatukan seluruh manusia."Ini kerana al-Quran bukanlah ciptaan manusia tetapi ciptaan Allah yang menciptakan segala isi alam semesta ini.“Sudah tentu apa yang diselesaikan oleh Allah adalah memberikan kepentingan dan keselesaan kepada semua makhluk dan menepati dengan fitrah manusia,"katanya.Tegas beliau lagi, al-Quran adalah suatu kenyataan yang tegas, bukan gurauan dan tiada keraguan dalam kalam Allah.Malah kata beliau lagi, percakapan kita hendaklah berlandaskan al-Quran kerana tiada sumber yang lain yang lebih tepat dan betul melainkan al-Quran.
25 May 19
173
Empty Image
Terengganu FC Mara Dengan Gol Tunggal
Kipre (dua dari kiri) sentiasa dikawal ketat pemain pertahanan Selangor. TFC menang 1-0 mengalahkan Selangor di Stadium Sultan Nasiruddin Shah malam semalam.KUALA TERENGGANU, 25 Mei - Terengganu FC (TFC) memperoleh gol tunggal melalui gol sendiri oleh Kapten Pasukan Selangor, Sarkunan Krishnansamy pada minit ke 90 sebelum tambahan masa tiga minit.TFC mempunyai banyak peluang menarik untuk menjaringkan gol ketika pertahanan Selangor agak rapuh dan mudah dibolosi pemain lawan.Antara percubaan menarik adalah tendangan ayam tambatan TFC, Brice Hermann Tchétché Kipré dalam kotak penalti gol Selangor namun terkena palang pada minit ke 85.Pemain Sang Penyu meraikan kemenangan 1-0 ke atas Selangor di minit ke-90.Cubaan kedua Kipre pada minit ke 87 di luar kotak penalti, melepasi palang gol.Sehingga tambahan masa satu minit separuh masa pertama, kedua-dua pasukan masih gagal mencipta gol, walaupun beberapa percubaan menarik dibuat ke pintu gol lawan masing-masing.Bagaimanapun pada minit ke 90 separuh masa kedua, TFC dapat mencipta gol apabila bola terkena tubuh Sarkunan, terus menembusi pintu gol Selangor.Dalam aksi itu, kerapuhan benteng pertahanan skuad The Red Giants menerima padah apabila dibolosi pada minit terakhir permainan menerusi jaringan sendiri Sarkunan yang jelas membangkitkan kemarahan pengendali  pasukan Selangor, B. Satianathan.Pengendali pasukan Selangor meluahkan kekecewaannya terhadap benteng pertahanan pasukannya yang jelas gagal berkomunikasi dengan baik dan menyebabkan mereka gagal meraih sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan itu.Beliau memuji permainan TFC kerana pemain Sang Penyu itu sentiasa berlari mendapatkan bola sehingga menyebabkan pemain Selangor sentiasa kehilangan bola.Dia memberitahu, pasukannya bukan sahaja gagal bertahan dengan baik malahan gagal mencipta serta menyudahkan peluang yang ada.“Kami memang tidak layak untuk menang dalam perlawanan ini kerana banyak pemain tidak bermain dengan baik, kawalan bola tidak cukup kemas dan banyak menunggu bola berbanding berlari.“Memang saya tidak berpuas hati dengan sejumlah besar pemain dalam perlawanan ini dan selepas ini kami akan terus beri fokus kepada latihan,” katanya selepas tamat permainan.
24 May 19
68
Empty Image
APM Terengganu Siap Siaga Hadapi Aidilfitri
Barisan APM Terengganu.KUALA NERUS, 24 Mei - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu akan menggerakkan pasukannya bagi memantau dan membantu pengguna jalan raya sempena perayaan Aidilfitri nanti.Pengarah APM Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, bagi memberi lebih keselesaan kepada pengguna, operasi APM akan tertumpu kepada Ops Bantu dan Ops Selamat yang melibatkan seramai 100 anggota dari seluruh Terengganu. Jelasnya, Ops Bantu akan memberi bantuan kepada pengguna jalan raya yang mengalami masalah kecil teknikal seperti kerosakan kenderaan. “APM Terengganu tidak ketinggalan untuk menjalankan lagi  operasi kita iaitu Ops Selamat dan Bantu, Ops Bantu kita sudah memasuki edisi yang ke-19, yang mana modus operandinya  seperti tahun-tahun terdahulu.“Ia akan melibatkan fasa pertama pada 3 dan 4 Jun, kemudian kita akan sambung semula fasa kedua pada 8 dan 9 Jun dengan bilangan petugas kita jangka 3 hingga 4 anggota utuk rondaan setiap empat jam ataupun dua shif, keseluruhan anggota adalah 40 hingga 50 orang,” katanya lagi.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Setia APM Terengganu dan Serahan Bot Gentian Kaca kepada APM Daerah di Pejabat Negeri APM Terengganu, di sini semalam.Selain Ops Bantu, pihaknya juga bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Ronda untuk menjalankan Ops Selamat pada 29 Mei hingga 12 Jun. Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman.Ujarnya, Ops Selamat berperanan dalam melakukan rondaan berkala bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan St John Ambulance bagi mengawasi sebarang kecemasan yang berlaku di LPT2.“Untuk Terengganu, lebuh raya yang kita awasi ialah LPT2, yang mana pos statik akan ditempatkan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing dan juga susur keluar tol Ajil.“Penugasan setiap anggota bagi daerah Kemaman dan Hulu Terengganu ini berjalan dalam tiga shif iaitu setiap satu shif melibatkan empat hingga lima anggota, menjadikan 40 hingga 50 orang akan terlibat dalam Ops Selamat," tambah beliau.Mengulas tentang serahan Bot Gentian Kaca, sebanyak 30 buah bot telah diterima oleh APM Terengganu dengan setiap daerah menerima tiga buah bot dan baki enam lagi diletakkan di APM negeri.Che Adam berkata, bot berkenaan akan ditempatkan di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi berlaku banjir dan juga sebagai persiapan unntuk menghadapi Monsun timur Laut (MTL).“Kami harap kemudahan itu akan memberi manfaat kepada masyarakat di kawasan bencana di semua daerah tumpuan iaitu di Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Besut,” katanya.
24 May 19
727
Empty Image
Kerajaan Negeri Hargai Peranan PTD Anak Terengganu
Dr. Samsuri beramah mesra bersama anak-anak Terengganu yang berkhidmat di luar negeri.PUTRAJAYA, 24 Mei - Kerajaan negeri menzahirkan penghargaan kepada anak-anak Terengganu yang berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik dan bidang profesional lain atas usaha bersama-sama membangunkan negeri Terengganu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun berada dalam jabatan dan kementerian yang berbeza, setiap orang memainkan peranan dalam pembangunan negeri."Dalam setiap pertemuan dan mesyuarat yang saya sertai di peringkat kebangsaan, saya sentiasa menerima reaksi positif anak-anak Terengganu.Menteri Besar menerima cenderamata daripada PANTERA."Kebanggaan kita sebagai anak Terengganu haruslah diterjemahkan dalam gerak kerja kita kerana kita sama-sama berperanan dalam membangunkan negeri ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Iftar Ramadan Kepimpinan Negeri Terengganu Bersama Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Dan Pegawai Tadbir Diplomatik Anak Terengganu (PTD) di Putrajaya International Convention Centre (PICC), di sini semalam.Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia merangkap Pengerusi Kelab PTD Anak Terengganu (PANTERA), Datuk Seri Mohd Zuki Ali.Turut hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai kanan negeri dan seluruh ahli jawatankuasa PANTERA.Majlis tersebut diadakan bertujuan merapatkan hubungan PTD anak negeri dan kepimpinan dalam usaha merealisasikan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS).
24 May 19
866